Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 146

garis panduan

dan modul latihan


program ekspresi
anak remaja
lestari (PEARL)
KANDUNGAN

PENYUMBANG GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM ANAK ii


REMAJA LESTARI (PEARL)

PENYUMBANG MODUL LATIHAN PROGRAM ANAK REMAJA iii


LESTARI (PEARL)

SENARAI PENYUMBANG MODUL LATIHAN PROGRAM ANAK REMAJA iv


LESTARI (PEARL)

Kata Aluan YBMK v

Kata Aluan Pengarah vi

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM EKSPRESI ANAK


REMAJA LESTARI (PEARL)
Pengenalan 2
Objektif 2
Strategi 3
Carta Alir 4
Kriteria Pemilihan Murid 7
Aktiviti Intervensi 7
Pelaksanaan Kem 8
Jawatankuasa 9
Peranan Agensi 10
Sistem Sokongan 10
Peranan dan Tanggungjawab 13
Rumusan 14

MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)


Panduan Menggunakan Modul 16 - 17
Skop 1 : Bijak Internet 18 - 21
Skop 2 : Hentikan Buli 22 - 27
Skop 3 : Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan 28 - 35
Skop 4 : Penyalahgunaan Substans/Bahan 36 - 48
Skop 5 : Kesihatan Seksual & Reproduktif 49 - 97
Skop 6 : Kerohanian 98 - 137

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) i
PENYUMBANG GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM ANAK
REMAJA LESTARI (PEARL)

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
En. Saiful Effendi bin Mohd Zahari
En. Mohd Pilus bin Abdullah

Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan


Pn. Zaikiah binti Mohd Zin

Jabatan Kesihatan Negeri Perak


En. Md Amidon bin Awang Damit

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan


En. Muhamad Nasir bin Muhammad Noor

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak


Hj. Hadi bin Hj. Bibi

Jabatan Kesihatan Negeri Johor


En. Abd Lajid bin Abu Hassan

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis


Pn. Hasmuny binti Osmat

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan


Dr. Elniee Melson

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


En. Shahrizan bin Mahamood

ii GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
PENYUMBANG MODUL LATIHAN PROGRAM ANAK REMAJA LESTARI
(PEARL)

Kementerian Pendidikan Malaysia


En. Saiful Effendi bin Mohd Zahari
En. Mohd Pilus bin Abdullah

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


En. Mohd Redzuan bin Snusi

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Bahagian Pencegahan)


Pn Noorazimah binti Kamaruddin
Pn Norliya binti Darus
Dr. Sallina binti Mansor

PDRM
DSP Nordin bin Ibrahim
ASP Raziawati binti Che Aziz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Bahagian Pelaksanaan Jangkauan)


Pn. Elvira Shamsuddin
Pn. Norzakiah Othman

Cyber Security Malaysia


Pn. Nur Arafah binti Atan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Pn Majidah binti Mat Jusoh

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Sektor Perkhidmatan Keluarga)


En. Mohd Zakri bin Rihan

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


En. Mohd. Shahrizan bin Mahamood

Jabatan Kesihatan Negeri Johor


En. Abdul Lajid bin Abu Hassan
Dr. Wan Fadilah binti Wan Ismail

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary

Bahagian Kawalan Penyakit


Dr. Rushidi bin Ramly
Dr. Karen Sharmini a/p Sandanasamy
En. Azman bin Mohamed
Pn. Norhuda binti Basira

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga


Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid
Dr. Amal binti Shamsudin

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) iii
SENARAI PENYUMBANG MODUL LATIHAN PROGRAM ANAK REMAJA
LESTARI (PEARL)

Kementerian Kesihatan Malaysia


Bahagian Pendidikan Kesihatan
En. Mohd Razif bin Zakaria
Pn. Zanariah binti Zaini
Pn. Fatahiah binti Mat Hashim

Bahagian Kawalan Penyakit


Dr. Rushidi bin Ramly
Dr. Karen Sharmini a/p Sandanasamy
En. Azman bin Mohamed
Pn. Norhuda binti Basira

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga


Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid
Dr. Amal binti Shamsudin

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka


En. Mohd. Shahrizan bin Mahamood

Jabatan Kesihatan Negeri Johor


En. Abdul Lajid bin Abu Hassan
Dr. Wan Fadilah binti Wan Ismail

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
En. Saiful Effendi bin Mohd Zahari
En. Mohd Pilus bin Abdullah

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


En. Mohd Redzuan bin Snusi

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Bahagian Pencegahan)


Pn. Noorazimah binti kamaruddin
Pn. Norliya binti Darus
Dr. Sallina binti Mansor

Polis DiRaja Malaysia


DSP Nordin bin Ibrahim
ASP Raziawati binti Che Aziz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Bahagian Pelaksanaan Jangkauan)


Pn. Elvira Shamsuddin
Pn. Norzakiah Othman

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Pn. Majidah Mat Jusoh

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Sektor Perkhidmatan Keluarga)


En. Mohd Zakri bin Rihan

Cyber Security Malaysia


Pn. Nur Arafah binti Atan

iv GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Kata Aluan YBMK

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) v
Kata Aluan Pengarah

vi GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM EKSPRESI ANAK
REMAJA LESTARI (PEARL)

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 1
PENGENALAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) merupakan program kerjasama antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi-agensi
lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bahagian Pembangunan
Belia Kementerian Belia dan Sukan, Cyber Security Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia serta
beberapa NGO yang bernaung di bawah agensi terlibat.

Program ini dilaksanakan berdasarkan hasil kajian Adolescents Health Survey (AHS 2017) yang
mendapati terdapat peningkatan prevalen dalam empat tingkah laku iaitu masalah kemurungan
iaitu 18.3%, merokok iaitu 13.8%, penggunaan dadah iaitu 3.4% dan penggunaan alkohol iaitu
10.2% berbanding kajian Global School-based Student Health Survey (GSHS 2012). Namun
begitu,prevalen aktiviti seks menurun iaitu 7.3% (AHS 2017) berbanding 8.3% (GSHS 2017).
Walaupun terdapat penurunan dalam aktiviti seks, namun terdapat kebimbangan meningkatnya
perlakuan seks dalam kalangan murid Tingkatan 1 berbanding tingkatan lain.

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) ini diharap dapat membantu meningkatkan
peratusan peningkatan remaja dengan tahap resilien yang tinggi dan akhirnya membantu
mengurangkan peratusan murid sekolah yang terlibat dalam tingkah laku berisiko melalui dapatan
kajian berkaitan remaja pada masa akan datang.

OBJEKTIF UMUM
1. Mengenalpasti tahap resilien dan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja
2. Meningkatkan tahap pengetahuan remaja berkaitan tingkah laku kesihatan berisiko
3. Meningkatkan kemahiran resilien remaja untuk menghindari tingkah laku berisiko
4. Mengurangkan prevalens tingkah laku kesihatan berisiko dalam kalangan remaja

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM


1. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang berpotensi mempunyai tingkah laku risiko
2. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang mempunyai tahap resilien yang rendah
3. Mengenalpasti keberkesanan intervensi terhadap remaja yang terlibat

STRATEGI
1. Pengukuhan kerjasama strategik pelbagai agensi melalui penglibatan secara aktif dan
berterusan dalam merancang, melaksana dan menilai program ini.
2. Pendekatan komunikasi secara advokatif bersama agensi yang dikenalpasti
3. Menggunakan kaedah intervensi kepada kumpulan sasar terpilih

LATIHAN
1. Latihan (TOT) diberikan kepada fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada
agensi yang terlibat.

2 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM (KEBANGSAAN)

Mula

Pembentukan Jawatankuasa Induk Tanggungjawab: BPK, melibatkan


KPM, Bahagian di KKM dan agensi
yang terlibat

Taklimat Pelaksanaan Program Tanggungjawab: BPK, melibatkan


HEO negeri, KPM, Pengarah
Pendidikan Negeri, pengetua
sekolah, dan agensi yang terlibat

Training of Trainers (TOT) Fasilitator Tanggungjawab: BPK, KKM, KPM


melibatkan guru dan agensi negeri

Saringan Tingkah Laku Kesihatan Tanggungjawab: Sekolah


dan Resilien Remaja

Analisa Data Saringan Tanggungjawab: BPK dan IPTK

Pembentangan analisa data Tanggungjawab: BPK


kepada negeri, KPM, agensi terlibat

Saringan pasca Tanggungjawab: Sekolah

Analisa Data Saringan pasca Tanggungjawab: BPK dan IPTK

Pembentangan analisa data pasca Tanggungjawab: BPK


kepada negeri KPM, agensi telibat

Laporan Tanggungjawab: BPK, KKM, KPM,


agensi

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 3
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM (NEGERI)

Mula

Pembentukan Jawatankuasa negeri Tanggungjawab: UPK, JKN, JPN,


PPD, PKD, sekolah, agensi

Taklimat Pelaksanaan Program Tanggungjawab: BPK

(TOT) Fasilitator Tanggungjawab: BPK, UPK negeri,


KPM,

Pelaksanaan saringan di sekolah Tanggungjawab: Sekolah


terpilih

Keputusan analisa data saringan

berat sederhana/ringan

Intervensi khusus Intervensi umum

Kem remaja dan Tanggungjawab: BPK,


Intervensi berterusan
intervensi berterusan JKN, JPN, PKD, PPD,
di sekolah di sekolah KPM, agensi, sekolah

Mesyuarat Penyelarasan Bersama Tanggungjawab: KKM


KPM, agensi

Setuju
Kem remaja

Persetujuaan
Ibu Bapa
Pasca saringan
Tidak setuju

Laporan

4 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Dapatan Adolescent Health Survey 2017 juga mendapati :

Penggunaan dan Ketagihan Internet Dalam Kalangan Remaja Malaysia


6 daripada 7 remaja sekolah menengah di Malaysia adalah pengguna internet yang aktif
2 daripada 7 remaja sekolah menengah di Malaysia ketagih internet
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai kadar
ketagihan internet paling tinggi berbanding negeri-negeri lain
Penggunaan Dadah Haram Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia
1 daripada 25 pelajar sekolah menengah pernah menggunakan dadah
Kes Buli Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia
1 daripada 6 remaja adalah mangsa buli
Prevalens kes buli mengikut negeri menunjukkan Pahang merekodkan prevalens kes buli
paling tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah (sekurang-kurangnya sekali
dalam masa 30 hari)
Kes buli paling banyak berlaku dalam kalangan pelajar tingkatan 1
Corak Penggunaan Rokok Dikalangan Pelajar Tingkatan 1-5 Di Malaysia
Prevalen penggunaan rokok paling tinggi di Wilayah Persekutuan Labuan (19.2%)
Penggunaan Alkohol Dalam Kalangan Remaja
1 daripada 10 pelajar adalah peminum minuman beralkohol
76% remaja pertama kali meminum minuman alkohol pada umur 14 tahun
1 daripada 5 pelajar pernah meminum minuman beralkohol
Seks dan Remaja
7.3% daripada remaja berumur 13-17 tahun yang disaring pernah melakukan seks.
Prevalens pelajar yang pernah melakukan seks mengikut tingkatan menunjukkan pelajar tingkatan satu
merupakan yang paling ramai pernah melakukan seks
Prevalen perlakuan seks dalam kalangan remaja berumur 13-17 tahun mengikut negeri menunjukkan
Pahang merekodkan prevalen tertinggi
Tingkah Laku Bunuh Diri Dalam Kalangan Remaja
Tingkah laku bunuh diri paling banyak berlaku di kalangan pelajar tingkatan 1 (11.2% terfikir untuk
membunuh diri, 9% merancang untuk membunuh diri, 10.1% cubaan membunuh diri)
Negeri yang paling ramai mempunyai remaja yang terfikir untuk membunuh diri ialah Wilayah Perseku-
tuan Kuala Lumpur (13.2%), diikuti oleh Selangor (9.5%) dan Perak (9.3%)

OBJEKTIF UMUM

1. Mengenalpasti tahap resilien dan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja
2. Meningkatkan tahap pengetahuan remaja berkaitan tingkah laku kesihatan berisiko
3. Meningkatkan kemahiran resilien remaja untuk menghindari tingkah laku berisiko
4. Mengurangkan prevalens tingkah laku kesihatan berisiko dalam kalangan remaja

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM


1. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang berpotensi mempunyai tingkah laku risiko
2. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang mempunyai tahap resilien yang rendah
3. Mengenalpasti keberkesanan intervensi terhadap remaja yang terlibat

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 5
INDIKATOR
Peratusan peningkatan remaja dengan tahap resilien yang tinggi
SASARAN
Murid Tingkatan 1

STRATEGI

1. Pengukuhan kerjasama strategik pelbagai agensi melalui penglibatan secara aktif dan
berterusan dalam merancang, melaksana dan menilai program ini.
2. Pendekatan komunikasi secara advokatif bersama agensi yang dikenalpasti
3. Menggunakan kaedah intervensi kepada kumpulan sasar terpilih

6 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
KRITERIA PEMILIHAN MURID

1. Saringan Kesihatan
Murid Tingkatan 1

2. Kem Remaja
i. Skor murid yang mempunyai kecenderungan melakukan tingkah laku berisiko DAN
ii. Skor murid yang mempunyai tahap resilien yang sederhana dan rendah

AKTIVITI INTERVENSI
AKTIVITI TEMPOH MASA SASARAN TANGGUNGJAWAB
Saringan tingkah laku 1 bulan Bulan 100% murid Sekolah
kesihatan dan resilien pertama Tingkatan 1 disar-
remaja pelaksanaan ing
• Analisa saringan 2 bulan Bulan ke-2 1 laporan hasil KKM (HECC dan
analisa IPTK)
saringan

• Mengenalpasti Bulan ke-3 KPM


murid terlibat (Murid
yang mempunyai
sekurang-kurangnya
satu tingkahlaku
berisiko)
• Pelaporan bersama
KPM
• Sesi penyelarasan
program bersama Setiap 3 KKM, KPM, AADK,
agensi bulan SKMM, LPPKN,
PDRM,JAKIM
Intervensi kaunseling 5 bulan Bulan ke-4 Mengikut Sekolah
dan sekolah sepanjang hingga ke-8 Panduan
(Contoh: Individu dan program (sepanjang Pelaksanaan
kelompok) masa) Perkhidmatan
Bimbingan Dan
Kaunseling Di
Sekolah Rendah
Dan
Menengah
Program sokongan 1 sesi Dilaksana 1 sesi setiap AADK
agensi setiap selepas agensi SKMM
di sekolah agensi penilaian LPPKN
dalam sehingga PDRM
tempoh tamat KKM
5 bulan program
Sepanjang
program

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 7
Kem remaja 1 sesi Dilaksana 1 sesi KKM
dalam selepas di setiap
tempoh 5 murid negeri
bulan dikenalpas-
ti
Saringan akhir Selepas 5 1 laporan penuh Sekolah
pelaporan bersama bulan 1 manuskrip KKM, KPM, IPTK
KPM intervensi 1 pembentangan

PELAKSANAAN KEM REMAJA


1. Program dilaksanakan selama 4 hari 3 malam dengan memberi pendedahan kepada
perubahan tingkah laku
2. Murid akan dibahagikan mengikut kumpulan
3. Latihan dijalankan berkumpulan secara interaktif dan komunikasi dua hala
4. 30 – 40 orang murid setiap sesi kem

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Bersama :
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Urus Setia :
Bahagian Pendidikan Kesihatan

Ahli :
1. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan(IPTK)
4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
6. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
7. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
8. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
9. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
10. Bahagian Pembangunan Belia, KBS
11. Cyber Security Malaysia
12. Jabatan Penjara Malaysia
13. Jabatan Kebajikan Masyarakat

8 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
JAWATANKUASA NEGERI

Pengerusi Bersama:
Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri

Urus Setia :
Unit Promosi Kesihatan Negeri

Ahli :
1. Unit Kawalan Penyakit,Jabatan Kesihatan Negeri (Unit HIV/NCD)
2. Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri
3. Unit Hal Ehwal Murid (Kaunseling), Jabatan Pendidikan Negeri
4. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
5. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
6. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
7. Jabatan Agama Islam Negeri
8. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
9. Jabatan Belia dan Sukan
10. Jabatan Penjara Malaysia
11. Jabatan Kebajikan Masyarakat

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 9
PERANAN AGENSI
BIL. AGENSI PERANAN
1 KPM Bahagian Pengurusan 1. Menyelaras pelaksanaan
Sekolah Harian bersama Bahagian Pendidikan
Kesihatan, KKM.
2. Menyelaras pelaksanaan di
peringkat Jabatan Pendidikan
Negeri bersama Jabatan
Kesihatan Negeri.
3. Mengeluarkan surat siaran
pelaksanaan
4. Menyelaras dapatan laporan
dan penilaian program di
peringkat kebangsaan.
5. Melantik jurulatih utama
di peringkat kebangsaan

Jabatan Pendidikan 1. Menyelaras pelaksanaan di


Negeri peringkat Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) bersama-sama
Jabatan Kesihatan Negeri.
2. Memanjangkan surat siaran
pelaksanaan ke Pejabat
Pendidikan Daerah.
3. Melantik jurulatih utama di
peringkat negeri.
4. Melaksanakan kunjung bantu
dan khidmat sokongan kepada
PPD dan sekolah.
5. Melaksanakan pematau-
an pelaksanaan program
di sekolah
6. Menyelaras dapatan dan
laporan dan penilaian
di peringkat JPN dan
dipanjangkan ke BPSH, KPM.

10 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Pejabat Pendidikan 1. Menyelaras pelaksanaan di
Daerah peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) bersama-sama
Pejabat Kesihatan Daerah.
2. Memanjangkan surat siaran
pelaksanaan ke sekolah.
3. Melantik jurulatih utama di
peringkat daerah
4. Menyelaras kerjasama
antara agensi bagi
pelaksanaan program
sokongan di peringkat daerah
5. Melaksanakan kunjung bantu
dan khidmat sokongan kepada
sekolah
6. Melaksanakan pemantauan
pelaksanaan program di
sekolah
7. Menyelaras dapatan dan
laporan peringkat PPD ke
peringkat JPN
Pengetua 1. Memastikan pelaksanaan
program di sekolah
2. Memantau keseluruhan
pelaksanaan program di
peringkat sekolah
3. Mengesahkan laporan
penilaian dan intervensi yang
diterima
4. Melaksanakan rujukan murid
berkeperluan khusus kepada
ibu bapa.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 11
Guru Bimbingan dan 1. Mentadbir penilaian kesihatan
Kaunseling 2. Memilih murid untuk menyertai
kem
3. Mengurus kebenaran ibu bapa
murid
4. Melaksanakan pelaksanaan
program intervensi (sesi
kaunseling individu, kelompok
atau bersama-sama agensi).
5. Melengkapkan rekod
Borang Kaunseling Berfokus
(Panduan Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Rendah
dan Menengah)
6. Melaporkan kepada PKHEM
dan Pengetua senarai nama
murid berkeperluan khusus
untuk rujukan ibu bapa
7. Menyelaraskan konsultasi
bersama-sama ibu bapa
murid.
8. Menghantar laporan ke PPD.
2 KKM Bahagian Pendidikan 1. Menyediakan modul latihan
Kesihatan Program Promosi Kesihatan
Remaja
2. Menyediakan garis
panduan pelaksanaan
Program Promosi Kesihatan
3. Menyediakan borang penilaian
resilien dan tingkah laku
kesihatan berisiko
4. Menganalisa data pra dan
pasca intervensi
5. Merancang, menyelaras dan
melaksanakan latihan kepada
fasilitator
6. Membentuk jawatankuasa
pelaksana peringkat
kebangsaan
7. Pemantauan pelaksanaan
program
8. Membuat penilaian program
9. Menyediakan laporan

12 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

BIL. PERKARA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


1. Jurulatih Utama • Sebagai pengendali Program Training Of
Trainers (TOT) kepada fasilitator negeri
• Sebagai pakar rujuk utama Program
Promosi Kesihatan Remaja

2. Fasilitator • Mengikuti latihan training of trainers sebagai


persediaan untuk mengemudi perjalanan Kem
Kesihatan Remaja
• Sebagai pengendali Kem Kesihatan Remaja di
peringkat negeri
• Sebagai pakar rujuk kepada murid yang bakal
terlibat sebagai peserta Kem Kesihatan
Remaja
3. Guru • Mengikuti latihan TOT sebagai fasilitator
• Sebagai rujukan utama murid di peringkat
sekolah
4. Ibu Bapa • Memberi kebenaran untuk murid menjalani
saringan
• Memberi kebenaran kepada murid yang terpilih
untuk mengikuti program di peringkat sekolah
dan Kem Kesihatan Remaja
• Memberi sokongan kepada murid untuk
mengikuti sepenuhnya program
• Turut sama mengikuti program bersama murid
(jika perlu)
5. Murid • Mengikuti saringan penilaian tingkah laku
remaja
• Mengikuti Kem Kesihatan Remaja dan/atau
Program Kaunseling di sekolah sekiranya
terpilih

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 13
RUMUSAN

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) ini diharap dapat membantu mengurangkan
peratusan murid sekolah yang terlibat dalam tingkah laku berisiko dan sekaligus dapat
meningkatkan peratusan murid sekolah dalam aspek resilien. Ini penting bagi mencapai indikator
yang telah ditetapkan dalam program ini. Namun, tanpa kerjasama dan bantuan pelbagai agensi
sudah tentu program ini tidak dapat berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan masa
yang telah ditetapkan. Oleh itu, garis panduan ini diwujudkan supaya dapat memandu pihak-pihak
yang terlibat agar dapat memastikan kejayaan program seterusnya.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Program
Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) bolehlah diajukan kepada alamat seperti berikut:

Bahagian Pendidikan Kesihatan


Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok E10, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA

14 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI
(PEARL)

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 15
PENGENALAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) merupakan program kerjasama antara Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi-agensi lain seperti
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bahagian Pembangunan Belia Kementerian
Belia dan Sukan, Cyber Security Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia serta beberapa NGO
yang bernaung di bawah agensi terlibat.

Program ini dilaksanakan berdasarkan hasil kajian Adolescents Health Survey (AHS 2017) yang
mendapati terdapat peningkatan prevalen dalam empat tingkah laku iaitu masalah kemurungan
iaitu 18.3%, merokok iaitu 13.8%, penggunaan dadah iaitu 3.4% dan penggunaan alkohol iaitu
10.2% berbanding kajian Global School-based Student Health Survey (GSHS 2012). Namun
begitu,prevalen aktiviti seks menurun iaitu 7.3% (AHS 2017) berbanding 8.3% (GSHS 2017).
Walaupun terdapat penurunan dalam aktiviti seks, namun terdapat kebimbangan meningkatnya
perlakuan seks dalam kalangan murid Tingkatan 1 berbanding tingkatan lain.

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) ini diharap dapat membantu meningkatkan
peratusan peningkatan remaja dengan tahap resilien yang tinggi dan akhirnya membantu
mengurangkan peratusan murid sekolah yang terlibat dalam tingkah laku berisiko melalui dapatan
kajian berkaitan remaja pada masa akan datang.

OBJEKTIF UMUM

1. Mengenalpasti tahap resilien dan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja
2. Meningkatkan tahap pengetahuan remaja berkaitan tingkah laku kesihatan berisiko
3 .Meningkatkan kemahiran resilien remaja untuk menghindari tingkah laku berisiko
4. Mengurangkan prevalens tingkah laku kesihatan berisiko dalam kalangan remaja

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM

1. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang berpotensi mempunyai tingkah laku risiko
2. Melaksanakan intervensi terhadap remaja yang mempunyai tahap resilien yang rendah
3. Mengenalpasti keberkesanan intervensi terhadap remaja yang terlibat

STRATEGI

1. Pengukuhan kerjasama strategik pelbagai agensi melalui penglibatan secara aktif dan
berterusan dalam merancang, melaksana dan menilai program ini.
2. Pendekatan komunikasi secara advokatif bersama agensi yang dikenalpasti
3. Menggunakan kaedah intervensi kepada kumpulan sasar terpilih

LATIHAN

1. Latihan (TOT) diberikan kepada fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada
agensi yang terlibat.

16 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

Tujuan

Modul ini disediakan untuk melatih fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai
agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Penjara Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kandungan Modul

Skop 1 : Bijak Internet


Skop 2 : Hentikan Buli
Skop 3 : Sayangi Nyawa, Hidupkan Harapan
Skop 4 : Penyalahgunaan Substans/Bahan
Skop 5 : Kesihatan Seksual & Reproduktif
Skop 6 : Kerohanian

Langkah-Langkah Menggunakan Modul

1.Garis Panduan Pelaksanaan Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL)

Kriteria Fasilitator

1. Fasilitator perlu berkemahiran dalam menyampaikan ilmu kesihatan.


2. Fasilitator berkemampuan untuk menyampaikan mesej dengan tepat, jelas dan menarik.
3. Fasilitator berupaya untuk meyakinkan murid tentang ilmu kesihatan yang disampaikan.

Siapa Terlibat (Peserta)

1.Terdiri daripada murid Tingkatan 1 (sekolah terpilih di bawah Kementerian Pendidikan


Malaysia) yang telah melalui saringan penilaian kesihatan tingkah laku berisiko dan resilien
serta berdasarkan kriteria lain yang ditetapkan.

Kriteria Pemilihan Peserta

1. Murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan saringan penilaian tingkah laku berisiko dan
resilien.
2. Murid yang cenderung untuk melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko.
3. Murid yang mempunyai tahap resilien yang rendah dan sederha

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 17
SKOP 1: BIJAK INTERNET

UNIT 1: Penggunaan Internet Berlebihan

UNIT 1: PENGGUNAAN INTERNET BERLEBIHAN

PENGENALAN:

Internet kini boleh diakses dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui komputer,
telefon pintar dan alat peranti yang lain. Selain dari digunakan untuk tujuan pendidikan, pekerjaan,
perkhidmatan kerajaan, perbankan, dan seumpamanya, pengguna juga menggunakan Internet
untuk pengalaman yang menyeronokkan seperti hiburan, hubungan sosial, dan permainan dalam
talian. Namun, penggunaan internet harus diseimbangkan dengan kehidupan alam maya dan
realiti.

Pengunaan Internet yang berlebihan adalah tingkah laku kompulsif yang mengganggu kehidupan
normal dan menguasai hidup seseorang pengguna Internet sepenuhnya:

1. Keutamaan diberikan kepada Internet lebih daripada keluarga, rakan-rakan dan sekolah.
2. Memberikan tekanan teruk terhadap keluarga dan rakan-rakan serta menyebabkan tekanan
dalam persekitaran kerja seseorang.

