Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

KERTAS KONSEP

KARNIVAL KADET REMAJA


SEKOLAH (KRS) 2023
PERINGKAT KEBANGSAAN
(SECARA DALAM TALIAN)

Anjuran:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pengelola:
JABATAN PENDIDIKAN PERAK

1
KARNIVAL KRS 2023
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang di semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat
masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan
potensi, pembentukan karakter murid dan Sekolahku SEJAHTERA.

Cabaran KRS merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM dengan sokongan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli KRS dan TKRS dalam untuk memberi
peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping
membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan
program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu
pasukan badan beruniform meskipun pelaksanaan aktiviti secara bersemuka seperti
perkhemahan, kursus, dan sebagainya belum lagi dapat dilaksanakan.

2
2.0 Objektif Aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan ahli pasukan badan beruniform;

2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada guru
dan jurulatih;

2.3 Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta
mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan
mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-2;

2.4 Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian


bagi membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu; dan

2.5 Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga,


masyarakat, negara dan komuniti global melalui konsep Sekolahku Sejahtera.

3
3.0 Pelaksanaan Aktiviti

3.1 Karnival KRS dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) manakala program peringkat kebangsaan akan
dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


(a) Peringkat Negeri : 25 – 27 September 2023 (Atas Talian)
(b) Penghantaran Bahan : 20 September 2023 (Atas Talian)
(c) Penjurian Kebangsaan : 20 – 24 November 2023 (Atas Talian)
(d) Penghantaran Bahan : 15 November 2023 (Atas Talian)

3.3 Pertandingan ini melibatkan aktiviti individu dan aktiviti berkumpulan. Sila rujuk
setiap modul bagi syarat-syarat pertandingan yang lebih terperinci.

3.4 Pertandingan ini terbuka kepada:


(a) Kadet Remaja Sekolah (KRS) : Putera & Puteri
(b) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) : Putera & Puteri

4
3.5 Ringkasan maklumat pertandingan dan penyertaan:
MODUL PERTANDINGAN KATEGORI PENYERTAAN KRS PENYERTAAN TKRS

3 pasukan penyertaan 3 pasukan penyertaan bagi


3 orang bagi setiap negeri setiap negeri
1 Bantu Mula sepasukan
3 putera 3 puteri 3 putera 3 puteri

3 pasukan penyertaan 3 pasukan penyertaan bagi


3 orang bagi setiap negeri setiap negeri
2 Gajet Perkhemahan sepasukan
3 putera 3 puteri 3 putera 3 puteri

3 3
15 orang pasukan penyertaan pasukan penyertaan bagi
3 Gerak Wira sepasukan bagi setiap negeri setiap negeri
15 15 15 putera 15 puteri
putera puteri
3 penyertaan 3 penyertaan bagi
bagi setiap negeri setiap negeri
4 Reka Cipta Mercu 3 orang
sepasukan 3 putera 3 puteri 3 putera 3 puteri
Tanda
Hafazan 5 penyertaan 5 penyertaan bagi
Surah dan Doa bagi setiap negeri setiap negeri
Individu
(kadet Islam
sahaja) 5 putera 5 puteri 5 putera 5 puteri
5
Pengucapan 5 penyertaan 5 penyertaan bagi
Awam (kadet bagi setiap negeri setiap negeri
Individu
bukan Islam
sahaja) 5 putera 5 puteri 5 putera 5 puteri

5
4.0 Syarat Umum Pertandingan
4.1 Penyertaan terbuka kepada semua kadet Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas
Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

4.2 Setiap kadet hanya dibenarkan menyertai satu (1) acara sahaja. Jika didapati kadet

menyertai lebih daripada satu (1) acara, penyertaan kadet akan dibatalkan.
4.3 Paparan video WAJIB dalam keadaan melintang (horizontal).

