Modul 3 (Pengurusan Majlis)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 76

KURSUS AKADEMI ADAB (MODUL 3)

PENGURUSAN MAJLIS
HASIL PEMBELAJARAN : PENGURUSAN MAJLIS

Untuk Untuk memupuk Untuk


memberi semangat mempamerkan
kefahaman berpasukan dan tahap
terhadap profesionalisme keupayaan
teori asas dalam setiap dalam
pengurusan aktiviti yang pengurusan
majlis dijalankan majlis
Etiket merupakan peraturan-peraturan
tingkahlaku atau sopan santun samada dalam
kehidupan harian antara satu sama lain atau
dalam majlis berbentuk formal atau tidak
formal.
ELEMEN ETIKET
PAKAIAN
• MAJLIS KERAIAN DIRAJA

• LELAKI:

• MESS KIT/WHITE TIE


• BAJU KEBANGSAAN
• RASMI DENGAN BINTANG-
BINTANG KEBESARAN
PAKAIAN
• MAJLIS KERAIAN DIRAJA

• WANITA:
• BAJU KURUNG
• KEBAYA LABUH
• TIDAK SEDONDON
PAKAIAN
• MAJLIS RASMI

• LELAKI:
• PAKAIAN KERJA

• WANITA:
• PAKAIAN KERJA
PAKAIAN
• MAJLIS RASMI LUAR DEWAN

• LELAKI:
• BAJU BATIK LENGAN PANJANG

• WANITA:
• BAJU KURUNG/KEBAYA
PAKAIAN
• KESESUAIAN : LELAKI

• TALI LEHER DGN KEMEJA


LENGAN PANJANG
• WARNA TALI LEHER DGN BAJU
• HUJUNG TALI LEHER DI
KEPALA TALI PINGGANG
• WARNA STOKIN DGN SELUAR
PAKAIAN
• KESESUAIAN: WANITA
• SIANG WARNA GELAP/
MALAM CERAH
• TIDAK LEBIH EMPAT WARNA
• WARNA MINI TELEKONG
BERLAWAN WARNA BAJU
• KAIN NIPIS,LEMBUT,SERAP
TIDAK JARANG
PAKAIAN
• MINYAK WANGI
• PILIH YANG LEMBUT, SUPAYA TIDAK
MELEMASKAN / MEMENINGKAN
• MINYAK WANGI TULEN – ADALAH
PEKAT DAN HENDAKLAH DIPAKAI
SEDIKIT SAHAJA
• EAU DE TOILETTE – AIR KOLON
YANG KURANG PEKAT DAN LEBIH
MURAH. IA PERLU DIPAKAI
BEBERAPA KALI SEHARI KERANA
BAUNYA TIDAK PEKAT
• SEMBURAN BADAN – BAU-BAUAN
YANG SANGAT RINGAN DAN TIDAK
PEKAT
PERBUALAN
PERKENALAN
• TERTIB:

• LELAKI KEPADA
WANITA
• TETAMU KEPADA VIP
• KEPADA YANG LEBIH
KANAN
• MUDA KEPADA YANG
LEBIH TUA
PERKENALAN

• TATACARA:

• SEBUT NAMA
• PANDANG/SENYUM
• INGAT NAMA
• BERJABAT TANGAN DENGAN MESRA
CARA BERDIRI
• BERDIRI BETUL
• TANGAN DISISI BADAN
• KAKI TERBUKA SEDIKIT
• SENYUM/CERIA
• AIR MUKA
MENAMPAKKAN
KETENANGAN
CARA DUDUK
• LELAKI:
• RAPATKAN KAKI DAN
LUTUT

