Rumusan Minit 1j08-1j24

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rumusan Minit 1j08-1j24

Tidak boleh pakai guna zahir semata dan makna zahir bukan begitu. Kerana tiada
ulama’ yang kata bahawa berkumpul kepada ahli keluarga si mati akan
berduka/ratapan. Apabila seseorang mati, adakah dari kalangan kita, tiada siapa
akan pergi menziarahi ali keluarga si mati kerana berduka/ratapan dan kalau pergi
akan jadi haram disebabkan berduka/ratapan. Kenapa larangan ini tertumpu kepada
menjamu makan sahaja tetapi tidak kepada larangan pergi ziarah.
Berkata Jarir “‫”كن نعد اإلجتماع‬, beliau menggunakan perkataan ijtimak dulu. Ijtimak
bermaksud berkumpul. Perkara ini telah menjadi lumrah, iaitu apabila berlaku
kematian, semua orang akan berkumpul/melawat ahli keluarga si mati. Dan ini tidak
haram.
1. Berkumpul itu tidak jadi haram kerana pada asalnya dia tidak haram.
2. Berkumpul tidak dipanggil berduka/ratapan kerana berduka/ratapan sinonim
dengan berteriak (menangis).
Maka, adakah berkumpul atau menjamu makan membawa maksud sedemikian?
Tidak sama sekali.
Berkumpul dengan ahli keluarga si mati dan berjamu makan dengan ahli keluarga si
mati itu dinamakan “‫”من أسباب النياحة‬. Orang alim akan mengkaji dahulu maksud-
maksud sesuatu hadith atau perkataan itu sebelum membuat kesimpulan secara
sahih mengikut ijmak ulama’.
Bahkan menurut para ulama’, berkumpul dan berjamu makan itu bukan ‫النياحة‬
(ratapan). Ini kerana ‫( النياحة‬ratapan) itu berbeza dengan berkumpul dan berjamu.
Apabila di dalam hadith tersebut berkata sedemikian, ia membawa maksud ‫النياحة من‬
‫ أسباب‬. Iaitu setengah daripada sebab ‫( النياحة‬ratapan) menjadi punca, faktor atau
tangga kepada ‫( النياحة‬ratapan). Contohnya, ada seseorang berkata kepada ahli
keluarga si mati, “abang kamu dah meninggal, kamu nak tumpang siapa nanti”? dan
inilah yang menjadi sebab kepada ‫( النياحة‬ratapan) salah seorang ahli keluarga itu.
Maka perkara ini jelas bahawa, berjamu makan dan berkumpul itu bukan menjadi
sebab kepada ‫( النياحة‬ratapan) tersebut.
Berkaitan hadith tadi, Jarir menghukumkan menghukumkan perkara itu sebagai ‫من‬
‫ أسباب النياحة‬. Oleh sebab itu beliau menggunakan ‫ نعد‬yang bermaksud kami sangka
dan seerti dengan perkataan ‫ظن‬.
Selain itu, terdapat hadith Jarir yang lain, iaitu hadith tegah/larang. Di sana ada
hadith ‫ أثر طاوس‬, iaitu yang membolehkan ahli keluarga si mati membuat jamuan
kepada si mati.
Terdapat hadith riwayat Abu Daud, Saidina Rasulullah SAW pergi menguruskan
mayat di perkuburan, sesudah selesai, isteri bagi si mati menjemput Rasulullah SAW
ke rumahnya untuk jamu makanan. Apabila Rasulullah SAW sampai ke rumah,
Baginda makan jamuan tersebut. Akan tetapi apabila Baginda nak telan makanan
tersebut, Baginda mengambil semula dengan tangan daripada mulut dan
dikeluarkan. Rasulullah SAW bersabda, aku tahu, aku sangka dan aku kata bahawa
kambing ini diambil tanpa izin tuannya. Dan Perkara ini tidak sah di sisi syarak’.
‫ أثر‬daripada sahabat Rasulullah SAW ini ialah ‫ أثر طاوس‬. Orang mukmin itu difitnah di
dalam kubur selama 7 hari, manakala orang munafik difitnah di dalam kubur selama
40 hari. Oleh itu, orang-orang yang beriman, apabila berlaku kematian, mereka suka
berjamu atau beri ganti daripada si mati dalam masa 7 hari, itulah yang dikatakan ‫أثر‬.
Bahkan Imam As-Suyuti RA membicarakan dalam kitabnya ‘Al-Hawi lil Fatawi’ yang
boleh berhujah dengan hadith mursal kerana ia disokong oleh hadith mursal yang
lain. Kesimpulan daripada hadith tersebut ialah sunat bersedekah iaitu berjamu
makan ganti daripada si mati dalam masa 7 hari dan inilah yang diamalkan oleh
masyarakat. Cukup bagi kita berhujah bahawa jamu makan pada hari kematian dan
seumpamanya itu ialah sedekah dan sampai pahala kepada si mati dengan ijmak
ulama’.
Dalam kitab Tok Syeikh Daud, hukumnya makruh oleh kerana beliau terjemah
jawapan Ibnu Hajar kerana ia disoal pada jalan adat. Selain itu, menurut pendapat
Ibnu Hajar, jamu makan merupakan hadiah bagi si mati dan boleh sampai pahala
walaupun berada di tempat yang lain.
Kesimpulannya, berjamu orang hidup merupakan hadiah dan sampai pahala kepada
si mati menurut ijmak ulama’ serta tiada khilaf. Ia jadi haram apabila jamuan itu
menjadi sebab kepada berduka/meratap. Dan ia jadi makruh jika dilakukan kerana
adat, bukan kerana Allah SWT. Ia jadi haram juga jika dibuat dengan harta yang
haram (mahjurun alaih) seperti harta anak yatim dan harta orang gila (‫)حرام عارضي‬.
Manakala ‫ مكروه عارضي‬pula bermaksud makruh buat kerana malu. Contoh, si isteri
malu dengan orang lain kerana tidak buat jamuan bagi suaminya yang meninggal.
Maka kalau ‫ عارضي‬ini dibuang perkataannya, dia akan menjadi ‫ ذاتي‬semula.

You might also like