Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Jurnal Dunia Pengurusan

e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Pengkisahan Raja-Raja Kedah Tua Berdasarkan Bukti


Dokumentasi dan Arkeologi (630 hingga 1136 masihi)
(Narration of the Ancient Kedah Rulers Based on Documentation and
Archaeological Evidence (630 to 1136 AD))
Shukri Janudin1*, Zaimilah Yusoff1*
1
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

* Pengarang Koresponden: shuxre75@hotmail.com, yzaimilah@hotmail.com

Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.2
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Sejarah keagungan kerajaan Melayu Kedah Tua sarat dengan misteri dan masih
banyak yang belum terungkai. Bukti-bukti teks Melayu lama antaranya seperti Hikayat Merong
Mahawangsa, Tarikh Negeri Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Tarikh Fathani
banyak menceritakan perihal Kedah Tua. Bukti-bukti tersebut saling dirujuk silang dengan
pelbagai catatan dari luar negara yang jelas menunjukkan keagungan tamadun Kedah Tua.
Antaranya mengenai kehidupan sosio budaya masyarakat, corak pemerintahan para Raja
serta perhubungan diplomatik antara tamadun Kedah Tua dengan tamadun-tamadun dunia
sepanjang abad ke 6 hingga ke 11 yang selari dengan tamadun dunia ketika itu seperti Parsi,
Arab, China, India, Siam dan lain-lain kerajaan Melayu di nusantara seperti Sriwijaya dan
Dharmasraya. Setiap penceritaan dalam teks-teks klasik dan bukti-bukti arkeologi mempunyai
petunjuk tertentu dan perlu terus dikaji agar dapat merungkai perkara-perkara yang dianggap
misteri dan mitos seterusnya dapat mengungkap kehebatan tamadun Kedah dan negara kita.

Kata Kunci: Keagungan, Kedah Tua, tamadun, sosio-budaya, kerajaan Melayu

Abstract: The history of the majesty of Malay kingdoms of Ancient Kedah is well full of
mysteries and still many have not yet been revealed. Proof of the old Malay texts include the
Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Negeri Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah and
Tarikh Fathani are so many tell about the description of Ancient Kedah. The evidence has been
cross-referenced with various records from abroad which clearly demonstrates the greatness
of the Ancient Kedah Civilization. Among them are the socio-cultural life of the community,
the life of Rulers and the pattern of government and diplomatic relations between the Ancient
Kedah Civilization with other world civilizations over the 6th to 11th century which parallel
with world civilisations at that time such as Persia, Arab, China, India, Siam and others Malay
kingdoms in the archipelago as Sriwijaya and Dharmasraya. Every storytelling in classical
texts and arheology evidences have a clue and should continue to be studied in order to
discover things that are considered mysterious and mythical myths can reveal the greatness of
Kedah and our civilization.

Keywords: Majesty, Ancient Kedah, civilisation, socio-cultural, Malay kingdoms


_________________________________________________________________________

16
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

1. Pengenalan

Sistem beraja di Kedah bermula pada tahun 630 masihi (M), iaitu setelah 1158 tahun tamadun
Lembah Bujang1 muncul seawal tahun 788 sebelum masihi (SM) sebagai pusat perdagangan,
penempatan, ketenteraan, pertanian, pengeluaran bijih besi serta pusat perkembangan agama-
agama utama di Asia Tenggara (Narayanen et al., 2018; Muhammad Abd Razak, 2021)
menjadikannya sebuah pelabuhan entrepot yang terkemuka di Asia Tenggara ketika itu
(Braddel, 1936).

Menurut Rahman & Ramli (2009) Kedah telah menjalinkan perhubungan diplomatik dengan
empayar Parsi seperti Partian hingga Sasanid sepanjang tahun 250SM hingga 630M manakala
empayar-empayar India seperti Chera, Chola dan Pandiya sepanjang tahun 200M hingga
1100M dan empayar - empayar China dari dinasti Sui, Tang, Liang dan Song (502 - 961M).
Menurut Borham (2014: 4-8) para pedagang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa
Ar-Rashidin terutamanya dari Yaman dan Parsi telah sampai ke nusantara termasuk di Kedah,
diikuti oleh zaman dinasti Umayyah, Abbasiyah hingga ke Uthmaniyah. Perhubungan
antarabangsa yang erat ini menyebabkan pelbagai istilah diberikan kepada Kedah seperti
Katahanagara, Kadaram, Kalagam, Kadahadipa, Gedda, Kiet Cha, Langgasu, Keta, Kietao,
Chieh Cha, Kala, Qalah, Qadah, Kheddah, Kedat dan sebagainya mengikut kesesuaian loghat
serta dialek para pedagang dan pengunjung asing.

Penemuan pelbagai tapak candi di negeri ini dipercayai sisa-sisa binaan peribadatan sebelum
kedatangan Islam seperti Animisme, Weda, Majusi, Hindu Brahmana, Buddha Mahayana,
Hindu Shiva-Vishnu dan Buddha Trantrayana. Tarikh Fathani (2002) menyatakan sebelum
kelahiran Rasulullah s.a.w, Kedah Tua dan Patani pernah dikunjungi para pedagang Arab yang
menganuti Majusi serta ajaran tauhid syariat Nabi Musa dan Nabi Isa. Menurut Heejung
(2015), Kedah menjadi pusat perhimpunan para rahib, sami dan pendeta bergelar Phujangga
Buddha Mahayana berbangsa Kunlun yang menuntut ilmu dan mengabdikan diri kepada Sang
Penciptanya. Munandar (2010) menjelaskan golongan ini mengamalkan cara hidup
membujang, tidak berkahwin serta menjalani hidup penuh kerohanian. Terjadinya
kepelbagaian agama turut dipengaruhi oleh paksaan para penakluk asing yang menganut
Buddha-Hindu seperti Sriwijaya, Dharmasraya, Singgasari dan Majapahit yang menaungi
empayar Kedah Tua sejak tahun 680an hingga 1650an; seterusnya kuasa-kuasa Islam dari
Pasai-Samudera, Melaka dan Acheh. Sementara penguasaan Thai - Buddha pada tahun 1821
bersilih ganti dengan pendudukan Inggeris (Kristian), Jepun (Shinto) dan Parti Komunis
Malaya (PKM) sehingga ke era kemerdekaan 1957 ternyata gagal mengugat keIslaman di
Kedah.

Perlu diakui pencarian dan pembuktian sejarah awal Kedah Tua sukar dirungkaikan lantaran
kekurangan sumber. Ia perlu terus dikaji secara rujukan silang dari pelbagai sumber, manakala
fakta sejarah boleh berubah-ubah sekiranya terdapatnya dapatan-dapatan baharu. Sebagai
contoh, bukti-bukti seperti perkuburan lama zaman pra Islam di Kedah ternyata sukar ditemui
kerana berkemungkinan besar mayat-mayat raja, para pembesar dan rakyat tidak disemadikan
sebaliknya dibakar mengikut tradisi Animisme-Majusi-Hindu-Buddha. Pembakaran ini
menurut Olson (2007) bertujuan membebaskan jiwa mereka dari jasad dan mensucikan roh
bagi mencapai kesempurnaan. Menurut Hasni et al. (2017:117) raja-raja semasa hayatnya

1
Akar kata Lembah Bujang telah dibincangkan dalam Janudin & Yusoff (2021a). Asal usul Silat Cekak dari Kedah: Analisa
Persejarahan sejak Zaman Keagungan Pra Langkasuka ke Era Imperialisme Thai 1821. Teks boleh dilayari di
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/16070/8349 hlm 73-74.

17
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

disembah bagaikan divaraja yang setaraf tuhan. Apabila mati mayatnya dibakar, sementara
abunya diletakkan di altar candi-candi untuk dipuja rakyat (Soekmono, 1974). Ardiyasa (2018)
menyatakan dalam tradisi Hindu-Buddha, mayat-mayat kebiasaannya dibakar lalu dihanyutkan
ke sungai dan mengalir ke lautan luas bagi melepaskan ikatan roh dan jiwa mereka dengan
dunia menuju ke sisi Tuhannya. Namun tradisi ini terhenti setelah Raja serta rakyat Kedah
menganut Islam dan jenazah mereka mula disemadikan2.

2. Sistem Beraja di Kedah

Sistem beraja dan kesultanan Melayu di Kedah merupakan sistem monarki paling tua di
nusantara yang mampu bertahan sehingga kini selama 1392 tahun (630 - 2022M). Sanad dan
nasab raja serta kesultanan negeri ini jelas serta tersusun dari salasilah keturunan yang sama
berdasarkan bukti teks-teks sejarah Kedah. Menurut Hashim (1988) terdapat sembilan buah
teks lama berkaitan sejarah Kedah antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Negeri
Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang
Pelabuhan Kedah, Hikayat Terung Pipit, Peringatan Raja-Raja Kedah, Surat-Menyurat Sultan
Abdul Hamid dan Surat Raja-Raja. Teks-teks Melayu lain seperti Tarikh Fathani, Hikayat
Raja-Raja Pasai dan Hikayat Aceh turut menjadi rujukan mengenai sejarah awal tamadun
Kedah-Langkasuka. Menurut Harun (2015:178-179) kewujudan Langkasuka turut dikaji oleh
para sarjana Barat seawal tahun 1939 berdasarkan sumber-sumber dari China, Tamil, Arab dan
Eropah.