• WANITA:
• KAKI MENYERUNG
SEBELAH KANAN / KIRI
CARA DUDUK
• TIDAK SOPAN:
• BERSILANG PEHA
• BERLUNJUR
• MENGGOYANGKAN
KAKI
• NAMPAK ANGGOTA
BADAN
BERJALAN KE PENTAS
1. GUNAKAN KAKI BUKAN SELURUH ANGGOTA
BADAN
2. BADAN TIDAK MEMBONGGOK
3. KAKI KANAN DULU, KAKI KIRI BERADA DI
TANGGA SEBELUM NAIK
4. HAYUN TANGAN SEDIKIT
5. BERLAWANAN DENGAN KAKI
6. BERHENTI BETUL
7. TIDAK MEMBELAKANGKAN TETAMU
BERJALAN KE PENTAS

GELAGAT BERJALAN ATAS PENTAS


TURUN NAIK TANGGA BERGERAK
(ESCALATOR)

1. APABILA NAIK TANGGA BERGERAK :


• Isteri hendaklah menaiki tangga bergerak dahulu dan
suami mengekori dari belakang
• Dalam posisi sedemikian, dapatlah suami memberi
bantuan (jika perlu)

2. APABILA MENURUNI PULA :


• Suami turun dulu dan isteri mengekori dari belakang
• Dalam posisi sedemikian, dapatlah suami memberi
bantuan (jika perlu)
MASUK DAN KELUAR
KENDERAAN
• MASUK KERETA:
• PUNGGUNG DULU

• KELUAR KERETA:
• KAKI DULU

• VIP DUDUK SEBELAH KIRI


BERTUGAS DI MAJLIS
• PENYEMAT ROSET:

• BERI SALAM
• MINTA IZIN
• TENANG
• SENYUM/CERIA
• BAUAN
• UCAP TERIMA KASIH
BERTUGAS DI MAJLIS
• PENYAMBUT TETAMU:

• TANYA JIKA PERLU

• IRING KE TEMPAT DUDUK

• TUNJUK DENGAN IBU JARI


BERTUGAS DI MAJLIS
• PENGACARA MAJLIS:

• PAKAIAN
• SUARA/NADA
• SEBUTAN
• PERAWAKAN
• TERTIB/SOPAN
BERTUGAS DI MAJLIS
•PENYAMPAI BUKU PROGRAM:

• BERJALAN KE PENTAS
• BERTENGGONG
• VIP DULU
• BEREDAR DENGAN SOPAN
BERTUGAS DI MAJLIS
• PENYAMPAI SIJIL/HADIAH:
• SEBELAH KIRI VIP
• MENGIRING SEDIKIT
• HAMPIR DENGAN VIP
• DENGAN DULANG/HULUR
• TEPAT
• BERSEDIA
• SENYUM/CERIA
TERTIB DI MEJA MAKAN

• MINUM SEBELUM MAKAN JIKA


DIHIDANGKAN DI TEMPAT LAIN
• JANGAN BAWA KE MEJA MAKAN
• JUS BUAH-BUAHAN
• JANGAN MINTA LAIN (ELAKKAN LEBIH
2 KALI)
TERTIB DI MEJA MAKAN

• CARA KELUAR MASUK:


• DARI SEBELAH KANAN
• BERI BANTUAN KEPADA PASANGAN
• ISTERI SEBELAH KIRI SUAMI
• TOLAK KERUSI KE BELAKANG DAN
KELUAR DARI SEBELAH KANAN
TERTIB DI MEJA MAKAN

• NAPKIN:

• LETAK DI ATAS PEHA

• AMBIL DAN LIPAT SEDIKIT

• LETAK NAPKIN ATAS MEJA


BILA SELESAI JAMUAN
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PERALATAN:

• SUDU/PISAU
(SPOON/KNIFE) SEBELAH
KANAN
• GARPU (FORK) SEBELAH
KIRI
• GELAS MINUMAN
SEBELAH KANAN
(KONSEP B.M.W)
• CAWAN KOPI SEBELAH
ATAS PINGGAN
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PENGGUNAAN ALAT:

• APPETIZER:
• GARPU DI TANGAN KANAN
• SUAP KE MULUT
• SELESAI, GARPU
TERLENTANG DI ATAS
PIRING
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PENGGUNAAN ALAT:

• SUP:

