Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian mengenai sintaksis dan definisi

konsep penting kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein

yang bererti “menempatkan bersama-sama.” Oleh yang demikian, secara etimologi,

sintaksis ialah “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok

kata atau ayat.” Kata suntattien ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa

Belanda, dan syntax dalam bahasa Inggeris.

Menurut Nik Safiah (1980:164), istilah sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bagi Abdullah Hassan

(1980:164) pula, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat. Morfem

dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa dan

ayat merupakan unit terbesar.

Ayat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah

dan ayat seruan. Ayat perintah terdiri daripada ayat larangan, ayat suruhan, ayat ajakan,

ayat permintaan dan ayat silaan. Selain itu, ayat perintah digunakan untuk memberikan

perintah, suruhan, ajakan menyatakan keinginan, harapan, atau larangan untuk

melakukan sesuatu. Ayat perintah memerlukan gerak balas daripada pendengar dan gerak

balas itu berupa tindakan. Ayat perintah juga digunakan untuk mengungkapkan keinginan

penutur bagi mempengaruhi pendengar agar melakukan sesuatu. Meskipun begitu,

pengkaji menghadapi masalah dalam menentukan ayat perintah jenis suruhan dan silaan

1
kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama tetapi menggunakan penggunaan

kata arahan yang berbeza.

1.2 Definisi Konsep

Nik Safiah Karim (1993:53) mengatakan bahawa ayat perintah ialah ayat yang

mengandungi sesuatu arahan yang diujarkan bertujuan menimbulkan sesuatu

tindakan. Menurut Ahmad Khair et.al (2014:346), ayat perintah dapat dibahagikan

kepada lima jenis iaitu ayat larangan, ayat suruhan, ayat ajakan, ayat silaan dan

ayat permintaan. Ayat suruhan digunakan untuk memberikan arahan. Ayat ini

menghendaki orang kedua untuk melakukan sesuatu. Ayat silaan digunakan untuk

menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat larangan ialah ayat yang

digunakan untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu. Ayat

permintaan digunakan untuk meminta atau memohon seseorang melakukan

sesuatu untuk penutur, Ayat ajakan pula digunakan untuk mengajak seseorang

Oleh yang demikian, ayat perintah memerlukan gerak balas daripada pendengar

dan gerak balas berupa tindakan untuk menyampaikan ayat perintah dengan

berkesan dan mudah untuk difahami.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan ayat perintah di dalam novel Bukan Isteri

Simpanan.

(b) Mengkategorikan jenis ayat perintah di dalam novel Bukan Isteri Simpanan.

2
(c) Menjelaskan jenis ayat perintah di dalam novel Bukan Isteri Simpanan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

(a) Menambah dokumentasi mengenai penggunaan ayat perintah.

(b) Menjadi sumber rujukan dalam kajian mengenai ayat perintah.

(c) Menjadi panduan dalam pengajaran ayat perintah

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah tertumpu pada aspek penggunaan ayat perintah dalam novel

'Bukan Isteri Simpanan'.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berdasarkan sebuah novel, 'Bukan Isteri Simpanan'. Oleh itu, semua contoh

ayat perintah yang dikaji adalah berdasarkan ayat yang terdapat di dalam novel tersebut.

Selain itu, batasan kajian ini adalah penggunaan data yang terhad. Hal ini

dikatakan demikian kerana, novel yang dikaji oleh kumpulan pengkaji hanya berdasarkan

kepada 8 bab sahaja.

3
6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Kaedah Keperpustakaan

Pengkaji membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan

berkaitan dengan ayat perintah. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan,

dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian

keperpustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi

melengkapkan kajian ini. Kajian keperpustakaan ini juga melibatkan pencarian

maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan kajian ayat perintah.

6.2 Kaedah Analisis Teks

Teks yang dikaji dalam kajian ini ialah novel Bukan Isteri Simpanan karya Mia

Kiff. Novel ini adalah untuk mengkaji ayat perintah yang terdapat di dalam novel.

6.3 Penganalisisan Data

Ayat-ayat perintah yang diperoleh melalui kajian novel Bukan Isteri Simpanan ini

akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian yang diperoleh menerusi novel

yang dikaji iaitu Bukan Isteri Simpanan.

