Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Badan Disiplin Kali Pertama 2016

SK Lepan Jaya

Traikh : 1 Febuari 2016


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lepan Jaya.
Kehadiran :

1. Ustaz Hassan bin Che Bedolah ( Guru Besar )


2. Pn Wan Zaiton bt Wan Muhammad
3. Pn Siti Salaisiah bt Abd Razak
4. Pn Wan Munawara bt Wan Muhammad
5. Pn Nik Aida Daina bt Nik Zainuddin
6. Pn Siti Nor binti Ngah
7. Puan Wahida bt Mamat
8. En Masdi b Malik ( S/U )
9. Pn Hasmaniza bt Mohamed
10. Ustaz Najmaddin bin Zakaria

TIDAK HADIR

1. En Mohd Jailani bin Mat Jusoh – PK HEM ( Cuti Sakit)


2. En Mohd Hanafi b Abd Rahaman – PKP ( Bola Baling)
3. Pn Rosmawaty bt Hussain – PK KO – Kursus KSSR BI
4. En Wan Izul Rahman b Wan Deris ( Bola Baling)
5. Ustaz Zamri bin Ali ( Taklimat PIBK di SM Sains )
6. Pn Mariani bt Mohammad

1. Ucapan Pengerusi/ GB
1.1 GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat kali ini.
1.2 GB berharap agar perjalanan mesyuarat ini lancar dan berkesan.

2. Mengesahkan minit mesyuarat lepas.


2.1 Puan Siti Salaisiah bt Abd Razak mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas
diterima.
2.2 Puan Hasmaniza bt Muhammad menyokong agar minit meyuarat ini diterima.

3. Hal berbangkit
3.1 Puan Siti Noor memberitahu tentang sampah yang penuh di dalam tong sampah diluar
kelas. Ada sampah yang terkeluar dari tong. Pn Wan Zaiton memberitahu sampah-
sampah yang di dalam tong hanya di pungut sekali seminggu sahaja. GB akan
berbincang dengan pekerja pembersihan.
3.2 Cikgu Masdi juga memberitahu yang penggunaan pas keluar akan diteruskan seperti
biasa. Pn Wahida mencadangkan agar pas itu dikepit pada kolar atau tudung belakang
murid. GB meminta pas itu ditukar kepada pas yang bertali. Semua ahli mesyuarat
bersetuju.

4. Perbincangan aktiviti disiplin dan pengawas 2016


4.1 Secara keseluruhannya semua aktiviti yang dicadangkan diterima oleh ahli mesyuarat.
Senarai aktiviti ada pada lampiran.
4.2 GB meminta supaya aktiviti kem kursus dalaman untuk semua pengawas di awalkan
ke hujung bulan Febuari. Cikgu Masdi memberitahu perkara itu akan diusahakan.
4.3 GB juga mencadangkan agar minggu penghayatan disiplin itu dipenuhkan dengan
beberapa aktiviti. Antaranya pameran dan demonstrasi dari pihak polis , latihan
kebakaran dari pihak bomba, pameran bahaya dadah dari PPDA dan sebagainya.
4.4 GB juga meminta agar segala aktiviti yang dirancang itu bukan sahaja berfokus
kepada pengawas tetapi kepada semua murid SKLJ khasnya.
5. Pengurusan Disiplin
5.1 Hasil dari perbincangan mesyuarat juga beberapa perkara berkaitan masalah disiplin
juga dikenal pasti. Antaranya adalah :

5.1.1 Bergaduh di dalam kelas terutamanya sewaktu selang pertukaran guru. Punca
pergaduhan biasanya bermula dengan kata mengata di antara mereka.
Cara penyelesainya :
-GB meminta agar guru-guru sentiasa menepati masa mengajar mereka dan bersegera ke
kelas apabila tiba waktu mengajar masing-masing.
-Bagi kes Nurul Nazariah murid tahun 5 yang sentiasa bergaduh, GB meminta unit B&K
mengambil peranan.

5.1.2 Kerap keluar ke tandas waktu belajar.


Cara penyelesaiannya :
-GB mencadangkan agar guru memastikan murid benar-benar dalam keadaan
memerlukan mereka untuk ketandas.
-Pn Muna mencadangkan agar nama setiap murid yang ke tandas ditulis di papan putih
agar guru dapat melihat nama murid yang kerap ke tandas.
-En Masdi menjelaskan di dalam buku kawalan kelas sudah ada ruangan nama murid
yang pergi ke tandas. Guru-guru boleh menulis nama murid-murid di situ. GB meminta
semua guru menggunakan buku kawalan kelas sebaiknya.
- GB juga meminta guru memastikan kebenaran untuk ke tandas adalah betul mngikut
jadual waktu guru. Guru lain tidak boleh memberi kebenaran kelur jika itu bukan waktu
guru tersebut.
- GB juga meminta penggunaan pas keluar kelas diteruskan dengan ditukar kepada pas
keluar bertali.

5.1.3 Kerap berlari.


Cara penyelesaiannya :
- GB mencadangkan agar diadakan latihan berjalan satu hari untuk melatih murid
supaya berjalan dengan elok untuk ke mana-mana.
- GB meminta agar aktiviti berjalan ini diadakan pada waktu pagi dan juga pada waktu
petang.( Kelas KAFA)
- Pn Siti Noor mencadangkan agar guru menggunakan wisel untuk mengawal murid
dari berlari.
- GB mencadangkan agar pada waktu rehat semua murid beratur di luar kelas bersama
guru. Murid akan berjalan kelas demi kelas bermula dengan tahun 1. Semua murid
akan berjalan dengan arahan guru sama guru di dalam kelas, guru bertugas atau guru
disiplin. Pengawas akan membantu mengawal murid-murid berjalan. En Masdi
mencadangkan agar pengawas diberi kebenaran keluar rehat 5 minit awal daripada
biasa.
- Jika terdapat murid-murid yang masih melanggar peraturan dengan berlari, guru-gur
boleh member hukuman sebagai peringatan.

5.1.4 Tidak siap kerja sekolah


Cara penyelesainya :
- GB mencadangkan agar guru sentiasa memantau murid membuat kerja dan mendenda
jika perlu. Guru juga hendaklah sentiasa menegur sikap murid yang begini.
- GB juga mengingatkan guru agar mendenda berpada-pada jika perlu, jangan
menghukum murid dengan cara yang keterlaluan.

5.1.5 Bising terutama murid-murid tahap 1 semasa pertukaran guru.


Penyelesaianya :
- GB meminta guru-guru masuk ke kelas dengan cepat dan mengikut jadual waktu
masing-masing.
- Murid-murid bising kerana guru tiada di dalam kelas, jika guru dapat masuk dengan
waktu yang tepat perkara ini boleh dielakkan.

5.1.6 Melengah-lengahkan masa makan waktu rehat


- En Masdi memberitahu sudah mengarahkan pengawas untuk membuat pemantauan.
- Guru-guru juga hendaklan sama-sama memantau dan menegur murid-murid yang
selalu lewat untuk menghabiskan makan di kantin.

6. Lain-lain Hal
6.1 GB meminta semua guru sama-sama membantu untuk mendisiplinkan murid-murid SKLJ.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 pm

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………….. …………………………………………..
( EN MASDI B MALIK ) (EN MOHD JAILANI B MAT JUSOH)
Setiausaha Badan Disiplin , Penolong Kanan HEM,
SK Lepan Jaya. SK Lepan Jaya.

Disahkan oleh

……………………………………..
( USTAZ HASSAN B CHE BEDOLAH)
Guru Besar ,
SK Lepan Jaya.

You might also like