Hassan (1928), Salleh (1970), Janudin & Yusoff (2021b:97) menyatakan Hikayat Merong
Mahawangsa (HMM) mula dituliskan berdasarkan perintah Sultan Kedah ke 2; Sultan
Mu’adzam Shah (1179-1201) sehingga sebelum kejatuhan Kedah kepada tentera penceroboh
Siam (Anuar et al,. 2010:82). Teks asal HMM telah dibakar semasa pencerobohan tersebut
(Anderson, 1824:152) menyebabkan beberapa para pengkaji Barat kemudiannya menyalin
semula HMM berdasarkan lisan dan ingatan. Namun menurut Maier (1960) ketidakfahaman
Barat terhadap nilai dan sosio-budaya Melayu dalam karya tersebut serta penolakan sebahagian
besar orang Melayu sendiri terhadap teks-teks Melayu klasik terpaksa diperbetulkan semula
oleh ramai sarjana Melayu selepas era kemerdekaan. Tugas tersebut ternyata sukar kerana
kebanyakan masyarakat pasca kemerdekaan masih terbelenggu dengan masalah buta huruf,
kemiskinan serta ancaman keselamatan (Janudin & Yusoff, 2021c).

Syafiq Hadzir (2019) dalam terjemahan dan tafsirannya terhadap teks HMM versi R.J
Wilkinson 18983 menyatakan terdapat tujuh orang Raja Kedah bermula sejak tahun 330 masihi
sehingga pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa pada 1136 masihi. Tempoh pemerintahan
tersebut berlangsung selama 806 tahun. Sementara Hassan (1928) dalam Al Tarikh Salasilah
Negeri Kedah (ASNK) menyatakan terdapat sembilan orang Raja Kedah. Janudin & Yusoff
(2021b) memperincikan lagi tempoh pemerintahan Raja-Raja Kedah bermula sekitar tahun
630M, peristiwa-peristiwa utama serta anutan kepercayaan agama mereka selama 506 tahun

2
Pada tahun 2012 sebuah makam lama dipercayai milik Raja Muzaffar Shah atau Phra Ong Mahawangsa telah ditemui di kaki
Bukit Meriam yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kedah dahulukala. Makam kini dialihkan ke masjid Kampung Sintok
Bugis. Maklumat lanjut rujuk https://www.1media.my/2018/08/makam-dipercayai-milik-sultan-mudzafar.html. Tinjauan
lapangan penulis pada 19 November 2021 di muara Sungai Merbok melihat berkemungkinan lokasi pembakaran tersebut
dahulukala terletak di hujung tanjung di Pantai Merdeka, Bukit Penjara atau Tanjung Dawai yang mengadap lautan luas
bertujuan memudahkan ‘perjalanan roh’ tersebut.
3
Rujuk mukadimmah teks online Syafiq Hadzir (2019) dlm;
https://www.academia.edu/37784258/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_1_Raja_Merong_Mahawangsa_pdf

18
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

sebelum berlakunya pengislaman Kedah4. Ringkasan perbandingan nama-nama Raja Kedah


serta kronologi ringkas peristiwa-peristiwa penting sepertimana di Jadual 1.

Raja Pertama: Raja Merong Mahawangsa atau Raja Derbar Raja 1


Berdasarkan teks HMM, Raja Merong Mahawangsa berketurunan, bersaudara dan duta kepada
raja Benua Rom5 yang ditabalkan menjadi Raja Kedah pertama oleh kaum gergasi di Kedah
(Hao, 2016) setelah baginda terdampar di Kedah akibat serangan garuda di lautan. Baginda
seterusnya mengasaskan empayar Langkasuka yang berpusat di timur Gunung Jerai. Di dalam
Tarikh Fathani (2002:8-9) asal yang dikarang pada tahun 1632 menyebut Raja Lanqasuka
adalah Mahabangsa, memiliki ramai isteri dan salah seorang anaknya telah dirajakan di negeri
Petani.

Sementara menurut Syafiq Hadzir (2019: 2-3,11,13), Raja Merong Mahawangsa adalah
Maharaja Parveen 1 bertahta dari tahun 330-390M6. Baginda menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Raja Kelinggi dan Raja Burma selain mengutus surat ke Raja Acheh untuk
mengahwinkan puteranya; Merong Mahapudisat dengan puteri Acheh7. Baginda menyusun
pentadbiran dengan melantik empat orang menteri kanan yang baharu secara tradisi dari
keturunan yang sama dan menamakan Kedah sebagai Kedah Zamin Turan8. Baginda
mewasiatkan kepada putranya itu agar melantik empat-empat cucunda baginda menjadi raja-
raja di Benua Siam, Perak, Patani dan Kedah9 demi mengukuhkan legasi keturunan baginda
sebelum pulang semula ke Rom.

Dalam Tarikh Kerajaan Kedah menyebut Raja Merong Mahawangsa berasal dari negeri Rom
tiba di Kedah pada tahun 630 dan mangkat pada tahun 650 (Wan Yahya, 1911:2-3). Sementara
Hassan (1928) dalam ASNK meriwayatkan Raja Kedah pertama adalah Raja Derbar Raja yang
lari dari peperangan di wilayah Gomrun, Parsi10. Baginda singgah di Sungai Kilah dan
disambut oleh dua orang pembesar tempatan; Tun Perkasa dan Tun Derma Dewa yang
menabalkan baginda sebagai Raja pertama Kedah. Baginda seterusnya membangunkan Kota
Langkasuka di Sik dan mentadbir di sana11.

4
Terdapatnya perbezaan masa yang panjang iaitu selama 300 tahun pemerintahan Merong Mahawangsa dalam HMM versi
Wilkinson bermula pada tahun 330 hingga 390M dengan pemerintahan Raja Derbar Raja berdasarkan teks ASNK yang
bermula pada tahun 630M. Namun kesamaan kedua-dua teks ini ialah tarikh pengislamannya iaitu pada tahun 1136M.
Penulisan HMM tidak menekankan disiplin sejarah seperti pentarikhan sebaliknya lebih mengutamakan usaha pengagungan
terhadap asal usul Raja dikaitkan dengan keagungan Nabi Sulaiman, kesaktian Raja Jin Harman Shah, burung garuda dan
jentayu yang boleh berkata-kata sehingga ia dianggap sebagai mitos dan khayalan oleh ramai pengkaji Barat dahulu dan kini.
5
Menurut Rozali (2017:2-5), penulisan HMM banyak dikaitkan dengan kekaguman para periwayat atau penulisnya terhadap
sejarah keagungan Rom dan Uthmaniyah. Selanjutnya rujuk Rozali, E. A. (2017). Kesultanan Melayu dan 'Kerajaan Rum'
dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional. SEJARAH: Journal of the Department of History, 14(14).
6
Maharaja Parveen 1 telah memerintah selama 60 tahun. Tidak ada penjelasan lanjut siapa gerangan raja ini?
7
Acheh dimaksudkan adalah sebuah kerajaan besar di Pulau Perca atau Sumatera berkemungkinan besar adalah kerajaan
empayar Melayu Sriwijaya yang menakluk banyak negeri di sepanjang persisiran pantai Sumatera, Kalimantan, Jawa dan
Semenanjung.
8
Zamin Turan bermaksud Tanah Turan yang terletak di wilayah Asia Tengah atau utara Iran pada masakini. Kawasan ini
sering menjadi rebutan dan bertukar tangan antara empayar Parsi Sasanid dengan Empayar Rom Timur atau Byzantine sejak
sekian lama. Perbincangan lanjut rujuk Rujuk Ibrahim (2009) yang memperincikan asal usul wilayah ini dalam;
https://langkaputra.wordpress.com/category/sejarah-kedah/.
9
Berdasarkan tafsiran ini Langkasuka merupakan sebuah empayar bercirikan Persekutuan terdiri dari empat buah negeri di
bawahnya yang diperintah oleh empat anakanda Merong Mahapudisat iaitu putera sulung di Benua Siam atau Siam Lancang,
putera kedua; Raja Ganjil Sarjuna membuka dan menjadi Raja Perak atau Gangga Negara, puteri ketiga menjadi Ratu Patani
serta putera bongsu bernama Seri Mahawangsa yang ditabalkan sebagai raja ketiga Kedah.
10
Rujuk Ibrahim (2009) dalam https://langkaputra.wordpress.com/category/sejarah-kedah/
11
Menurut ASNK Kota Langkasuka ini dipercayai terletak di timur atau hulu sungai Babur atau Sungai Merbuk iaitu di
pedalaman mukim Sik. Namun ramai sarjana Thailand berpendapat lokasi asal Langkasuka terletak di Yarang dalam wilayah
Patani sekarang ini (Malek & Zamberi, 1994). Pada masa dahulu terdapat sungai yang luas dan laluan penarikan trans
peninsula menghubungkan wilayah Patani dengan Kedah serta menjadi penempatan manusia di pesisiran beting pantainya.