OBJEKTIF:

Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:

1. Kesedaran dan pendedahan tentang kesimbangan dalam hidup selain dari hanya penggunaan
Internet.

KANDUNGAN:

1. Pengguna internet di bawah umur 20 tahun (murid sekolah) mewakili 13% (3.2 juta) daripada
24.5 juta pengguna internet di Malaysia. (MCMC Internet Survey, 2017)
2. 89.4% pengguna mengakses internet menerusi telefon pintar menjadikan kebebasan tinggi
dalam menerima dan menyumbang kandungan selain menghadkan pengawasan ibu bapa.
3. Tiga (3) risiko utama penggunaan internet memberi implikasi kesihatan secara langsung dan
tidak langsung kepada pengguna internet dalam kalangan murid khususnya:
a) Buli Siber: 51% murid pernah mengalami buli siber menerusi platform media sosial dan
aplikasi sembang. (Digi CyberSAFE Survey 2017)
b) Bahan Lucah: 75% murid pernah melihat kandungan lucah baik secara sengaja mahupun
tidak sengaja. (MCMC Pi1M Survey, 2017)
c) Penggunaan Internet Berlebihan: 89% pengguna internet (massa) mengalami penggunaan
Internet berlebihan dan 32% mengalami kemurungan parah akibat penggunaan berlebihan
ini. (MCMC, Heriot Watt, 2017)
4. Dari segi penggunaan Internet berlebihan, risiko utamanya adalah implikasi terhadap
kesihatan mental dan fizikal seseorang pengguna tegar. Ia termasuk:
a) Tabiat obsesi kepada internet yang merubah kelakuan normal kehidupan harian dan memberi
kesan kepada individu, keluarga dan pelajaran. Pengguna Internet tegar cenderung untuk
mengabaikan keadaan sekeliling dan hanya memberi tumpuan kepada Internet. Antara jenis
penggunaan berlebihan adalah:

18 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
i. Interaksi media sosial
ii. Permainan video dan gaming
iii. Hubungan sulit dalam talian
iv. ‘Sexting’ atau aktiviti seks dalam talian
v. Perjudian/pertaruhan
vi. Lambakan informasi

b) Kesan Kesihatan Fizikal:

i. Keletihan yang menjejaskan kesihatan mata atau ‘Digital Eye Syndrome (DES)’. Tanda-
tanda DES termasuklah penglihatan menjadi kabur, ketegangan/keletihan mata, mata
menjadi kering atau merah dan sakit kepala. Selain DES, penggunaan alatan digital
yang keterlaluan akan menjadi penyumbang utama kepada risiko mendapat rabun jauh.
ii. Penggunaan alatan digital dan internet yang keterlaluan akan menyebabkan gangguan
terhadap hormon dalam badan, masa tidur yang tidak mencukupi serta keletihan. Ini
menyebabkan pembelajaran akan terganggu dan seterusnya mengalami kemurungan.
iii. Postur badan (kedudukan leher) yang tidak betul semasa penggunaan peranti digital/
telefon pintar boleh menyebabkan sakit tengkuk dan sakit tulang belakang yang
berpanjangan.
iv. Masalah berat badan berlebihan kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.
v. Ayuh Bertindak! Berikut adalah tip bagi mengurangkan kesan penggunaan alatan
digital pada penglihatan:
• Mengamalkan 20-20-20 rule: Selepas penggunaan alatan digital selama 20 minit,
rehat selama 20 saat dengan melihat jarak sejauh 20 kaki.
• Mengelipkan mata secara kerap semasa menggunakan alatan digital untuk
mengelakkan mata kering.
• Pastikan jarak penglihatan dengan alatan digital tidak kurang dari 18 inci.
• Pastikan kerap membuat pemeriksaan mata supaya rabun dapat dikesan awal.

c) Tetap dan hadkan masa di internet, atasi keinginan melampau dengan melakukan aktiviti
lain seperti beriadah.
d) Nilai semula keperluan anda untuk memeriksa peranti dan beri tumpuan kepada individu
bersama anda.
e) Dapatkan bantuan orang lain dalam menegur atau mengingatkan sekiranya anda tanpa
sedar menggunakan internet secara berlebihan dari masa sepatutnya.
f) Dapatkan nasihat kaunseling dari kaunselor berlesen.
g) Cuba selidik dan atasi faktor kehidupan yang mendorong anda menggunakan Internet
untuk melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.
h) Disconnect to Reconnect. Ketepikan seketika peranti elektronik untuk berinteraksi dengan
orang sekeliling.

Sumber:
1. Buku Panduan Keibubapaan Siber, Cyber Security Malaysia 2018
2. Ancaman Kesihatan Isu Pornografi

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 19
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

AKTIVITI 1(A) : SIAPA AKU TANPA MU

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid akan diminta melukis untuk menggambarkan diri mereka jika mereka tidak mempunyai
akses kepada Internet. (sesi penerangan 5 min, aktiviti melukis 10 minit).
2. Aktiviti ini dijalankan secara individu, bukan berkumpulan.
3. Setelah selesai melukis, pilih 10 murid dan minta mereka berkongsi fikiran mengenai
gambaran yang mereka lukis. (3 minit setiap murid).
4. Aktiviti ini adalah penilaian untuk pre-intervensi iaitu ceramah mengenai ketagihan Internet.

B. BAHAN
1. Kertas A4
2. Set pencil warna

C. MASA
45 minit

D. PENILAIAN
Lukisan murid

AKTIVITI 1(B) : SIAPA AKU TANPA MU

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid akan diminta melukis untuk menggambarkan aktiviti apa yang mereka boleh buat
jika mereka tidak mempunyai akses kepada Internet. (sesi penerangan 5 min, aktiviti
melukis 10 minit).
2. Aktiviti ini dijalankan secara individu, bukan berkumpulan.
3. Setelah selesai melukis, pilih 10 murid dan minta mereka berkongsi fikiran mengenai
gambaran yang mereka lukis. (3 minit setiap murid).
4. Aktiviti ini adalah penilaian post intervensi.

B. BAHAN
1. Kertas A4
2. Set pencil warna

C. MASA
45 minit

D. PENILAIAN
Lukisan murid

AKTIVITI 2 : BOMB SQUAD

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator perlu menyediakan garisan bulatan/empat segi seluas 15’ x 15’. Di tengah-
tengah kawasan itu letakkan 10 bekas mengandungi air, dicadangkan botol mineral
500ml dipotong 2 dan guna bahagian bawahnya sahaja. (lokasi A).
2. Fasilitator membuat satu lagi garisan bulatan/empat segi seluas 4’ x 4’ (lokasi B) di luar
lokasi A dan biarkan ia kosong.
3. Murid perlu mengalihkan bekas berisi air dari lokasi A ke lokasi B tanpa boleh menyentuh
bekas air tersebut. Mereka juga tidak boleh melepasi garisan kawasan yang telah ditanda.

20 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
4. Murid akan dibekal 5 tali rapia dan 5 gelung getah. Gunakan kreativiti masing-masing.
5. Bekas air yang jatuh tidak dikira markah.
6. Fasilitator akan meminta murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah
dijalankan iaitu mengetahui yang internet ialah satu ruang dan peluang untuk seseorang
yang kreatif dan positif untuk berjaya dari pelbagai segi.

B. BAHAN
1. Masking tape/tepung untuk membuat garisan
2. 10 bekas air berisi air (pastikan tidak berpenutup)
3. Tali rafia 17cm x 5 utas
4. Gelung getah x 5 utas

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

AKTIVITI 3: MISSION IMPOSSIBLE

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan akan diberikan tali sepanjang 12cm.
3. Fasilitator akan menyediakan halangan bertali sepanjang 12cm yang mampu dilalui
(boleh diikat pada susunan kerusi)
4. Murid perlu melalui halangan tersebut dengan mata yang tertutup. Berpandukan arahan
rakan-rakan yang lain, murid tersebut perlu melepasi halangan tanpa boleh menyentuh
tali pada mana-mana bahagian badan. Jika terkena tali, murid tersebut dikira terkeluar.
5. Dalam satu masa hanya seorang yang boleh melalui halangan tersebut. Ulang hingga
semua murid dalam kumpulan selesai melalui halangan tersebut.
6. Fasilitator meminta murid menyatakan pendapat mereka mengenai aktiviti ini.

B. BAHAN
1. Tali rafia 12cm x 4
2. Tali sepanjang 12cm
3. Penutup mata
4. Kerusi

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

SKOP 2 : HENTIKAN BULI

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 21
SKOP 2 : HENTIKAN BULI

UNIT 1 : BULI
UNIT 2 : KETAHANAN DIRI
UNIT 3 : TINGKAH LAKU ASERTIF

UNIT 1 : BULI

PENGENALAN :
Subtopik buli memberi pendedahan kepada murid berkaitan definisi buli, jenis buli, faktor penye-
bab dan kaedah-kaedah mengelakkan menjadi pembuli dan mangsa buli.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Memahami maksud buli;
2. Mengenali jenis-jenis buli;
3. Menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan buli;
4. Membantu mangsa buli;
5. Mengenalpasti tanda-tanda dibuli;
6. Memberi pengetahuan kepada golongan remaja bagi menghindari dan mengurangkan
tingkahlaku buli (pengetahuan untuk diri sendiri); dan
7. Mengurangkan peratusan buli di sekolah dan meningkatkan kemenjadian sahsiah diri murid.

KANDUNGAN :
1. Maksud Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak,langsung menjadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. (Dewan Bahasa Dan Pustaka).
Buli juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ianya bertujuan mendatangkan
perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

2. Jenis-jenis Buli
a) Buli Fizikal
i. Pukul-memukul
ii. Memeras ugut
iii. Menampar/ menendang/ menolak
iv. Menarik rambut;
v. Mencubit; dan
vi. Semua perlakuan di atas boleh mendatangkan kecederaan kekal dan tidak kekal serta
boleh menyebabkan kematian.

b) Buli Lisan
i. Ejekan;
ii. Panggilan/gelaran yang mengaibkan;
iii. Fitnah;
iv. Mencarut/memaki/menghina/mengherdik;
v. Memulau; dan
vi. Lain-lain pernyataan lisan yang seumpamanya.

22 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
c) Buli Isyarat (bukan lisan)
i. Jelir lidah
ii. Bahasa badan;
iii. Jegil mata;
iv. Isyarat lucah; dan
v. Lain-lain perbuatan bukan lisan yang seumpamanya.

3. Faktor-faktor berlaku kejadian buli :


a) Keluarga
i. Kurang didikan dan penghayatan agama/moral;
ii. Kurang perhatian dan kasih sayang;
iii. Akibat penceraian ibubapa
iv. Gaya didikan;
v. Peniruan gaya hidup dalam keluarga; dan
vi. Kurang pengawasan.

b) Sekolah
i. Persekitaran dan iklim sekolah;
ii. Kurang pengawasan dari guru;
iii. Kawalan murid yang lemah;
iv. Kurang intervensi yang sesuai terhadap kes buli;
v. Pengurusan disiplin yang kurang cekap; dan
vi. Guru tidak bertindak sebagai model yang boleh dicontohi.

c) Individu
i. Saiz badan;
ii. Panas baran;
iii. Terlampau aktif;
iv. Egoistik;
v. Dendam kerana pernah dibuli;
vi. Kecelaruan gender;
vii. Konsep kendiri yang rendah;
viii. Kecacatan; dan
ix. Gila ‘glamour’.

d) Pengaruh Media
i. Rancangan bercorak keganasan;
ii. Bahan negatif melalui internet; dan
iii. Media cetak yang negatif seperti komik, majalah, akhbar tabloid, bahan bacaan lucah
dan lain-lain;
iv. Maklumat internet yang negatif seperti laman web, video, teks yang berkaitan; dan
v. Permainan video yang menjurus kepada keganasan.

e) Persekitaran
i. Berada dalam komuniti yang tidak prihatin;
ii. Ikatan kejiranan yang longgar;
iii. Mahu pengiktirafan rakan sebaya; dan
iv. Institusi masyarakat yang lemah.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 23
4. Mengenalpasti tanda-tanda dibuli
a) Fizikal
i. Lebam pada badan;
ii. Sering kehilangan barang persendirian;
iii. Sering memberi alasan psikosomatik yang aneh; dan
iv. Keletihan.

b) Emosi
i. Kesukaran untuk tidur; dan
ii. Tiada keyakinan diri.

c) Tingkah laku
i. Perubahan sikap;
ii. Penurunan berat badan;
iii. Suka bersendirian;
iv. Tidak mempunyai kawan;
v. Memberi alasan yang tidak berasas untuk mengelak hadir ke sekolah;
vi. Menunjukkan penurunan dalam pelajaran; dan
vii. Kecenderungan membuli ahli keluarga.

5. Cara membantu mangsa buli


a) Nasihat individu - memberi nasihat secara bersemuka mengikut masalah individu
tersebut.
b) Nasihat berkelompok - memberi nasihat secara berkumpulan dan mempunyai
masalah yang identical.
c) Kaunseling individu/kelompok.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

AKTIVITI 1: BICARA CINEMA TERAPI

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan menayangkan tayangan video Buli : Animated Series.
2. Fasilitator meminta murid untuk memberi rumusan berkaitan apa yang dipelajari
melalui video yang ditayangkan.

B. BAHAN
Video Buli : Animated Series :(https://youtu.be/3laX2uWhA24/)

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

24 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
UNIT 2 : KETAHANAN DIRI

PENGENALAN :
Subtopik ketahanan diri memberi pendedahan kepada murid berkaitan definisi ketahanan diri,
kepentingannya serta faktor mempengaruhi dan cara meningkatkan ketahanan diri.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Memahami maksud ketahanan diri
2. Mempunyai ciri-ciri ketahanan diri
3. Memahami kepentingan tentang ketahanan diri
4. Mengenali individu yang tidak mempunyai ketahanan diri

KANDUNGAN :
1. Maksud ketahanan diri
a) Merupakan suatu kekuatan dalaman seseorang individu yang boleh membantu mereka
untuk mengadaptasi kehidupan secara positif (Masten & Reed, 2005)
b) Fauziah et al. (2013) memberikan pandangan bahawa ketahanan diri sebagai suatu
kebolehan daya tindak seseorang untuk mengawal serta mengurus dengan baik perkara
negatif yang berlaku dalam kehidupan seharian khususnya dalam diri mereka.

2. Ciri-ciri ketahanan diri


a) Mengawal hak diri sendiri dan menghormati orang lain.
b) Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah
c) Mempunyai hubungan sosial yang kuat.
d) Mampu untuk meminta pertolongan.

3. Kepentingan ketahanan diri


a) Seseorang yang mempunyai kelemahan daya tahan diri (resilien) hendaklah sentiasa
tabah mengharungi kesukaran dan permasalahan dalam hidup.
b) Resilien seringkali menyebabkan terjadinya pelbagai masalah psikologi yang lain.
c) Mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja.
d) Meningkatkan penglibatan remaja dengan komuniti.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: ZERO BULI (ROLE PLAY)

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Fasilitator memberi satu senario kepada setiap kumpulan.

Senario 1: Ahmad merupakan pelajar tingkatan tiga di sekolah berasrama penuh. Beliau
merupakan seorang pelajar pintar dan aktif dalam bidang sukan. Ahmad mempunyai kawan
karib bernama Adam. Adam mempunyai tubuh badan tegap dan tinggi serta sering terlibat
pergaduhan di sekolah. Adam bersama-sama rakannya ingin mengajak Ahmad dalam aktiviti
buli di asrama. Apa yang sepatutnya Ahmad lakukan? Bincang dan lakonkan.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 25
Senario 2: Ziana baru sahaja mendaftar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tubuh
badan Ziana yang agak besar dan muka dipenuhi jerawat menyebabkan beliau sering diejek
di sekolah barunya. Erra yang merupakan rakan sekelas Ziana merasakan perbuatan yang
menimpa Ziana adalah salah dan tidak bermoral. Bincang dan lakonkan.
3. Murid diminta melakonkan senario yang diberi.
4. Setiap murid diminta memberi maklumbalas atau komen terhadap senario yang telah dilakonkan.
5. Fasilitator membuat sesi rumusan bersama murid.

B. BAHAN
Helaian kertas yang mengandungi senario.

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

UNIT 3 : TINGKAH LAKU ASERTIF

PENGENALAN :
Subtopik tingkah laku asertif memberi pendedahan kepada murid berkaitan maksud tingkah laku
asertif, ciri-ciri dan kepentingannya serta mengenalpasti individu yang tidak asertif.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Memahami maksud tingkah laku asertif
2. Mempunyai ciri-ciri asertif dalam diri
3. Memahami kepentingan bertingkahlaku asertif
4. Mengenali individu yang tidak asertif

KANDUNGAN :
1. Maksud tingkah laku asertif
a) Asertif bermaksud tegas diri dalam menyatakan pendirian tanpa menyebabkan orang lain
merasa tersinggung.
b) Ia juga berkaitan dengan sifat berterus terang dalam menyatakan perasaan.

2. Ciri-ciri asertif
a) Cuba mencapai matlamat tanpa merosakkan orang lain.
b) Mengawal hak sendiri dan menghormati orang lain.
c) Mempunyai tahap keyakinan kendiri yang sesuai.
d) Membuat pilihan sendiri dan mengambil tanggungjawab ke atas pilihan tersebut.
e) Membuat permintaan secara langsung.

3. Kepentingan tingkah laku asertif


a) Menyatakan “TIDAK” atau menolak tanpa rasa bersalah.
b) Merasa selesa dan berpuas hati dengan dirinya.
c) Memperbaiki hubungan sosial dengan lebih baik.
d) Meminta pertolongan apabila memerlukan
e) Mengendalikan konflik secara berhemah
f) Kepimpinan dan motivasi yang baik
g) Memberi dan menerima maklum balas.
h) Bekerja secara berkumpulan

26 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
4. Individu yang tidak asertif
a) Mengalami kebimbangan, kecemasan, tekanan dan kadang-kadang merosakkan fizikal.
b) Membiarkan orang lain menguasai dirinya.
c) Hadapi kekecewaan kerana tidak dapat menolak permintaan orang lain.
d) Mengelak berkonfrontasi dengan orang lain.
e) Akur kepada kemahuan orang lain
f) Berasa serba salah apabila dipuji.
g) Bekerja lebih kuat daripada orang lain tetapi tidak mendapat ganjaran yang setimpal.
h) Tidak berani meninggikan suara.
i) Mengelak pandangan mata secara langsung.
j) Keliru mengenai tingkah laku sosial yang sesuai.
k) Timbul perasaan takut (pasif).

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : WORLD CUP ASERTIF

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap kumpulan diberikan beberapa naskhah surat khabar lama dan diminta membuat
sebiji bola dari surat khabar (Fasilitator tidak menyatakan sebesar mana dan sebagainya).
2. Selepas bola itu siap, semua ahli berdiri dan membuat satu bulatan dalam kumpulan
masing-masing.
3. Fasilitator menerangkan bahawa murid perlu mengajak/ memujuk/ mendesak/ meminta
rakan untuk membuat sesuatu dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut:
a) Murid yang memegang bola sahaja yang dibenarkan bercakap.
b) Murid boleh memberi bola itu kepada murid lain sama ada diisyaratkan ataupun tidak.
c) Murid yang memegang bola harus menjawab / berkata sesuatu walaupun bersetuju
ataupun tidak dengan pendapat murid yang memberi bola kepadanya.
d) Murid tidak dibenarkan memegang bola lebih daripada 30 saat.
e) Bola tidak boleh jatuh ke lantai. Sekiranya hal ini berlaku, murid akan dikeluarkan dari
permainan.
f) Diakhir sesi, fasilitator membuat sesi rumusan dengan para murid (mengenai perasaan
jika ada yang menjatuhkan bola, lambat memberi respon dan sebagainya. Melalui
aktiviti ini, setiap murid memahami kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam
kehidupan. Murid juga perlulah menggunakan kemahiran asertif di dalam kehidupan
agar semua perkara dapat diselesaikan secara win-win situation.)

B. BAHAN
Surat khabar lama

C. MASA
1 jam 30 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 27
SKOP 3: SAYANGI NYAWA, HIDUPKAN HARAPAN

UNIT 1: Hargai Diri dan Kehidupan


UNIT 2: Sense of Belonging (Kekitaan)
UNIT 3: Pemikiran Positif
UNIT 4: Lets Talk and Move Forward

UNIT 1: HARGAI DIRI DAN KEHIDUPAN

PENGENALAN :
Nyawa adalah kurniaan tuhan yang perlu dihargai dan tidak boleh disia-siakan. Setiap individu
bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Oleh itu, mereka perlu mengenali dan memahami setiap
kehendak dan keinginan diri. Peranan terhadap diri sendiri, termasuklah tanggungjawab individu
berkenaan kepada Tuhan dan juga dirinya.
Kajian Morbidity Kebangsaan 2017 (Adolescent Health Survey 2017) menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan trend bagi idea untuk membunuh diri (suicidal ideation) daripada 7.9% pada
tahun 2012 kepada 10% pada tahun 2017. Bagi rancangan untuk membunuh diri (suicidal plan)
peningkatan trend turut dilihat daripada 6.4% pada tahun 2012 kepada 7.3% pada tahun 2017.
Terdapat peningkatan trend bagi percubaan untuk membunuh diri (suicidal attempt) iaitu 6.8%
pada tahun 2012 kepada 6.9% pada tahun 2017.

Antara faktor-faktor membunuh diri yang dikenalpasti adalah:


1. Tekanan sosial (pelajaran)
2. Penceraian ibubapa
3. Mangsa jenayah (rogol,cabul)
4. Penyakit mental
5. Masalah hubungan

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Meningkatkan penghargaan diri dan keupayaan diri
2. Memahami faktor keselamatan diri perlu diambil kira semasa membuat keputusan

KANDUNGAN :
1. Maksud harga diri
Merujuk kepada bagaimana seseorang menilai diri mereka sendiri. Nilai-nilai tersebut berdasarkan
keyakinan & kepercayaan seseorang ke atas kebolehan mereka dari segi biologikal, sosial,
psikologikal dan kerohanian.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi harga diri


a) Kasih sayang dan hubungan rapat dengan keluarga.
b) Ibubapa yang bersikap autoratif (respon terhadap emosi kanak-kanak)
c) Meletakkan harapan realistik ke atas diri sendiri
d) Mendapat penghargaan dari orang lain contohnya; keluarga, guru dan rakan
e) Boleh meluahkan pendapat, perasaan dan idea
f) Pembelajaran berterusan.

3. Cara untuk meningkatkan harga diri


a) Menerima dan belajar dari kesalahan
b) Tidak senang mengalah kepada halangan dan gangguan
c) Berfikiran positif dan bersifat terbuka
d) Dapat menerima kritikan yang membina
e) Tidak mudah tersinggung

28 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
f) Tidak menjatuhkan maruah orang lain
g) Tegas
h) Berani menghadapi cabaran
i) Tidak terlalu bimbang akan kegagalan
j) Berani menghadapi cabaran

4. Kepentingan harga diri


a) Berasa gembira, yakin diri, tenang dan berpuas hati dengan kehidupan
b) Rasa selamat dan bersedia untuk meneroka dan menghadapi cabaran.
c) Dapat mengetahui perasaan positif dan negatif
d) Dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan diri.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: LOVE LETTER TO MYSELF AND PARENTS

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid diberikan masa 10 minit untuk menulis surat cinta kepada diri sendiri (150 patah
perkataan).
2. Fasilitator akan memilih beberapa murid untuk membacakan surat yang telah ditulis
di khalayak ramai.
3. Fasilitator akan merumuskan bersama-sama murid bahawa melalui aktiviti ini, murid
akan dapat meningkatkan harga diri dengan menerima dan menyayangi diri serta
kehidupan. Murid juga perlu memahami bahawa setiap manusia yang dicipta mempunyai
keunikan dan keistimewaan tersendiri.

B. BAHAN
1. Kertas
2. Peralatan menulis.

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

UNIT 2: SENSE OF BELONGING (KEKITAAN)

PENGENALAN :
Kita tidak bersendirian di dunia ini. Kita mempunyai keluarga, guru dan rakan-rakan di
sekeliling kita untuk berkongsi perasaan.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Meningkatkan kesedaran bahawa mereka tidak bersendirian.
2. Meningkatkan keyakinan dalam diri.

KANDUNGAN :
Remaja perlu tahu mereka merupakan individu yang unik, perlu dihormati dan diterima
serta mempunyai hak untuk bersuara seperti:
1. Menghormati diri sendiri dan orang lain
2. Menerima rupa bentuk yang menjadikan seseorang itu istimewa dan unik.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 29
3. Memahami bahawa diri sendiri mempunyai keperluan, minat dan kebolehan yang berbeza
berbanding orang lain.
4. Dapat menyuarakan idea, kesukaan dan keperluan diri.
5. Remaja harus sedar bahawa ada orang sekeliling yang mengambil berat dan menyayangi
mereka.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: CAMERA ROLL… 3, 2, 1 ACTION!

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan
dibekalkan dengan satu senario.
2. Murid akan melakonkan watak seperti dalam senario dan mempersembahkan kepada
rakan yang lain. Senario yang dibekalkan adalah seperti berikut:

Senario 1
Nik Aziati berumur 15 tahun dan baru putus cinta. Beliau sering termenung, kelihatan murung
dan merasakan hidupnya tidak berguna lagi sehingga pernah merasakan untuk membunuh diri.
Ibu bapanya berasa risau dengan keadaan Nik Aziati dan cuba untuk menasihatinya. Di sekolah,
rakan-rakannya risau dengan perubahan diri Nik Aziati dan memaklumkan keadaannya kepada
guru kaunseling.

Senario 2
Azman sering dibuli oleh sekumpulan senior di asrama sekolahnya. Barang-barang peribadi beliau
juga sering hilang dan diambil tanpa kebenaran. Beliau turut diherdik dan dipukul jika enggan
memenuhi kehendak senior. Dia rasa sangat tertekan dan ingin keluar dari asrama. Hasratnya
telah disampaikan kepada keluarga tetapi tidak dihiraukan malah dimarahi sehingga beliau cuba
untuk mengelar pergelangan tangannya. Beliau dirujuk kepada kaunselor di hospital semasa
mendapatkan rawatan.

Senario 3
Nabila pelajar Tingkatan 3 merupakan seorang pelajar cemerlang tetapi sejak kebelakangan ini
pelajaran beliau mula merosot setelah ibubapanya bercerai. Nabila merasa sangat sedih dan
tertekan telah cuba mengambil pil secara berlebihan untuk melupakan masalah yang dihadapi.
Rakan-rakan baiknya cuba untuk mendekati dan menasihati Nabila.

3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk memberi pendapat mengenai maksud yang
ingin disampaikan melalui senario persembahan kumpulan lain iaitu murid dapat menanam
sikap empati dan simpati terhadap orang sekeliling serta sedar tentang kepentingan
berkongsi dan meluahkan perasaan.

B. BAHAN
1. Kertas yang mengandungi senario
2. Bahan lain sebagai prop lakonan

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

30 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
UNIT 3: PEMIKIRAN POSITIF

PENGENALAN :
Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. Ia termasuk melihat kepada aspek positif bagi setiap keadaan. Pada asasnya,
ia melihat pada aspek yang baik bagi sesuatu perkara.

Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?


1. Pada keseluruhannya anda akan merasa lebih bahagia
2. Anda akan disenangi dan dihormati
3. Anda akan mudah mendapat kawan
4. Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
5. Anda berupaya untuk menangani stres dengan menukarkan keadaan negatif sebagai
peluang untuk anda belajar
6. Anda cenderung melihat sudut positif orang lain dan ini akan mengurangkan perasaan
buruk antara anda dan orang lain

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Memahami maksud pemikiran positif
2. Mempunyai kemahiran untuk berfikiran positif
3. Menerapkan aspek pemikiran positif dalam diri dan orang lain.

KANDUNGAN :
1. Cara untuk Berfikiran Positif
a) Berfikiran positif memerlukan pemerhatian positif terhadap semua perkara yang dialami
dalam kehidupan seharian.
b) Bicara diri positif.
c) Komunikasi dalaman (intrapersonal bagi menenangkan diri anda supaya lebih mudah
menerima keadaan.) Contoh:

Positif Negatif
Saya boleh Saya tidak boleh
Saya penyayang dan mudah disayangi Tiada siapa yang menyayangi saya
Saya berjaya Saya gagal
Saya hebat Saya tidak berguna

d) Senaraikan perkara yang anda suka mengenai diri sendiri dan perkara yang anda boleh
lakukan dengan baik.
e) Ambil perkara-perkara positif mengenai individu di sekeliling anda.
f) Terima segala yang positif.
g) Anggap setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan.
h) Yakinkan diri dengan kata-kata semangat yang membantu.
i) Menerima kesilapan sebagai satu pengajaran.
j) Fokus kepada perkara yang anda boleh lakukan.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 31
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid akan diberikan beberapa situasi:
Situasi 1
Ibubapa saya suka membandingkan saya dengan adik saya yang lebih bijak.
Situasi 2
Kawan-kawan saya suka mengelarkan diri saya gemuk dan hodoh.
Situasi 3
Saya pelajar harapan sekolah tetapi saya gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
Situasi 4
Kawan saya selalu dapat apa sahaja yang dia inginkan tetapi saya sukar untuk
dapatkan apa yang saya inginkan.

