Manual Pengurusan Tapak Semaian PPP

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 82

i

MANUAL PENGURUSAN
TAPAK SEMAIAN
PERLADANGAN HUTAN
PUSAT PENYELIDIKAN PERHUTANAN
SEPILOK, SABAH

JABATAN PERHUTANAN SABAH

2022

ii
iii
MANUAL PENGURUSAN
TAPAK SEMAIAN PERLADANGAN HUTAN
PUSAT PENYELIDIKAN PERHUTANAN
SEPILOK, SABAH

i
Anak benih spesies Laran di tapak semaian.

ii
MANUAL PENGURUSAN
TAPAK SEMAIAN PERLADANGAN HUTAN
PUSAT PENYELIDIKAN PERHUTANAN
SEPILOK, SABAH

KUINA KIMJUS

Jabatan Perhutanan Sabah


2022

iii
Diterbitkan oleh

Jabatan Perhutanan Sabah


Beg Berkunci No. 68
90009 Sandakan, Sabah, Malaysia
Tel: +6089-242500
Faks: +6089-671303
Laman sesawang:
http://www.forest.sabah.gov.my

© 2022 Jabatan Perhutanan Sabah

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan


mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan cara sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua
Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah,
Sandakan, Sabah.

Cetakan Pertama 2022

Manual Pengurusan Tapak Semaian


Perladangan Hutan, Pusat Penyelidikan
Perhutanan, Sepilok, Sabah
Oleh Kuina Kimjus

ISBN: 978-967-0180-32-8

Dicetak di Malaysia.

iv
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN v
KATA–KATA ALUAN viii
PRAKATA ix
PENGHARGAAN xi
1 PENDAHULUAN 1
2 KRITERIA PEMILIHAN KAWASAN PENUBUHAN
TAPAK SEMAIAN 3
2.1 Kedudukan Kawasan Penubuhan Tapak Semaian 3
2.2 Persekitaran Kawasan Penubuhan Tapak Semaian 3
2.3 Keluasan Tapak Semaian 3
2.4 Aspek Keselamatan 4
3 REKA BENTUK DAN SUSUN ATUR TAPAK SEMAIAN 5
4 KEPERLUAN DI TAPAK SEMAIAN 6
4.1 Keperluan Asas 6
4.2 Keperluan Operasi 15
5 PENGUTIPAN BIJI BENIH 17
5.1 Pemilihan Biji Benih 17
5.2 Penyimpanan Biji Benih 18
5.3 Penyimpanan Rekod Dan Label Biji Benih 19
6 PENGUTIPAN ANAK BENIH LIAR 20
7 AKTIVITI DI TAPAK SEMAIAN 21
7.1 Proses Penyediaan Biji Benih Sebelum Disemai 21
7.2 Pra-Rawatan Biji Benih 22
7.3 Penyemaian Biji Benih 23
7.3.1 Penyemaian Biji Benih Di Batas Semaian 23
7.3.2 Penyemaian Biji Benih Terus Ke Tabung 25
7.3.3 Penyemaian Menggunakan Dulang
Penyemaian 26
7.4 Tabung 26
7.4.1 Proses Penyediaan Campuran Media
Tabung 27
7.4.2 Proses Pengisian Tabung 29
7.5 Dulang Pembentuk Akar (Root Trainer Tray) 30
7.6 Proses Memindah Anak Benih Dari
Batas Semaian Ke Tabung 31
7.7 Penyelenggaraan Anak Benih Di Batas Ubah 33

v
7.7.1 Menyiram 33
7.7.2 Merumput 34
7.7.3 Memberi Sokongan (Menongkat) 35
7.7.4 Kawalan Serangga Dan Penyakit 36
7.7.5 Menggembur Media Tabung 37
7.7.6 Pembajaan 37
7.7.7 Pemangkasan Akar, Dahan dan Daun 39
7.7.8 Penambahan Media Tabung 40
7.7.9 Penjarakan Tabung 41
7.7.10 Penukaran Tabung 42
8 INVENTORI STOK ANAK BENIH 43
9 PENYEDIAAN ANAK BENIH KE KAWASAN PENANAMAN 44
9.1 Pemilihan 44
9.2 Pengerasan 45
9.3 Pemunggahan Dan Pengangkutan 46
10 PEMBIAKAN TAMPANG (VEGETATIF) 47
10.1 Keratan Batang 48
10.2 Tut Udara (Air Layering) 53
11 PENUTUP 57
RUJUKAN 58
LAMPIRAN 60

vi
Anak benih spesies Eucalyptus pellita

vii
KATA-KATA ALUAN

Sumber perhutanan merupakan antara


penyumbang utama kepada pendapatan
negeri Sabah sejak lebih tiga dekad yang lalu.
Kerajaan negeri sentiasa berusaha mengurus
sumber hutan agar sentiasa terpelihara dan
kekal menjadi penyumbang kepada ekonomi
negeri. Menyedari akan sumber kayu
daripada hutan asli yang semakin
berkurangan, sektor perladangan hutan
berpotensi memperkasakan pembangunan
industri perkayuan dan ekonomi Sabah secara
amnya, dengan sasaran 400,000 hektar
menjelang 2036, selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya dan
Polisi Hutan Sabah 2018.

Tapak semaian menjadi tulang belakang kepada pembangunan sektor


perladangan hutan bagi menghasilkan bekalan bahan tanaman yang berkualiti
tinggi untuk ditanam di ladang-ladang hutan. Penghasilan bahan tanaman yang
berkualiti bergantung kepada amalan dan kaedah pengurusan yang baik dan
sistematik semasa di tapak semaian. Kaedah pengurusan di tapak semaian
merangkumi aspek penting seperti pemilihan dan penyediaan kawasan yang
sesuai, pembangunan infrastruktur yang lengkap, reka bentuk yang sesuai
dengan fungsi tapak semaian dan yang paling penting adalah penggunaan
sumber biji benih yang berkualiti daripada sumber yang terpilih dan terjamin.

Manual ini diterbitkan menggunakan peruntukan daripada dana Projek RMK-


12 Perladangan Hutan di bawah Program Sokongan dan Pembangunan
Penyelidikan Perhutanan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Malaysia.
Syabas, saya ucapkan kepada Pn. Kuina Kimjus di atas usaha menerbitkan buku
ini.

Datuk Frederick Kugan


Ketua Konservator Hutan,
Jabatan Perhutanan Sabah

viii
PRAKATA

Manual pengurusan tapak semaian perladangan hutan ini disediakan sebagai


panduan dan rujukan kepada warga Jabatan Perhutanan Sabah, para
pemegang FMU yang terlibat dalam pengurusan hutan negeri Sabah serta
orang awam yang berkepentingan dalam sektor perhutanan. Objektif utama
penerbitan manual ini adalah untuk membangunkan dan mempastikan hanya
anak-anak benih berkualiti tinggi bersumberkan daripada hutan semula jadi
negeri dihasilkan di peringkat tapak semaian. Ini adalah selaras dengan visi
Jabatan Perhutanan Sabah dalam mengurus sumber hutan negeri secara
mampan dan berkekalan.

Penyediaan manual ini adalah berpandukan kepada amalan dan teknik yang
dilaksanakan oleh pegawai serta kakitangan di Tapak Semaian Perladangan
Hutan, Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sepilok, Sabah. Tatacara tersebut
diguna pakai sejak penubuhan tapak semaian tersebut pada tahun 1990 iaitu di
bawah projek FAO/UNDP yang menjurus kepada penyelidikan ke atas teknik-
teknik pembiakan secara vegetatif dan penyediaan anak benih.

Diharapkan penerbitan manual ini dapat membantu meningkatkan tahap


kemahiran dan produktiviti kakitangan di peringkat tapak semaian perladangan
hutan dan seterusnya meningkatkan kualiti anak-anak benih yang dihasilkan.

Kuina Kimjus
Pegawai Penyelidik
Tapak Semaian, Pusat Penyelidikan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Sabah

ix
Bibit spesies Talisai Paya sedia untuk ditanam di ladang hutan.

x
PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Frederick Kugan


(Ketua Konservator Hutan), Dr. Robert Ong (Timbalan Ketua Konservator Hutan
(Penyelidikan dan Pembangunan), Dr. Arthur Y.C. Chung (Timbalan Ketua Pusat
Penyelidikan Perhutanan (Penyelidikan & Penerbitan) dan Tn. Hj Anuar Hj
Mohammad (Ketua Program Perladangan Hutan, Pusat Penyelidikan
Perhutanan) kerana memberi dorongan dan kepercayaan penuh dalam
penyediaan dan penulisan manual ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Pn. Maria Ajik, Cik Eyen Khoo, Pn. Rebecca Chong, En. Kelvin Pang, Cik
Viviannye Paul, En. Mohd. Aminur Faiz Suis, Pn. Nurul Aqidah Ibrahim dan En.
James Chow yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan idea mereka dalam
usaha merealisasikan penerbitan manual ini.

Jutaan terima kasih juga kepada semua kakitangan di Tapak Semaian


Perladangan Hutan, Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sepilok, Sabah iaitu En.
Chen Thau En, En. Joseph Kapis, En. Abdullah Hassan, En. Mius Gubilil, En. Jude
Joseph, En. Ahmad Igasan, Pn. Justine Dunggi, En. Jivito S. Lojunan, En. Ahmad
Tajudin Manggong, En. Reji Masator, En. Will Scott Giri, En. Flement Janain dan
En. Daryl Wayne Lionel yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam
melaksanakan semua aktiviti di tapak semaian dengan penuh sabar dan
dedikasi, terutamanya sepanjang penyediaan dan penulisan buku ini. Tanpa
mereka, usaha merealisasikan penerbitan ini tidak mungkin tercapai.

Kuina Kimjus

xi
Anak benih spesies Binuang yang berumur 3 bulan di simpan di batas ubah.

xii
1 PENDAHULUAN

Manual pengurusan tapak semaian perladangan hutan ini adalah berpandukan


kepada aktiviti dan teknik pengurusan yang diamalkan di tapak semaian, Pusat
Penyelidikan Perhutanan, Sepilok. Manual ini diharapkan boleh menjadi
panduan dalam mengurus sumber tanaman spesies pokok hutan dengan lebih
seragam dan sistematik di peringkat tapak semaian, mempertingkatkan
penyelidikan dan pembangunan dalam pembaikan dan pembiakan pokok-
pokok hutan dan seterusnya menggalakkan pembangunan sektor perladangan
hutan di Sabah.

Umumnya, tapak semaian merupakan tempat menyediakan atau menghasilkan


sumber tanaman yang terjamin dari segi kualiti dan kuantiti bahan tanaman
yang berasaskan hanya daripada sumber tanaman yang terpilih atau yang telah
melalui beberapa siri pembaikbiakan. Berikut adalah antara fungsi-fungsi
utama tapak semaian perladangan hutan:-

o Tempat menyediakan atau menghasilkan sumber tanaman yang terjamin


dari segi kualiti sumber tanaman.
o Tempat menghasilkan sumber tanaman daripada biji benih atau melalui
teknik pembiakan tampang.
o Tempat penyimpanan dan penjagaan semua sumber tanaman untuk
aktiviti perladangan hutan sehingga sumber tanaman tersebut sesuai
untuk ditanam di ladang-ladang hutan.

