Ak20603 Ya20210028 Individual Assignment 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

AK20603
KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI
SEMESTER 2, SESI 2022/2023

PENSYARAH :
DR .HARYATI ABDUL KARIM

Penilaian/Assesment 2 – 30% (PLO3,CLO2)


(Esei Individu/Individual Essay)

DIHANTAR OLEH :
NO NAMAA NO. MATRIK
01 NURUL EZZATI BINTI YOSILIN@MILIN YA20210028
1.0 PENGENALAN

Penyelidikan merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Perancis yang mana

memberi makna penyiastan yang dilakukan secara mendalam (Sabitha,2009). Malahan

penyelidikan juga dapat ditafsirkan sebagai suatu proses untuk mencari jawapan dan

penerangan mengenai sesuatu fenomena yang sedang dikaji untuk mencari penyelesaian

terhadap permasalahan tersebut. Secara umumnya, penyelidikan merupakan aktiviti yang

sistematik untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang timbul bagi

memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu. Kaedah penyelidikan merupakan langkah yang

perlu diambil untuk mencapai objektif permasalahan kajian (Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44).

Umumnya, kaedah utama dalam penyelidikan adalah untuk mendapatkan data dipecah kepada

dua kaedah pendekatan digunakan iaitu kuantitatif dan kualitatif.

Penyelidik bebas untuk menggunakan mana-mana pendekatan yang bersesuaian atau

menggabungkan kedua-duanya sekali. Pendekatan ini dihubungkan dengan teori sosiologi,

teori yang berbentuk makro selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara

teori yang menggunakan mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat

perbezaan yang ketara terhadap penggunaan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

Terdapat perbezaan antara kaedah penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif.

Kaedah pendekatan kuantitatif memfokuskan kepada kuantiti yang mana kaedah ini melibatkan

angka-angka, data-data numerikal dan statistik. Statistik ini melibatkan langkah pengiraan

contoh min,median,mod,peratusan ,sisihan piawai,skor-Z dan sebagainya. Malahan kaedah

pendekatan kuantitatif bersifat lebih berstruktur, ini dikatakan kerana ianya mempunyai darjah

kekaburan yang minima,makna yang jelas,bercorak linear , mempunyai penjadualan yang lebih

jelas dan menumpulan kepada hasil. Skop kajiannya melibatkan responden yang lebih besar.
Manakala kaedah penyelidikan kualitatif berasaskan kepada kualiti, yang mana asasnya

pendekatan ini lebih bersifat deskriptif memfokukkan kepada penghuraian ’makna’ terhadap

perkara-perkara yang dikaji. Perlu diingat bahawa kaedah ini tidak mengutamakan

penyelidikan data-data berbentuk numerikal. Hal ini kerana ianya kurang berstruktur ,terbuka

dan lebih menumpukan kepada kerja proses. Ini membuatkan kaedah skop kajiannya hanya

meliputi bilangan responden yang lebih kecil berbanding dengan kaedah penyelidikan

Kuantitatif.

2.0 KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN ILMIAH

a) Pendekatan Kualitatif

Pendekatan kualitatif adalah prosedur penyelidikan yang menghasilkan kepada

data gambaran yang dapat diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu

pengetahuan sosial yang secara fundamental ianya bergantung kepada pengamatan

manusia dalam kawasannya sendiri dan lebih berkait dengan orang-orang tersebut

dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk &Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif ini dalam penyelidikannya ini melibatkan kajian kes, ini

adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem sama ada ia

berbentuk program mahupun kejadian yang telah terikat dengan tempat,waktu atau

ikatan tertentu (Nana,2005).

