Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PRESIDEN MAHF

KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN ANTARA


NEGERI, 2023

SELASA, 19HB DISEMBER, 2023


DEWAN TERBUKA, SMJK CHUNG CHING, RAUB, PAHANG.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam Malaysia Madani.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia,
YB. Tuan Chow Yu Hui, Ahli Parlimen Raub selaku tetamu utama dan
perasmi kejohanan pada kali ini,

Yang Dihormati,
En Zakaria Bin Muhi - Presiden Persatuan Bola Baling Daerah Raub,

Yang Berusaha,
Pn. Cheam Swee Poh, Pengetua SMJK Chung Ching merangkap Naib
Presiden Persatuan Bola Baling Daerah Raub,

Seterusnya,
En Nor Ahmad Bin Abdul Rahim - Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Raub,

Dan,
En Mook Kah Fook - Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Chung
Chin, Raub.
Tuan-tuan dan Puan-puan, Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Saya rasa amat berbesar hati kerana dapat hadir dan bersama dengan
tuan-tuan dan puan-puan berkumpul di dalam dewan yang megah ini di
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ching, Raub, Pahang untuk
melaksanakan Kejohanan Bola Baling Bawah 16 Tahun Kebangsaan
Antara Negeri Tahun 2023 untuk sama-sama menyaksikan pemain-
pemain muda di bawah umur 16 tahun beraksi untuk pasukan negeri-negeri
bersaing merebut kejuaraan kali ini. Selamat datang saya rakamkan untuk
pasukan Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan
Pahang juga. Selamat bertanding untuk semua pasukan dan perlihatkanlah
kemahiran, ketangkasan serta bakat masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua SMJK Chung Ching


selaku tuan rumah dan juga En Zakaria Muhi selaku Presiden Persatuan
Daerah Rau kerana sudi menerima pelawaan daripada MAHF untuk
menganjurkan kejohanan ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berhormat Tuan Chow Yu Hui, selaku Ahli Parlimen Raub
kerana dengan tangan terbuka menerima jemputan untuk merasmikan
kejohanan kali ini. Sebagaimana kita sedia maklum bumi Raub ini amat
terkenal dengan Durian Musang King tetapi bukan sahaja itu yang mana
dalam arena bola baling ini Raub juga ada seorang jurulatih handball yang
sangat komited dan sekumpulan anak muda yang berkemahiran tinggi
dalam sukan bola baling ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejaat
Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri Pahang, Maj;is Sukan Negeri
Pahang, Majlis Sukan Negara, Lembaga Pengelola Sekolah SMJKCC, semua
pihak yang turut memberi penajaan dan sumbangan seperti Decathlon,
Bersama Project, LNL Integrated Construction, Agro Boutique Hotel dan TP
Premium. Anda semua telah berjaya dengan cemerlangnya menjadikan
kejohanan kali ini diadakan di bumi Raub yang bertuah ini..

Wasalamu alaikum warah matullahi wa barakatuh, sekian terima kasih.

You might also like