Berikut adalah beberapa jenis tapak semaian perladangan hutan dan tujuan
ianya diwujudkan:-

i. Tapak semaian kekal


Ditubuhkan untuk pengeluaran / penyimpanan stok tanaman yang berskala
besar, dalam satu tempoh yang lama serta mempunyai tenaga kerja yang
ramai dan infrastruktur yang lengkap.

ii. Tapak semaian sementara


Ditubuhkan untuk pengeluaran dan penyimpanan stok tanaman bagi tempoh
yang singkat (1-2 tahun) dan terletak berhampiran dengan kawasan
penanaman.

1
iii. Tapak semaian separa kekal
Ditubuhkan untuk satu tempoh yang singkat dan bergantung kepada keperluan
semasa. Tapak semaian separa kekal akan dimusnahkan selepas selesai
digunakan.

iv. Tapak semaian pengembangan


Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara stok tanaman sebelum
diagihkan kepada komuniti masyarakat yang terlibat.

Bibit spesies Binuang sedia untuk ditanam di ladang hutan.

2
2 KRITERIA PEMILIHAN KAWASAN
PENUBUHAN TAPAK SEMAIAN

2.1 Kedudukan Kawasan Penubuhan Tapak Semaian

Aspek penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi


penubuhan tapak semaian perladangan hutan yang baik adalah seperti
berikut:-
o Mempunyai persekitaran yang sesuai, seperti kelembapan, suhu dan
cahaya yang baik dan mencukupi.
o Mempunyai sumber air yang berterusan.
o Mempunyai kemudahan jalan raya dan bekalan elektrik yang baik.
o Mudah mendapatkan sumber tenaga buruh.
o Berhampiran kawasan penanaman.

2.2 Persekitaran Kawasan Penubuhan Tapak Semaian

Ciri-ciri kawasan tapak semaian yang dipilih adalah:-


o Permukaan tanah yang mempunyai sistem saliran air yang baik bagi
mengelak air bertakung serta mengelak kawasan mudah dibanjiri.
o Kawasan yang rata atau mendatar bagi memudahkan penyusunan
tabung anak benih di batas ubah.

2.3 Keluasan Tapak Semaian

Keluasan tapak penubuhan tapak semaian untuk perladangan hutan


bergantung kepada:-
o Modal.
o Kapasiti pengeluaran anak benih yang ingin dihasilkan pada satu masa.
o Tenaga kerja.
o Tempoh penyimpanan anak benih di tapak semaian.
o Tapak kawasan yang dipilih perlu mempunyai ruang untuk pembesaran
tapak semaian bagi kegunaan pada masa datang.

3
2.4 Aspek Keselamatan

Keselamatan di tapak semaian perladangan hutan juga penting bagi


menjamin kualiti anak benih yang dihasilkan. Ciri-ciri keselamatan berikut
perlu diberi perhatian:-
o Serangan penyakit dan serangga perosak.
o Pencemaran air dan udara.
o Kes kecurian.
o Pemasangan pagar di sekeliling kawasan tapak semaian bagi mengelak
haiwan dan orang awam memasuki dan merosakkan tanaman di tapak
semaian (pagar setinggi 1.6 meter).

Bibit spesies Laran yang berumur 3 bulan telah sedia untuk ditanam di ladang hutan.

nam di ladang hutan.

4
3 REKA BENTUK DAN SUSUN ATUR
TAPAK SEMAIAN

Keluasan kawasan yang dipilih untuk penubuhan sebuah tapak semaian


perladangan hutan mempengaruhi reka bentuk dan susun atur tapak semaian
tersebut. Reka bentuk sebuah tapak semaian disarankan adalah sekurang-
kurangnya 30% - 40% daripada kawasan yang diperuntukkan sebagai kawasan
pembangunan dan infrastruktur manakala 60% - 70% kawasan pula adalah
diperuntukkan untuk kawasan penyemaian dan pengerasan anak benih.
Contoh reka bentuk dan susun atur tapak semaian perladangan hutan di Pusat
Penyelidikan Perhutanan, Sepilok, Sabah adalah seperti dalam Lampiran 1.

Bibit spesies Talisai Paya yang berumur 3


bulan, sedia untuk ditanam di ladang hutan.

nam di ladang hutan.

5
4 KEPERLUAN DI TAPAK SEMAIAN

Keperluan atau kemudahan yang terdapat di tapak semaian bergantung


kepada kapasiti dan kuantiti anak benih yang hendak dihasilkan dalam satu
masa. Keperluan di tapak semaian dibahagikan kepada 2 jenis iaitu keperluan
asas dan keperluan operasi.

4.1 Keperluan Asas

Keperluan asas merupakan kemudahan yang menjadi tulang belakang dalam


pengurusan tapak semaian. Antara kemudahan asas yang perlu disediakan
ialah:-

i. Bangunan pejabat, tandas dan stor


Kemudahan ini wajib ada untuk keselesaan para pekerja di tapak semaian.
Sebaik-baiknya semua kemudahan ini ditempatkan dalam satu bangunan atau
berhampiran antara satu sama lain. Keluasan bangunan bergantung kepada
bilangan pekerja dan keluasan tapak semaian.

Gambar 4.1 Contoh bangunan pejabat yang menempatkan 6 orang pekerja berukuran
6 m (L) x 12 m (P) x 3 m (T), stor peralatan (utama) tapak semaian berukuran 6 m (L) x 6
m (P) x 3 m (T) dan bangunan tandas berkongsi dengan ruang dapur berukuran (6 m (L)
x 6 m (P) x 3 m (T).

6
Gambar 4.2 Contoh stor minyak dan baja yang berukuran 3.5 m (L) x 4 m (P) x 3 m (T).

ii. Bangunan tempat memproses media tabung dan aktiviti menabung


Bangunan ini berfungsi sebagai tempat menyimpan tanah lapisan atas (topsoil),
pasir sungai, habuk papan, coco peat, peat moss, mesin penghancur tanah dan
peralatan menabung. Proses penyediaan campuran media tabung dan kerja
menabung juga dijalankan di tempat ini.

Gambar 4.3 Bangunan tempat menyimpan, memproses media tabung (tanah lapisan
atas, pasir sungai, habuk papan gergaji dan kompos) dan tempat aktiviti menabung
dijalankan berukuran 10 m (L) x 20 m (P) x 3 m (T).

7
iii. Rumah hijau
Penggunaan rumah hijau dalam sektor perhutanan bukanlah sesuatu benda
baharu. Kegunaannya bertujuan untuk mempertingkatkan hasil dan kualiti
sumber tanaman selaras dengan kehendak pengurusan hutan secara
berterusan dan berkekalan. Rumah hijau terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
misting house dan fogging house. Reka bentuk bangunan adalah serupa tetapi
saiz semburan air yang digunakan adalah berbeza mengikut fungsi dan
keperluannya. Jenis atap bumbung adalah daripada bahan yang dapat
menghalang kemasukan air hujan sepenuhnya dan dapat mengurangkan
kepanasan haba cahaya matahari (jenis atap bumbung adalah seperti
polycarbonate, zink lut sinar atau plastik lut sinar). Jadual 4.1 menunjukkan
perbandingan reka bentuk, kegunaan serta ciri-ciri misting house dan fogging
house.

Jadual 4.1 Perbandingan Misting house dan Fogging house.

Misting House Fogging House


Tempat melakukan Tempat pengerasan
pembiakan vegetatif sumber tanaman
seperti keratan batang, daripada makmal tisu
daun atau akar. kultur atau tempat
Fungsi penyimpanan anak benih
yang baru dipindah ke
tabung. Contohnya anak
benih Laran.
Saiz ukuran bangunan 9 m (L) x 12 m (P) x 6 m (T) 9 m (L) x 9 m (P) x 6 m (T)
Permukaan lantai Konkrit Konkrit
Satu lapis plastik lut sinar
Jenis atap bumbung dan dilapisi satu lapis Polycarbonate
jaring berkualiti tinggi.
Dinding konkrit setinggi 1 Dinding konkrit setinggi 1
meter dan dipasang meter dan dipasang
rangka besi sehingga ke rangka besi sehingga ke
bumbung. bumbung.
Dinding
Bahagian dinding di atas 1 Bahagian dinding di atas
meter terdiri daripada 1 meter terdiri daripada
satu lapis jaring berkualiti satu lapis jaring berkualiti
tinggi dan satu lapis tinggi dan satu lapis

8
wiremesh untuk wiremesh untuk
menghalang haiwan menghalang haiwan
perosak masuk. perosak masuk.
Saiz semburan kabus 5.0 – 10.0 mikron 1.0 – 7.0 mikron
(air)
Tempoh operasi 24 jam 24 jam
Penetap Masa (Timer Boleh diselaraskan Boleh diselaraskan
Setting) mengikut kesesuaian mengikut kesesuaian
spesies. spesies.
Contoh: Semburan kabus Contoh: Semburan kabus
air akan berlaku setiap 10 air akan berlaku setiap 1
minit dan tempoh jam dan tempoh
semburan akan berjalan semburan akan berjalan
selama 15 saat (sesuai selama 5 minit bagi
untuk keratan batang proses pengerasan
spesies Laran Merah, sumber tanaman yang
Binuang, Kapur Paji dan dihasilkan di makmal tisu
lain-lain). kultur (sesuai untuk tisu
kultur spesies Laran
Merah yang mempunyai
ketinggian 5–10 cm).

Kelebihan penggunaan Misting House dan Fogging House di peringkat tapak


semaian perladangan hutan adalah:-
o Keupayaan memberikan kelembapan yang tinggi kepada anak benih yang
baru dipindah ke tabung, sumber tanaman daripada keratan (batang, daun
dan akar) dan sumber tanaman daripada tisu kultur.
o Memberikan kesan penyejukan yang cepat kepada tanaman.
o Peratusan hidup tanaman lebih tinggi (bergantung kepada kesesuaian
spesies).

9
Gambar 4.4 Contoh rumah hijau (Misting House dan Gambar 4.5 Batas pengakaran
Fogging House) berukuran 9 m (L) x 18 m (P) x 6 m (T). (rooting bed) dalam Misting
House yang berukuran 1.5 m (L)
x 5 m (P) x 2 m (T) setiap unit.

(a) mist sprayer (b) fogging sprayer

Gambar 4.6 (a) & (b) Contoh sistem semburan yang digunakan di rumah hijau tapak
semaian perladangan hutan.

10
iv. Tangki simpanan air
Tangki air berfungsi sebagai tempat simpanan sekiranya bekalan air terputus.
Saiz tangki air yang sesuai bergantung kepada kapasiti tanaman yang hendak
dihasilkan di tapak semaian dan memenuhi keperluan untuk rumah hijau dan
batas semaian. Contoh: 3 unit tangki (1 tangki air berkapasiti 900 liter)
mencukupi untuk 3000 - 5000 tabung yang terdapat di tapak semaian. Bagi
keperluan rumah hijau yang menggunakan sistem penyiraman automatik 24
jam, 2 unit tangki air berkapasiti 10,000 liter diperlukan. Tangki air perlu
disambungkan terus kepada bekalan air paip utama untuk diisi secara
automatik sekiranya air simpanan telah berkurangan.

Gambar 4.7 Dua unit tangki air berkapasiti 10,000 liter.