2. Murid perlu menganalisis setiap situasi dari aspek negatif dan positif.
3. Fasilitator akan merumuskan hasil dapatan setiap situasi yang dijalankan iaitu murid akan
dapat berfikir dan refleksi secara positif daripada situasi yang negatif.

B. BAHAN
Kertas dan peralatan menulis.

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

UNIT 4 : LETS TALK AND MOVE FORWARD

PENGENALAN :
Berkongsi perasaan dan mendapatkan bantuan serta sokongan merupakan salah satu kaedah
bagi menangani tekanan hidup.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Meningkatkan strategi gaya daya tindak (coping skill)
2. Meningkatkan kesedaran untuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang betul (bantuan
profesional).

KANDUNGAN :
1. Sistem sokongan terdiri daripada individu yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga, guru
dan rakan-rakan atau ahli profesional.
a) Strategi Gaya Daya Tindak (Coping Skill)
i. Kenalpasti gaya daya tindak yang membantu dan tidak membantu.
ii. Mengaplikasikan penyelesaian daya tindak yang bersesuaian mengikut
situasi.
b) Kemahiran Meminta Pertolongan
i. Mengenalpasti orang yang anda percayai.
ii. Mengenalpasti waktu anda memerlukan pertolongan .

32 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
iii. Adakah cadangan penyelesaian masalah yang diberi bersesuaian dan boleh diaplikasi
kan?
iv. Dapatkan bantuan profesional dari klinik dan hospital berdekatan.
v. Mengetahui tentang talian bantuan komuniti seperti Befriender (03-79568145),
Talian Nur (15999), Malaysian Suicide Alert – MESRA (Facebook)
vi. Bantuan yang terbaik datang daripada individu yang mendengar dan memberi perhatian
kepada masalah kita.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: KAD DAYA TINDAK

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan menandakan sudut di dalam bilik dengan label berikut:
a) Membantu.
b) Tidak begitu berguna.
c) Tidak berguna.
d) Membahayakan.

2. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta


duduk dalam bulatan.
3. Setiap kumpulan diminta untuk memikirkan semua perkara yang boleh menjadi masalah,
mendatangkan stress dan boleh menimbulkan konflik di atas kertas. Setiap kumpulan
diberi 30 minit dan setelah selesai, ahli kumpulan diminta menyerahkan kertas itu
kepada fasilitator.
4. Fasiltator akan meletakkan kad-kad daya tindak di atas lantai di tengah bulatan setiap
kumpulan. Setiap kad menunjukkan daya tindak yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, menangani konflik atau stress.
5. Setiap ahli kumpulan diminta memilih 2 kad daya tindak manakala kad yang lebih akan
dikeluarkan.
6. Setiap ahli diminta memilih salah satu dari dua kad yang dipilih dan pamerkan pada paras
yang dapat dibaca oleh ahli lain.
7. Fasilitator akan membacakan pernyataan pada kertas yang telah disediakan di awal sesi
yang boleh menjadi punca konflik,stress atau masalah.
8. Ahli akan diminta bergerak ke sudut yang telah ditandakan label mengikut pendapat
masing-masing.
9. Bila kumpulan baru terbentuk, minta ahli komen dan terangkan pilihan yang dibuat.
Kemudian setiap ahli diminta mengeluarkan kad kedua dan berkumpul semula mengikut
pilihan masing-masing.
10. Permainan ini boleh diulang beberapa kali untuk menegaskan bahawa situasi berbeza
memerlukan daya tindak yang berbeza (tiada jawapan yang salah atau betul).
11. Fasilitator boleh menggunakan soalan yang disediakan seperti di bawah untuk
membantu meneroka isu berkaitan daya tindak.

Soalan:
a) Bilakah respon seperti “kerja lebih keras” menjadi perkara kurang sihat untuk dilakukan?
b) Bilakah respon seperti “buat tidak tahu sahaja” atau “berhibur” menjadi berguna?
c) Adakah menggunakan satu strategi sahaja sesuai dalam mengendalikan sesuatu situasi?
d) Ramai orang akan berasa kesunyian apabila tertekan – apa yang boleh dilakukan dalam
keadaan ini?

12. Fasilitator merumuskan bersama murid untuk mengenalpasti gaya daya tindak yang
sesuai untuk mengurus konflik atau tahap stress diri masing-masing.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 33
B. BAHAN
1. Kad daya tindak.
2. Pen marker.
3. Kertas tulis/kertas mahjong

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

AKTIVITI 2: RODA IMPIAN

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Kad - kad scenario (seperti dalam jadual di bawah) disusun membentuk satu bulatan.
3. Letakkan botol secara mendatar di tengah bulatan kad dan seorang wakil kumpulan masing-
masing akan dipilih untuk memusingkan botol tersebut.
4. Murid yang memusing botol akan membaca kad yang ditunjukkan oleh botol tersebut dan
akan berbincang dengan ahli kumpulan tentang apa yang akan dilakukan berdasarkan
senario pada kad tersebut.
5. Fasilitator memastikan peserta memahami keperluan untuk mendapatkan sokongan dan juga
menggalakkan murid untuk berfikir secara kritikal dalam menghadapi senario tersebut.
6. Fasilitator membuat rumusan mengenai pentingnya berkongsi perasaan dan mendapatkan
bantuan serta sokongan sebagai satu kaedah bagi menangani tekanan hidup.

Senario :

Kad 1: Kad 2:
Anda nampak seorang rakan dipenuhi Rakan anda mempunyai ibubapa yang meng-
lebam dan bengkak di badan. Dia selalu hidap penyakit mental. Ada masanya apabila
mendapat kecederaan seperti itu dan ibubapa rakan anda tidak sihat, rakan anda
selalunya ada sahaja alasan yang diberi- perlu mengambil alih tugas di rumah. Tiada
kan; contohnya jatuh basikal. Anda rasa siapa yang tahu mengenainya dan rakan anda
dia didera di rumah. juga tidak tahu bahawa anda tahu. Ibu anda
dapat tahu daripada jiran anda.

Kad 3: Kad 4:
Sejak perceraian ibubapa anda, kakak Seorang rakan didapati selalu ponteng sekolah
dan abang anda semakin malas dan mula dan kelihatan sedih.
merokok. Anda tidak pernah memberitahu
sesiapa berkaitan perceraian ibubapa
anda.
Kad 5: Kad 6:
Seorang rakan sekelas dipulaukan dan Situasi di sekolah amat menekan anda.
selalu diejek. Tiada rakan lain yang dilihat Setiap hari anda teringat situasi itu dan
bercakap dengannya. Guru tidak perasan mula merasa tidak selesa.
dengan keadaan ini kerana rakan lain tidak
berani mengejeknya di hadapan guru.

34 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Kad 7: Kad 8:
Seorang rakan sedang berdiet dan Rakan anda dilihat selalu menelan pil di seko-
kelihatan sangat kurus dan jarang makan. lah dan kadangkala dilihat meminta ubat dari
Dia rasa dia gemuk dan suka memakai rakan lain.
baju yang lebih besar dari saiz
sebenarnya.
Kad 9: Kad 10:
Seorang rakan sekelas sudah mula mero- Rakan sekolah yang bukan sahabat anda
kok setiap hari sebelum masuk ke kelas. dan tidak berkawan dengan orang lain
Murid lain yang selalu merokok bersaman- juga dilihat berkelakuan pelik. Murid lain
ya hanya merokok pada hari cuti. Rakan mentertawakan dan mengejeknya tetapi
lain berjenaka mengenai kelakuannya. perasaan anda mengatakan rakan itu tidak
Rakan ini kelihatan seperti bermasalah. melakukannya dengan sengaja.
Kad 11: Kad 12:
Kawan dalam keadaan tidak berdaya dan Kawan anda rasa bahawa dia lebih baik
bercakap untuk berhenti sekolah. melarikan diri dari rumah. Kawan anda itu
kerap bermalam di rumah anda kebelakangan
ini.

B. BAHAN
1. Botol atau apa sahaja yang boleh berpusing.
2. Kad senario

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 35
SKOP 4: PENYALAHGUNAAN SUBSTANS/BAHAN

UNIT 1: Definisi dan Undang-Undang Penyalahgunaan Substans/Bahan


UNIT 2: Kesan Bahan Terhadap Tubuh Badan
UNIT 3: Faktor Risiko Dan Faktor Pelindung
UNIT 4: Sistem Sokong Bantu Untuk Remaja

UNIT 1: DEFINISI PENYALAHGUNAAN SUBSTANS/ BAHAN DAN IMPLIKASI UNDANG-


UNDANG

PENGENALAN :
Memberi penerangan tentang maksud substans/bahan, kategori, jenis dan penggunaannya serta
implikasi undang-undang.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Mengenalpasti dan mengenali bahan terlarang dari segi definisi dan kategori.
2. Mengetahui tindakan undang-undang yang akan dikenakan kepada individu yang menyalah
guna substans/bahan terlarang.

KANDUNGAN
1. Definisi: Penyalahgunaan substans/bahan berlaku apabila menggunakan substans/bahan
psikoaktif secara bahaya atau mudarat. Bahan psikoaktif ini termasuklah tembakau, alkohol
dan dadah berbahaya yang boleh menyebabkan sindrom kebergantungan iaitu perubahan
tingkahlaku, pemikiran serta perubahan fisiologi

a) Kategori substans/bahan
i. Tembakau
ii. Alkohol
iii. Inhalan
iv. Dadah terlarang (illicit drugs) :
• Narkotik / Opiat (Heroin, Morfin, Candu, Kodien)
• Perangsang / Stimulants (Methamfetamin contohnya syabu dan pil kuda, Ekstasi &
Kokain)
• Penekan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer)
• Hallusinogen [Lysergicaciddiethylamide (LSD), Phencyclidine (PCP), Meskalin,
Psilosibin]
• Kannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
• Lain-lain contohnya Ketum

b) Penyalahgunaan substans/bahan dan implikasi undang-undang


i. Sekiranya seseorang itu didapati mengambil dadah akan dikenakan tindakan di bawah
Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya (ADB). Kesalahan boleh dibuktikan menerusi ujian
kimia yang dijalankan ke atas air kencing atau sampel darah orang yang dituduh dan
disabitkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun.
ii. Sekiranya seseorang memiliki dadah, individu tersebut akan dikenakan tindakan di bawah
Seksyen 6 atau Seksyen 12(2) ADB bergantung pada jenis dadah. Hukuman kerana
memiliki dadah boleh berbeza-beza daripada denda ke penjara seumur hidup dan
sebatan; bergantung kepada berat dadah berkenaan.
iii. Kesalahan paling teruk di bawah ADB adalah mengedar dadah kerana ia boleh
membawa hukuman mati mandatori.

36 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: KERANAMU, AKU DERITA

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan memberikan satu taklimat mengenai penyalahgunaan bahan dan undang-
undang yang berkaitan.
2. Murid akan disoal mengenai pemahaman tentang taklimat dan penerangan yang telah di
berikan oleh fasilitator.
3. Fasilitator diminta membuat kuiz ringkas bersama dengan murid.
4. Di akhir sesi, fasilitator akan membuat rumusan dengan murid tentang apa yang diperolehi
melalui aktiviti yang telah disampaikan.

B. BAHAN
1. Projektor LCD
2. Slaid ceramah
3. Powerpoint, video
4. Soalan kuiz
5. Pameran
6. Media sosial
7. Pamplet
8. Kertas mahjong
9. Marker pen

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
1. Post-test
2. Kuiz

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 37
UNIT 2: KESAN BAHAN TERHADAP TUBUH BADAN

PENGENALAN :
Kesan penyalahgunaan bahan terhadap tubuh badan dalam tempoh jangka masa pendek,
sederhana dan panjang.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Menyenaraikan kesan-kesan penyalahgunaan substans/bahan kepada manusia

KANDUNGAN :
1. Jenis-jenis substans dan kemudaratannya
a) Tembakau
i. Tahukah anda terdapat lebih 4000 bahan kimia yang beracun dalam asap
rokok, diantaranya adalah seperti berikut :
• Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
• Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
• Napthylamine (ubat gegat)
• Arsenik (racun anai-anai)
• Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
• Kadmium (terdapat dalam bateri)
• DDT (Ubat nyamuk)
• Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
• Butane (gas yang boleh membunuh)
• Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
• Hydrogen cyanide (racun)
• Toluene (bahan pelarut)
• Carbon monoxida (gas beracun)

ii. Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
• Penyakit saluran pernafasan : lebih 10-20 kali ganda
• Barah paru-paru : lebih 10-15 kali ganda
• Barah payudara : lebih 11 kali ganda
• Barah hidung dan tekak : lebih 5-15 kali ganda
• Barah mulut : lebih 3-15 kali ganda
• Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
• Sakit Jantung : lebih 1.5-3 kali ganda
• Barah Buah Pinggang : lebih 1.5-3 kali ganda
• Ulser Perut : lebih 2 kali ganda
• Angin Ahmar : lebih 2-3 kali ganda

b) Alkohol
i. Kesan jangka pendek
• Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih
tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang
tidak lancar (slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak
sedarkan diri.

ii.Kesan jangka panjang


• Ketagihan
• Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi
setiap kali diminum bagi mencapai kesan yang sama (toleran), aktiviti hidup seseorang

38 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
berpusat pada alkohol dan sindrom tarikan (withdrawal syndrome). Sindrom tarikan akan
timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakan-
nya secara berterusan untuk tempoh yang lama. Antara tanda-tanda “withdrawal” adalah
ketar, keinginan yang kuat atau gian (craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah,
demam, gila (psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh mem-
bawa maut.

iii. Kesan pada sistem saraf


• Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan (amnesic
syndrome) dan kebas.

iv. Kesan-kesan pada sistem penghadaman


• Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser
• Penyakit ulser peptic (peptic ulcer)dan radang gaster (gastritis)
• Muntah darah
• Radangan kelenjar pankreas (pancreatitis)
• Kanser gaster
• Anemia
• Kekurangan zat makanan

v. Kesan pada sistem kardiovaskular


• Tekanan darah tinggi (hipertensi)
• Strok (angin ahmar)
• Kerosakan otot jantung (kardiomiopati)

vi. Kesan pada sistem reproduktif


• Mati pucuk (impoten)
• Kurang nafsu seks.

vii.Kesan psiko-sosial
• Cemburu buta (pathological jealousy)
• Murung (depression)
• Bunuh diri
• Perubahan personaliti
• Penderaan terhadap keluarga

c) Inhalan
i. Kesan penyalahgunaan inhalan
• Kesan serta-merta
• Kesan jangka pendek
• Kesan jangka panjang
• Psikologi
• Sosial

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 39
Kesan Serta Merta Kesan Jangka Pendek Kesan Jangka Panjang
Penyalahgunaan Inhalan Penyalahgunaan Penyalahgunaan Inhalan
Inhalan
• Euphoria • Pening • Organic Brain Damage
• Terangsang (Excitation) • Loya • Psychosis
• Bersin • Sakit kepala • Dementia
• Batuk • Keliru Lemah • Kerosakan kekal sistem saraf,
• Semput (Wheezing) otot badan- hati, otot, sumsum tulang & buah
• Berdebar-debar Hilang kawalan pinggang
• Loya, muntah, cirit-birit pergerakan • Hilang berat badan
• Halusinasi • Pertuturan tidak • Gangguan penglihatan
jelas • Hilang deria bau
• Pengsan • Kurang pendengaran
• Agresif
• Semut-semut (tin- Kesan Inhalan Kepada Otak Dan
gling) atau kebas Tubuh
pada hujung kaki & • Korteks serebral:
tangan Kerosakannya boleh menyebabkan
• Tiada Perasaan perubahan dalam personaliti,
(apathy) hilang daya ingatan, halusinasi
• Kesukaran berfikir dan masalah pembelajaran
Hilang kawalan diri • Serebelum:
# Kesan teruk Kerosakannya boleh menyebab
seperti kerosakan kan masalah pengimbangan dan
otak dan kematian pergerakan
mengejut boleh • Hipokampus:
berlaku semasa Kerosakannya boleh menyebabkan
penggunaan masalah daya ingatan
pertama. • Sistem penglihatan:
Kerosakan pada saraf periferi
boleh menyebabkan gangguan
penglihatan

Lain-Lain Kesan Inhalan


• Kerosakan saraf periferi - nitrous
oxide (semburan whipping cream)
dan hexame (gam dan minyak
gas)
• Hilang pendengaran – Toluene
• Gangguan penglihatan – Toluene
• Kerosakan paru-paru – semburan
cat
• Sesak nafas – nitrites and
methylene chloride (thinner)
Kesan Psikologi Kesan Sosial Sindrom Kematian Mengejut
Penyalahgunaan Inhalan Penyalahgunaan Penyalahgunaan Inhalan
Inhalan Sindrom

40 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Kesan Psikologi Kesan Sosial Penyalahgu- Sindrom Kematian Mengejut
Penyalahgunaan Inhalan naan Inhalan Penyalahgunaan Inhalan

• Perubahan emosi (men- • Ponteng sekolah • Sudden Sniffing Death


galami kekeliruan serta • Pencapaian akademik Syndrome (SSDS)
kemurungan) yang rendah disebabkan denyutan
• Pembimbangan (anxiety) • Perpecahan keluarga jantung yang tidak sekata
• Kesan psikoaktif dan men- • Antisosial (arrhythmia) :
gubah minda • Permasalahan undang- 1. Boleh terjadi pada
• Kesan khayal (high) undang penggunaan kali pertama
• Perasaan gembira melam- • Jenayah 2. Boleh disebabkan oleh
pau (euphoria) SEMUA jenis inhalan
• Hilang daya tumpuan • Kekurangan oksigen di
• Hilang daya ingatan paru-paru disebabkan
oleh kepekatan asap
menghalang penyerapan
oksigen.
• Lemas akibat udara
terhalang memasuki
paru-paru semasa proses
menghidu gam melalui beg
plastik.
• Tercekik akibat salur
pernafasan terhalang oleh
muntah.
• Kecederaan yang
mengakibatkan kematian,
contoh: kemalangan jalan
raya dan lemas dalam air.

d) Dadah terlarang (Illicit Drugs)


i.Kesan kepada penyalahguna dadah:
• Prestasi akademik merosot
• Terlibat dengan masalah disiplin dan jenayah
• Bersikap menyendiri, anti-sosial dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih,
pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan, kerap ponteng sekolah dan terlibat dengan
gejala vandalisme.
• Dari segi fizikal, menjadi kurus, tidak bertenaga, malas, dan kelihatan seperti berkhayal.
• Daya tahan badan menurun dan meningkatkan risiko dijangkiti pelbagai jenis penyakit
seperti Hepatitis B dan C, Tibi, dan HIV/AIDS.
• Tabiat pengambilan dadah secara berlebihan (overdose) boleh menyebabkan kematian
mengejut.
• Penggunaan dadah jenis sintetik seperti pil ekstasi dan syabu boleh menyebabkan
kecelaruan mental, menjadi gila serta bertindak ganas dan agresif (drug induce psychosis).
• Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan kecenderungan seseorang untuk
membunuh diri (suicidal ideation and thought).
• Menyebabkan dehidrasi, pitam, pengsan dan boleh membawa maut.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 41
ii. Kesan kepada keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
• Meningkatkan bebanan kewangan dan risiko keselamatan terhadap ahli keluarga.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• Berlaku keganasan rumahtangga.

iii. Kesan kepada masyarakat


• Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan
remaja dan belia dengan dadah.

iv. Kesan kepada negara


Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
• Kerugian tenaga dan modal insan kerana keterlibatan golongan remaja dan belia dalam
penyalahgunaan dadah
• Kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku
• Meningkatkan kos penyediaan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dan penguatkasaan
• Kehilangan/kerugian akibat pengurangan produktiviti dan daya pengeluaran ekonomi.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: SIHAT CERIA HEBAT

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator mengedarkan borang penilaian pra dan meminta murid menjawab sebelum
memulakan sesi taklimat
2. Fasilitator memulakan sesi bertanyakan soalan mengenai gaya hidup sihat dan dengan
menggunakan slides ceramah, fasilitator akan mendapatkan respons peserta agar sesi
dapat dijalankan secara komunikasi dua hala.
3. Selesai sesi ceramah, fasilitator akan meneruskan pula dengan sesi permainan interaktif
menggunakan Toolkit seperti di Gambarajah 1.
4. Permainan akan dijalankan dalam kumpulan dan peserta perlu menyelesaikan aktiviti
berdasarkan Toolkit dan soalan-soalan yang disediakan untuk setiap laluan Drug Maze

Gambarajah 1

42 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
SOALAN UNTUK SETIAP LALUAN

LALUAN 1 : Apakah yang anda tahu tentang rokok?

LALUAN 2 : Sebutkan jenis-jenis dadah?

LALUAN 3 : Kesan arak/ alkohol kepada kesihatan?

LALUAN 3A : Sebutkan ciri-ciri fizikal penagih dadah?

LALUAN 4 : Senaraikan ciri-ciri keluarga yang bahagia?

LALUAN 5 : Sebutkan dua komponen saraf pusat?

LALUAN 6 : Apakah ganja?

LALUAN 7 : Apakah kesan pengambilan dadah kepada ibu mengandung dan anak di
dalam kandungan?

LALUAN 8 : Bolehkah seseorang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila terlibat
dengan dadah?

LALUAN 9 : Sebutkan hukuman yang boleh dijatuhkan kepada mereka yang menggunakan
dadah.

LALUAN 10 : “Dadah Membunuh”…beri komen anda.

LALUAN 11 : Bagaimana ujian pengesanan dadah di dalam badan dijalankan?

B. BAHAN
1. LCD Projektor
2. Slide“Sihat Ceria Hebat”
3. Toolkit : Drug Maze (Batang Mop Dan Pen)

C. MASA
45 minit

D. PENILAIAN
1. Borang Penilaian Pra dan Pasca
2. Kuiz
3. Aktiviti

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 43
UNIT 3: FAKTOR RISIKO DAN FAKTOR PELINDUNG

PENGENALAN :
Faktor risiko merupakan faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan substans manakala
faktor pelindung berupaya untuk mencegah daripada terjebak kepada penyalahgunaan
substans.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Mengenalpasti faktor risiko dan faktor pelindung
2. Meningkatkan daya tahan (resilien) dengan menukarkan faktor risiko kepada faktor pelindung.

KANDUNGAN :
1. Faktor-faktor risiko terdiri daripada;
a) Kurang didikan agama.
Berlaku apabila seseorang yang kurang didikan dan penghayatan agama menyebabkan
mereka lebih mudah terpengaruh dengan tingkahlaku negatif seperti penyalahgunaan
substans.
b) Pengaruh rakan sebaya.
Para remaja lebih mudah dirpengaruhi oleh rakan-rakan sebayanya berbanding dengan
orang lain(dewasa) kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan
mereka.
c) Pengurusan emosi yang lemah.
Terlalu mengikut emosi seperti perasaan ingin mencuba dadah menyebabkan seseorang
itu sukar membuat pertimbangan yang tepat dalam membuat keputusan.Keadaan inilah
yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan.
d) Sikap dan persepsi yang salah mengenai dadah.
Anggapan bahawa mengambil dadah sebagai jalan keluar bagi menangani masalah yang
dihadapi adalah satu persepsi yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri.
e) Tingkahlaku negatif di sekolah.
Melibatkan diri dalam tingkahlaku negatif seperti ponteng sekolah, membuli, kegagalan
dalam akademik boleh menyumbang kepada penglibatan individu dalam penyalahgunaan
substans.

2. Faktor-faktor pelindung terdiri daripada;


a) Sahsiah diri
Pembentukan sahsiah diri yang sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan
manusia. Sahsiah diri dapat didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang
dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat.

b) Harga diri
Harga diri adalah pandangan individu terhadap dirinya sendiri. Sekiranya harga diri
mereka rendah, mereka akan mudah terlibat dengan kegiatan berisiko seperti terlibat
dengan penyalahgunaan bahan dan lain-lain.

c) Ikatan kekeluargaan
Ikatan kekeluargaan adalah hubungan antara ahli keluarga di dalam sesebuah keluarga.
Sekiranya ikatannya tidak kuat mereka akan mudah terlibat dengan kegiatan berisiko
seperti terlibat dengan penyalahgunaan bahan dan lain-lain.

44 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
d) Ketegasan diri
Tegas diri adalah sikap individu untuk menentukan apa yang terbaik untuk mereka seperti
dalam memilih kawan dan untuk tidak terpengaruh dengan rakan sebaya. Sekiranya tegas
diri mereka ialah tinggi, maka risiko untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko adalah
rendah.

e) Persekitaran sekolah yang supportif


Membina hubungan yang baik antara rakan-rakan dan guru-guru di sekolah dapat
menghindarkan diri mereka dari terjebak dengan penyalahgunaan substans. Penglibatan
dalam aktiviti ko-kurikulum dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan penyalahgunaan
substans.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: FAKTOR RISIKO DAN FAKTOR PELINDUNG

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pelatih dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta menamakan kumpulan
masing.
2. Fasilitator menyusun kedudukan setiap kumpulan bagi memastikan setiap kumpulan
berada di kedudukan yang khas tidak bercampur dengan kumpulan lain.
3. Fasilitator memberikan arahan aktiviti iaitu setiap kumpulan akan saling memberi dan
menerima serangan kumpulan lain dan mereka dikehendaki memberikan respon dengan
cepat.
4. Kaedahnya, setiap kumpulan yang menyerang dikehendaki menggunapakai skrip berikut:

(nama kumpulan) Boom, (nama kumpulan) Boom,


(nama kumpulan) Boom to (nama kumpulan lawan) Boom
(Risk Factor) Boom, (Risk Factor) Boom,
(Risk Factor) Boom to (nama kumpulan lawan) Boom”

5. Apabila sesuatu kumpulan menerima serangan Risk Factor, mereka dikehendaki


memberikan respon dengan pantas seperti berikut:

(Protective Factor) Boom, (Protective Factor) Boom,


(nama kumpulan) Boom to (nama kumpulan lawan) Boom
(Risk Factor) Boom, (Risk Factor) Boom,
(Risk Factor) Boom to (nama kumpulan lawan) Boom”

6. Kumpulan yang menerima serangan Risk Factor dikehendaki menjawab dengan pasangan
Risk Factor iaitu Protective Factor seperti berikut :

BIL RISK FACTOR PROTECTIVE FACTOR


1. Masalah keluarga Rakan
2. Bekalan dadah Bekalan dadah
3. Gansterisma Kawalan komuniti
4. Ponteng kelas Peranan sekolah

7. Kumpulan yang lambat respon kepada serangan Risk Factor dikira sebagai kalah.
Pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan terakhir yang berjaya kekal pantas melawan
serangan Risk Factor.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 45
8. Sekiranya masa mencukupi, ulangi aktiviti.

9. Fasilitator membuat perkongsian bersama peserta berkenaan Risk Factor dan Protective
Factor

10. Antara perkara yang perlu dibincangkan dalam kumpulan adalah seperti berikut:-
• Apakah risk factor anda?
• Apakah protective factor anda?
• Bagaimana anda menghadapi risk factor?

B. BAHAN
1. Kertas mahjong untuk mencatat markah
2. Marker Pen
3. Kertas A4 yang mengandungi senarai Risk Factor & Protective Factor

C. MASA
30 Minit

D. PENILAIAN
Borang Penilaian Pre dan Post

AKTIVITI 2: KITA HERO

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Aktiviti ini akan dilaksanakan secara main peranan (role-play) dalam kumpulan.
2. Fasilitator akan memberi penerangan seperti berikut :

Mungkin kita telah mendengarnya seribu kali - “Katakan Sahaja Tidak’. Bunyi nampak
senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu kepada ajakan
atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak anda untuk melakukan
sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya, mereka mungkin membuat anda
berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda tidak menurut ajakan
itu.

