Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kemahiran Bertutur

1. Konsep
- keupayaan seseorang menyampaikan maklumat dengan betul dan berkesan.
- satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan
- gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
- penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna.

2. Proses
i. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul
ii. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas
untuk melibatkan diri dalam interakasi sosial.
iii. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga,
dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
iv. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas
dan sopan.
v. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.

3. Tujuan
- Bercakap untuk tujuan memaklumkan: memberi arahan kepada pelajar tentang tugas
yang diberikan
- Bercakap untuk kerseronokan: berbual bersama rakan-rakan tentang sesuatu topik yang
boleh memberi kesenangan hati bagi kedua-dua pihak
- Bercakap untuk tujuan mempengaruhi: mengubah tingkah laku seseorang
Bercakap untuk tujuan penyelesaian masalah: mengeluarkan idea penyelesaian masalah
melalui perbincangan

4. Bentuk
Fungsi …
- (i) peribadi
- (ii) perhubungan
- (iii) memberi arahan
- (iv) menyoal
- (v) merujuk
- (vi) imaginasi
- (vii)menyampai maklumat
5. Aspek-aspek pertuturan
- Sebutan: cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu
bahasa
- Tekanan: cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu
- Jeda: unsur digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan,
rangkai kata atau ayat
- Intonasi: keadaan bunyi yang menaik atau murun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan
- Tatabahasa: satu sistem pertuturan atau undang2 yang menggabungkan perkataan
untuk membentuk ayat2
- Kelancaran: bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas
- Kefasihan: boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu
secara tepat dan jelas
- Laras bahasa: kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks,
suasana dan situasi yang sesuai
- Mora (panjang pendek): kadar sesuatu bunyi diucapkan
- Nada: keadaan bunyi naik atau turun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata
dilafazkan

6. Jenis-jenis bertutur
i. Sehala
- Penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan
dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan mesej kepada pendengar
ii. Dua hala
- Kedua-dua pihak iaitu penutur dan pendengar
- Satu pihak menyampaikan maklumat, satu pihak lagi menerima dan memberi respons
kepada pihak penyampai

Sharifah Wahab.

You might also like