Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI,

JALAN KOLAM AYER 51200 KUALA LUMPUR

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2


BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA

GURU: PUAN ZAINORA BINTI RAZAK


NAMA: NURUL AQIELAH QAISARAH BINTI MOHD HERME
KELAS: 2 CATTLEYA
JADUAL KERJA
Bil Tarikh Perkara Catatan
1 28.11.2023 Mendengar taklimat kajian kes daripada Di kelas 2 Cattleya
Pn. Zainora guru mata pelajaran Sejarah 9.00a.m-10.00a.m
2 30.11.2023 Mencari maklumat tentang Kesultanan Melayu Di kelas 2 Cattleya
Melaka dalam buku teks & Internet 3.30p.m-4.30p.m
3 2.12.2023 Mengumpul data dan maklumat Di kelas 2 Cattleya
3.30p.m-4.30p.m
4 2.12.2023 Membina jadual kerja Di kelas 2 Cattleya
3.30p.m-4.30p.m
5 5.12.2023 Menulis penghargaan serta menyenaraikan Di kelas 2 Cattleya
objektif kajian dan kaedah kajian 3.30p.m-4.30p.m
6 7.12.2023 Membuat pernyataan masalah dan persoalan Di kelas 2 Cattleya
kecil 3.30p.m-4.30p.m
7 9.12.2023 Menyenaraikan kajian literatur Di kelas 2 Cattleya
3.30p.m-4.30p.m
8 9.12.2023 Menjawab persoalan kecil yang pertama iaitu, Di kelas 2 Cattleya
faktor-faktor yang membawa kepada 3.30p.m-4.30p.m
berakhirnya kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka

9 11.12.2023 Menjawab persoalan kecil yang ke-2 iaitu, Di kelas 2 Cattleya


Strategi Melaka untuk menghadapi serangan 3.30p.m-4.30p.m
Portugis.

10 12.12.2023 Menjawab persoalan kecil yang ke-3 iaitu, Cara Di kelas 2 Cattleya
untuk menghalang penguasaan kuasa luar ke 3.30p.m-4.30p.m
atas sebuah negara

11 13.12.2023 Menyenaraikan rujukan yang digunakan Di kelas 2 Cattleya


3.30p.m-4.30p.m
12 13.12.2023 Membuat penghargaan dan melengkapkan Di kelas 2 Cattleya
kajian 3.30p.m-4.30p.m
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menghuraikan faktor-faktor yang membawa kepada berakhirnya kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka.
2. Menjelaskan strategi Melaka untuk menghadapi serangan musuh iaitu Portugis.
3. Menyenaraikan cara untuk menghalang penguasaan kuasa luar ke atas sebuah
negara.

KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah rujukan
Saya telah merujukan pelbagai bahan bacaan seperti buku teks dan buku rujukan
untuk memahami dengan lebih lanjut tentang topik Kesultanan Melayu Melaka.
2. Kaedah muat turun Internet
Saya turut menggunakan kemudahan Internet yang terdapat dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang bagi mencari maklumat dan muat turun bahan
yang terdapat sebagai rujukan.
3. Kaedah menonton audio visual
Saya telah menonton beberapa video di aplikasi Youtube berkaitan tentang
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka..

PERNYATAAN MASALAH
Masalah kepimpinan dan perpaduan membawa kepada berakhirnya kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Bincangkan.

PERSOALAN KAJIAN
a) Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya hal tersebut.
b) Strategi Melaka untuk menghadapi serangan Portugis.
c) Cara untuk menghalang penguasaan kuasa luar ke atas negara kita
KAJIAN LITERATUR

Kajian Literatur 1
05-03: Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka (pandai.org)
05-03: Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.
Amalan pilih……

Kajian Literatur 2
KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2 - Membalik Buku Halaman 1-6 | AnyFlip

Kajian Literatur 3
Kajian Kes Sejarah T4 2023_AINA MAISARAH 4B - Presentation (canva.com)
HASIL KAJIAN

Faktor-faktor yang membawa kepada berakhirnya kegemilangan


Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat dua faktor yang membawa kepada berakhirnya kegemilangan kesultanan


melayu melaka. Faktor pertama ialah faktor dalaman iaitu masalah kepimpinan dan
masalah perpaduan.

Antara masalah kepimpinan ialah kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar
dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan politik.
Mereka juga melakukan amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam
pentadbiran. Hal ini telah menyebabkan perbalahan sesama sendiri dalam
kalangan pembesar.

