Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS PENTADBIRAN SYARIKAT

KING GHAZ EMPIRE

Saya SYARIFAH BINTI AHMAD KAMAL bernombor maktab CL201094 daripada kelas 4
Al-Biruni dengan ini ingin meletakkan jawatan saya sebagai pengurus pentadbiran dalam syarikat
King Ghaz Empire Persatuan Usahawan Muda (PUM) sesi 23/24 pada tarikh 11 Disember 2023.

2. Hal di atas adalah dirujuk, bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya sebagai pengurus
pentadbiran di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Salah satu sebab saya ingin
meletakkan jawatan saya adalah disebabkan saya tidak dapat menguruskan masa dengan betul selama
saya menjawat jawatan saya. Saya akui bahawa saya gagal untuk menguruskan masa saya dan
menjalankan tanggungjawab saya dengan baik dan bertanggungjawab.

3. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung
kaki atas segala kekurangan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama menjawat jawatan saya.
Saya berharap pihak tuan/puan/cik bersetuju dan menghormati atas keputusan muktamad yang telah
saya ajukan.

Yang Benar,

Tandatangan :
Nama : Syarifah Binti Ahmad Kamal
Tarikh :

Disahkan oleh ;

Tandatangan :
Nama : Abdullah Bin Suhaimi
Tarikh :

You might also like