Bila tekanan makin kuat, anda akan mula tidak pasti apa yang anda mahu. Perlu anda ingat,
jika mereka menekan anda, sebenarnya merekalah yang bermasalah bukan anda..

Disenaraikan cadangan cara-cara untuk anda menyatakan tidak (Fasilitator akan meminta
peserta secara berpasangan membuat role play dengan cara membaca setiap pernyataan
di bawah) :

Penolakan bersopan
“Jom minum, barang baik ni?” (dikhuatiri ada bahan terlarang)
- Tak apalah, terima kasih.

Beri alasan
“Nak minum beer tak?”
- Saya tidak minum alkohol

Mengulangi jawapan
Nah try ni (bahan-bahan terlarang/ dadah)“
- Tak naklah bro…
Cubalah!

46 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
- Tak naklah…
Pengecutlah kau ni!
- Kan aku dah cakap tadi… Aku tak naklah!

Beri pilihan
“Jom ikut aku cuba barang ni”
- “Takpe la, saya nak tengok TV

Pulangkan tekanan
“Ala, kejap je jom la ikut aku try barang ni“
- Aku tidak mahu, lagi sekali kau ajak, aku balik?

Tunjukkan pendirian
“Kalau awak benar-benar cintakan saya, awak try barang ni...”
- Tak boleh… Benda ni haram tau…

Beredar
Dik, ada barang bagus… Nak tak?
“Takpelah bang, saya ada hal ni, nak cepat gerak. Terima kasih” (dan beredar dari situ)

Buat tak kisah


Dik, ada barang bagus… Nak tak?
(Teruskan perjalanan seolah-olah tidak mendengar)

Berpendirian teguh
“Kau join la aku, syok tau barang ni”
- Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan kita.

Menjauhi situasi
“Joinlah group aku ni, barulah havoc. Rokok/ barang aku belanja”
- Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi anda untuk
membuat perkara-perkara negatif, jauhi situasi sebegini.

3. Fasilitator akan meminta peserta melaksanakan role play dengan cara membaca dialog
di atas secara berpasangan dan berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh
fasilitator.

4. Sebelum menutup sesi, fasilitator perlu memberi ulasan aktiviti dan membuat rumusan
sesi yang telah dilaksanakan. merujuk kepada kesan yang diharapkan, iaitu:
• Dapat pengetahuan mengenai cara gaya untuk menyatakan tidak kepada perkara-
perkara negatif.
• Dapat mempertingkatkan kemahiran asertif untuk melindungi diri mereka dari
terpengaruh dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

B. BAHAN
Helaian Aktiviti – Skrip Kita Hero.

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Borang Penilaian Pre dan Post

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 47
UNIT 4: SISTEM SOKONG BANTU UNTUK REMAJA

PENGENALAN :
Memperkenalkan sistem sokong bantu yang sedia ada untuk remaja di mana remaja boleh
mendapatkan bantuan atau khidmat nasihat di pusat sokong bantu yang terdekat.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Meningkatkan pengetahuan mengenai sumber rujukan untuk mendapatkan sistem sokong
bantu.

KANDUNGAN :
1. Peringkat Sekolah:
a) Kaunselor/Guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa),
b) Guru Kelas,
c) Pembimbing Rakan Sebaya

2. Peringkat Komuniti:
a) Perkhidmatan Kesihatan Remaja:
Laman sesawang : http://fh.moh.gov.my

b) Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK)


Laman sesawang : http://fh.moh.gov.my

c) Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)


i. Laman sesawang : www.lppkn.gov.my
ii. FB : Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

d) Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) :


i. Rawatan dan pemulihan dalam komuniti di Cure&Care Service Centre (CCSC)
di seluruh negeri
ii.Rawatan dan pemulihan dalam institusi bagi remaja di Klinik Cure&Care (C&C) Kota
Baharu dan (C&C) Karangan

e) Pusat Promosi Kesihatan Komuniti :


Laman sesawang : Info Sihat

f) MyHealth
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia

g) KOSPEN
Laman sesawang : Info Sihat

h) KOMBES - Kompleks Belia dan Sukan


Kemudahan : Gim Rakyat, Trek, Astaka, Wall Climbing, Futsal dan lain-lain

i) Program Berhenti Merokok (mQuit)


Laman sesawang : JomQuit

j) kafe@teen :
Laman sesawang : LPPKN

k) Pusat Khidmat PROSTAR:


Laman sesawang : Info Sihat

48 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
SKOP 5: KESIHATAN SEKSUAL & REPRODUKTIF

UNIT 1 : ZOOM SEKSUALITI


UNIT 2 : TAKE CHARGE
UNIT 3 : ABSTINEN
UNIT 4 : PEKA AMARAN
UNIT 5 : BERANI BERKATA TIDAK
UNIT 6 : BAHAYA HIV/STD
UNIT 7 : SAYA BELUM BERSEDIA

UNIT 1: ZOOM SEKSUALITI

PENGENALAN :
Unit ini berfokuskan kepada definisi dan elemen seksualiti, faktor yang mempengaruhi seksualiti
serta nilai, hak dan tanggungjawab yang berkaitan.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Memahami definisi dan elemen seksualiti, faktor yang mempengaruhi seksualiti dan peranan
jati diri dalam membentuk seksualiti.
2. Memahami nilai, hak dan tanggungjawab dalam membentuk seksualiti yang sihat.

KANDUNGAN :
1. Definisi Seksualiti
a) Seksualiti meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan hubungan
seksual seorang wanita atau lelaki.
b) Aspek yang normal dalam proses perkembangan setiap remaja.
c) Proses sepanjang hayat bermula dari awal kelahiran hingga akhir hayat.
d) Seksualiti bukan sekadar seks, ia meliputi emosi, pemikiran dan tingkahlaku seseorang,
identiti seksual dan orientasi seksual.
e) Ia juga berkaitan dengan peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih
sayang dan keintiman kepada individu yang dipilih.

2. Elemen Seksualiti

a) Gender
Gender merupakan peranan, perlakuan, persepsi, aktiviti, dan kerja oleh lelaki dan perem-
puan yang ditentukan oleh masyarakat dari masa ke semasa. Contohnya wanita adalah
lemah lembut, lelaki lebih kuat dan bertenaga.

b) Orientasi seksual.
Tarikan seksual seseorang terhadap sesuatu jantina samada kepada jantina yang sama,
berlawanan atau kedua-dua jantina. Orientasi seksual seseorang selalunya adalah
semulajadi dan kekal.
i. Heteroseksual
• Tarikan seksual hanya kepada jantina yang berlawanan (normal).
ii. Homoseksual (Gay / Lesbian)
• Tarikan seksual hanya kepada jantina yang sama. Contoh seorang lelaki hanya tertarik
secara seksual kepada lelaki sahaja dan sebaliknya.
• Perlakuan seksual dengan jantina yang sama. Ianya boleh bersifat
sementara disebabkan oleh mereka tinggal dalam kalangan jantina yang sama sahaja.
Contohnya tinggal di asrama lelaki saja atau asrama perempuan. Namun tingkah laku

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 49
homoseksual tidak semestinya bermakna mereka adalah homoseksual.

iii. Biseksual
• Tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.

iv. Asexual
• Seseorang yang tidak berminat dengan hubungan seks atau tiada keinginan untuk
melakukan aktiviti seksual sama ada ketika dalam perhubungan atau tidak.

c) Komunikasi
Cara berkomunikasi antara dua individu yang sama atau berlainan jantina komunikasi
verbal dan non verbal. Komunikasi verbal melibatkan suara manakala komunikasi
non verbal melibatkan bahasa badan (body language).

d) Perhubungan Intim
Perhubungan yang melibatkan emosi dan tidak melibatkan sentuhan fizikal/seksual.

e) Pehubungan seksual
Perhubungan yang melibatkan sentuhan fizikal/seksual.

f) Tingkahlaku seksual
Amalan dan tindakan seksual seseorang dalam kehidupan. Contohnya, onani, cybersex,
dating, phonesex, pornografi,hubungan seks, sexting,dll.

g) Identiti seksual
Tanggapan mengenai jantina diri sendiri. Seorang perempuan mempunyai tanggapan
bahawa dirinya adalah seorang perempuan dan begitu juga bagi lelaki. Seorang
perempuan bole h juga mempunyai tanggapan bahawa dirinya adalah seorang lelaki
dan begitu juga bagi lelaki.

i Transvestit
• Memakai pakaian yang biasa dipakai oleh jantina berlawanan untuk mencapai
kepuasan seks.
• Mendapat kepuasan seksual dan berasa sangat seronok apabila berpakaian atau
berlagak seperti jantina berlawanan.
• Boleh terdiri dari kalangan heteroseksual.
• Menyembunyikan (menyorokkan) keadaan transvestit.

ii. Transeksual (Mak Nyah / Tomboy@Pengkid)


• Merasa terperangkap di dalam badan yang salah jantina. Contoh, seorang lelaki
berasa dirinya yang sebenar adalah seorang perempuan dan sebaliknya.
• Merasakan diri terperangkap dalam jantina yang salah.
• Ingin menukar jantina.
• Berperangai dan berpakaian seperti jantina yang diinginkan.

50 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
iii. Khunsa / Intersex / hermaphrodite
• Seseorang individu yang mempunyai kedua-dua organ kelamin lelaki dan
perempuan. Identiti seksual mereka adalah mengikut didikan keluarga atau
kecenderungan individu

3. Faktor Yang Mempengaruhi Seksualiti


a) Dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan-rakan, media, agama,
budaya, persekitaran dan undang-undang.
b) Jati diri dan nilai murni amat penting dalam membentuk seksualiti dan keperibadian
remaja.

4. Perubahan Fizikal
Melibatkan perubahan biologi jantina (seperti pembesaran buah dada, pembesaran /
perkembangan zakar, pinggul melebar, pertumbuhan bulu dll).

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : PIZZA SEKSUALITI

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator hendaklah memaklumkan kepada semua murid bahawa sesi perbincangan ini
diadakan secara terbuka, semua murid bebas untuk bersuara tetapi menghormati
pendapat orang lain tanpa memberi sebarang tanggapan negatif (judgemental).
2. Fasilitator menerangkan definisi seksualiti kepada murid.
3. Fasilitator meminta murid merujuk kepada helaian 1 (senarai elemen seksualiti dan
menerangkannya kepada murid).
4. Seterusnya, fasilitator melukis bulatan pizza di atas papan carta atau kertas mahjong dan
bahagikan kepada 8 bahagian. (rujuk helaian 2)
5. Fasilitator meminta murid mengenalpasti satu elemen seksualiti dan menulis elemen
tersebut dalam salah satu bahagian pizza tersebut.
6. Fasilitator mendapat maklumbalas murid tentang definisi setiap elemen. Minta seorang
murid untuk mencatit setiap elemen tersebut.
7. Fasilitator merumuskan definisi setiap elemen. (rujuk helaian 1)
8. Fasilitator juga perlu meminta maklumbalas daripada murid tentang contoh-contoh lain
elemen seksualiti. Fasilitator juga menerangkan elemen seksualiti juga merangkumi
jantina, reproduksi (kebolehan melahirkan zuriat), luahan cinta dan kasih sayang.
9. Fasilitator meminta merujuk kepada helaian 3 (senarai faktor yang mempengaruhi aspek
seksualiti)
10. Fasilitator melukis bahagian kerak pizza (crust) seterusnya menerangkan faktor-faktor
yang mempengaruhi seksualiti seperti nilai budaya, agama, pendidikan, persekitaran,
kepercayaan, media dan lain-lain.
11. Fasilitator meminta maklumbalas murid untuk menambah faktor lain yang mempengaruhi
seksualiti seperti undang-undang, masyarakat, ibu-bapa, keluarga, rakan, saudara mara,
fesyen, muzik dan emosi.
12. Fasilitator melukis bulatan kecil dengan akronim JD (jati diri) di atas pizza. Fasilitator
menerangkan bahawa jati diri ialah nilai-nilai murni yang mesti ada dalam diri seseorang
remaja bagi mengelak dari terjebak perlakuan seksual yang negatif. Ia berperanan untuk
memantapkan seksualiti seseorang ke arah keperibadian cemerlang dan seterusnya
menandakan di atas bulatan kecil jati diri yang mempengaruhi nilai, sikap dan aspek
seksualiti yang lain. (rujuk helaian 4)

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 51
13. Pada penghujung sesi, fasilitator menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi
sebarang isu / masalah, mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai /
orang yang mereka percayai seperti:
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO ; Befrienders, Rumah Solehah
g) Talian Kasih 15999

14. Fasilitator juga perlu mewarwarkan kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga (rujuk Direktori)
15. Di akhir sesi, fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-
sama dengan nada yang kuat. (rujuk helaian 5)

B. BAHAN
1. Pen marker (pelbagai warna), papan carta
2. Helaian 1 : Senarai elemen seksualiti
3. Helaian 2 : Gambarajah pizza
4. Helaian 3 : Senarai faktor yang mempengaruhi aspek seksualiti
5. Helaian 4 : Contoh jati diri
6. Helaian 5 : Mesej penting

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal jawab

52 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 1

SENARAI ELEMEN SEKSUALITI

• Gender
• Orientasi seksual
• Komunikasi
• Perhubungan intim
• Perhubungan seksual
• Tingkahlaku seksual
• Perubahan fizikal
• Identiti seksual
• dan lain-lain.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 53
Helaian 2

KERAK PIZZA

PEPPERONI

SEGMEN PIZZA

54 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 3

SENARAI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASPEK SEKSUALITI

• Keluarga
• Nilai budaya
• Agama / kepercayaan
• Pendidikan
• Persekitaran
• Media
• dan lain-lain (contoh : rakan sebaya).

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 55
Helaian 4

CONTOH JATI DIRI

• Jujur
• Ikhlas
• Berdisiplin
• Berhemah
• Timbang rasa
• Belas kasihan
• dan lain-lain.

56 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 5

MESEJ PENTING

MANTAPKAN JATI DIRI ANDA KE


ARAH SEKSUALITI YANG POSITIF

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama
dengan nada yang kuat.

UNIT 2 : TAKE CHARGE

PENGENALAN :
Unit ini berfokuskan tentang tingkahlaku seksual yang mempunyai kesan dan akibat tersendiri
kepada diri sendiri keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Menyedari dan memahami akan nilai dan tangungjawab seksual dalam kehidupan seharian

KANDUNGAN :
1. Senarai pernyataan dalam kad imbasan :
a) Dating
b) Onani / melancap
c) Hubungan seks sebelum kahwin / Zina
d) Seks rambang
e) Seks berbilang pasangan
f) Hubungan homoseksual
g) Seks dengan pasangan dibawah umur 16 tahun
h) Pornografi
i) Siber seks
j) Transeksual
k) Phone sex

2. 6 prinsip tangungjawab seksual :


a) Mempunyai tangungjawab terhadap diri sendiri, keluarga , agama, budaya dan masyarakat.
b) Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan tepat.Melindungi diri dan
pasangan daripada penderaan emosi, mental fizikal dan seksual menghormati tubuh
badan sendiri dari segi cara pemakaian dan penampilan. Tidak menunjuk kuasa atau
mengawal perhubungan.
c) Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat keputusan mengenai
aktiviti seksual. Menghormati hak dan keselamatan pasangan anda.
d) Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling menghormati. Berkomunikasi
dengan terang dan jujur. Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.
e) Mendapatkan bantuan dari ibubapa, guru atau pihak yang menyediakan perkhidmatan
sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan seksualiti.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 57
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : TAKE CHARGE

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator menerangkan satu persatu dan membincangkan isu berkenaan dengan murid.
Perbincangan hendaklah berfokus kepada kesan dan tanggungjawab.
2. Fasilitator diingatkan supaya tidak memasukkan unsur nilai diri sendiri semasa perbincangan
dibuat.
3. Fasilitator meminta murid merujuk 6 prinsip tangungjawab seksual.
4. Di akhir sesi, fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-
sama dengan nada yang kuat. (rujuk helaian 7)

B. BAHAN
1. Kad Imbasan (rujuk Helaian 1)
2. Helaian 2 : Mesej Penting

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab


58 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 1

Kad Imbasan Take Charge

1. Dating

a) Saling menghormati pasangan.


b) Sentiasa berpegang kepada batasan.
c) Tidak digalakkan kerana boleh mengundang seks yang tidak dirancang.
d) Tidak terlalu lama.
e) Tidak melakukan perkara yang merangsang syahwat semasa dating.
f) Elakkan Blind Date – dating kali pertama dengan pasangan yang tidak pernah berjumpa
sebelumnya.

2. Onani / melancap
a) Sebahagian daripada proses perkembangan seksual remaja.
b) Jangan terlalu kerap melakukannya kerana risiko ketagihan.
c) Hendaklah peka kepada pandangan agama dan budaya.

3. Seks Rambang / Hubungan seks sebelum kahwin / zina


a) Risiko penyakit jangkitan seksual termasuk HIV / AIDS.
b) Risiko kehamilan yang tidak dirancang dan tidak diingini.
c) Kesan emosi / psikologi kepada diri sendiri, pasangan dan keluarga.

4. Seks Rambang
Mempunyai pasangan seks melebihi seorang pada satu-satu masa tanpa mempunyai
hubungan emosi
a) Risiko penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS.
b) Risiko kehamilan yang tidak dirancang dan tidak diingini.
c) Kesan emosi / psikologi kepada diri sendiri, pasangan dan keluarga.

5. Seks Berbilang Pasangan


Mempunyai sejarah ramai pasangan seks dan mempunyai hubungan emosi yang intim
dengan setiap pasangan.
a) Risiko penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS.
b) Risiko kehamilan yang tidak dirancang dan tidak diingini.
c) Kesan emosi / psikologi kepada diri sendiri, pasangan dan keluarga.

6. Hubungan Homoseksual
Tarikan seksual hanya kepada jantina yang sama
a) Hubungan seks luar tabii.
b) Penyakit jangkitan seksual termasuk HIV/AIDS.
c) Kesan emosi / psikologi kepada diri sendiri, pasangan dan keluarga.
d) Pasangan seksual mungkin menghidap penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS
tanpa sebarang tanda.

7. Hubungan Seks Dengan Pasangan Di Bawah Umur 16 Tahun


a) Salah di sisi undang-undang, sama ada dengan izin atau tanpa izin pasangan.
b) Boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara.
c) Perbuatan ini ditakrifkan sebagai statutory rape / rogol.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 59
8. Pornografi
a) Salah di sisi undang-undang, budaya dan agama.
b) Boleh menyebabkan ketagihan sehingga mengganggu aktiviti seharian.
c) Merakam gambar bogel sendiri juga boleh membawa risiko penyebaran tanpa izin.

9. Siber Seks
Aktiviti seks berdasarkan bahan atau komunikasi internet tanpa sentuhan fizikal
a) Waspada terhadap ketagihan.
b) Terdedah kepada risiko jenayah seksual.
c) Terdedah juga kepada pemalsuan identiti.
d) Salah di sisi budaya dan agama.

10. Transeksual
Merasa diri terperangkap dalam jantina yang salah serta ingin menukar jantina dan
berperangai / berpakaian seperti jantina yang diinginkan
a) Konflik di dalam diri sendiri.
b) Perlukan kaunseling untuk meneroka perasaan sendiri.
c) Isu penerimaan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
d) Lelaki dipanggil maknyah, perempuan digelar pengkid.

11. Phone Sex


Aktiviti seks berdasarkan komunikasi langsung melalui telefon tanpa sentuhan fizikal
yang biasanya diakhiri dengan onani
a) Dilakukan secara visual melalui teknologi 4G.
b) Merakam aksi sendiri dalam keadaan mengaibkan boleh mendatangkan risiko disebarkan
tanpa izin.
c) Berwaspada terhadap ketagihan.

60 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 2

MESEJ PENTING

ANDA PERLU BERTANGGUNGJAWAB


DALAM SEBARANG TINGKAH LAKU
SEKSUAL YANG DIPILIH

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama
dengan nada yang kuat.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 61
UNIT 3 : ABSTINEN

PENGENALAN :
Unit ini memberi fokus kepada kebaikan abstinen bagi mengelakkan murid daripada melakukan
hubungan seksual sebelum berkahwin. Elemen komunikasi berkesan mengenai abstinen akan
dibincangkan dalam sesi ini melalui aktiviti main peranan.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Mempelajari cara efektif untuk tidak melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin.
2. Memahami definisi abstinen, faktor abstinen dan kepentingan abstinen.
3. Mempelajari teknik-teknik abstinen.

KANDUNGAN :
1. Abstinen adalah tidak melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.
2. Abstinen adalah cara berkesan untuk mengelakkan jangkitan kelamin termasuk HIV dan
risiko kehamilan.
3. Abstinen juga merupakan keupayaan untuk menyatakan TIDAK kepada aktiviti seksual.
4. Abstinen juga merupakan teknik untuk menghalang berlakunya aktiviti seksual.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1: ROLE PLAY

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator membuka sesi dengan bertanyakan soalan provokasi “Adakah Seks Sebelum
Berkahwin Bukti Cinta Sejati” atau “Berikut adalah fakta betul dua insan yang bercinta 1.
Boleh bercumbuan dengan pasangan 2. Boleh hubungan seksual”. Fasilitator menerangkan
kedua-dua penyataan ini adalah SALAH.
2. Fasilitator menjelaskan mengenai 3 elemen yang menjadi asas kepada perhubungan yang
berjaya. (rujuk helaian 1)
3. Fasilitator mengedarkan helaian 2 kepada murid dan meminta murid untuk melakonkan watak
dalam skrip tersebut.
4. Fasilitator menerangkan tentang elemen asas sama ada ayat itu berbentuk komunikasi yang
kuat, pembinaan hubungan atau perancangan yang terdapat dalam skrip yang dilakonkan
murid.
5. Fasilitator dan murid berbincang tentang kesan dan faktor yang bakal berlaku sekiranya
terlibat dengan aktivit i seksual. Perbincangan juga tidak terbatas kepada perkara yang
betul / salah.
6. Murid perlu faham bahawa perhubungan yang positif boleh terjalin jika sikap tegas diri dan
pertuturan yang baik diamalkan
7. Murid diminta menyenaraikan kesan yang dibincangkan tadi di papan putih dan fasilitator
akan diminta menambah perkara yang tidak disenaraikan.
8. Fasilitato r mengedarkan helaian 3 dan meminta murid memikirkan kebaikan jika tidak
melakukan seks sebelum berkahwin, mengapa sukar menahan diri dari melakukan
hubungan seks sebelum berkahwin dan adakah melakukan hubungan seks sebelum
kahwin merupakan bukti cinta sejati.
9. Minta beberapa murid untuk membaca jawapan mereka.
10. Pada penghujung sesi, fasilitator menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi
sebarang isu / masalah, mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai /
orang yang mereka percayai seperti:
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru

62 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO
g) Talian Kasih 15999

11. Fasilitator juga perlu mewarwarkan kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga. (rujuk Direktori)

12. Akhir sekali, fasilitator membuat rumusan secara keseluruhan dan perlu menegaskan ba-
hawa abstinen merupakan pilihan yang terbaik untuk menjalani kehidupan remaja yang sihat
dan berkualiti.

13.Fasilitator dan murid membaca mesej di Helaian 4 bersama-sama.

B. BAHAN
1. Helaian 1 : 3 Elemen Asas Perhubungan Romantik Yang Berjaya
2. Helaian 2 : Norman dan Sarah
3. Rujukan Fasilitator : Norman dan Sarah
4. Helaian 3 : Makna Abstinen Kepada Saya
5. Helaian 4 : Mesej Penting

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 63
Helaian 1

3 ELEMEN ASAS KEPADA PERHUBUNGAN ROMANTIK YANG BERJAYA

Komunikasi :
Bersikap jujur dan meluahkan perasaan anda tanpa keraguan.
1. Jangan ragu-ragu mengatakan tidak kepada pasangan.
2. Menggunakan teknik penolakan (bahasa lisan dan bukan lisan).

Menjalin Perhubungan :
Cara bercakap dan bertingkahlaku untuk mengekalkan perhubungan yang sihat.
1. Menjaga batas dalam pergaulan.
2. Cara berkomunikasi yang tidak menggoda/bersesuaian.
3. Berpakaian yang sopan/ tidak berdandan berlebihan.

Perancangan :
Sikap dan amalan ke arah masa depan yang sihat dan bahagia.
1. Fikir masa hadapan, fokus kepada pelajaran dan kerjaya sebelum menjalin hubungan serius
dan berkahwin.

64 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 2

NORMAN & SARAH

Arahan:
Tulis dan gariskan pernyataan;

K - Komunikasi yang asertif / tegas


PH - Pembinaan Hubungan
P - Perancangan

Sarah : Jangan Norman ! Jangan !


Norman : Kenapa ni ?
Sarah : Saya belum bersedia untuk melakukannya.
Norman : Bukankah awak cintakan saya ?
Sarah : Ya, tapi ini bukan bermaksud yang kita boleh melakukannya. Saya
takut mengandung dan mungkin akan dapat HIV.
Norman : Percayalah…tak ada apa yang akan berlaku, Sarah.
Sarah : Tak naklah..nanti kalau saya mengandung,awak tentu akan tinggalkan
saya.
Norman : Saya cintakan awak Sarah. Saya janji kalau awak mengandung, saya
akan bertanggungjawab dan kita boleh jaga anak bersama. Mesti anak
kita comel macam awak kan. Kita boleh namakan dia “NORSARA”.
Tentu best !
Sarah : (Ketawa) Jangan mengarut Norman. Saya serius ni.
Saya belum bersedia untuk menjadi seorang ibu sekarang ni.
Saya kan masih belajar lagi. Lagipun kita belum berkahwin lagi
Norman : Tolong Sarah, jangan risau, saya jamin awak takkan mengandung.
Sarah : Saya tak percaya.
Norman : Apa maksud awak ? Linda pun pernah melakukannya, tapi tak
mengandung pun.
Sarah : Saya tak sanggup menggadaikan masa depan saya walaupun Linda
selamat. Mungkin nasib saya tak sebaik dia.
Norman : Oklah, saya hormati keputusan awak.
Penutup : Sarah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, manakala Norman
mendapat pekerjaan yang baik selepas tamat belajar.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 65
Rujukan Fasilitator

NORMAN & SARAH

Arahan:

Tulis dan gariskan pernyataan;

K - Komunikasi yang asertif / tegas diri


PH - Pembinaan Hubungan
P - Perancangan

Sarah : Jangan Norman ! Jangan ! (K)


Norman : Kenapa ni ?
Sarah : Saya belum bersedia untuk melakukannya.(P)
Norman : Bukankah awak cintakan saya ?
Sarah : Ya, tapi ini bukan bermaksud yang kita boleh melakukannya. (K)
Saya takut mengandung dan mungkin akan dapat HIV.(P)
Norman : Percayalah…tak ada apa yang akan berlaku, Sarah.
Sarah : Tak naklah..nanti kalau saya mengandung,awak tentu akan tinggalkan
saya. (P)
Norman : Saya cintakan awak Sarah. Saya janji kalau awak mengandung, saya
akan bertanggungjawab (PH) dan kita boleh jaga anak bersama. (P)
Mesti anak kita comel macam awak kan. Kita boleh namakan dia “NORSARA”.
Tentu best !
Sarah : (Ketawa) Jangan mengarut Norman. Saya serius ni. Saya belum
bersedia untuk menjadi seorang ibu sekarang ni. (P) Saya kan masih
belajar lagi. Lagipun kita belum berkahwin lagi K)
Norman : Tolong Sarah, jangan risau, saya jamin awak takkan mengandung.(K)
Sarah : Saya tak percaya.
Norman : Apa maksud awak ? Linda pun pernah melakukannya, tapi tak
mengandung pun.
Sarah : Saya tak sanggup menggadaikan masa depan saya (P) walaupun Linda
selamat. Mungkin nasib saya tak sebaik dia.
Norman : Oklah, saya hormati keputusan awak. (PH)
Penutup : Sarah dapat melanjutkan pelajaran ke luar Negara, manakala Norman
mendapat pekerjaan yang baik selepas tamat belajar.