19
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Janudin & Yusoff (2021b:102) turut meletakkan tahun 630 sebagai permulaan kepada sistem
beraja di Kedah dan memperincikan asal-usul Raja Derbar Raja yang merupakan seorang
gabenor dari dinasti Parsi Sasanid yang merupakan sekutu kepada Byzantine atau Rom Timur
yang memberontak terhadap Raja Parsi iaitu Yazdegard III kemudiannya lari berlayar ke timur
setelah wilayahnya ditawan12. Baginda ditabal menjadi Raja Kedah dan mengasaskan empayar
Langkasuka seterusnya mengasimilasikan budaya Parsi dengan budaya tempatan termasuk
memperkenalkan sistem pemerintahan, tulisan, peralatan nobat nafiri serta agama Majusi.
Menurut Zainun & Khaw (2016) pada tahun 638, Raja Kedah mula menghantar utusan dan
membayar ufti ke dinasti Tang, China. Ia merupakan kebiasaan bagi sebuah kerajaan baharu
untuk bersahabat, mengeratkan hubungan diplomatik dan mendapat pengiktirafan dari kuasa
besar tersebut kerana Raja Derbar Raja juga merupakan legasi Parsi Sasanid yang pernah rapat
dengan dinasti Tang (Janudin & Yusoff, 2021; 99).

Menurut Jusoh (2016:108-109) Kedah muncul sebagai pusat tamadun Melayu di tanah
semenanjung hingga mengagumkan pengembara China; I-Tsing yang pernah singgah di situ
pada tahun 671M. Keagungan Kedah menyebabkan Raja Sriwijaya; Dapunta Hyang Jayanasa13
bersama 21,312 orang tenteranya melakukan siddhayatra atau perjalanan suci menakluk
kerajaan-kerajaan di persisiran Sumatera dan Semenanjung termasuk empayar Langkasuka
seperti Kedah, Patani sehingga ke Segenting Kra sekitar tahun 683 dan meluaskan agama
Buddha Mahayana ke atas wilayah-wilayah jajahannya sepertimana catatan Wu-hsing pada
685 (Ramli & Rahman, 2012). Sriwijaya merancakkan lagi Lembah Bujang sebagai pusat
perkembangan Buddha Mahayana, bahasa Sanskrit, Pallawa dan Melayu kuno serta menjadi
markas kepada gerakan perluasan dan kawalan kuasa empayar Sriwijaya di wilayah
Semenanjung dan Sumatera14. Menurut Utomo dan bin Nik Abd (2009), Sriwijaya mendapat
kesetiaan dari kesemua wilayah taklukannya melalui titah sumpah setia pada prasasti Kota
Kapur (686M), Karangberahi (abad ke 7M) dan Telaga Batu (abad ke 7M). Penguasaan
Sriwijaya berterusan sepanjang Raja Derbar Raja berkuasa selama 90 tahun sehingga ke tahun
720 masihi dan tahtanya kemudian diwarisi anakandanya; Maharaja Derja Putra (Janudin &
Yusoff, 2021b:99-102).

Raja ke dua: Merong Mahapudisat atau Maharaja Derja Putra


Catatan HMM menyatakan Merong Mahapudisat bertahta sebagai Raja ke dua memerintah
Kedah. Raja Merong Mahawangsa telah mengahwinkan putranya itu dengan seorang puteri
Acheh15. Syafiq Hadzir (2019) menyatakan baginda memerintah pada 390 - 440 atau 50 tahun.

12
Persamaan Merong Mahawangsa dan Raja Derbar Raja adalah mereka berasal dari Benua Rom Timur atau Byzantine yang
mempunyai hubungan rapat dengan dinasti Parsi Sasanid yang menganut agama Zoroaster atau Majusi yang menyembah api.
Di tapak arkeologi Sungai Batu, bukti-bukti tapak sembahan api tersebut boleh dilihat dengan jelas. Namun berkemungkinan
penjajahan Sriwijaya telah memaksa baginda menukar anutannya kepada Buddha-Mahayana. Bukti kukuh pengaruh Buddha
Mahayana di Semenanjung boleh dilihat melalui jumpaan Prasasti Buddhagupta dan Prasasti Cheruk Tok Kun yang berusia
sekitar kurun ke 6M ditemui di Seberang Perai pada 1834 dan 1845. Tarikh 6M ini bertepatan dengan peristiwa perluasan
kuasa Srivijaya tersebut. Seberang Perai dahulunya merupakan wilayah Kedah.
13
Baginda pengasas Sriwijaya (671 - 692) berpusat di Palembang berfahaman Buddha Hinayana atau Teravada. Bukti serangan
baginda terungkap pada prasasti Kedukan Bukit (683) dan Talang Tuwo (684). Baginda menjalinkan hubungan rapat dengan
Dinasti Tang di China (618 - 690) seterusnya menganuti Buddha Mahayana (Halimi, 2008:134-135) yang lebih liberal
berbanding Teravada yang konservatif. Penaklukan Sriwijaya ke atas Kedah menyebabkan kemerosotan Majusi.
14
Kedah Tua mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah pusat kuasa tentera ketika itu sepertimana istilah Pujangga di dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai yang bererti pemuda yang membawa perisai (Adam, 2019). Sementara dalam prasasti Tanjore, India
ada menyebut bahawa angkatan Kidaram bersama-sama dengan gajah-gajahnya…yang sangat hebat kekuatannya, dikawal
oleh pahlawan-pahlawannya yang memakai gelang di kaki…dalam menghadapi serangan Raja Rajendra Chola 1 pada tahun
1025. Bukti ini merupakan justifikasi menunjukkan bahawa ilmu beladiri Melayu iaitu seni silat telah digunakan oleh tentera
Kedah Tua mempertahankan diri dan kerajaannya.
15
Berkemungkinan besar Acheh yang maksudkan adalah kerajaan Sriwijaya di Sumatera yang telah menakluk Kedah dan
berlaku perkahwinan di antara putera Raja Merong Mahawangsa; Merong Mahadipusat dengan puteri dari Sriwijaya kerana
Acheh hanya wujud pada awal abad ke 15 bagi menggantikan kerajaan Pasai - Samudera. Berkemungkinan penulisan semula

20
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Baginda melaksanakan wasiat Merong Mahawangsa merajakan empat orang anakandanya di


Benua Siam, Perak, Patani serta Kedah. Wasiat ini menjadi bukti kukuh bahawa raja Benua
Siam serta rakyatnya berasal dari cucu cicit Merong Mahawangsa sebelum keturunan ini
dihancurkan dengan pencerobohan dan penjajahan suku-suku Thai atau Sukhothai dari utara
pada awal abad ke 12 (Janudin & Yusoff, 2021b:97-98)16.

Sementara menurut ASNK Raja Kedah ke dua adalah Maharaja Derja Putra. Janudin dan
Yusoff (2021b:102) menyatakan baginda memerintah dari tahun 720 - 770 iaitu selama 50
tahun. Menurut Abdullah Sidek (2021:103) ketika ini, Raja Sriwijaya; Rudra Vikraman (728 -
775) telah menakluk Langkasuka pada tahun 750 sepertimana catatan Tarikh Fathani (2002:9-
11). Penaklukan tersebut telah memecahbelahkan kesatuan Langkasuka sehingga Benua Siam,
Gangga Negara, Patani dan Kedah terpisah sebagai entiti-entiti berasingan. Menurut Shuhaimi
(1984), Jusoh (2016) dan Irfan (2022) penaklukan ini membolehkan Sriwijaya menjadi kuasa
maritim yang dominan di nusantara, dengan Kedah menjadi kerajaan kembarnya (Wolter,
1967). Justeru logiknya istilah Langkasuka tidak lagi disebut dalam teks HMM sejak
pemerintahan Merong Mahapudisat. Nama Langkasuka hanya disebut semula menerusi
prasasti Tanjore pada 1025M (Leijten, 2017: 24) dan Syair Nāgara-Kěrtāgama pada 1365
(Anwar, 2016:3) bagi menggambarkan wilayah-wilayah di utara semenanjung.

Raja ke tiga: Seri Mahawangsa atau Maharaja Maha Dewa


HMM versi Wilkinson menyatakan Raja Seri Mahawangsa menjadi Raja Kedah ke tiga yang
memerintah pada tahun 440 - 465 (25 tahun). Baginda telah membangunkan Kota Serokam di
hilir sungai Merbuk sebagai pusat pentadbiran baharu (Braddell, 1980) bagi memindahkan
pusat kota Langkasuka sedia ada yang kurang sesuai didiami kerana terletak jauh di
pendalaman dan dari laut. HMM menerangkan secara geologi keadaan sungai di hulu yang
semakin cetek serta mengecil akibat penurunan aras laut telah menyukarkan perhubungan
istana dengan dunia luar. Baginda juga merupakan Raja Kedah pertama memulakan tradisi
menghantar bunga emas dan perak ke Benua Siam sebagai hadiah dari adinda bongsu kepada
kekanda sulung sempena kelahiran anak saudaranya bertujuan mengukuhkan hubungan
kekerabatan dengan Benua Siam. Namun baginda mangkat kerana murka dan kecewa apabila
puteranya; Seri Mahawangsa berkeras untuk mengahwini puteri seorang menteri berketurunan
gergasi yang tidak setaraf darjatnya dengan keturunan diraja Kedah.

