Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERSAMPELAN

 Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan. Kumpulan tersebut terdiri


daripada orang-orang , institusi, tempat, atau fenomena yang ingin diselidiki oleh
pengkaji. Tujuannya adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu
populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena). Seterusna matlamat
persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi
pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil
sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi
berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
 Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh
ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

PROSEDUR PERSAMPELAN

Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu:

 Persampelan kebarangkalian (secara rawak)


 Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)
Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif. Prosedur
persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel
tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan
memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan
mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan
kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan
bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi
yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar.
Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya.
Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b)
ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan
sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel
penyelidikan pengetua.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.
Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif, maka hanya
jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan dalam konteks persampelan ini.

(1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau presampelan kesediaan. Di
bawah persampelan mudah / Convenience Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya,
yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.

Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan
program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang
paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di
bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di
bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang
dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan
tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur
persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

(2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu
sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan
pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya
dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk
merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji
telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian
adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah.
Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh
populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan.
Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

(3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan
kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang
dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam
persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan
kuota sebaliknya dilakukan ke atas kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden
kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel
adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara
kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini
diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan
program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar
yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar
yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30
orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga
kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam
setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu,
keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

(4) Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya sebilangan
kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan
dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan kuota. Di
bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam
populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri
tersebut.

Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelaki dan
perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah
menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.
Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara
kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

(5) Persampelan Kes Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes
yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal
ini biasanya digunakan untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan
yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut;

 seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika


 beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah
runtuh
 cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upaya
Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari secara
mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel
kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

(6) Persampelan Variasi maksimum

Dalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu
dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai
nilai selanjar.

Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ terendah dalam sesebuah
organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan
antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

(7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu, responden kajian
diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur
persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam
populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil
subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk
dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang
dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh,
terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak
tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes
jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun
prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di
mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.

You might also like