• SUDU BULAT DI SEBELAH


KANAN

• SELESAI, SUDU
TERLENTANG DI DALAM
MANGKUK/PIRING
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PENGGUNAAN ALAT:
• HIDANGAN IKAN / STEAK :
• PISAU DI TANGAN KANAN
• GARPU DI TANGAN KIRI
• SUAP DENGAN GARPU
• SELESAI, PISAU (MATA KE
DALAM) RAPAT DENGAN GARPU
TERLENTANG (BAWAH 5 ATAS
11)
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PENGGUNAAN ALAT:
• HIDANGAN UTAMA:
NASI
• SUDU TANGAN KANAN
• GARPU TANGAN KIRI
• BELAKANG GARPU
MENOLAK NASI KE
SUDU/SUAP DENGAN
SUDU
• SELESAI,SUDU&GARPU
RAPAT TERLENTANG
DALAM PINGGAN
TERTIB DI MEJA MAKAN
• PENGGUNAAN ALAT:
• HIDANGAN MINUMAN PANAS:
• TAMBAH SUSU SEBELUM GULA
• KACAU PERLAHAN-LAHAN
• SUDU KECIL
• ANGKAT CAWAN DENGAN PIRING
• CAWAN DI BIBIR
TERTIB DI MEJA MAKAN
• AMBIL HIDANGAN YANG HAMPIR
• HIDANGAN JAUH MINTA RAKAN HULURKAN
• JANGAN BERDIRI ATAU MEMANJANGKAN TANGAN
UNTUK AMBIL HIDANGAN
• MAKANAN KE KITA DAN BUKAN KITA KE MAKANAN
• MENYUAP MAKANAN:
• HIRIS DAGING KECIL-KECIL
• KUNYAH PERLAHAN-LAHAN DGN BIBIR RAPAT
• SUDU SEPARUH DALAM MULUT DGN BIBIR TERBUKA SEDIKIT
• MENGHIRUP AIR DENGAN BIBIR
TERTIB DI MEJA MAKAN

• PERBUALAN:
• MAKANAN TIADA DALAM MULUT
• LETAKKAN PERALATAN
• DALAM LINGKUNGAN MEJA YANG SAMA
• NADA PERLAHAN
• KURANG BERJENAKA
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI PROTOKOL

• PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

• PERAWARAKAN & PERWATAKAN

• TUGAS & TANGGUNGJAWAB


• PRA-MAJLIS
• SEMASA MAJLIS
1. Pengetahuan dan Kemahiran

1.1 Pengetahuan :

i) Tahu mengenai protokol sesuatu majlis


ii) Tahu mengenai kebudayaan setempat / tetamu kehormat.
iii) Tahu mengenai citarasa Tetamu Kehormat.

1.2 Kemahiran :

i) Mahir mengenai protokol


ii) Biasa dengan urusan protokol
iii) Boleh membuat keputusan yang tepat.
2. Perawakan dan Perwatakan
2.1 Perawakan

i) Kemasan diri yang menarik


ii) Sihat dan bertenaga.

2.2 Perwatakan

i) Ceria / Periang
ii) Bersopan santun dan berbudi bahasa
iii) Hormat dan menghormati.
iv) Patuh dan setia.
3. Tugas dan Tanggungjawab
3.1 Pra Majlis

i) Mengkaji budaya setempat

ii) Mengkaji budaya Tetamu Kehormat.

iii) Melihat tempat majlis.

iv) Melihat keperluan yang ada.

v) Menentukan keselamatan terkawal.


3.1. Pra Majlis (sambungan..)
vi) Melihat kawasan sekitar :
- tempat letak kenderaan
- lalulintas
- pintu masuk dan keluar.
vii) Menentukan kebajikan dan keselesaan Tetamu Kehormat diutamakan
:
- tempat menunggu
- tempat duduk
- rostrum / dais / podium
- hiasan
3.1. Pra Majlis (sambungan..)
viii) Mendapatkan maklumat mengenai majlis.
ix) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengelola.
x) Menghubungi pihak-pihak berkuasa setempat :
- Polis (Keselamatan)
- Pegawai Daerah (Pentadbiran)
- Penghulu (Masyarakat)
3.1. Pra Majlis (sambungan..)

xi) Mengkaji acara majlis.

xii) Mendapatkan dan mengkaji senarai jemputan khas, tetamu-tetamu.

xiii) Memberi nasihat / bimbingan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis.