66 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 3

MAKNA ABSTINEN KEPADA SAYA

1. Kebaikan Jika Saya Tidak Melakukan Seks Sebelum Berkahwin


a.
b.
c.
d.

2. Mengapakah sukar untuk menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum
berkahwin ?
a.
b.
c.
d.

3. Bagaimana cara untuk menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum
berkahwin ?
a.
b.
c.
d.

4. Adakah melakukan seks sebelum berkahwin bukti “cinta sejati” ?


Ya ( ) Tidak ( )

Alasan:

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 67
Helaian 4

MESEJ PENTING
ABSTINEN ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK DALAM
MENGELAKKAN KEHAMILAN DAN PENYAKIT
JANGKITAN SEKSUAL

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama
dengan nada yang kuat.

68 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
UNIT 4 : PEKA AMARAN

PENGENALAN :
Unit ini berfokuskan mengenai Amaran Kuning dan Amaran Merah yang memberi
isyarat bahawa hubungan seks yang tidak diingini mungkin akan berlaku.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Memahami maksud Amaran Kuning dan Amaran Merah.
2. Mempelajari kemahiran untuk mengenal pasti Amaran Kuning dan Amaran Merah
dan menangani situasi berisiko tinggi dengan berkesan.
3. Meningkatkan kesedaran mengenai Amaran Kuning dan Amaran Merah yang
memberi amaran bahawa hubungan seks yang tidak dingini mungkin akan berlaku.

KANDUNGAN :

1. Petanda Amaran Kuning


a) Isyarat hubungan seks mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Remaja yang
telah mempunyai seorang teman istimewa perlu berhati-hati dan menyediakan diri
untuk mengelak kehamilan dan penyakit jangkitan seksual.
b) Berlaku apabila :
i. Anda merasakan teman anda juga sedang berfikir tentang seks.
ii. Anda mungkin berpeluang untuk melakukan hubungan seks jika anda berdua-duaan.
iii. Anda dicabar oleh rakan-rakan untuk mengadakan hubungan seks.
iv. Anda bercadang berdua-duaan bersama teman istimewa di tempat sunyi.
v. Anda merancang membawa teman istimewa anda ke tempat sunyi.
c) Anda perlu menyedari Petanda Amaran kuning berlaku sebelum anda berjumpa dengan
teman anda. Contohnya, anda mempunyai niat untuk bertutur atau berkelakuan
menggoda semasa anda mahu berdua-duaan dengan teman anda.

2. Petanda Amaran Merah


a) Menunjukkan bahawa pasangan telah berjumpa di mana hubungan seks dengan teman
istimewa akan berlaku pada bila-bila masa. Maka anda perlu bertindak segera untuk
mengelaknya.
b) Petanda :
i. Anda berdua-duaan di tempat yang sunyi.
ii. Anda semakin intim dan bersentuhan.
iii. Anda menonton bahan pornografi bersama.
iv. Anda dan teman mengambil alkohol atau dadah.
v. Teman anda memujuk untuk melakukan hubungan seks.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 69
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : ISYARAT WASPADA

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan memberikan Helaian 1 dan Helaian 2 kepada semua murid.
2. Murid diminta berbincang dua situasi Amaran Kuning dan 2 pelan tindakan untuk Amaran
Kuning serta 2 situasi Amaran Merah dan 2 tindakan untuk Amaran Merah.
3. Fasilitator akan meminta wakil setiap kumpulan untuk membentang hasil perbincangan.
4. Fasilitator akan mengulas dan merumus aktiviti ini.
5. Pada penghujung sesi, fasilitator menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi
sebarang isu / masalah, mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai /
orang yang mereka percayai seperti:
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO
g) Talian Kasih 15999.
6. Fasilitator juga perlu mewarwarkan kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga (rujuk Direktori).
7. Fasilitator dan murid membaca mesej di Helaian 2 bersama-sama.

B. BAHAN
1. Helaian 1 : Contoh Pelan Tindakan Alternatif Menangani Situasi Berisiko
2. Helaian 2 : Menangani Risiko Tinggi
3. Helaian 3 : Mesej Penting

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

70 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 1

CONTOH SITUASI DAN PELAN TINDAKAN DALAM MENANGANI SITUASI BERISIKO


TINGGI

Situasi: Teman istimewa anda mengajak untuk berdua-duaan


di tempat yang sunyi.
Amaran Kuning Pelan Tindakan: Mengatakan bahawa anda bersetuju berjumpa
dengannya di tempat yang terbuka dengan membawa rakan atau ahli
keluarga.
Situasi: Teman istimewa anda memujuk untuk melakukan hubungan
Amaran Merah seks sebagai bukti cinta.
Pelan Tindakan: Anda bertindak tegas dengan mengatakan TIDAK
dan mengatakan bahawa hanya melakukannya setelah berkahwin.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 71
Helaian 2

LATIHAN : MENANGANI SITUASI BERISIKO TINGGI

ARAHAN : Tuliskan satu Amaran Kuning. kemudian gambarkan 1 pelan untuk mencegah atau
menangani situasi tersebut. Lakukan perkara yang sama untuk Amaran Merah.

Amaran Kuning Situasi:

Pelan Tindakan:

Amaran Merah Situasi:

Pelan Tindakan:

72 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 3

MESEJ PENTING
DALAM SESUATU HUBUNGAN, IA BOLEH MENJURUS KEPADA
HUBUNGAN SEKS. OLEH ITU, REMAJA PERLU MENGENAL PAS-
TI AMARAN BAGI MENGHINDARI HUBUNGAN SEKS YANG TIDAK
DIINGINI DAN TIDAK DIRANCANG.

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama
dengan nada yang kuat.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 73
UNIT 5 : BERANI BERKATA TIDAK

PENGENALAN :
Unit ini berfokuskan kepada Teknik Penolakan dengan menggunakan kemahiran komunikasi se-
cara lisan dan bukan lisan. Murid didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran sosial meng-
gunakan 6 teknik penolakan yang efektif.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:
1. Murid akan dapat meningkatkan kemahiran dalam teknik penolakan.
2. Murid akan mempelajari cara menangani situasi berisiko.
3. Murid akan memahami teknik berkomunikasi dengan betul.

KANDUNGAN :
1. 6 teknik penolakan yang efektif :
a) Katakan “Tidak!”
b) Ulangi penolakan
c) Cadangkan alternatif
d) Gunakan bahasa isyarat badan “Tidak!”
e) Membina perhubungan (jika sesuai)
f) Teknik Thought Stoping.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1: ROLE PLAY

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator memberi penekanan kepada teknik penolakan secara lisan dan bukan lisan melalui
Helaian 1:
a) Komunikasi Secara Lisan (Verbal)
(intonasi, nada suara dan volume)
i. Katakan “TIDAK”
ii. Kemahiran mengatakan TIDAK amat efektif dalam pengurusan kehidupan seharian
iii. Ulang kemahiran teknik penolakan
iv. Ulang berkali-kali dengan tegas
v. Berikan cadangan alternatif
vi. Mencadangkan aktiviti lain untuk mengelak ajakan tersebut
vii. Jujur dan berterus terang
viii. Berkomunikasi secara jujur dan ikhlas untuk meluahkan perasaan.
b) Komunikasi Bukan Lisan (Non-Verbal)
i. Gunakan bahasa badan untuk berkata TIDAK
ii. Kontak mata, posisi tubuh yang betul, mimik yang mencerminkan ketegasa
2. Fasilitator meminta murid merujuk kepada Helaian 1 : Kemahiran Teknik Penolakan
3. Fasilitator mengulas secara ringkas contoh-contoh bagi Teknik Penolakan dan meminta murid
menambah kenyataan dan melakonkan tindakan yang bersesuaian.
4. Seterusnya murid diminta membahagikan kepada 3-5 kumpulan di mana setiap kumpulan
terdiri daripada murid lelaki dan perempuan dan cuba untuk melakonkan situasi dalam
Helaian 2 (Macho Ke) dan Helaian 3 (Parti Remaja).
5. Murid lain diminta untuk menggunakan Helaian 4 (Senarai Semak Pemerhati) dan kenalpasti
tingkah laku yang menunjukkan kemahiran penolakan.
6. Murid diingatkan untuk tidak perlu menggunakan kesemua teknik berkenaan untuk menjadi
berkesan.
7. Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan besar.

74 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
8. Fasilitator merumuskan bahawa kemahiran teknik penolakan perlu disesuaikan dengan
situasi yang dihadapi.
9. Pada penghujung sesi, fasilitator menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi
sebarang isu / masalah, mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai /
orang yang mereka percayai seperti :
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO
g) Talian Kasih 15999.
10. Fasilitator juga p erlu mewarwarkan kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga.
(rujuk Direktori)
11. Fasilitator mengajar murid mengenai Teknik Stop Stopping.
(rujuk Helaian 5)
12. Di akhir sesi, Fasilitator dan murid akan membaca bersama-sama Helaian 6 (Mesej Penting).

B. BAHAN
1. Helaian 1 : Kemahiran Teknik Penolakan
2. Helaian 2 : Main Peranan 4 (Macho Ke?)
3. Helaian 3 : Main Peranan (Parti Remaja)
4. Helaian 4 : Senarai Semak Pemerhati : Kemahiran Teknik Penolakan
5. Helaian 5 : Teknik Thought Stopping
6. Helaian 6 : Mesej Penting.

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 75
Helaian 1

GAMBARAN KESELURUHAN KEMAHIRAN

KEMAHIRAN TEKNIK PENOLAKAN


Tujuan : Salah satu kaedah komunikasi efektif untuk mengatakan “TIDAK” kepada perkara yang
tidak diingini seperti mengambil risiko dalam perhubungan seks.

Tingkahlaku Tindakan Contoh


1. Katakan “Tidak” • Gunakan perkataan “Tidak, saya tak mahu
“TIDAK”. melakukannya”.Pandang
• Jangan ketawa, atau pandang terus kepadanya dengan
ke tempat lain, beri alasan atau wajah yang serius
penjelasan.
2. Ulangi penolakan • Gunakan teknik pengulangan- “Tidak, saya tak mahu
ulangi perkataan “TIDAK” melakukannya”.
• Ulang perkataan “TIDAK” “Tidak, saya tak mahu
dengan tegas. melakukannya”.
• Penyataan bagaimana “Tidak, saya tak mahu
mengenai situasi tersebut. melakukannya”.
• Tambahkan kesan dan akibat “Tidak, saya amat marah apa-
jika situasi tidak berubah. bila didesak”.
“Tidak, saya akan tinggalkan
anda jika terus mendesak”.

3. Cadangkan alternatif • Cadangkan aktiviti lain yang “Mari kita pergi menonton
realistik dan menarik. wayang, berjalan-jalan atau
• Cadangkan aktiviti lain untuk berjumpa kawan”.
mengelak dari situasi ini. Terus dapatkan maklumat
• Lakukan tindakan alternatif. mengenai cerita tersebut,
mula berjalan bersama atau
menghubungi rakan untuk
mengetahui sama ada
mereka berada di rumah.
4. Gunakan bahasa isyarat • Nada suara tegas Gunakan nada yang tegas.
badan “TIDAK !” • Ekspresi yang serius Raut wajah yang menggam-
• Kontak mata barkan “saya cakap betul-
• Postur badan betul ni”.
• Gaya badan yang menekankan Pandang terus ke pasangan.
maksud tertentu Berdiri tegak dengan yakin.
• Gerak badan seiring dengan Gunakan pergerakan tangan
nada suara dan lengan untuk menegas-
• Lawan kembali sebagai pilihan kan maksud.
terakhir Gunakan nada yang Kelihatan tegas apabila men-
tegas. gatakan “Tidak”.
Tolak pasangan jauh dari
anda.

76 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
5. Membina perhubungan • Komunikasi yang tegas dan Hentikan sekarang.
jika sesuai jujur
• Gunakan penyataan saya Saya rasa marah bila awak
• Menghormati dan memahami mendesak saya melakukan
keperluan dan kehendak orang sesuatu perkara yang saya
lain belum bersedia.
• Bercakap dan bertindak dengan
cara yang menunjukkan anda Saya faham kehendak awak
mahu meneruskan tapi kita belum berkahwin.
perhubungan.
Saya tidak mahu menga-
dakan hubungan seks,
tetapi saya masih mahu terus
berkawan dengan awak.

Saya menolak tak bermakna


saya tak cintakan awak.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 77
Helaian 2

ROLE PLAY (MACHO KE ?)

Raz sedang bersembang dengan rakan-rakannya selepas bermain bola sepak. Mereka mula
berbicara mengenai hubungan seks bersama pasangan masing-masing.Sam dan Tomy mengaku
telah melakukan hubungan seks dengan pasangan dan mencabar Raz untuk melakukan hubungan
seks juga sebagai tanda kelakian mereka.

Sam : Hei Raz..kau dah lama bercinta dengan Liza, takkan takada apa-apa lagi
kot.

Raz : Kami baik macam biasa je, ape maksud kau ?

Tomy : Apelah kau ni, takkan tak pernah buat hubungan seks kot.

Raz : Ala…. Aku belum bersedia lagi la…

Tomy : Kau ni tak macholah ! Takkan takde pape lagi, kau kena buktikan kejantanan
kau.

Raz : Eh ! Kau ni, hubungan seks tu bukan cara nak buktikan kejantanan seseorang.
Aku respek girlfriend aku la. Aku cadang nak lakukan seks selepas kahwin.

Sam : Ala..kau ni lemahlah,kau kan tengah bercinta dengan dia, masa ni la nak
buktikan cinta kau.

Raz : Cinta bukan bererti seks saja, cinta juga bermakna menghormati dan
melindungi seseorang yang kita sayang. Tidak ! Aku tidak mahu melakukan
hubungan seks kerana belum bersedia lagi.

Nota : contoh dialog dan boleh ubahsuai mengikut kreativiti murid.

Boleh lakonkan situasi lelaki mengoda lelaki atau perempuan mengoda perempuan. Aplikasikan
teknik penolakan yang telah dipelajari.

78 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 3

ROLE PLAY (PARTI REMAJA)

Anda berada di parti muda-mudi di rumah seorang kawan bersama teman yang dikenali. Ibu
bapa kawan anda tiada di rumah. Ramai remaja yang berada di situ dan terdapat juga yang
telah meninggalkan parti bersama pasangan masing-masing. Teman anda memulakan perbua-
lan:

Remaja 1 : Mari kita tinggalkan parti ini, saya nak berbual-bual dengan awak.
Ramai orang di sini.

Remaja 2 :

Remaja 1 : Saya hanya ingin bersama-sama awak. Inilah peluang kita bersama.

Remaja 2 :

Remaja 1 : Jangan rosakkan rancangan saya untuk bersama-sama awak pada


malam ini. Saya memang sudah lama menantikannya.
Remaja 2 :

Remaja 1 : Jika saya mengetahui awak bersikap demikian, saya tidak akan
berada di sini bersama awak.

Remaja 2 :

Remaja 1 : Saya benar-benar ingat awak ni seorang yang menyeronokkan.

Remaja 2 :

Remaja 1 : Jangan risau. Saya tidak akan melakukan apa-apa dengan awak.
Marilah kita pergi.

Remaja 2 :

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 79
Helaian 4

SENARAI SEMAK PEMERHATI : KEMAHIRAN TEKNIK PENOLAKAN

Sila kenal pasti teknik penolakan yang digunakan dan tuliskan penyataan di dalam ruang yang
telah disediakan

MAIN PERANAN

TINGKAH LAKU KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN


1 2 3 4
Katakan “Tidak
Gunakan bahasa
badan untuk berkata
“Tidak”
Ulang penolakan
Berikan cadangan
alternatif
Membina
perhubungan

80 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 5

TEKNIK THOUGHT STOPPING

Teknik Thought Stopping merupakan salah satu teknik dalam pendekatan behavioural cognitive
yang dapat digunakan untuk mengubah fikiran negatif seseorang kepada fikiran yang positif.
Dengan berfikir yang positif akan memberikan tingkah laku positif. Ada dua cara menghentikan
fikiran negatif: Overt dan covert.

Overt ialah dengan mengucapkan (bersuara) kata-kata ”STOP” atau ”TIDAK”. Covert pula dengan
menggunakan isyarat atau niat. Melalui isyarat, misalnya dengan menepuk atau mencubit anggota
tubuh tertentu. Boleh juga dapat diterapkan secara bersama, kata-kata dan isyarat.

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator meminta murid mencari pasangan mengikut jantina dan duduk berdekatan.
Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. Murid pertama dilabel A dan murid kedua
dilabel B.

2. Fasilitator minta murid A untuk melakukan arahan terlebih dahulu dan Murid B sebagai
pemerhati.

3. Fasilitator meminta murid A membayangkan satu contoh pemikiran yang negatif.

4. Minta murid praktiskan Overt dengan mengucapkan “STOP” atau “TIDAK”. Cuba tukar
pemikiran tersebut kepada pemikiran positif.Ulang untuk beberapa kali.

5. Minta murid praktiskan Covert. Cuba tukar pemikiran tersebut kepada pemikiran positif.
Ulang beberapa kali.

6. Minta murid gabungkan Overt dan Covert. Cuba tukar pemikiran tersebut kepada pemikiran
positif. Ulang beberapa kali.

7. Minta murid A kongsi perasaan serta pengalaman dan tanyakan murid B apa yang
mereka perhatikan.

8. Ulang langkah 3-6 untuk murid B.

9. Teknik ini perlu dipraktiskan oleh murid di rumah untuk menguasai teknik ini.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 81
Helaian 6

MESEJ PENTING
KEMAHIRAN KATAKAN TIDAK SECARA
TEGAS DAN EFEKTIF ADALAH PENTING

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama den-
gan nada yang kuat.

UNIT 6: BAHAYA HIV / STD

PENGENALAN :
Unit ini berfokuskan kepada maklumat tepat mengenai penyakit jangkitan seksual, HIV / AIDS,
serta cara mencegah penularannya merupakan perkara asas dalam mengurangkan aktiviti
berisiko tinggi.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Mendapat pengetahuan mengenai pelbagai jenis penyakit berjangkit seksual termasuk HIV /
AIDS.
2. Mengetahui cara untuk melindungi diri daripada penyakit tersebut.

KANDUNGAN :
1. Jenis-jenis penyakit jangkitan seksual (Sexually Transmitted Diseases / STD)
a) Jangkitan Chlamydia
b) Jangkitan Gonorrhea
c) Jangkitan Syphillis
d) Jangkitan Genital
e) Ketuat Genital
f) Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

2. Risiko tinggi mendapat penyakit jangkitan seksual dan HIV / AIDS


Mengaplikasikan pengetahuan mengenai penularan penyakit jangkitan seksual dan HIV
seterusnya dapat mengenalpasti tingkahlaku berisiko tingg i yang akan mendedahkan
remaja kepada jangkitan. Murid menetapkan tingkah laku berdasarkan kontinum iaitu dari
tidak berisiko kepada yang berisiko dan membincangkan mengapa sesetengah tingkahlaku
adalah lebih berisiko berbanding yang lain. Murid perlu memahami bahawa tiada peluang
kedua sekiranya mereka dijangkiti HIV. Oleh itu sebarang risiko yang mereka ambil adalah
serius.

3. Setia pada pasangan


Cara yang terbaik untuk mengelak jangkitan HIV selain mengelakkan diri daripada hubungan
seksual adalah setia kepada pasangan. Elakkan daripada bertukar-bertukar pasangan.

82 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1: LAMPU ISYARAT

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan edarkan soalan kuiz seperti Helaian 1 untuk murid menjawab.
2. Fasilitator akan memberikan satu ceramah mengenai HIV dan Penyakit Jangkitan Seksual.
3. Fasilitator akan mengedarkan Helaian 2 - senarai soalan mengenai HIV / AIDS dan
penyakit jangkitan seksual dan meminta murid untuk menjawab soalan.

4. Minta murid untuk menukar kertas jawapan dengan rakan lain untuk menyemak jawapan
dengan bimbingan Fasilitator.

5. Fasilitator menerangkan kepada murid 3 lampu isyarat pada kad yang ditampal
di dinding merupakan titik di sepanjang risiko kontinum.
a) Merah adalah risiko tinggi
b) Kuning adalah risiko rendah
c) Hijau adalah tiada risiko.

6. Fasilitator akan bertanya kepada murid untuk menunjukkan tahap risiko jangkitan STD / HIV
yang dikaitkan dengan pelbagai tingkah laku. Contoh:
a) “Menggunakan kondom yang sama berulang kali” boleh diletakkan di bawah lampu merah.
b) “Penyusuan oleh susu ibu yang dijangkiti” boleh diletakkan di bawah lampu merah.
c) ”Berciuman” (dry kissing) boleh diletakkan di bawah lampu hijau.

7. MMurid akan dibahagikan kepada 5 hingga 7 kumpulan.

8. Agihkan kad yang telah dituliskan tingkah laku.

9. Setiap murid akan dapat sekurang-kurangnya satu kad/sticker note.

10. Fasilitator akan menerangkan maksud kod warna tersebut.

11. Murid diminta menentukan tahap risiko tingkah laku yang tertulis pada kad mereka. Ahli
kumpulan digalakkan untuk mencapai kata sepakat di mana kad tersebut patut diletakkan
pada kontinum. Murid diminta untuk menampal kad mereka di dinding pada risiko kontinum.

12. Pada penghujung sesi, fasilitator akan menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi
sebarang isu / masalah , mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai /
orang yang mereka percayai seperti:
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO
g) Talian Kasih 15999.

13. Fasilitator juga perlu membertitahu kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga.
(rujuk Direktori)
14. Di akhir sesi, fasilitator dan murid akan membaca bersama-sama Helaian 4 (Mesej Penting).

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 83
B. BAHAN
1. Slaid ceramah
2. Nota Fasilitator 1 : Tentang HIV / AIDS dan penyakit jangkitan seksual (rujuk slaid
ceramah)
3. Helaian 1 : Soalan UNGASS
4. Helaian 2 : Senarai soalan mengenai HIV / AIDS dan penyakit
jangkitan seksual
5. Helaian 3 : Jawapan soalan mengenai HIV / AIDS dan penyakit
jangkitan seksual
6. Helaian 4 : Jawapan tingkah laku berisiko yang mengundang HIV
7. Helaian 5 : Mesej Penting.

C.MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

84 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 1

SOALAN UNGASS

1. Adakah jangkitan HIV boleh dikurangkan dengan hanya melakukan hubungan seks dengan
pasangan yang tak dijangkiti HIV yang juga tidak mempunyai pasangan lain ?
A. Ya
B. Tidak

2. Seseorang boleh mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV dengan menggunakan kon
dom setiap kali melakukan hubungan seks ?
A. Ya
B. Tidak

3. Seseorang yang kelihatan sihat boleh mempunyai HIV ?


A. Ya
B. Tidak

4. Seseorang itu boleh mendapat HIV dari gigitan nyamuk ?


A. Ya
B. Tidak

5. Seseorang itu boleh menghidap HIV apabila berkongsi makanan dengan seseorang yang
telah dijangkiti HIV ?
A. Ya
B. Tidak

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 85
Helaian 2

SOALAN PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL DAN HIV / AIDS.


Sila tandakan √ di kotak yang berkenaan :

No. Soalan Ya Tidak


1 Penyakit jangkitan seksual disebar melalui perhubungan seksual yang
tidak selamat.
2 Cara paling baik melindungi diri anda dari penyakit jangkitan seksual
adalah dengan mengamalkan abstinen.
3 Tidak semua remaja perempuan yang menghidap penyakit Gonorea
menunjukkan sebarang tanda dan gejala / simptom.
4 Gejala Gonorea pada remaja lelaki menyebabkan pengeluaran nanah
dari salur kencing.
5 Penyakit Sifilis dan jangkitan Herpes menyebabkan ulser / kudis pada
kemaluan.
6 Ketuat genital boleh menyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita.
7 Remaja boleh dijangkiti HIV jika mereka terdedah dengan cecair faraj
atau air mani daripada individu yang HIV Positif.
8 Remaja boleh dijangkiti HIV dengan berkongsi peralatan untuk
makan.
9 Remaja yang mempunyai ramai pasangan seksual berisiko tinggi
dijangkiti HIV.
10 Belum ada penawar untuk membunuh virus HIV.

11 Hanya golongan gay, pengguna dadah dan pekerja seks yang dijang-
kiti HIV.
12 Wanita yang HIV positif boleh memindahkan jangkitan kepada bayi
dalam kandungannya.
13 HIV menyerang system daya tahan manusia, menyebabkan ia mu-
dah dijangkiti penyakit opportunistic dan seterusnya menyebabkan
AIDS.
14 Jika anda sihat dan cerdas, anda tidak akan dijangkiti HIV.
15 Hubungan seks secara dubur adalah yang paling berisiko untuk dijan-
gkiti HIV.
16 Jika anda hanya melakukan seks secara oral, anda tidak berisiko
untuk jangkitan HIV.
17 Jika anda didapati HIV negatif, ini bermakna anda kebal daripada HIV
/ AIDS.
18 HIV boleh berjangkit melalui perkongsian tandas awam.
19 Jika anda melakukan hubungan seks tanpa kondom, hanya sekali
dengan seseorang yang HIV positif, anda tidak berisiko untuk jangki-
tan HIV.
20 Jika anda melakukan hubungan seks tanpa kondom, hanya sekali
dengan seseorang yang HIV positif, anda tidak berisiko untuk jangki-
tan HIV.
21 Orang yang telah berkahwin selamat daripada risiko jangkitan HIV.
22 Anda boleh dijangkiti HIV dan tidak menyedarinya.
23 Anda boleh dijankiti HIV melalui perkongsian gelas minuman.

