Salam Sejahtera

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Salam sejahtera.

Kefahaman saya tentang kreativiti ialah mengikut kepada pendapat daripada para pakar dalam lapangan
ilmu pengetahuan yang bertalian dengan ehwal tersebut.

Abd Hamid, Balwi, Othman, dan A.Kassim, (2006) pula menyatakan kreativiti merupakan satu usaha
secara sedar yang melibatkan penglahiran idea kreatif berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep,
pendekatan, ciri-ciri, dan sifat-sifat lama. Kreativiti baginya merupakan penciptaan atau proses
penciptaan. Cara terbaik untuk melaksanakannya adalah bermula pada peringkat sekolah lagi iaitu
dengan menyuburkan budaya kreativiti, invensyen dan inovasi. Bono (1996) menjelaskan kreativiti ialah
kemahiran yang boleh dipelajari kerana kreativiti pula wujud dari kemahiran. Bakat memang wujud
secara semula jadi dalam diri individu tapi bukan bermakna tanpa bakat kita tidak boleh memiliki
kemahiran dan juga kreativiti. Menurut Torrance, (1961) lima prinsip pengajaran kreatif iaitu: (1)
menghormati soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar; (2) menghormati idea-idea imaginatif yang
dikeluarkan oleh pelajar; (3) tunjukkan kepada pelajar bahawa idea-idea yang mereka keluarkan
mempunyai nilai tersendiri; (4) benarkan pelajar melakukan perkara-perkara tertentu untuk tujuan
latihan semata-mata tanpa sebarang penilaian; dan (5) kaitkan sebarang penilaian yang guru lakukan
dengan sebab dan akibat. Menurut Esquivel (1995), terdapat beberapa model yang menitiberatkan
proses kreatif, pengkayaan kreatif dan penyelesaian masalah kreatif, salah satu dari modelmodel
tersebut ialah Model Pengajaran Kreatif Inkubasi Torrance (1979). Torrance & Safter (1990) telah
mencadangkan beberapa aktiviti tingkah laku untuk setiap tahap. Tahap pertama melibatkan aktiviti-
aktiviti yang bertujuan untuk pemanasan dan mendapatkan perhatian pelajar agar pelajar bersedia,
tenang, bermotivasi dan keadaan minda yang divergen. Tahap kedua model ini pula melibatkan
penambahan keasyikan dalam tugasan kreatif dengan menganalisa dan membuat refleksi mengenai
keadaan sebenar masalah yang sedang cuba diselesaikan. Tahap ketiga melibatkan kemampuan untuk
meneruskan usaha-usaha kreatif dan menunjukkan ketabahan dalam menerima idea-idea baru. Amabile
(1983), yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran kreatif akan terbentuk apabila (a)
pembelajaran dilihat sebagai penting dan menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru; (b) pelajar
merasakan dirinya dihargai, disayangi dan dihormati; (c) pelajar aktif dalam bilik darjah; (d) pelajar
bangga dan merasakan bilik darjah dan sekolah adalah kepunyaannya; (e) guru bertindak sebagai
penasihat, jurulatih dan sumber ilmu; (f) pelajar merasakan mereka boleh membincangkan masalah
mereka secara terbuka; (g) strategi pembelajaran yang menggalakkan kerjasama lebih banyak digunakan
berbanding dengan strategi pembelajaran yang menggalakkan persaingan; dan (h) pengalaman
pembelajaran diolah supaya ia relevan dengan kehidupan pelajar.

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan
guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,
pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan
pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan.
Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian
positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar
juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat
membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan
pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh
kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang
menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan
pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia.
Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan
psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif
bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai
peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza
dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka. Perubahan dinamik yang berlaku di
sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah
pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan
kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat
kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan
yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran
strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat
penting kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah.

Rujukan

Abd Hamid, A., Balwi, M. K., Othman, M. F., & A.Kassim, O. (2006). Reka Cipta & Inovasi Dalam
Perspektif Kreativiti (1st ed.). Edisi Pertama. Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Hamid, M. A., Khalid, E., Hassan, Z., & Abu Kassim, O. (2003). Pendidik Kreatif Sebagai Teras
Transformasi Literasi Kreatif Di Malaysia. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-
21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. (C. A. Che Ismail, Ed.) (7th ed.). Universiti
Teknologi Malaysia.

Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),
2010 53-64, 2(2), 53–64.

Amabile, T. M. (1983). The social Psychology of Creativity. New York: Springer- Verlag.

Cooper, A. M., & Palmer, A. (2000). Mentoring, Preceptorship and Clinical Supervision: A Guide to
Professional Roles in Clinical Practice. 2nd Edition. Oxford. Blackwell Scientific Publication.

Cooper, P., & McIntyre, D. (1996). Effective teaching and learning: teachers’ and students' perspectives.
Open University Press (Buckingham England and Philadelphia).
Craft, A., Bob, J., & Leibling, M. (2001). Creativity in Education. First Published.London.Continuum
Studies in Lifelong Learning

Pengajaran adalah merupakan satu kegiatan yang berasaskan logik, pengajaran sebagai suatu seni,
pengajaran sebagai suatu kemahiran, pengajaran sebagai sains gunaan, pengajaran sebagai suatu
sistem, pengajaran sebagai amalan berfikir, dan pengajaran sebagai kecekapan (Squires, 1999). Menurut
Turner-Bisset (2001), pengajaran dapat dilihat sebagai seni dalam beberapa pengertian di mana kadang
kala dilaksanakan dengan begitu mahir dan bergaya sehingga ia dapat digambarkan sebagai pengalaman
yang indah, ia melibatkan penilaian kualitatif yang diasaskan kepada tindakan yang sedang berlangsung,
ia di luar jangka dan di luar ramalan, kadangkala tidak rutin, dan hasilnya diperoleh semasa proses
pengajaran berlangsung.

You might also like