SOALAN 2 Dan 3 Ibn Majd Dan Al Masudi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SOALAN 2 IBN MAJID BANYAK MEMBERI SUMBANGAN DALAM BIDANG

PENEROKAAN. BINCANGKAN.
PENDAHULUAN Nama sebenar Ibn Majid ialah _________________ Ahmad bin Majid al-Najdi.
Beliau dilahirkan di __________ (Oman) dan merupakan pelajar Arab
terkemuka pada abad ke-15 M. Beliau berasal daripada keturunan ahli
pelayaran yang mahir tentang Laut _____________. Datuk dan bapanya mahir
dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran. Bapanya juga telah
menghasilkan buku tentang pelayaran yang menceritakan tentang keadaan
lautan sekitar kawasan ___________. Keadaan ini menarik Ibn Majid
mendalami ilmu pelayaran dan menjadikan beliau mahir mengemudikan kapal
pada usia ______ tahun. Selain mempelajari bahasa dan agama, beliau juaga
belajar matematik Arab dan India dan ilmu geografi serta astronomi. Beliau
digelar ‘_____________’ kerana kemahiran beliau belayar di Lautan Hindi.
Beliau juga telah menghasilkan _______buah karya yang membahaskan bidang
pelayaran, perjalanan bintang, angin dan ombak.
FAKTA Kitab al-Fawa'id fi Usul Ilmi al-Baha wa al- Qawa'id
Sumbangan beliau dalam bidang penerokaan ialah melalui karya al-Fawa'id fi
usul ilmi al-Baha wa al-Oawa'id atau Buku Pedoman tentang ___________ dan
Peraturan ____________________.

HURAIAN/ Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu _________.
CONTOH Buku al-Fawa’id fi Usul Ilmi al-Baha wa al-Qawa’id yang bertarikh 1490 M
ini merupakan sebuah ensiklopedia pelayaran. Karya tersebut mempunyai 12
buah bab dan dihasilkan dalam bentuk ___________. Tujuan karya ini
dihasilkan adalah untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-
catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.
Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal
laut di Laut Merah dan Lautan China. Beliau telah menulis maklumat tentang
kedalaman _______, kawasan ______, batu ________, pulau, pelabuhan, angin,
dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.
Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan tentang permulaan pelayaran,
jarum magnet, bintang, bulan, kompas, laluan lautan Hindi, 10 buah pulau yang
paling terkenal Pulau ______, __________ dan ____________, monsun yang
sesuai bagi pelayaran berserta tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan
tentang Laut Merah.

PENEGASAN ISI Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam menjalankan ekspedisi
pelayaran mereka.
FAKTA Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi usul 'Ilm al-Bihar
Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan kitab
_______________________________ pada tahun 866 H.

HURAIAN/ Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah menceritakan mengenai ilmu
CONTOH tarikh, bahasa, bintang serta ilmu berkaitan laut. Kitab ini juga berkisar tentang
laut di pantai Arab, China, Teluk Parsi, Lautan Hindi, Hijaz, Syam dan Afrika
serta pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi.
Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf
sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman
Renaissans dan sebelumnya.
Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan tentang ilmu laut.
PENEGASAN ISI Akibatnya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada
pelayar tentang bahasa, tarikh dan bintang serta laut. Keadaan ini membuktikan
bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan
pelayaran sehingga abad ke-15 M.
FAKTA Karya Qadidah Makkiyah
Selain itu, sumbangan Ibn Majid adalah Qadidah Makkiyah.
HURAIAN/ Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang telah menceritakan tentang Laut
CONTOH Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Gujerat dan Hormuz dengan
lebih terperinci.
Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan Semenanjung Tanah Arab.
PENEGASAN ISI Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan dengan lebih jelas dan
tepat.
FAKTA Penunjuk arah kepada pelayar Barat
Sumbangan Ibn Majid ialah menjadi penunjuk arah kepada pelayar Barat.
HURAIAN/ Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu seorang pelayar Barat pada
CONTOH 1498 sehingga beliau digelar '__________________' oleh Portugis.
Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi
dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa
bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba
sehingga mengalami kebuluran.
Contohnya, beliau telah membantu ___________________ dari Malindi, pantai
timur Afrika ke Calicut, India. Malahan, beliau juga telah menghasilkan lakaran
peta laluan laut antara Eropah denga India yang telah digunakan oleh pelayar
Eropah.
PENEGASAN ISI Ironinya, kejayaan misi ini menjadikan beliau dihormati oleh pelayar Barat dan
dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat.
KESIMPULAN Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi
telah merangsang tokoh-tokoh pelayar Islam yang lain serta gambaran kepada
masyarakat sejagat. Tinggalan dan timbunan ilmu dapat kita warisi pada hari ini
dan menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam
bidang seni nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15.
SOALAN 3 BINCANGKAN PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN AL-MAS’UDI
DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN PELAYARAN.
PENDAHULUAN Nama sebenar al-Mas’udi ialah ________________ ‘Ali bin Husyn bin ‘Ali al-
Masudi. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq pada tahun 895 M. / 283 H dan
meninggal dunia di Fustat, Mesir pada tahun 956 M./ 345 H. Al-Mas’udi
mendapat pendidikan secara langsung daripada ibu bapanya.
Beliau sangat berminat membuat penyelidikan terhadap bidang sejarah dan adat
istiadat serta cara hidup setiap negeri. Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi
memulakan pelayaran ke Parsi pada tahun 914-915 M. Di Parsi, beliau tinggal
selama setahun di ______________. Dari Baghdad, beliau pergi ke India pada
tahun 916 M dan mengunjungi kota Multan dan kota al-Mansurah. Beliau
kembali semula ke Parsi setelah mengunjungi Kusman.