86 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
24Hanya ujian darah dapat mengesan status HIV seseorang.
25HIV tidak boleh merebak melalui udara, contohnya bersin dan batuk.
26Penggunaan kondom dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV.
27Wanita yang menggunakan pil perancang keluarga selamat daripada
jangkitan HIV.
28 Anda tidak berisiko untuk jangkitan HIV jika menderma darah
menggunakan jarum yang bersih.
29 HIV tidak boleh hidup di luar tubuh manusia.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 87
Helaian 3

JAWAPAN SOALAN

No. Soalan Ya Tidak


1 Penyakit jangkitan seksual disebar melalui perhubungan seksual yang √
tidak selamat.
2 Cara paling baik melindungi diri anda dari penyakit jangkitan seksual √
adalah dengan mengamalkan abstinen.
3 Tidak semua remaja perempuan yang menghidap penyakit Gonorea √
menunjukkan sebarang tanda dan gejala / simptom.
4 Gejala Gonorea dalam remaja lelaki menyebakan pengeluaran nanah √
dari salur kencing.
5 Penyakit Sifilis dan jangkitan Herpes menyebabkan ulser / kudis pada √
kemaluan.
6 Ketuat genital boleh menyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. √

7 Remaja boleh dijangkiti HIV jika mereka terdedah dengan cecair faraj √
atau air mani daripada individu yang HIV Positif.
8 Remaja boleh dijangkiti HIV dengan berkongsi peralatan untuk √
makan.
9 Remaja yang mempunyai ramai pasangan seksual berisiko tinggi √
dijangkiti HIV.
10 Belum ada penawar untuk membunuh virus HIV. √
11 Hanya golongan gay, pengguna dadah dan pekerja seks yang dijang- √
kiti HIV.
12 Wanita yang HIV positif boleh memindahkan jangkitan kepada bayi √
dalam kandungannya.
13 HIV menyerang system daya tahan manusia, menyebabkan ia mudah √
dijangkiti penyakit opportunistic dan seterusnya menyebabkan AIDS.
14 Jika anda sihat dan cerdas, anda tidak akan dijangkiti HIV. √
15 Hubungan seks secara dubur adalah yang paling berisiko untuk √
dijangkiti HIV.
16 Jika anda hanya melakukan seks secara oral, anda tidak berisiko √
untuk jangkitan HIV.
17 Jika anda didapati HIV negatif, ini bermakna anda kebal daripada HIV √
/ AIDS
18 HIV boleh berjangkit melalui perkongsian tandas awam. √

19 Jika anda melakukan hubungan seks tanpa kondom, hanya sekali √


dengan seseorang yang HIV positif, anda tidak berisiko untuk jangki-
tan HIV.
20 Penyakit jangkitan seksual meningkatkan risiko seseorang untuk √
dijangkiti HIV.
21 Orang yang telah berkahwin selamat daripada risiko jangkitan HIV. √
22 Anda boleh dijangkiti HIV dan tidak menyedarinya. √
23 Anda boleh dijangkiti HIV melalui perkongsian gelas minuman. √
24 Hanya ujian darah dapat mengesan status HIV seseorang. √

88 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
25 HIV tidak boleh merebak melalui udara, contohnya bersin dan batuk. √
26 Penggunaan kondom dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV. √
27 Wanita yang menggunakan pil perancang keluarga selamat daripada √
jangkitan HIV.
28 Anda tidak berisiko untuk jangkitan HIV jika menderma darah meng- √
gunakan jarum yang bersih.
29 HIV tidak boleh hidup di luar tubuh manusia. √

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 89
Helaian 4

JAWAPAN TINGKAH LAKU BERISIKO YANG MENGUNDANG HIV

TIADA RISIKO RISIKO RENDAH RISIKO TINGGI

Urut Menggunakan semula jarum Seks faraj tanpa pelindungan


yang telah dicuci dengan
Ciuman (Dry Kissing) peluntur Mengadakan hubungan sek-
sual mengguna kondom dan
Abstinen Menerima pemindahan da- pelincir yang berasaskan
rah di hospital minyak
Berangan-angan
‘French Kiss’ Mengguna kondom yang sama
Melancap bersendirian berulang kali
Sering melancap antara
pasangan (mutual mastur- Seks dubur
Berpelukan bation)
Kongsi jarum untuk suntikan
Menggunakan kondom lateks Mengekalkan hubungan dadah, steroid, atau vitamin
secara betul setiap masa antara pasangan yang sama
Berkongsi jarum untuk bertatu
Berkongsi tandas awam atau bertindik

Menguna semula jarum yang


Gigitan nyamuk telah dicuci dengan air

Mencuci tumpahan darah tanpa


memakai sarung tangan

Penyusuan oleh ibu yang dijan-


gkiti HIV

Seks oral tanpa perlindungan

90 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 5

MESEJ PENTING
CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK
MENGELAKKAN HIV/AIDS DAN PENYAKIT JANGKITAN
SEKSUAL ADALAH MELALUI ABSTINEN IAITU
MENGATKAN TIDAK KEPADA AKTIVITI SEKSUAL.

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama dengan
nada yang kuat.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 91
UNIT 7 : SAYA BELUM BERSEDIA !

PENGENALAN :
Unit ini memfokuskan kepada penerokaan perasaan diri tentang kesediaan terhadap hubungan
seks dan akibat hubungan seks seperti penyakit jangkitan seksual dan HIV / AIDS, penyakit
keradangan pelvis, kehamilan yang tidak dirancang, keguguran bayi, pembuangan bayi dan
kematian ibu hamil.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Menyedari akibat hubungan seks.
2. Berupaya membuat pilihan yang bertanggungjawab.
3. Menyedari bahawa apabila seseorang itu melakukan seks mereka perlu setia dengan
seorang pasangan.
4. Bersedia untuk bertanggungjawab akibat hubungan seks di luar nikah.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan atau mengikut kesesuaian. Sebaiknya
setiap kumpulan terdiri daripada lelaki dan perempuan (edarkan kertas mahjong dan
pen marker kepada setiap kumpulan).
2. Minta setiap kumpulan rujuk kepada Helaian 1: Sudahkah Saya Bersedia ?
3. Setiap kumpulan akan diberi satu soalan untuk dibincangkan dalam aktiviti LDK (murid
diberi masa 15 minit untuk berbincang).
4. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
5. Pada penghujung sesi, fasilitator menerangkan kepada murid jika mereka menghadapi se-
barang isu / masalah, mereka perlu merujuk / berbincang dengan pihak yang sesuai/orang
yang mereka percayai seperti :
a) Ibubapa / Penjaga / Keluarga
b) Kaunselor / Guru
c) Anggota kesihatan Klinik Kesihatan / Hospital berdekatan
d) Pegawai Kebajikan Masyarakat
e) Polis
f) NGO
g) Talian Kasih 15999.

6. Fasilitator juga perlu mewarwarkan kepada murid, pihak / agensi yang boleh menawarkan
khidmat sokong bantu untuk remaja dan keluarga (rujuk Direktori)
7. Di akhir sesi, fasilitator dan murid akan membaca bersama-sama Helaian 2 (Mesej Penting).

B. BAHAN
1. Kertas mahjong dan pen marker
2. Helaian 1 : Sudahkah Saya Bersedia ?
3. Helaian 2 : Mesej Penting.

C. MASA
45 Minit

D. PENILAIAN
Soal Jawab

92 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Helaian 1

PERBINCANGAN
Bincangkan dari segi faktor fizikal, ekonomi, sosial, pendidikan, mental, spiritual, dan lain-lain.

Soalan :
1. Remaja belum bersedia untuk melakukan hubungan seks kerana....
a.
b.
c.
d.
e.

2. Remaja bersedia melakukan hubungan seks apabila….


a.
b.
c.
d.
e.

3. Kenapa remaja menjadi tumpuan utama ?


a.
b.
c.
d.
e.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 93
Helaian 2

MESEJ PENTING
HAKIKATNYA REMAJA SEMEMANGNYA
BELUM BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN
HUBUNGAN SEKS.

Nota : Fasilitator meminta semua murid untuk membacakan mesej penting bersama-sama
dengan nada yang kuat.

94 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
DIREKTORI

1. Klinik Kesihatan dan Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat lanjut
Hospital Kerajaan sila hubungi Klinik Kesihatan / Hospital kerajaan berdekatan den-
gan melayari laman web berikut

http://www.moh.gov.my
http://fh.moh.gov.my
http://www.myhealth.gov.my
http://www.infosihat.gov.my

*Senarai Klinik Kesihatan


Sexually Transmitted Infections (STI) Friendly Clinics :
Perlis : Klinik Kesihatan Beseri
Kedah : Klinik Kesihatan Air Hitam
Pulau Pinang : Klinik Kesihatan Mac Alister
Klinik Kesihatan Seberang Jaya
Kelantan : Klinik Kesihatan Kota Bahru
Terengganu : Klinik Kesihatan Seberang Takir
Pahang : Klinik Kesihatan Beserah
Perak : Klinik Kesihatan Teluk Intan
Selangor : Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah
Alam
Klinik Kesihatan Kelana Jaya
WP Kuala Lumpur & : Klinik Kesihatan Cheras
Putrajaya Klinik Kesihatan Tanglin
Klinik Kesihatan Jinjang
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Negeri Sembilan : Klinik Kesihatan Seremban
Melaka : Klinik Kesihatan Jalan Gereja

Johor : Klinik Kesihatan Mahmoodiah

Sabah : Klinik Kesihatan Luyang


KKIA Pekan
KKIA Sandakan
Sarawak : Klinik Kesihatan Jalan Masjid
Klinik Kesihatan Sibu
WP Labuan : Klinik Kesihatan Labuan

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 95
2. Pusat Remaja • kafe@TEEN Jalan Raja Laut, Ibu Pejabat LPPKN
kafe@TEEN Kuala Lumpur No. 12B, Bangunan LPPKN,
• kafe@TEEN Seremban 2, Negeri Jalan Raja Laut,
Sembilan 50350 Kuala Lumpur.
• kafe@TEEN Nusa Bestari, Johor
• kafe@TEEN Batu Pahat, Johor Tel : 03-2613 7555
• kafe@TEEN Bertam, Penang
• kafe@TEEN Burmah Road, Penang http://www.lppkn.gov.my
• kafe@TEEN Kota Bharu, Kelantan
• kafe@TEEN UTC Pudu, Kuala Lumpur
• kafe@TEEN UTC Keramat,
Kuala Lumpur
• kafe@TEEN UTC Melaka
• kafe@TEEN UTC Kuantan, Pahang
• kafe@TEEN UTC Alor Setar, Kedah
• kafe@TEEN UTC Johor, Johor
• kafe@TEEN UTC Kota Kinabalu,
Sabah

3. Jabatan Blok A dan B, Tel : 03-8870 7000


Kemajuan Kompleks Islam Putrajaya,
Islam Malaysia No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, http://www.islam.gov.my
(JAKIM) Presint 3,
62100 Putrajaya.
4. Polis Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Tel : 03-2266 2222
Diraja Malaysia Bukit Aman, http://www.rmp.gov.my
(PDRM) 50560 Kuala Lumpur.
5. Agensi Anti- Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Tel : 03-8911 2200
dadah Kebang- Kementerian Dalam Negeri, https://www.adk.gov.my
saan Malaysia Jalan Maktab Perguruan Islam,
(AADK) 43000 Kajang, Selangor.
6. Malaysian Malaysian AIDS Foundation Tel : 03-4047 4222
AIDS Council No 12, Jalan 13/48A, http://www.mac.org.my
(MAC) The Boulevard Shop Office,
Off Jalan Sentul,
51000 Kuala Lumpur.
7. PT Community Health Care Clinic Tel : 03-4051 3611
Foundation No.2, Level 1, Jalan Haji Salleh, Sentul,
51100 Kuala Lumpur. http://ptfmalaysia.org

8. Persekutuan No.81-B Jalan SS15/5A, Tel : 03-5633 7514 / 7516


Persatuan-Per- 47500 Subang Jaya, / 7528
satuan Kesihat- Selangor Darul Ehsan.
an Reproduktif http://frham.org.my
Malaysia (FR-
HAM)

96 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
9. Women and 22-5-1, Block F, Jalan Semarak Api 3, Tel : 03-4024 6861
Health Asso- Off Jalan Gombak,
ciation of Kuala Diamond Square Commercial Centre, http://wakekl.org
Lumpur (WAKE) 53300 Kuala Lumpur.

10. Raudhatus Ibu Pejabat Urusan Tel : 03-6178 1922


Sakinah 567, Aras Bawah
Jalan Samudera Utara 1, Taman http://www.raudhatussakinah.
Samudra com.my
68100 Batu Caves, Selangor.
11. Rumah 211, Jalan Permai A, Tel : 03-4280 2173
Solehah Kg Tasek Permai,
68000 Ampang, Selangor. http://www.ppimrumahsolehah.
com

12. Befrienders 95 Jalan Templer, Tel : 03-7957 1306


Kuala Lumpur 46000 Petaling Jaya,
Selangor. https://www.befrienders.org.my

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 97
SKOP 6 : KEROHANIAN

UNIT 1 : Siapa Kita?


UNIT 2 : Mengapa Kita Dilahirkan?
UNIT 3: Ke Mana Kita?
UNIT 4: Terapi Solat
UNIT 5: Terapi Zikir

UNIT 1: SIAPA KITA?

PENGENALAN :
Siapa kita? Kita adalah manusia. Siapa manusia? Manusia adalah ciptaan Allah yang paling
sempurna dan terbaik. Allah nyatakan hal ini dalam surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” Manusia
diberikan akal dan rupa paras yang lebih elok berbanding makhluk lain bukan untuk disia-siakan.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Memahami penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.
2. Menghargai diri sendiri sebagai makhluk Allah yang paling sempurna dan memiliki potensi.

KANDUNGAN :
1. Definisi Manusia
a) Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang Maha Esa yang menerima amanah
sebagai hamba dan khalifah di bumi ini dengan dibekalkan akal fikiran untuk mentadbir
alam ini dengan baik. Allah tiupkan roh ke dalam tubuh manusia tatkala masih berupa
janin. Roh manusia itu adalah ruh ciptaan Allah swt, bukan roh yang terjadi secara alamiah
seperti teori dalam falsafah Barat. Dengan roh itu, manusia mampu berfikir dan memahami
serta memiliki ikatan yang kuat dengan Allah. Ikatan itu tidak mungkin diputuskan karena
pengikat itu merupakan perwujudan sifat pengasih Allah kepada manusia.
b) Manusia memiliki perbezaan secara fizikal dan rohani. Secara biologi umumnya manusia
dibezakan secara fizikal manakala secara rohani manusia dibezakan berdasarkan
kepercayaannya atau agama yang dianutnya.
c) Sebagai hamba, asas ketaatan, kepatuhan, ketundukan dan keakuran datangnya dari
Allah. Alam ini bergerak dengan teratur, tertib dan taat mengikut sunnah-Nya. Sebagai
manusia, asas kehambaan itu melambangkan pentingnya jiwa hamba itu supaya manusia
sentiasa berada dalam keadaan fitrah.
d) Sebagai khalifah manusia ada asas peranan, tanggungjawab dan amanah yang perlu
disempurnakan. Diri manusia adalah amanah Allah. Sumber rahmat dan nikmat yang
Allah limpahkan kepada manusia adalah amanah Allah. Bumi ini juga adalah amanah
Allah.
e) Manusia sebagai khalifah harus memiliki keupayaan mengurus, meneraju dan mengendali
yang baik. Untuk mengurus diri manusia Islam memerlukan pemahaman terhadap ilmu
fardu Ain yang luas skopnya. Untuk mengurus persekitaran dan sistem, manusia Islam
memerlukan ilmu, keterampilan, teknologi dan daya pengurusan yang adil, amanah, telus
dan tulus menerusi ilmu fardu kifayah yang dipelajari. Ilmu fardu ain (naqliah) dan ilmu
fardu kifayah (aqliah) harus bergerak seiring supaya manusia mampu mengurus dirinya
sebagai hamba dan mampu mengurus sistem sebagai khalifah.
f) Kehidupan manusia sendiri sangatlah komplek, begitu juga hubungan yang terjadi
pada manusia sangatlah luas. Hubungan tersebut dapat terjadi antara manusia dengan
manusia, manusia dengan alam, manusia dengan makhluk hidup yang ada di alam, dan
manusia dengan Sang Pencipta.

98 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
2. Asal Usul Kejadian Manusia
a) Manusia adalah makhluk yang diberikan kemuliaan oleh Allah SWT. Terdapat dua unsur
yang membentuk diri manusia iaitu unsur rohani (roh) dan jasmani (jasad). Terdapat satu
hubungan yang khusus di antara dua unsur ini. Kewujudan hubungan yang khusus ini
menjadikan manusia itu hidup. Apabila jasad dan roh terpisah, maka berlakulah kematian.
Gabungan dua unsur ini membentuk manusia yang sempurna kejadiannya. Al-Quran
menjelaskan tentang gabungan dua unsur ini seperti yang terdapat keterangannya dalam
firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman
kepada para malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat
yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. “Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh (ciptaan) Ku, maka
hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Al-Hijr: 28–29).
b) Nabi Adam merupakan manusia pertama yang diciptakan daripada tanah. Terdapat banyak
dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menjelaskan tentang hakikat ini. Oleh kerana
semua manusia berasal daripada nabi Adam a.s ini, maka sudah tentu unsur tanah tetap
ada pada setiap jasad manusia itu sekalipun pembentukan awal zuriat manusia adalah
daripada air mani yang berlaku menerusi proses persenyawaan. Rasulullah SAW telah
menyatakan hakikat ini sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Semua manusia
adalah keturunan Adam dan Adam berasal daripada tanah.”
c) Roh adalah diri manusia yang sebenar manakala jasad hanyalah tempat roh itu. Rohlah
yang sebenar merasai kenikmatan dan kesengsaraan, ketenangan dan kegelisahan,
kebahagiaan dan kecelakaan. Sihatnya roh bererti kebahagiaan dan ketenangan bagi diri
manusia itu. Sakitnya roh bererti kesengsaraan dan penderitaan untuk manusia

3. Al-Quran Menjelaskan Asal Manusia


a) Ayat-ayat yang menjelaskan asal kejadian manusia dalam al-Quran:
i. Terjemahan: “Dan sesungguhnya langit dan Bumi pada asal mulanya bercantum seb-
agai benda yang satu, lalu Kami pisahkan antara keduanya, dan Kami jadikan dari air
setiap benda yang hidup.” (Al-Anbiya’ : 30)
ii. Terjemahan: “Bukankah sudah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang
beredar, sedang ia masih belum wujud lagi, dan tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut. Maka, mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat.” (Al-Insan :
1)
iii. Terjemahan: “Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian
yang berperingkat-peringkat” (Nuh: 14)
iv. Terjemahan: “Dan Allah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal)
di bumi, dengan pertumbuhan yan sungguh sempurna.”
v. Terjemahan: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat (yang
senang diubah dan diciptakan semula)” (As-Saffat: 11)
vi. Terjemahan: “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah
sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah
lalu berkata
kepadanya, “Jadilah Engkau! Maka jadilah dia.” (Ali-Imran:59)
vii.Terjemahan: “Dan (ingatkanlah peristiwa ) tatkala Tuhanmu berkata kepada malai-
kat. Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” (Al-Hijr:28)
viii.Terjemahan: “Yang mencipta setiap suatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan-
Nya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunan ma-
nusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang.
Kemudian ia
menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya. Dan dia
mengkurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (As-Sajadah:7-9)

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 99
4.Dalil Al-Quran : Kejadian Manusia dan Peranan Manusia sebagai Khalifah
a) Surah Al-Mukmin Ayat 67 tentang Proses Kejadian Manusia
Artinya: “Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani sesu-
dah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak,
kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa) ke-
mudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan
sebelum itu (kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentu-
kan dan supaya kamu memahami (nya).” (QS Al Mukmin : 67).

i. Isi kandungan Surah Al-Mukmin Ayat 67 di antaranya adalah sebagai berikut:


• Manusia diciptakan dari tanah yang kemudian melalui proses dalam masa kehamilan.
• Manusia berproses dari anak-anak, menjadi remaja, dewasa, tua, dan mati.
• Sebahagian dari manusia ada yang diwafatkan sebelum waktu-waktu tersebut agar
manusia memahami tujuan hidupnya.

5. Surah Al Baqarah Ayat 30 tentang Peranan Manusia sebagai Khalifah di Bumi


a) Surah al-Baqarah ayat 30 – 33: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya:
Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana
dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan Ia telah
mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-
benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha Suci
Engkau Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah
berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini kepada mereka. Maka setelah
diterangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah
katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan
Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”
b) Manusia diciptakan Allah SWT di dunia ini mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai hamba
dan sebagai khalifah. Khalifah merupakan orang yang diberi kepercayaan untuk mengelola
dan merawat bumi serta mengatur kehidupan di muka bumi dengan berpandukan kepada
wahyu Allah iaitu Al-Quran agar segala natijahnya sentiasa mempunyai nilai ibadah kepada
Allah SWT dan bermanfaat bagi umat manusia.
c) Fungsi khalifah dibumi sebagai berikut:
i. Menjadi pemimpin
ii. Mensejahterakan dan memakmurkan bumi

d) Upaya antisipasi terhadap rintangan pada umat manusia kerana di dalam menjalankan
fungsi atau tugas manusia, iblis dan syaitan tidak akan henti-hentinya menggoda manusia
agar tersesat.
e) Manusia yang ikhlas tidak akan mudah tergoda dengan iblis atau syaitan

6. Surah Az Zariyat Ayat 56 tentang Tugas Manusia sebagai Makhluk Hidup


a) Menurut Al-Quran, manusia diciptakan di dunia ini adalah untuk menyembah atau
mengabdikan diri kepada Allah swt. Menyembah kepada Allah pada intinya adalah
berhubungan dengan Allah, memuja kebesaran Allah, dan berdoa kepada Allah agar
manusia dekat kepada-Nya. Upaya untuk mendekatkan diri yang utama adalah melalui
komitmen melaksanakan rukun Islam sesuai dengan tuntutan syariat Islam.
b) Ertinya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-
Ku”. (Az-Zariyat: 56).

100 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
c) Isi Kandungan:
i. Allah swt. menciptakan jin dan manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri
kepada Allah.
ii. Menyembah kepada Allah adalah ibadah, baik berupa ibadah khusus dan ibadah
umum.
iii. Komitmen kepada syariat atau tuntutan Islam dalam kehidupan sebagai satu-satunya
agama yang diredhai Allah diwujudkan melalui ritual Islam yakni rukun Islam.
iv. Mencari redha Allah. Pengertiannya adalah bahawa setiap perbuatan, pengabdian,
penyembahan harus diawali dengan basmalah dan niat memohon redha Allah swt.
d) Tugas manusia sebagai khalifah :
i. “Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang
kafir, Maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. dan kekafiran orang-orang
yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan
kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian
mereka belaka.” (Faathir : 39)

7. Surah Al An’am ayat 162-163 tentang keikhlasan dalam beribadah


a) Maksudnya: 162: “Katakanlah: “Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan niatiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”
i. 163 : “Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan
aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah).” (Al-An’am: 162-163)
b) Isi kandungan
i. Terdapat sebahagian dari doa iftitah yang dibaca dalam salat pada rakaat pertama.
Ucapan itu adalah penyerahan diri dengan penuh kerendahan serta kepasrahan
dengan sepenuh daya upaya bagi mendapat keredhaan Allah atau mengabdi kepada-
Nya tanpa riya’.
ii. Menyedari dan bersumpah tidak menyekutukan Allah dan menjadi orang yang pertama
serta mengutamakan Islam sebagai tuntutan kehidupannya demi mencapai tujuan
hidup iaitu selamat di dunia dan di akhirat.
iii. Senantiasa melaksanakan perintah-perintah Allah sepanjang hidup dan meninggalkan
larangan-larangan Allah. Di antaranya menjalankan perintah Allah dalam membaca,
memahami, dan melaksanakan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari
serta menyiarkannya.

8. Surah Al Bayyinah Ayat 5 tentang Hal-Hal yang Berkaitan dengan Keikhlasan Beribadah
a) Surah Al Bayyinah Ayat 5, maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
kamu menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-NYA dalam (menjalank-
an) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan dan yang
demikian itulah agama yang lurus”. (Al-Bayyinah:5)
b) Allah memerintahkan supaya manusia menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan
kepada-Nya dan menjalankan agama dengan lurus iaitu jauh dari perbuatan syirik atau
menyekutukan Allah. Kesesatan merupakan satu bentuk ketidakikhlasan dalam beriba-
dah.
c) Ciri-ciri manusia yang tidak ikhlas dalam beribadah antara lain adalah sebagai berikut:
i. Tidak beriman kepada Kitab Allah iaitu Taurat, Injil, dan Al Quran (Al-Maidah: 68).
ii. Tidak mahu mendengarkan ayat-ayat Allah serta berpaling dari-Nya.
iii. Tidak melaksanakan atau mendustakan ayat-ayat Allah (Ar-Ra’d:1).
iv. Tidak mengetahui agama yang lurus (Ar-Rum:30).
d) Menyekutukan Allah dan tidak berbuat baik kepada ibu bapa, kaum keluarga, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga, yang dekat mahupun yang jauh, ibnu sabil,
dan hamba sahaya (An-Nisa: 36).
e) Tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, dan tidak menunaikan haji, padahal dia
mampu untuk melaksanakannya.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 101
f) Isi kandungan
i. Pada intinya, makhluk Allah, khususnya manusia disuruh supaya menyembah Allah, iaitu
senantiasa ingat Allah sama ada semasa waktu berdiri, duduk, mahupun berbaring (Ali-
Imran:190-191).
ii. Menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya yakni dengan menjauhkan
diri dari sifat-sifat musyrik iaitu menyekutukan Allah dengan makhluk lainnya. Sifat musyrik
antara lain dapat dilihat seperti hal-hal berikut.
• Percaya adanya Allah, tetapi tidak mau melaksanakan segala perintah-Nya.
• Memutuskan perkara tidak sesuai dengan ketentuan hukum Allah, padahal dia
mengetahui dan meyakini kebenaran hukum Allah (Al-Maidah:47).
• Mengaku percaya adanya Allah dan melaksanakan perintah-Nya, tetapi dia juga
menyembah kepada makhluk atau selain Allah.

9. Hubungan Manusia Dengan Pencipta


a) Islam terbina dengan tunjangan hubungan menegak (hubungan dengan Allah), dan
hubungan merentas (hubungan dengan manusia). Hubungan menegak (vertical) manusia
dengan ALLAH menjadikan landasan al-Quran sebagai petunjuk dan mukjizat yang amat
bermakna bagi orang Islam. Al-Quran tidak saja sifatnya tekstual dan harfiah sebagai
fadhilat dan barakah tetapi juga terkandung makna dan risalah.
b) Al-Quran adalah sumber ilmu dan pedoman bagi membangunkan jiwa muttaqeen dalam
diri manusia. Al-Quran memberi pedoman ini dengan merujuk Surah al-Hujurat, ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Mengenal.“ – kehebatan manusia dilihat dari tahap takwanya.
c) Tahap takwa ini sangat penting bagi manusia kerana apabila manusia memiliki “kesedaran
keTuhanan” atau God-conciousness yang tinggi, apa yang dikata dan dibuat, apa yang
difikir dan diamal semuanya atas pertimbangan ALLAH Maha Mengetahui, Maha Melihat
dan Maha Tahu akan salah-benar sesuatu.
d) Bila ada keinsafan ini manusia akan melakukan pertimbangan berbuat sesuatu kerana
ALLAH (ikhlas). Pedoman daripada ALLAH akan sentiasa wujud dalam diri dan cerminan
amal serta perbuatan sentiasa atas pertimbangan redha ALLAH.
e) Dalam bahasa lain hubungan menegak itu sentiasa hidup dalam fikir, hati, diri dan amal
serta sentiasa dijadikan pedoman dalam melakukan sesuatu. Inilah kekuatan sebenar diri
seorang Islam yang yakin ALLAH adalah Pencipta dan mengetahui semua perkara.
f) Bila hubungan menegak ini terbina, sikap ubudiyah (kehambaan) kepada ALLAH bakal
menjelma. Ia nantinya membentuk watak diri dan sifat menghayati akan terserlah. Bila
akidah mantap, ibadah terjadi, dan syariah dipatuhi akhlak mulia akan terjelma.
g) Umat Islam sebagai umat contoh kerana kehampiran diri dengan ALLAH (taqarrub ilallah)
menyebabkan diri dan amal sentiasa dalam perlindungan ALLAH. Manusia tahu batasan
boleh dan tidak boleh, faham maksud ma’aruf dan mungkar, tahu makna halal dan haram
dan hikmah daripadanya memberi sebaik-baik barakah dalam hidup ini.
h) Tazqiah an-nafs atau pembersihan hati dan jiwa amat penting dalam proses tarbiah diri
kerana apa yang dimiliki bakal dimanifestasikan di luar diri. Di sini pentingnya hubungan
merentas (horizontal) sesama manusia atau terhubung dengan sistem terjadi.
i) Manfaat kehebatan diri hasil hubungan yang mantap dengan ALLAH memberi manfaat
kepada yang lain. Keikhlasan yang terbina antara kita dengan ALLAH akan menyebabkan
keikhlasan berlaku sesama manusia.
j) Jiwa tawaduk kita dengan ALLAH kerana faktor rukuk dan sujud menyebabkan kita tidak
sombong, ujub dan ego terhadap manusia lain. Kita menginsafi jiwa muttaqeen tidak
diukur kerana pangkat dan kedudukan, harta dan kekayaan tetapi dari kualiti manusiawi
yang menyebabkan kasih sayang dan ukhuwah terbina, keadilan sesama manusia terjadi,

102 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
menghina yang lain tidak berlaku dan jiwa jamai’ bertambah teguh dan utuh.

