Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

LEGASI TAPAI UBI

Cerpen: Ghazali Lateh


SINOPSIS
Parjo yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah membantu ibu dan
bapanya menjual tapai ubi sejak kecil lagi. Apabila disebut sahaja “Tapai Ubi Wak
Salikon” semua orang tahu sehinggakan rakan sekolah Parjo menggelarnya Parjo
Tapai. Untuk membuat tapai ubi, prosesnya agak rumit kerana banyak pantang larang
yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa
membuat tapai dan elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh
membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Hasil daripada jualan tapai ubi, Parjo dan adik-adiknya berjaya dalam pendidikan
sehingga ke menara gading. Parjo misalnya berjaya melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan selepas menamatkan pembelajaran matrikulasi selama dua tahun.
Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian
tentang kesan tapai ubi dalam mengurangkan serangan kanser. Parjo yang melakukan
kajian dengan teliti telah berjaya membuktikan tapai ubi dapat menghasilkan
bakteria yang bermanfaat kepada manusia iaitu bakteria yang menghalang
pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan
telah dibawa ke peringkat antarabangsa.
Parjo berjaya menamatkan pengajiannya dan mendapat gelaran Doktor Falsafah atas
kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser”. Dr. Parjo teleh
membawa ibu dan bapanya menghadiri majlis konvokesyennya. Mereka berdua
merupakan inspirasi disebalik kejayaannya. Di atas permintaan yang tinggi, Kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo. Beliau
kemudiannya meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah kepada
penyakit lain serta bertugas sebagai pesyarah perubatan.
TEMA
Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi untuk membuktikan bahawa
makanan tradisional itu mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya.
PERSOALAN
CONTOH PERISTIWA
Pengorbanan ibu dan bapa dalam Wak Salikon dan isterinya tanpa
memastikan anak-anak ke sekolah jemu mengusahakan perniagaan
sehingga ke menara gading tapai ubi sehingga mampu
menghantar anak-anaknya ke
universiti
PERSOALAN
CONTOH PERISTIWA

Ketelitian dalam membuat sesuatu Ibu dan bapa Parjo menghasilkan


kerja tapai ubi dengan penuh teliti serta
mematuhi pantang larang yang perlu
diikuti
PERSOALAN
CONTOH PERISTIWA

Ketaatan seorang anak kepada ibu Parjo mengikuti arahan untu


dan bapa membawa tapai ubi untuk dijual ke
pasar pada waktu pagi
PERSOALAN
CONTOH PERISTIWA

Bercita-cita tinggi demi kemajuan Wak Salikon bercita-cita untuk


masa hadapan memajukan perniagaannya sehingga
berjaya membuka sebuah kilang
perusahaan
PERSOALAN
CONTOH PERISTIWA
Parjo menjawab soalan wartawan
Membalas jasa ibu dan bapa dan bahawa ibu dan bapanya adalah
menghargai mereka sumber inspirasi kejayaannya dalam
membuat kajian tentang tapai ubi
sebagai salah satu makanan yang
dapat mengurangkan risiko kanser
WATAK PERWATAKAN
WATAK PERWATAKAN
Watak utama
Merupakan anak sulung kepada Wak
Salikon
Kini seorang pensyarah universiti
Parjo Seorang yang mempunyai iltizam yang
tinggi dan bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu
Seorang yang tidak lupa untuk
mengenang jasa ibu dan bapanya
WATAK PERWATAKAN
WATAK PERWATAKAN

Bapa kepada Parjo


Seorang yang teliti dan gigih dalam
melakukan kerja
Wak Salikon Seorang yang berwawasan kerana
mementingkan pendidikan anak-anak
serta bercita-cita tinggi untuk
mengembangkan perniagaannya
WATAK PERWATAKAN
WATAK PERWATAKAN

Ibu kepada Parjo


Seorang yang teliti dan juga
gigih dalam membantu
Emak perniagaan tapai suaminya
Seorang yang prihatin
terhadap anak-anaknya
WATAK PERWATAKAN
WATAK PERWATAKAN

Pensyarah kepada Parjo


Seorang yang berpandangan
Profesor Haidar jauh dan percaya dengan
kebolehan anak muridnya
BINAAN PLOT
PENGENALAN
Parjo telah membantu ibu dan bapanya menjual tapai ubi sehingga digelar “parjo
Tapai” oleh rakan-rakannya. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun
lama-kelamaan dia terbiasa dan tidak ambil kisah kerana dia ikhlas membantu ibu dan
bapanya mencari rezeki.
PERKEMBANGAN
Untuk membuat tapai ubi, prosesnya agak rumit. Proses tersebut bermula dengan
proses mencabut ubi, kemudian mengopek kulit, memotong ubi tersebut, menjerang
air dan merebus sehingga ubi matang untuk dimakan. Selain itu, banyak pantang
larang lain yang perlu dipatuhi sepanjang proses membuat tapai ubi. Hasil daripada
jualan tapai ubi telah membawa Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga
menjejakkan kaki ke menara gading.
PERUMITAN
Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian ke
atas tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
Proses kajian dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser. Kajian tersebut
dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser, cara kanser merebak dan langkah
untuk mengesan kanser sehingga kepada proses membuat uji kaji tindak balas tapai
ubi terhada sel kanser.
KLIMAKS
Hasil usaha dan ketelitian Parjo, dia berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat
mengurangkan risiko penyakit kanser. Terdapat satu bakteria yang terkandung dalam
tapai ubi yang membawa manfaat kepada manusia untuk mencegah serangan kanser.
Kajiannya telah mendapat pengiktirafan oleh universiti dan dibawa ke peringkat
antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat
gelaran Dr. Parjo.
PELERAIAN
Dr. Parjo meneruskan kerjayanya dalam bidang pensyarah tetapi tetap meneruskan
kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada penyakit lain.
Manakala permintaan tapai ubi Wak Salikon meningkat sehingga terbinanya sebuah
kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
TEKNIK PLOT