Sementara menurut ASNK Raja Kedah ke tiga adalah Maharaja Maha Dewa bersemayam di
Kota Bandar dan memerintah selama 25 tahun iaitu tahun 770 - 795 (Janudin & Yusoff,
2021b:102). Sepanjang pemerintahan baginda, empayar Sriwijaya agresif meluaskan
jajahannya apabila rajanya; Sri Maharaja Rakai Panangkaran menakluki Khmer pada tahun
775 diikuti Ligor dan Chaiya oleh Raja Sriwijaya seterusnya; Maharaja Dharanindra yang
turut mengahwini puteri Kedah pada tahun 775 seperti tercatat pada prasasti Ligor (Suhaimi,
1984) serta memperolehi seorang putera yang mewarisi tahta Langkasuka (Tarikh Fathani,
2002:11). Penguasaan Sriwijaya ini telah mengukuhkan Buddha Mahayana di Kedah dan
mendorong para pendita dari alam Melayu berkampung di sini bagi menuntut agama tersebut.

teks HMM dilakukan semasa Kedah berada di bawah naungan Acheh sekitar abad ke 15 dan 16 berdasarkan tradisi lisan dan
ingatan bagi menggambarkan pengaruh Acheh yang sudah lama bertapak di Kedah.
16
Salah satu sebab pencerobohan angkatan suku Thai ke atas Kedah adalah untuk menghilangkan bukti penulisan perkaitan
Siam dengan Kedah. Angkatan dari Ligor telah mengarakan agar HMM dicari dan dibakar. Lihat catatan Low, J. (1849). A
translation of the Kedah Annals, termed Marong Mahawangsa, and sketches of the ancient condition of some of the nations of
Eastern Asia with reference to the Malays. The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, 3, 1-23. dan Hashim, M.
Y. (1988). Persejarahan Melayu Nusantara: kajian mengenai sumber, penghayatan, masalah dan tafsiran naskhah-naskhah
terpilih sejarah Melayu. hlm 5.

21
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Kesibukan ini turut mendorong Maharaja Maha Dewa membangunkan penempatan baharu di
Kota Aur serta menjenamakan semula Sungai Qilah sebagai Sungai Babur.

Raja Kedah ke empat: Seri Maha Inderawangsa atau Seri Maharaja Karna Derja
Versi HMM meletakkan Raja Seri Maha Inderawangsa sebagai Raja Kedah ke empat
menduduki tahta selama 47 tahun (465 - 512). Baginda membangunkan sebuah kota yang
baharu di Sungai Emas, namun gagal disiapkan kerana kemangkatan baginda. Sementara
ASNK menyatakan Seri Maharaja Karna Derja sebagai Raja Kedah ke empat. Janudin &
Yusoff (2021b:102) turut meletakkan pemerintahan baginda selama 47 tahun (795 - 842).
Baginda telah memperkemaskan sistem pentadbiran dan membangunkan Kota Arung-Arungan
di Sungai Mas, Kuala Muda sebagai pusat pentadbiran baru menggantikan Kota Aur seterusnya
menjadikan Kedah mashyur bagi perdagangan, perlombongan serta pusat perkembangan
Buddha Mahayana (Bakar & Ramli, 2018) yang dinaungi oleh Sriwijaya sebagai penguasa
unggul di nusantara ketika itu.

Jika di timur Jawa, Sriwijaya di bawah dinasti Sailendra berjaya membina Candi Borobudur
pada tahun 824. Sementara di Kedah penemuan bukti-bukti arkeologi seperti tapak ritual candi-
candi Buddha Mahayana bercirikan Amarawati dan Gupta (Kang, 2013) menggunakan batuan
laterit, berbentuk segi empat tepat dengan pintu masuk candi dari arah utara ke selatan serta
tapak stupa telah banyak ditemui di candi Bukit Pandiat, Pengkalan Bujang serta Sungai Batu
dipercayai telah dibina sekitar abad ke 5 hingga 10 masihi (Jusoh, 2016: 115-117: Ramli, 2020:
68).

Raja Kedah ke lima versi HMM: Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong)
Mengikut versi HMM, Raja Ong Maha Perita Deria merupakan Raja Kedah ke lima, putera
kepada Raja Seri Maha Inderawangsa. Baginda dicatatkan memerintah Kedah selama 68 tahun
dari 512 hingga 580 selari dengan garis masa Rasulullah s.a.w di Mekah. Namun sikap baginda
yang suka berfoya-foya, membazir, zalim sering mengerah rakyat membangunkan kota-kota
yang baharu dengan bantuan tukang-tukang dari Acheh17 serta hauskan darah rakyat
menyebabkan baginda digelar sebagai Raja Bersiong. Akibatnya rakyat bangun memberontak
hingga baginda terpaksa melarikan diri ke pelbagai tempat seperti hulu Perak18 akhirnya
mangkat dalam wilayah Patani.

Penggulingan Raja Bersiong menyebabkan berlakunya kelompangan kuasa negeri Kedah tanpa
beraja selama 300 tahun iaitu dari tahun 580 hingga 880 berdasarkan pertarikhan tahun yang
dikemukakan oleh Syafiq Hadzir (2019:40). Selama tempoh tersebut tampuk pemerintahan
Kedah diterajui sementara oleh Permaisuri baginda dengan dibantu oleh Menteri Empat dan
Menteri Kelahum dari Benua Siam. Ketika ini peranan Siam amat diperlukan kerana Kedah
memiliki pertalian kekerabatan serta persamaan anutan iaitu Buddha Mahayana.

17
Kerajaan Acheh hanya wujud abad ke 15, berkemungkinan besar Acheh yang dimaksudkan dalam HMM ini adalah Acheh
Tua iaitu Lamuri sebuah kerajaan Buddha ketika itu sama agamanya dengan Kedah. Lamuri diasaskan sejak awal abad ke 8
sebelum digabungkan dalam kesultanan Islam Acheh pada awal abad ke 15. Atau berkemungkinan juga ia adalah negeri Perlak
di Sumatera yang lebih pesat membangun di bawah pemerintahan rajanya; Meurah Shahrun Nuwi atau nama Islamnya; Sultan
Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah (840-864M). Kedua-dua kerajaan Lamuri dan Perlak selari dengan garis masa
pemerintahan Raja Kedah versi ASNK; Seri Paduka Maharaja Kerma (842 - 910).
18
Terdapat sebuah tinggalan gua atas bukit dikenali sebagai Kota Raja Bersiong terletak di Kampong Kota Raja Bersiong,
Ijok Selama Perak yang dilawati oleh penulis pada 24 Disember 2020. Relik sejarah ini telah dijadikan antara destinasi
pelancongan sejarah bagi negeri Perak.

22
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Raja ke lima versi ASNK: Seri Paduka Maharaja Kerma


Berdasarkan ASNK, Janudin dan Yusoff (2021b:102) meletakan baginda memerintah selama
68 tahun (842 - 910) dengan Kedah terus dinaungi Sriwijaya atau dikenali sebagai Syarbazah
atau Sribhoja oleh para pedagang Arab (Irfan, 2022) yang bermaksud Sri Buddha (Abdullah
Sidek, 2021:13) dengan Buddha Mahayana menjadi anutan Raja serta rakyat Kedah. Baginda
telah membangunkan Bukit Meriam serta meluruskan banyak sungai bagi memudahkan para
pedagang mudik ke hulunya. Ketika ini ramai para pedagang dan pendakwah Islam
terutamanya dari Parsi dan Arab beramai-ramai datang ke nusantara sehingga berjaya
mengislamkan kerajaan Perlak di Sumatera pada tahun 841. Ibnu Khurdahbih dalam ‘al
Masalik wal Mamalik’ pernah berkunjung di Kedah di tahun 846 memuji keindahan kota Qalah
dan menceritakan kehidupan harian masyarakatnya (Coedes, 1968; Wheatley, 1961). Perkara
sama turut dilakukan oleh pengembara Arab bernama Sulayman di tahun 851 (Braddell, 1950)
dan Al Yakubi di tahun 870 dalam al Buldan (Al-Faqih & de Goeje,1996).

Menurut Tibbetts (1957) dan Al Attas (1969:30-31) pada tahun 877 terjadinya sebuah
pemberontakan besar di Canton diikuti di wilayah Yang Chow sekitar awal tahun 900an
menyebabkan ramai para pedagang Arab dan Parsi lari berhijrah ke selatan dan menjadikan
wilayah timur Kedah sebagai pusat perdagangan baharu mereka. Kesannya Kedah muncul
sebagai destinasi popular kepada para pedagang Islam bagi memperolehi bahan-bahan mentah.
Kebanjiran para pedagang ini menjadikan perairan dan sungai-sungai di Kedah semakin sesak
sehingga Raja Kedah menitahkan agar aliran sungai-sungai diluruskan serta diwujudkan laluan
penarikan sepanjang Sungai Merbuk dan Sungai Muda bagi menghubungkan Kedah di barat
dengan pantai Patani di timur bagi memudahkan urusan pengangkutan serta perdagangan
(Jusoh, 2016). Baginda turut membenarkan orang Siam, Legor, Caiya, Burma dan Pegu
menjalankan aktiviti melombong besi di Kedah19 yang akhirnya meramaikan penduduk Kedah
menjadi negeri multi etnik dan budaya serta menjadikan negeri ini sebagai pusat maritim dan
agraria serantau.