11
v. Batas semaian
Batas semaian disediakan sebagai tempat menyemai biji benih spesies
perladangan hutan yang terpilih dan sebagai tempat penjagaan sementara
anak benih yang baru bercambah sehingga mencapai saiz yang sesuai
dipindahkan ke tabung. Selain itu, ianya dibuat bagi mengelakkan biji benih
atau anak benih ditenggelami air.

Penyediaan dan ciri-ciri penting batas semaian adalah seperti berikut:-


o Perlu dibuat di atas permukaan tanah yang rata dan mempunyai sistem
saliran air yang baik.
o Kawasan batas semaian perlu diberikan atap menggunakan zink lut
sinar atau plastic lut sinar bagi membolehkan anak benih mendapat
cahaya matahari secukupnya untuk proses tumbesaran yang baik.
Selain itu, ianya menghalang air hujan daripada memasuki batas
semaian serta mengurangkan kepanasan haba cahaya matahari.
o Kawasan batas semaian perlu dipasangkan pagar di sekelilingnya bagi
mengelak gangguan haiwan seperti anjing, kucing, ayam dan lain-lain.
o Permukaan bawah setiap batas semaian perlu dilapisi batu kecil bersaiz
2 cm atau 4 cm dan seterusnya dilapis lagi dengan plastik lut sinar
sebelum media semaian diletakkan di dalamnya. Ini bertujuan untuk
mengelakkan media semaian bersentuhan terus dengan permukaan
tanah dan juga melambatkan akar anak benih yang baru tumbuh
daripada menembusi permukaan tanah.
o Batas semaian perlu di dinding menggunakan bata, papan atau konkrit
setinggi 15 - 20 cm untuk menampung media semaian.
o Media semaian yang sesuai untuk penyemaian biji benih hendaklah
bersifat gembur, lembap dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Selain itu, media semaian perlu mempunyai skala pH menghampiri 7
(neutral) yang membolehkan setiap nutrien dapat diserap oleh
tanaman.
o Campuran media semaian yang digunakan terdiri daripada tanah
lapisan atas (topsoil), pasir sungai dan habuk papan (sawdust), iaitu
dalam nisbah 3:2:1.
o Media semaian perlu bebas daripada sebarang serangga perosak,
penyakit dan rumpai.
o Pastikan setiap kali proses penyemaian di batas semaian dilaksanakan,
diletakkan label yang mengandungi nama spesies, nombor seedlot biji
benih, tempat asal biji benih dikutip dan tarikh penyemaian dibuat.
Contoh tempoh percambahan biji benih bagi beberapa spesies adalah
seperti di Lampiran 2.

12
vi. Batas ubah
Batas ubah merupakan tempat menyimpan tabung yang telah ditanam dengan
anak benih. Anak benih yang telah dipindah ke tabung akan dijaga di batas
semaian sehingga mencapai tahap ketinggian yang sesuai untuk ditanam di
lapangan.

Beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa penyediaan


batas ubah di tapak semaian adalah seperti berikut:-
o Batas ubah perlu dibina di permukaan tanah yang rata dan mempunyai
sistem saliran air yang baik, di mana kawasan tersebut tidak mudah
ditakungi air atau dibanjiri.
o Permukaan lantai batas ubah perlu dilapis dengan bahan yang tidak
boleh ditembus oleh akar anak pokok, seperti batu, plastik atau simen.
o Batas ubah perlu diberi naungan daripada kepanasan haba cahaya
matahari menggunakan jaring naungan.
o Kadar naungan cahaya matahari yang diperlukan bergantung kepada
umur anak benih dan spesies yang disimpan di batas ubah. Jaring
naungan mempunyai pelbagai kadar peratusan naungan. Biasanya
jaring naungan cahaya matahari yang digunakan adalah 30%, 50% dan
70%.
o Tempoh anak benih berada di bawah naungan adalah berbeza
mengikut spesies. Contohnya, anak benih Laran yang telah
dipindahkan ke tabung perlu diletakkan di bawah jaring naungan
cahaya matahari 30% selama 4-8 minggu manakala bagi anak benih
spesies Dipterokarpa pula memerlukan jaring naungan antara 50% -
70% bagi tempoh sepanjang ianya berada di tapak semaian.

13
Gambar 4.8 Batas semaian berukuran 1 m (L) x 5 m (P) x 0.15 m (T) dengan jarak 1
meter diantara batas.

Gambar 4.9 Batas ubah berukuran 1.5 m (L) x 10 m (P) x 15 cm (T) dengan jarak 1
meter diantara batas.

14
4.2 Keperluan Operasi

Antara keperluan operasi yang harus disediakan di tapak semaian adalah


seperti berikut:-
o Mesin penghancur tanah
o Sistem pengairan / penyiraman
o Jaring naungan (shading net)
o Alat pengukur hujan
o Alat pengukur suhu dan kelembapan
o Peralatan asas, seperti cangkul, kereta sorong, pam racun, pencakar,
gunting dan penyodok tanah.
o Bahan-bahan asas, seperti tabung, tanah lapisan atas, pasir sungai, peat
moss, coco peat, baja, racun serangga, racun kulat dan racun rumput.

Gambar 4.10 Mesin penghancur tanah. Gambar 4.11 Kereta sorong.

Gambar 4.12 Alat pengukur hujan. Gambar 4.13 Alat pengukur suhu dan
kelembapan.

15
Gambar 4.14 Jaring naungan Gambar 4.15 Sistem penyiraman
(Shading net). automatik (water jet sprinkler).

Gambar 4.16 Contoh Gambar 4.17 Contoh racun Gambar 4.18 Contoh
racun serangga. kulat. racun siput.

Gambar 4.19 Contoh Gambar 4.20 Baja NPK. Gambar 4.21 Baja organik.
racun rumput.

16
5 PENGUTIPAN BIJI BENIH

Biji benih yang ingin digunakan dalam sektor perladangan hutan mestilah
bersumberkan daripada pokok induk yang telah dipilih berdasarkan kepada
nilai-nilai komersial yang telah ditentukan. Pemilihan pokok induk yang baik
adalah penting bagi menjamin penghasilan biji benih dan anak benih yang
berkualiti tinggi.

Pokok induk yang dipilih mestilah mempunyai ciri-ciri terbaik dari segi:-
o Pertumbuhan yang baik, iaitu dari segi kebulatan batang dan ketinggian
pokok (mencapai tahap nilai komersial yang ditetapkan).
o Bebas daripada kecacatan, serangan serangga dan penyakit.
o Mencapai tahap kematangan (memilih pokok induk yang berumur 5-7
tahun).
o Keadaan persekitaran pokok yang sesuai untuk kerja pengutipan biji benih.

Selain ciri-ciri pokok induk yang bernilai komersial, aspek lain yang penting
adalah seperti masa kutipan biji benih yang sesuai, teknik pengutipan dan
penyelenggaraan hasil kutipan. Ini penting dan perlu diberi perhatian bagi
mengelakkan kerosakan atau kemandirian pada biji benih.

5.1 Pemilihan Biji Benih

Kesilapan awal semasa proses pemilihan biji benih menyebabkan pembaziran


dari segi kos dan tenaga. Pembiakan menggunakan biji benih yang berkualiti
dapat meningkatkan kadar peratusan percambahan anak benih yang tinggi,
mengurangkan kadar kerosakan anak benih dan mengelakkan penghasilan
tanaman yang berkualiti rendah.

Kriteria pemilihan biji benih sebelum disemai adalah:-

i. Matang
Pastikan hanya biji benih yang matang sahaja disemai. Penyemaian biji benih
yang kurang matang menyebabkan kadar peratusan percambahan kurang dan
pertumbuhan anak benih juga kurang sihat di peringkat awal dan seterusnya
hingga ke ladang tanaman.

17
ii. Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
Ujian pra percambahan di makmal perlu bagi mengetahui tahap kebernasan
biji benih yang digunakan sebelum disemai. Tahap bernas biji benih
menentukan bilangan anak benih yang terhasil dan mengelakkan pembaziran
kos dan tenaga. Biasanya tahap kebernasan yang baik adalah melebihi 95%.

iii. Bebas dari penyakit dan perosak


Pemeriksaan rapi perlu dibuat ke atas biji benih sebelum disemai bagi
mengelak sebarang serangan dan jangkitan penyakit disebabkan oleh kuman
dan bakteria yang sedia ada pada biji benih. Terdapat penyakit yang dipanggil
seed borne disease yang merosakkan biji benih.

iv. Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari pokok induk lain)
Ketulenan biji benih yang diperolehi penting bagi menjamin kualiti tanaman
yang terhasil. Ianya juga dapat mengelakkan kerugian kepada pembeli biji
benih dan peladang. Selain itu, ini dapat mengelakkan pembaziran kos dan
tenaga kerja.

5.2 Penyimpanan Biji Benih

Teknik penyimpanan yang sesuai penting dalam mengekalkan kadar peratusan


percambahan biji benih yang tinggi. Peratusan percambahan biji benih akan
menurun apabila disimpan terlalu lama. Biji benih hendaklah disimpan di
tempat bersuhu rendah dan peratusan lembapan yang rendah.

Kaedah penyimpanan biji benih spesies pokok hutan adalah berbeza mengikut
jenis biji benih.

Biji benih terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

i. Biji benih ortodoks


Tempoh penyimpanan biji benih ini boleh melebihi satu tahun. Biji
benih biasanya bersaiz kecil dan nipis tetapi terdapat juga yang bersaiz
besar. Biasanya mempunyai kulit kalis air, tebal dan keras. Ianya perlu
disimpan dalam bekas kedap udara atau di tempat yang bersuhu
rendah antara -20⁰C ke 8⁰C. Contoh: biji benih Batai, Laran, Binuang
dan Eucalyptus.

ii. Biji benih separa ortodoks


Biji benih ini mempunyai ciri-ciri antara biji benih ortodoks dan biji
benih recalcitrant. Saiz biji benih adalah lebih besar daripada biji benih
ortodoks. Penyimpanan biji benih jenis ini adalah di bilik sejuk yang
bersuhu 6⁰C - 10⁰C. Contoh: biji benih Jati.

18
iii. Biji benih recalcitrant
Biji benih ini sangat sensitif kepada suhu tinggi dan suhu rendah. Biji
benih mempunyai kulit lembut dan kandungan air yang tinggi. Oleh itu,
ianya tidak boleh disimpan lama atau melebihi satu bulan. Biji benih
perlu disimpan di bilik sejuk yang bersuhu 20⁰C. Contoh: biji benih jenis
Dipterokarpa, Mahogani (Swietenia macrophylla), Gaharu dan Khaya
ivorensis.

5.3 Penyimpanan Rekod Dan Label Biji Benih

Pengurusan maklumat yang sistematik bagi biji benih yang dikutip atau
dihantar ke tapak semaian akan memudahkan pengurusan operasi seterusnya.

Perkara berikut perlu diberi perhatian:-


o Maklumat biji benih yang dikutip atau diterima di tapak semaian perlu
direkodkan dalam buku rekod penerimaan biji benih.
o Maklumat yang perlu direkodkan adalah nama spesies, nombor seedlot biji
benih, tarikh dikutip, tempat dikutip dan jumlah biji benih yang diterima.

Anak benih spesies Khaya ivorensis


berumur 2 bulan di batas ubah.