Ayat perintah terdiri daripada ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan, ayat

silaan dan ayat ajakan. Ayat perintah memerlukan gerak balas yang berupa tindakan.

Perintah ditujukan kepada orang kedua. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang

4
melibatkan orang pertama dan ketiga. Perintah dibahagikan kepada subsistem iaitu

perintah eksklusif dan perintah inklusif.

Perintah eksklusif hanya ditujukan kepada orang kedua. Perintah eksklusif

diperincikan kepada eksklusif positif (kasar dan halus) dan negatif. Jenis ayat perintah

yang digolongkan dalam perintah eksklusif positif kasar adalah ayat larangan atau

suruhan manakala ayat permintaan dan ayat silaan diletakkan di bawah perintah eksklusif

halus. Ayat ajakan pula merupakan ayat perintah inklusif.

7.1 Menyenaraikan Ayat Perintah

Bil.
Ayat Halaman
1. Kamu carilah perempuan lain yang lebih layak untuk kamu. 5
2. Jangan sesekali pakcik beri dia pada lelaki lain. 7
3. “Amboi, senyumlah sikit. Serius je awek abang ni. Nanti rezeki 11

susah nak masuk tau.”


4. “Eh, kau jangan pandang aku sebelah mata tau. Kurus aku pun, 12

tetap gagah macam Malek Noor err… punya sepupu.”


5. “Kamu berdua ni, sudah-sudahlah gaduh. Aku tengah berniaga ni. 12

Rimaslah, nak gaduh pergilah tempat lain.”


6. “Kau ni, jangan ingat aku ni baik hati sangat nak tolong kau. Aku 13

tolong kau harini ada sebablah.”


7. “Kau dah beli nasi lemak pergilah balik. Aku ni dah naik seram 13

tengokmuka kau tu.”


8. “Mari saya hantarkan.” 28
9. “Abang harap Nia terima abang. Abang ikhlas...” 32
10. “Khaliff, singgahlah dulu.” 34
11. “Kalau ada kelapangan, datanglah ya.” 34

5
12. "Buat susah-susah je kamu datang melawat pak cik pun, pak cik 39

dah cukup berbesar hati . Terima kasih, nak. Duduklah. Macam

ni lah , orang susah. Duduk atas tikar mengkuang je. Nia tak ada,

tinggal pakcik seorang kat rumah."


13. "Waalaikumussalam. Khaliff rupanya. Masuk nak..Masuklah..." 39
14. “Buat susah – susah je. Kamu datang melawat pakcik pun, pakcik 39

dah cukup berbesar hati. Terima kasih, nak. Duduklah . macam

nil ah , orang susah. Duduk atas tikar mengkuang je. Nia tak ada ,

tinggal pakcik seorang diri kat rumah."


15. “Tolong, selamatkan isteri saya...Tolong” 50
16. "Ya Allah, apa aku nak buat ni? Tolong! Tolong! " 50
17. "Ya Allah, jom kita ke sana sekarang. Basikal ni, Nia letak kat sini. 52

Mari naik kereta abang !"


18. "Sabarlah, abang. Banyakkan berdoa agar ummi dan babah abang 53

Khaliff selamat.”
19. "Tak apa. Dah jadi tanggungjawab Nia tolong mereka. Abang 54

jangan risau, Nia yakin mereka akan selamat. Banyak- banyak

berdoa."
20. "Jom, abang hantarkan Nia balik. Babah , Khaliff hantarkan Dania 55

pulang. Nanti Khaliff datang semula."


21. " Lepaskan Nia ! Ayah ada ada kat dalam tu ! Ayah lumpuh, 56

macam mana dia nak selamatkan diri dia. Ya Allah, selamatkan

ayah. Ayah, tunggu Nia, Nia nak selamatkan ayah. Ayah !"

6
22. "Siapa kata Nia bersendirian ? Nia ada ummi , Nia ada babah.
59
Mulai hari ini, kami adalah keluarga Nia. Nia dah selamatkan

nyawa ummi dan babah, kami terhutang nyawa dengan Nia.

Izinkan kami menganggap Nia seperti anak kandung kami sendiri."