3.2 Semasa Majlis :

i) Memaklumkan kepada Tetamu Kehormat


- Tarikh dan masa perlu sampai ke majlis
- Tempat Majlis
- Tetamu yang duduk di atas pentas
- Mereka yang turut berucap
- Acara majlis
- Para hadirin

ii) Mengiringi Tetamu Kehormat

iii) Memperkenalkan Tuan Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Pengelola


(Jika perlu)
3.2 Semasa Majlis (Sambungan ……..)

iv) Memerhati dan menghadikan diri


dalam majlis

v) Memberi nasihat / panduan kepada Pengacara Majlis

vi) Membantu Pengacara Majlis mengenai keperluan protokol

vii) Menjadi Pegawai Perhubungan antara Jawatankuasa Pengelola


dengan Tetamu Kehormat.
3.3 Semasa Majlis

i) Mengiringi Tetamu Kehormat

ii) Mengiringi Tetamu Kehormat ke kenderaan untuk pulang.

iii) Menyediakan laporan.


4. Kesimpulan
i) Sentiasa mempertingkatkan diri mengenai keperluan-keperluan
protokol setiap majlis.

ii) Mempertingkatkan kefahaman mengenai budaya, sosio politik


masyarakat setempat / Tetamu Kehormat.
• PRA SYARAT PENGACARA MAJLIS
• SUARA
• SKRIP
• PERSEDIAAN DIRI DAN MAJLIS
• GELARAN DAN GILIRAN
PRA SYARAT PENGACARA MAJLIS

1. Perawakan

Para hadirin akan menonton gelagat Pengacara Majlis tersebut.

Pakaian hendaklah sesuai dengan majlis.

1.1 Majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan/Sultanah

Pakaian bagi Pengacara Majlis perempuan hendaklah yang dicatatkan


pakaian bagi tetamu lain.
1.2. Majlis Formal

• Pengacara Majlis hendaklah berpakaian yang sesuai dan bersopan.


• Seelok-eloknya hendaklah berpakaian kerja atau Pakaian Baju Kebangsaan
• Jika pakaian untuk para hadirin dicatatkan sebagai Batik, Pengacara Majlis lelaki
eloklah berpakaian Batik
• Jika pakaian untuk para hadirin ialah Baju Kebangsaan maka Pengacara Majlis
lelaki hendaklah berpakaian Baju Kebangsaan.
• Jika pakaian hadirin ialah lounge suit/kot begitu jugalah pakaian bagi Pengacara
Majlis lelaki.
1.3. Majlis Tidak Formal

Pakaian Pengacara Majlis lelaki hendaklah memakai Baju Batik dan Perempuan
memakai Baju Kurung, Maxi, berseluar panjang denganKemeja / “Blouse” berlengan
panjang
2.1 Suara
Suara hendaklah terang, sederhana kuatnya, jangan berbisik.
Jangan amalkan ‘nga’, ‘ah’, ‘hem’, ‘a..a’

2.2 Sebutan
Sebutan Bahasa baku dengan nada yang serius. Jangan ada
‘slang’ atau ‘lingo’daerah atau bercampur dengan bahasa-bahasa
lain.

2.3 Gaya
Gaya hendaklah bersahaja. Lemparkan senyuman, jelingan
dengan air muka yang ceria. Apabila menjemput tetamu berucap/
menyampaikan hadiah hendaklah memandang tetamu berkenaan
sambil mempersilakan mereka.

