Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAR, JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM


BIL 02 /2023

Tarikh : 10 Oktober 2023 (Selasa)


Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sri Amar
Pengerusi : Pn. Anita binti Hj Tahir
Kehadiran : 45/50 orang
Turut hadir : Pn. Roshita binti Jaffar (Guru Besar)
: En. Mohd Hafiz bin Saat (GPK HEM)
: En. Mohd Najib bin Nathari (GPK KOKO)

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muin. Pn. Anita binti Hj Tahir
bertanya khabar kepada semua guru yang hadir.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat kali ini untuk memaklumkan tentang
aktiviti terkini kurikulum.

2.0 Perkara berbangkit

2.1 Mohon semua guru untuk berbincang dengan pencerap masing-masing untuk
menetapkan jadual pencerapan mengikut kesesuaian dan keselesaan guru.

2.2 Rujuk jadual pencerapan di dalam buku pengurusan 2023/2024

2.3 RPH yang dicerap akan digunakan untuk mengisi instrumen penjaminan kualiti PBS.

3.0 Dialog Prestasi

3.1 Tahniah kepada semua guru kerana telah selesai membuat dialog prestasi untuk ujian
pertengahan sesi akademik tahun yang lalu (UPSA).

Tindakan : Makluman semua guru & setiausaha kurikulum

4.0 Panitia Mata Pelajaran

4.1 Ketua Panitia diminta merancang kewangan panitia secara berhemah dan rujuk
dengan pembantu tadbir untuk tindakan selanjutnya.

4.2 Program panitia dijalankan mengikut giliran iaitu Panitia BM, Panitia Sains & Matematik
serta Panitia Bahasa Inggeris.
Tindakan :Ketua Panitia

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.0 Hal-hal lain

5.1 Aktiviti bulan Oktober : Sambutan Maulidur Rasul,Hari Sukan Negara.

Tindakan :Makluman semua guru


6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ..................................................

(SITI AISHAH BINTI MUFTAR) (PN. ANITA BINTI HJ TAHIR)


SETIAUSAHA KURIKULUM PENOLONG KANAN KURIKULUM
Mesyuarat Unit Kurikulum Mesyuarat Unit Kurikulum
15 Oktober 2023 15 Oktober 2023

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like