Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 50

5.

1 Modul Intervensi Salah Laku Gangguan Seksual di Sekolah Rendah

5.1.1 Aktiviti 1: Pengenalan Gangguan Seksual “Saya Tahu”

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengetahui makna salah laku gangguan seksual.
2. Menerangkan makna salah laku gangguan seksual.
Masa 60 Minit
Sasaran Murid Tahap 1 dan Tahap 2
Bahan Lampiran 1 dan Lampiran 2
Set induksi Guru menunjukkan beberapa keratan akhbar berkaitan salah laku gangguan
seksual.

Aktiviti 1. Guru menulis perkataan “gangguan seksual” pada sekeping kad dan
bersoal jawab dengan murid.
2. Guru menerangkan maklumat berkaitan salah laku gangguan seksual
kepada murid. Antaranya ialah:
(a) Definisi salah laku gangguan seksual kanak-kanak.
(b) Pornografi kanak-kanak.
(c) Semua pornografi kanak-kanak adalah salah laku gangguan
seksual dan salah di sisi undang-undang.
(d) Gangguan seksual secara sentuhan:
i. Interaksi seksual pada bahagian sulit kanak-kanak.
ii. Memasukkan objek ke bahagian sulit, mulut atau dubur.
iii. Seks oral dan meliwat.
iv. Mencium.
v. Menyentuh secara seksual dengan meraba bahagian sulit
dan bahagian badan.

1
(e) Gangguan seksual secara tanpa sentuhan.
i. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
ii. Menggalakkan kanak-kanak dengan kata-kata, menipu,
memaksa atau mengugut kanak-kanak untuk melakukan
sebarang aktiviti seksual atau pelacuran.
iii. Mempamerkan dan menggalakkan kanak-kanak untuk
melihat bahagian sulit.
iv. Panggilan lucah dan menghantar kata-kata lucah.
v. Merekodkan video serta gambar-gambar lucah.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.

4. Guru mengedarkan Lampiran 1 dan murid menyenaraikan salah laku


gangguan seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan pada
Lampiran 2.
5. Guru dan murid berbincang hasil jawapan yang diperoleh.

Penutup Guru menegaskan bahawa murid perlu mengetahui makna salah laku
gangguan seksual.
Penilaian Murid dapat membezakan antara salah laku gangguan seksual secara
sentuhan dengan tanpa sentuhan.
Rumusan Murid perlu memahami maksud salah laku gangguan seksual dan
membezakan antara salah laku gangguan seksual secara sentuhan
dengan tanpa sentuhan.
Falsafah Fahami makna salah laku antara gangguan seksual secara sentuhan
dengan tanpa sentuhan.

2
Lampiran 1
Salah Laku Gangguan Seksual
Perbuatan Sentuhan dan Perbuatan Tanpa Sentuhan

Interaksi seksual pada bahagian sulit Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada


kanak-kanak. kanak-kanak.

Seks oral dan meliwat. Menggalakkan kanak-kanak dengan kata-kata,


menipu, memaksa atau mengugut kanak-
kanak untuk melakukan sebarang aktiviti
seksual atau pelacuran.

Merekodkan video serta gambar-gambar Memasukkan objek ke bahagian sulit, mulut


lucah. atau dubur.

Mempamerkan dan melihat bahagian sulit. Menyentuh secara seksual dengan meraba
bahagian sulit dan bahagian badan.

Mencium. Panggilan lucah dan menghantar kata-kata


lucah.

3
Lampiran 2
Senaraikan gangguan seksual secara sentuhan dan tanpa sentuhan

GANGGUAN SEKSUAL SECARA GANGGUAN SEKSUAL SECARA


SENTUHAN TANPA SENTUHAN

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

4
5.1.2 Aktiviti 2: Sayangi Diri

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengetahui alat sulit atau zon peribadi yang perlu dilindungi.
2. Menyedari kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan diri.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 1 dan Tahap 2
Bahan Lampiran 3
Set Induksi Guru menunjukkan gambar anggota badan perempuan dan lelaki
(bahagian depan dan belakang).
Aktiviti 1. Guru menerangkan bahagian badan secara umum. (Lampiran 3)
2. Guru menunjukkan serta menerangkan alat sulit dengan
berpandukan gambar atau model anak patung.
3. Guru memilih perkataan secara rawak (anggota badan) dan murid
akan mengenal pasti anggota tubuh badan yang tidak boleh disentuh
dan boleh disentuh.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran 3) dan
meminta murid menyiapkan dalam masa 10 minit.
Penutup Guru membuat peneguhan atau pujian kepada murid yang boleh
menunjukkan tempat-tempat zon peribadi anggota badan murid.
Penilaian Murid dapat mengenal pasti anggota badan yang boleh disentuh dan
tidak boleh disentuh.
Rumusan Murid perlu mengetahui bahagian tubuh badan dan zon peribadi diri
murid.
Falsafah Menjaga kehormatan diri.

5
Lampiran 3

Letakkan tanda (x) pada bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh.

LELAKI

DEPAN BELAKANG

PEREMPUAN

DEPAN BELAKANG

6
5.5.5 Aktiviti 3: Sentuhan Selamat

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Menyedari kepentingan menjaga keselamatan dan kehormatan diri.
2. Mengenal pasti langkah-langkah mengelakkan diri daripada
gangguan seksual.
3. Mempraktikkan langkah-langkah keselamatan.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 1
Bahan Lampiran 4
Set Induksi Guru meminta murid bersalaman sesama jantina.
Aktiviti 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti bersalaman.
2. Guru menerangkan tentang definisi sentuhan selamat dan tidak
selamat kepada murid.
(a) Sentuhan selamat ialah sentuhan yang membuatkan kanak- kanak
berasa gembira dan selesa termasuklah pelukan, memimpin
tangan, menepuk belakang dan meletakkan tangan di atas bahu
(bergantung pada perasaan seseorang kanak-kanak).