4.4 Penggunaan semua jenis mikrofon adalah TIDAK DIBENARKAN.

4.5 Semua video penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal / media sosial
/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh penganjur.
4.6 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.
4.7 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta.
4.8 Video penyertaan hendaklah dimuat naik ke YouTube (tetapan unlisted), seterusnya
melengkapkan pendaftaran yang disediakan oleh urus setia.

6
1.0 BANTU MULA

1.0 Kategori
(a) Berkumpulan (3 orang) TKRS Putera
(b) Berkumpulan (3 orang) TKRS Puteri
(c) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera
(d) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri

1.1 Perlaksanaan aktiviti

1.1.1 TKRS Putera / Puteri - RAWATAN BALUTAN TANGAN


1.1.1.1 Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu video perlakuan
rawatan luka terhiris tapak tangan .
1.1.1.2 Peserta boleh menggunakan bantuan rakan sebagai mangsa.
1.1.1.3 Peserta wajib membuat rawatan dan membuat penerangan lisan
rawatan yang dibuat.
1.1.1.4 Peserta wajib memakai separa uniform sahaja.

1.1.2 KRS Putera / Puteri ( RAWATAN KECEDERAAN (PATAH)


1.1.2.1 Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu video melakukan
rawatan kecederaan patah tangan (bawah siku ke pergelangan
tangan). Rujuk gambar 1
1.1.2.2 Peserta boleh menggunakan bantuan rakan sebagai mangsa.
1.1.2.3 Peserta wajib membuat lakuan rawatan dan membuat penerangan
lisan rawatan yang dibuat.
1.1.2.4 Peserta wajib memakai separa uniform sahaja.

7
Gambar 1

1.2 Syarat Pertandingan


3.3.1 Elemen yang diuji ialah kaedah rawatan yang betul.
3.3.2 Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan
dengan jelas.
3.3.3 Syarat penghasilan video:
(a) Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dari langkah
pertama hingga selesai.
(b) Video tidak boleh disunting dan tiada rakaman suara berasingan.
(c) Masa video berdurasi 4 minit maksimum. Setiap lakuan selepas tempoh
4 minit tidak akan dinilai.
(d) Kreativiti dinilai dengan penambahan kesan grafik dan persembahan.

8
1.3 Penilaian dan Pemarkahan

3.4.1 Bantu Mula KRS dan TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Langkah-langkah bantu mula 30

(b) Kaedah rawatan yang digunakan 30

(c) Penerangan secara lisan bagi setiap lakuan 20

(d) Kualiti video


15
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(e) Pakaian 5

Jumlah 100
markah

9
2.0 GAJET PERKHEMAHAN

2.0 Kategori
(a) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera
(b) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri
(c) Berkumpulan (3 orang) TKRS Putera
(d) Berkumpulan (3 orang) TKRS Puteri

2.1 Perlaksanaan Aktiviti

2.1.1 KRS Putera / Puteri


(a) Pengujian adalah berbentuk pasukan.
(b) Markah bagi aktiviti ini akan menggabungkan markah gajet dan
pembentangan.
(c) Setiap pasukan dikehendaki membina satu set gajet ampaian mudah alih.
(d) Salah satu kaki gajet mesti menggunakan kayu yang bersambung.
(e) Pembinaan gajet selain daripada yang ditetapkan adalah tidak diterima.
(f) Gajet dibina hanya menggunakan kayu atau buluh sahaja.
(g) Gunakan tali yang sesuai.
(h) Pembinaan mini gajet adalah tidak dibenarkan.

(i) Pasukan perlu menerangkan setiap ikatan dan simpulan yang digunakan
dalam pembinaan gajet.

10
2.1.2 TKRS Putera / Puteri
(j) Pengujian adalah berbentuk pasukan.
(k) Markah bagi aktiviti ini akan menggabungkan markah gajet dan
pembentangan.
(l) Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah gajet rak serbaguna
berkaki tiga atau berkaki empat.
(m) Pembinaan gajet selain daripada yang ditetapkan adalah tidak
diterima.
(n) Gajet dibina hanya menggunakan kayu atau buluh sahaja.
(o) Gunakan tali yang sesuai.
(p) Pembinaan mini gajet adalah tidak dibenarkan.
(q) Pasukan perlu menerangkan setiap ikatan dan simpulan yang
digunakan dalam pembinaan gajet.