10.Hubungan Manusia dengan Manusia


a) ISLAM tidak hanya suatu sistem kepercayaan (the system of belief) tetapi juga suatu cara
hidup (the way of life). Di sebalik ciptaan ALLAH itu terdapat hikmah bagi orang-orang
yang memahami. Kualiti ilmu mengurus diri yang sifatnya rohaniah dan rabbaniah mampu
memberi kekuatan yang berdiri atas kemantapan akidah dan kekuatan syariah supaya ia
mempedoman akal fikir dan upaya teknologi manusia untuk mengurus sistem berasaskan
etika dan nilai.

b) Untuk menjaga kemuliaan dan kedudukan universal manusia sebagai satu kesatuan, maka
Islam meletakkan asas-asas yang akan menjaga hakikat kemanusiaan tersebut dalam
hubungan antara individu atau antara kelompok:
i. Saling menghormati dan memuliakan.
• Sebagaimana Allah telah memuliakan manusia, menjadi keharusan bagi setiap manusia
untuk saling menghormati dan memuliakan, tanpa memandang jenis suku, warna kulit,
bahasa dan keturunannya. Bahkan Islam mengajarkan untuk menghormati manusia
walaupun telah menjadi mayat. Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW berdiri
khusyu’ menghormati jenazah seorang yahudi. Kemudian seseorang berkata: “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya dia jenazah yahudi”. Nabi SAW bersabda: “Bukankah dia
juga adalah seorang berjiwa?” (HR. Imam Muslim).

ii. Menyebarkan kasih sayang.


• Ini merupakan eksplorasi dari risalah Islam sebagai ajaran yang utuh, kerana ia datang
sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terlepas
kasih sayang kecuali dari orang-orang yang hina”.

iii. Keadilan
• Seluruh ajaran dan syari’at Islam terbina diatas tiang keadilan dan keseimbangan.
Maka keadilan manjadi komponen utama dari sya’riat utama para Nabi dan Rasul.
Dan dalam sya’riat terakhir; Islam, gambaran tentang keadilan lebih terperinci dan
kuat. Menegakkan keadilan merupakan kewajipan pada waktu aman bahkan dalam
keadaan perang sekalipun. Dan Islam menetapkan supaya berlaku adil kapada
musuh sebagai hal yang mendekatkan kepada ketakwaan (Rujuk surah Al-Maidah:8).
Untuk merealisasikan hal ini, Islam tidak hanya menyuruh berlaku adil, tetapi juga
mengharamkan dan melarang sekeras-kerasnya kezaliman.

iv. Persamaan
• Asas ini adalah cabang dari asas keadilan. Persamaan sangat ditekankan. Faktor yang
membezakan antara satu sama lain adalah takwa dan amal soleh, (iman dan ilmu).
(Rujuk surah Al-Hujurat:13).

v. Perlakuan yang sama


• Kaedah umum untuk mengeratkan hubungan manusia sama ada individu mahupun
kelompok adalah dengan adanya perlakuan yang sama atau lebih baik. Membalas
suatu kebaikan dengan kebaikan yang sama atau lebih baik adalah tuntutan bagi setiap
masyarakat yang menginginkan hubungan harmoni. Maka Allah SWT menentukan hal
tersebut dalam salah satu firman-Nya (Rujuk surah Al-Isra: 7).

vi. Berpegang teguh pada keutamaan


• Asas ini sering dinyatakan bersama dengan takwa, ihsan dan kebaktian dalam
Al-Qur’an. (Contohnya dalam Surah Al-Baqarah:177 dan 194, Al-Mukminun:96,
Fushshilat:34). Dan di antara fenomena berpegang kepada keutamaan; berlemah

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 103
lembut, memaafkan, berlapang dada, bersabar, ringan tangan, menolong dan lain-lain.
Perkara yang paling jelas kebaikannya adalah membalas suatu kejahatan dengan yang
lebih baik (QS. Fushshilat:34).
vii. Kebebasan (merdeka)
• Dalam asas inilah betapa jelas Allah memuliakan manusia dan menghormati kemahuannya,
fikirannya dan perasaannya dan membiarkannya menentukan nasibnya sendiri apa
yang berkaitan dengan petunjuk dan kesesatan dalam keyakinan, dan membebankan
kepadanya akibat perbuatannya dan muhasabah dirinya.
• Hanya kebebasan bukanlah maknanya melepaskan diri dari segala ketentuan dan ikatan
kerana menuruti hawa nafsu, sehingga seseorang boleh melanggar hak-hak orang lain.
Kalau demikian halnya yang terjadi adalah kekacauan dan kerosakan. Sesungguhnya
kebebasan yang hakiki dimulai dengan membebaskan jiwa dan nafsu daripada mengikuti
syahwat dan menjadikannya tunduk kepada akal dan hati. Apalagi jika sampai menjadikan
hawa nafsu sebagai tuhan (Rujuk surah Al-Jatsiyah:23).
viii. Berlapang dada dan toleransi
• Makna toleransi adalah sabar menghadapi keyakinan-keyakinan, pendapat-pendapat
dan amal-amal orang lain walaupun bertentangan dengan keyakinan dan pandangan
kita. Tidak boleh menyerang dan mencela dengan celaan yang membuat orang lain
sakit dan tersiksa perasaannya, dan tidak boleh memaksa atau melarang mereka dari
mengemukakan pendapat atau melakukan amalan-amalan mereka.
• Asas ini terkandung dalam banyak ayat Al-Qur’an, antaranya, “Dan janganlah kalian
mencela orang-orang yang berdo’a kepada selain Allah, yang menyebabkan mereka
mencela Allah dengan permusuhan dengan tanpa ilmu. Demikianlah Kami menghiasi
untuk setiap umat amalan mereka, lalu Dia mengabarkan kepada apa yang mereka
lakukan”. (Al-An’am:108)
ix. Saling tolong-menolong
• Tabiat manusia adalah makhluk sosial, kerana tidak ada seorang pun yang mampu hidup
sendiri, tanpa bergaul dengan saudaranya. Dengan bermuamalah antara manusialah
akan sempurna pemanfaatan dan kegunaan. Banyak keperluan seorang individu yang
tidak akan mampu dipenuhinya sendiri. Bahkan Islam tidak sekadar mengesahkan
asas ini sebagai asas dalam hubungan antara manusia, tetapi lebih jauh lagi Islam
menentukan bahawa hamba selamanya bergantung kepada pertolongan Allah SWT.
Dan Islam mengaitkan pertolongan ini dengan saling tolong menolong antara manusia.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dan Allah selalu menolong seseorang selama orang
tersebut selalu menolong saudaranya”. (HR. Muslim).
x. Menepati janji
• Menepati janji merangkumi seluruh janji dalam hal yang baik. Ia merupakan jaminan
untuk kelangsungan unsur kepercayaan dalam saling tolong-menolong antara manusia.
Bila hal ini hilang dari masyarakat, maka boleh menyebabkan masyarakat akan hancur
dan rosak.
• Melanggar atau memungkiri janji merupakan salah satu tanda dari kemunafikan. Nabi
SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga; bila berbicara dia berbohong, bila
berjanji dia melanggarnya dan bila diberi amanah dia mengkhianatinya”.
• Inilah sepuluh asas di antara asas-asas hubungan kemanusiaan yang ditawarkan oleh
Islam. Walaupun pada sepuluh hal ini, tetapi dengan melaksanakan sepuluh asas ini
saja sudah dapat dibangun masyarakat yang kuat, barakah dan penuh keharmonian,
kebahagiaan dan kedamaian.

104 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1: KOLAM JIWA

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Sediakan dua baldi untuk setiap kumpulan. Kedua-dua baldi berisi air penuh.
2. Fasilitator mengarahkan salah seorang pelajar memasukkan nila dalam salah satu baldi
sehingga air di dalam baldi tersebut berubah warnanya.
3. Masukkan air ke dalam baldi yang sudah berubah warna sedikit demi sedikit hingga melimpah
dan akhirnya air yang berwarna tadi kembali bersih.

B. BAHAN
1. Baldi
2. Air
3. Nila
4. Gayung

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
1. Fasilitator bincangkan bersama peserta apakah faktor-faktor yang membuatkan hati
menjadi kotor dan hitam.
2. Fasilitator menerangkan kepentingan memelihara hati supaya kekal bersih.
3. Fasilititator memberikan tips untuk membersihkan hati

AKTIVITI 2 : SIMBOL DIRI

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap ahli kumpulan diminta melukiskan sebuah simbol yang melambangkan dirinya sebagai
seorang pemimpin.
2. Fasilitator meminta mereka menyenaraikan tiga kekurangan dan tiga kelebihan simbol tersebut
dan kaitkan dengan diri mereka
3. Bincangkan:
a) Peranan dan fungsi khalifah
b) Sharing session bersama Fasilitator

B. BAHAN
1. Kertas A4
2. Pen

C. MASA
30 Minit

D. PENILAIAN
1. Fasilitator memastikan peserta memahami tentang konsep Manusia yang dijadikan oleh
Allah sebagai Khalifah. Pemimpin untuk diri sendiri dan juga orang lain.
2. Dalam ramai-ramai pelajar kenapa mereka yang terpilih?
3. Rujuk dalil surah al-Baqarah ayat 30

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 105
AKTIVITI 3: KAU KATA KAU SAYANG

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap peserta diberikan dua biji telur dan dua ikat straw.
2. Peserta diminta membuat sarang telur daripada straw.
3. Peserta diminta untuk menulis perkataan “SAYANG” atau “BENCI” pada telur.
4. Peserta memasukkan telur ke dalam sarang yang telah dibuat dengan straw tadi.
5. Peserta dibawa ke tempat yang tinggi.
6. Peserta diminta melepaskan sarang telur yang berisi telur ke tanah dari tempat tinggi.
7. Fasililator memberi rumusan tentang akitiviti yang telah dijalankan
8. Bincangkan:
a) Perasaan sayang itu haruslah ditunjukkan dengan cara menjaganya sama ada dari
segi imej mahupun keselamatan diri.
b) Curahkan sayang itu kepada yang lebih berhak seperti rakan-rakan dan keluarga
yang sentiasa menjaga imej dan keselamatan kita.
c) Buktikan dengan tindakan bukan percakapan.
d) Allah lebih menyayangi? Kita? Bagaimana?

B. BAHAN
1. Straw
2. Gunting
3. Telur
4. Pita Pelekat
5. Pen Marker

C. MASA
60 Minit

D. PENILAIAN
1. Fasilitator memastikan peserta memahami kepentingan menyayangi diri dan keluarga
seterusnya masyarakat dan Pencipta.
2. Fasilitator memastikan peserta menghayati konsep ihsan dalam hidup.
3. Rujuk surah At-Tahrim ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Berilah peringatan
buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang boleh
mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli keluargamu dari
perkara dosa.”

106 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
UNIT 2 : MENGAPA KITA DILAHIRKAN?

PENGENALAN :
Segala sesuatu yang ada di dunia ini merupakan penciptaan dari Allah yang Maha Kuasa.
Termasuk dari segala apa yang diciptakannya tidak satu pun memiliki tujuan dan manfaat.
Semut yang merupakan haiwan kecil juga terdapat. Termasuk terhadap proses penciptaan
manusia yang ada di muka bumi ini berserta segala isi alam semesta.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Memahami dan menghayati tujuan penciptaan diri mereka
2. Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

KANDUNGAN :
1. Manusia adalah makhluk yang diciptakan berdasarkan ketentuan Allah, bukan secara
kebetulan atau secara main-main. Manusia diciptakan untuk tujuan tertentu dan bukan untuk
disia-siakan. Allah nyatakan hal ini dalam surah Al-Mu’minum ayat 115 yang bermaksud:
“Maka apakah kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja?
Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Sesungguhnya manusia diciptakan untuk
beribadah kepada Allah. Dengan mengetahui hakikat penciptaan manusia, maka manusia
akan mengarahkan hidupnya untuk tujuan hidup yang telah Allah tentukan serta berusaha
sekuat mungkin untuk mendapatkan pengakhiran terbaik dari tujuan hidupnya. Berikut adalah
penjelasan mengenai tujuan penciptaan manusia :

a) Mengabdi Diri Kepada Allah SWT Sebagai Tuhan

b) Manusia Sebagai Khalifah


i. Selepas manusia diciptakan, dia diturunkan ke bumi. Di bumi ini ia diangkat oleh
PenciptaNya menjadi khalifah-NYa. Perkataan khalifah bererti penyambung,
penghubung dan yang diserah bagi menyampaikan ataupu mengerjakan sesuatu. Kata
itu juga bererti pengganti, selanjutnya sebutan ketua agama dan raja di negeri Islam.
Pemberitaan al-Quran yang manusia dijadikan Allah SWT sebagai ‘khalifah’, di bumi,
apa pengertian khalifah di sini?
ii. Dengan pemberian akal kepada manusia, maka ia melebihi makhluk-makhluk lain.
Dengan akal ia dapat mengatasi tempat dan waktu, sedangkan tumbuhan terikat
oleh tempat dan waktu dan haiwan terikat oleh waktu. Manusia dapat mengembara
di permukaan bumi, bahkan mampu keluar dari permukaan bumi. Dengan jasadnya,
manusia melebihi makhluk-makhluk lain kerana manusia dikurniakan akal supaya dapat
berfikir untuk membina, mentadbir dan mengurus alam ini.
iii. Akan tetapi, akal bukan sahaja boleh membina kehidupan tetapi dengan akal juga
mampu merosakkan kehidupan. Dengan senjata perang yang diciptakan, manusia
mampu merosakkan kehidupan manusia dan alam. Apabila otak sahaja yang diperkaya
dengan imu pengetahuan, tetapi hati dibiarkan kosong dari agama, maka akan mula
mendorong manusia untuk menyeleweng dan melakukan kerosakan.
iv. Oleh itu, manusia diberikan amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di
akhirat kelak. Lantaran itulah manusia itu perlu petunjuk, perlu tuntunan dan kawalan.
Maka Allah yang Maha Penyayang menurunkan wahyu-Nya (al-Quran) sebagai
petunjuk, tuntunan dan kawalan itu.
v. Cara hidup berkait rapat dengan setiap inci kehidupan kita, iaitu segala sesuatu
berhubungan dengan yang hidup.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 107
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : HARGA DIRI

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
2. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM10 akan digunakan (Tidak boleh ditukar)
3. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai
terkumpul yang perlu disediakan Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya
dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2.00.
4. Fasilitator meminta pelajar berkumpul bersama rakan-rakan supaya dapat menghasilkan
wang terkumpul sebanyak RM2.
5. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat
mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.
6. Pusingan dibuat sebanyak 3 kali
7. Bincangkan:
a) Apa perasaan bila dapat nilai duit tersebut
b) Apa perasaan apabila dapat duduk
c) Apa perasaan apabila diri dibiarkan tanpa orang tahu nilai?

B.BAHAN
1. Duit Kertas

C. MASA
30 Minit

D. PENILAIAN
1. Fasilitator memastikan peserta dapat menyedari hakikat kehebatan diri sendiri.
2. Peserta dapat mamahami dan menghayati tanggungjawab menggunakan kehebatan
diri yang dianugerahkan oleh Allah untuk menunaikan amanah sebagai khalifah Allah.
3. Peserta dapat memahami kepentingan berfikir dan menghargai diri.
4. Peserta dapat memahami bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan berbeza.
Manusialah yang perlu menggunakannya sebaik mungkin . Setiap manusia saling
memerlukan.
5. Rujuk surah Ali-Imran ayat 90-191

AKTIVITI 2: KAU LILIN CINTAKU

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap kumpulan akan diberikan 3 batang mancis sahaja . Setiap ahli pula akan diberi
sebatang lilin. Dalam keadaan yang gelap
2. Kedudukan ahli hendaklah dijarakkan diantara satu sama lain
3. Dengan menggunakan 3 batang mancis tersebut tanpa orang yang pegang lilin bergerak
dan nyalakan sebanyak semua lilin yang ada dalam kumpulan. Pastikan lilin tidak
terpadam
4. Bincangkan:
a) Cabaran dan dugaan menyalakan lilin
b) Sharing Session bersama Fasilitator.
c) Kaitkan perbincangan dengan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang khalifah. Budaya
ilmu, sabar, ikhlas.

108 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
B. BAHAN
1. Lilin
2. Mancis

C. MASA
30 Minit

D. PENILAIAN
1. Peserta dapat memahami hakikat cabaran dan dugaan untuk setiap orang adalah
berbeza mengikut tahap keupayaan masing-masing.
2. Peserta menyedari apakah usaha yang boleh mereka lakukan untuk menerangi kehidupan
ini dengan menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah?
3. Peserta memahami kepentingan al-Quran untuk memastikan manusia selamat di dunia
dan akhirat kelak.
4. Rujuk surah An-Nur ayat 35

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 109
UNIT 3 : KE MANA KITA?

PENGENALAN :
Persoalan ini dengan mudah dapat dijawab oleh pengetahuan kita sehari-hari iaitu akhirnya manusia
itu akan mati.
Apa itu mati? Ini tidak akan dapat dijawab dengan pengetahuan sehari-hari. Pengetahuan berasal
dari pengalaman. Akan tetapi bukankah mati itu pengalaman yang sering kita hadapi? Kita mungkin
pernah melihat dan menghantar orang mati ke kuburan. Tetapi itu bukan pengalaman kita sendiri.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Menginsafi hakikat kejadian diri mereka sebagai hamba dan khalifah
2. Mengingati mati

KANDUNGAN :
1. Alam Kehidupan Manusia
a) Dengan demikian kewujudan manusia mengalami tiga masa:
i. Alam dunia: roh dan badan berjali membentuk kesatuan, mengalami kehidupan
jasmaniah dan rohaniah, jasad sebagai alat roh dalam kehidupan di dalam alam
material.
ii. Alam barzakh: Melalui kematian manusia memasuki alam barzakh, masa ia mengalami
kehidupan rohaniah sahaja, kerana jasadnya sudah lebur menjadi tanah.
iii. Alam Akhirat: Melalui kiamat manusia dibangkitkan dengan diberikan oleh Allah kepada roh
itu rangka jasad semula.

b) Setelah manusia dibangkitkan, dihadapkan mereka kehadapan mahkamah Allah untuk


menentukan kedudukan manusia itu di alam akhirat sama ada ke syurga atau neraka. Firman
Allah dalam surah al-Ghafir ayat 17 yang bermaksud: “Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan
apa yang diusahakannya, tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesunguhnya Allah
amat cepat hitungan hisab-Nya.”

2. Ciri-ciri Luar Kematian


a) Awal sakaratul maut: Terjadi gangguan peredaran darah, tekanan darah nadi menurun,
orangnya sesak nafas, kesedaran masih ada, tetapi agak berkabus pandangannya.
b) Sakaratul maut: Orangnya tidak sedar lagi, refleksi atau pantulan mata tidak ada lagi,
pernafasannya putus-putus, gerak nadinya tidak terasa lagi, tetapi ia masih dapat dirasa pada
pembuluh darah dileher.
c) Mati – Klinik: Tanda-tanda hidup yang dapat diperiksa dari luar (secara klinik) tidak ditemukan
lagi, jantung dan pernafasan berhenti sama sekali.
d) Maka, berpisahlah roh daripada badan. Roh yang berasal dari Allah SWT akan kembali kepada
Allah SWT. Jasad yang berasal daripada tanah, akan kembali kepada tanah. Dikebumikan.
Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 42 yang bermaksud: “Allah yang menguasai
segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya jiwa orang-
orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa
tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang ditetapkannya matinya dan melepaskan
balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.”
e) Apa yang terjadi selepas mati? Apakah ada lanjutannya, atau dengan mati berakhirlah
semuanya?
f) Dalam kubur itu, jasad lebur menjadi tanah, sedangkan roh menunggu hari kiamat, untuk
ia dibangkitkan kembali. Alam kubur di sebut juga alam barzakh, iaitu alam peralihan yang
memisahkan antara masa dunia dan masa akhirat. (Rujuk surah al-Mukminum ayat 100).

110 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
3. Amalan dan Balasan
a) Amalan atau nilai per i laku atau perbuatan manusia semasa di dunialah yang akan
menentukan kedudukannya di akhirat. Dalam kehidupan dunia manusia itu dalam garis
sarnya terbahagi dua:
i. Mereka yang baik, kerana beriman dan beramal soleh
ii. Mereka yang tidak baik atau jahat, kerana kafir dan beramal salah.
b) Berbuat baik, maka baiklah balasannya. Buruk yang dilakukan, buruklah balasannya. Apabila
seseorang itu melakukan kebaikan dalam kehidupan di dunianya, ia akan memperoleh
kebaikan dalam kehidupan akhiratnya sebagai balasan. Demikian pula yang berbuat tidak
baik atau jahat dalam kehidupan dunianya, maka keburukan juga yang akan diterima sebagai
balasannya.
c) Nilai balasan baik di akhirat ialah dengan penempatan di dalam Syurga, manakala nilai
balasan buruk adalah dengan penempatan di dalam neraka. Syurga melambangkan
kehidupan bahagia dan sejahtera, penuh keselamatan dan kesenangan. Manakala neraka
melambangkan kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kehinaan.
d) Sekiranya kehidupan manusia diakhiri oleh mati, yang kemudian disambung dalam kehidupan
alam barzakh, maka setelah manusia dibangkitkan ia memasuki alam akhirat. Kehidupan
yang akhir ini tidak terbatas oleh waktu. Di dunia manusia mengalami kehidupan sementara,
di akhirat ia kekal abadi.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : PUZZLE HIDUPKU

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Satu kumpulan diberi dua set Jigsaw Puzzle untuk mereka selesaikan
2. Syaratnya mereka tidak dibenarkan bercakap antara satu sama lain sewaktu selesaikan
jigsaw ini.
3. Jigsaw puzzle dicampur adukkan dan peserta perlu mendapatkan kepingan jigsaw dari
kumpulan lain untuk menyiapkannya.
4. Fasilitator hendaklah memerhatikan peserta
5. Bincangkan:
a) Kepentingan komunikasi antara peserta
b) Senaraikan cara komunikasi yang digunakan
c) Tujuan untuk melengkapkan jigsaw puzzle
d) Bincangkan tentang perbezaan pendapat itu seharusnya membawa kepada penghormatan
dan hubungan lebih erat

B.BAHAN
Jigsaw Puzzle

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
1. Peserta dapat memahami keperluan untuk sentiasa menunjukkan contoh yang baik
walaupun kita tidak bersetuju dengan pendapat atau pandangan orang lain. Rujuk surah
An-Nahl ayat 125.
2. Peserta memahami tentang perbezaan pendapat itu seharusnya membawa kepada
penghormatan dan hubungan lebih erat kerana kita berbeza pendapat untuk menyelesaikan
dan mencari kesempurnaan dalam ilmu dan bukannya bertelagah untuk menegakkan
pendapat masing-masing.
3. Peserta menghayati tujuan hidup. Setiap perkara yang dilakukan atas muka bumi ini

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 111
semuanya punya tujuan iaitu untuk mendapat redha Allah.

AKTIVITI 2 : WORLD CUP KHALIFAH

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti SEPAK, TENDANG ,TANDUK,
GOL, OH YEAH.
2. Ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan arahan kepada setiap
kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing.
3. Permainan akan diteruskan Sehingga 5 pusingan.
4. Kumpulan yang lambat dikira kalah dan kumpulan yang tinggal seterusnya akan diuji
dengan melaungkan perkataan sambil bertepuk tangan, bangun duduk dan melompat.

B. BAHAN
Tiada

C. MASA
30 minit

D. PENILAIAN
1. Peserta dapat berkerjasama untuk memastikan kejayaan ditempa. Kejayaan bersama
sangat membahagiakan berbanding kejayaan sendiri. Begitu juga masuk syurga.
2. Peserta dapat mempunyai sasaran untuk masuk syurga bersama-sama dengan keluarga
dan sahabat-sahabat mereka kerana ia lebih membahagiakan berbanding masuk syurga
berseorangan.
3. Rujuk surah Az-zukhruf ayat 67: “Sahabat karib pada hari kiamat kelak, akan saling
bermusuhan kecuali mereka yang bertakwa.”

AKTIVITI 3 : INGATKAN DAH MATI ?

A. KAEDAH PELAKSANAAN
(Rujuk Lampiran)
1. Mandi jenazah
2. Kafan
3. Pengurusan kubur

B. BAHAN
1. Kain Kafan
a) Kain putih : 60 inci lbar
b) Kapur Barus serbuk
c) Serbuk cendana : 10 g
d) Kapas gulung : 300 g
e) Minyak attar tanpa alcohol : 5ml
f) Tikar jerami : 3 kaki x6 kaki
g) Air mawar : 150 ml
h) Plastik lut sinar
i) Debu Tayamum : 90 g
j) Sabun mandi buku
k) Plastik hitam bertangkai : 2 kaki x 11.5 kaki
l) Putik kapas

2. Pemandi jenazah
a) Apron perubatan ( biru gelap)

112 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
i. DAMEDA – protection gown
ii. Disposable blue – 1150 mm x 1400 mm

b) Apron tidak berisiko – putih


c) Apron berisiko (Isolation Gownknitted Cuff-Blue)
d) Tudung kepala berisiko (blue)
e) Sarung tangan pakai buang (GAMMAEX)
f) Sarung tangan getah nipis pakai buang
g) Penutup mulut berisiko
h) Penutup mulut tidak berisiko
i) Gunting kain

C. MASA
2 jam

D. PENILAIAN
1. Peserta dapat mempelajari dan memahami asas pengurusan jenazah
2. Mengingati mati dan memberi keinsafan kepada para pelajar.

UNIT 4 : TERAPI TAUBAT DAN ZIKIR

UNIT/SUBTOPIK : 1. Pendahuluan
2. Definisi
3. Kesan-kesan dosa
4. Fadhilat istighfar
5. Masa beristighfar
6. I’Laj ( Rawatan)

PENGENALAN :
Allah sentiasa membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap
waktu dan di mana sahaja mereka berada kerana Allah itu Maha Pengampun, Pengasih dan
Penyayang. Firman Allah yang bermaksud : “…dan mohonlah ampun kepada Allah, ses-
ungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Muzammil : 20)

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Menjelaskan konsep Istighfar menurut Islam
2. Menjelaskan kaedah I’Laj (terapi) istighfar

KANDUNGAN :
1. Definisi taubat dan istighfar
Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala
dosa serta kesilapan yang dilakukan. Kembali kepada Allah dengan sepenuh hati dan
menyesal atas dosa yang dilakukan serta berazam tidak akan melakukannya lagi.

