(Sila Lihat Sebelah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.

25 753

(i) Nyatakan nombor pada kad itu dalam perkataan.

[1 markah]

(ii) Bundarkan nombor pada kad itu kepada ratus yang terdekat.

[1 markah]

2. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.

87 415

(i) Cerakinkan nombor pada kad itu mengikut nilai digit.

[1 markah]

(ii) Cari beza nilai digit bagi digit 8 dengan digit 4 pada kad nombor itu

[2 markah]

1 [Sila lihat sebelah


3. Mia menekan nombor 4 796 pada kalkulator. Kemudian Azwan menambah 29
846 kepada nombor itu. Hasil tambah itu kemudiannya dikurangkan sebanyak 11
413.
(i) Tuliskan ayat matematik berdasarkan pernyataan di atas.

[2 markah]

(ii) Nyatakan jawapan berdasarkan ayat matematik yang diperoleh pada


soalan (i).

[2 markah]

4. Jadual menunjukkan jualan kereta dalam tempoh 3 tahun.

Tahun Bilangan kereta


2015 15 672
2016 3 kali tahun 2015
2017 Setengah daripada tahun 2016
(i) Berapakah jualan kereta pada tahun 2015?

[1 markah]
(ii) Berapakah jualan kereta bagi tahun 2016?

[2 markah]

(iii) Cari jumlah jualan kereta dalam ketiga-tiga tahun itu

[2 markah]

2 [Sila lihat sebelah


5. Jadual menunjukkan bilangan pengunjung yang datang berkunjung ke sebuah
pesta buku dalam masa tiga hari.

Hari Bilangan pengunjung


Sabtu 8 900
Ahad 6 328 orang lebih daripada Sabtu
Isnin 1 500 orang kurang daripada Ahad
.

(i) Berapakah bilangan pengunjung pada hari Sabtu?

[1 markah]
(ii) Berapakah lebihnya bilangan pengunjung pada hari Isnin berbanding hari
Sabtu?

[2 markah]

(iii) Hitung jumlah pengunjung bagi ketiga-tiga hari itu.

[2 markah]

6. 4 173 x 4 ÷ 26 =

[3 markah]

3 [Sila lihat sebelah


7. (i) Hasil tambah tiga nombor ialah 950 863. Dua daripada nombor-nombor
tersebut ialah 175 887 dan 525 690. Apakah nombor ketiga?

[2 markah]

(ii) Syarikat M telah menghasilkan 87 487 pasang cermin mata pada tahun
2020. Pada tahun 2021 syarikat itu menghasilkan 8 409 pasang cermin mata
lebih daripada tahun 2020. Hitung bilangan cermin mata yang dihasilkan oleh
syarikat itu dalam kedua-dua tahun itu.

[2 markah]

8. (i) X + 32 400 = 63 725 . Cari nilai X

[2 markah]

(ii) 3 649 x 49 – 98 541 =

[2 markah]

4 [Sila lihat sebelah


9. Farah dan Shima masing-masing membuat 1 720 dan 928 biji kek cawan.
Bilangan kek cawan yang dibuat oleh Syuhadah adalah sama dengan jumlah kek
cawan yang dibuat oleh Farah dan Shima.

(i) Hitung jumlah kek cawan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang budak
perempuan itu.

[2 markah]

(ii) Mereka membungkus semua kek cawan itu ke dalam kotak sebanyak dua
puluh-dua puluh biji. Kek cawan yang tinggal diberikan kepada adik
Syuhadah. Berapa biji kek cawankah yang diterima oleh adik Syuhadah?

[3 markah]

10. (i) Hitung


2 844 + 219 204 = ________________

[1 markah]

(ii) Jadual menunjukkan bilangan penduduk di tiga daerah.


Daerah Bilangan penduduk
District Number of population
R 208 702
S 502 869
T 208 908
Hitung jumlah penduduk di ketiga-tiga daerah di atas.

[2 markah]

5 [Sila lihat sebelah


11. (i) Beza antara 46 800 dengan 25 921 ialah _______________

[1 markah]
(ii) 546 – 390 ÷ 2 =

[2 markah]

(iii) (892 + 812) ÷ 8 =

[2 markah]

6 [Sila lihat sebelah


12. (i) 20 x 10 = q.
Cari nilai q.

[1 markah]

(ii) n x 9 = 459
Cari nilai n.

[2 markah]

(iii) k ÷ 9 = 32
Cari nilai k.

[2 markah]

7 [Sila lihat sebelah


13. (i) Sebuah kotak mengandungi 12 560 keping penanda buku. Berapakah
bilangan penanda buku dalam 9 buah kotak?

[2 markah]

(ii) Ada 25 batang pensel dalam satu bungkusan. Ada p bungkusan.


Kesemua pensel ialah 125 batang pensel. Cari nilai p.

[3 markah]

14. (i) Diberi M - 849 270 = 109 986.


Apakah nilai M.

[2 markah]

(ii) Berapakah kurang 28 puluh ribu daripada 785 600?

[1 markah]

8 [Sila lihat sebelah


15. (i)
Aliya mempunyai 800 biji rambutan. Kesemua rambutan itu
dibungkus sama rata ke dalam beberapa beg plastik. Setiap
beg plastik mengandungi 50 biji rambutan.

Berdasarkan situasi di atas, tuliskan dalam ayat matematik.

[2 markah]

(ii) Jadual menunjukkan bilangan stoking di dalam dua buah kotak.

Kotak A Kotak B

1 954 pasang Lima kali lebih daripada kotak A

Berapakah jumlah stoking di dalam kotak A dan B?

[2 markah]

- Kertas soalan tamat -

9 [Sila lihat sebelah

You might also like