Kajian kes dilaksanakan bertujuan untuk menghimpun data,memperoleh

makna, dan memperoleh pemahaaman daripada sesuatu kajian kes. Menurut Creswell

(1998) proses pengumpulan data bertujuan untuk mengenalpasti tapak atau individu

bagi mendapatkan akses dan membinarekod persampelan,mengumpul data,merekod

maklumat,menyelesaikan isu-isu lapangan dan juga menyimpan data.


b) Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif adalah penyelidikan yang lebih menekankan kepada

fenomena-fenomena yang lebih objektif dan dikawal melalui pengumpulan data dan

penganalisisan data (Nana,2005; Chua,2006; Fraekel,2007). Suatu penyelidikan yang

mana melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan penggunaan alatan

saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian yang statistik terhadap sesuatu kajian

adalah sebagai usaha untuk menerang,menjelas atau mencari perhubungan diantara

pemboleh ubah yang wujud dalam setiap penyelidikan yang dijalankan.

3.0 Perbezaan di antara Kaedah penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif dari segi:

3.1 Ontologi

Menurut Blackie (2007), ontologi merupakan cabang falsafah beerti konsep

mengenai realiti, tanpa mengira sama ada ianya nyata atau abstrak. Ini kerana ia

mempengaruhi cara manusia untuk mendefinisikan diri terhadap alam sekitarnya.

Malahan ontologi juga merupakan satu entiti ,sifat atau komponen sesuatu benda.

Selain itu, ontologi turut merupakan andaian atau idea tetntang sesuatu realiti sosial

(situasi dalam masyarakat). Berdasarkan kepada kajian sains sosial, ontologi akan

memberikan jawapan kepada setiap persoalan ”what is the nature of social society

reality”?. Setiap paradigma yang terdapat dalam penyelidikan di jelmakan bayangannya

tentang keadaan yang wujud tentang dunia ini akan disokonh oleh andaian ontological.

Dalam erti kata lainnya, pandangan ini menggambarkan terhadap bentuk atau corak

yang terdapat dalam realiti tersebut sama ada yang tersirat atau jelas kewujudannya

secara terperinci adakah realiti tersebut bersifat objektif di mana kewujudannya

diyakini atau sebaliknya bersifat subjektif yang hanya dicipta oleh minda manusia.
Disamping itu, ontology juga merupakan bayangan entiti ,komponen atau sifat

yang diangap wujud disebabkan oleh sesuatu teori atau stratergi. Andaian ontologikal

merujuk kepada idea-idea bersifat kepada realiti sosial.

Secara ringkasnya,ontologi memfokuskan tentang apa yang kita percaya adalah realiti

sosial yang sedang berlaku di sekeliling dan penting untuk penyelidik mempertahankan

kedudukannya. Hal ini merujuk tentang ontologikal individu tersebut dalam memberi

jawapan terhadap persoalan apakah realiti sosial dan alam politikal semulajadi yang

ingin dikaji?(Hay,2002).

A i) Pertimbangan ontologi dalam penyelidikan

➢ Persoalan ontologi dalam kajian sains sosial adalah berkaitan demgan relaiti kehidupan

sosial. Terdapat dua pendekatan berbeza cara iaitu Objektivisme berpegang kepada

terdapat satu realiti yang bebas konstruktivisme yang menganggap bahawa realiti

adalah hasil dari proses sosial (Neuman,2003). Ia dapat dilihat melalui dua

orientasiberbeza oleh mereka yang berorientasikan Positivism dan Interpretivism. Bgai

orientasi pendekatan positivist, adalah berkenaan dengan realiti sebagai penemuan ’di

luar sana’ iaitu dunia

3.2 Epistemologi

Secara mudahnya epistemologi merujuk kepada persoalan tentang bagaimana

sesuatu perkara itu dapat diterima sebagai satu pengetahuan/ilmu. Secara umumnya dua

cabang utama epistemologi merujuk kepada positivism dan interpretivism, yang mana

dalam positivism para penyelidik akan menjalankan penyelidikan untuk menguji

hipotesis yang mana akhirnya membolehkan para penyelidik dapat memberikan

penerangan secara deduktif . Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah didasari

oleh kepercayaan positivism ini kebiasaannya telah digeneralisasikan untuk populasi