2.4 Ketepatan masa


datang lebih awal daripada hadirin; berada di podium apabila
majlis hendak dimulakan. Tunggu sehingga pengucap berkenaan
duduk baru dimulakan acara seterusnya. Jangan berceloteh atau
mengulas ucapan tetamu kerana itu bukan tugas Pengacara Majlis
3. Penyediaan Skrip

Untuk penyemakan :-

- ‘addressing’tetamu / Salutasi
- susunan majlis dari mula hingga akhir
- anggaran masa tamat
4. Persediaan Diri Pengacara Bersesuaian ikut
majlis
Pakaian

4.1. Penampilan Diri Sentiasa kemas


Solekan
Kekemasan Diri
Sikatan dsb.

Cukup tidur

4.2. Sihat Tubuh & Mental Tidak menggeletar (elak daripada


memegang skrip)
-letakkan skrip di rostrum
-kurangkan pengumpulan air liur (akan
menyebabkan sebutan menjadi cacat)
4.3. Minum sedikit sebelum mula bertugas

4.4. Jangan ambil gula-gula

4.5. Jangan melakukan perbuatan yang boleh mencacatkan


majlis.

4.6. Hadir lebih awal untuk :-

- Memastikan P.A. System berfungsi Rostrum

- Laraskan letak mirofon


Mikrofon
- Pengubahsuaian susun letak
4.7. Jangan ketuk / hembus mikrofon
semata-mata untuk menentukan berfungsi/tidak.

4.8. Mengambil berat semua pergerakan yang melibatkan


persembahan orang lain dalam majlis.

4.9. Sentiasa bersikap tenang.

4.10. Suara :

a. Jelas : sebutan satu persatu mengikut suku kata

b. Tidak terlalu kecil


garau}audiens tidak faham
pelat } tidak jelas
4.11. Sentiasa mendengar arahan.
5. Pengendalian Majlis

5.1. Urusan Pra Majlis

• Elakkan pengumuman yang berbentuk peribadi

• Elakkan pengumuman yang berulang-ulang mengenai perkara yang sama.

• Pastikan mikrofon berfungsi dan jelas dapat didengar suara.

• Setelah mikrofon digunakan hendaklah ditutup.

• Buat pengubahsuaian awal mengenai kedudukan mikrofon


6. Urusan Semasa Majlis Dijalankan

6.1 Ucapan Permulaan

- Mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat dan ucapan kesejahteraan


hendaklah sesuai dengan majlis.

- Menerangkan dengan ringkas tujuan/intipati majlis kepada para tetamu


kehormat dan para hadirin. Mengucapkan terima kasih kepada tetamu
kehormat dan para hadirin.
6.2. Mengendalikan Acara Majlis

- Terikat dengan acara majlis yang terkandung dalam buku program / kad
jemputan

- Sebutan nama pertama hendaklah kepada tetamu kehormat, kedua ‘functional


personalities’, ketiga adalah kepada tuan rumah.(Jika ‘fp’ lebih kanan daripada tuan
rumah)

- Sebutan kepada tetamu kehormat,‘functional personalities dan tuan rumah hendaklah


didahului dengan gelaran diikuti dengan nama dan kemudiannya disertai dengan
gelaran jawatan.

- Untuk para hadirin memadai disebut gelaran secara umum.

- Pastikan pemberi hadiah/sijil, tuan rumah dan pembantu-pembantu sudah bersedia,


barulah dipanggil penerima- penerima hadiah / sijil.
7. Urusan Menamatkan Majlis

• Memberi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, tuan rumah,


‘functional personalities dan para hadirin yang hadir.

• Di majlis jamuan hendaklah dijemput tetamu kehormat dengan diiringi oleh


tuan rumah dan para hadirin.

• Memaklumkan tempat jamuan disediakan


8. Sebutan Gelaran

8.1 Giliran Sebutan

Nama tetamu kehormat hendaklah disebut dahulu dan diikuti dengan


‘functional personalities’dan seterusnya nama tuan rumah(jika ‘fp’
lebih kanan daripada tuan rumah, tetapi jika tuan rumah sama atau lebih kanan
daripada ‘fp’ nama tuan rumah disebut dahulu)

Hadirin hendaklah disebut secara umum dengan gelaran nama.