2.2 Syarat Pertandingan


2.2.1 KRS Putera / Puteri
2.2.1.1 Peserta dikehendaki memaparkan video membina gajet ampaian
mudah alih berkaki empat yang biasa dibina semasa aktiviti
perkhemahan.
2.2.1.2 Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang
lengkap sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
2.2.1.3 Video boleh disunting (edit) dan boleh guna time lapse.
2.2.1.4 Peserta dikehendaki memakai pakaian separa uniform sahaja
sepanjang rakaman video.
2.2.1.5 Durasi video mestilah tidak melebihi 5 minit termasuk intro. Video
yang melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

11
2.2.2 TKRS Putera / Puteri
2.2.2.1 Ahli TKRS dikehendaki memaparkan video membina sebuah gajet
serbaguna mudah alih yang biasa dibina semasa aktiviti
perkhemahan.
2.2.2.2 Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang
lengkap sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
2.2.2.3 Video boleh disunting (edit) dan boleh guna time lapse.
2.2.2.4 Peserta dikehendaki memakai pakaian separa uniform sahaja
sepanjang rakaman video.
2.2.2.5 Durasi video mestilah tidak melebihi 5 minit termasuk intro. Video
yang melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

2.3 Penilaian dan Pemarkahan

2.3.1 Gajet perkhemahan KRS Putera / Puteri

BIL. ITEM Markah

(a) Gajet siap 25

Ikatan dan simpulan wajib

i. Lilit Balak 5

ii. Silang Gunting 5

(b) iii. Silang Tungku 5

iv. Seraya 5

vi. Manok 5

Penerangan lisan dan tulisan 30

(c) Kualiti video 15

(d) Pakaian 5

(e) Jumlah markah 100

12
2.3.2 Gajet perkhemahan Putera / Puteri

BIL. ITEM MARKAH

(a) Gajet siap 20

(b) Inovasi 5

Ikatan dan simpulan wajib

i. Lilit Balak 5

ii. Silang tungku 5


(c)
iii. Seraya 5

iv. Lilit kacang 5

v. Manok 5

(d) Penerangan lisan dan tulisan 30

(d) Kualiti video 15

(f) Pakaian 5

Jumlah 100
markah

13
3.0 REKA CIPTA ARCA MERCU TANDA

3.1 REKACIPTA MODEL MERCU TANDA

3.1.1 KATEGORI

a) 3 Kumpulan TKRS (L) : 3 orang setiap kumpulan

b) 3 Kumpulan TKRS (P) : 3 orang setiap kumpulan

c) 3 Kumpulan KRS (L) : 3 orang setiap kumpulan

d) 3 Kumpulan KRS (P) : 3 orang setiap kumpulan

3.1.2 PELAKSANAAN AKTIVITI

2.5.2.1 Rekacipta model mercu tanda KRS/TKRS Putera/ Puteri

a) Setaip kumpulan dikehendaki menunjukkan cara-cara menyediakan satu

Rekacipta model mercu tanda seperti bangunan KLCC atau Jambatan Pulau

Pinang dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula.

b) Proses gunting-menggunting atau potong-memotong wajib ditunjukkan dalam

rakaman video.

c) Peserta diwajibkan memakai separa uniform sahaja.

d) Syarat penghasilan video:

i) Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang lengkap

samada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.

ii) Video boleh disunting (edit) dan boleh guna time lapse.

iii) Masa video berdurasi 4 minit maksimum. Setiap lakuan selepas tempoh 4

minit tidak akan dinilai.