kajian.
Interpretivism secara akasnya menekankan perbezaan individu atau keadaan

yang telah wujud dalam sesuatu ’setting’yang mana perlu ditangani secara lebih

subjektif. Golongan penyelidik intepretivist berfungsi untuk mmebuat inteprestasi

terhadap dapatan kajian yang telah dikumpul berdasarkan kepada perspektif mereka

yang dijadikan subjek kajian. Dalam hal ini, ,penyeldik perlu faham bahawa dalam

kajian intepretivism mereka tidak boleh untuk memaksa kesemua subjek kajian untuk

bersetuju dengan keseluruhan terhadap sesuatu perkara. Hal ini kerana, ianya tentu

berbeza dengan kaedah atau pendekatan positivism yang mana seboleh mungkin

mendapatkan data yang tidak terlalu ’dispersed’. Tujuan positivism adalah untuk

membolehkan dapatan yang sama akan digeneralisasikan terhadap populasi

keseluruhan. Manakala melalui pendekatan intepretivism generalisasinya bukanlah satu

matlamat akan tetapi sebaliknya, dimana penyelidik mampu untuk memberikan

penjelasan yang jelas tentang sesuatu konteks penyelidikan tanpa matlamat untuk

digeneralisasikan.

Istilah positivism dan intepretivism ini sering dikaitkan dengan istilah kaedah

penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Berikut juga disertakan jadual ringkas untuk

memahami perbezaan yang terdapat kuantitatif (positivism) dan kualitatif

(intepretivism).
Pegangan epistemologi dalam penyelidikan perlu difahami oleh para penyelidik ini

kerana kefahaman tentang bagaimana sesuatu itu akan menjadi pengetahuan

bergantung kepada pegangan epistemologi penyelidik serta ”nature of data” yang

diperlukan semasa menjalankan penyelidikan kajian.

3.3 PARADIGMA

Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah penyelidkan

merupakan salah satu asas yang penting dalam menentukan kaedah yang akan

digunakan. Andaian paradigma ini perlu kita fahami bagi memudahkan dan yakin

dengan pilihan metode yang dipilih. Sebagaimana yang kita sedia tahu, ada dua kaedah

penyelidikan yang utama iaitu kaedah penyelidikan kuantitatif dan kaedah penyelidikan

kualitatif. Kita tahu bahawa kaedah kuantitatif mementingkan data numerik dan kaedah

kualitatif pula mementingkan data yang tidak dapat diukur secara kuantiti dan faktr

yang bersandarkan kepada numerikal. Dengan memegang kepada asas ini akan

membolehkan para penyelidik untuk menjalankan kajian dan memilih kaedah mana

yang lebih selesa dan dekat serta bersesuaian dengan kemahiran masing-masing.
Malahan sebenarnya ia didasari dengan andaian asas/paradigma/perspektif/world view

yang akan dibincangkan. Kemahiran penyelidik dalam menguasai kaedah penyelidikan

bergantung kepada sejauhmana kita memahami paradigma perspektif kedua-dua

pendekatan ini sama ada menggunakan kaedah kualitatif atau kaedah kuantitaif.

Terdapat banyak perdebatan yang membincangkan tentang kedua-dua metode

ini yang mana dikatakan jika penyelidik taksub dengan dan realistik dengan analisis

berangka,sesetengah beranggpan bahawa metode kuantitatif adalah kaedah yang

terbaik. Namun, terdapat juga golongan yang tidak berpuas hati. Mereka berpendapat

bahawa semua perkara bersifat mekanikal, golongan ini bersetuju dengan kajian

kualitatif bahawa kajian menggunakan kaedah ini lebih memahami fenomena dunia

sosial dan dapat menjelaskan hubungan interaksi manusia.

Melalui perspektif lain pula,kajian kuantitatif lebih berpegang dengan

perspektif positivisme yang telah dipelopori oleh Aristotle, Francis Bacon,Augus

Comte dan Immauel Kant. Melalui paradigma pasca postivisme,para penyelidik cuba

untuk menjalankan penyelidikan untuk menguji teori dan hipotetsis kajian, dan

pengukuran penyelidikan ini dijalankan lebih kepada pengukuran objektif yang dapat

dilihat.