(b) Sentuhan tidak selamat ialah sentuhan yang menyakitkan tubuh


kanak-kanak, perasaan atau semangatnya seperti memukul,
menolak, mencubit, menyepak dan juga sentuhan seksual.
3. Guru mengedarkan Lampiran 4 untuk murid menjalankan
aktiviti sentuhan selamat.

Penutup Guru membuat peneguhan mengenai sentuhan selamat dan tidak


selamat.
Penilaian Murid dapat mengenal pasti respons yang perlu dilakukan supaya
keselamatan terjaga.
Rumusan Murid perlu mengenal pasti situasi bahaya. Murid perlu mengetahui
sentuhan selamat dan tidak selamat.
Falsafah Menjaga keselamatan diri.

7
Lampiran 4
Arahan: Murid membuat pernyataan sama ada situasi yang diberi merupakan sentuhan
selamat atau sentuhan tidak selamat

Bil Situasi Pernyataan

1. Guru lelaki memeluk bahu murid perempuan sambil


mengucapkan tahniah.

2. Datuk memeluk cucu sambil menyentuh alat sulit cucu.

3. Rakan berlainan jantina berjabat tangan sambil mengucapkan


tahniah atas kejayaan.

4. Abang menepuk punggung adik perempuannya.

5. Kakak menyisir rambut adik lelakinya.

6. Guru lelaki meminta murid mengurut badan.

7. Doktor memeriksa kesihatan pesakit.

8
5.5.4 Aktiviti 4: Jaga Diri, Jaga Keluarga, Keluarga Sejahtera

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Menyatakan batasan dalam perhubungan dan kehidupan seharian.
2. Menyenaraikan anggota badan yang boleh disentuh dan
tidak boleh disentuh.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 2
Bahan Lampiran 5
Set Induksi 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keluarga masing-masing.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sentuhan yang sering
berlaku dalam keluarga.
Aktiviti 1. Guru menerangkan dengan lebih teliti tentang batasan perhubungan di
antara lelaki dan perempuan.
2. Guru menjelaskan tentang individu yang boleh memeluk atau mencium
murid.
3. Guru mengingatkan murid anggota yang boleh disentuh oleh ahli
keluarga.
4. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan Lampiran 5 yang diberikan.
Penutup Guru menegaskan batasan yang perlu dipatuhi dalam setiap perhubungan.

Penilaian Murid dapat menyenaraikan batasan yang harus dipatuhi dalam setiap
perhubungan.
Rumusan Murid mengetahui batas yang perlu dipatuhi dalam setiap perhubungan
sesama ahli keluarga.

Falsafah Jaga Diri, Jaga Keluarga, Keluarga Sejahtera

9
Lampiran 5
Sila nyatakan anggota-anggota yang boleh disentuh dan tidak boleh
disentuh oleh individu berikut:

Individu Anggota yang Anggota yang


boleh disentuh tidak boleh disentuh

Datuk 1. 1.

2. 2.

Ayah 1. 1.

2. 2.

Ibu 1. 1.

2. 2.

10
Abang 1. 1.

2. 2.

Kakak 1. 1.

2. 2.

11
5.5.5 Aktiviti 5: Kehormatan Diri

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Tajuk Kehormatan Diri
Objektif 1. Mengetahui jenis-jenis gangguan seksual.
2. Menyesuaikan istilah gangguan seksual dengan pernyataan yang betul.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 2
Bahan Lampiran 6
Set Induksi Guru menunjukkan kad imbasan dan meminta murid membina ayat
berdasarkan perkataan pada kad.
Aktiviti 1. Guru menerangkan maksud semua istilah.
2. Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid memilih keratan
istilah yang telah disediakan.
3. Guru meminta murid memberikan maksud gangguan seksual
berdasarkan keratan istilah yang dipilih.
4. Guru meminta murid memadansuaikan antara istilah dengan maksud
salahlaku gangguan seksual.
5. Guru menerangkan secara terperinci istilah bagi setiap pernyataan
gangguan seksual.

Penutup Guru menegaskan tentang kesan bahaya salah laku gangguan seksual.
Penilaian Murid dapat menyesuaikan keratan istilah dengan penyataan gangguan
seksual.
Rumusan Murid mengenal pasti perlakuan-perlakuan yang dikategorikan sebagai
salah laku gangguan seksual.
Falsafah Biar Tahu, Asal Jangan Keliru.

12
Lampiran 6

Arahan: Sila padankan istilah gangguan seksual dengan pernyataan.

Apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks


ONANI
tanpa kerelaannya (zakar dimasukkan ke dalam faraj).

Hubungan seks yang berlaku antara: ibu/bapa dengan


anak-anak, atau
FLASHER
(MENUNJUKKAN antara adik beradik kandung atau

KEMALUAN) antara datuk/nenek dengan cucu atau

antara bapa/ibu saudara dengan anak saudara

Memasukkan zakar ke dalam dubur pasangan dengan


ROGOL
kerelaan atau paksaan.

Perbuatan yang melibatkan sentuhan/gosokan pada


bahagian kemaluan seseorang sama ada lelaki/
MENGINTAI perempuan sehingga terangsang dan mendatangkan

kepuasan syahwat.

Individu mendapatkan kepuasan seks dengan cara


LIWAT menunjukkan kemaluannya kepada individu yang tidak
dikenali.

SUMBANG Tingkah laku meraba tubuh atau kemaluan individu lain


MAHRAM untuk mendapat rangsangan seksual

Mendapatkan kepuasan seks melalui interaksi seksual


PEDOFILIA
dengan kanak-kanak lelaki/perempuan.

