Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sek. Jen. Keb. (Tamil) Air Kuning Selatan


73200 Gemencheh, Tel / Fax : 06-447 9529
Negeri Sembilan Darul Khusus. Email : NBD5032@moe.gov.my

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.2 2023/2024

Tarikh : 05.10.2023
Masa : 2.00pm
Tempat : PSS
Kehadiran : Pn.R.Malika
Pn.L.Dhanamani
Pn.S.Yogini
Pn.S.Thilakam
Cik.Nurul Athirah
Pn.P.Shaliny
Cik.P.Shobana

Agenda Mesyuarat : 1.Perutusan pengerusi


2.Pengesahan minit mesyuarat bil.1 2022/2023
3.Perkara-perkara berbangkit
4.Pembentangan isu dan laporan
5. Pembentangan kertas kerja
6.Hal-hal lain
7.Ucapan penangguhan

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru ke mesyuarat Panitia Bahasa


Melayu Bil 2 2023/2024.
1.2 Pengurusan Panitia sangat penting di sesebuah sekolah untuk kemenjadian
murid dan pencapaian sekolah.
1.3 Ahli panitia diminta untuk mengkongsi pandangan dan idea untuk
menyelesaikan kekangan yang dihadapi dalam mengajar Bahasa Melayu.
1.4 Tahniah kerana sebahagian PCG panitia dapat digunakan dengan berhemah.
1.5 Semua guru harus memberi keutamaan terhadap silibus yang ditetapkan
untuk setiap kelas dan perlu pastikan murid menguasai kemahiran yang diberi
dalam silibus sebelum peperiksaan akhir tahun.
1.6 Pengerusi meminta ahli panitia untuk berkongsi idea untuk merancang aktiviti
– aktiviti yang bernas menjurus kearah kemenjadian murid.
1.7 Beliau menyatakan penguasaan Bahasa Melayu amat penting untuk murid
agar senang menyesuaikan diri di alam sekolah menengah.
1.8 Pengerusi mengingatkan ahli panitia agar TP diberi berpandukan perincian
yang diberi dalam DSKP dan relevan dengan tahap murid. Guru-guru perlu
peka akan pemberian TP kerana penilaian tahap pencapaian murid dibuat
berdasarkan TP keseluruhan matapelajaran.
Tindakan: Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.1 2023/2024 pada 18/4/2023
telah disahkan tanpa pindaan.

3. Perkara Berbangkit

3.1 Mesyuarat membangkitkan perkara 4.4.3 PCG dirancang untuk digunakan


semasa minggu Bahasa Melayu, membeli cop ulasan dan kertas A4.
Mesyuarat memaklumkan cop ulasan tidak dibeli menggunakan PCG.
Manakala ahli panitia telah membeli cop ulasan persendirian

4.0 Pembentangan isu dan laporan

4.1 3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan


terancang.

4.1.1 Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2023 telah dijalankan bagi murid-murid
Tahap 2 mengikut Takwim Peperiksaan 2023/2024.
4.1.2 Mesyuarat memaklumkan bahawa 55% murid tahap 2 telah lulus dalam
Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2023. Manakala 45 % murid tahap 2
telah gagal dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik 2023.
4.1.4 Mesyuarat membentangkan isu, punca, intervensi dan jangka masa
pelaksanaan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam Ujian Akhir Sesi
Akademik tahun 2023/2024.
4.1.5 Mesyuarat memaklumkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah
dijalankan bagi murid Tahun 1 – Tahun 6.
4.1.6 Mesyuarat membentangkan keputusan PBD bagi matapelajaran Bahasa
Melayu
4.1.7 Mesyuarat membentangkan bahawa terdapat 9 orang murid belum
mencapai TP 3.
4.1. 8 Mesyuarat menyatakan murid akan diberi bimbingan agar dapat mendapat
TP yang tinggi. Pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran juga
dibimbing dengan pembelajaran terbeza
4.1.9 Mesyuarat membentangkan isu, punca, intervensi dan jangka masa
pelaksanaan bagi meningkatkan Tahap Penguasaan murid dalam penilaian
akhir tahun 2023/2024.

Tindakan: Ketua Panitia dan Guru-guru Bahasa Melayu


4.2 3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara
terancang.

4.2.1 Mesyuarat membentangkan semua program peningkatan guru dalam


OPPM.
4.2.2 Mesyuarat membentangkan Peer coaching, teacher sharing
lesson telah dijalankan.
4.2.3 Mesyuarat memaklumkan Ketua Panitia bersama ahli panitia perlu
berbincang tentang masalah murid kerana terdapat peningkatan murid
pemulihan pada tahun ini.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru-guru Bahasa Melayu

4.3 3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara


profesional dan terancang.

4.3.1 Mesyuarat membentangkan OPPM untuk murid.


4.3.2 Mesyuarat memaklumakan Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan
dan hadiah pertandingan telah diedarkan kepada pemenang.
4.3.3 Mesyuarat memaklumkan bahawa program cerdik Bahasa Melayu dan
bacaan pagi sedang dijalankan seperti dirancang.
4.3.4 Mesyuarat menyatakan kelas tambahan akan dijalankan.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru- guru Bahasa Melayu

4.4 3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara
sistematik dan terancang.

4.4.1 Mesyuarat memaklumkan PCG Panitia Bahasa Melayu harus


digunakan sepenuhnya untuk pembangunan murid dan pembelian
BBM Bahasa Melayu.
4.4.2 Mesyuarat membentangkan sebanyak RM221.76 telah digunakan
untuk minggu Bahasa Melayu.
4.4.4Mesyuarat memaklumkan RM.170.36 akan digunakan untuk laman
Bahasa Melayu.

Tindakan: Ketua Panitia


4.5 MBMMBI
4.5.1 Buku kitaran satu telah diedarkan kepada semua guru.
4.5.2 Buku kitaran dua akan diedarkan kepada semua guru.
4.5.3 Penggunaan CD dan buku MBMMBI perlu direkod dalam buku penggunaan.
Tindakan: guru MBMMBI

5. Pembentangan kertas kerja

5.1 Tiada kertas kerja dibentangkan

6.0 Hal-hal lain

6.1 Ketua Panitia juga telah membentangkan data mengenai topik yang sudah
habis mengajar dan belum habis mengajar. Guru-guru telah mendapat
kebenaran daripada guru besar untuk menjalankan kelas tambahan bagi
menjalankan PdPc untuk menghabiskan sillabus.
6.2 GPK Pentadbiran menyatakan bahawa borang keberhasilan perlu dicatat
secara terperinci. Penilaian kedua dijalankan pada bulan November.
6.3 Pencerapan guru kali kedua akan dijalankan mulai 09/10/2023.
6.4 Ketua panitia bersama ahli panitia sila kerap kemaskinikan sudut-sudut
panitia
di kawasan yang disediakan.
Tindakan: Semua guru dan Ketua Panitia

7.0 Penangguhan Mesyuarat

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada Tuan Pengerusi.

Disediakan oleh,

____________________
(Yogini A/P Subramaniam)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SJK(T) Air Kuning Selatan.

You might also like