Manakala penyelidik kajian kualitatif berpegang kepada dengan perspektif

intepretivism/konstruktivisme yang mana lebih memahami realiti pengalaman manusia

berdasarkan kepada kehidupan mereka sendiri. Disamping itu, pengukuran kajian

kualitatif bersifat lebih subjektif yang mana ini bermakna bahawa penyelidik

intepretif/konstruksionis mampu untuk menginterpretasi kepelbagaian makna dan

bersifat relatif (cara yang berbeza) bergantung kepada setiap individu yang berbeza.
Tuntasnya, kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri tidak ada

kurang atau lebih. Semuanya bergantung kepada permasalahan yang timbul,persoalan

dan objektif pada kajian dan penggunaan kaedah atas keselasaan penyelidik itu sendiri.

3.4 METODOLOGI

Metod penelitian kualitatif adalah sebuah cara atau metod pemilihan yang lebih

menekankan analisis atau deskriptif. Dalam sebuah proses penelitian kualittaif adalah

hal yang bersifat perspektif subjek yang lebih ditonjolkan dan andaian teori yang

dimanfaatkan oleh peneliti sebagai pemandu agar proses penelitian sesuai dengan fakta

yang ditemui di lapangan ketika melakukan penelitian. Metod penelitian kualitatif

bertujuan untuk menjelaskan suatu fenomena dengan lebih mendalam dan dilakukan

dengan mengumpul data. Analisis dan ketajaman penelitian kualitatif terpengaruh

dengan pada kekuatan prasa kata yang digunakan.

3.4.1 Perbezaan Metodologi Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif

Menurut McCusker,K., & Gunaydin,S (2015), metod kualitatif ini digunakan untuk

menjawab pertanyaan tentang ”apa (What)”, bagaimana (What), atau “mengapa (Why)

atas sesuatu fenomena,sedangkan metod kuantitatif menjawab pertanyaan ”berapa

banyak (how many,how much). Metod penelitian kualitatif lebih berupaya dalam

membantu penyelidikan masalah. Daripada masalah yang ada itu ianya akan menjadi

dasar yang digunakan oleh peneliti dalam pengambilan data. Seterusnya,

3.5 KAEDAH ANALISIS

Kaedah penelitian kuantitatif merupakan suatu cara yang digunakan untuk menjawab

permasalahan penelitian yang berkaitan dengan data berupa angka dan program

statistik. Bagi mendapatkan garisan penelitian kaedah ini dengan baik, pendekatan dan

penelitian, populasi dan sampel,instrumen penelitian,teknik pengumpulan data dan


analisis data dalam suatu kajian penyelidikan diperlukan untuk pemahaman yang baik

tentang konsep kajian yang sedang dijalankan. Hal ini penting bagi memastikan bahawa

jenis penelitian yang bersesuian dengan laporan analisis data yang diguna pakai dalam

penyelidikan tersebut. Maka dalam penulisan ini terdapat beberapa kaedah penelitian

analisis data kuantitatif.

i. Model Analisis Kuantitatif

➢ Parametrik

Analisis data parametrik terdiri daripada dua bahagian iaitu (Pearson Product Moment

Correlation) dan Uji T. Untuk (Pearson Product Moment Correlation) digunakan

untuk menentukan hubungan anatara dua variable(gejala) yang mana berskala interval

(skala yang menggunakan angka yang sebenar) iaitu kolerasi 0 hingga 1 . Korelatif

dapat positif yang ertinya searah jika variable pertama besar maka variable keduanya

juga semakin besar. Jika kolerasi negatif ertinya ia berlawanan arah jika variable

pertama adalah besar maka variable keduanya adalah kecil. Seterusnya adalah Uji T

bertujuan untuk digunakan bagi membandingkan rata-rata dua populasi dengan data

yang berskala interval,

➢ Non- Parametrik

Analisis non- parametrik juga terdiri daripada bahagian yang tersendirinya iaitu

kolerasi bertingkat dan Chi Square . Pertamanya, Kolerasi bertingkat ini berfungsi

sebagai menentukan besarnya hubungan du variable (gejala) yang mana berskala

ordinal dan peringkat. Kedua, Chi Square memiliki kegunaan untuk mengetahui

kewujudan hubungannya diantara variable bebas atau variable tergantung. Jika

penyelidik menggunakan Chi Square maka data haruslah bersifat skala nominal.