19
6 PENGUTIPAN ANAK BENIH LIAR

Dalam sektor perladangan hutan, sumber tanaman daripada anak benih liar
kurang dilaksanakan kerana kualiti anak benih yang sukar ditentukan. Namun,
terdapat keadaan di mana pengutipan anak benih daripada pokok liar perlu
juga dilakukan disebabkan sumber biji benih sukar diperolehi berikutan dengan
masalah seperti pokok induk terlalu tinggi dan bahaya untuk kerja-kerja
pengutipan biji benih dijalankan, musim pembuahan pokok induk yang sukar
diramal dan lokasi pokok induk yang sukar dijangkau.

Berikut adalah antara perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa
melakukan pengutipan anak benih liar:-

o Ketinggian anak benih liar yang sesuai diambil ialah antara 5 -15 cm atau
mempunyai sekurang-kurangnya dua helai daun sebenar.
o Pengutipan dilakukan pada awal pagi atau pada musim hujan di mana
keadaan tanah masih lembut dan lembap.
o Elakkan atau kurangkan kerosakan pada bahagian akar tunjang semasa
proses mencabut atau mencungkil anak benih liar.
o Pastikan anak benih liar sentiasa dalam keadaan lembap selepas dicabut
dengan meletakkannya di dalam guni atau atas kertas/tisu yang basah.
o Anak benih liar yang telah dicabut atau dicungkil amat sensitif. Ianya perlu
terus ditanam ke dalam tabung bagi mengelakkan anak benih liar menjadi
kering dan mati.

20
7 AKTIVITI DI TAPAK SEMAIAN

7.1 Proses Penyediaan Biji Benih Sebelum Disemai

Biji benih yang dikutip daripada pokok induk perlu melalui beberapa proses
sebelum sedia untuk disemai di tapak semaian. Proses penyediaan biji benih ini
bergantung kepada jenis dan saiz biji benih. Biji benih perlu diasingkan
daripada sampah sarap, kulit buah dan sayap biji benih sebelum boleh disemai
di batas semaian, dulang penyemaian atau tabung.

Berikut adalah proses persediaan biji benih sebelum penyemaian:-

i. Biji benih yang mempunyai sayap


Sayap setiap biji benih perlu dibuang bagi memudahkan penyemaian
selain dapat menjimatkan ruang di batas semaian. Contoh: biji benih
spesies Dipterokarpa, seperti Kapur Gumpait dan Seraya Daun Mas.

(a) (b) (c)

Gambar 7.1 Proses penyediaan biji benih (a, b & c) Seraya Kelabu (Shorea waltoni)
sebelum disemai.

ii. Biji benih jenis kekacang


Kulit buah yang keras perlu diasingkan terlebih dahulu melalui proses
pengeringan, pengasingan (memijak) dan penganginan (secara tampi
atau mesin angin). Contoh: biji benih Akasia dan Batai.

iii. Biji benih yang mempunyai palpa


Semua palpa pada biji benih perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum
disemai. Contoh: biji benih Yamane.

21
7.2 Pra-Rawatan Biji Benih

Proses percambahan biji benih bergantung kepada beberapa faktor, iaitu


kelembapan relatif, suhu, cahaya dan oksigen. Lazimnya, percambahan biji
benih tidak berlaku secara serentak disebabkan oleh faktor fizikal, fisiologi
pokok tersebut dan keadaan alam persekitaran. Fenomena ini berlaku apabila
biji benih melalui jangka masa dorman di mana kulit biji benih menjadi tidak
telap air atau mengeluarkan racun dan lain-lain faktor dalaman. Keadaan ini
menyebabkan terdapat sesetengah spesies ladang hutan memerlukan pra-
rawatan biji benih terlebih dahulu sebelum boleh disemai.

Pra-rawatan biji bertujuan untuk memastikan biji benih dapat bercambah


seperti dikehendaki. Di samping itu, pra-rawatan dapat membantu
meningkatkan peratusan percambahan. Lazimnya, pra-rawatan ini perlu
dilakukan ke atas biji benih yang mempunyai jangka masa dorman yang lama.
Kaedah pra-rawatan perlu dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kerosakan
pada biji benih dan ianya adalah berbeza bagi setiap spesies (Lampiran 2).

Antara kaedah pra-rawatan biji benih bagi spesies pokok hutan yang biasa
dijalankan adalah:-

i. Pelelasan (scarification)
Proses membuang atau mengikis testa atau kulit biji benih dengan cara
merendam biji benih dalam air panas atau asid supaya biji benih menjadi telap
air. Kulit biji benih yang sudah lembut akan mempercepatkan proses
percambahan. Contohnya biji benih Batai dan Akasia.

Gambar 7.2 Pra-rawatan biji benih Batai (biji benih jenis ortodoks) adalah melalui
rendaman air panas (900 C) selama 30 saat dan diikuti rendaman menggunakan air
bersuhu bilik selama satu malam. Biji benih Batai sedia untuk disemai pada keesokan
harinya.

22
ii. Stratifikasi
Proses melembutkan dan memecahkan kulit biji benih dengan meletakkan biji
benih terus dalam timbunan habuk papan, peat moss, pasir atau tanah lapisan
atas yang sentiasa dalam keadaan lembap. Contohnya pra-rawatan bagi
spesies Eucalyptus.

iii. Pemeraman (fermentation)


Proses merendam biji benih ke dalam air selama 1 malam atau menyimpannya
dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.
Contohnya biji benih Talisai Paya perlu disimpan ke dalam beg plastik selama 3
hingga 5 hari sebelum disemai.

7.3 Penyemaian Biji Benih

Pemilihan kaedah penyemaian biji benih dipengaruhi oleh saiz biji benih yang
hendak disemai. Terdapat tiga kaedah penyemaian biji benih yang dilakukan di
tapak semaian perladangan hutan.

7.3.1 Penyemaian Biji Benih Di Batas Semaian

Penyemaian biji benih di batas semaian dilakukan melalui dua kaedah iaitu
semai tabur dan semai dalam barisan.

i. Semai tabur
Kaedah semai tabur sesuai untuk biji benih yang bersaiz halus seperti biji benih
Laran dan Binuang. Biji benih jenis ini perlu ditabur berhati-hati di atas
permukaan media semaian yang telah dilembapkan supaya lapisan taburan
tidak terlalu tebal. Ini adalah bagi mengelakkan anak benih tumbuh terlalu
rapat atau padat. Biji benih yang halus juga memerlukan teknik penyiraman
yang betul. Penyiraman perlu menggunakan semburan air yang halus dan
kelajuan air yang minima. Penyiraman perlu dibuat dua kali sehari sehingga biji
benih bercambah dan mencapai ketinggian yang sesuai bagi dipindahkan ke
tabung.

ii. Semai dalam barisan


Kaedah penyemaian secara barisan sesuai untuk biji benih yang bersaiz
sederhana besar, seperti biji benih spesies Kapur Paji, Seraya Merah dan Kapur
Gumpait. Biji benih disusun mengikut barisan di atas permukaan media
semaian. Biji benih ditekan ke dalam media semaian sedalam 0.5 cm secara
mengiring. Pastikan biji benih dijarakkan antara satu sama lain. Biji benih yang
sudah disemai perlu ditutup dengan satu lapisan nipis habuk papan atau peat

23
moss bagi mengelakkan biji benih cepat kering. Kelembapan yang tinggi
membantu mempercepatkan proses percambahan biji benih.

Gambar 7.3 Kaedah semai tabur bagi biji Gambar 7.4 Kaedah penyemaian dalam
benih Laran, menggunakan bekas botol barisan bagi biji benih Seraya Kelabu
lada putih. (Shorea waltoni).

Proses penyemaian biji benih di batas semaian memerlukan penjagaan yang


teliti bagi menjamin percambahan yang baik. Tempoh percambahan biji benih
juga adalah berbeza mengikut spesies (Lampiran 2).

Berikut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian semasa anak benih
masih di batas semaian:-
o Memastikan batas semaian bebas dari serangan kulat dan serangga
perosak. Semburan racun kulat dan serangga perosak perlu dilakukan
sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan berlaku bagi mengawal
serangan menjadi lebih teruk. Jenis racun yang digunakan adalah
berdasarkan kepada jenis perosak. Langkah keselamatan dan peraturan
pemakaian racun harus dipatuhi.
o Selepas penyemaian biji benih, penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari,
iaitu pada waktu pagi dan petang. Alat penyiram yang digunakan biasanya
jenis semburan halus.
o Semasa menyiram, elakkan daripada mengganggu kedudukan biji benih.
o Kekerapan penyiraman dan kuantiti air siraman ketika musim hujan perlu
dikurangkan bagi mengelakkan batas semaian menjadi terlalu lembap.

24
Batas semaian yang terlalu lembap boleh menyebabkan kerosakan atau
serangan penyakit pada biji benih.
o Apabila biji benih mula bercambah, penyiraman perlu dilakukan dengan
berhati-hati bagi mengelak air berlebihan di dalam batas semaian yang
boleh menjejaskan pertumbuhan anak pokok masih kecil.
o Rumput perlu dibuang bagi mengurangkan persaingan pada anak pokok
yang masih kecil. Ianya perlu dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan
anak pokok yang masih kecil terganggu.
o Media semaian hendaklah ditukar setiap kali penyemaian baru dibuat
untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

7.3.2 Penyemaian Biji Benih Terus Ke Tabung

Selain penyemaian di atas batas semaian, terdapat juga biji benih yang boleh
terus disemai di dalam tabung. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang bersaiz
besar dan mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Saiz tabung yang
digunakan adalah bergantung kepada saiz biji benih yang hendak disemai.
Contohnya biji benih Talisai Paya yang bersaiz antara 3 cm hingga 4 cm akan
disemai terus ke dalam tabung yang bersaiz 15 cm x 23 cm. Masukkan dan
tekan biji benih sedalam 0.5 cm dalam media tabung secara mengiring.
Letakkan tabung di batas ubah yang mempunyai kadar naungan 50% cahaya
matahari.

Gambar 7.5 Kaedah


semai terus ke tabung
Talisai Paya (Terminalia
copelandii).

25
7.3.3 Penyemaian Menggunakan Dulang Penyemaian

Cara-cara penyemaian menggunakan dulang penyemaian adalah:-

o Lapis permukaan bawah dulang penyemaian dengan satu lapisan jaring


atau plastik lut sinar yang telah ditebuk lubang bagi mengelakkan air
bertakung semasa penyiraman dibuat.
o Isikan dulang penyemaian dengan media semaian dengan ketebalan
10-15 cm.
o Siram permukaan media semaian dengan air sehingga lembap,
kemudian taburkan atau susun biji benih di atas media semaian.
o Tabur sedikit habuk papan atau peat moss pada permukaan atas biji
benih tersebut.
o Siram dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang sehingga biji
benih bercambah. Teknik penyiraman menggunakan semburan air
halus perlu digunakan bagi mengelakkan gangguan pada kedudukan
biji benih atau mencederakan anak benih yang baru bercambah.

Gambar 7.6 Kaedah semaian Gambar 7.7 Kaedah semaian


menggunakan dulang (tray) penyemaian menggunakan dulang penyemaian bagi
bagi spesies Bangkal Kuning (Nauclea spesies Binuang (Octomeles sumatrana).
subdita).

7.4 Tabung

Terdapat pelbagai saiz tabung yang biasa digunakan di tapak semaian.


