Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Ruj Kami : UMS/JAKMAS.

KKTPAR/700-11/12
Tarikh : 28 Oktober 2023

Kepada:
YBhg. Datuk Seri Panglima Hj. Illyas Hj. Ibrahim
Yang Dipertua
Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS PESAKA SABAH)

Melalui:
ENCIK AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM
Pengetua,
Kolej Kediaman Tun
Pengiran Ahmad Raffae,
Universiti Malaysia Sabah.

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN BAGI KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA BERPASUKAN


PAHLAWAN DIRGAHAYU 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Akademi Tarung Kalimah, Exco Kesenian Dan
Kebudayaan Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, akan mengadakan Kejohanan Silat
Olahraga Berpasukan Pahlawan Dirgahayu 2023 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 November - 11 November 2023


Masa : 8.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat : Dewan Kuliah Pusat 18 dan 19, Universiti Malaysia Sabah

3. Untuk makluman pihak tuan, program Kejohanan Silat Olahraga Pahlawan Dirgahayu ini
bertujuan untuk membuka peluang kepada setiap peserta untuk menunjukkan kebolehan masing-
masing serta memberikan pendedahan kepada peserta dan penonton mengenai kepelbagaian
gerak dalam seni silat.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pinjaman peralatan bagi kejohanan
silat olahraga berpasukan pahlawan dirgahayu 2023 pada tarikh 9 hingga 11 November 2023 di
Dewan Kuliah Pusat 18 dan 19, Universiti Malaysia Sabah. Besarlah harapan kami sekiranya
Tuan dapat memberikan persetujuan dalam permohonan yang telah kami ajukan. Bersama-sama
ini dilampirkan senarai yang diperlukan seperti lampiran A untuk perhatian Tuan.

5. Untuk segala pertanyaan atau maklum balas, pihak Tuan Boleh menghubungi saudara
Muhammad Aniq Syazrin Bin Yahkup selaku ketua unit pertandingan dan persiapan
tempat di talian 011-10660633.

Segala kerjasama dan jasa baik daripada pihak Tuan amatlah saya hargai. Dengan itu, saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,
Yang Menjalankan Amanah,

……………………………….
(MUHAMMAD FIKRI HAKIM BIN MUHAMMAD FADZLI)
Pengarah,
Kejohanan Silat Olahraga Pahlawan
Dirgahayu sesi 2022/2023, Kolej Kediaman
Tun Pengiran Ahmad Raffae,
Universiti Malaysia Sabah.

s.k - Pengetua
- YDP JAKMAS Sesi 2022/2023

LAMPIRAN A
Ruj Kami : UMS/JAKMAS.E/2023/07/1.9/(1)

SENARAI PERALATAN

1) Body Protector biru ( 5 buah)


- saiz S (sebuah)
- saiz M (3 buah)
- saiz L (sebuah)
2) Body Protector merah ( 5 buah)
- saiz S (sebuah)
- saiz M (3 buah)
- saiz L (sebuah)
3) Groin guard (10 buah)
4) Step shin guard (10 buah)
5) Forearm guard (10 buah)
6) Wisel ( 1 )

You might also like