A i) Program Komputer Analisis Statistik dengan SPSS


Dalam aktiviti pengolahan data yang banyak , terdapat pelbagai perkembangan teknologi yang

boleh digunakan untuk memudahkan kajian disiapkan, Contohnya dengan adanya software

SPSS (Statistical Product and Service Solution) yang mana program SPSS ini digunakan untuk

memproses dan menganalisis data agar dapat dilakukan denga cepat dan hasilnya juga tepat

sehingga dapat membantu dalam menjalankan penyelidikan .

ii. Model Analisis Data Kualitatif

Analisis data kualitatif ini adalah merupakan analisis yang mempunyai hubungan

semantik diantara variable yang sedang diteliti. Ini adalah bertujuan untuk menggali dan

mencari makna yang terkandung dalam variable penelitian, yang diharapkan dapat menjawab

segala persoalan permasalahan yang telah dirumuskan. Hubungan semantik menjadi kajian

utama yang ilmiah dalam penelitian kualitatif karena penelitian ini tidak menggunakan angka

seperti kaedah analisis kuantitatif.

Menurut Jonathan Sarwono, adapun kaedah analisis kualitatif terdiri daripada 5 langkah

iaitu (i) mengorganisasi data yang sudah diambil dengan cermat, (ii) membuat kategori,

menentukan tema dan pola, (iii) menguki hipotesis yang muncul dengan data yang telah ada

,(iv) mencari penerangan rasional berdasarkan data logik makna yang sebenar , (v) menulis

laporan dengan menggunakan fakta dan frasa kata yang benar.

➢ Analisis Domain

Model ini digunakan untuk mencari dan memperoleh gambaran umum yang mana

bersifat secara menyeluruh. Sebagai contohnya, domain dalam dunia seni adalah

mencakupi, seni lukis, seni tari, seni ukir, reka bentuk komunikasi visual dan

sebagainya. Cara menganalisis domain adalah dengan menggunakan analisis semantik

yang bersifat universal.

➢ Analisis Kelompok
Kaedah analisis ini tertumpukan kepada salah satu domain (struktur internal domain)

dan pengumpulan berkaitan dengan hal-hal elemen yang sama terhadap sesuatu

golongan kelompok.

➢ Analisis Komponen

Analisis komponen ini adalah menekankan pada kontra elamen dalam sesuatu domain,

hanya pada karakteristik yang berbeza saja dicari. Contohnya, adalah mencari

karakteristik yang berbeza diantara objek yang diteliti dengan dimensi yang kontra

seperti ” tidak standard”, ” separa standard” dan ”standard” .

➢ Analisis Tema Kebudayaan

Cara analisis ini adalah dipengaruh dengan nilai-nilai,orientasi nilai,nilai dasar atau

utama,etos,pandangan dunia dan orientasi kognitif.

➢ Analisis Perbandingan Berterusan ( Grounded Theory Research)

Dalam menjalankan kaedah analisis ini adalah dilakukan dengan mengumpulkan data

untuk menyusun atau menemukan suatu teori baru. Seterusnya, ianya terfokus pada

deskriptif yang terperinci mengenai sifat atau ciri yang ada pada data yang

dikumpulkan bagi membolehkan penghasilan pernyataan yang teori yang umum. Lalu

pembolehubah yang ada akan dikaitkan dengan membuat hipotesis jalinan hubungan

diantara gejala yang ada,dan kemudiannya penyelidik akan menguji dengan bahagian

data yang lainnya. Akhirnya melalui proses-proses ini akan menghasilkan

pengumpulan data yang telah dihipotesiskan menjadi pengembangan suatu teori

baharu.
3.6 JENIS-JENIS TEORI

Penyelidikan teori ialah pemeriksaan sistematik terhadap satu set kepercayaan

dan andaian, malahan ianya bertujuan untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang

sesuatu subjek dan ianya membantu pengkaji untuk memahami sesuatu penyelidikan

dengan lebih baik. Walaupun terlalu banyak pendekatan yang digunakan dalam

penyelidikan masyarakat tetap mengaggap bahawa teori sebagai ”adds on extra” atau

