Professional Documents
Culture Documents
Ervinno Jaya (DB220130) - Tugasan Ulasan Video Hedonisme
Ervinno Jaya (DB220130) - Tugasan Ulasan Video Hedonisme
Ervinno Jaya (DB220130) - Tugasan Ulasan Video Hedonisme
Bab 1 :Pengenalan………………………………………………………………………m/s3
1.1Definisi Hedonisme …………………………………………………………………..m/s3
1.2 Konsep Hedonisme………………………………………………………………….m/s3
1.3 Ciri-ciri Hedonisme…………………………………………………………………..m/s3
1.4 Pengasas budaya hedonisme………………………………………………………m/s3
Bab 2 : Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya……………………………m/s4
Bab 3 : Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya……………………………m/s5
Bab 4 :Kesimpulan………………………………………………………………………m/s6
BAB 1
Pengenalan
1.1 Definisi Hedonisme
Budaya atau pemikiran Hedonisme merupakan satu pandangan hidup yang menganggap
bahawa manusia akan mencapai kebahagiaan dengan mencari keseronokan dengan
3
BAB 2
Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya
Budaya hedonisme ini memberikan beberapa implikasi yang buruk terhadap masyarakat.
Terdapat beberapa implikasi buruk budaya hedonisme ini. Antaranya ialah, kemakmuran
dan kesejahteraan negara semakin tergugat. Perkara sebegini boleh berlaku kerana
sekiranya setiap individu dalam sesebuah negara tersebut mengamalkan budaya
hedonisme, Kemewahan yang dirasakan oleh mereka akan menjadikan hati manusia
menjadi kasar, hilang kepekaan dan merosakkan fitrah manusia. Ketika mereka mengejar
kemewahan dengan penuh bernafsu, mereka akan sanggup melibatkan diri dalam aktiviti
jenayah bagi mendapatkan wang. Hal ini akan kemudiannya secara tidak langsung
menyumbang kepada kehancuran kemakmuran dalam kehidupan manusia.
Selain itu, budaya hedonisme ini juga menyumbang kepada peningkatan aktiviti
jenayah sosial dalam golongan orang muda. Golongan muda amatlah mudah terdedah
kepada aktiviti jenayah. Hal ini kerana, mereka belum dapat membuat keputusan dengan
betul dan tidak dapat mengawal nafsu dengan baik. Demi mendapatkan dan memenuhi
tuntutan nafsu, mereka sanggup melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
untuk mencari wang. Aktiviti seperti penipuan, kecurian maklumat, judi siber, skim cepat
kaya dan sebagainya merupakan aktiviti yang sering dilaksanakan oleh golongan muda
ini.
4
BAB 3
Langkah Penyelesaian Bagi Mengatasi Budaya Hedonisme
Setiap masalah atau konflik, pasti akan ada langkah penyelesaian. Begitu juga dengan
budaya Hedonisme. Bagi mengatasi masalah penularan budaya Hedonisme dalam
kalangan masyarakat, terdapat beberapa langkah yang telah dicadangkan. Antaranya
ialah, usaha daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sistem ilmu
melalui media massa seperti media kerohanian. Melalui kewujudan sistem sebegini, ilmu
pengetahuan dan keimanan masyarakat dapat dipertingkatkan.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dalam isu kebajikan masyarakat juga
sewajarnya melaksanakan kempen pendedahan akan kesan-kesan dan keburukan
hedonisme. Melalui pelaksanaan kempen ini, ia dapat memupuk kesedaran dalam diri
masyarakat mengenai keburukan hedonisme dan dapat menimbulkan sifat ingin
mengelakkan diri daripada terjebak dalam budaya hedonisme.
5
BAB 4
Kesimpulan
Secara tuntasnya, jelaslah bahawa budaya atau corak pemikiran hedonisme ini bukanlah
sesuatu yang baik untuk diamalkan. Kesannya amat buruk sekiranya ia menjadi budaya
yang menjadi amalan utama masyarakat. Diharapkan, melalui kerjasama semua pihak
dalam membendung budaya hedonisme ini akan membantu untuk membendung budaya
ini daripada semakin menular. Akhir kata, kita hendaklah ingat bahawa generasi muda
pada masa merupakan bakal pemimpin negara kita dan kita tidak mahu sekiranya budaya
hedonisme ini mempengaruhi minda mereka.