Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

946/1 STPM 2020

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(Satu jam empat puluh lima minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B
Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang pertama
akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak

[Lihat sebelah
SULIT

Bahagian A [50 markah]


Jawab semua soalan.

1. Jelaskan pengaruh persekitaran tugas yang berikut dalam perniagaan:


a. Pelanggan [2]
b. Pesaing [2]
c. Masyarakat [2]

2. Bezakan syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad dari aspek berikut:
a. Milikan [2]
b. Modal [2]

3. Jelaskan dua jenis pengeluaran. [6]

4. Jelaskan pendekatan kawalan kualiti berikut :


a. Kawalan input [3]
b. Kawalan proses [3]

5. Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk baru. [6]

6. Berikan empat kepentingan penyelidikan pemasaran kepada sesebuah perniagaan. [4]

7. Nyatakan empat kepentingan pengurusan risiko. [4]

8. Huraikan dua prinsip takaful. [4]

9. Terangkan empat ciri penilaian prestasi yang berkesan. [4]

10. Huraikan tiga langkah terakhir proses tindakan disiplin. [6]

3
Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

McDonald’s
11 Sedar dengan perniagaan yang penuh dengan cabaran, McDonald’s (McD) komited dalam
mentransformasikan restorannya di seluruh negara. Dengan pelaburan sebanyak RM1.4 bilion, McD sedang
merancang satu pelan pertumbuhan sedekad di bawah pemilikan baru, Reza Group.
Keupayaan McDonald’s bersaing di era globalisasi terbukti melalui penawaran pelbagai variasi
makanan yang berkualiti , mengekalkan nilai hebat pada harga rendah melalui persembahan hidangan yang
memukau. McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu terbaru bercitarasa dunia sempena kempen
Discover the World dengan menampilkan menu terbaru seperti Burger Ikan Thai, Burger Korea Pedas,
Burger Syok, Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken yang boleh didapati pada harga
yang sangat kompetitif iaitu RM12.99 untuk ala carte dan RM15.99 untuk set kentang goreng criss-
cut serta minuman ringan. Hidangan antarabangsa ini direka khas supaya sesuai dengan citarasa masyarakat
tempatan.
McD Malaysia bercadang membuka restoran baru bersendirian (Free Standing Drive Thru) yang
mempunyai rekabentuk baru yang dilengkapi teknologi canggih dengan memperuntukkan pelaburan kira –
kira RM50 hingga RM100 juta. Wajah baru McD Bukit Bintang direka berkonsepkan moden, inovatif,
mudah, cepat, lebih canggih dan besar lengkap dengan bilik parti, tempat permainan kanak-kanak, tempat
duduk di luar dan surau bagi keselesaan pengunjung. Antara transformasi teknologi yang dilakukan adalah
pelanggan McD kini tidak perlu beratur panjang kerana mereka boleh menggunakan kiosk eletronik layan
diri atau self-ordering kiosk (SOK) untuk membuat pesanan dan pembayaran. Selain menjimatkan masa
ketika keluar rehat waktu kerja, SOK juga menyediakan khidmat transaksi tanpa tunai bagi memudahkan
pelanggan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit. Selain itu, McD turut melancarkan aplikasi
mudah alih terbarunya, yang mempunyai pelbagai fungsi selain pesanan makanan seperti promosi, tempahan
bagi majlis hari jadi, permohonan pekerjaan, berita dan maklum balas pelanggan.
McDonald’s Malaysia yang bertapak lebih 35 tahun di Malaysia amat mementingkan program
komuniti dengan mengadakan lebih 6,000 program komuniti di seluruh negara seperti Rumah Ronald
McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’, bantuan bencana alam, program ‘Kembali ke
Sekolah’ Biasiswa Ronald McDonald dan Anugerah Guru Inspirasi. Semua program ini bermatlamat
menyumbang ke arah merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela terutama
dalam aspek kesihatan, pendidikan dan kebajikan mereka . Selain itu McD turut menggajikan lebih 120
pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di restoran seluruh negara. Keprihatinan McD dalam pelaksanaan
tanggungjawab sosial korporat ini berjaya memperkukuhkan imej syarikat sekaligus memberi kelebihan
untuk mengatasi pesaingnya dari segi jualan dan keuntungan.