”purely optional choices” (Layder,2018). Teori dalam penyelidikan membantu para

penyelidik untuk memahami kenapa manusia tetap berkelakuan seperti yang sering

mereka lakukan, segelintir berpandangan tentang bagaimana sesuatu perkara itu terjadi

atau bagaimana keadaannya. Layder (2018) menegaskan bahawa tanap wujudnya

sebarang teori aspirasi penyelidikan empirikal dan potensi hasil penjelasan sumbernya

adalah sangat terbatas. Menurut (McGregor,2018), terdapat tiga teori yang wujud

dalam bidang penyelidikan dan ianya berkait dengan empat inkuiri iaitu penyelidikan

penerokaan,penyelidikan deskiptif,penyelidikan hubungan dan penyelidikan

penerangan.
4.0 KESIMPULAN

Penyelidikan ilmiah adalah sangat memperanguhi dan membantu manusia untuk

mengetahui persekitaran yang berlaku. Malahan keinginan untuk mengetahui sesuatu

perkara ini mendesak manusia untuk menjalankan aktiviti penyelidikan yang mana

kemudiannya akan membantu dalam memperluaskan ilmu pengetahuan yang sedia ada,

Tambahan pula, kaedah penyelidikan ilmiah ini merupakan kaedah pengkajian yang

menerusi penyiasatan yang teliti terhadap sebarang bukti yang diperloeh berkaitan

dengan permasalahan yang telah dinyatakan,sehingga mampu mencapai kepada

penyelesaian kepada masalah tersbut . Sebelum mencapai kata putus terhadap

penyelesaian masalah itu diperolehi,pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam

penyelidikan ilmiah seperti teori,masalah,rangka kerja,hipotesis,data. Mengambil kira

atas semua faktor ini akan membawa kepada keberkesanan dalam penyelidikan dengan

penemuan kepada penyeldikan masalah berkaitan dengan fenomena yang yang sedang

diselidiki.Oleh sebab kenapa wujudnya pelbagai kaedah seperti kaedah kualitatif dan

kaedah kuantitatif.
RUJUKAN

Mohd, M. H., & Tahir, A. I. ONTOLOGI, EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI.

TEMA, M. ANALISIS DATA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF.

Ismahalil Ishak M. Nazlee , Epistemologi, Ontologi dan Metodologi dalam isu

Sosiologi.

Fauzie Hussin (March 24,2013), Pengenalan kepada penyelidikan – diakses pada 1 Jun

2023 Research: Pengenalan Kepada Penyelidikan (fauziehussin.blogspot.com)

Zulia Fizawan ,Kuantitatif -diakses pada 1 Jun 2023 - kuantitatif | Zulia Fizawan -

Academia.edu

Rosmawati (March 11,2019) , Falsafah Penyelidikan III -diakses pada 1 Jun 2023

Falsafah Penyelidikan III – Rosmawati212's Blog (wordpress.com)

Mokmin Basri (2012) , Bab 4 : Kaedah Kajian, Selangor International Islamic

University

Paradigma Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif, Metode Penelitian- diakses pada 3 Jun

2023- PARADIGMA PENELITIAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF | Goso Goso - Academia.edu

Fariz Khalid (2016) , Epistemologi dalam Penyelidikan -diakses pada 2 Jun 2021 - Epistemologi

dalam penyelidikan (farizakhalid.com)

Rosmawati blog (2011), Paradigma Kaedah Penyelidikan

You might also like