23. Jom, babah dan Khalif dah tunggu kita kat meja makan. 64
24. “Ish, tak payah. Mak Munah dah masakkan untuk kita.” 64
25. Gunalah duit tu untuk perbelanjaan 65
Jadual 1: Senarai Ayat Perintah

7.2 Mengkategorikan Jenis Ayat Perintah

7.2.1 Ayat Suruhan

Binaan ayat suruhan lebih mementingkan predikat atau kehadiran predikat adalah

wajib tetapi unsur lain seperti objek tidak wajib. Kata ganti nama diri kedua juga

boleh digugurkan. Hasil daripada kajian, didapati bahawa ayat suruhan juga boleh

dibentuk dengan penggunaan partikel lah untuk melembutkan ayat.

Bil Ayat Halaman


1. “Kamu berdua ni, sudah-sudahlah gaduh. Aku tengah

berniaga ni. Rimaslah, nak gaduh pergilah tempat lain.” 12


2. Kamu carilah perempuan lain yang lebih layak untuk kamu 5
3. “Amboi, senyumlah sikit. Serius je awek abang ni. Nanti 11

rezeki susah nak masuk tau.”


4. Gunalah duit tu untuk perbelanjaan. 65

7
5. "Nia sabar Nia. Api sedang marak tu. Bomba tengah

padankan api," 56
Jadual 2 : Senarai Ayat Suruhan

Dalam ayat suruhan, subjek ialah ganti nama orang kedua seperti awak,

kamu dan engkau biasanya digugurkan. sebagai contoh ayat (4) dalam jadual di

atas telah menggugurkan kata ganti nama orang kedua kamu atau Nia. Walau

bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek juga boleh diucapkan. Ayat

suruhan ini tidak menggunakan perkataan tolong, sila, jemput, dan sebagainya

untuk tujuan suruhan. Ayat tersebut pendek namun ia menunjukkan bahawa

ujaran tersebut sudahpun difahami oleh orang kedua bahawa ujaran tersebut

adalah untuk menyuruhnya melakukan sesuatu tindakan.

7.2.2 Ayat Larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti tak dan

jangan sebelum kata kerja dengan tujuan mencegah seseorang melakukan

sesuatu.

Bil Ayat Halaman


1. Jangan sesekali pakcik beri dia pada 7

lelaki lain.
2. “Eh, kau jangan pandang aku sebelah

mata tau. Kurus aku pun, tetap gagah 12

macam Malek Noor,

err… punya sepupu.”


3. “Kau ni, jangan ingat aku ni baik hati

sangat nak tolong kau. Aku tolong kau

8
hari ini ada sebablah.” 13
4. “Ish, tak payah. Mak Munah dah

masakkan untuk kita.” 64


Jadual 3 : Senarai Ayat Larangan

Ayat larangan biasanya digunakan sebagai ayat tegahan. Ayat tegahan

merupakan sejenis ayat perintah yang di dalamnya terkandung maksud melarang

atau menegah seseorang dari melakukan sesuatu. Contohnya, menerusi ayat (2),

kata jangan menjelaskan bahawa Budin menegah Hayati untuk tidak memandang

rendah terhadap dirinya. Pengkaji mendapati bahawa kata larangan jangan dan

tak sering digunakan di dalam penulisan novel ini.

7.2.3 Ayat Silaan

Ayat silaan bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. Ayat ini dikenali

juga sebagai ayat ajakan iaitu ayat yang membawa maksud mempelawa atau

mengajak seseorang supaya membuat sesuatu. Ayat ini menggunakan perkataan

perkataan seperti sila, jemput, baik dan mari. Ayat ajakan boleh menggunakan

kata partikel -lah.

Bil Ayat Halaman


1. “Khaliff, singgahlah dulu.” 34
2. “Kalau ada kelapangan, datanglah ya.” 34
3. "Waalaikumussalam. Khaliff rupanya.
39
Masuk nak.. Masuklah. . ."
4. “Buat susah – susah je. Kamu datang 39

melawat pakcik pun, pakcik dah cukup

berbesar hati. Terima kasih, nak.

Duduklah . macam ni lah , orang susah.