Raja ke enam versi HMM: Raja Phra Ong Mahaputisat


Selama 300 tahun iaitu dari tahun 580 hingga 880 berlakunya kelompangan kuasa setelah
terjadinya pemberontakan dan penggulingan Raja Bersiong. HMM menyatakan Kedah
diperintah sementara oleh Permaisuri Raja dengan bantuan Menteri Keempat Kedah dan
Menteri Kelahum dari Benua Siam yang merupakan kerabat terdekat Kedah. Kelompangan
kuasa ini menarik minat Raja Kelana Hitam beragama Hindu dari negeri Kelinggi untuk
merebut tahta dengan bantuan empat buah lagi kerajaan gabungan. Serangan gabungan tentera
lima buah kerajaan tersebut akhirnya berjaya dikalahkan oleh angkatan Kedah yang mendapat
bantuan ketenteraan dari Ligor dan Raja Benua Siam.

Seusai peperangan Siam telah membantu membangunkan kembali Kedah antaranya


meluruskan Sungai Muda dan membangunkan Kota Aur seterusnya menabalkan raja
baharunya; Raja Phra Ong Mahaputisat. Baginda mempersembahkan bunga emas dan perak
kepada Maharaja Besar Benua Siam sebagai tanda berterima kasih dan persahabatan yang erat
dua buah kerajaan bersaudara. Syafiq Hadzir (2019) mentafsirkan Raja Phra Ong Mahaputisat
memerintah selama 76 tahun (880 - 956).

19
Aktiviti melombong besi ini dijalankan di sepanjang susur Sungai Muda dan Sungai Merbok meliputi kawasan-kawasan
dari hulu Sik, Jeniang hingga ke Sungai Batu dan Sungai Mas di Merbok yang terdapat kesan tapak-tapak peleburan besi di
Kedah dengan Pengkalan Bujang sebagai pengkalan utama mengumpul dan mengeksport produk besi dari negeri ini.

23
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Raja ke enam versi ASNK: Seri Paduka Maharaja Maha Dewa II


Versi ASNK memberikan catatan yang berbeza apabila meletakkan Seri Paduka Maharaja
Maha Dewa II sebagai Raja Kedah ke enam. Baginda memerintah dari tahun 910 hingga 1000
selama 90 tahun (Janudin & Yusoff, 2021b:102). Hubungan baik dengan Sriwijaya
membolehkan Kedah pesat membangun sebagai pusat perkembangan Buddha Mahayana.
Ketika ini raja-raja Sriwijaya seperti Sri Udayadityavarman (960-988) dan Sri
Chulamanivarman (988-1008) merupakan kerabat diraja Kedah berjaya menjalinkan hubungan
rapat dengan dinasti Song di China (Coedes,1996). Raja Kedah telah membangunkan Bukit
Puteri sebagai penempatan baharu dan memajukan pelabuhan di Selat Kalah sehingga menarik
minat para pedagang Arab, China dan India. Kemasyuran, kekayaan, suasana serta seni bina di
Kedah turut dipuji para pengembara serta ilmuan Abbasiyah sepanjang abad ke 800 - 1000an
seperti Abu Dhulaf, Al Kindi, al Jahiz, al Mas’udi dan Abu Rayhan Al-Biruni dalam catatan-
catatan mereka, sementara Al-Idrisi dari Andalusia dalam kitabnya Ar-Rujjar mengakui
kehebatan produk-produk besi dari Kalah (Verhoeven, 2013).

Raja ke tujuh versi HMM: Raja Phra Ong Mahawangsa


Menurut Syafiq Hadzir (2019), Phra Ong Mahawangsa telah dilantik sebagai Raja Kedah ke
tujuh pada tahun 956M mewarisi tahta setelah kemangkatan ayahandanya; Phra Ong
Mahaputisat dalam keadaan negeri Kedah aman dan makmur hasil kemajuan perdagangan dan
agama. Baginda memiliki ilmu kebatinan yang tinggi dan seorang peminum arak yang tegar.
Pengislamannya terjadi apabila Syeikh Abdullah muncul di kamar peraduan baginda dan
memperkenalkan Islam kepada baginda. Setelah diislamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani,
baginda ditukar namanya kepada Sultan Muzalfar Shah pada 1136 sementara nama Kedah
Zamin Turan ditukar nama kepada Kedah Darul Aman dan syariat-syariat Islam dilaksanakan
di Kedah dengan segala amalan jahiliyah ditinggalkan oleh Raja dan rakyatnya. Lalu Syeikh
Abdullah pulang ke Yemen.

Sepanjang pemerintahan baginda, Kedah berjaya mematahkan sebuah pemberontakan oleh 400
orang tentera dari Patani di Kota Palas yang telah melanggar hukum-hukum Islam (Janudin &
Yusoff, 2021b:78). Setelah itu baginda mangkat dan digantikan oleh Sultan ke dua; Sultan
Muadzam Shah pada tahun 1179 yang mula mengumpulkan segala cerita dan catatan silam
para cerdik pandai untuk ditulis semula bergelar Hikayat Merong Mahawangsa. Berdasarkan
garis waktu kisah pemerintahan Phra Ong Mahawangsa berlangsung sejak tahun 956 hingga
tahun 1136 adalah selama 180 tahun dan jika seterusnya menyambung ke tahun 1179 adalah
selama 223 tahun!

Namun dalam versi ASNK, Raja Kedah ke tujuh, ke lapan dan ke sembilan terdiri dari kalangan
raja-raja yang berbeza iaitu Seri Paduka Maharaja Derma Raja, Seri Paduka Maharaja Maha
Jiwa dan Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II.

Raja ke tujuh versi ASNK Seri Paduka Maharaja Derma Raja


Menurut Janudin & Yusoff (2021b:102), Seri Paduka Maharaja Derma Raja memerintah
selama 76 tahun (1000 - 1076). Pemerintahan baginda selari dengan pemerintahan Raja
Sriwijaya; Sri Mara Vijayatunggavarman (1008 - 1017M) yang terus menjadikan Kedah
sebagai kota pemerintahan kembar kepada Sriwijaya di Palembang yang makmur perdagangan
serta pusat perkembangan agama Buddha Mahayana (Coedes, 1968) dengan ramai pendatang
dari India mengunjungi Kedah dan Palembang untuk mempelajari agama tersebut (Abdullah
Sidek, 2021:148). Kekayaan Kedah membolehkannya mampu membiayai pembinaan sebuah
biara Buddha pada 1006 di tempat bernama Anaimangalan di Nagapattanam bagi tujuan
kebajikan selain bagi mengeratkan hubungan antara empayar Melayu dengan empayar Tamil

24
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

iaitu Chola seperti terkandung dalam prasasti Larger Leiden Plate (Nikalanta, 1949:133;
Karashima & Subbarayalu, 2009: 272 - 274 dan Khaw et al., 2017: 16 - 18). Sementara Saidin
et al. (2011: 23 - 24) menyatakan dalam epik Tamil di abad ke 10; Parunkhatai menyebut
Kedah pernah membekalkan besi bagi menghasilkan sebuah kereta kuda kepada puteri Tamil;
Vacavathaththai bagi pengembaraannya ke Jayanthi.

Namun perselisihan serta kecemburuan menyebabkan Rajendra Chola 1 bertindak menyerang


pelabuhan Kadaram atau Kedah pada 1017 tetapi dapat dipatahkan oleh Kedah menyebabkan
raja dan angkatan Sriwijaya bertindak berkubu mengumpul segala kekuatan di Kedah menanti
kemungkinan serangan balas dari arah Selat Kedah. Namun serangan Chola kali ke dua pada
1025 menggunakan taktik serangan dari arah Selat Sunda telah menyebabkan negeri-negeri
naungan Sriwijaya seperti di Sumatera mudah dikalahkan sementara Gangga Negara20 dan
Kedah di semenanjung dijarah dan segala relik berkaitan Buddha Mahayana dimusnahkan.
Menurut Abdullah Sidek (2020:103 - 105, 303 - 304) angkatan Chola dengan bantuan Raja
Suryawarman 1; raja kerajaan Hindu Angkor atau Khmer dari arah laut timur turut menakluk
Sampugita dan membantu menawan Raja Sriwijaya di Kadaram (Kedah) bernama Sangirama-
Vijaiyattungopanma manakala puteranya; Sri Deva telah lantik sebagai raja baharu pada 1028
sepertimana terkandung dalam prasasti Tanjore21. Wilayah-wilayah naungan Sriwijaya
termasuk Kedah mula membebaskan diri.

Pada tahun 1068 angkatan Chola di bawah Raja Virarajendra Rajakesari (1063 - 1070) telah
dipanggil menyerang Kadaram bagi membantu seorang putera dari Kadaram yang menuntut
tahta (Sastri, 2000: 271-272). Menurut Wheatley (1959) serangan-serangan Chola telah
melumpuhkan Kedah sementara raja, para pembesar serta rakyatnya dipaksa menukar agama
mereka dari Buddha Mahayana kepada Hindu Vishnu - Shiva. Bukti-bukti pengaruh dominasi
Hindu boleh dilihat melalui penemuan candi-candi berunsur kehinduan yang dibina seawal
abad ke 11 ketika Kedah berada di bawah pengaruh Chola seperti di Pengkalan Bujang (Lamb,
1961: 39 - 47) dengan kuil-kuil bercirikan selatan India seperti pintu masuknya dari arah timur,
tapak patung dewa, altar, sesalur air dan sebagainya (Ramli, 2020: 68 - 69).