FAKTA Pencapaian al-Mas’udi


Pencapaian beliau dapat dinilai berdasarkan hasil karya agung yang telah ditulis
dan diterbit. Di India, al-Mas’udi melakukan penyelidikan mengenai
_____________________.

HURAIAN/ Lokasi kajian beliau di tepi laut berhampiran ___________. Antara bahan-bahan
CONTOH penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakak tua, buah oren,
kelapa dan lain-lain.di Basrah, beliau menetap untuk beberapa waktu dan
menulis karya besarnya yang bertajuk ___________________. Buku ini
menceritakan tentang pengalaman peribadi beliau di pelbagai negara. Buku ini
diterbitkan di ________(1861-1877) dan ________ (1303 H) sebanyak __ jilid.

PENEGASAN ISI Karya al-Mas’udi ini dianggap sebagai sebuah ensiklopedia kerana
perbincangannya bermula daripada kejadian manusia hingga ke zamannya.
FAKTA Al-Mas’udi mencatatkan pengalaman dalam Muruj al-Dhabab wa Ma’adin al-
Jawahir
HURAIAN/ Buku Muruj al-Dhabab ini selesai ditulis pada tahun 947 M dan pada tahun
CONTOH 956M, edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid diterbitkan di Paris (1861-
1877).
PENEGASAN ISI Catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan yang besar
kepada perkembangan bidang geografi.
FAKTA Al-Mas’udi menulis kitab ______________ yang dikenali sebagai _______
(catatan sejarah).
HURAIAN/ Kitab ini mengandungi 30 jilid mengenai sejarah umum. Karya beliau yang
CONTOH terakhir ialah kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Kitab ini merupakan penambahan
dan melengkapkan karya-karya yang terdahulu.
PENEGASAN ISI Hasil-hasil karya ini telah berjaya meningkat keintelektualan Islam dan
perkembangan tamadun dunia
FAKTA Sumbangan dalam ilmu geografi
Sumbangan al-Mas’udi dalam ilmu Geografi tidak terbatas dalam satu aspek
tetapi merangkumi geografi _____________ dan geografi _____________.
HURAIAN/ Kitab Muruj al-Dhahab dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Beliau
CONTOH menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan kajiannya
lebih menarik. Al- Mas’udi memberikan beberapa gambaran tentang gempa
bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Kajian beliau
tentang kincir ____ di ________ merupakan penemuan baru orang Islam.
PENEGASAN ISI Beliau telah berjaya menggabungkan disiplin geografi dengan sejarah dalam
karya ini
FAKTA Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong
___________________________iaitu satu tanggapan bahawa faktor
persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang
rapat dengan sikap manusia.
HURAIAN/ Iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia.
CONTOH hasil penyelidikannya adalah mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di
kawasan lintang ______ dipengaruhi oleh bulan dan penduduknya dikatakan
_______________.
Perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang
pasir yang memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan.

PENEGASAN ISI Beliau juga menggunakan pengetahuan geografinya untuk menyelesaikan


masalah-masalah yang dihadapi oleh pelaut.
FAKTA Sumbangan dalam ilmu pelayaran
Beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran.
HURAIAN/ Beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelaut dan
CONTOH ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-nama sungai yang
mereka lalui dalam pelayaran beliau juga membetulkan kesilapan pelaut-pelaut
yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Sebenarnya setiap laut adalah
bersambungan seperti Lautan ________, Laut _______, Laut _________.
PENEGASAN ISI Dalam bukunya, Muruj al-Dhahab, al-Mas’udi menjelaskan tentang laluan
pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika.
FAKTA Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut
China.
HURAIAN/ Beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab bahawa Laut ______ dan
CONTOH Laut _______ bersambungan. Kedua-dua laut ini tidak bersambungan. Beliau
telah berjaya menganggarkan jarak di antara benua _______ dengan benua
____________ iaitu bersamaan dengan separuh daripada lingkungan bumi.

PENEGASAN ISI Penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat yang berguna kepada
pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran.
KESIMPULAN Kesimpulannya, al-Mas'udi bukan sahaja memberikan sumbangan yang besar
dalam bidang geografi tetapi juga dalam bidang pelayaran dan sejarah.
Sumbangan beliau secara tidak langsung memberikan manfaat kepada orang
Islam serta memberikan gambaran tentang kemajuan umat Islam.

You might also like