Mendapatkan kepuasan seksual dengan mengintai


MERABA individu lain yang sedang melakukan
seks/menanggalkan pakaian/mandi.

13
5.5.6 Aktiviti 6: Kerana Diriku Sangat Berharga

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengenal pasti tingkah laku yang menjurus kepada mempertahankan
hak dan melaksanakan tanggungjawab.
2. Mengenal pasti jenis-jenis salah laku gangguan seksual.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 2
Bahan Lampiran 7
Set Induksi Guru meminta murid menyebut anggota badan yang ditunjukkan oleh
guru. Contoh: mulut, mata dan tangan.
Aktiviti 1. Guru meminta murid menyenaraikan perbuatan yang boleh
disenaraikan sebagai salah laku gangguan seksual
Contoh:
Mulut - Menyebut perkataan lucah

Mata - Menonton bahan pornografi


Tangan - Meraba, menepuk, memegang bahagian sulit, menunjukkan
isyarat lucah
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Guru mengedarkan Lampiran 7 dan meminta murid
menyenaraikan perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai
gangguan seksual.

4. Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil


perbincangan.

5. Guru membuat rumusan berdasarkan perbincangan dan


menekankan aspek pencegahan dalam pergaulan.
Penilaian Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis salah laku gangguan seksual.
Rumusan Murid mengetahui adab pergaulan dan melatih diri agar terhindar
daripada perlakuan salah laku gangguan seksual.
Falsafah Hargai pancaindera yang dimiliki.

14
Lampiran 7

Arahan: Senaraikan perbuatan yang dikategorikan sebagai gangguan seksual.

MATA

MULUT

TANGAN

15
5.5.7 Aktiviti 7: Pengantunan Siber (Cyber Grooming)

Fokus Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid


Objektif 1. Menyenaraikan jenis-jenis media sosial yang diketahui.
2. Menyatakan kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 1 dan Tahap 2
Bahan Lampiran 8
Set Induksi 1. Guru memperdengarkan nada dering telefon bimbit.
2. Guru meminta murid meneka bunyi yang didengar.
Aktiviti 1. Guru bertanya kepada murid sama ada mereka mempunyai telefon
bimbit atau tidak.
2. Guru meminta murid menyatakan kegunaan telefon bimbit.
3. Guru meminta murid menyatakan aplikasi yang terdapat dalam
telefon bimbit.
4. Guru menerangkan tentang penyalahgunaan media sosial yang
mendorong salah laku gangguan seksual.
Penutup Guru menegaskan batasan penggunaan media sosial bagi mengelakkan
berlakunya salah laku gangguan seksual.
Penilaian Murid dapat menyatakan kebaikan dan keburukan penggunaan media
sosial.
Rumusan Murid mengetahui batasan penggunaan media sosial dalam
kehidupan seharian.
Falsafah Beringat Sebelum Kena

16
Lampiran 8

Medium Pengantunan Siber (Cyber Grooming)

Facebook Twitter Instagram

YouTube Message Messenger

Tik Tok Talk


Line

WeChat
WhatsApp Telegram

Zen Imo Bigo

Omi Bagel Ome TV

Jangan kongsi maklumat peribadi anda

17
5.5.8 Aktiviti 8: Intervensi Langkah Keselamatan

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Menyatakan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan
berlakunya gangguan seksual.
2. Menyenaraikan cara untuk mempertahankan diri.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap1 dan Tahap 2
Bahan Wisel
Set induksi Guru meniup wisel dengan nada yang berbeza.
Aktiviti 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan nada tiupan
wisel.
2. Guru menjelaskan tentang tindakan-tindakan yang boleh diambil
sekiranya berlaku gangguan seksual.
3. Guru meminta murid melakukan simulasi:
(a) Murid meniup wisel.
(b) Murid menjerit meminta tolong.
(c) Murid berlari ke tempat selamat.
Penutup Guru membuat peneguhan mengenai tindakan bijak yang perlu diambil
sekiranya menghadapi situasi berisiko.
Penilaian Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya terlibat dengan salah laku gangguan seksual.
Rumusan Murid perlu bertindak pantas ke arah situasi yang selamat.
Falsafah Utamakan Keselamatan Diri.

18
5.5.9 Aktiviti 9: Tolong Saya!

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengenal pasti individu yang boleh dipercayai untuk mengadu.
2. Menyenaraikan tempat rujukan jika berlaku salah laku gangguan
seksual terhadap diri sendiri atau orang lain.
Masa 60 minit
Sasaran Murid Tahap 2
Bahan Kad gambar (Lampiran 9)
Set Induksi Guru meminta murid melakukan lakonan spontan berdasarkan dialog
positif dan negatif pada kad arahan.
Aktiviti 1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan lakonan spontan.

Contoh Dialog: Positif


Ayah : Adik ... Ayah sayang adik ... Adik sayang ayah? (sambil peluk)
Anak perempuan : Adik pun sayang ayah. (balas pelukan ayah)

Contoh Dialog: Negatif


Ayah : Adik ... Ayah geram tengok punggung adik ... Boleh ayah
pegang?
Anak perempuan : Eh! Ayah tak malu ke? Tak bolehlah.

2. Guru meminta murid menyatakan individu yang boleh


dipercayai jika berlaku gangguan seksual.
3. Guru meminta murid menjalankan aktiviti berdasarkan Lampiran 8.

Penutup Guru mengingatkan murid agar berhati-hati terhadap individu di sekeliling


mereka.
Penilaian Murid dapat menyenaraikan individu-individu yang boleh dipercayai
untuk mendapatkan bantuan.
Rumusan Murid mengetahui individu-individu yang perlu dipercayai serta tempat
yang betul untuk merujuk sekiranya berlaku salah laku gangguan seksual.
Falsafah Mencegah Lebih Baik.