Penggunaan saiz tabung bergantung dengan tempoh penyimpanan anak benih
di tapak semaian.

26
Jadual 7.1 Contoh saiz tabung dan anggaran tempoh penyimpanan
(JPSM 1998).

Saiz Tabung (diameter x tinggi) Tempoh Anak Pokok Disimpan Di


Tapak Semaian
8-10 cm x 17-20 cm ˂ 6 bulan
12-15 cm x 20-25 cm ˂ 1 tahun
20-25 cm x 30-35 cm ˂ 4 tahun
35-40 cm x 40-45 cm ˃ 4 tahun

23 cm x 45.5 cm

15 cm x 35.5 cm

8 cm x 23 cm

Gambar 7.8 Contoh saiz tabung yang digunakan di tapak semaian perladangan hutan,
Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sepilok.

7.4.1 Proses Penyediaan Campuran Media Tabung

Campuran media tabung ini penting bagi memastikan anak pokok mendapat
nutrien yang mencukupi, sokongan fizikal dan kelembapan yang cukup semasa
proses pertumbuhan. Campuran media tabung yang biasa digunakan terdiri
daripada campuran tanah lapisan atas (topsoil), pasir sungai, habuk papan
gergaji (mengikut nisbah 7: 3: 2) dan baja.

Cara penyediaan campuran media tabung adalah seperti berikut:-


o Tanah lapisan atas yang digunakan hendaklah digali tidak melebihi 1.5
meter dari permukaan tanah paling atas. Tanah tersebut perlu
dikeringkan sebelum dihancurkan menggunakan mesin penghancur

27
tanah (soil shredder). Sampah sarap, batu, akar kayu dan daun kering
perlu diasingkan/dibuang.
o Pasir sungai perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum diayak.
o Habuk papan gergaji yang digunakan adalah daripada stok habuk
papan (12-18 bulan) yang sudah lama disimpan.
o Baja NPK (15:15:15+2MgO) atau Agroblen (15:8:17+2MgO sebanyak 2
kg) akan dicampurkan ke dalam media tabung.
o Campuran media tabung yang terdiri daripada tanah lapisan atas, pasir
sungai, habuk papan dan 2 kg baja akan digaul sehingga sekata dan
seterusnya dimasukkan ke dalam mesin penghancur tanah supaya
campuran media tabung menjadi lebih sebati dan sekata.

(a) (b)

(c)
Gambar 7.9 (a, b & c). Proses membuat campuran media tabung: tanah lapisan atas,
pasir sungai dan habuk papan gergaji (7:3:2) + 2 kg baja NPK atau 2 kg baja Agroblen.

28
Contoh media tabung lain yang boleh digunakan adalah:-

o Tanah lapisan atas: pasir sungai: peat moss (7:3:2) + 2 kg NPK


o Tanah lapisan atas: pasir sungai: coco peat (7:3:2) + 2 kg NPK
o Tanah lapisan atas: sekam padi (1:1) + 2 kg NPK

7.4.2 Proses Pengisian Tabung

Proses kerja mengisi tabung adalah seperti berikut:-


o Pengisian tabung secara manual adalah lebih mudah dengan menggunakan
skop berbentuk kon yang diperbuat daripada batang paip PVC berdiameter
10 cm.
o Media tabung dimasukkan ke dalam tabung sehingga ¾ daripada
ketinggian tabung, hentakkan tabung perlahan-lahan supaya
kandungannya menjadi padat. Tambahkan semula media tabung sehingga
penuh.
o Tabung yang telah diisi disusun di atas batas ubah.
o Setiap seorang pekerja dianggarkan dapat mengisi sejumlah 400-500
tabung setiap hari bagi tabung bersaiz 8 cm x 23 cm.

Gambar 7.10 Pengisian tabung.

29
7.5 Dulang Pembentuk Akar (Root Trainer Tray)

Dulang pembentuk akar (root trainer tray) adalah alternatif kepada


kebergantungan penggunaan tabung. Kelebihan menggunakan dulang ini ialah
ianya dapat membantu anak benih membentuk sistem akar dengan lebih
sempurna. Pertumbuhan akar yang terus menghala ke bawah dapat
mengelakkan akar daripada bergulung. Selain itu, penggunaan dulang ini dapat
mengurangkan kos operasi kerana ianya boleh digunakan semula. Dalam pada
itu, proses penanaman di lapangan juga dimudahkan kerana ianya
menggunakan media tanaman seperti peat moss atau coco peat yang mana
lebih ringan serta dapat menampung lebih banyak anak benih dalam satu
dulang. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu disesuaikan dengan saiz
biji benih yang ingin disemai dan tempoh penyimpanan anak benih di tapak
semaian. Semakin banyak bilangan petak dalam satu dulang semakin kecil
diameter petaknya. Bagi dulang jenis BX-50 (mempunyai 50 petak, saiz setiap
petak adalah 5 X 5 cm), disarankan tempoh penyimpanan anak benih di tapak
semaian adalah antara 10 ke 12 minggu sahaja.

Gambar 7.11 Jenis dulang pembentuk akar BX-50.

30
7.6 Proses Memindah Anak Benih Dari Batas Semaian Ke Tabung

Pemilihan masa yang tepat untuk memindah anak benih dari batas semaian ke
tabung akan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan tanaman kelak.
Proses memindah yang sesuai adalah apabila anak benih telah mula
mengeluarkan 2 - 4 helai daun sebenar. Pertumbuhan daun sebenar ini
menandakan anak benih sudah mempunyai sistem pengakaran sempurna dan
berkeupayaan untuk menjalankan proses fotosintesis. Masa pemindahan anak
benih ke tabung juga perlu melihat pada kesesuaian ketinggian anak benih
kerana ketinggian anak benih adalah berbeza mengikut spesies. Bagi anak
benih Laran, Binuang dan Batai, ketinggian yang sesuai untuk dipindahkan ke
tabung adalah 4 - 5 cm. Ketinggian yang sesuai bagi anak benih Mahogani dan
Dipterokarpa pula ialah 10 - 15 cm.

Daun sebenar

Daun benih
(Kotiledon)

Gambar 7.12 Saiz anak benih spesies Batai yang sesuai untuk dipindah ke
tabung.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa proses
pemindahan anak benih dari batas semaian ke tabung:-
o Pemindahan perlu dibuat pada penghujung proses percambahan biji benih
bagi mengelakkan gangguan semasa proses percambahan.
o Pemindahan anak benih dilakukan pada lewat petang untuk mengelakkan
kadar penyahhidratan yang tinggi pada anak benih.

31
o Anak benih di dalam batas semaian perlu disiram terlebih dahulu bagi
melembutkan media semaian supaya proses mencungkil anak benih keluar
dari media semaian lebih mudah dan dapat mengurangkan kerosakan pada
akar anak benih.
o Gunakan alat pencungkil (sebatang kayu tajam di hujung) yang sesuai
untuk mencungkil anak benih secara perlahan-lahan supaya akar tidak
rosak.
o Selepas anak benih dicungkil dari media semaian, ianya perlu disimpan
dalam bekas yang berisi air bagi mengelakkan anak benih ternyahhidrat.
o Akar tunjang yang terlalu panjang perlu dipotong dengan meninggalkan
lebih kurang 5 cm panjangnya untuk memudahkan proses penanaman ke
dalam tabung.
o Anak benih yang telah dicungkil dari batas semai perlu segera ditanam ke
dalam tabung.
o Media tabung perlu disiram terlebih dahulu sehingga media menjadi
lembap sebelum proses penanaman anak benih dilakukan.
o Pastikan akar tunjang anak benih menghala ke bawah semasa dimasukkan
ke dalam media tabung.
o Selepas anak benih ditanam di dalam media tabung, mampatkan media
tabung di sekeliling anak benih supaya anak benih dapat tumbuh dengan
tegak.
o Anak benih yang telah siap dipindahkan ke tabung perlu disiram
menggunakan semburan air halus dan tidak terlalu kuat bagi mengelakkan
anak benih tercedera atau terganggu.

(a) (b)

32
(c)
Gambar 7.13 (a, b & c) Proses memindah anak benih daripada batas semaian ke
tabung dan disimpan di batas ubah.

7.7 Penyelenggaraan Anak Benih Di Batas Ubah

Aktiviti penyelenggaraan anak benih selama tempoh disimpan di batas ubah


sehingga anak benih tersebut sesuai untuk ditanam di lapangan amat penting
bagi menghasilkan anak benih yang berkualiti dan menjamin peratusan hidup
tinggi apabila ditanam di lapangan kelak. Aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan
di batas ubah adalah seperti berikut:-

7.7.1 Menyiram

Penyiraman amat penting bagi mengekalkan kelembapan media tabung supaya


haba daripada kepanasan cahaya matahari tidak merosakkan akar anak benih.
o Penyiraman dijalankan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan petang.
o Pastikan air yang disiram sampai ke bahagian akar anak benih dan bukan
pada permukaan daun atau permukaan tabung sahaja.
o Penyiraman boleh dijalankan secara manual atau secara renjisan
automatik.
o Penyiraman perlu dikurangkan ketika musim hujan bagi mengelakkan air
bertakung di dalam tabung. Air berlebihan menyebabkan media tabung
sentiasa lembap dan akhirnya merosakkan akar dan mengakibatkan
kematian kepada anak benih.

33
Gambar 7.14 Penyiraman cara renjisan automatik (water jet sprayer).

7.7.2 Merumput

Rumput yang tumbuh bersama anak benih di dalam tabung perlu dibuang bagi
mengelakkan persaingan dengan anak benih bagi mendapatkan cahaya
matahari, nutrien, air dan ruang dalam tabung. Rumput juga boleh menjadi
perumah kepada perosak sekiranya tidak dikawal.
o Buang semua rumput yang tumbuh di dalam tabung dan di sekeliling batas
ubah setiap 1-2 bulan.
o Rumput yang tumbuh di sekeliling batas ubah boleh dikawal menggunakan
racun rumput.

34
Gambar 7.15 Membuang rumput-rumpai.

7.7.3 Memberi Sokongan (Menongkat)

Lazimnya anak benih mempunyai batang yang lembut pada peringkat awal
tumbesarannya. Bantuan sokongan (penongkat) perlu diberikan dengan cara
mengikat batang anak benih pada belahan kecil bambu bagi membantu batang
anak benih berdiri tegak. Penongkat ini boleh dibuang apabila batang anak
benih sudah keras dan mampu tumbuh tegak sendiri.

Gambar 7.16 Memberi sokongan (menongkat) kepada anak benih menggunakan


belahan kecil bambu.