Bagi menyokong kejayaan setiap restoran baru, pengurus restoran pelatih dikehendaki mengikuti
latihan berpandukan Kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s. Latihan semasa kerja, menghadiri kelas
di luar waktu kerja dan mengikuti program perantisan McDonald’s adalah antara jenis latihan yang
dilaksanakan oleh McDonald’s. Melalui latihan semasa kerja, pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan
dan kemahiran pengurusan syif restoran. Mereka mendapat latihan pengurusan melalui simulasi peranan,
perbincangan dan latihan interaktif di dalam restoran. Pelatih juga perlu mengikuti latihan dalam kelas
selama lima hari sebagai pendedahan tentang amalan kepimpinan restoran yang berkesan. Manakala program
perantisan McDonald’s adalah menerusi Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber
Manusia peringkat sijil.
( Dipetik dan disesuaikan daripada Berita Harian yang dicapai pada 30 Mac, 31 Julai dan 31 Oktober 2018 )

Berdasarkan kajian kes di atas


a. Jelaskan cabaran – cabaran yang dihadapi oleh restoran makanan segera McDonald’s [20]

b. Terangkan jenis-jenis latihan yang dilaksanakan oleh McDonald’s bagi melatih pengurusnya [10]
4

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan klasifikasi produk pengguna mengikut tabiat membeli pengguna. [20]

13. Huraikan proses pemgambilan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. [ 20 ]


SKEMA JAWAPAN
PERCUBAAN PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1
STPM 2020

1. Pengaruh persekitaran tugas dalam perniagaan:


a. Pelanggan
- Merupakan individu atau pihak yang membeli barang atau perkhidmatan. [1]
- Citarasa pelanggan yang akan menentukan jenis barang/perkhidmatan yang
ditawarkan oleh perniagaan [1]
- Pembelian oleh pelanggan akan menentukan keuntungan perniagaan [1]
b. Pesaing
- Merupakan firma perniagaan lain dalam industri yang sama yang mengeluarkan atau
menawarkan produk yang hampir sama dalam pasaran yang sama. [1]
- Persaingan yang sihat mendorong setiap perniagaan untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan yang lebih bermutu. @ persaingan akan mewujudkan inovasi terhadap
produk/pengeluaran [1]
c. Masyarakat
- Merupakan komuniti yang mempunyai kepentingan atau pengaruh secara langsung ke
atas sesebuah perniagaan. [1]
- Persepsi masyarakat terhadap imej, tanggungjawab sosial yang dilaksanakan,
keprihatinan peniaga terhadap keperluan masyarakat akan mempengaruhi prestasi
perniagaan [1]
- Masyarakat sebagai pengguna barang/ perkhidmatan yang dihasilkan oleh perniagaan,
pembekal input dan pekerja kepada perniagaan [1]
- terima mana-mana pengaruh yang sesuai.
[(1D + 1P = 2M) x 3 =6M]

2. Perbezaan syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad dari aspek ciri-ciri berikut:
a. Milikan [2]
b. Modal [2]

Aspek / ciri Syarikat sendirian berhad Syarikat awam berhad

Milikan
● 2 hingga 50 orang pemegang ● 2 orang hingga tiada had
saham bagi milikan perniagaan maksimum pemegang saham
ini. [1] bagi milikan perniagaan ini.[1]

Modal
● Modal diperoleh daripada hasil ● Modal diperoleh daripada hasil
penjualan saham kepada orang penjualan saham kepada orang
perseorangan.[1] awam.[1]