Sementara di dalam versi ASNK menyatakan Raja Tenangsari cuba menguasai Kedah tetapi
ditewaskan oleh pakatan tentera Kedah-Ligor. Sebagai tanda persahabatan dan terima kasih,
Raja Kedah; Seri Paduka Maharaja Derma Raja telah mempersembahkan bunga emas dan
perak ke Ligor. Baginda turut memerintahkan sebuah penjara dibina di sebuah bukit di muara
Sungai Babur bagi mengurung para pesalah di negeri Kedah dan ia dinamakan Bukit Penjara.

Raja ke lapan versi ASNK: Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa


Janudin & Yusoff (2021b:102) menyatakan Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa memerintah
selama 59 tahun bermula pada tahun 1076 hingga 1135M. Baginda menaiki tahta ketika
pengaruh Hindu Vishnu-Shiva masih lagi tebal selepas serangan angkatan Chola pada tahun
1068. Namun selepas 63 tahun menaungi Kedah, pengaruh Chola mulai merosot akibat
pemberontakan dalaman sementara empayar Melayu Dharmasraya yang menggantikan

20
Di dalam versi Salalatus Salatin dan Sejarah Melayu ada menyatakan Gangga Negara ditakluk oleh bala tentera Raja Suran
dari Amdan Negara setelah membunuh Rajanya; Raja Gangga Syah Johan dalam kempen perluasan kuasa Raja Suran di
nusantara. Namun masih timbul perdebatan dalam kalangan sejarahwan untuk tidak menyamakan Raja Chola dengan Raja
Suran. Garis masa sejarah menunjukkan tamadun Gangga Negara mulai lenyap pada abad ke 10 dan membangun semula
apabila Sultan Malik al Mansur yang diusir dari kerajaan Samudera-Pasai datang memajukan penempatan di Manjung dan
Beruas sekitar tahun 1326 -1336 sepertimana dirujuk silang dengan Hikayat Raja-Raja Pasai (Ahmad, 2004).
21
Nama raja-raja Sriwijaya mengikut versi catatan Tamil-Chola tidak boleh dinisbahkan bahawa raja-raja tersebut berbangsa
Tamil hanya kerana beragama Hindu kerana Hindu bukanlah agama mutlak kepada bangsa Tamil ketika itu walaupun
golongan ini dominan di Benua Keling (India).

25
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

empayar Sriwijaya telah bertindak menguasai semula empayar Kedah pada tahun 1088.
Pemerintah Dharmasraya telah memaksa Raja dan rakyat Kedah meninggalkan amalan Hindu
Vishnu - Shiva dan digantikan dengan kepercayaan baharu iaitu Buddha Trantayana (Ju-Kua,
1911; Muljana, 2006) namun saki baki kepercayaan Hindu tersebut masih kuat diamalkan.

Kebebasan beragama yang dijamin Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa mewujudkan suasana
aman dalam pemerintahan kerajaan membolehkan baginda membangunkan Langkawi, Uwai,
Kuala Merpoh dan Kuala Bara sebagai kota-kota pelabuhan baharu yang menarik minat para
penghijrah serta pedagang asing. Menurut Janudin dan Yusoff (2021b;107-108) ketika zaman
ini para pedagang Arab-Parsi dari kerajaan Abbasiyah turut giat mencari sekutu dari benua al
Hind di timur bagi mendapatkan bahan-bahan mentah demi memenuhi keperluan asasi serta
bekalan peperangan bagi menghadapi tentera Salib, kerajaan Bani Fatimiyah yang bermazhab
Syiah Ismailiyah, para pemberontak Syiah Qaramitah dan Khawarij di wilayah-wilayah
sempadan Abbassiyah. Pelabuhan-pelabuhan Kedah tersebut menjadi pusat pengumpulan dan
transit segala barangan dari kepulauan Melayu serta wilayah-wilayah di timur untuk
didagangkan kepada para pedagang Arab, Parsi, India dan China memandangkan
kedudukannya yang strategik berada di tengah-tengah laluan perjalanan India dan China
dengan Gunung Jerai menjadi mercu tanda bagi pelayaran antarabangsa dan serantau.

Raja ke sembilan versi ASNK: Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II atau Sultan
Mudzafar Shah 1
Baginda memerintah Kedah selama 44 tahun (1135 hingga 1179) dan asalnya seorang
peminum arak tegar, penyembah berhala dan pengamal sihir. Ciri-ciri ini menepati sifat
seorang pengamal aliran Buddha Tantrayana (Rahmawati, 2017;11) Baginda telah diislamkan
oleh seorang ulama sufi-tasawuf; Syeikh Abdullah al Qumairi yang diutus khas oleh khalifah
Abbasiyah pada 113622 dan nama baginda ditukar kepada Sultan Mudzafar Shah I.
Pengislamannya diikuti kerabat diraja, para bangsawan serta rakyat yang disatukan sebagai
sebuah bangsa muslim digelar al-Mala’u dengan segala berhala dan ritual penyembahannya
serta sistem kasta dihapuskan. Nama Kedah ditukar kepada Kedah Darul Aman dengan syariat
serta sistem pentadbirannya mengikuti sistem pentadbiran Abbasiyah di Baghdad (Hassan,
1928:138-141).

3. Kedah selepas pengislaman

Pernaungan dan pengaruh kuat Abbasiyah ke atas Kedah berjaya memutuskan cengkaman
Dharmasraya yang berfahaman Buddha Tantrayana. Menurut Hasanuddin & Tun Suzana
(2018: 122-125), peranan para pendakwah berketurunan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w
bermazhab Syafie terutamanya dari Hadramaut banyak membantu perkembangan Islam di
Kedah dan alam Melayu. Umat alam Melayu mudah menerima ajaran Islam kerana terbiasa
dengan ajaran monotheism; Kapitayan yang mempercayai ketuhanan yang Esa dan
menyembah Sang Hyang Taya sejak sekian lama (Samantho, 2016) selain tertarik dengan
akhlak mulia serta dakwah berhikmah ditonjolkan oleh para pendakwah Islam. Kemasyuran
alam Melayu pada masyarakat Arab menyebabkan ahli georgafi Islam; Muhammad Al Idrisi
pada tahun 1154 mengelarkannya sebagai gezira al kamar uahija gezira Malai atau Pulau
Melayu (Miller, 1927; 47-48). Meskipun kekhalifahan Abbasiyah runtuh akibat serangan
Mongol pada 1258 namun syiar Islam terus subur di Kedah23. Sebaliknya suku-suku Thai
22
Selanjut rujuk Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021b). Perajaan dan Pengislaman Kedah: Kupasan Bukti Teks Hikayat Merong
Mahawangsa, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Abbasiyah (630 - 1136 Masihi). Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1).
23
Sultan tidak menyekat kebebasan beragama terutamanya kepada para pedagang dan pendatang asing. Bukti kebebasan
beragama boleh dilihat melalui banyak tinggalan candi serta patung-patung berhala yang dibawa masuk oleh mereka dijumpai

26
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

berfahaman Buddha Teravada dari utara ketika ini kian agresif menjajah wilayah-wilayah
Melayu di Tennaserim dan Segenting Kra dengan mengatasnamakan diri mereka sebagai Siam.
Maka bermulalah konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu di selatan dengan dinasti-dinasti
raja Siam seterusnya.

4. Kesimpulan

Perjalanan sejarah tamadun Melayu Kedah Tua sejak zaman awal perajaan hingga ke zaman
awal pengislaman rajanya amat menarik untuk terus dikaji dari pelbagai perspektif untuk
merungkai misteri bagi mendapatkan maklumat-maklumat terbaharu. Keagungan
pemerintahan raja-rajanya merupakan sebuah kesinambungan dari sebuah tamadun lama yang
telah terbina sejak kurun ke 7SM jelas menunjukkan Kedah Tua merupakan sebuah tamadun
yang hebat membangun dari pelbagai aspek, terkenal hingga menjadi perhatian dari pelbagai
tamadun asing yang ingin bersahabat atau merebut kekuasaan wilayah bagi menguasai
kekayaan serta kemasyurannya sebagai pusat perdagangan dan perkembangan beberapa agama
dunia yang terkenal pada zaman itu. Perlu diakui segala keagungan dan ketahanan empayar
Kedah Tua ini amat berkait rapat dengan kebijakan pemerintahan dan daulat para Raja serta
pembesarnya, kemahiran rakyat, ketinggian ilmu para pendita atau phujangga agama di
samping keberanian para pahlawannya yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ancaman
pencerobohan serta penjajahan asing yang ingin menguasai wilayahnya.
Jadual 1: Perbandingan nama-nama Raja Kedah sebelum Islam, tahun pemerintahan serta ringkasan peristiwa

