Aznan - Surat Jawab

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Education Service Commission Malaysia


ARAS 1-4, BLOK F9, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR Telefon : 03-8000 8000
PRESINT 1, 62000 PUTRAJAYA Faks : 03-8871 7497
Web : https://www.spp.gov.my

Ruj. Kami : SPP.600-3/5/15/790502035545


Tarikh : 03-NOV-2023

Nama : AZNAN BIN HAMAT


No. Kad Pengenalan : 790502035545
Alamat : PT1772
KG MATA AIR
PANGKAL MELERET
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM

Tuan/Puan,

TAWARAN PELANTIKAN TETAP JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41

Sukacitanya Suruhanjaya ini menawarkan tuan/puan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
seperti berikut:

(a) (i) Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


(ii) Skim Perkhidmatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(iii) Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(iv) Kumpulan Perkhidmatan : KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
(b) Tarikh Lantikan : TARIKH MELAPORKAN DIRI BERTUGAS
SEPERTIMANA YANG DITETAPKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
(c) Gaji Permulaan : RM 2,391.94: JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM GRED DG41

Syarat-syarat Tawaran
2. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut dan tuan/puan dikehendaki:
Sebelum melapor diri:
(a) melengkapkan dan menandatangani Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan ;
(b) menjalani pemeriksaan kesihatan dan diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai
perubatan kerajaan/swasta) dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Perubatan;
(c) membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah dengan
menggunakan Surat Akuan Berkanun (Akta Berkanun 1960) ;
Semasa/ Selepas melapor diri:
(d) melengkapkan dan menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Ketua Jabatan dengan menggunakan Surat
Aku Janji; dan
(e) menjalani dan lulus tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
(KPKK) sama ada sebelum disahkan dalam perkhidmatan atau dalam tempoh setahun mulai tarikh
tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tuan/puan hendaklah mengemukakan
borang tapisan keselamatan ke Pejabat KPKK dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri bertugas.

Syarat-syarat Setuju Terima Tawaran Pelantikan


3. Syarat setuju terima tawaran pelantikan adalah seperti berikut:
(a) melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; dan
(b) mengemukakan semua dokumen yang telah dilengkapkan seperti yang dinyatakan di perenggan 2
kepada Ketua Jabatan pada tarikh lapor diri bertugas.
*Peringatan:
(a) Surat tawaran ini terbatal sekiranya tuan/puan tidak melapor diri BERTUGAS dalam tempoh 30 hari dari
tarikh arahan penempatan.
(b) Tuan/Puan dinasihatkan untuk menyimpan satu salinan semua dokumen seperti di perenggan 2 bagi tujuan
rekod.

Syarat-syarat Perkhidmatan Yang Ditetapkan


4. Syarat-syarat perkhidmatan berikut perlu dipatuhi bagi pelantikan tuan/puan:
(a) berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun. Dalam tempoh percubaan ini, tuan/puan
dikehendaki hadir dengan jayanya Program Tranformasi Minda (PTM) yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan sebelum diperaku untuk disahkan dalam perkhidmatan;
(b) tertakluk kepada perakuan oleh Ketua Jabatan, tuan/puan yang telah memenuhi syarat dalam tempoh
percubaan boleh diperakukan kepada Suruhanjaya untuk pengesahan dalam perkhidmatan;
(c) sebelum disahkan dalam perkhidmatan, tuan/puan akan diberikan opsyen oleh Ketua Jabatan untuk memilih
Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
(d) sekiranya tuan/puan menolak Skim KWSP, Ketua Jabatan akan memperakukan tuan/puan untuk pemberian
taraf berpencen kepada Suruhanjaya setelah genap 3 (tiga) tahun tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira;
(e) perkhidmatan tuan/puan boleh ditamatkan sekiranya gagal disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan-
peraturan yang sedang berkuatkuasa;
(f) tuan/puan boleh diarahkan untuk berkhidmat di mana-mana tempat oleh Kerajaan; dan
(g) tuan/puan adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
Perkhidmatan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan peraturan-peraturan serta arahan-arahan lain yang berkuat
kuasa dari semasa ke semasa.

Syarat hadir dengan jayanya PTM yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan adalah dikecualikan bagi
pegawai-pegawai yang telah menghadiri dengan jaya PTM atau hadir dengan jaya Kursus Induksi atau lulus
Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

5. Permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan kelayakan akademik peringkat Sarjana dan
Doktor Falsafah (PhD) hanya akan dipertimbangkan sekiranya kelayakan akademik tersebut diperolehi sebelum
tarikh lantikan.

6. Sebarang permohonan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman terdahulu hanya
akan dipertimbangkan sekiranya dikemukakan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.