[ 2m X 2 = 4m ]

3. Dua jenis pengeluaran : [6]

a. Pengeluaran mengikut tempahan [F=1]

- merupakan penghasilan produk mengikut tempahan daripada pengguna. [1]


- dihasilkan mengikut permintaan pelanggan dalam pelbagai jenis dan reka bentuk produk. [1]

- volum permintaan produk ini dalam kuantiti yang sangat rendah. [1]

- memerlukan teknologi yang pelbagai guna untuk menghasilkan produk. [1]

- melibatkan kos yang sangat tinggi dalam penghasilan produknya. [1]

- Contoh: (yang sesuai) pembinaan kapal / tempahan pakaian

b. pengeluaran secara massa [F=1]

- melibatkan penghasilan produk secara berterusan dan besar-besaran. [1]

- mengeluarkan produk pada jenis yang sedikit dan seragam. [1]

- kuantiti produk yang dikeluarkan adalah tinggi dan seragam. [1]

- melibatkan penggunaan mesin dan peralatan yang dikawal oleh computer. [1]

- melibatkan kos yang rendah kerana proses pengeluaran secara besar-besaran. [1]

- contoh : pengeluaran minyak, beras, gula, mainan kanak-kanak [1]

c. pengeluaran secara berkelompok [F=1]

- melibatkan beberapa jenis produk yang dihasilkan dalam saiz yang sederhana. [1]

- dihasilkan dalam satu kelompok barang dan dikuti oleh penghasilan satu kelompok barang lain. [1]

- kuantiti produk yang dihasilkan adalah rendah atau sederhana. [1]

- peralatan yang khusus dan pelbagai guna disusun mengikut produk yang berbeza [1]

- melibatkan kos yang tinggi kerana penghasilan produk mengikut kelompok. [1]

- contoh : percetakan majalah, buku, roti [1]

[ (1F+1H+1C= 3m) x 2 = 6m]

- Mana- mana dua yang pertama


4. Pendekatan kawalan kualiti berikut berserta contoh:
a. Kawalan input

- kawalan yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.[1]

- kawalan ke atas input seperti bahan mentah, sumber manusia, mesin dan sebagainya.[1]

- tujuan kawalan ini adalah untuk memastikan aktiviti penghasilan produk mengikut spesifikasi yang
ditetapkan.

- contohnya pemeriksaan terhadap sejumlah bahan mentah untuk membuat kek didapati telah rosak
dan berbau busuk. Jadi kawalan awalan yang boleh dilaksanakan ialah dengan menggantikan bahan
mentah yang baru. [1] @ mana-mana contoh yang sesuai.

b. Kawalan proses
- kawalan yang dilakukan ketika sesuatu proses pengeluaran sedang berjalan. [1]

- tujuan kawalan ini untuk membuat pembetulan proses ke atas produk dan menyisihkan produk
yang rosak atau cacat. [1]

- contohnya pengurus pengeluaran memeriksa sampel bagi mengesan sebarang kerosakan untuk
dibaiki. [1] @ mana-mana contoh yang sesuai.

[2H+1C=3m x 2 = 6m]

5. Tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk baru ialah :-

i) Menyedari (1)

- Pengguna menyedari kewujudan barangan baharu tetapi tidak mempunyai maklumat yang
mencukupi tentang barang itu seperti harga spesifikasi dan kualiti. (1)
- Pengeluar perlu menyampaikan maklumat yang secukupnya tentang barang baharu kepada
pengguna melalui pengiklanan , promosi jualan, publisiti dan jualan bersemuka. (1)

ii) Meminati (1)

-Pengguna kemudiannya akan berminat untuk mencari maklumat terkini dan terperinci
tentang barang melalui media atau sumber peribadi. (1)

iii) Menilai (1)

-Setelah mendapat maklumat, penggua akn membuat pertimbangan untuk membeli barang atau tidak
bergantung kepada pengguna sendiri atau situasi. (1)