14
2.5.3 PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

2.5.3.1 Rekacipta model mercu tanda TKRS Putera/ Puteri

BIL ITEM/ PERKARA/ MARKAH MARKAH

a) Paparan keseluruhan proses


a) Memperkenalkan bahan : 10
30
b) Langkah penyediaan : 10
c) Kekemasan : 10
b) Penerangan ( lisan/tulisan ) 15
a) Isi kandungan penerangan :
c) Persembahan produk
a) Hiasan : 15
30
b) Kreativiti : 15
d) Kualiti video 10

( audio/ video/ muzik latar/ kreativiti )

e) Uniform Separa : 5

f) Kerjasama dalam kumpulan 10

g) JUMLAH MARKAH 100

15
6.0 KEROHANIAN DAN MORAL

6 (A): HAFAZAN TKRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu TKRS Putera
(b) Individu TKRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta dikehendaki memaparkan video hafazan surah.
Hafazan Surah
(i) Surah Al-Fatihah
(ii) Surah Al-Bayyinah
(iii) Surah Al ‘Aadiyaat

6.3 Syarat Pertandingan


6.3.1 Rakaman video hafazan hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit) potong-sambung. Namun kesan khas grafik (caption dan
sebagainya) dibenarkan dan dalam bentuk melintang (landscape).

16
6.3.2 Peserta diwajibkan memakai Uniform Separa Sahaja semasa rakaman video.
6.3.3 Peserta dikehendaki duduk di atas kerusi tanpa halangan semasa rakaman .
6.3.4 Peserta dikehendaki memakai pelitup mata yang legap ketika rakaman
dilakukan. Sekiranya tidak memakai penutup mata, video tidak akan dinilai.
6.3.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 5 minit. Video yang
melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

17
6.4 Penilaian dan Pemarkahan

6.4.1 Hafazan Surah dan Doa TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Fasohah ( kelancaran ) 40

(b) Tajwid 30

(c) Suara 15

(d) Kualiti video


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(e) Pakaian 5

Jumlah 100
markah

18
6.3.1 Hafazan Surah [50 markah]
a) Tajwid [30 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Hukum tarqiq dan tafkhim.
(b) Hukum mad asli, mad badal,mad iwad, mad silah qosirah dan thowilah,
mad wajib muttasil , mad jaiz munfasil, mad lazim kalimi dan harfi, mad
farq, mad arid lissukun.
(c) Kadar ghunnah 2 harakat.
(d) Hukum bacaan tajwid yang lain.

b) Fasohah[40
markah] Perkara
dihakimi:
(a) Makhraj huruf dan sifat.
(b) Hukum waqaf dan ibtida’.
(c) Cermat dalam melafazkan kalimah al-Quran.
(d) Fasih dalam bacaan dan berfasohah arab.
(e) Ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah tanpa dialek
(loghat) kedaerahan.
(f) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(g) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(h) Kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah dan
ayat-ayat al-Quran (tidak menyambar).

c) Kelancaran dan Persembahan [20 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Bacaan tadwir mengikut riwayat hafs.
(f) Gagal menghabiskan bacaan yang ditentukan.

19
d) Suara [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

20
6 (B): HAFAZAN KRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta dikehendaki memaparkan video hafazan ayat dan doa:
(a) Hafazan Surah
(i) Surah Al-Kahfi ayat 101-110
(b) Hafazan Doa
(i) Doa Qunut
(ii) Tahiyat akhir serta selawat Ibrahimiah

6.3 Syarat Pertandingan


6.3.1 Rakaman video hafazan hendaklah secara berterusan dan tidak boleh disunting
(edit) potong- sambung. Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya)
dibenarkan dan dalam bentuk melintang (landscape).
6.3.2 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap KRS No. 4 semasa rakaman
video.
6.3.3 Peserta dikehendaki duduk di atas kerusi tanpa halangan semasa rakaman
video.
6.3.4 Peserta dikehendaki memakai pelitup mata yang legap ketika rakaman
dilakukan. Sekiranya tidak memakai penutup mata video tidak akan dinilai.
6.3.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 5 minit. Video yang melebihi
durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

