Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang wujud daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau
keseluruhannya/ proses pengulangan perkataan.

Setiap kata ganda mesti dieja menggunakan tanda sempang (-) kecuali kata ganda separa.Kata ganda
dikira sebagai 1 perkataan.

Jenis Kata Ganda

Terdapat 5 jenis kata ganda yang biasa digunakan di dalam tatabahasa iaitu:

 Kata ganda seluruh.


 Kata ganda semu.
 Kata ganda separa.
 Kata ganda bersajak atau berima.
 Kata ganda berimbuhan.

Kata ganda seluruh ialah kata dasarnya diulang dan digandakan sepenuhnya dan penggunaannya
mestilah diberi tanda sempang ‘-‘.

Contoh kata ganda seluruh:

alat-alat, awal-awal, baik-baik, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing, cepat-cepat,


curam-curam, dalam-dalam, daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-erat, dan sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda seluruh: “Budak-budak Kampung Kerinchi sedang bermain bola
sepak di padang itu.”

Kata ganda semu ialah kata ganda yang membawa makna khusus dan tertentu.

Contoh kata ganda semu: agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-bull,
dekak-dekak, epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, dan
sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda semu: “Agar-agar yang dijual di gerai Mak Kiah sangat sedap
rasanya.”

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata
asalnya.

Contoh kata ganda separa:

bola-bola= bebola, kuda-kuda= kekuda, laki-laki= lelaki, kabu-kabu= kekabu, tamu-tamu= tetamu

Contoh penggunaan ayat kata ganda separa: “Ramai tetamu yang hadir pada majlis hari
perkahwinannya.”
Kata ganda bersajak/berima ialah perkataan yang ditambah mengalami perubahan bunyi.

Contoh kata ganda bersajak/berima: huru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir,


gunung-ganang, pindah-randah, dan sebagainya.

Contoh penggunaan ayat kata ganda bersajak/berima: “Pemandangan gunung-ganang di bandar ini
sungguh indah sekali.”

Kata ganda berimbuhan atau sebahagian merujuk kata ganda menyalin ialah kata ganda yang
menambah imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda.

Imbuhan tersebut boleh ditambah sama ada awalan kata, selepas tanda sengkang, akhir kata, atau
apitan seluruh kata ganda.

Contoh kata ganda berimbuhan adalah seperti berikut:

Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura

Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar

Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan

Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan

Contoh penggunaan ayat kata ganda berimbuhan: “Setelah mendapat panggilan telefon, Amir
tergesa-gesa keluar daripada bilik itu.”

You might also like