19
Lampiran 9

KAD GAMBAR TINGKAH LAKU POSITIF DAN NEGATIF

Arahan: Sila tuliskan individu yang perlu dilaporkan jika berlaku situasi yang ditunjukkan.

Polis Guru Bapa

Ibu Orang yang tidak dikenali Kawan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

20
5.5.10 Aktiviti 10: Jom Bertindak!

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengetahui tindakan awal jika berlaku salah laku gangguan seksual
terhadap diri atau orang lain.
2. Menyenaraikan individu, tempat atau agensi yang boleh dirujuk
berhubung dengan salah laku gangguan seksual.
Masa 60 Minit
Sasaran Murid Tahap 1 dan Tahap 2
Bahan Lampiran 10
Set induksi Guru menulis beberapa nombor telefon rujukan keselamatan.
Contoh: 999 (Polis), 999 (Bomba), 15999 (Talian Kasih), 019-2615999
(Aplikasi WhatsApp)
Aktiviti 1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan nombor telefon yang
dipaparkan.
2. Guru membuat refleksi berkaitan dengan beberapa salah laku
gangguan seksual yang berlaku.
3. Guru meminta murid menyatakan tindakan yang perlu diambil jika
berlaku salah laku gangguan seksual.
4. Guru menjalankan aktiviti simulasi berdasarkan lampiran yang
diedarkan.
Contoh: Murid melakonkan cara membuat aduan kepada agensi
yang tersenarai dalam lampiran.
5. Guru membuat refleksi berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.
Penutup Guru mengingatkan murid tentang tindakan awal yang perlu diambil
sekiranya berlaku salah laku gangguan seksual.
Penilaian Murid dapat menyenaraikan beberapa talian aduan keselamatan dan
mengetahui cara melaporkan salah laku gangguan seksual.
Rumusan Murid mempunyai maklumat tentang talian aduan keselamatan yang
sahih dan cara mengambil tindakan awal yang betul.
Falsafah Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain.

21
Lampiran 10
Murid boleh membuat aduan dan laporan di:
1. Mana-mana balai polis
2. Mana-mana pondok polis
3. Tempat kerja
4. Pusat Sehenti Krisis (One Stop Crisis Centre - OSCC)
5. Mobile Police Vehicle (MPV)
6. Telefon/ SMS /VSP (Volunteer Smartphone Patrol)

Individu yang boleh membuat laporan polis:


1. Mangsa sendiri
2. Keluarga/penjaga
3. Rakan-rakan
4. Pihak sekolah/pentadbir
5. Mana-mana orang yang mengetahui kejadian

ATAU

Sila Hubungi:

1. 999 - Polis Diraja Malaysia (PDRM)


2. 999 - Bomba
3. 019-2615999 - Talian Kasih WhatsApp
4. 15999 - Talian Kasih

22
5.2 Program Intervensi Gangguan Seksual di Sekolah Menengah

Secara umum undang-undang mengharamkan perlakuan yang dianggap sebagai


penganiayaan seksual atau perlakuan yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Kategori aktiviti tertentu mungkin dianggap gangguan sekalipun ia dilakukan dengan
persetujuan bersama.

Program ini bertujuan untuk:

(a) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah
terhadap salah laku gangguan seksual.
(b) Menjadi panduan untuk menentukan kategori salah laku gangguan seksual
terhadap murid.
(c) Memberikan panduan tentang intervensi yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
terhadap murid yang mengalami salah laku gangguan seksual.
(d) Memberikan panduan untuk mengendalikan aduan salah laku gangguan
seksual.
(e) Memberikan panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani salah laku
gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

5.2.1 Informasi Salah Laku Gangguan Seksual

Informasi salah laku gangguan seksual merupakan aktiviti di mana guru boleh
memberikan maklumat tentang informasi salah laku gangguan seksual sama
ada semasa perhimpunan, kelas ganti dan sebagainya. Antara contoh aktiviti
yang boleh diberikan adalah seperti yang berikut:

(a) Aktiviti 1 - Pengenalan Salah Laku Gangguan Seksual


(b) Aktiviti 2 - Penggunaan Media Sosial
(c) Aktiviti 3 - Pengantunan Kanak-kanak (Child Grooming)
(d) Aktiviti 4 - Reaksi Terhadap Bahasa atau Aksi Lucah
(e) Aktiviti 5 - Batasan Perhubungan antara Lelaki dengan Perempuan
(f) Aktiviti 6 - Ciri-Ciri Murid yang Berisiko Menjadi Mangsa Gangguan Seksual
(g) Aktiviti 7 - Kesan Gangguan Seksual kepada Mangsa
(h) Aktiviti 8 - Panduan Menghindari Gangguan Seksual untuk Murid
(i) Aktiviti 9 - Reaksi Terhadap Ancaman Salah Laku Gangguan Seksual
(j) Aktiviti 10 - Tubuh Anda, Hak Anda (TAHA)
(k) Aktiviti 11 - Tindakan yang Boleh Diambil oleh Murid Jika Berlaku
Salah Laku Gangguan Seksual
23
Aktiviti 1: Pengenalan Gangguan Seksual

Salah laku gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti
memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan
aktiviti seks. Salah laku gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun
bukan fizikal.

Pernyataan salah laku gangguan seksual adalah seperti yang berikut:

(a) Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak sama ada
secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.
(b) Menghantar pesanan ringkas (SMS), pesanan bergambar (media sosial) dan
video lucah secara sengaja.
(c) Mengintai kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
(d) Menggalakkan atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.

Pernyataan Keterangan
Gangguan
Seksual

Rogol Perbuatan memperkosa tanpa persetujuan.

Istilah “rogol kenalan” atau “rogol dating” (acquaintance rape)


merujuk perogolan yang berlaku antara individu yang berkenalan
(dating).

