Peraturan Kriket Cs U12 & U17 Lelaki

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN KRIKET BAWAH 12 DAN 17 TAHUN KATEGORI LELAKI BAGI

KEJOHANAN KRIKET JUARA-JUARA SEKOLAH

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kriket sebagaimana yang ditetapkan
oleh Kelab Kriket Maryleborne, tertakluk kepada pindaan yang diluluskan dan Peraturan-Peraturan
Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

2. PERTANDINGAN
Pertandingan bagi Bawah 12 tahun dan Bawah 17 tahun akan menggunakan bola pertandingan
berwarna putih sepertimana yang akan diaplikasikan dalam Kejohanan MSSM.

3. SISTEM PERTANDINGAN
Bawah 12 Tahun :
Sistem Round Robin

Bawah 17 Tahun :
Sistem Round Robin

4. HAD MASA
4.1. Semua perlawanan mengandungi satu ‘innings’ bagi setiap pasukan dan setiap ‘innings’
dihadkan kepada:-
20 overs (6 ball) overs – (B12)
20 overs (6 ball) overs – (B17)

4.1.1 Bagi over 1 hingga 17, hanya 6 balingan diberikan kepada setiap pembaling di mana kesalahan
wide dan no ball yang dibuat oleh pasukan memadang akan menyebabkan pasukan memukul
memperoleh 2 larian. Manakala bagi over 18 hingga 20 dimainkan secara normal over.

4.2. Dua permainan akan diadakan setiap hari di semua padang yang ditetapkan. Semua perlawanan
ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi ialah seperti berikut:-

Bawah 12 Tahun :

Untuk setiap permainan tempoh permainan ialah 3 jam.

Masa perlawanan ialah:-


Sesi Pertama : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari.
Sesi Kedua : 2.00 petang hingga 5.30 petang.

Bawah 18 Tahun :

Untuk setiap permainan tempoh permainan ialah 3 jam.

Masa perlawanan ialah:-


Sesi Pertama : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari.
Sesi Kedua : 2.00 petang hingga 5.30 petang.

4.3. Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, pengadil akan menyusun semula jumlah ‘overs’ bagi ‘innings’ kedua-dua pasukan.
Penyusunan ini hendaklah dibuat dengan mematuhi syarat bahawa bilangan ‘overs’ tidak kurang
daripada 5 overs . Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi maka perlawanan berkenaan akan dianggap
seri.

4.4. Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira sebagai
seri tanpa lawan dan tiap-tiap pasukan diberi satu (1) mata.

_________________________Peraturan Kriket Juara-Juara Sekolah…/1


5. HAD SEKATAN
5.1. Seorang pembaling tidak boleh membaling lebih daripada 4 ‘overs’ di dalam satu ‘innings’ untuk
20 overs (6 ball per overs) permainan.

5.2. Had minimum membaling ialah 15 ‘overs’ pada satu jam dan Jawatankuasa Pengelola akan
mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.

5.3. Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menghabiskan satu ‘overs’ kerana sesuatu halangan
tertentu, baki ‘balls’ hendaklah dibaling oleh seorang pembaling yang lain. Baki ‘balls’ yang
berkenaan adalah dikira sebagai satu ‘overs’ kepada pembaling yang mengambil alihnya.

5.4. Sekiranya peraturan 4.3 dilaksanakan seorang pembaling tidak dibenarkan membaling ‘overs’
yang lebih jumlah ‘overs’ yang tidak boleh dibahagi dengan 5, maka hanya satu ‘overs’ setiap
pembaling boleh diberikan kepada bilangan pembaling minimum yang dibenarkan.

5.5. Seorang pembaling tidak dibenarkan membuat balingan ‘underarm’.

6. KEPUTUSAN DAN PEMBERIAN MATA


6.1. Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan ‘overs’ yang dipersetujui, maka pasukan yang
mempunyai larian (runs) yang lebih banyak akan menjadi pemenang dalam sesuatu permainan.

6.2. Pasukan memukul (batting) kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya separuh ‘overs’
yang diperuntukkan atau semua pemukulnya ‘out’ sebelum sesuatu keputusan perlawanan boleh
dibuat.