1 2 3
Saspens: Profesor Haidar menyebut Imbas kembali: Fikiranku melayang ke Monolog: Ah betapanya penyakit
nama Parjo ketika di kuliah untuk zaman kanak-kanak. Teringatkan kanser! getus hati kecilku.
mengadakan projek bahasa aku akan bapa dan emak yang masih
semester ini. membuat tapai ubi sehingga kini.
TEKNIK PLOT

4
Dialog : “Parjo, jangan lupa nanti
hantar tapai ke pasar!” jerit bapa
dengan loghat Jawanya yang pekat.
LATAR
LATAR MASA
Waktu Pagi – Wak Salikon menjerit kepada Parjo agar tidak lupa untuk menghantar tapai ubi
ke pasar dalam loghat Jawanya
Enam puluh hari – Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121
darjah celcius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam
puluh hari
Permulaan semester – Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk
dijalankan
Selepas sembahyang isyak – Emak meneruskan kerjanya membuat tapai ubi yang dikatakan
banyak pantang larangnya
LATAR TEMPAT
Rumah Wak Salikon – tempat di mana ibu dan bapa Parjo menghasilkan tapai ubi
yang memerlukan proses yang teliti
Kantin Sekolah – Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah setiap hari
sehingga dia dipanggil “Parjo Tapai”
Fakulti perubatan di universiti – Parjo melakukan kajian terhadap tapai ubi
yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser
Kilang Tapai Ubi Wak Salikon – Wak Salikon dan ibu Parjo bekerja sebagai pemilik
dan pengurus kilang pengeluaran tapai ubi tersebut selepas mendapat banyak
tempahan
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang melakukan sesuatu kerja dengan teliti - Ibu dan bapa Parjo menghasilkan tapai
dengan teliti mengikut proses dan pantang-larangnya
Masyarakat yang berpandangan jauh - Parjo belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan risiko kanser
Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki - Ibu parjo menyambung kerja menghasilkan
tapai ubi selepas waktu Isya’ dan Parjo diingatkan oleh bapanya untuk mneghantar tapai ubi ke
pasar di waktu pagi
Masyarakat yang mengenang jasa ibu dan bapa - Parjo berusaha membuktikan kebaikan tapai ubi
dan berjaya meningkatkan permintaan orang awam terhadap tapai ubi tersebut
Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan - Wak Salikon membuka kilang
perusahaan tapai ubi selepas permintaan terhadap tapai ubinya semakin tinggi.
GAYA BAHASA

1 2 3
Bahasa Sains: metastasis, Peribahasa: alah bisa tegal biasa Repitisi: Tapai! Tapai! Tapai!
bakteriosin, manihot esculanta
GAYA BAHASA

4 5 6
Sinkope: “Buat tapai ubi tak boleh Anafora: Aku akur dengan petua Kata ganda: kemudian ubi itu
bagitahu orang tahu!” emak, aku hanya diam dipotong pendek-pendek dalam
seinci setengah
NILAI
1) Nilai kesyukuran – Parjo menjawab soalan wartawan bahawa kejayaannya adalah
hasil inspirasi daripada bapa dan ibunya yang menghasilkan tapai ubi
2) Nilai kegigihan – Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai
ubi sehingga berkembang dan membuka sebuah kilang
3) Nilai mengenang jasa – Parjo belajar sehingga ke menara gading dan mendapat
segulung ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya
4) Nilai tanggungjawab – Parjo membuat kajian ke atas tapai ubi untuk
mengurangkan risiko kanser kerana ingin membantu masyarakat demi mencegah
penyakit kanser
PENGAJARAN
1) Kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap orang lain kerana walaupun mereka hanya menjual tapai
misalnya, mereka mampu berjaya pada masa akan datang.
2) Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan agar kita menjadi lebih baik serta
mencapai kejayaan.
3) Kita mestilah mengutamakan pendidikan daripada perkara lain kerana melalui pendidikan, pelbagai kejayaan
boleh dikecapi oleh seseorang.
4) Kita perlu bijak mengambil peluang dalam menggapai kejayaan seperti Wak Salikon yang membuka sebuah
kilang perusahaan tapai ubi selepas permintaan meningkat.
5) Kita hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Parjo bersungguh-sungguh dalam
melakukan kajian ke atas tapai ubi dan berjaya membuktikan tapai ubi dapat mengurangkan risiko seranagn
kanser.

You might also like