Rogol boleh juga berlaku disebabkan penggunaan pukau yang


mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dirogol.

Sumbang Sumbang mahram merupakan hubungan seks antara ahli keluarga


Mahram
seperti ibu/bapa/datuk/nenek/saudara kandung (abang, kakak,
adik)/saudara tiri (bukan saudara angkat)/saudara dari ibu atau bapa/
anak saudara/cucu.
Cabul Cabul merupakan satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan
sentuhan pada tubuh badan mangsa tanpa kerelaan.

Liwat Liwat merupakan perlakuan memasukkan zakar ke dalam dubur


individu yang lain.
Luar Seks luar tabii bermaksud sebagai memasukkan objek lain ke dalam
Tabii
dubur atau faraj individu yang lain.

24
Aktiviti 2: Penggunaan Media Sosial

Tajuk: Penggunaan Media Sosial

Penggunaan teknologi media sosial menjadi keghairahan kanak-kanak dan remaja pada
masa kini. Statistik terkini menunjukkan salah laku gangguan seksual semakin
membimbangkan. Berdasarkan statistik Siber Sekuriti Malaysia, sebanyak 499 kes atas talian
telah berlaku pada tahun 2020 termasuk kes gangguan seksual yang dilaporkan.

Antara modus operandi gangguan seksual melalui penggunaan media sosial ialah
mangsa akan dipujuk dengan ayat-ayat pujukan dan dibawa keluar berjalan-jalan sebelum
dijadikan mangsa gangguan seksual.

Jenis-jenis medium adalah seperti yang berikut:

25
Panduan Keselamatan Penggunaan Media Sosial.

1. Elakkan menambah kenalan (add friends) dari kalangan orang yang tidak dikenali.
2. Gunakan laman sosial bagi tujuan pendidikan dan menambah ilmu pengetahuan.
3. Elakkan menerima pelawaan untuk berjumpa dengan kenalan dalam talian (online)
tanpa pengetahuan keluarga.
4. Elakkan melayari Internet di tempat tertutup agar mudah dilihat dan dikawal.
5. Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan sesiapa sahaja.
6. Pastikan daftar keluar (log out) setiap kali selepas menggunakan aplikasi media sosial.
7. Elakkan kata laluan (password) yang serupa dengan nama pengguna (username).
8. Pastikan sekatan terhadap aplikasi dibuat agar data peribadi anda tidak mudah diakses.
9. Jangan sesekali berkongsi lokasi terkini anda di laman sosial.
10. Jangan muat naik atau muat turun (post/upload) gambar yang mengghairahkan atau
menarik perhatian. (Walaupun telah dipadam, gambar tersebut masih boleh diakses).
11. Ambil maklum bahawa penggunaan komputer dan internet tanpa wayar (WiFi) adalah
tidak selamat.
12. Jangan sesekali klik pautan daripada sumber yang tidak diketahui.

Etika
1. Pastikan tidak menularkan (viral) sebarang bentuk informasi yang diragui.
2. Pastikan penggunaan bahasa yang sopan dan benar.
3. Elakkan menyebar informasi palsu. Pastikan informasi tersebut benar sebelum
disebarkan.
4. Bertanggungjawab terhadap kata-kata di media sosial.
5. Elakkan daripada terlibat dengan buli siber.

Batasan-batasan
1. Kenal pasti kenalan (follower) anda.
2. Semak latar belakang, profil peribadi sebelum mengesahkan kenalan baru (add/confirm
friends).

26
Aktiviti 3: Pengantunan Kanak-Kanak (Grooming Child)

Grooming merujuk taktik yang digunakan pelaku untuk mendapatkan kepercayaan


kanak-kanak untuk menjadi mangsa seksual mereka.

Strategi dan Taktik yang Digunakan oleh Pelaku:

1. Membina hubungan dan kepercayaan dengan mangsa

Pelaku kebiasaannnya akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan


keyakinan kanak-kanak seperti menyimpan rahsia (rahsia penting bagi kebanyakan
kanak-kanak kerana mereka menganggap diri mereka seperti seorang dewasa dan
rasa berkuasa).
2. Menggunakan kod rahsia sebagai gelaran faraj dan zakar
Selepas mendapat keyakinan, pelaku mungkin akan mendedahkan kanak-kanak
dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah.

3. Memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap masalah yang dikemukakan


Mereka juga sedaya upaya mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanak-kanak
disusuli dengan peras ugut atau rasuah. Taktik ini pada dasarnya digunakan untuk
mengelirukan kanak-kanak. Sentuhan fizikal akan bermula seperti memeluk dan
mencium mangsa.

4. Membantu setiap masalah


Pelaku akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa. Ada kalanya
pelaku menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak, membelikan sesuatu untuk
menarik perhatian atau menghabiskan masa lapang bersama-sama.

27
Aktiviti 4: Reaksi Terhadap Bahasa atau Aksi Lucah

Anda pernah berhadapan dengan individu yang sering menggunakan bahasa


dan aksi-aksi lucah? Bagaimanakah reaksi anda?

Berikut adalah beberapa tindak balas yang boleh dilakukan:


1. Elakkan daripada melayan atau memberikan respons kepada seseorang
yang menunjukkan ciri-ciri gangguan seksual sama ada dalam bentuk
bahasa percakapan, perbuatan atau gambar/aksi lucah yang ditunjukkan.

2. Hapuskan gambar-gambar lucah yang dikongsi oleh kenalan dalam talian.

3. Menarik diri daripada kumpulan yang menggunakan perkataan yang


mengandungi unsur-unsur lucah.

4. Bertindak secara asertif (berani bertindak melindungi diri) kepada individu


yang menunjukkan tanda-tanda gangguan seksual.