6.3. Sekiranya pasukan memukul (batting) kedua belum menghabiskan ‘overs’ yang dipersetujui,
maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah:-

Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap ‘overs’ (Run Rate Per Over) yang lebih besar
dihitung tepat kepada dua tempat perpuluhan akan menjadi pemenang. Perhitungan kadar
larian setiap ‘over’ bagi pasukan memukul pertama akan dibuat berdasarkan kepada jumlah
‘overs’ yang telah ditetapkan.

6.4. Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 6.1 atau 6.2, maka kedua-dua
pasukan akan dianggap seri.

6.5. Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie), maka kedua-dua pasukan
akan dianggap seri.

6.6. Pasukan yang tidak bersedia memulakan sesuatu perlawanan 30 minit selepas masa yang
ditetapkan akan dianggap menarik diri dan menyerah kalah.

6.7. Pemberian mata:-

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

6.8. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira Johan setelah tamat pertandingan.

Setelah tamat sesuatu peringkat pertandingan jika terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah
mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:-
Pasukan-pasukan yang mempunyai purata ‘net run rate’ yang lebih besar dikira
menang.

_________________________Peraturan Kriket Juara-Juara Sekolah…/2


[‘Net run rate’ ialah :
1. Jumlah larian yang diperolehi satu pasukan dalam permainan dan dibahagikan
dengan jumlah overs yang dimainkan. NRR-‘for’.
2. Jumlah larian yang kena oleh satu pasukan dalam permainan dan dibahagikan
dengan jumlah overs yang kena. NRR-‘against’.
3. NRR-‘for’ – NRR-‘against’.]

(Dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan yang hampir)

Jika dua pasukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
Jika dua atau lebih pasukan masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

7. MINUMAN
Dalam sesuatu ‘innings’, minuman boleh dibawa ke padang sekali sahaja. Jika cuaca terlalu panas
dengan arahan pengadil, minuman boleh dibawa dua kali ke padang dalam perlawanan ini.
Minuman hanya boleh dibawa selepas overs 11 tamat.

8. LAPORAN MELANGGAR PERATURAN


9.1. Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola dalam
masa satu jam setelah tamat perlawanan mana-mana pemain yang melanggar peraturan atau
berkelakuan kurang sopan.

9.2. Pengadil-pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang terlibat bahawa ia akan melaporkan
kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

9. PENALTI
Mana-mana pasukan yang melanggar sebarang peraturan dalam pertandingan boleh digantung atau
disingkirkan daripada pertandingan, bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola.

10. GELANGGANG
10.1. Boleh disapu dan digelek di antara ‘innings’ dalam masa 7 minit sahaja. (Ini tidak berkuat kuasa
jikalau “Matting Wicket’ digunakan).

10.2. Dalam permainan yang dijalankan di atas “Matting Wicket’ bola yang dibaling ke penghujung
tikar ataupun keluar adalah disifatkan sebagai ‘no ball’.

10.3. Semua bola yang terkeluar 2 kaki sebelum (Off Stump) adalah disifatkan sebagai ‘wide ball’.
Jika sekiranya bola melantun melepasi atau ke atas bahu pemukul yang berdiri di tempat biasa
‘crease’ pengadil akan memanggil bola itu sebagai ‘no ball’.

10.4. Jika bola yang dibaling terus (full toss) melepasi paras pinggang pemukul, maka pengadil akan
memanggil balingan tersebut sebagai ‘no ball’.

10.5. Pengadil boleh memanggil ‘no ball’ bagi bola berikut:-


Lantunan lebih daripada dua (2) kali.
Bola yang meleret.
Bola yang dibaling berhenti serta-merta.

11. BANTAHAN
Sila Rujuk Peraturan Am MSSM

12. JURI RAYUAN


Sila Rujuk Peraturan Am MSSM

13. KUASA MUTLAK


Jawatankuasa Pengelola ialah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi memutuskan sesuatu
perselisihan atau perlanggaran undang-undang.

_________________________Peraturan Kriket Juara-Juara Sekolah…/3

You might also like