SURAT Pibg Bantuan 2023 N 2024

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH


05350 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04-7314345/ FAX : 04-7353459
__________________________________________________________________________________

Tarikh: 15 Ogos, 2023


Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar.

Melalui,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar.

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT


KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA DALAM NEGARA, 2023/2024

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pertama sekali, saya bagi pihak Jawatankuasa inovasi SMKA Kedah ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak PIBG atas kesudian menampung sebahagian perbelanjaan untuk ke
pertandingan inovasi KIDE di Kaohsiung, Taiwan tahun 2015 dan di Korea Selatan tahun 2018.
Sukacita dimaklumkan pasukan inovasi SMKA Kedah telah turut menempa beberapa kejayaan dalam
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diadakan secara dalam talian semasa
tempoh PKP. Mulai tahun ini, pertandingan inovasi secara bersemuka mula diadakan dan melibatkan
kos yang tinggi untuk bayaran yuran penyertaan dan penciptaan produk baharu.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk
menampung sebahagian daripada perbelanjaan untuk pertandingan-pertandingan yang akan kami sertai
memandangkan pasukan kami tidak mendapat sebarang peruntukan daripada pihak BPI.

4. Kertas kerja dan anggaran kos yang dipohon turut disertakan untuk makluman tuan dan kami
akan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan inovasi yang akan datang untuk
kecemerlangan pelajar SMKA Kedah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..............
( DR. NORSHIMA BINTI AZMI)
Guru Cemerlang Bahasa Inggeris/ Jawatankuasa Inovasi ,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

You might also like