21
6.4 Penilaian dan Pemarkahan

6.4.1 Hafazan Surah dan Doa KRS Putera / Puteri

BIL ITEM / PERKARA MARKAH

a. Hafazan surah 50

b. Hafazan doa 35

c. Kualiti video
10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

d. Pakaian (lengkap) - Uniform KRS No. 4 5

Jumlah 100
markah

6.4.1 Hafazan Surah [50 markah]


a) Tajwid [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Hukum tarqiq dan tafkhim.
(b) Hukum mad asli, mad badal,mad iwad, mad silah qosirah dan thowilah,
mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil, mad lazim kalimi dan harfi, mad
farq, mad arid lissukun.
(c) Kadar ghunnah 2 harakat.
(d) Hukum bacaan tajwid yang lain.

22
b) Fasohah [5 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Makhraj huruf dan sifat.
(b) Hukum waqaf dan ibtida’.
(c) Cermat dalam melafazkan kalimah al-Quran.
(d) Fasih dalam bacaan dan berfasohah arab.
(e) Ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah tanpa dialek
(loghat) kedaerahan.
(f) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(g) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(h) Kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah dan
ayat-ayat al-Quran (tidak menyambar).

c) Kelancaran dan Persembahan [20 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Bacaan tadwir mengikut riwayat hafs.
(f) Gagal menghabiskan bacaan yang ditentukan.

d) Suara [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

23
6.4.2 Hafazan Doa [35 markah]
a) Kelancaran [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Gagal menghabiskan hafazan doa yang ditentukan.

b) Persembahan [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.
(b) Alunan bertepatan dengan maksud doa yang di hafal.

c) Suara [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Suara tidak berubah.
(e) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

24
6 (C): MORAL – PENGUCAPAN AWAM TKRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:
(a) Individu TKRS Putera
(b) Individu TKRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta hanya terdiri daripada kadet bukan beragama Islam (non-muslim).
6.2.2 Peserta perlu menyampaikan pengucapan awam dengan memilih satu tajuk di bawah:
(a) Buli: Kesan emosi kepada kanak-kanak
(b) Kasih sayang dan perhatian ibu bapa membentuk jati diri murid
6.2.3 Rakaman video pengucapan awam hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit). Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya) dibenarkan dan
rakaman video dalam bentuk melintang (landscape).
6.2.4 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap TKRS No. 3 semasa rakaman video.
Sekiranya pakaian tidak lengkap penalti 3 markah dipotong daripada markah
keseluruhan.
6.2.5 Peserta dikehendaki menyampaikan pengucapan awam dalam keadaan berdiri tanpa
ada halangan.
6.2.6 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi
durasi masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

25
6.3 Penilaian dan Pemarkahan

6.3.1 Pengucapan Awam TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Pengenalan 10

(b) Kefasihan bertutur 20

(c) Kebolehan penyampaian 25

(d) Keyakinan ketika bertutur 10

(e) Personaliti / Keterampilan 10

(f) Penutup / Kesimpulan 10

(g) Kualiti video


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(h) Pakaian (lengkap) - Uniform TKRS No. 3 5

Jumlah 100
markah

26
6 (D): MORAL – PENGUCAPAN AWAM KRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta hanya terdiri daripada kadet bukan beragama Islam (non-muslim).Peserta
perlu menyampaikan pengucapan awam dengan memilih satu tajuk di bawah:
(a) Pemanasan Global
(b) Rasuah- kesan kepada individu dan negara
(c) Inflasi-kesan kepada pengguna
6.2.2 Rakaman video pengucapan awam hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit). Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya) dibenarkan dan
rakaman video dalam bentuk melintang (landscape).
6.2.3 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap KRS No. 4 semasa rakaman video.
Sekiranya pakaian tidak lengkap penalti 3 markah dipotong daripada markah
keseluruhan.
6.2.4 Peserta dikehendaki menyampaikan pengucapan awam dalam keadaan berdiri tanpa
ada halangan.
6.2.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi
durasi masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

