Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM (L20222013613)

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR


FORUM 1
Perancangan untuk kepelbagaian pelajar dalam rancangan pengajaran harian (RPH)
guru adalah wajar. Bincangkan.

Perancangan untuk kepelbagaian pelajar dalam rancangan pengajaran harian (RPH)


guru adalah wajar dan sangat penting. Ia memainkan peranan utama dalam memastikan
bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berkesan dan relevan kepada
semua pelajar. Antara beberapa alasan mengapa perancangan untuk kepelbagaian pelajar
dalam RPH guru penting adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Hal ini
kerana, dengan merancang untuk kepelbagaian pelajar, guru dapat mencipta pengalaman
pembelajaran yang lebih relevan dan menarik. Ini dapat membantu meningkatkan
pemahaman pelajar, motivasi, dan hasil pembelajaran keseluruhan. Oleh yang demikian,
pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar apabila mereka melihat pengajaran disesuaikan
dengan keperluan mereka.

Selain itu, untuk meningkatkan keupayaan guru. Hal ini di mana, guru juga akan
meningkatkan keupayaan mereka dalam mengajar. Setiap pelajar adalah unik dan mempunyai
keperluan pembelajaran yang berbeza. Oleh disebabkan itu, guru perlu mengembangkan
strategi pengajaran yang berbeza untuk menangani kepelbagaian pelajar. Sebilangan besar
faktor seperti gaya pembelajaran, tahap pengetahuan pra-pelajaran, kebolehan, minat, dan
keperluan khas perlu diambil kira. Perancangan yang menekankan kepelbagaian membantu
guru untuk merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar yang seterusnya akan
meningkatkan kemahiran guru sebagai pendidik.

Selanjutnya, untuk memenuhi standard pendidikan. Banyak sistem pendidikan


menggalakkan atau mengesyorkan perancangan yang menekankan kepelbagaian sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menjadi suatu keperluan
undang-undang untuk memastikan semua pelajar menerima pendidikan yang sesuai dengan
keperluan mereka. Dengan merancang dengan teliti, pendidikan akan menjadi lebih bermakna
dan memberi peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang lebih baik. Ia
membantu guru memenuhi keperluan pelbagai pelajar dan membina dasar pendidikan yang
lebih inklusif.

Oleh hal yang demikian, perancangan untuk kepelbagaian pelajar dalam RPH guru
adalah penting untuk memastikan semua pelajar mempunyai peluang untuk belajar dan
berkembang dalam ruang pengajaran yang adil, efektif, dan relevan demi memenuhi standard
pendidikan di Malaysia.

You might also like