7. Suruhanjaya ini boleh meminda tawaran pelantikan ini sekiranya maklumat lantikan yang tidak tepat atau
membatalkan tawaran pelantikan ini jika didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu.

8. Tawaran pelantikan tuan/puan ini adalah tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan
syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Tindakan Ketua Jabatan


9. Ketua Jabatan adalah diminta mengemukakan:
(a) Penyata Kewangan 8 (Kew.8); dan
(b) dokumen di perenggan 2 secara dalam talian melalui Sistem Proses Perkhidmatan (ePROPER) dalam
tempoh 30 hari dari tarikh pegawai melapor diri bertugas.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(MD RADZI BIN HASHIM)


Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia

"Ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan"


SENARAI SEMAK DOKUMEN PELANTIKAN

AZNAN BIN HAMAT


NAMA :
NO. KAD PENGENALAN : 790502-03-5545

NO. TELEFON & E-MEL : 011-10545730


JAWATAN : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29

SENARAI DOKUMEN YANG WAJIB DILENGKAPKAN


 Sila tandakan ( ) pada petak berkenaan

1. Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (ASAL)

2. Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam


Perkhidmatan Awam (Pin. 1/2013) oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Kerajaan
atau Swasta (ASAL)
(SILA PASTIKAN MAKLUMAT DI BAHAGIAN C PADA RUANGAN
PENGAKUAN SAKSI DILENGKAPKAN OLEH PEGAWAI DALAM KUMPULAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM GRED
41 DAN KE ATAS SAHAJA)

3. Akuan Berkanun (ASAL)

4. Surat Aku Janji (SALINAN DIAKUI SAH)


(*ALAMAT PADA SURAT AKU JANJI ADALAH ALAMAT SEKOLAH)

5. Penyata Kewangan 8 (Kew.8) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri/ Ketua Jabatan yang mencatatkan tarikh melapor diri bertugas sebagai PPP
Gred DG41/ DG29
(ASAL ATAU SALINAN DIAKUI SAH)

6. Surat Arahan Penempatan daripada KPM/ JPN/ PPD (SALINAN DIAKUI SAH)

7. Ijazah dan Diploma Pendidikan berserta transkrip (SALINAN DIAKUI SAH)

8. Ijazah Sarjana (Master) dan transkrip bagi tujuan penetapan gaji permulaan yang
lebih tinggi. Calon diminta untuk mendapatkan status pengiktirafan Sarjana
daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KETUA JABATAN PERLU MENGHANTAR SEMUA DOKUMEN YANG LENGKAP SECARA DALAM
TALIAN MELALUI SISTEM PROSES PERKHIDMATAN (ePROPER) DALAM TEMPOH 30 HARI DARI
TARIKH PEGAWAI MELAPOR DIRI BERTUGAS.

PERHATIAN!
Sila simpan setiap dokumen di atas ke dalam fail peribadi pegawai.
SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN PELANTIKAN

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 2, Blok F9, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA

………………………………………….
………………………………………….
………………………………………….
………………………………………….

Tuan,
AZNAN BIN HAMAT 790502-03-5545
Saya ……………………………..…………..................No. K.P …………………………..............
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
bersetuju menerima tawaran pelantikan sebagai ..………………………………………………..
.600-3/5/15/790502035545
mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam surat tuan rujukan SPP……………………
03-NOV-2023
bertarikh…………………………………..

2. Saya akan memegang jawatan yang ditawarkan itu mulai daripada


……………………………
3. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i) Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan (Asal)
ii) Akuan Berkanun (Asal)
iii) Surat Aku Janji (Asal atau Salinan Diakui Sah)

Sekian, terima kasih.

………………………………………
(Tandatangan)

Tarikh:………………………………
Alamat tempat bertugas:
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan


AZNAN BIN HAMAT

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41

PT1772, KG MATA AIR, PANGKAL MELERET,

18500 MACHANG, KELANTAN

7 9 0 5 0 2 0 3 5 5 4 5

4 4

O 0 1 1 1 0 5 4 5 7 3 0

MAHERAN BINTI MAT RIPIN @ FUAD

ISTERI

PT1772, KG MATA AIR, PANGKAL MELERET, 18500 MACHANG, KELANTAN

0 1 1 1 0 5 7 9 0 7 2
AKUAN BERKANUN
Saya.................................................................................................................................................

(No. Kad Pengenalan: ......................................................) yang beralamat di.................................

..........................................................................................................................................................

dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa saya:

(i) warganegara Malaysia;


(ii) tidak memiliki kewarganegaraan asing;
(iii) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(iv) tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah;
(v) tidak pernah ditahan kerja/digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib;
(vi) tidak pernah dibuang kerja;
(vii) bukannya penagih dadah;
(viii) tidak menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan
sebagaimana ditetapkan oleh pengamal perubatan) atau menyalahgunakan
suatu dadah berbahaya;
(ix) bukan seorang bankrap;
(x) tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam;
(xi) tidak dibersarakan atas sebab kesihatan;
(xii) tidak bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam;
(xiii) tidak pernah ditahan di bawah Peraturan-Peraturan Darurat atau mana-mana
undang-undang pencegahan; dan
(xiv) tidak pernah meninggalkan jawatan dalam perkhidmatan awam.

