Minit Mesyuarat Transisi 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI (BIL 1 2023/2024)

_______________________________________________________________________

Tarikh : 14 Mac 2023

Hari : Selasa

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : 18 / 18 orang

1. Pn. Rozana binti Mohamed Noordin@Ahmad (Guru Besar)

2. En. Mohamad Saad bin Ghazali (PK Pentadbiran)

3. Pn. Nurizah binti Hashim (PK Hal Ehwal Murid)

4 .En. Kamarozaman bin Ahmad (PK Kokurikulum)

5. En. Muhammad Nazir bin Omar (PK PPKI)

6. Pn. Azian binti Sabli

7. Pn. Nuraisha binti Alias

8. Pn. Salina binti Shamsudin

9. Pn. Siti Zainab bin Abdullah

10. Pn. Norhasniza binti Abdul Hamid

11. Pn. Nadia Atylia binti Ramli

12. Pn. Mashitah binti Mohamad Khir

13. Pn. Nurazreen binti Ahmad

14. Pn. Nur Iman Dayana binti Abd Rahman

15. Pn. Nurwahidah binti Abdullah@Yaacob

16. Cik Azilah binti Haris

17. En. Muhammad Asadi bin Bahari

18. En. Mohd Sabri bin Ahmad


1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dengan Program Transisi Tahun
Satu 2.0 (PTTS 2.0) sesi 2023/24.
1.2 Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau pra sekolah kepada pendidikan yang lebih formal diperingkat sekolah rendah.
1.3 Program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
1.4 Jumlah murid Tahun 1 adalah seramai 72 orang (1C : 36 orang dan 1G : 36 orang).
1.5 Program berlangsung selama 4 minggu (2 minggu fasa penyesuaian dan 2 minggu fasa kesediaan).
1.6 Pelaksanaannya berpandukan Kit Program Transisi Tahun 1 2.0.
1.7 Aktiviti murid berpandukan modul yang telah disediakan.
1.8 Penggunaan buku teks dan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang program ini dijalankan.

Makluman : Semua
guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada pengesahan minit mesyuarat.

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


Tiada.

4.0 AGENDA MESYUARAT


4.1 Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0)
4.1.1 Pemakluman pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) melalui Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023 berkuasa serta merta
mengikut tarikh surat siaran pada 20 Mac 2023 (No.Ruj:KPM.100-1/3/2 Jld.5 (7).
4.1.5 Tempoh pelaksaan selama 4 minggu yang diberikan bagi memastikan murid bersedia
sepenuhnya untuk mengikuti Pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek
sosioemosi, jasmani dan tahap penguasaan perkembangan kognitif.
4.1.6 Terdapat 2 PTTS 2.0:
4.1.6.1 Fasa Penyesuaian (2 minggu)
4.1.6.2 Fasa Kesediaan (2 minggu)
4.1.7 Taklimat mengenai PTTS 2.0 akan diadakan secara atas talian melalui saluran youtube
pada petang ini. Semua guru boleh sertai Bersama.
4.1.8 Guru hendaklah merujuk Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 untuk memudahkan cara
perlaksanaan program.
4.1.9 Guru mata pelajaran Tahun 1 hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk
menyediakan modul atau bahan-bahan bagi melancarkan program ini.
4.1.10 Ibu bapa akan diberi taklimat berkenaan Program Transisi melalui taklimat bersemuka
dan Saluran Whatsapps Tahun 1 dengan menggunakan slide.
4.1.11 Hari ORIENTASI TAHUN 1, 2023/2024 ditetapkan seperti berikut :

Tarikh : 17 Mac 2023


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 – 11.00 pagi
Tempat : Dewan (waris) dan Kelas Tahun 1 (Murid Tahun 1)
Jawatankuasa terlibat :
Semua guru Tahun 1 sesi akademik 2023/2024
Guru Kelas 1C – Pn Siti Zainab binti Abdullah
Guru Kelas 1G – Pn Salina binti Shamsudin
4.2 Fasa Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0)
4.2.1 Fasa Penyesuaian (2 minggu)
4.2.1.1 Dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan.
4.2.1.2 Penekanan dari aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani perlu diberikan kepada
semua murid bagi meningkatkan keyakinan diri bagi membentuk sikap positif
dalam interaksi sosial.
4.2.1.3 Rujuk Kit PTTS 2.0 untuk mengetahui cara pelaksanaannya.

4.2.2 Fasa Kesediaan (2 minggu)


4.2.2.1 Dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan.
4.2.2.2 Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan
untuk pembelajaran seterusnya.
4.2.2.3 Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran PBD.
(Rujuk Kit PTTS 2.0 Lampiran A)
4.2.2.4 Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kesediaan murid.
4.2.2.5 Pemilihan tema berdasarkan tema di dalam Kit PTTS 2.0.

4.3 Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0

4.3.1 Kit ini sebagai garis panduan PTTS 2.0


4.3.2 Muat turun melalui sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my.

4.4 Modul Transisi


4.4.1 Guru merujuk Kit PTTS 2.0 sebagai panduan perlaksanaannya.
4.4.2 Menyediakan Modul PdP mengikut tema pilihan.
4.4.3 Pentaksiran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam pelaksanaan
modul PdP.
4.4.4 Setiap murid akan menerima modul PTTS 2.0.

Makluman : Semua guru

5.0 HAL – HAL LAIN


5.1 Tarikh pembelian buku tulis Tahun 1 pada 17 Mac 2023 dan sehingga minggu awal
persekolahan.
5.2 Tarikh pengambilan buku teks pada 17 Mac 2023 selepas taklimat waris pada Hari Orientasi.
5.3 Pastikan kelas Tahun 1 berada dalam keadaan bersedia untuk kehadiran murid baru nanti.
Makluman : Semua
guru

6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

………………………
(Pn. Nuraisha binti Alias)
Setiausaha Program Transisi Tahun Satu 2.0

Disemak oleh, Disahkan oleh,


……………………… …………………………
(Pn. Azian binti Sabli)
Penyelaras Program Transisi Tahun Satu 2.0

You might also like