(1F+1H = 2m X 3=6M)

6. Empat kepentingan penyelidikan pemasaran kepada sesebuah perniagaan ialah: [4]

i) Mengenalpasti sasaran pasaran iaitu bakal pengguna yang akan membeli produk syarikat. (1)
ii) Menentukan keputusan strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan seperti kaedah pengedaran produk
dan penentuan harga. (1)
iii) Meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat kerana syarikat boleh memasarkan produk dengan kaedah
yang lebih baik berdasarkan maklumat yang diperoleh. (1)
iv) Meningkatkan daya saing dalam pasaran kerana syarikat dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
produk berbanding produk pesaing dalam pasaran. (1)
v)Mengenalpasti pengguna baru dan mengekalkan pengguna sedia ada. (1)

(Mana-mana 4 huraian = 4 markah)

7. Kepentingan pengurusan risiko ialah: [4]

i) Mengelakkan individu atau organisasi mengalamikerugian besar yang boleh menjejaskan harta
dan pendapatan. (1)
ii) Mengurangkan kebimbangan individu terbabit sama ada pemilik atau pihak organisasi terhadap
risiko yang dihadapi. (1)
iii) Memberikan penyelesaian terhadap kebimbangan tuntutan mahkamah dan tindakan undang -
undang pengguna. (1)
iv) Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan terutama dalam bidang pemakanan dan
perubatan. (1)
v) Merangsang pelaburan modal yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. (1)
(Mana-mana 4 huraian = 4 markah)
8. Dua Prinsip takaful [4]

i) Kepatuhan syariah (1)


- Pelaksanan takaful berlandaskan prinsip kepatuhan syariah yang tidak membenarkan
perkara-perkara seperti gharar, maisir, dan riba’. (1)

ii) Menanggunag risiko bersama (1)


- Pelan takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan , perlindungan dan saling
membantu dlam kalangan peserta takaful. (1)
- Peserta dalam takaful bersetuju untuk menanggung kerugian daripada risiko kematian , kemalangan
dan lain-lain yang menimpa peserta lain. (1)

iii) Tabarru’ (sedekah) (1)


-Peserta menderma dengan ikhlas untuk mewujudkan dana bagi kebajikan bersama dalam kalangan
mereka. (1)
-Peserta menderma dengan ikhlas kepada tabung tabarru’ untuk membantu peserta lain yang ditimpa
kemalangan. (1)

iv) Simpanan atau pelaburan (1)


-Peserta adalah pemilik harta yang menyerahkannya kepada pengendali takaful untuk membuat
pelaburan lain. (1)
-Peserta melantik pengendali untuk mengusaha dana dalam pelaburan yang tidak dilarang oleh
syariah dan keuntungan dibahagi bersama. (1)
- mana – mana 2 prinsip yang pertama
(1F+1H = 2m X 2=4M)

9. Empat ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesanadalah :- [4]

i) Mempunyai piawaian yang jelas dan selari dengan objektif organisasi . (1)
ii) Penilaian dilakukan secara berterusan / sepanjang masa dan bukan hanya pada akhir tahun sahaja.
iii) Maklum balas terhadap penilaian prestasi disampaikan kepada pekerja.(1)
iv) Bebas daripada sebarang pilih kasih , adil dan saksama supaya tidak dipertikaikan oleh pekerja
dan menimbulkan ketidakpuasan hati pekerja. (1)
v) Penilaian dibuat berdasarkan penghuraian dan spesifikasi kerja iaitu berdasarkan tugas atau kerja
yang dipertanggungjawabkan secara adil dan berkesan . (1)
vi) Penilaian prestasi didedahkan kepada pekerja dan difahami oleh semua pekerja.(1)
vii) Menghasilkan satu perbandingan yang tepat antara pekerja dengan pekerja yang lain.(1)
Mana-mana 4 huraian = 4 markah)