2. Saya membuat akuan ini dengan sepenuh kepercayaan bahawa akuan ini benar
serta mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui


oleh yang tersebut namanya di atas iaitu:

Nama : ………………….................................................................................................

………………….......................................................................................................................

di alamat : …………………......................................................................................... ...............................................................................

…………………....................................................................................................................... di hadapan saya,

………………….......................................................................................................................

di Negeri :.................................................................................................................... ..................................................................................

Pesuruhjaya Sumpah/ Majistret/


pada………… hari bulan ………… tahun………… Hakim Mahkamah Sesyen
(potong yang tidak berkenaan)

*Penjelasan mengenai Akuan Berkanun terdapat di LAMPIRAN B.


LAMPIRAN B

PENJELASAN MENGENAI AKUAN BERKANUN

(i) Warganegara Malaysia

bermaksud warganegara Persekutuan sebagaimana yang ditakrifkan dalam


Perlembagaan Persekutuan.

(ii) Tidak memiliki kewarganegaraan asing

bermaksud seseorang yang tidak memiliki kewarganegaraan lain selain


warganegara Malaysia.

(iii) Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah

bermaksud tidak pernah disabitkan atau dihukum dengan suatu kesalahan


boleh daftar sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Pertama dan Kedua
Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969.

(iv) Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah

bermaksud tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah oleh


mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, yang mempunyai
bidang kuasa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan
jenayah.

(v) Tidak pernah ditahan kerja/digantung kerja oleh mana-mana Pihak


Berkuasa Tatatertib

Bermaksud tidak pernah / berada dalam tindakan perintah tahan kerja atau
gantung kerja oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tatatertib atas apa-apa
kesalahan jenayah atau kesalahan syariah.

(vi) Tidak pernah dibuang kerja

bermaksud tidak pernah dibuang kerja atau disifatkan dibuang kerja melalui
pewartaan dari Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam
Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan.

(vii) Bukannya penagih dadah

bermaksud bukan seseorang yang disahkan oleh Pegawai Perubatan


Kerajaan atau Pengamal Perubatan Berdaftar sebagai penagih dadah.
LAMPIRAN B

(viii) Tidak menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud


perubatan sebagaimana ditetapkan oleh pengamal perubatan) atau
menyalahgunakan suatu dadah berbahaya

bermaksud tidak menggunakan atau mengambil, kecuali bagi maksud


perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan
yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menyalahgunakan suatu
dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta
Dadah Berbahaya 1952.

(ix) Bukan seorang bankrap

bermaksud bukan seseorang yang diisytiharkan bankrap di bawah Akta


Kebankrapan 1967.

(x) Tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam

bermaksud tidak pernah ditamatkan perkhidmatan di bawah Perintah Am Bab


A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 atau Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2012.

(xi) Tidak dibersarakan atas sebab kesihatan

bermaksud bukan seseorang yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan di


bawah Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun
dan Tempatan 1980 atau Akta Angkatan Tentera 1972

(xii) Tidak bersara secara pilihan dari perkhidmatan awam

bermaksud bukan seseorang yang telah bersara pilihan daripada


perkhidmatan awam di bawah Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-
Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

(xiii) Tidak pernah ditahan di bawah Peraturan-Peraturan Darurat atau mana-


mana undang-undang pencegahan

bermaksud bukan seseorang yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat


(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No.5) 1969 atau Akta
Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] atau Akta Dadah Berbahaya (Langkah-
Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316].
LAMPIRAN B

(xiv) Tidak pernah meninggalkan jawatan dalam perkhidmatan awam

bermaksud bukan seseorang yang meninggalkan jawatan TANPA melalui peletakan


jawatan atau pelepasan jawatan mengikut peraturan-peraturan pegawai awam yang
berkuat kuasa dalam mana-mana Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan
Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan Kerajaan.
SURAT AKU JANJI
Saya, …………………………………………………… No. Kad Pengenalan …….…….………….……….

beralamat di …………………………………………………………………………….….…………..……….
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling, peraturan dan arahan
lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh
perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki
oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya
(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,
jujur, amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi
saya bercanggah dengan tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga
menjejaskan kebergunaan saya sebagai pegawai;
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam;
(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan
perkhidmatan awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………………………. ……………………………..
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
Di hadapan saya,

…………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)

……………………………….
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
…………………………. ……………………….
(Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)

You might also like