35
7.7.4 Kawalan Serangga Dan Penyakit

Penggunaan racun makhluk perosak perlu mematuhi Peraturan-Peraturan


Racun Makhluk Perosak 1996 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri
Sabah. Penggunaan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat badan pensijilan
sekiranya tapak semaian tersebut telah dipersijilkan. Kadar sukatan dan arahan
penggunaan perlu diikuti seperti yang disyorkan oleh pihak pengeluar. Sukatan
racun dan penggunaan yang tidak betul akan memudaratkan anak benih,
manusia dan alam sekitar. Pemeriksaan anak benih di batas ubah perlu
sentiasa dijalankan bagi mengesan tanda-tanda serangan makhluk perosak
seperti serangga, kulat, siput dan sebagainya.

o Serangan serangga yang sering terdapat di batas ubah adalah seperti


belalang, ulat penggulung daun, ulat pemakan daun, pucuk dan batang.
Cara kawalan yang biasa digunakan ialah semburan racun kontak, seperti
malathion atau cypermethrin. Sila rujuk Chung et al. (2021) untuk
maklumat terperinci mengenai serangga-serangga perosak ladang hutan di
Sabah serta kawalan.
o Simptom/tanda serangan kulat yang kelihatan pada daun adalah bintik
daun, karat daun, layuan daun, mildew, lesion perang dan reput pangkal.
Cara mengawal serangan kulat biasanya menggunakan semburan racun
sistemik seperti benomyl.
o Serangan siput babi dan lintah bulan yang mengganggu dan memakan anak
benih boleh dikawal dengan membunuh secara manual atau menabur
racun yang bertindak secara sentuhan seperti metaldehyde.
o Contoh jenis racun serangga, kulat, dan siput yang biasa digunakan di
tapak semaian perladangan hutan serta sukatan penggunaannya terdapat
dalam Lampiran 3.

36
Gambar 7.17 Semburan racun untuk mengawal serangan belalang dan ulat pemakan
daun anak benih spesies Talisai Paya (Terminalia copelandii) di batas ubah.

7.7.5 Menggembur Media Tabung

Menggembur media tabung dilakukan bagi memperbaiki sistem pengudaraan


tanah. Aktiviti ini dapat melonggarkan struktur media tabung supaya baja dan
air boleh meresap masuk ke dalam media tabung dengan cepat dan mudah.

o Dilakukan apabila sistem pengakaran anak benih sudah stabil dan kuat.
Kaedah ini biasanya dilakukan pada anak benih yang telah berumur tiga
bulan ke atas.
o Menggembur media tabung perlu dilakukan sebelum proses pembajaan
dijalankan.
o Alat serampang tangan sesuai digunakan untuk menggembur media
tabung.

7.7.6 Pembajaan

Pembajaan perlu dilakukan di tapak semaian bagi memastikan anak benih


tumbuh sihat dan tidak terbantut. Amalan pembajaan perlu mengikut
kesesuaian dan keperluannya. Terdapat pelbagai kaedah pembajaan dijalankan
tetapi ianya tertakluk kepada beberapa faktor, seperti jenis tanah, umur
tanaman, keadaan cuaca dan jenis baja yang digunakan.

37
Terdapat dua kaedah pembajaan yang biasa dilakukan di tapak semaian iaitu:-

i. Kaedah Tabur (baja permukaan)


o Pembajaan secara tabur dilakukan dengan menabur baja pada permukaan
tanah atau permukaan media tabung, iaitu di sekeliling batang anak benih.
o Pembajaan pertama dilakukan selepas anak benih berusia 1 - 2 bulan di
dalam tabung (untuk baja jenis sebatian NPK 15:15:15 +2MgO). Baja ini
biasanya diberikan dua bulan sekali sebanyak 0.5 - 10 g setiap pokok.
o Jenis baja lain yang boleh digunakan di peringkat tapak semaian adalah
Agroblen (15:8:17 +2MgO) dan juga baja organik (kompos).

Gambar 7.18 Kaedah tabur (menabur baja NPK (15:15:15 +2MgO) di atas permukaan
media tabung).

ii. Kaedah Semburan Daun (baja foliar)


o Pembajaan semburan baja foliar adalah menggunakan baja jenis cecair,
iaitu menyembur terus ke permukaan daun, dilakukan secara manual atau
melalui sistem renjisan automatik.
o Semburan baja foliar biasanya dilakukan pada waktu pagi di mana liang
stomata dalam sel daun terbuka disebabkan tumbuhan sedang melakukan
proses fotosintesis. Pada waktu ini, penyerapan baja foliar juga berlaku
lebih cepat.

38
Perkara berikut perlu diberi perhatian semasa proses pembajaan dijalankan:-

o Pembajaan perlu dibuat mengikut sukatan yang diberikan oleh pengeluar


bagi mengelakkan kesilapan terlebih atau terkurang sukatan baja.
Pembajaan yang tidak mengikut sukatan mendatangkan mudarat kepada
anak benih serta berlaku pembaziran kos operasi di peringkat tapak
semaian.
o Elakkan penggunaan baja yang berlebihan kerana ianya mengakibatkan
pertumbuhan anak benih menjadi terlampau subur atau terbantut. Anak
benih yang terlampau subur mempunyai daya ketahanan yang rendah
terhadap serangan penyakit, dan meningkatkan serangan serangga
perosak.
o Penggunaan baja yang berlebihan juga mengakibatkan media tabung
menjadi terlalu berasid dan kandungan nutrien menjadi semakin
berkurangan.
o Pembajaan perlu mengikut jadual yang betul. Pembajaan yang tidak
mengikut peraturan dan jadual menyebabkan berlakunya pembaziran baja
atau kekurangan nutrien kepada anak benih.

7.7.7 Pemangkasan Akar, Dahan dan Daun

Pemangkasan di tapak semaian dilakukan ke atas akar, dahan dan daun anak
benih. Pemangkasan akar bertujuan untuk membuang akar anak benih yang
terkeluar menembusi tabung bagi mengelakkan anak benih mengalami kejutan
atau kematian semasa proses pemindahan ke kawasan penanaman kelak.
Ianya perlu dilakukan setiap 2-3 bulan sepanjang tempoh anak benih berada di
batas ubah. Pemangkasan akar juga perlu dilakukan sebulan sebelum anak
benih melalui proses pengerasan di tapak semaian. Pemangkasan daun
dilakukan untuk membuang daun atau dahan yang diserang penyakit supaya
tidak menjangkiti anak benih lain.

Cara-cara pemangkasan akar, dahan dan daun dijalankan adalah:-

o Pemangkasan akar pertama dibuat selepas anak benih telah berusia 2 - 3


bulan di dalam tabung.
o Pemangkasan kali kedua dan seterusnya perlu dilakukan selang 2-3 bulan.
o Kerja pemangkasan dahan atau daun dilakukan serentak dengan kerja
pemangkasan akar bagi mengurangkan gangguan fizikal pada anak benih.
o Sekiranya dulang pembentuk akar digunakan, akar boleh terpangkas
dengan sendirinya kerana tabung tersebut biasanya diletak di atas
sokongan yang tidak bersentuhan terus dengan permukaan tanah.

39
(a) (b)

(c)
Gambar 7.19 (a, b & c) Kerja memangkas dahan, daun dan akar anak benih.

7.7.8 Penambahan Media Tabung

Penyiraman yang dilakukan sebanyak dua kali sehari sepanjang tempoh


penyimpanan anak benih di tapak semaian boleh menyebabkan media tabung
menjadi semakin berkurangan. Justeru, penambahan media tabung perlu
dilakukan mengikut keadaan bagi memastikan anak benih mendapat nutrien
yang mencukupi serta sokongan fizikal yang kuat.

40
Gambar 7.20 Menambah media tabung.

7.7.9 Penjarakan Tabung

Penjarakan antara tabung di batas ubah perlu dilakukan supaya setiap anak
benih mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbesaran yang
baik dan mengurangkan risiko serangan serangga perosak atau penyakit.

Penjarakan dan susun atur anak benih di batas ubah dilakukan secara
berperingkat dengan jarak yang sesuai mengikut saiz ketinggian dan silara anak
benih. Saiz tabung yang digunakan juga mempengaruhi jarak susunan di antara
anak benih.

Gambar 7.21 Menyusun


dan melakukan
penjarakan antara anak
benih.

41
7.7.10 Penukaran Tabung

Penukaran tabung perlu dilakukan bagi memastikan anak benih mendapat


nutrien dan air yang mencukupi untuk tumbesaran yang baik. Penggantian
tabung perlu dilakukan apabila berlaku keadaan seperti berikut:-
o Tabung koyak atau rosak.
o Saiz tabung tidak lagi sesuai dengan ketinggian atau saiz anak benih.

Gambar 7.22 Menukar tabung kecil dan tabung yang rosak kepada tabung yang lebih
besar.

42
8 INVENTORI STOK ANAK BENIH

Inventori stok anak benih penting untuk melancarkan pengurusan operasi di


tapak semaian.

Perkara berikut perlu diberi perhatian semasa membuat inventori stok anak
benih:-
o Inventori perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya setiap bulan atau dua kali
setahun bergantung kepada kekerapan aliran keluar anak benih dari tapak
semaian.
o Jumlah aliran keluar anak benih dari tapak semaian serta baki stok yang
tinggal perlu direkodkan dan sentiasa dikemaskini.
o Borang inventori stok anak benih digunakan bagi menentukan status
terkini jumlah stok tanaman yang ada (Lampiran 4).

43
9 PENYEDIAAN ANAK BENIH KE KAWASAN
PENANAMAN

9.1 Pemilihan
Anak benih yang berkualiti dan sesuai sahaja dipilih untuk melalui proses
pengerasan sebelum dihantar ke kawasan penanaman.

Semasa proses pemilihan, antara ciri-ciri anak benih yang dikehendaki adalah:-
o Telah mencapai ketinggian 15 - 30 cm (tidak termasuk ketinggian tabung).
o Sihat dan subur.
o Tidak cacat atau patah.
o Bebas daripada serangan serangga perosak dan penyakit.
o Mempunyai batang yang lurus dan tidak bercabang.

Gambar 9.1 Proses pengasingan dan pemilihan anak benih di batas ubah.

44
9.2 Pengerasan

Anak benih yang sudah sesuai untuk ditanam di kawasan penanaman


hendaklah menjalani proses pengerasan terlebih dahulu di tapak semaian.
Proses ini penting bagi memastikan anak benih dapat menyesuaikan diri
kepada persekitaran baharu kelak. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
mengelakkan kejutan kepada anak benih dan memastikan peratusan hidup
yang tinggi apabila anak benih ditanam di kawasan penanaman.

Proses pengerasan anak benih di tapak semaian adalah seperti berikut:-


o Memotong akar yang terkeluar dari tabung.
o Membuka naungan batas ubah secara berperingkat sehingga anak benih
didedahkan pada cahaya matahari sepenuhnya.
o Mengurangkan jumlah air dan kekerapan penyiraman secara berperingkat.
o Tempoh pengerasan anak benih di tapak semaian ialah selama 2 - 4
minggu sebelum dihantar ke kawasan penanaman.

Gambar 9.2 Proses pengerasan anak benih spesies Laran Merah (Neolamarckia
macrophylla).

45
9.3 Pemunggahan Dan Pengangkutan

Semasa memunggah anak benih ke kenderaan untuk dibawa ke kawasan


penanaman, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:-
o Anak benih perlu disiram terlebih dahulu sebelum diangkat ke dalam
kenderaan pengangkut.
o Semasa memindah, pastikan anak benih dipegang pada tabungnya dan
bukan pada batang anak benih.
o Pemunggahan anak benih dilakukan di tempat yang teduh atau dalam
keadaan cuaca yang redup.
o Kenderaan mengangkut mestilah dalam keadaan tertutup bagi
mengelakkan anak benih cedera atau patah terkena angin semasa dalam
perjalanan.
o Tabung anak benih disusun dalam bekas seperti dulang atau kotak secara
rapat dan padat untuk mengurangkan gegaran pada anak benih.
o Perjalanan ke lokasi penanaman dilakukan pada awal pagi atau pada
sebelah petang (dalam keadaan cuaca redup). Elakkan perjalanan pada
waktu panas (waktu tengahari).

