Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Maksud dan Sejarah Sosiologi/Antropologi

Sosiologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji tentang hukum masyarakat dan proses-
proses yang berkaitan dengannya. Sosiologi mengkaji sikap dan perangai kita sebagai manusia,
bermula daripada sebelum saling mengenali sehingga ke proses yang lebih tinggi. Sosiologi
muncul pada abad ke-19. Manusia merupakan makhluk sosial yang akan sentiasa mencetuskan
perilaku kerana mereka ini terdiri daripada individu dan juga berkelompok.
Tokoh pertama yang pertama di dalam bidang sosiologi ialah Auguste Comte (1798-1857).
Beliau merupakan seorang ahli falsafah dari Perancis dan dikenali sebagai Bapa Sosiologi.
Untuk pengetahuan, perkataan sosiologi ini berasal daripada dua suku kata iaitu Socious dalam
Bahasa Latin bermaksud teman, dan logos (Yunani) yang bermaksud perkataan atau perbicaraan.
Kesimpulanya, sosiologi adalah ilmu yang mengkaji tentang cara bermasyarakat.
Ada beberapa pendapat para ahli falsafah di mana sosiologi bermaksud :
1. Roucek dan Warren – sosiologi adalah ilmu yang dipelajari mengenai hubungan di antara
manusia dan kelompok.
2. Mayor Polak – Sosiologi adalah ilmu pengetahuan yang dipelajari mengenai masyarakat
secara keseluruhan, merangkumi hubungan di antara satu manusia dengan manusia yang
lain, manusia dengan kelompok, kelompok dengan kelompok, samada kelompok formal
mahupun kelompok informal atau kelompok statis dan kelompok dinamis.
3. Selo Soermardjan – Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mempelajari struktur
sosial dan proses-proses sosial termasuk perubahan sosial.
Antropologi merupakan satu ilmu yang membuat kajian mengenai kemanusiaan. Antara kajian
kemanusiaan ini ialah seperti perkembangan fizikal iaitu bentuk muka, perkembangan budaya
serta adat resam. Antropologi mempunyai beberapa bahagian iaitu :
1. Antropologi budaya
2. Antropologi linguistic
3. Antrapologi fizikal
4. Arkeologi
5. Etnologi
Antropologi berasal daripada Bahasa Yunani, iaitu Anthropos yang bermaksud manusia atau
orang manakala Logos pula bermaksud ilmu. Di bawah merupakan pengertian Antropologi
menurut beberapa ahli.
1. William A.Havilland – antropologi adalah bidang mengkaji tentang umat manusia,
menyusun generalisasi yang berguna tentang manusia dan tingkah laku manusia serta
memperoleh pemahaman lengkap tentang kepelbagaian manusia.
2. David Hunter – Antropologi adalah ilmu yang lahir daripada kehendak ingin tahu yang
tidak terbatas tentang umat manusia.
3. Koentjaraningrat – Antropologi adalah ilmu yang mempelajari bahawa umat manusia
mempunyai pelbagai warna, bentuk fizikal yang berbeza, serta kebudayaan yang
terbentuk melalui masyarakat tersebut. Manusia juga berbeza di antara satu sama lain.
Antrapologi dan sosiologi memiliki banyak persamaan di antara satu sama lain. Hal ini ternyata
membuatkan kebanyakan orang beranggapan yang ianya adalah sama. Antropolgi adalah suatu
pelajaran yang mengajar kita untuk mengkaji kehidupan manusia, samada daripada segi fizikal,
sosial dan juga budaya. Antrapologi memfokuskan kepada manusia (individu) manakala
sosiologi lebih kepada masyarakat (sosial).
Amnya, boleh disimpulkan bahawa antropologi dan sosiologi merupakan bidang yang mengkaji
tingkah laku manusia secara berkumpulan. Kumpulan ini mestilah mempunyai ahli sebanyak 2
atau lebih. Kita hidup bermasyarakat dan kita tahu bahawa di dalam kehidupan ini kita akan ada
interaksi di antara satu sama lain. Interaksi ini boleh terjadi di kalangan ahli keluarga, rakan
sekerja dan jiran tetangga. Dengan adanya interaksi seperti ini, kehidupan kita sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh kuasa-kuasa masyarakat luas ini seperti perbezaan etnik, umur dan jantina.
Bersosial bersama masyarakat dan individu terdekat dapat membantu kita untuk lebih memahami
dan mengenal pasti hubungan-hubungan sosial di dalam kehidupan kita juga masyarakat.
Perspektif antropologi sosiologi ini bermula sejak zaman sejarah, zaman pemikiran intelek dan
zaman perkembangan sosial di negara-negara Eropah Barat. Ahl-ahli falsafah Yunani dan Roma
membentuk teori-teori besar tentang manusia dan masyarakat. Pada zaman tersebut, teori-teori
ini dibentuk berasaskan ramalan dan spekulasi sahaja. Negara Eropah Barat telah mengalami
revolusi saintifik dan menyebabkan kemunculan pemikiran baru seterusnya membawa kepada
pembentukan ilmu yang lebih tepat. Masyarakat Eropah membangun daripada segi ekonomi,
sosial dan politik. Fous cendiakawan pada abad ini lebih tertumpu kepada perbezaan di antara
masyarakat moden dan masyarakat tradisional.