9
Duduk atas tikar mengkuang je. Nia tak

ada , tinggal pakcik seorang diri kat

rumah."
Jadual 4 : Senarai Ayat

Daripada kajian ini, pengkaji mendapati ayat ini menggunakan perkataan singgah,

datang, masuk, duduk dengan menghubungkan kata partikel-lah untuk

melembutkan ayat. Contohnya, ayat (4), Aminuddin telah menjemput Khaliff

untuk masuk ke rumahnya dan partikel -lah menjadikan ayat silaan itu lebih

lembut.

7.2.4 Ayat Permintaan

Menurut Asmah (1986:408), ayat permintaan atau permohonan merupakan

perintah halus yang ditujukan kepada orang kedua dan dapat dibahagikan kepada

permintaan langsung dan permintaan tidak langsung. Ayat permintaan ialah ayat

yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan

memohon permintaan dan pertolongan.

Bil Ayat Halaman


1. "Okeylah, abang balik dulu, tolong kirim

salam pada roommate Nia ya?” 66

2. “Abang harap Nia terima abang. Abang

ikhlas…” 32

3. Tolong belajar rajin-rajin tau, cikgu Dania

yang comel!” Dania ketawa kecil 66

10
mendengarnya.
4. "Tolong, selamatkan isteri

saya... Tolong. " 50

5. "Ya Allah, apa aku nak buat ni?

Tolong! Tolong! " 50

Jadual 5 : Senarai Ayat : Senarai Ayat

Berdasarkan jadual 5 di atas, jelaslah bahawa ayat permintaan boleh

dibahagikan kepada ayat permintaan langsung dan permintaan tak langsung.

Penulis sering menggunakan perkataan tolong untuk membina ayat permintaan

langsung.

7.2.5 Ayat Ajakan

Ayat ajakan sering digunakan unuk mengajak seseorang ke sesuatu tempat atau

mempelawa sesuatu. Ayat ini menggunakan kata ajakan seperti mari, ayuh, dan

jom. Kadang kala subjek ayat ini menggunakan kata ganti nama diri.

Bil Ayat Halaman


1. “Mari saya hantarkan.” 28
2. "Ya Allah, jom kita ke sana sekarang.

Basikal ni, Nia letak kat sini. Mari naik


52
kereta abang !"
3. ‘Nia cadang nak masak sesuatu untuk

malam ni,” ajak Nia dengan mesra. 64


4. “Jom, babah dan Khalif dah tunggu kita

kat meja makan”, ajak Nia . 64

11
Jadual 6 : Seanarai Ayat Ajakan

Di dalam novel ini, pengkaji mendapati ayat ajakan sering dibina dengan

kehadiran perkataan jom dan mari. Contohnya, menerusi ayat (5) , perkataan jom

menjelaskan bahawa Nia mengajak babah dan Khalif menunggu di meja makan.

7.3 Menjelaskan Jenis Ayat Perintah

1) Ayat Larangan

1.a) Jangan sesekali pakcik beri dia pada lelaki lain.

Berdasarkan 1.a), penggunaan kata jangan menunjukkan kata larangan yang

bertujuan untuk mencegah seseorang melakukan sesuatu. Kata jangan yang

terdapat dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa Budin melarang ayah Dania

untuk menyerahkan anak perempuannya itu kepada Khaliff.

2) Ayat Suruhan

2.a) “Kamu berdua ni, sudah-sudahlah gaduh. Aku tengah berniaga ni.

Rimaslah, nak gaduh pergilah tempat lain.”

Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau

arahan. Dalam ayat 2.a), kamu merupakan kata ganti nama orang kedua. Frasa

kamu mewakili Budin dan Hayati. Dania menyuruh mereka berdua untuk

menghentikan pergaduhan tersebut kerana dia sedang menjalankan perniagaannya

di kawasan itu. Partikel -lah yang digunakan pada frasa sudah-sudahlah bertujuan

melembutkan ayat tersebut di samping menegaskan predikat.

12
3) Ayat Permintaan

3.a) "Tolong, selamatkan isteri saya... Tolong..."

Menerusi ayat 3.a), kata tolong yang digunakan adalah untuk memohon

permintaan dan pertolongan. Berdasarkan ayat ini, sepasang suami isteri telah

terlibat dengan kemalangan. Lelaki tersebut telah meminta pertolongan Dania

yang berada di kawasan kemalangan.