2. Kesan-kesan dosa
a) Kemurkaan Allah

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 113
b) Disempitkan rezeki
c) Kebencian orang-orang mukmin
d) Perasaan yang buruk antara hamba dan Allah, dan antara hamba dengan manusia.
e) Terhalangnya ketaatan dan berterusan dalam kemaksiatan.
f) Dipandang rendah dan keji dan hina disisi Allah
g) Jiwa resah dan tidak tenang

3. Fadhilat istighfar
a) Dapat menghapuskan dosa
Kekuatan istighfar disebut oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Ali-Imran: 135;

Yang bermaksud : ”Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka- dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,
sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

b) Melenyapkan kesempitan
i. Allah berfirman dalam surah Muhammad:19

Yang bermaksud “Maka ketahuilah, bahawa tidak ada Tuhan (yang patut disembah) selain
Allah dan mohonlah keampuna n atas dosamu dan atas (dosa) orang mukmin lelaki dan
perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu.”

ii. Dalam ayat tersebut Allah telah memerintahkan Rasullullah SAW supaya membaca ayat
tersebut ketika merasa kesempitan hati lantaran kaum yang menyakitinya sewaktu mula
menyebarkan dakwah Islamiah.
iii. Abi Abdillah pula berkata, “Sesiapa yang banyak beristighfar, maka Allah akan menjadikan
segala kesusahan itu kelapangan dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan
memberi rezeki yang tidak dijangka.”
iv. Diperkukuhkan lagi melalui firman Allah, dalam surat Ath-Thalaaq: 2-3 yang bermaksud;”…
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkahnya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka
Allah cukupkan baginya( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah
tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menetapkan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

114 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
c) Melenyapkan kesukaran
i. Kekuatan ini merujuk kepada Ibn Thawus yang telah meriwayatkan dalam kitabnya, Mahj
al-Da’awat, dari Rasullullah SAW beliau bersabda “ Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau
kesusahan makan hendaklah mengucap astaghfirullah wa atubu ilaihi sebanyak 1000 kali,
maka Allah akan menghapuskan segala kesukaran tersebut.

d) Mengusir syaitan
i. Hawa nafsu yang dimiliki manusia merupakan ciri utama syaitan dalam diri manusia.
Tenaga yang dikeluarkan oleh hawa nafsu bersifat panas kerana ia mengandungi bara api
dan serupa dengan asal kejadian jin dan syaitan. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman:15

Yang bermaksud “Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.”
ii. Allah berfirman dalam Surah Al-Hijr:27

Yang bermaksud : “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang
panasnya menyerap ke liang bulu roma.”

iii. Oleh itu, ketika nafsu menguasai dir i kita , kita akan mendapati diri berubah
menjadi individu yang cepat marah, sedih, kecewa dan mudah putus asa.
iv. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’:27

Yang bermaksud “dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima
taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasikh) yang menurut keinginan hawa nafsu
(yang diharamkan oleh Allah) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng
(dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.

e) Memberi ketenangan dan memberi kebahagiaan


i. Hal ini telah diungkapkan dari kata-kata dan doa Nabi Musa a.s, dalam Surah Al-A’raaf
ayat 155 d i mana Nabi Musa bersama dengan kaumnya mendaki Gunung Tursina dan
digegarkan dengan gempa bumi. Ketika itu Nabi Musa memohon keampunan ke Allah
SWT.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 115
Yang bermaksud; “Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk dibawa
bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digegar
oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: ”Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki,
Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak
membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di
antara kami? (apa yang telah mereka lakukan) itu, hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu,
Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkau jualah pelindung kami; oleh itu ampunkan lah kami dan berilah
rahmat kepada kami, kerana Engkau jua lah sebaik-baik pemberi ampun.”

f) Membawa rezeki
i. Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata; “perbanyakkanlah istighfar kerana ia membawa
rezeki”. Kisah ini diceritakan dalam satu peristiwa. Seorang Arab Badwi datang kepada
Ali bin Abi Talib, kemudian dia mengadu tentang kefakiran dan masalah yang dihadapinya,
lalu Ali bin ABi talib berkata kepadanya:“hendaklah kamu beristighfar duhai A’rabi, kerana
sesungguhnya Allah telah menjelaskan perkara tersebut melalui firmanNya Surah Nuh:
10-11)

Yang bermaksud : ”Sehingga Aku bekatata ( kepada mereka) : “Pohonkanlah ampun


kepada tuhan kamu, sesungguhnya adalah ia maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat
demikian), ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.”

116 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
g) Mampu menahan azab Allah
i. Sejak akhir-akhir ini kita bukan sahaja menyaksikan bencana alam, yang terjadi di seluruh
dunia, kita juga menyaksikan bencana moral. Terfikirkah kita apa yag dapat menyelamatkan
kita jika bukan melalui permohonan doa dan bantuan daripada Allah. Ia terbukti melalui
doa Nabi Yunus a.s “sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri
sendiri”, yang diungkapkan dalam firman Allah melalui surah Al-Anbiyaa’:87

Yang bermaksud “ Dan (sebutkanlah peristiwa Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan


kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan
mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka
ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan
(yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan
aniaya. Tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri
sendiri.”

ii. Menurut ulama, barang siapa yang membaca “Tasbih Nabi Yunus” pada malam
Nisfu Syaaban sebanyak 2375 kali. Insyallah selamat dan aman ia dalam setahun itu
daripada bala bencana dan kesusahan sampai Nisfu Syaaban tahun mendatang.

iii. Menurut Syeikh Sanusi- barang siapa yang mempunyai hajat yang sulit dan pelik,
maka hendaklah dia berwuduk kemudian sujud 1 kali. Ketika sujudnya dia membaca
Tasbih Nabi Yunus sebanyak 41 kali. Setelah itu sebelum bangun dari sujud itu,
mohonlah apa jua yang dihajatinya. Insyaallah akan dimakbulkan dengan
berkat Tasbih Nabi Yunus. Jelaslah kepada kita Islam mengajar bahawa
jawapannya ialah melalui istighfar. Firman Allah dalam

surah Al-Anfal:33

Yang bermaksud “Dan Allah tidak sekali-kali menyeksa mereka, sedang engkau ( wahai
Muhammad) ada diantara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang beristighfar
(meminta ampun).”

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 117
4. Masa Beristighfar
Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :
a) Sepanjang hari
b) Sesudah melakukan dosa
c) Ketika hendak tidur
d) Ketika bersahur
e) Setelah selesai berwuduk
f) Ketika duduk antara dua sujud
g) Sesudah menbaca Tahiyat (Tasyahud Akhir)
h) Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis

5. I’Laj
a. I’Laj Istighfar
i. Allah berfirman dalam Surah An-Nasr ayat 3

Yang bermaksud; “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat”.

ii. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 3

Yang bermaksud; “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan
Syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadanya; supaya ia memberi kamu
nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat
pula), ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang
amal yang soleh) akan pahala kelebihannnya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga
perkara itu), maka sesungguhnya Aku bimbang kamu akan peroleh azab hari kiamat yang besar
( huru-haranya).

b. I’Laj Zikir
Zikirullah adalah amalan mengingati Allah dan menyebut namaNya dengan bertasbih,
bertahmid dan sebagainya. Dilakukan dengan hati ataupun melalui lisan. Ia merupakan
ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa. Pelbagai fadhilat dan keutamaan
yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berzikir. Sesiapa yang
sentiasa berzikir akan mendapat darjat yang tinggi disisi Allah SWT. Amalan zikir mempunyai
kekuatannya tersendiri untuk dijadikan kaedah dalam rawatan kepada manusia terutama
bagi yang menghadapi masalah penyakit fizikal, mental dan spiritual.

Pengertian zikir
Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Dari sudut istilah zikir merupakan cara

118 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
mengingati Allah bila mana dan di mana sahaja manusia berada dengan cara-cara yang
dibolehkan oleh syarak, seperti melalui ucapan, perbuatan ataupun hati.

Fadhilat zikir menurut Al-Quran, sunnah dan ulama


Amalan zikir mempunyai fadhilatnya tersendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Al-quran, hadis
dan para ulama. Fadhilat-fadhilat yang wujud pada amalan zikir ini adalah bukti jelas ia
boleh dijadikan untuk merawat pelbagai penyakit yang dihidapi oleh manusia terutamanya
dalam aspek kerohanian. Berikut adalah penjelasan berkenaan amalan berikut.

i. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rad’ ayat 28

Yang bermaksud; “(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah, ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteram lah hati manusia.”

ii. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut:45

Yang bermaksud; ”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) apa yang telah diwahyukan
kepadamu, dari Al Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);. Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat
Allah (sembahyang) adalah lebih besar (faedah dan kesannya). Dan (ingatlah) Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan.”

iii. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzaab ayat 35

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 119
Yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang islam dan orang –orang perempuan
yang islam, orang-orang lelaki yang beriman dan orang –orang perempuan yang beriman,
orang-orang lelaki yang taat dan orang –orang perempuan yang taat, orang-orang lelaki yang
benar dan orang –orang perempuan yang benar, orang-orang lelaki yang sabar dan orang–
orang perempuan yang sabar, orang-orang lelaki yang merendah diri (kepaa Allah) dan orang–
orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) , orang-orang lelaki yang bersedekah dan
orang–orang perempuan yang bersedekah, orang-orang lelaki yang berpuasa dan orang–orang
perempuan yang berpuasa, orang-orang lelaki yang memlihara kehormatannya dan orang–orang
perempuan yang memelihara kehormatannya, orang-orang lelaki yang banyak menyebut (nama)
Allah dan orang–orang perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.”

iv. Firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 2

Yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang bila disebut
nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
Menurut Sunnah Rasululah pula zikir mempunyai beberapa Fadhilat antaranya;
Maksudnya:”Allah SWT berfirman:”Adalah Aku (tertakluk) kepada prasangka (baik dan kekuatan
keyakinan) hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika (hambaKu) mengingatiKu, dan jika
(hambaKu) mengingatiKu dalam dirinya, maka Akupun mengingatinya dalam diriKu, dan apabila
(hambaKu itu) mengingatiKu dalam satu kumpulan, maka Aku ingat dia dalam satu kumpulan yang
lebih baik dari kumpulan itu, dan jika (hambaKu) mendekatiKu sejengkal ( dengan mentaatiKu).
Maka Aku mendekatinya sehasta dengan (kerahmatan, petunjuk dan pertolonganKu), dan
jika (hambaKu) dekat kepadaKu sehasta Aku dekat kepadanya sedepa, dan jika (hambaKu)
mendatangiKu secara berjalan, maka Aku akan mendatanginya secara berlari (mencurah-curah
kerahmatan).” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Baginda bersabda, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id
al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Bahawa Rasulullah SWT pernah ditanya ibadat apakah yang lebih
mulia darjatnya di sisi Allah pada hari Kiamat? Rasulullah menjawab:”Lelaki dan perempuan yang
banyak mengingati Allah.” Lalu Abu Sa’id al-Khudri pun bertanya:” wahai Rasulullah, bagaimana
pula orang yang berperang pada jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walau orang itu memukul
orang-orang kafir dan orang-orang musyrik dengan pedangnya sehingga pecah dan berlumuran
darah, tetap juga orang yang (banyak) mengingati Allah itu lebih mulia darjatnya.”
Seterusnya berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW zikir mempunyai fadhilat seperti berikut:
• Perbandingan orang yang berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati
• Apa-apa yang Allah akan lakukan terhadap seseorang adalah mengikut sangkaan
nya terhadap Allah.
• Amalan yang paling baik dan suci
• Ditingkatkan darjat disisi Allah. Orang yang sibuk berzikir akan dikerumuni oleh
Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.
• Allah berbangga dengan mereka yang berzikir dan memujinya.
• Ahli majlis zikir akan diseru oleh Malaikat dari langit dengan berkata bangunlah dan
keampunan untuk kamu.
• Tujuh golongan mereka yang dilindungi dibawah rahmat Allah antaranya ialah orang
yang berzikir.

120 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
• Iblis akan binasa dengan kalimah toyyiban (suci) dan Istighfar
• Seseorang yang mengucap kalimah yang suci akan terselamat daripada azab Allah.

Seorang Ulama Mazhab Ahli Sunah Wal Jama’ah iaitu Hafiz Ibnu Qayim R.A berkata zikir
mempunyai fadhilat yang begitu banyak. Antaranya ialah:
• Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
• Zikir mendapat keredhaan Allah
• Zikir menguatkan hati dan badan
• Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
• Zikir menarik rezeki.
• Orang yang berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (orang yang memandang
akan merasa kehebatan dan kemanisan)
• Zikir membawa seseorang itu kembali kepada Allah dan akhirnya Allah menjadi
pelindung dan pembantu dalam setiap keadaan.
• Zikir adalah makanan roh dan hati, serta membersihkan hati
• Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
• Zikir adalah rawatan penyakit hati.
• Wajah orang yang berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat

c. Amalan I’laj az-zikr (Terapi Zikir)


Zikir Al Mathurat :
Himpunan doa dan zikir yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Sebagai amalan
Rasulullah SAW ia mempunyai banyak kelebihan dan manfaat, berikut adalah kelebihan
membaca Al-Mathurat:
i. Tidak dihampiri Syaitan
ii. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
iii. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat
iv. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah
akan menjamin untuknya syurga
v. Selamat daripada segala sesuatu
vi. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya
vii. Terhindar dari syirik
viii. Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
ix. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
x. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari Kiamat
xi. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu
petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke
waktu pagi
xii. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah daripada sudut zikir dan
berdoa, dan berbagai lagi kelebihan

d. Kaedah Amalan
Zikir-zikir yang terkandung di dalam Al-Mathurat ini sangat sesuai diamalkan oleh setiap
muslim sepanjang waktu. Namun biasanya dibaca sesudah solat Subuh dan Asar.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 121
UNIT 5 : TERAPI SOLAT

UNIT/SUBTOPIK : 1. Solat Taubat


2. Solat Dhuha
3. Solat Tahajjud
4. Fadhilat istighfar
5. Masa beristighfar
6. I’Laj ( Rawatan)

PENGENALAN :
Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara
langsung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana yang telah kita ketahui di dalam
peristiwa Isra’ dan Mikraj. Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat adalah
ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri ke langit
untuk menerima kewajipan menunaikan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya
ke dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting.

Oleh yang demikian kita telah pun memahami dan meyakini bahawa pengaruh atau kesan positif
solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak
mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara.

OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, murid akan dapat :
1. Mengetahui cara untuk mengerjakan solat lima waktu dan solat-solat sunat yang lain

KANDUNGAN :
1. Solat Taubat
Solat sunat taubat ialah soat sunat yang dilakukan seseorang melakukan perbuatan dosa
atau merasa berbuat dosa lalu bertaubat kepada Allah dengan berjanji tidak akan
mengulanginya.

Maksudnya:
“Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun dan berwuduk.
Kemudian solat lalu memohon keampunan dari Allah, pasti Allah akan memberi keampunan
baginya. Setelah itu dibaca surah ini:
“mereka yang pernah mengerjakan kejahatan atau yang telah berbuat dosa terhadap dirinya
sendiri, lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon keampunan di atas dosanya.
Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf
dan sedar bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah, maka
mereka itu akan diberi pahala dengan syurga dimana di bawahnya mengalir air sungai, dan di
situlah tempat mereka kekal abadi.” (riwayat Abu Daud, An-Nasai’ dan Ibn Majah)
Selepas selesai solat sunat taubat maka perbanyakkan istighfar. Antara istighfar yang baik ialah
penghulu istigfar.

122 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Maksudnya: “Ya Allah Engkaulah tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan engkau, engkau telah
menjadikan daku dan aku adalah hambamu dan aku di atas perintah serta perjanjianmu sekadar
keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan aku mengaku
bagiMu dengan nikmatMu keatasku dan aku mengaku dengan dosaku maka ampunilah bagiku
sesungguhnya tiada siapa dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.”
(Diriwayatkan oleh Buhari)

Kaedah
Solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila bila masa. Ia dilakukan dengan dua rakaat dan
satu salam.

Lafaz Niat:

Maksudnya – “Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan
Bacaan rakaat pertama : Surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Bacaan rakaat kedua : Surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 123
Selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

Selepas istighfar, diakhirnya dengan doa untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah
SWT. Doa solat sunat Taubat boleh juga dibaca secara beramai- ramai.

Doa Solat Sunat Taubat

Maksudnya – “Aku minta ampun dari Allah.” (3X)

Maksudnya – “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”

Maksudnya – “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”

Maksudnya – “Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat
selama-lamanya.”

Maksudnya – “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama
Islam.”

Maksudnya – “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan
tiada sekutu bagi-Nya.”

124 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
Maksudnya – “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam
ke atasnya.”

Maksudnya – “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”

Maksudnya – “Dan agama Allah sebagai agama kami.”

Maksudnya – “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.”

Maksudnya – “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para saha-
batnya, semoga selamat sejahtera.”

Maksudnya:* “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang
beriman.”

Begitulah cara solat sunat Taubat serta doa yang dipetik dari Panduan Qiamullail terbitan Ja-
batan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga kita ambil manafaat darinya. Semoga Allah
SWT merahmati serta mengampun kita semua.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 125
2. Solat Dhuha
Solat ini dilakukan pada waktu dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang
sepengalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah swt ialah
8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling
sedikit yang boleh dikerjakan adalah 2 rakaat.

Yang Bermaksud: “Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah (SAW) telah berwasiat
kepadaku tiga perkara iaitu: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha dua rakaat dan
sembahyang sebelum tidur.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah (SAW) sendiri ialah solat
sunat dhuha. Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya
antaranya alam riwayat Abu Hurairah katanya:

a) Allah menjanjikan untuk menunaikan keperluan hambanya pada hari itu.


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi RA bahawasanya nabi (SAW) telah bersabda: “Allah SWT
terlah berfirman Wahai anak Adam bersembahyanglah untuk Aku pada awal pagi, nescaya
Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan solat dhuha yang antara faedahnya ialah Allah
SWT member jaminan akan menyempurnakan segala keperluan keduniaan manusia setiap hari.

i. Tiga Amalan Yang Dicintai Oleh Allah.


“Kekasihku Rasululah (SAW) telah berwasiat kepadaku 3 perkara. Aku tidak meninggalkannya
iaitu supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan solat witir, dan supaya aku tidak
meninggalkan dua rakaat solat dhuha kerana ia adalah sunat awwabin dan berpuasa tiga hari
pada tiap-tiap bulan.” (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “pada tiap-tiap
pagi lazimkanlah atas tiap tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah: Tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat bik satu sedekah, dan cukuplah
(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat dhuha.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

ii. Menjadi Asbab Dimurahkan Rezeki


Kelebihan sembahyang dhuha itu seperti yang dinyatakan dalam kitab “Annur Ain” sabda
Rasulullah SAW yang maksudnya: “Dua rakaat dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

iii. Allah Akan Mengampunkan Dosa-Dosanya


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “sesiapa yang
menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah segala dosanya walaupun seperti
buih di lautan”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

126 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
iv. Allah Akan Membina Mahligai Emas Di Syurga
Daripada Annas bin Malik RA berkat: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua belas rakaat, Allah akan membina baginya
sebuah mahligai daripada emas.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

v. Diisytiharkan Sebagai Orang Soleh


Dalam sebuah Hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan
sembahyang sunat dhuha sebanyak 2 rakaat dia tidak termasuk di kalangan orang orang yang
lali daripada mengingati Allah dan sesiapa yang menunaikannya sebanyak 4 rakaat dia akan
ditulis sebagai orang orang yang suka beribadat dan sesiapa yang menunaikannya sebanyak
6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, sesiapa yang menunaikannya sebanyak 8
rakaat Allah menulis baginya sebagai orang-orang yang selalu berbuat taat, sesiapa yang
menunaikannya sebanyak 12 rakaat, Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga
dan tidak ada satu hari dan amalan melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah
kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-
hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya.”

(Riwayat At-Tabrani)

Kaedah Mengerjakan Sunat Dhuha


Waktu sembahyang dhuha ialah naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir pada waktu
tergelincir matahari tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara Menunaikan :
Sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga
dikerjakan empat rakaat, enam rakaat, dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaat
tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah yang bermaksud: “Adalah Nabi SAW bersembahyang
Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Majah)

i. Niat

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

ii. Surah yang dibaca


Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW dalam solat ini. Antara
surah yang dianjurkan ulama ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan
Ad-Dhuha.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 127
iii. Doa

Maksudnya : Ya Allah! Bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, keindahan itu
keindahanMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan
itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan itu adalah perlindunganMu. Ya Allah! Ya Tuhanku,
jika rezeki ku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi
maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih
jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu DhuhaMu, KeagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu
dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkanlah kepada
hamba-hambaMu yang soleh.

3. Solat Tahajjud
Antara solat-solat sunat yang dituntut untuk kita melakukannya. Ia mempunyai beberapa
kelebihan. Allah berfirman ;
Firman Allah Taala :

Yang bermaksud : Dan di sebahagian malam tu, hendaklah kamu bertahajud sebagai nafilah
(tambahan) untukmu. Mudah-mudahan Tuhan-mu akan mengangkat kamu ke tempat( kedudu-
kan) yang terpuji. (Surah Al-Israk:79)

a) Kelebihan
“…. Dan bangunlah pada sebahagian dari waku malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al-Israk :79)
Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya, Saidina Umar Al-
Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, “Sesiapa mengerjakan solat malam
(tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah SAW sembilan perkara, lima di dunia
dan empat di akhirat”
b) Kurniaan di dunia :

128 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
i.Jauh daripada segala penyakit
ii.Lahir kesan taqwa di wajahnya
iii. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
iv. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

c) Kurniaan di akhirat :
i. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
ii. Dipermudahkan hisab
iii. Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
iv. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan
orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada tuhanmu, penghapus
kesalahan dan pencegah daripada dosa.” (Riwayat Muslim)

d) Kaedah :
Solat Tahajud ini dilakukan pada pertengahan malam selepas bangun daripada tidur atau
sepertiga malam, walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan
solat Isyak, bersama 2 rakaat solat sunat Ba’diyah sehinggalah masuk waktu Subuh. Solat ini
tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak tidak
terhad.

Niat

Maksud : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah taal

Doa Solat Tahajud:

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 129
Maksudnya : “Ya, Allah! BagiMu segala puji, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau
kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi. Bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit
dan di bumi dan segala yang terkandung padanya. Engkau Yang Maha Benar, dan janji Engkau
adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar,
dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah!
KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku bertawakal,
dan kepadaMu aku bertaubat, kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi,
ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakanlah dan
lahirkanlah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau”
Sesudah itu, bacalah istighfar sama ada istighfar biasa atau penghulu istighfar.

4. Solat Tasbih
Solat sunat ini terdapat bacaan tasbih sebanyak 300 kali, oleh demikian solat ini dinamakan
Solat Sunat Tasbih.

a) Kaedah
i. Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat
dengan satu salam. Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah
dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam

ii.Terdapat 2 cara melakukan Solat ini :


• Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa Iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih
sebanyak 15 kali. Kemudian membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu
kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam
rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
• Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah. Selanjutnya tasbih dibaca
sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan
pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

iii.Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
Surah biasa yang dibaca ialah : Pada Rakaat 1: surah At-Takathur, (Alhakumuttakathur), Surah
Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Suraj Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada
rakaat ketiga dan keempat hanya Fatihah sahaja dibaca ( seperti Solat Zohor dan Asar)

b) Lafaz Niat

Maksud : Sahaja aku menunaikan solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

c) Bacaan Tasbih

Maksud : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha
Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Agung.

130 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
d) Jadual Tasbih

i. 4 rakaat 2 salam

WAKTU JUMLAH TASBIH


Selepas Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara 2 sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 x 2 : 300

ii. 4 rakaat 1 salam

WAKTU JUMLAH TASBIH


Selepas Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara 2 sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 131
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat akhir 10
JUMLAH : 300

e) Doa Solat Tasbih :

Maksudnya : “Ya Allah! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi
Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan
di langit dan dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar,
dan janji Engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, Ya Allah! KepadaMu
aku berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku bertawakal, dan kepadaMu aku
bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-
dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan,Engkau Tuhanku,
tiada Tuhan melainkan Engkau”

132 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

AKTIVITI 1 : TAUBAT : ZIKIR & SOLAT TAUBAT

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pelajar diminta utuk beristighfar
2. Mengakui kesilapan yang telah dilakukan
3. Merasakan diri berdosa kepada Allah
4. Menyesal dengan apa yang telah dilakukan
5. Benci dengan kesilapan yang dilakukan
6. Berazam tidak akan mengulangi keslilapan.
7. Memperbanyakkan lafaz istighfar
8. Solat taubat
9. Melazimkan kekal berwuduk

B. BAHAN

Solat Sunat taubat: rujuk kaedah pelaksanaan dalam Unit Terapi Solat

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 133
C. MASA
1- 2 jam

D. PENILAIAN
1. Para peserta dapat mengetahui cara pelaksanaan solat-solat sunat dan zikir yang
pelbagai.
2. Para peserta dapat merasa keinsafan serta menyesal dengan kesalahan yang telah
dilakukan
3. Terapi ini dapat menjadi satu penghalang daripada para pelajar mengulangi kesalahan
yang telah dilakukan.

AKTIVITI 2 : #MYIBADAH : WUDHU & SOLAT

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator akan memberi kefahaman kepada para pelajar berkaitan wudhu, kelebihan
berwudhu dan hukum-hukum berkaitan.
2. Fasilitator akan membimbing para pelajar untuk melakukan amali wudhu.
3. Fasilitator akan menerangkan perkara yang membatalkan wudhu.
4. Fasilitator memberi kefahaman tentang solat-solat sunat yang dilakukan.
5. Fasilitator akan membimbing para pelajar melakukan amali solat

B. BAHAN
Pakaian solat yang bersesuaian

C. MASA
2 jam

D. PENILAIAN
1. Para pelajar akan mempelajari asas wudhu yang betul dan hukum yang berkaitan.
2. Para pelajar mempelajari dan melaksanakan solat sunat
3. Para pelajar dapat memahami asas-asas dan hokum solat yang berkaitan

AKTIVITI 3: I LOVE Q - KLINIK AL-FATIHAH

A. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Fasilitator membimbing para pelajar untuk membaca Al-fatihah dengan betul.
2. Fasilitator memberi huraian dan kefahaman tentang surah Al-Fatihah.
3. Setiap peserta diminta untuk membaca surah Al-Fatihah untuk dinilai.

B. BAHAN
Teks Surah Al-Fatihah

C. MASA
1 jam

D. PENILAIAN
1. Para pelajar dapat memperbaiki bacaan serta memahami dengan lebih mendalam tentang
surah Al-Fatihah.
2. Para pelajar dapat menyintai Surah Al-Fatihah.

134 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
AKTIVITI 4: BOM ( Buat Orang Muda)

A. KAEDAH PELAKSANAAN

1.Fasilitator akan membimbing dan memberi penerangan tentang:


a) Mengaplikasikan diri murni yang ada dalam diri ( Al-Maidah:87)
b) Mengaplikasikan nilai moral ( Ali-Imran:104)
c) Menjunjung nilai etika (Al-Qalam:4)
d) Memperkasa nilai kerohanian dan kejujuran.
e) Menjelaskan adab bergaul dengan rakan dan orang yang lebih tua.
f) Menjelaskan tentang tujuan hidup dan peranan manusia sebagai Khalifah.
g) Membimbing dan memberi penerangan tentang:
i. Dosa-dosa besar
ii. Dosa-dosa kecil
iii. Sifat-sifat mahmudah
iv. Sifat-sifat mazmumah

B. BAHAN
Tiada

C. MASA
1 jam

D. PENILAIAN
1. Para pelajar dapat memahami dan mendalam tentang adab dan nilai murni yang ada diri
masing-masing.
2. Para pelajar meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menjadi lebih baik dan
menyayangi diri sendiri.
3. Memahami dan mengetahu peranan hidup sebagai Khalifah.

GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 135
DIREKTORI RUJUKAN

BIL NGO ALAMAT WEBSITE NO. TEL/EMEL


1. PACU No. 72, http://pacuummah.com/ • 03-8920 9661 (P)
UMMAH Jalan Melati, Bangi • 012-2941773
Golf Resort, 43650, (Pn. Hajah Asral Widad)
Bandar Baru Bangi, 019-3459777 (Datin
Selangor Hajar)
pacuummah2015@
gmail.com
2. HALUAN A-03-1, https://www.haluan.org. info@haluan.org.my
Medan Pusat Ban- my/
dar 5, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor
3. RAUDHATUS 567, Aras Bawah, http://www.raudhatus- • 03-61781922/1938
SAKINAH Jalan Samudra sakinah.com.my • 016-4419707/019-
Utara 1, Taman 2786333 (Pn. Nureen)
Samudra, 68100
Batu Caves, rsakinah@gmail.com
Selangor
4. BAYT https://www.facebook. • 016-337 9119 :
AL-RAHMAH com/Pusat-Bimbingan- Puan Nordiran Idris
Remaja-Hamil-Bayt-Al- (Pengurus)
Rahmah •013- 212 4590 :
Puan Sakinah Budiman
(Penolong Pengurus)

baytalrahmahampang@
gmail.com

136 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL) 137
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA

Terbitan 2019

138 GARIS PANDUAN DAN MODUL LATIHAN PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)

You might also like