Seterusnya, bagi masalah perpaduan pula ialah rakyat tidak bersatu padu. Selain
itu, berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka yang menyebabkan
perpecahan. Masalah ini juga berlaku apabila askar upahan dari luar tidak taat setia
dan tidak memberi kerjasama kepada Melaka.

Faktor kedua pula ialah serangan Portugis terhadap Melaka. Kedatangan Portugis
ke Alam Melayu kerana ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan
kemasyhuran. Portugis juga ingin mengawal perdagangan rempah. Selain itu,
mereka ingin menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan
pedagang Islam. Disebabkan kegagalan rundingan antara Portugis dan Melaka,
Portugis melancarkan serangan sebanyak tiga kali, iaitu pada 25 Julai 1511, 10 Ogos
1511 dan 24 Ogos 1511.
Strategi Melaka untuk menghadapi serangan Portugis
Antara strategi Melaka untuk menghadapi serangan Portugis ialah menggunakan
lancaran (perahu yang bergerak laju) dan perahu berapi. Selain itu, pertahanan
Melaka diperteguhkan di Kawasan Pantai dengan kayu-kayan.

Mereka juga menggunakan pelbagai jenis meriam serta peti-peti berisi serbuk
peluru. Seterusnya, Melaka menggunakan strategi tembakan Meriam bertalu-talu.
Akhir sekali, Melaka menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan
Portugis.

Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan dan
jejahannya kemudian bersemayam di Bertam. Di antara tahun 1515 hingga 1519,
Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula
Melaka tetapi gagal.

Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah
dimusnahkan oleh Portugis. Akhirnya, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar
dan mangkat pada tahun 1528.
Cara untuk menghalang penguasaan kuasa luar ke atas negara kita
Terdapat beberapa cara untuk menghalang penguasaan kuasa luar ke atas negara
kita. Antaranya ialah menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar. Hal
ini demikian kerana adalah salah satu cara untuk menjalinkan hubungan baik
dengan semua negara luar.

Selain itu, mengukuhkan sistem pertahanan negara. Hal ini kerana, Pertahanan
adalah perkara yang sangat asas bagi sesebuah negara di arena global. Oleh itu,
kita dapat mempamerkan cara mempertahankan negara dari setiap ancaman
sama ada datang dari dalam atau luar negara.

Seterusnya, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini


kerana, tanpa perpaduan kaum negara akan berhadapan dengan huru-hara dan
negara akan menjadi kacau bilau. Kita juga perlu meningkatkan semangat
patriotisme. Nilai patriotisme ini merupakan perkara yang perlu dilaksana dan
dipelihara dalam usaha untuk mengembalikkan perpaduan antara kaum di
Malaysia.

Di samping itu, elakkan campur tangan kuasa asing dalam urusan negara. Hai ini
untuk mengelakkan peperangan dan pergaduhan terjadi dalam negara. Akhir
sekali, mematuhi undang-undang negara. Dengan mematuhi undang-undang
negara keamanan sejagat akan terjamin.
SUMBER RUJUKAN
1. Buku
• Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ishak bin Saidoo, Buku Teks
Sejarah Tingkatan 2, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2017
• Meera Daniel, Adiha Othman, Gerak Gempur PDPR Sejarah, SASBADI, Petaling
Jaya, 2020
• Mohd Syaheer Daniel Sulaiman, Revisi Cepat PT3 Sejarah, Ilmu Bakti, Petaling
Jaya, 2020

2. Internet
• 05-03: Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka
(pandai.org)
• KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2 - Membalik Buku Halaman 1-6 | AnyFlip
• Kajian Kes Sejarah T4 2023_AINA MAISARAH 4B - Presentation (canva.com)

3. Audio Visual
• https://youtu.be/qbE-_Xi0hBE?si=-QphLprbWWdtt4oq
• https://youtu.be/lvCZrdcU2Rw?si=WP4FV7MgpEAtcVDY
PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kajian kes sejarah Tingkatan 2 ini.
Saya inign merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Sejarah saya iaitu Puan
Zainora binti Razak kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan sekelas.

Saya juga inign mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Puan
Salniwati binti Mohd Salleh dan Encik Mohd Herme bin Smaon kerana memberi
bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan
ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada kakak saya Nurul Athielah Syaurah yang
telah memberi bantuan dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya.
Nur Qaseih Qhaira dan Nurul Nazihah kerana turut sama menyumbangkan tenaga
dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini.
KAJIAN TAMAT

You might also like