4) Ayat Silaan

4.a) "Waalaikumussalam. Khaliff rupanya. Masuk nak.. Masuklah..."

Ayat silaan lazimnya digunakan sebelum kata kerja atau pada permulaan ayat

dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Berdasarkan ayat 4.a),

perkataan “Masuklah” dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas –lah

oleh ayah Dania yang menjemput Khaliff untuk masuk ke rumah apabila dia

berkunjung ke kediaman mereka.

5) Ayat Ajakan

5.a) "Ya Allah, jom kita ke sana sekarang. Basikal ni, Nia letak kat sini.

Mari naik kereta abang !"

Berdasarkan ayat 5.a), kata jom merujuk kepada ajakan seseorang ke sesuatu

tempat. Menerusi ayat di atas, Khaliff mengajak Dania untuk segera ke hospital

dan meninggalkan basikalnya di kawasan itu.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

13
Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa kajian ini telah menunjukkan pelbagai jenis ayat

perintah yang terdapat dalam novel. Antaranya, ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan, ayat

ajakan dan ayat permintaan. Berdasarkan penggunaan istilah seperti partikel – lah yang terdapat

dalam ayat perintah dan suruhan, pengkaji mudah untuk memahami penggunaan ayat perintah di

dalam novel tersebut. Penggunaan partikel –lah tersebut bertujuan melembutkan ayat perintah

yang digunakan kerana itulah budaya Melayu yang mengutamakan kesopanan dan kesantunan

dalam berbicara. Oleh itu, penggunaan ayat perintah dalam novel ini telah memberi penerangan

yang jelas kepada pengkaji akan perbezaan kelima-lima jenis ayat perintah tersebut.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa ayat perintah digunakan untuk memberikan

perintah, suruhan, ajakan menyatakan keinginan, harapan, atau larangan untuk

melakukan sesuatu. Pengkaji bukan sahaja menerangkan fungsi dan jenis-jenis ayat

perintah tetapi pengkaji juga telah menganalisis jenis-jenis ayat ini berdasarkan unsur

bahasa dalam binaan ayat. Pengkaji juga dapat mengenal pasti bahawa ayat perintah

berkait rapat dengan perbualan harian. Ayat-ayat yang mempunyai ayat ajakan, ayat

suruhan, ayat permintaan, ayat larangan dan ayat silaan juga telah ditunjukkan dalam

kajian yang dihasilkan ini supaya pengkaji lain akan lebih mengetahui dengan lebih

mendalam tentang cara penggunaan dan memahami penggunaan jenis-jenis ayat

tersebut.

14
Semoga kajian yang dihasilkan ini dapat memberi sumber inspirasi atau idea yang

lebih baik kepada pengkaji lain untuk melaksana kajian terhadap aspek penting lain yang

terdapat dalam bahasa Melayu agar penggunaan bahasa Melayu lebih tepat dan khusus.

(2621 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Buku

Ahmad Khair Mohd Nor, 2008. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa: Ayat). Cheras:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

15
Nik Safiah Karim et.al, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Cetakan ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2006. Tatabahasa Melayu: Mesra Pengguna. Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Bahan Internet

Yusof. Universiti Putra Malaysia. Konsep dan Kerangka Teori Kajian Ayat Perintah.
Diakses pada 30 Julai 2018, daripada
https://www.academia.edu/9424496/BABIII_KONSEP_DAN_KERANGKA_TEORI
KAJIAN_AYAT_PERINTAH

Nurathirah Ariffin. 29 Mac 2014. Kajian Sintaksis (Jenis Ayat) dalam Novel S.Othman
Kelantan. Diakses pada 28 Jun 2018, daripada
http://nurathirah5115.blogspot.com/2014/03/kajian-sintaksis-jenis-ayat-dalam-novel.html

Jurnal

Siti Mahani Angterian et.al, "Ayat Perintah Dalam Novel Kanus di Perbukitan". Jurnal
Linguistik vol.18 (2) Disember 2014 (019-029), halaman 21 - 27. 2014.

LAMPIRAN

16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

You might also like