Kertas Kerja Makmal Sains

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

TAJUK:
PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN
UNTUK PROGRAM MENAIKTARAF
KEPERLUAN MAKMAL SAINS
SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)

Disediakan oleh:
Mohd. Faizal Bin Hashim
Guru Sains SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)
1) TUJUAN
Kertas kerja ini diusulkan untuk memohon peruntukan kewangan bagi pelaksanaan
aktiviti menaiktaraf keperluan sebuah makmal sains SMU (A) AL-KAUTHAR. Hal ini
pastinya akan meningkatkan lagi keselesaan serta wujudnya suasana yang lebih kondusif
bagi menyuntik semangat pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal.
Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menyokong salah satu cabang objektif Program
Transformasi Sekolah (TS25) yang giat dilaksanakan iaitu mewujudkan persekitaran
yang menyeronokkan dan selesa buat pelajar. Hasil sumbangan dari pelbagai pihak
sangat kami hargai dalam menjayakan program ini.

2) PENDAHULUAN
Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah yang memberi peluang
dan kemudahan kepada murid dan guru untuk menjalankan aktiviti dan penyiasatan
berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Purata masa pelajar menggunakan makmal
sains setiap kali penggunaan ialah 60 hingga 90 minit, jadi amatlah memerlukan
keselesaan dan kemudahan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak kemudahan bahan, alatan dan perabot yang disediakan di dalam
makmal sains. Kemudahan ini sedikit sebanyak memberi kesan sama ada secara
langsung dan tidak langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains khususnya. Oleh itu,
tumpuan terhadap kemudahan yang dibekalkan juga tidak dapat diabaikan begitu
sahaja, ianya perlu seiring dengan peningkatan arus pendidikan masa kini.

3) OBJEKTIF
3.1 Membekalkan kemudahan makmal memandangkan bilik untuk dijadikan makmal
sudah ada.

3.2 Memberi keselesaan kepada pengguna makmal khususnya pelajar memandangkan


masa di makmal agak lama semasa menjalankan eksperimen.
3.3 Menambahbaik keperluan makmal dari masa ke semasa supaya keadaan makmal
lebih kondusif di samping kelengkapan yang baik untuk digunakan.

4) TARIKH DAN MASA


Sepanjang tahun.
5) PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan beserta contoh gambar
keadaan semasa dan keperluan yang dimohon pada lampiran 2.

6) SUMBER KEWANGAN
Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG, orang perseorangan, pihak
korporat, juga mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi
menjayakan hasrat kami membangun, menambahbaik serta mempersiapkan makmal
sains yang lebih kondusif. Moga gabungan dana dari semua pihak akan
merealisasikan impian ini bersama.

7) PENUTUP
Besarlah harapan kami agar program yang kami usulkan ini beroleh sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membangun, membaik pulih serta menceriakan
makmal sains ini tercapai hendaknya. Semoga sumbangan dari pelbagai pihak ini
akan melahirkan generasi yang menjadi tonggak harapan negara kita nanti. Jutaan
terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan semua.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

………………………………………….. ………………………………

(MOHD.FAIZAL BIN HASHIM) (NOR AZMI B. NOOR)


GURU SAINS GURU KANAN SAINS & MATEMATIK
SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ) SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)

Disahkan oleh :

………………………………….
(OTHMAN BIN MUHAMAD)
MUDIR
SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)
Lampiran 1

SENARAI KEPERLUAN MAKMAL SAINS SMU(A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)

KEPERLUAN: PERABOT
Anggaran
Kuantiti harga Jumlah
Bil Perkara Justifikasi
(Unit) seunit (RM)
(RM)
Meja yang dilengkapi sinki
Meja makmal untuk kegunaan pelajar
1 melakukan eksperimen 7

Kerusi kayu berkaki besi


Kerusi makmal untuk menyokong
1 kestabilan dan lebih tahan 35
(Berkaki besi)
lama
Papan putih untuk
Papan tulis putih kegunaan guru semasa sesi
(Sliding white pengajaran dan
2 pembelajaran boleh diletak
2
board) bersaiz 4ft x
12ft dibahagian depan dan
belakang.
Almari Bagi kegunaan
penyimpanan jenis penyimpanan bahan
3 eksperimen
2
kayu, pintu cermin
(7ft x 8ft)
Almari Bagi kegunaan simpanan
penyimpanan jenis pameran model sains
4 2
besi, pintu cermin
(7ft x 8ft)
JUMLAH KESELURUHAN
KEPERLUAN: KELENGKAPAN ICT
Anggaran
Kuantiti harga Jumlah
Bil Perkara Justifikasi
(Unit) seunit (RM)
(RM)
Skrin siling LCD Bagi kegunaan
1 Projektor (7ft x 7ft) pembelajaran abad 21 1

Penghawa dingin Untuk keselesaan semasa


2 jenis Daikin 1.0HP sesi PdPc 2

1 Set PC Dekstop Untuk kegunaan guru


3 semasa PdPc 1

LCD Projektor jenis Untuk kegunaan guru


4 Epson semasa PdPc 1

JUMLAH KESELURUHAN
KEPERLUAN : BAHAN DAN RADAS

Kuantiti Anggaran Jumlah


Bil Perkara
(Unit) Harga Seunit (RM)
(RM)
Rule One Meter Hardwood 100cm x 6mm x26mm

2 Asbestos siling (4x4) 2

Penghawa dingin jenis


3 mitshubishi dan 2
panasonic

KESELURUHAN KEPERLUAN MAKMAL SAINS SMU (A) AL-KAUTHAR (SABK-TAHFIZ)

Bil Perkara /Keperluan Jumlah (RM)


1 Perabot
2 Keperluan ICT
3 Bahan dan Radas makmal
JUMLAH KESELURUHAN
Lampiran 2

Kerusi yang dimohon. (Berkaki besi


Contoh kerusi makmal supaya lebih tahan dan selesa untuk
pelajar)

Contoh Papan Tulis di makmal Papan putih jenis sliding yang dimohon
supaya lebih jimat ruang dan tahan lama.

Mohon kabinet jenis aluminium bercermin


Contoh kabinet makmal supaya lebih lama tempoh jangka hayat
berbanding kayu.
Contoh ketiadaan Skrin siling LCD Skrin siling LCD projector yang dimohon.

Almari penyimpanan bahan kimia yang


Contoh almari penyimpanan bahan kimia tertutup dan bersesuaian untuk
dibancuh. penyimpanan.

Almari penyimpanan model dan peralatan


Contoh almari penyimpanan model dan jenis besi yang dimohon supaya jangka
peralatan hayat lebih lama.
Penghawa dingin yang dimohon bagi bilik
makmal

You might also like