Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG, IPOH

Tarikh : 18 MEI 2020


Masa : 2:30 PETANG
Hari : RABU
Tempat : KELAS TAHUN 1

Kehadiran :
1. CIK SARINA BINTI TAJUDDIN@BAKAR
2. PN. NORIZATUL HASNI BINTI MUHAMMAD SABRI
3. PN. SALMA BINTI DAUD
4. PN. FATIN NOORAIN BINTI MASLAN
5. PN. NIK RUSLINA BINTI NIK ABDULLAH
6. PN. HASNIAH BINTI HASSAN
7. PN. NOR ADIBAH BINTI ISMAIL
8. PN. HAKIMATUN AIN BT. JAZULI @ MOKHTAR
9. PN. PUTERI NOR MAZWIN BINTI MEGAT MOHD AZRAAI
10. PN. NOOR HASLINDA BINTI MAT RIPIN
11. PN. KHALILAH BINTI IBRAHIM
12. MURID-MURID PPIM TAHUN 4,5 DAN 6

1. Perutusan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru penasihat dan berharap
perjalanan mesyuarat berjalan lancar.
1.2. Cik Sarina selaku ketua guru penasihat Puteri Islam mengalu-alukan kedatangan serta
memperkenal barisan guru penasihat Puteri Islam.
1.3. Penerangan tentang masa perjumpaan dan tarikh perjumpaan iaitu pada:
1.3.1. Hari : Rabu,
1.3.2. Masa :1.30 petang hingga 3.30 petang mengikut takwim
1.4. Semua ahli perlu mempunyai uniform Puteri Islam yang lengkap. Pakaian uniform lengkap
atau pakaian riadah perlu dipakai pada setiap hari Rabu

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu


2.1. Puan Norhaslinda telah mencadangkan Minit Mesyuarat yang lalu disahkan dan disokongoleh
Puan Hasniah.

3. Perancangan Aktiviti 2020


3.1. Perbincangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 iaitu:
3.1.1. Latihan kawad kaki pada setiap perjumpaan
3.1.2. Pengemaskinian Buku Log setiap kali perjumpaan
3.1.3. Kraftangan
3.1.4. Latihan Perkhemahan
3.1.5. Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform
3.1.6. Permainan tradisonal
3.1.7. Hafazan Surah Lazim
3.1.8. Zikir Harian
3.1.9. Penyediaan menyediakan minum petang
3.1.10. Semua aktiviti akan disusun dan akan diserahkan kepada guru pembimbing sebagai
rujukan untuk menjalankan aktiviti.

4. Hal-hal lain
4.1. Guru Pembimbing Puteri Islam perlu sentiasa mengingatkan ahli Puteri Islam yangmenyertai
acara sukan mewakili sekolah manjaga adab dan tatatusila sebagai seorang muslimah. Ahli
berkenaan menjaga aurat dengan memakai baju T berlengan panjang,bertudung dan
memakai seluar yang tidak ketat.
4.2. Aktiviti PPIM Daerah KintasUtara akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa oleh pengerusi.
4.3. Semua ahli diwajibkan menggunakan Buku Log Rasmi Puteri Islam untukmendokumentasikan
semua aktiviti yang dijalankan. Buku Log boleh dibeli melalui Puan Hasniahdengan harga
RM10.00.
4.4. Cik Sarina mensasarkan 5 orang ahli untuk dianugerahkan Puteri Bongsu pada tahun 2020.

5. Ucapan Penangguhan
5.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikankerjasama
sepanjang mesyuarat berlangsung dan berharap segala perancangan yang dibuat dapat
dijalankan dengan baik oleh semua jawatankuasa yang terpilih dan disokong oleh semua ahli.
5.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 petang. Mesyuarat Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK
Panchor bilangan 2/2020 akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan olehUnit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh

You might also like