Gambar 9.3 Anak benih sedia untuk dihantar ke kawasan penanaman.

46
10 PEMBIAKAN TAMPANG (VEGETATIF)

Pembiakan tampang atau vegetatif merupakan proses membiak pokok tanpa


menggunakan biji benih. Ianya bertujuan untuk memperbanyakkan bahan
tanaman yang serupa dari segi ciri-ciri dan genetik pokok induknya. Bahagian
vegetatif pokok induk seperti batang, daun dan akar yang digunakan
mengandungi sel-sel asal yang serupa dengan pokok induk. Bahan tanaman
yang dihasilkan melalui pembiakan vegetatif ini dikenali sebagai klon tanaman.
Di tapak semaian perladangan hutan, Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sepilok,
Sabah pembiakan tampang yang biasa dibuat ialah melalui teknik keratan
batang dan tut (air layering) sahaja. Kaedah pembiakan ini sesuai dilakukan ke
atas beberapa spesies kayu keras, kayu sederhana dan kayu lembut.
Pembiakan melalui teknik ini mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahan
yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan.

Jadual 10.1 Kebaikan dan kelemahan pembiakan tampang.

Kebaikan Kelemahan

Mengurangkan kebergantungan Tidak semua spesies pokok boleh dibiak


pada biji benih. dengan teknik ini (keratan batang/pucuk
muda, daun atau akar).
Dapat menghasilkan klon Jangka hayat hasil tanaman biasanya
tanaman yang seragam. singkat.
Ciri-ciri klon tanaman yang Pemindahan penyakit bawaan daripada
terhasil adalah menyerupai pokok induk lebih mudah terutama
pokok induk. penyakit yang berpunca daripada virus.

Cepat menghasilkan bunga atau Spesies pokok tertentu memerlukan


buah. kemahiran teknikal yang agak rumit untuk
dibiak melalui teknik ini.
Boleh dibiakkan sepanjang Tidak berlaku pembentukan akar tunjang.
tahun.
Dapat dibiakkan dengan jumlah
yang banyak dalam satu masa.

47
Boleh digunakan untuk
membiak spesies pokok yang
sukar diperolehi atau kurang
menghasilkan biji benih yang
berkualiti.

10.1 Keratan Batang

Keratan batang merupakan teknik pembiakan yang paling mudah, cepat dan
boleh menghasilkan banyak sumber tanaman dalam satu masa. Walau
bagaimanapun tidak semua spesies pokok ladang hutan sesuai dibiak
menggunakan kaedah ini. Stok tanaman (stock plant) dan pokok induk
merupakan pokok yang terpilih untuk dijadikan sebagai sumber untuk
mendapatkan bahan keratan (batang/pucuk muda).

Berikut adalah langkah-langkah pengambilan dan penyediaan keratan batang


atau pucuk muda daripada stok tanaman atau pokok induk:-
o Ambil bahagian keratan batang atau pucuk muda daripada pokok yang
sihat dan tidak berpenyakit.
o Pengambilan keratan perlu dibuat pada waktu awal pagi, iaitu antara jam
7:00 pagi hingga 9:00 pagi dan pada waktu petang, iaitu antara jam 4:00
petang hingga 6:00 petang atau pun dalam keadaan cuaca redup bagi
mengelakkan keratan cepat ternyahhidrat/kering.
o Potong secara serong pangkal bawah setiap keratan tepat di atas mata
tunas.
o Panjang setiap keratan yang diperlukan ialah antara 5 - 15 cm.
o Buang ranting-ranting kecil atau potong 2/3 daripada kelebaran daun pada
keratan.
o Tangkai daun yang terlalu panjang perlu dibuang bagi meminimumkan
ruang tanaman di batas pengakaran.
o Setiap keratan yang dibuat boleh tanpa daun atau mempunyai daun 2 - 3
helai daun muda.
o Pastikan setiap keratan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas
pada setiap bahagian keratan untuk tujuan pengeluaran tunas baru.
o Pastikan setiap keratan yang diambil direndam terlebih dahulu di dalam air
bagi mengelakkan keratan menjadi kering sebelum langkah seterusnya
dilakukan.
o Pemilihan anak pokok untuk dijadikan sebagai stok tanaman sebaik-
baiknya yang berumur melebihi satu tahun, kerana ianya akan memberikan
kadar pertumbuhan akar keratan yang lebih baik.

48
Cara penanaman dan penjagaan keratan dalam media pengakaran (pasir
sungai, peat moss atau sabut kelapa) adalah seperti berikut:-
o Celupkan pangkal bawah keratan pada hormon penggalak akar, seperti IBA
(Seradix 2 & 3) sebelum ditanam di dalam media pengakaran. Penggunaan
hormon penggalak akar dapat membantu mempercepatkan pengeluaran
akar pada keratan. Walau bagaimanapun, terdapat juga spesies pokok
yang tidak memerlukan hormon penggalak akar untuk mengeluarkan akar.
o Buatkan lubang kecil menggunakan batang kayu sedalam lebih kurang 1-2
cm di permukaan media pengakaran untuk mengelakkan pangkal bawah
keratan cedera semasa proses menanam keratan.
o Tekan media pengakaran di sekeliling pangkal bawah keratan supaya
keratan dapat berdiri tegak dan pada kedudukan seimbang.
o Siram menggunakan alat penyiram semburan halus (mist spray).
o Suhu dan kelembapan optima di batas pengakaran adalah dibawah 25⁰C
dan peratus kelembapan yang melebihi 85%.
o Keratan tidak boleh diganggu atau diubah kedudukannya sehingga satu
tempoh yang ditetapkan. Pemeriksaan akar biasanya dilakukan selepas 1-2
minggu keratan ditanam.
o Gangguan boleh menyebabkan akar yang baru tumbuh cedera atau patah
dan akhirnya mengakibatkan keratan mati.
o Media pengakaran perlu disterilkan setiap kali hendak digunakan supaya
bebas daripada kuman, bakteria atau serangga perosak. Media pengakaran
seperti pasir sungai boleh disteril dengan cara memasak pasir sungai dalam
air hingga mendidih selama dua jam atau mencuci pasir sungai tersebut
dengan pencuci peluntur, seperti cecair Clorox sebanyak dua kali dan
dibilas menggunakan air sebanyak 3-4 kali.
o Tempoh pengakaran keratan mengikut spesies boleh didapati dalam
Lampiran 5.

49
Gambar 10.1 Anak pokok spesies Keruing Kasugoi (Dipterocarpus validus) yang
dijadikan sebagai stok tanaman (stock plant) di tapak semaian.

50
Gambar 10.2 Langkah-langkah membuat keratan batang daripada stok tanaman
spesies Keruing Kasugoi (Dipterocarpus validus) yang disimpan dan dijaga di tapak
semaian.

51
Gambar 10.3 Keratan batang yang ditanam menggunakan media pengakaran jenis peat
moss.

Gambar 10.4 Keratan batang yang ditanam menggunakan media pengakaran jenis
pasir sungai.

52
Cara-cara menanam keratan yang telah berakar ke tabung:-

o Keratan yang telah berakar perlu dipindahkan ke tabung dengan segera


dengan berhati-hati.
o Elakkan akar tercedera semasa mencungkil keratan dari media pengakaran
dan semasa menanam keratan yang telah berakar ke dalam tabung.
o Sediakan tabung yang telah diisi sebanyak ½ media tabung. Sediakan juga
media tabung untuk menambah / mengisi tabung nanti.
o Masukkan keratan yang sudah berakar ke dalam tabung yang telah berisi ½
media tabung dan tambahkan media tabung sehingga tabung penuh.
o Simpan tanaman keratan di kawasan yang mempunyai teduhan penuh
daripada kepanasan haba cahaya matahari dan hujan.
o Siram tanaman tersebut sekurang-kurangnya dua kali sehari (waktu pagi
dan petang) selama 1-2 bulan.
o Selepas dua bulan, tabung tanaman keratan sedia untuk dipindahkan ke
batas ubah yang mempunyai naungan keamatan cahaya matahari
sebanyak 50%-70%.
o Tanaman bersumberkan keratan sedia untuk ditanam di lapangan apabila
mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm.
o Tanaman keratan perlu diberikan baja selepas satu bulan dipindah ke
tabung dan diulangi selang dua bulan kemudian.

10.2 Tut Udara (Air Layering)

Tut adalah satu kaedah pembiakan vegetatif (tampang) yang menggunakan


bahagian vegetatif pokok induk. Tujuan utama tut dilakukan adalah untuk
menghasilkan sumber tanaman yang serupa dari segi ciri-ciri genetik pada
pokok asal, terutamanya dari segi kualiti buah-buahan. Terdapat empat jenis
tut yang boleh dilakukan ke atas tumbuhan, iaitu tut pucuk, tut busut, tut
perparitan dan tut udara (air layering). Dalam sektor pertanian, semua kaedah
ini amat popular terutamanya bagi pembiakan pokok buah-buahan.

Dalam sektor perhutanan, hanya jenis tut udara yang biasa diamalkan.
Tujuannya adalah untuk membiak spesies pokok yang sukar dibiak
menggunakan biji benih atau bekalan biji benih sukar diperolehi disebabkan
pokok jarang berbuah (contohnya Belian), keadaan fizikal pokok induk yang
terlalu tinggi atau lokasi sukar dijangkau hingga menyukarkan kerja pengutipan
biji benih.

Cara-cara membuat tut adalah seperti berikut:-


o Memilih pokok yang sihat, bebas daripada penyakit atau serangan
serangga perosak.

53
o Memilih dahan yang berdiameter sekurang-kurangnya 1 - 5 cm.
o Dahan yang dipilih sebaiknya mempunyai percabangan yang seimbang,
lurus dan mendapat cahaya matahari yang cukup (dahan tidak terlindung).
o Buatkan dua kelaran keliling sepanjang 3 - 5 cm menggunakan pisau yang
tajam dan bersih, kelaran pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua
dibuat sekurang-kurangnya 3 cm di bawah kelaran pertama.
o Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis tisu kambium hingga ke
permukaan berkayu (lapisan berwarna putih). Ianya bertujuan untuk
mengelakkan bahagian kulit bercantum semula yang mana boleh
menghalang pengeluaran akar.
o Buangkan daun dan ranting di bawah kelaran yang telah dibuat supaya
tidak mengganggu pembentukan akar.
o Sapukan hormon penggalak akar di kelaran pertama.
o Lekatkan Jiffy-7 yang telah direndam dalam air selama satu malam atau
tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi.
Campuran kepalan tanah yang baik adalah menggunakan tanah yang
mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan
air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.
o Balut Jiffy-7 atau kepalan tanah dengan sekeping plastik lut sinar dan ikat
kedua-dua bahagian hujung atas dan bawah balutan. Ianya bertujuan
untuk mengelak air hujan atau serangga seperti semut masuk dan
merosakkan Jiffy-7 atau kepalan tanah tersebut selama proses pengakaran
berlaku.
o Akar baharu yang tumbuh akan kelihatan di permukaan plastik lut sinar
selepas 1 - 3 bulan. Apabila akar mula meliputi permukaan Jiffy-7 atau
kepalan tanah, bahagian bawah dahan dipotong atau dipisahkan daripada
pokok induk.
o Tut yang telah berakar boleh ditanam ke dalam tabung yang sesuai, pasu
atau terus pada tanah untuk penjagaan seterusnya.