Bil Nama-nama Raja Tahun masihi Bil Nama-nama Raja dan peristiwa Tahun masihi
Berdasarkan HMM (versi R.J dan tempoh Berdasarkan ASNK (1928) dan dan tempoh
Wilkinson, 1898) dan pelbagai pemerintahan pelbagai sumber pemerintahan
sumber
1 Merong Mahawangsa @ 330 - 390 1 Maharaja Derbar Raja 630 - 720
Maharaja Parveen 1 (60 tahun) • Asal Gomrun, Parsi - sekutu Rom (90 tahun)
• Asal dari Benua Rom Timur Timur/Byzantine
• Agama ditukar dari Pagan • Namakan negeri Kedah Zamin
ke Majusi (Parsi Sasanid) Turan
• Mengasaskan Langkasuka • Asimilasi budaya Parsi Sasanid.
• Mewasiatkan agar cucunda- • Lawatan mubaligh Dinasti Tang; I-
cucunda baginda dilantik Tsing (671M) dan Wu-hsing (685M)
sebagai Raja-Raja di Benua • Kedah ditakluk Raja Sriwijaya;
Siam, Perak, Pattani dan Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada
Kedah 682M yang menukar agama Majusi
• Pulang semula ke Rom kepada Buddha Mahayana
2 Merong Mahapudisat 390 – 440 2 Maharaja Derja Putra 720 - 770
• Buddha Mahayana (50 tahun) • Empayar Sriwijaya mengekalkan (50 tahun)
berkembang penguasaannya ke atas Kedah dan
• Merajakan 4 orang Segenting Kra
anakanda di Benua Siam, • Kedah jadi pusat Buddha
Perak, Pattani dan Kedah Mahayana dan kota kembar kepada
sepertimana wasiat Raja Sriwijaya
Merong Mahawangsa
3 Seri Mahawangsa 440 – 465 3 Maharaja Maha Dewa 770 - 795
• Membangunkan agama (25 tahun) • Kedah masyur sebagai pusat (25 tahun)
Buddha Mahayana dan kota kepada perkembangan Buddha
Serokam Mahayana

tertanam sewaktu proses ekskavasi di Kedah, dirintis Kapten James Low sejak tahun 1842 sejurus Kedah mendapat kebebasan
dari Siam. Segala jumpaan artifak tersebut kini disimpan rapi di Muzium Lembah Bujang dan di luar negara.

27
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

• Memulakan tradisi • Bersemayam di Kota Bandar dan


menghantar bunga emas dan membangunkan Kota Aur
perak ke Benua Siam sebagai • Menamakan Sungai Qilah kepada
hadiah dari adinda bongsu Sungai Babur
kepada kekanda sulong
4 Seri Maha Inderawangsa 465 – 512 4 Seri Maharaja Karna Derja 795 - 842
• Mengamalkan dasar mesra (47 tahun) • Sistem pentadbiran diperkemaskan. (47 tahun)
pedagang asing dengan Membangunkan Kota Arung-
agama Buddha Mahayana Arungan - menarik pedagang dan
mendominasi pemerintahan penghijrah.
• Buddha Mahayana terus
berkembang
5 Raja Ong Maha Perita Deria 512 – 580 5 Seri Paduka Maharaja Kerma 842 - 910
(Raja Bersiong) (68 tahun) • Bangunkan kota Bukit Meriam, (68 tahun)
• Agama: Buddha Mahayana. sungai-sungai diluruskan untuk
• Memaksa pembangunan memudahkan para pedagang mudik
kota-kota dengan bantuan ke hulu sungai.
‘Acheh’, zalim hingga • Ibnu Khurdahbih dalam ‘al
digulingkan rakyat melalui Masalik wal Mamalik’ berkunjung
pemberontakan. di Kedah (846M) dan Al Yakubi
• Berlaku kelompongan kuasa (870M) dalam ‘al Buldan memuji
Raja selama 300 tahun. keindahan Qalah
• Kedah diperintah sementara • Para pedagang Arab dan Parsi
oleh Permaisuri Raja 550 – 880 yang lari dari pemberontakan di
Bersiong dengan bantuan (300 tahun) Canton pada tahun 877 menjadikan
dari Menteri Keempat serta wilayah Kedah dan Langkasuka
Menteri Kelahum; wakil sebagai pusat pedagangan baharu
kerajaan Benua Siam. mereka.
• Hubungan Kedah dengan • Membenarkan orang Siam, Legor,
Benua Siam terus kukuh Caiya, Burma dan Pegu datang
kerana hubungan melombong besi di Kedah.
kekerabatan serta anutan • Agama Buddha Mahayana terus
agama yang sama. berkembang pesat
6 Seri Paduka Maharaja Maha Dewa 910 - 1000
II (90 tahun)
• Membangunkan Bukit Puteri.
Kedah pesat sebagai pusat Buddha
Mahayana dan pelabuhan utama di
Selat Kalah
• Para pedagang Arab dari Empayar
Abbasiyah, China dan India mula
menjalinkan hubungan erat
• Para pengembara Arab; al Jahiz, Al
Kindi, Abu Dhulaf, Al-Biruni dan
Al Idrisi memuji kemasyuran Qalah
6 Raja Phra Ong Mahaputisat 880 – 956 7 Seri Paduka Maharaja Derma Raja 1000 – 1076
• Menewaskan serangan (76 tahun) • 1025 - Raja Chola 1 menyerang (76 tahun)
gabungan tentera 5 buah Kedah, dominasi kuasa dan
kerajaan utama di bawah pedagangan empayar Sriwijaya di
Raja Kelana Hitam dari Kedah runtuh
Kelinggi • Agama ditukar; Buddha
• Mempersembahkan bunga Mahayana ke Hindu Vishnu –
emas dan perak kepada Shiva.
Maha Raja Besar Siam • 1069 – serangan Chola oleh Raja
sebagai tanda persahabatan Virarajendra Rajakesari ke atas
yang erat Kedah.
• Pengaruh Hindu Vishnu- • Menewaskan Raja Tenangsari
Shiva ditukar kepada Buddha berfahaman Hindu melalui
Trantayana, namun pakatan tentera Kedah-Ligor.

28
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

pengaruh Hindu tetap kuat • Mempersembahkan bunga emas


bercampur baur dengan dan perak ke Ligor tanda terima
fahaman Buddha dan Pagan kasih.
kerana kebebasan yang • Membangunkan Bukit Penjara.
dijamin Raja. 8 Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa 1076 – 1135
• Empayar Dharmasraya (59 tahun)
menguasai Kedah - Langkasuka
(1088 - 1275).
• Agama ditukar; Hindu Vishnu -
Shiva ke Buddha Trantayana.
• Membangunkan Langkawi, Uwai,
Kuala Merpoh dan Kuala Bara.
9 Seri Paduka Maharaja Derbar Raja 1135 – 1179
II (44 tahun)
• Diislamkan oleh Syeikh Abdullah
Ahmad al Qumairi pada 1136 dan
tukar namanya kepada Sultan
Mudzafar Shah I.
• Kedah Zamin Turan ditukar nama
kepada Kedah Darul Aman.
• Melaksanakan pentadbiran Islam
mengikut sistem khalifah
Abbasiyah.
7 Raja Phra Ong Mahawangsa 956 – 1136 10 Sultan Mu'adzam Shah 1179 – 1201
• Diislamkan Syeikh Abdullah (180 tahun) • Memerintahkan segala kisah (22 tahun)
Yamani, ditukar namanya sehingga 1179 sejarah para raja Kedah dan
kepada Sultan Muzalfar (223 tahun) peraturan negara dihimpun,
Shah (1136). disusun dari pelbagai lembaran
• Kedah dinamakan Kedah serta cerita yang disimpan oleh
Darul Aman dan syariat cerdik pandai ditulis kembali
dilaksanakan. menjadi sebuah hikayat iaitu
• Mematahkan Hikayat Merong Mahawangsa.
pemberontakan 400 tentera
Patani di Kota Palas yang
melanggar hukum Islam.

Rujukan

Abdullah Sidek (2020). Mencabar Teori Chola. Patriot Publishing. Kuala Lumpur.
Abdullah Sidek (2021). Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya. Patriot Publishing. Kuala Lumpur.
Adam, A. (2019). Hikayat Raja-Raja Pasai. SIRD.
Ahmad, I. (2004). Hikayat Raja-Raja Pasai. Dewan Bahasa & Pustaka.
Al-Faqih, I., & de Goeje, M. J. (1996). Kitab al-buldan. Edited by Yusuf al-Hädf. Beirut,'Alam
al-kutub.
Anderson, J. (1824). Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan
Penisula British Settlements in the Straits of Malaya. William Cox, 152.
Anuar, A., Rahman, F. A., & Hassan, H. (2010) Fiction Or Facts: Hikayat Merong
Mahawangsa (The Kedah Annals) In The View Of Current Civilization Value, 82.
Anwar, O. M. (2016). Contextualizing nusantara studies. Journal of Nusantara Studies
(JONUS), 1(1) 3.
Ardiyasa, I. N. S. (2018). Peran Mpu Kuturan dalam Membangun Peradaban Bali (Tinjauan
Historis, Kritis). Purwadita: Jurnal Agama dan Budaya, 2(1).
Bakar, N. A., & Ramli, Z. (2018). Sungai mas sebagai pusat pemerintahan dan pelabuhan
utama di Lembah Bujang berdasarkan data arkeologi (sungai mas as centre of governance