Tingkah Laku Sosial


Sebelum kita mempelajari apa itu tingkah laku sosial, seeloknya kita fahami dahulu apa yang
dimaksudkan dengan tingkah laku. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan
oleh individu. Tingkah laku juga merujuk kepada apa sahaja tindakan manusia yang dapat kita
perhatikan, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.
Seterusnya, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aksi,
aktiviti, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan
otot-otot, kelenjar dan aktiviti elektrik setiap organ dalam tubuh badan. Asasnya tingkah laku
adalah apa sahaja yang diperkatakan mahupun dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999)
mengatakan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan. Cara interaksi dan tindakan dipengaruhi oleh konsep kendiri seseorang individu itu
sendiri. Jika individu tersebut mempunyai konsep kendiri yang positif, maka tindakan dan
interaksi beliau akan lebih berkeyakinan. Menurut Al-Ghazali daripada pandangan Islam, setiap
perbuatan manusia mempunyai tujuan daripada segi agama dan juga kemanusiaan. Tingkah laku
normal dan tidak normal bergantung kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa serta
mempunyi masalah psikologi.
Di dalam Bahasa Inggeris, abnormal behavior atau tingkah laku bermasalah merupakan tingkah
laku yang tidak normal. Tingkah laku bermasalah ini bertentangan dengan tingkah laku normal
di dalam noma masyarakat. Hal ini terjadi kerana individu tersebut tidak mempunyai keupayaan
dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi cabaran di dalam perubahan
situasi dan alam persekitaran. Akibat daripada perkara ini, individu tersebut mengalami
gangguan emosi dan mengganggu aktiviti kehidupan individu yang terlibat seterusnya
mengganggu keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mohd Nazar
Mohamad (1990) mendefinasikan tingkah laku bermasalah seseorang individu itu sebagai
tingkah laku yang mengganggu perjalanan hidupnya.
Terdapat dua jenis tingkah laku. Yang pertama ialah tingkah laku positif dan yang kedua adalah
tingkah laku negatif. Bagi tingkah laku positif, ianya terbahagi kepada empat, iaitu :
1. Sikap ingin tahu
2. Cepat belajar
3. Pintar cerdas
4. Proaktif
Untuk tingkah laku negatif pula terdiri daripada tiga iaitu,
1. Tingkah laku distruktif
2. Tingkah laku distruptif
3. Sikap bergantung

Menurut Peter L. Berger, tingkahlaku sosial ialah melihat sesuatu perbuatan secara umum dalam
hal tertentu, dan hal ini membantu para ahli sosiologi menyedari corak umum di dalam
tingkahlaku setiap individu tertentu.
Tingkahlaku sosial sering dikaitkan dengan hal-hal hubungan seperti hubungan manusia dengan
masyarakat, kehidupan kaum kurang berkemampuan di bandar, kehidupan manusia yang kaya,
kehidupan petani dan sebagainya. Perkara-perkara yang dianggap ‘sosial’ mempunyai makna
khusus. ‘Sosial’ juga dirujuk sebagai :
1. Keadaan yang tidak rasmi – contoh, perjumpaan – perjumpaan sosial.
2. Sikap bertanggungjawab, di mana seseorang itu merasa bertimbang rasa tentang
kebajikan orang lain.
3. Pergaulan kita dengan org lain seperti di dalam perkataan ‘bersosial’ atau lebih difahami
dengan beramah mesra.
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.
Sosial terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sosiologi, sains politik, ekonomi dan
pendidikan. Di dalam sosiologi, dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu masalah sosial, ekologi
sosial dan jarak sosial. Untuk sains politik, ianya dipecahkan kepada 3 bahagian seperti isu
sosial, kawalan sosial dan kebajikan sosial. Seterusnya, ekonomi pula terbahagi kepada tiga
elemen iaitu Strata Sosial, Peraturan Sosial dan juga Perkhidmatan Sosial. Akhir sekali,
pendidikan terdiri daripada Sains sosial. Perspektif sosiologikal ialah sesuatu yang menumpukan
perhatian kepada pola-pola tindakan dalam masyarakat. Tindakan individu bergantung kepada
tujuan orang lain. Konsep umum sosiologi ialah proses yang berlaku sepanjang hayat di mana
sesorang individu itu mempelajari mengenai keperluan sesebuah budaya melalui proses
pergaulan, pengulangan dan pengukuhan. Individu tersebut juga mendapat nilai dan mempelajari
tindakan yang sesuai atau selaras dengan tuntutan sosio budaya sesuatu masyarakat.
Sosiologi terbahagi kepada dua konsep, iaitu konsep asas dan konsep umum.
 Konsep asas – bangsa, etnik, masyarakat, kerakyatan dan kewarganegaraan
 Konsep umum – budaya, sosialisasi dan enkulturasi
Sosialisasi terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya ialah :
1. Sosialisasi primer
- Pendedahan awal mengenai aspek persekitaran sosial. Contoh, keagamaan
- Bermula daripada ibu bapa atau orang terdekat
- Mengikut peringkat umur
2. Sosialisasi sekunder
- Pendedahan dan pemindahan nilai budaya oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya,
media,guru
3. Sosialisasi semula
- Proses perubahan nilai yang telah diterapkan secara drastik
- Hal ini terjadi kerana perubahan mendadak, terdesak oleh faktor luaran seperti
bencana alam, ekonomi dan sebagainya.
https://books.google.com.sg/books?
id=bIziTpKbRgkC&pg=PA308&lpg=PA308&dq=jenis+sosiologi&source=bl&ots=QBc0YRtpv
E&sig=ACfU3U3g8LjkEV_AKirOzge4QP65ih4U0Q&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjzn4yhzPfl
AhVEyjgGHelpDUcQ6AEwCXoECAoQAQ#v=onepage&q=jenis%20sosiologi&f=false
http://dosensosiologi.com/bentuk-sosialisasi/

You might also like