5. Laporkan kepada individu yang dipercayai seperti guru atau ibu/


bapa/penjaga sekiranya terdapat unsur-unsur gangguan seksual yang
mengancam keselamatan.

28
Aktiviti 5: Batasan Perhubungan antara Lelaki dengan Perempuan

Perhubungan antara lelaki dengan perempuan perlu ada batasan. Seseorang boleh terjebak
dalam salah laku gangguan seksual tanpa sedar bermula dengan pergaulan bebas.

Batasan dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan meliputi:


1. Pandangan
2. Pertemuan
3. Percakapan/Pertuturan
4. Berjabat tangan
5. Bersentuhan badan

Panduan perhubungan antara lelaki dengan perempuan ialah:


1. Elakkan berdua-duaan/berada di tempat sunyi/gelap/terpencil.
2. Elakkan perbuatan/kata-kata provokatif/lucah/menggoda.
3. Elakkan bahan yang boleh mencetuskan rangsangan seksual.
4. Elakkan berpakaian tidak sopan/mencolok mata.
5. Elakkan sentuhan badan/rapat.
6. Elakkan hubungan seks sebelum bernikah.
7. Elakkan homoseksual/hubungan sejenis.

29
Aktiviti 6: Ciri-ciri Murid yang Berisiko Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

1. Tiada jagaan rapi daripada ibu bapa/keluarga.


2. Kebebasan keluar dari rumah.
3. Kebebasan melayari Internet.
4. Kaki lepak/terlibat dengan gejala sosial.
5. Memiliki telefon bimbit sendiri.
6. Konflik keluarga.
7. Kekurangan kasih sayang.
8. Rasa kesunyian.
9. Sentiasa berseorangan.
10. Tidak tegas terhadap gurauan/tindakan lucah.
11. Tidak ada kesedaran gangguan seksual.

30
Aktiviti 7: Kesan Gangguan Seksual kepada Mangsa

1. Fobia.
2. Harga diri yang rendah.
3. Rasa dirinya kotor/tiada maruah diri.
4. Kecelaruan stres pascatrauma (PTSD).
5. Rasa bersalah (guilty feeling).
6. Keinginan membalas dendam.
7. Antisosial.
8. Hamil anak tidak sah taraf.
9. Penyakit jangkitan seksual.
10. Ketagihan seks.

31
Aktiviti 8: Panduan Menghindari Gangguan Seksual untuk Murid

1. Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat.


2. Elakkan berjalan bersendirian, sebaik-baiknya berjalan secara berkumpulan.
3. Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan kepada
usaha untuk meningkatkan keselamatan dan menarik perhatian orang ramai.
4. Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap, berunding
atau berlakon sambil mencari peluang melepaskan diri.
5. Menjerit sekuat hati untuk mendapatkan bantuan.
6. Elakkan melayani orang yang tidak dikenali.
7. Memiliki kemahiran seni mempertahankan diri ialah satu kelebihan.
8. Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu.
9. Melaporkan kepada individu yang dipercayai jika terdapat ancaman gangguan
seksual.

Aktiviti 9: Reaksi Terhadap Ancaman Gangguan Seksual

1. Spontan
(a) Menjerit untuk mendapatkan bantuan.
(b) Menolak/menepis/meronta.
(c) Menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri (jika ada).

2. Jika menerima ancaman menerusi aplikasi peranti elektronik


(a) Melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)
(b) Membuat ketetapan privasi (privacy setting) untuk aplikasi peranti
elektronik.

3. Individu yang dikenali


Sekiranya pelaku dan mangsa saling mencabar untuk melakukan salah
laku gangguan seksual, individu perlu:
(a) Menjauhkan diri daripada perkara yang mencurigakan.
(b) Melaporkan kepada orang yang dipercayai (contoh: guru atau jiran)
sekiranya pelaku adalah dalam kalangan keluarga sendiri.
(c) Melaporkan kepada pihak berkuasa.

32
Aktiviti 10: Tubuh Anda, Hak Anda (TAHA)

Tiada siapa boleh menyentuh tubuh badan anda sama ada lelaki atau perempuan. Sentuhan
3K hanya dibenarkan bagi tujuan berikut :
1. Keselamatan (contoh: pemeriksaan imigresen di lapangan terbang)
2. Kesihatan (contoh: pemeriksaan doktor)
3. Kebersihan (contoh: mencuci luka di bahagian tertentu ketika sakit)

Organ tubuh yang paling penting ketika berhubungan seks adalah otak. Otaklah yang
mengatur tinggi atau rendahnya libido (nafsu berahi yang bersifat naluri), sehingga memiliki
fungsi seksual yang sangat penting.

Aktiviti 11 - Tindakan yang Boleh Diambil oleh Murid Jika Berlaku Gangguan
Seksual

1. Laporkan kepada orang yang dipercayai seperti ibu/bapa/penjaga atau guru


supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Mangsa boleh meminta bantuan daripada guru, jiran, kawan yang dipercayai, ahli
keluarga lain yang dipercayai, sekiranya gangguan seksual daripada ahli keluarga.

3. Membuat panggilan ke Talian Kasih 15555 (JKM) untuk mendapatkan bantuan


dan perlindungan.

4. Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan


sama ada di hospital atau Pusat Krisis Sehenti (OSCC)

33
5.2.2 Modul 1: Sayangi Diri

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Membina hubungan dua hala antara guru, murid dan ahli kelompok.
2. Mewujudkan sistem nilai kerjasama antara ahli kelompok.
3. Mengenal pasti emosi setiap ahli kumpulan.
4. Mewujudkan sistem kepercayaan antara guru, murid dan ahli
kelompok.
Masa 60 minit
Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual
Bahan 1. Klip Video Pergaulan Bebas (Lampiran 1)
2. Gambar Cantuman (Puzzle) Kasih Sayang 1 (Lampiran 2)
3. Gambar Cantuman (Puzzle) Kasih Sayang 2 (Lampiran 3)
4. Ujian Pra-Emoji Diri (Lampiran 4)
Set Induksi Guru meminta murid memberikan respons terhadap tayangan video
pergaulan bebas.
Aktiviti 1. Guru melaksanakan proses pengenalan diri murid bersama ahli
kelompok.
2. Guru mengedarkan Ujian Pra-Emoji Diri (Lampiran 4).
3. Guru meminta setiap murid menyatakan perasaan masing-masing
berdasarkan emoji diri yang diberikan.
4. Guru menjalankan aktiviti Cantuman (Puzzle) Kasih Sayang (Lampiran
2 dan Lampiran 3)
5. Guru meminta murid melengkapkan cantuman (puzzle).
6. Guru meminta murid memberikan pandangan untuk setiap gambar
yang dihasilkan.
7. Guru meminta murid mengaitkan nilai kehidupan yang terdapat dalam
cantuman (puzzle) dengan keinginan murid yang ideal terhadap
keluarga masing-masing.
8. Guru mengingatkan murid agar mengamalkan etika kerahsiaan.
Penilaian Membina sistem kepercayaan dalam diri setiap ahli dalam kelompok.
Rumusan Wujudkan kemesraan, kerjasama dan kepercayaan antara ahli
kelompok.
Falsafah “Tidak perlu takut untuk berubah ke arah lebih baik, tetapi takutlah jika
diri sendiri yang tidak ingin berubah”.

34
Lampiran 1

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Video Akibat Pergaulan Bebas

Lampiran 2

GAMBAR CANTUMAN (PUZZLE) KASIH SAYANG 1

35
Lampiran 3

GAMBAR CANTUMAN (PUZZLE) KASIH SAYANG 2

36
Lampiran 4

UJIAN PRA-EMOJI DIRI

37
38
5.2.3 Modul 2 - Diriku Begitu Berharga

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Merangsang murid menceritakan pengalaman hidup mereka.
2. Mentafsir perkara-perkara yang mendorong masalah kekeluargaan.

Masa 60 minit
Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan salah laku gangguan seksual
Bahan 1. Graf kehidupan (Lampiran 5)
2. Lagu Rapuh – Opick (Lampiran 6)
3. Lirik Rapuh (Lampiran 7)
Langkah- 1. Guru mengedarkan kertas graf kehidupan.
Langkah 2. Guru meminta murid memplot rentetan kehidupan mengikut umur dan
tahap ketinggian peristiwa manis dan pahit dalam masa 10-15 minit.

3. Guru meminta murid membentangkan dan mentafsirkan lakaran yang


dihasilkan serta kaitannya dengan peristiwa dalam kehidupan mereka.
Semasa pembentangan, murid-murid lain digalakkan bertanya,
berbincang dan berkongsi pengalaman yang sama.
4. Guru menayangkan video klip lagu Rapuh dan meminta murid
menghayati lirik lagu tersebut.
5. Guru meminta murid membuat refleksi aktiviti.
Penilaian Murid boleh mentafsir graf garis kehidupan secara terperinci dan murid
diklasifikasikan mengikut tahap (ringan, sederhana, berat)
Rumusan Pengalaman yang dilalui oleh murid memberi implikasi terhadap perasaan
dan perlakuan.
Falsafah “Malu dan iman itu bergandingan, hilang satu, hilang semua”

39
Lampiran 5

40
Lampiran 6

LAGU RAPUH

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tajuk : Lagu Rapuh

Penyanyi : Opik

Lampiran 7

LIRIK LAGU RAPUH

LIRIK LAGU RAPUH

Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang

Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati

Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata

Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup

Reff:

Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu

Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaiMu

Dalam dadaku harap hanya DiriMu yang bertahta

Kembali ke Reff 2x

41
5.2.4 Modul 3: Aku Hebat

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Mengenal pasti potensi diri.
2. Menggilap potensi diri.
3. Menghargai diri sendiri.
Masa 60 minit
Sasaran Murid fokus
Bahan Tayangan Video (Anda Luar Biasa) – Lampiran 8
Tayangan Video (Berfikir dan Bertindak) – Lampiran 9
Langkah- 1. Guru menayangkan video yang menunjukkan contoh-contoh kejayaan
Langkah pelbagai individu yang berjaya membangunkan potensi diri.
2. Guru meminta ahli kumpulan memilih pasangan dan bertukar-tukar
cerita tentang potensi atau kehebatan yang dimiliki.
3. Guru memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut
menerangkan kehebatan atau potensi diri pasangan masing-
masing.
4. Guru meminta murid memberi dorongan positif kepada pasangan
masing-masing.

Penilaian Murid boleh mengenal pasti dan menggilap potensi diri.


Rumusan Potensi diri perlu digilap demi kejayaan dan kehidupan masa
depan yang lebih baik.
Falsafah “Usah menyerah, teruslah melangkah dan atasi kelemahan diri”

42
Lampiran 8
Video Anda Luar Biasa

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Video Anda Luar Biasa

Lampiran 9

Video Berfikiran Positif

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Video Berfikiran Positif

43
5.2.5 Modul 4: Serlahkan Dirimu

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Tajuk Serlahkan Dirimu
Objektif 1. Menyerlahkan kehebatan yang ada dalam diri.
2. Mengamalkan ciri-ciri asertif dalam kehidupan.
Masa 60 minit
Sasaran Murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan jenayah seksual
Bahan 1. Tayangan Video Sentuhan Selamat (Lampiran 10)
2. Tayangan Video Ciri-ciri Asertif (Lampiran 11)
3. Borang Emoji Diri (Lampiran 12)

Langkah- 1. Guru menayangkan video sentuhan selamat dan sentuhan yang


Langkah dilarang.
2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan dan
menyenaraikan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku
sentuhan yang dilarang.