27
6.3 Penilaian dan Pemarkahan

6.3.1 Pengucapan Awam KRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Pengenalan 10

(b) Kefasihan bertutur 20

(c) Kebolehan penyampaian 25

(d) Keyakinan ketika bertutur 10

(e) Personaliti / Keterampilan 10

(f) Penutup / Kesimpulan 10

(g) Kualiti video


(audio / video / muzik latar / kreativiti) 10

(h) Pakaian (lengkap) - Uniform KRS No. 4 5

Jumlah 100
markah

28
7.0 GERAK WIRA

7.1 Kategori
Berkumpulan (15 orang) KRS Putera
Berkumpulan (15 orang) KRS Puteri
Berkumpulan (15 orang) TKRS Putera
Berkumpulan (15 orang) TKRS Puteri

7.2 KRS dan TKRS Putera / Puteri


a) Setiap pasukan dikehendaki mempersembahkan gabungan gerak wira secara berkumpulan.
b) Gabungan gerakkan mestilah teratur dan kemas serta tidak menggunakan gerakan-gerakan
yang mempamerkan elemen negatif.
c) Unsur suara dan laungan perlulah bersifatkan kenegaraan, semangat patriotik dan
bersesuaian tanpa bantuan pembesar suara.
d) Laungan suara wajib yang perlu ada dalam persembahan ialah ‘ILMU, IMAN, AMAL’ dan
‘TKRS MALAYSIA’.

7.3 Syarat Pertandingan

a) Ahli TKRS dikehendaki memaparkan video gerak wira secara berkumpulan.


b) Video tidak boleh disunting (edit).
c) Hanya dibenarkan paparan nama sekolah, kategori, jenis pertandingan dan logo
TKRS/Sekolah sahaja.
d) Paparan lirik adalah dibenarkan.
e) Rakaman video mestilah secara melintang (landscape).
f) Rakaman video perlulah secara statik(tidak berubah kedudukan alat rakaman).
g) Tidak dibenarkan menggunakan time lapse.
h) Tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara.
i) Tidak dibenarkan menggunakan apa-apa alatan tambahan / prop.
j) Tiada unsur muzik dalam persembahan.
k) Peserta hendaklah memakai pakaian t-shirt TKRS sepanjang rakaman video.
l) Tempoh rakaman video ialah tidak melebihi 3 minit (keseluruhan video).
m) Rakaman yang dimuat naik perlulah di ‘unlisted’ dan tidak dibenarkan di pamerkan dimana-
mana saluran sepanjang proses penjurian berlansung.

7.4 Penilaian dan Pemarkahan

29
BIL ITEM MARKAH

1 Gubahan gerakan (keseluruhan) 20

2 Sebutan dan audio yang jelas 20

3 Kesepaduan gerakan 20

4 Kepelbagaian gerakan 10

5 Laungan/ unsur suara wajib 10

6 Keseragaman pakaian 10

7 Kreativiti 10

JUMLAH KESELURUHAN 100


PENALTI
1 Tidak memakai t-shirt TKRS Tidak dinilai
2 Melebihi masa yang ditetapkan Tidak dinilai
(keseluruhan video)
3 Video diedit Tidak dinilai
4. Terdapat elemen atau unsur negatif dalam Tidak dinilai
pergerakan atau laungan
5. Tiada 2 luangan atau unsur suara wajib Tidak dinilai

7.0 Panel penilai.

Panel penilai akan dilantik oleh pihak JPN bagi pertandingan peringkat negeri manakala
panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.

8.0 Sijil dan hadiah.

8.1 Sijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

30
8.2 Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui pihak pengelola dan akan diserahkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

8.3 Sijil pencapaian dan hadiah pemenang peringkat kebangsaan (tempat 1 hingga 5) akan
disediakan oleh pihak pengelola mengikut kategori putera dan puteri.

9.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

En. Khairul Afandy Bin Osman


Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid, JPN Perak,
016-2038524

10.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli ahli Kadet Remaja
Sekolah dan Tunas Kadet Remaja untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran
mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video). Penyertaan murid dalam pertandingan
ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu
kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada
pada mereka.

31

You might also like