29
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

and entrepot port in Bujang Valley based on archeological data). Asian Journal of
Environment, History and Heritage, 2(1).
Borham, A. J. (2014). Islam di Nusantara. Kolokium Islam Pahang ‘Meraikan Ilmu’ anjuran
Muzium Negeri Pahang di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan,
Pahang. 18 Mac 2014, 4-8.
Braddell, R. (1936). An introduction to the study of ancient times in the Malay Peninsula and
the Straits of Malacca. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 14(3
(126).
Braddell, R. (1950). Notes on Ancient Times in Malaya [Continued]. Journal of the Malayan
Branch of the Royal Asiatic Society, 23(1 (151).
Braddell, R. S. J. (1980). A study of ancient times in the Malay Peninsula and the Straits of
Malacca and notes on ancient times in Malaya.
Coedes, G. (1968). The Indianised state of South East Asia. University of Hawaii: East-
WestEnterprise.
Coedès, G. (1996). The Indianized States Of Southeast Asia ([3. Dr.] Ed.). Honolulu: Univ.
Halimi, A. J. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Utusan Publications.
Hao, T. Z. (2016). Anxious Region: Ogres As The Siamese F(r)iend In Hikayat Merong
Mahawangsa. The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10) 15 -
17th August 2016, Universiti Sabah Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Harun, J. (2015). Langkasuka dan Patani dalam Persuratan Melayu: Perbahasan terhadap
Tarikh Fathani. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2).
Hasanuddin Yusoff & Tun Suzanna Tun Othman. (2018). Miftahul Malayu Sejarah Islam Alam
Melayu. AV Arief Venture, 122-125.
Hashim, M. Y. (1988). Persejarahan Melayu Nusantara: kajian mengenai sumber,
penghayatan, masalah dan tafsiran naskhah-naskhah terpilih sejarah Melayu. Teks
Publishing.
Hasni, M. T., Ali, M. S. M., & Ramli, Z. (2017). Merosotnya Pengaruh Hindu-Buddha Di
Kedah Tua: Satu Analisis Politik Dan Budaya “Decline In Hindu-Buddhist Influences In
Kedah: Analysis On Politics And Culture”. Asian Journal Of Environment, History And
Heritage, 1(2), 117.
Hassan, M. (1928). Al tarikh salasilah negeri Kedah, 138-141.
Heejung, K. (2015). Kunlun and Kunlun slaves as Buddhists in the eyes of the Tang Chinese.
Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 22(1).
Irfan, N. K. S. (2022) Kerajaan Sriwijaya: Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Bandung: Kiblat.
Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021a). Asal usul Silat Cekak dari Kedah: Analisa Persejarahan
sejak Zaman Keagungan Pra Langkasuka ke era Imperialisme Thai 1821. Jurnal Dunia
Pengurusan, 3(1).
Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021b). Perajaan dan Pengislaman Kedah: Kupasan Bukti Teks
Hikayat Merong Mahawangsa, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Abbasiyah (630 -
1136 Masihi). Jurnal Dunia Pengurusan, 3(1).
Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021c). Hubungan Persekitaran Zaman Pra dan Pasca Kemerdekaan
Dengan Perkembangan Silat Melayu: Kajian Terhadap Seni Silat Cekak di Malaysia.
Jurnal Dunia Pengurusan, 3(3).
Ju-Kua, C. (1911). Chau Ju-Kua: His work on the Chinese and Arab trade in the twelfth and
thirteenth centuries, entitled Chu-fan-chi. Printing Office of the Imperial Academy of
Sciences.
Jusoh, A. (2016). Zaman Pra-Islam di Kedah berdasarkan bukti arkeologi. Perspektif: Jurnal
Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8(1), 108-109, 115-117.

30
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Karashima, N., & Subbarayalu, Y. (2009). Appendix I. Ancient and Medieval Tamil and
Sanskrit Inscriptions Relating to Southeast Asia and China. In Nagapattinam to
Suvarnadwipa (pp. 271-291). ISEAS Publishing.
Kang, H. (2013). The Spread of Sarnath-Style Buddha Images in Southeast Asia and Shandong,
China, by the Sea Route. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 20(2).
Lamb, A. (1961). The stone pillar base in the architecture of ancient Kedah. Federated
Museums Journal, 6, 39-47.
Leijten, J. (2017). Mauro Jambi, the Capital of Srivijaya, 24.
Malek, A., & Zamberi, M. (1994). Patani dalam tamadun Melayu/Mohd. Zamberi A. Malek.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maier, H.M.J. (2021). Hikayat Merong Mahawangsa Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa.
Perpustakaan Negara Malaysia.
Miller, K. (1927). 3. Band: Asien I: Vorder-und Südasien. Humboldt-Universität zu Berlin, 47-
48.
Munandar, A. A. (2010). Tinjauan Napas Keagamaan Hindu-Budha dalam Beberapa Naskah
Sunda Kuno (Abad ke-14-16). Jumantara: Jurnal Manuskrip Nusantara, 1(1).
Muhammad Abd Razak (2021). Kedah Tua Tamadun Terawal Asia Tenggara Samudera,
Manusia, Besi Mencipta Peradaban. Dar Al Wahi Publication. Kuala Lumpur.
Muljana, S. (2006). Sriwijaya, Yogyakarta, PT. LkiS Pelangi Aksara.
Narayanen, S. Khaw, N. R & Saidin, M. (2018). Arkeologi Kedah Tua: Sumbangan Data
Terkini Dari Perspektif Warisan, Seni dan Budaya. Jurnal Arkeologi Malaysia.
Olson, C. (2007). The many colors of Hinduism: a thematic-historical introduction. Rutgers
University Press.
Rahmawati, W. P. (2017). Arti Simbolis Arca Buddha Maha-Aksobhya (Prasasti 1289)
Sebagai Media Pencegahan Perpecahan Kerajaan Singhasari. Avatara, 5(3) 11.
Rahman, N., & Ramli, Z. (2009). Hubungan Asia Barat dengan Alam Melayu
Berdasarkan Bukti Arkeologi Abad ke-9 hingga ke-14M.
Ramli, Z., & Rahman, N. H. S. N. A.. (2012). Empayar Melayu Srivijaya: Perkembangan
Sejarah, Organisasi Sosial dan Pentadbiran. Penerbit UKM.
Ramli, P. M. D. Z. (2020). Sejarah, perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa Kedah
Tua dari kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi. International Journal of Interdisciplinary and
Strategic Studies, 1(1), 58-87.
Rozali, E. A. (2017). Kesultanan Melayu dan 'Kerajaan Rum' dalam karya kesusasteraan
Melayu tradisional. SEJARAH: Journal of the Department of History, 14(14).
Saidin, M., Abdullah, J., Osman, A. J., & Abdullah, A. (2011). Issues and problems of previous
studies in the Bujang Valley and the discovery of Sungai Batu. Bujang valley and early
civilizations in Southeast Asia.
Salleh, S. H. H. (1970). Hikayat Merong Mahawangsa. University of Malaya Press; penyebar
tunggal, Kedai Buku Kerjasama Universiti Malaya Bhd.
Samantho, Ahmad Yanuana (October 2016). Kapitayan Agama Pertama di Nusantara, Bukti
bahwa Para Nabi Pernah diutus di Nusantara. In Agama Pertama di Tanah Jawa,
Kapitayan, Agama Universal.
Sastri, K. A. Nilakanta (2000) [1935]. The Cōlas. Madras: Universiti Madras, 271-272.
Shuhaimi, N. H. (1984). Art, archaeology and the early kingdoms in the Malay Peninsula and
Sumatra: c. 400-1400 AD. University of London, School of Oriental and African Studies
(United Kingdom).
Soekmono, R. (1974). Candi Fungsi dan pengertiannya. Ph. D. thesis Universitas Indonesia.
Tarikh Fathani (Jawi), 2002. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Tibbetts, G. R. (1957). Early Muslim Traders in South-East Asia. Journal of the Malayan
Branch of the Royal Asiatic Society.

31
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pengurusan
e-ISSN: 2682-8251 | Vol. 4, No. 2, 16-32, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg

Utomo, B. B., & bin Nik Abd, H. S. (2009). Inskripsi berbahasa Mālayu kuno di Asia
Tenggara. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Yahya Wan Muhammad Taib (1911). Salasilah atau Tarikh Negeri Kedah, 2-3.
Wheatley, P. (1959). Geographical notes on some commodities involved in Sung maritime
trade. JMBRAS, Vol. 32, Part 2.
Wheatley, P. (1961). The Golden Khersonese: Studies in the historical geography of the Malay
Peninsula before AD 1500. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Wolters, O.W. (1967). Early Indonesian commerce: a study of the origins of Srivijaya. New
York: Cornell University Press.
Verhoeven, F. R. J. (2013). Islam: its origin and spread in words, maps and pictures.
Routledge.
Zainun, N., & Khaw, N. R. (Eds.). (2016). Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia
Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi (Penerbit USM). Penerbit USM.

Sumber Internet
Ibrahim (2009) dlm.
https://langkaputra.wordpress.com/category/sejarah-kedah/ (Diakses 15 Oktober 2021).
Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021) dlm.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/16070/8349 (Diakses 13
Oktober 2021).
Syafiq Hadzir (2019) dlm.
https://www.academia.edu/37784258/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_1_Raja_
Merong_Mahawangsa_pdf (Diakses 12 Oktober 2021).
https://www.academia.edu/37784258/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_2_Raja_
Merong_Mahawangsa_pdf (Diakses 15 Oktober 2021).
https://www.academia.edu/37784258/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_3_Raja_
Merong_Mahawangsa_pdf (Diakses 2 November 2021).

32
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like