8.2 Panggilan /Sebutan Hormat

Panggilan hormat hendaklah dimulakan dengan tetamu kehormat.

8.2.1 Gelaran DiRaja

- Duli Yang Maha Mulia Sultan :


- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ..

8.2.2 Gelaran Turun Temurun

- Yang Teramat Mulia Raja Muda


- Yang Teramat Mulia Isteri Raja Muda
8.2.3 Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran

- Tun, Tan Sri, Dato’:

- Yang Amat Berbahagia Tun Ali

- Yang Amat Berbahagia Toh Puan Aminah (Isteri)

- Yang Berbahagia Tan Sri Daud

- Yang Berbahagia Puan Sri Hamidah (Isteri)

- Yang Berbahagia Dato’Ahmad

- Yang Berbahagia Datin Rosnah (Isteri)


9. Sebutan Dato’ berbeza-beza mengikut negeri.

- Datuk
- Anugerah Persekutuan

- Dato’/Dato’Sri
- Anugerah Sultan

- Datuk Amar/ Datuk Paduka


- Anugerah Negeri yang tidak Beraja

- Dato’ - Dato’Kurnia - Dato’Istana

- Datu
- Keturunan Raja Sulu
10. Ahli Politik/Functional

- Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara disebut Yang
Berhormat.

- Yang Berhormat
Abdul Hamid bin Husin Ahli Perlimen ….

- Yang Amat Berhormat


Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

- Yang Berhormat Mulia


Tengku Aziz bin Tengku Ghaffar, Ahli Dewan Undangan Negeri ….
11. Sebutan Tanpa Gelaran

Sebutan bagi tetamu kehormat yang tidak mempunyai gelaran


Hendaklah menggunakan : Yang Berbahagia.

- Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia


Encik Ali bin Ahmad
Penolong Pengarah
Jabatan ……….

- Tuan Rumah : Yang Berusaha


Encik Khalid b Yacob
Guru Besar ……….

- Functional : Yang Berusaha


Personalities Encik Jumaat bin Sabtu
Yang DiPertua PIBG ….

- Pengacara Majlis : Yang Berusaha


12. Gelaran Keagamaan

- Mufti : Shahibul Shamaah

- Kadi : Shahibul Fadilah

- Imam : Shahibul Syaidah

- Haji /Hajjah : Yang Mulia

- Yang Mulia Shahibul Fadilah Haji Ismail bin Ali, Kadi


……….
13. Sebutan Umum

Apabila merujuk kepada para hadirin, gunakan sebutan umum.

- Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan

- Yang Berhormat Dato’-Dato’, Datin-Datin, Yang dihormati tuan-


tuan
dan puan-puan.
14. Contoh Sebutan Oleh Pengacara Majlis :-

- Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Abd Shukor


Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
(*1)

- Yang Amat Berusaha Puan Hajah Siti Hasnah


binti Hamim, Pengetua SMK (P) Sultan Ibrahim
(*2)

- Yang Berusaha Encik Hassan bin Hussin, Yang


DiPertua PIBG SMK (P) Sultan Ibrahim (*3)

- Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan. (*4)


15. Giliran Berucap

15.1 Hari Anugerah Cemerlang Sukan

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah (Guru Besar)

Orang Kedua - Functional Personality (Yang DiPertua PIBG)

Orang Ketiga - Tetamu Kehormat (Orang yang merasmikan majlis)


15.2 Mesyuarat Agung PIBG

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah (Yang DiPertua PIBG)

Orang Kedua - Functional Personality (Guru Besar)

Orang Ketiga - Tetamu Kehormat (Orang yang merasmikan majlis)


15.3. Empat Orang Berucap

Giliran Berucap :

Orang Pertama - Tuan Rumah (Guru Besar)

Orang Kedua - Yang DiPertua PIBG

Orang Ketiga - Pengarah Pendidikan Negeri

Orang Ketiga - Menteri Pendidikan


(yang merasmikan bangunan sekolah)
TERIMA KASIH
Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat

You might also like