4. Guru menayangkan video ciri-ciri asertif (Lampiran 11)

3. Guru mengingatkan murid agar mengatakan “TIDAK” sekiranya


berada dalam situasi tersebut.

4. Guru mengedarkan borang emoji kepada semua murid dan meminta


murid memilih emoji masing-masing mengikut situasi semasa.
5. Guru meminta murid membuat refleksi.

Penilaian Kepentingan bersikap asertif dalam pelbagai situasi.


Rumusan 1. Murid seharusnya berupaya menyatakan pendirian dan pilihan
masing-masing secara jujur.
2. Murid berusaha mengaplikasikan nilai asertif diri dalam kehidupan
seharian.
3. Murid perlu bijak menghormati perasaan orang lain.
Falsafah “Masa Depan Adalah Harapan"

44
Lampiran 10

Video Sentuhan Selamat

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Video Sentuhan Selamat

Lampiran 11

Contoh Gangguan Seksual

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Video Contoh Gangguan Seksual

45
Lampiran 12
Borang Emoji Diri

46
5.2.6 Modul 5 – Batasan Pergaulan

Fokus Psikososial dan Kesejahteraan Mental


Objektif 1. Murid memahami batasan pergaulan.
2. Murid dapat memelihara betapa pentingnya maruah diri.
3. Murid menghasilkan peta minda akibat pergaulan bebas.
Masa 90 minit
Set Induksi Tayangan Video Cara-cara Mengatasi Pergaulan Bebas
Sasaran Murid fokus
Bahan 1. Komputer riba (laptop), LCD dan Power Point.
2. Cara-Cara Mengatasi Pergaulan Bebas (Lampiran 13)
3. Peta Minda Pergaulan Bebas (Lampiran 14)
4. Kertas Mahjung
5. Pen marker

Langkah- 1. Guru menayangkan video cara mengatasi pergaulan bebas


Langkah 2. Guru mengagihkan murid kepada kumpulan untuk menjalani
Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

3. Guru mengedarkan kertas mahjung dan pen marker kepada setiap


kumpulan.

4. Guru meminta setiap kumpulan menghasilkan peta minda


berdasarkan tajuk yang diberi.
(a) Definisi.
(b) Punca.
(c) Akibat kepada diri sendiri.
(d) Akibat kepada keluarga.
(e) Akibat kepada masyarakat.
(f) Akibat kepada negara.
(g) Akibat kepada agama.
(h) Akibat kepada kesihatan.
5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan dapatan perbincangan.

Penilaian Memahami batasan pergaulan bagi menjaga maruah diri.


Rumusan Guru mengingatkan murid tentang punca dan akibat pergaulan bebas.
Falsafah “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna”

47
Lampiran 13

Cara-Cara Mengatasi Pergaulan Bebas

Sumber : Video, Youtube dan Lain-lain

Tema : Cara-cara mengatasi pergaulan bebas

Lampiran 14

Peta Minda Pergaulan Bebas

PUNCA

IMPLIKASI
DEFINISI
AGAMA

IMPLIKASI PERGAULAN IMPLIKASI


KELUARGA BEBAS NEGARA

IMPLIKASI IMPLIKASI
MASYARAKAT KESIHATAN

IMPLIKASI DIRI

48
INSTRUMEN PENILAIAN PROGRAM/AKTIVITI MENANGANI

GANGGUAN SEKSUAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Nama Program :

Tempat : Tarikh :
Penganjur :

Objektif borang ini adalah untuk memastikan penganjuran program menepati taraf
kualiti yang dikehendaki khususnya kepada peserta. Sila lengkapkan borang ini
berdasarkan kepada penilaian anda. Borang ini adalah sulit, anda tidak perlu mencatat
nama atau menandatangani borang ini.

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada ruang skala yang disediakan


berdasarkan skala berikut:

Sangat Tidak Kurang Sangat


Tidak 1 Memuaskan 2 Memuaskan 3 Memuaskan 4 Memuaskan 5
Memuaskan

SKALA
DISKRIPSI BIL ITEM
1 2 3 4 5
1 Pendaftaran peserta disediakan.
Urus Setia dan
2 Maklumat yang disediakan mudah.
Pengurusan
3 Pengurusan teratur.
4 Urus setia sentiasa membantu.
5 Tempat sesuai.
6 Dewan sesuai.
Lokasi dan
7 Peralatan dan alat tulis disediakan.
Penyediaan
Kemudahan 8 Dewan makan bersih dan selesa.
9 Kualiti makanan baik.
10 Makanan yang disediakan mencukupi.
11 Mengikut masa yang ditetapkan.
Jadual
12 Sesuai dan tidak membosankan.
Program
13 Tempoh masa program mencukupi.

49
SKALA
DESKRIPSI BIL ITEM
1 2 3 4 5
14 Berguna.
15 Membantu.
Bahan
16 Mudah difahami.
17 Jelas.
Aktiviti program ini mencapai objektif yang
18 disasarkan.

19 Dapat meningkatkan pengetahuan dalam


bidang yang berkaitan selepas mengikuti
program ini.
Meningkatkan kesedaran mengenai
kepentingan
20 menangani gangguan seksual.
Kandungan Melalui program ini dapat mengetahui jenis
21 gangguan seksual yang sering berlaku.
Program
Melalui program ini mengetahui kesan
sekiranya melakukan gangguan seksual
22
terhadap orang lain.

23 Program ini mendidik cara untuk


mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi
gangguan seksual.
Saya akan mengesyorkan program ini kepada
24 orang lain.

Komen/Cadangan Penambahbaikan:
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
.........................................................................................................................................

96

You might also like