Gambar 10.5 Hormon penggalak akar. Gambar 10.6 Jiffy-7 (peat pellets).

54
5 2
2
1 6 1
1 2
1

4 3
2 1
1

Gambar 10.7 Langkah-langkah membuat tut pada pokok induk Senduk Senduk Mata
(Endospermum diadenum).

55
Cara-cara menanam tut yang telah berakar ke dalam tabung adalah:-

o Sediakan tabung yang telah diisi sebanyak ½ media tabung.


o Sediakan juga media tabung untuk menambah/mengisi tabung sehingga
penuh nanti.
o Buang ¾ daripada daun atau ranting pada tut yang telah berakar untuk
memudahkan tut tersebut ditanam ke dalam tabung.
o Buang ikatan dan plastik lut sinar yang membaluti tut dengan berhati-hati,
elakkan mengganggu atau mencederakan akar yang melekat pada tut.
o Tanam tut yang telah berakar ke dalam tabung yang telah berisi ½ media
tabung dan tambahkan media tabung sehingga tabung penuh.
o Simpan tabung (tut) di kawasan yang teduh dan terlindung sepenuhnya
daripada hujan serta elakkan daripada sebarang gangguan atau gegaran.
o Siram tanaman sebanyak dua kali sehari.
o Selepas 1 - 2 bulan, pertumbuhan tut sudah stabil apabila mula
mengeluarkan pucuk muda. Pada masa ini, tabung sudah boleh
dipindahkan ke batas ubah yang mempunyai 50% - 70% naungan cahaya
matahari secara berperingkat.
o Tut tersebut sedia ditanam di ladang selepas melalui proses pengerasan di
tapak semaian selama 2 - 4 minggu.

56
11 PENUTUP

Pengurusan tapak semaian perladangan hutan bukan hanya tertumpu kepada


penjagaan ke atas bahan tanaman sahaja, tetapi juga meliputi semua aspek,
seperti pengurusan yang sistematik, penyediaan kawasan tapak semaian,
pemilihan jenis tapak semaian, sistem pengairan, kawalan serangga perosak
dan penyakit. Selain itu, ilmu pengetahuan dalam teknik pembiakan tampang
juga perlu bagi memaksimumkan pengeluaran hasil di tapak semaian. Amalan
pengurusan tapak semaian yang sistematik mampu menghasilkan bahan
tanaman yang berkualiti di mana anak benih yang tidak menepati kualiti
ditetapkan tidak ditanam di ladang-ladang hutan. Tambahan pula, pendekatan
sistematik ini dapat menjimatkan kos input dan mengurangkan penggunaan
tenaga kerja di tapak semaian. Penanaman anak benih yang berkualiti
membantu menjamin kualiti kayu yang terhasil seterusnya berupaya menjana
pendapatan lumayan untuk jangka masa panjang.

Daun anak benih spesies Laran Merah.

57
RUJUKAN

Ajik, M. & Kimjus, K. (2006). Vegetative propagation by rooted cuttings of


Binuang (Octomeles sumatrana). Sepilok Bulletin 5: 37-50.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2008). Vegetative propagation of Bangkal Kuning. Sepilok


Bulletin 8: 59-64.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2009). Vegetative propagation of Sepat (Mitragyna


speciosa). Sepilok Bulletin Sepilok Bulletin 12: 1-11.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2012). Peat Moss: An alternative rooting medium for
tree species at the Forest Research Centre (FRC) Nursery, Sepilok. Sepilok
Bulletin 15 &16: 1-15.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2013). An attempt to produce rooted cuttings from some
selected dipterocarp species. Sepilok Bulletin 17 & 18: 57-68.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2014). Vegetative propagation of some selected species


in Kebun Cina (Sandakan Rainforest Park). Sepilok Bulletin 19 & 20: 97-104.

Ajik, M. & Kimjus, K. (2015). Vegetative propagation of Eusideroxylon zwageri


(Belian). Sepilok Bulletin 21 & 22: 59-63.

Chin, S.M., Kimjus, K. & Ajik, M. (2017). Vegetative propagation of selected


species at the Forest Research Centre (FRC) Nursery, Sepilok. Sepilok Bulletin.
Vol 25 & 26: 36-41.

Chung, A.Y.C., Paul, V., Ibrahim, N.A., Japir, R., Pang, K.N. & Mohammad, A.
(2021). Pengenalan kepada Serangga-serangga Perosak Ladang Hutan di
Sabah. Sabah Forestry Department, Sandakan, Sabah. 159 m.s.

Ismail, K. (2017). Pengurusan tapak semaian bersistematik bagi menjamin


bahan tanaman kelapa berkualiti tinggi. Buletin Teknologi MARDI, Bil 12: 35-45.

JPSM (1998). Manual pengurusan tapak semaian spesies pokok hutan di


Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala
Lumpur. 37 m.s.

58
Lee, Y. F., Mohammad, A. & Chung, A.Y.C. (2008). A guide to plantation forestry
in Sabah. Sabah Forest Record No. 16. Sabah Forestry Department. 150 m.s.

59
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

Contoh reka bentuk dan susun atur bangunan dan kemudahan di Tapak
Semaian Perladangan Hutan, Pusat Penyelidikan Perhutanan, Sepilok, Sabah

60
LAMPIRAN 2

Teknik pra-rawatan biji benih dan tempoh percambahan mengikut spesies.


Tempoh
Teknik Pra-Rawatan Biji Percambahan
Nama Saintifik Nama Tempatan
Benih Biji Benih
(Hari)
Rendam dalam air panas
Acacia Akasia bersuhu 90 C° selama 30 5 - 14
saat.
Araucaria
Tiada rawatan 7 - 14
cunninghamii
Aquilaria
Gaharu Tiada rawatan 7 - 14
beccariana
Aquilaria
Gaharu Tiada rawatan 15 - 40
malaccensis
Azadirachta
Sentang Tiada rawatan 7 - 20
excelsa
Calophyllum
Bintangor Tiada rawatan 5 - 14
inophyllum
Kayu Manis
Cinnamomum Hiasan (Medang
Tiada rawatan 10 - 25
iners Tijah/Medang
Tiga Urat)
Dipterocarpus
Keruing Latek Buang sayap 14 - 27
elongatus
Dryobalanops
Kapur Paji Buang sayap 5 - 23
lanceolata
Dryobalanops
Kapur Gumpait Buang sayap 12 - 28
keithii
Rendam dalam air panas
bersuhu 90 C° selama 30
Falcataria
Batai saat dan diikuti rendaman 3 - 14
moluccana
dalam air suhu bilik selama
satu malam.
Hura crepitans Pokok Payung Tiada rawatan 7 - 20
Buang kulit buah dan
Mahogani buang 1/3 sayap biji benih
Khaya ivorensis 8 - 14
Nigeria dan semai.

61
Lagerstroemia
Bungor Tiada rawatan 10 - 15
speciosa
Mimusops elengii Bunga Tanjung Tiada rawatan 20 - 40
Neolamarckia
Laran Tiada rawatan 7 - 14
cadamba
Octomeles
Binuang Tiada rawatan 6 - 14
sumatrana
Rhodomyrtus
Karamunting Tiada rawatan 10- 25
tomentosa
Shorea
Kawang Jantung Buang sayap 5 - 23
macrophylla
Shorea
Seraya Daun Mas Buang sayap 4 - 14
argentifolia
Shorea Seraya Melantai
Buang sayap 4 - 14
ferruginea Daun Kecil

Shorea pauciflora Oba Suluk Buang sayap 3 - 16

Shorea smithiana Seraya Timbau Buang sayap 5 - 18


Buang kulit buah dan
Swietenia
Mahogani buang 2/3 sayap biji benih 7 - 30
macrophylla
dan semai.
Syzygium
Obah Merah Tiada rawatan 7 - 14
campanulatum
Tabebuia rosea Tekoma Tiada rawatan 5 - 10
Peram dalam beg plastik
Terminalia
Talisai Paya yang diikat selama 3 – 5 14 - 35
copelandii
hari sebelum disemai.
Terminalia
Jelawai Tiada rawatan 7 - 20
calamansanai
Tectona grandis Jati Tiada rawatan 6 - 37

62
LAMPIRAN 3

Contoh jenis racun serangga, kulat dan baja di


tapak semaian perladangan hutan

Racun serangga Jenis semburan kontak


Bahan Aktif Jenis Kuantiti/liter air
Malathion Cecair 2-10 ml
Cypermethrin Cecair 2-10 ml

Racun kulat (jenis semburan sistemik)


Bahan Aktif Jenis Kuantiti/liter air
Benomyl Serbuk 1-5 g

Racun siput (jenis racun kontak)


Bahan Aktif Kuantiti/batas
Jenis
semaian/batas ubah
Metaldehyde Butiran 10-30 g

Baja
Baja Jenis Kuantiti/tabung
Agroblen (15:8:17 Butiran 0.5 - 5 g
+2MgO)
NPK (15:15:15 +2MgO) Butiran 0.5 - 5 g

63
LAMPIRAN 4

Borang inventori stok tanaman di tapak semaian perladangan hutan

INVENTORI ANAK BENIH DI TAPAK SEMAIAN BAGI TAHUN …………………………

ANGGARAN
NOMBOR TEMPAT TARIKH
SPESIES KETINGGIAN JUMLAH
SEEDLOT ASAL DITANAM
(cm)

64
LAMPIRAN 5

Tempoh pengakaran keratan batang mengikut spesies


Keratan mula *Peratus
Nama Saintifik Nama Tempatan menghasilkan pengakaran
akar (minggu) (%)
Acacia peregrinalis Akasia 4 27
Araucaria cunninghamii Araucaria 15 43
Dillenia suffruticosa Simpoh Air 8 47
Dipterocarpus caudiferus Keruing Putih 4 15
Dryobalanops lanceolata Kapur Paji 3 83
Dryobalanops keithii Kapur Gumpait 4 31
Dipterocarpus validus Keruing Kasugoi 4 30
Eucalyptus pellita Eucalyptus 4 61
Eucalyptus hybrid Eucalyptus 3 40
Eusideroxylon zwageri Belian 20 20
Falcataria moluccana Batai 8 51
Jarak Pagar/Tangan- 8 73
Jatropha curcas
Tangan
Lagerstroemia speciosa Bungor 2 93
Mitragyna speciosa Sepat 2 65
Nauclea subdita Bangkal Kuning 1 97
Neolamarckia cadamba Laran 4 77
Neolamarkia macrophylla Laran Merah 3 86
Octomeles sumatrana Binuang 2 85
Parashorea tomentella Urat Mata Beludu 4 5
Podocarpus polystachyus Kayu Cina 6 97
Rhodomyrtus tomentosa Karamunting 2 96
Swietenia macrophylla Mahogani 5 95
Terminalia copelandii Talisai Paya 4 15

*Rujukan: Ajik, M. & Kimjus, K. (2006, 2008, 2009, 2012, 2013, 2015, 2017)

65
66
67

You might also like