10. Huraikan tiga langkah terakhir proses tindakan disiplin. [6]

i) Surat Tunjuk sebab (1)


- Diperlukan sebagai tindakan drastic kepada pekerja yang mengulangi kesalahan yang sama
walaupun telah diberikan amaran lisan dan bertulis . (1)
- Meminta pekerja menyatakan keadaan sebenar dan menjelaskan sebab tindakan tatatertib tidak
boleh dikenakan kepada mereka dalam surat tersebut. (1)

ii)Inkuiri (1)
- Satu tindakan jawatan kuasa disiplin yang akan menjalankan penyiasatan ke atas pekerja
setelah menerima surat tunjuk sebab daripada pekerja tersebut. (1)
- Inkuiri dilakukan apabila majikan tidak berpuas hati dengan penjelasan pekerja dalam surat tunjuk
sebab. (1)
- Inkuari dilakukan bertujuan untuk mencari kebenaran dan mengesahkan kebenaran. (1)
iii) Hukuman (1)
- Boleh dikenakan ke atas salah laku pekerja selepas siaisatan yang teliti dilakukan terhadap pekerja
tersebut. (1)
- Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pekerja berkenaan bersesuain dengan jenis kesalahan
yang dilakukan . (1)
- Hukuman yang boleh dikenakan seperti penurunan pangkat, gantung kerja , hilang faedah kerja
menahan kenaikan gaji tahunan dan diberhentikan kerja. (1)
( 1F + 1H =2m x 3 = 6M)

11 a. Cabaran perniagaan yang dihadapi oleh McDonald’s adalah :

Fakta Huraian Fakta Kaitan Kes

1. Cabaran - Wujud dunia tanpa K1 - Keupayaan McDonald’s bersaing di era globalisasi terbukti
globalisasi sempadan yang melalui penawaran pelbagai variasi makanan yang berkualiti [1]
[1] mewujudkan K2 - mengekalkan nilai hebat pada harga rendah melalui
persaingan dari segi persembahan hidangan yang memukau.[1]
harga, kualiti
K3 - McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu terbaru
barangan, kecekapan
bercitarasa dunia [1]
penggunaan modal,
kemahiran dan K4 - sempena kempen Discover the World dengan menampilkan
mobiliti buruh. [1] menu terbaru seperti Burger Ikan Thai, Burger Korea Pedas,
Burger Syok, Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy
Chicken.[1]
K5 - boleh didapati pada harga yang sangat kompetitif iaitu
RM12.99 untuk ala carte dan RM15.99 untuk set kentang
goreng criss-cut serta minuman ringan.[1]
K6 - Hidangan antarabangsa ini direka khas supaya sesuai dengan
citarasa masyarakat tempatan. [1]
- Maksimum 4 Kaitan kes

2. - Perkembangan K1 - McD Malaysia bercadang membuka restoran baru


Kemajuan/ teknologi bersendirian (Free Standing Drive Thru) yang mempunyai
menyebabkan rekabentuk baru [1]
Peningkatan penciptaan kaedah K2 - yang dilengkapi teknologi canggih dengan memperuntukkan
/ Perubahan baru dalam pelaburan kira – kira RM50 hingga RM100 juta. [1]
teknologi [1] pengeluaran,
K3 - Wajah baru McD Bukit Bintang direka berkonsepkan moden,
perubahan produk, inovatif, mudah, cepat, lebih canggih dan besar [1]
tempoh produk ke
pasaran semakin K4 - lengkap dengan bilik parti, tempat permainan kanak-kanak,
tempat duduk di luar dan surau bagi keselesaan pengunjung. [1]
pendek. [1]
K5 - Antara transformasi teknologi yang dilakukan adalah
pelanggan McD kini tidak perlu beratur panjang
K6 - mereka boleh menggunakan kiosk eletronik layan diri
atau self-ordering kiosk (SOK) untuk membuat pesanan dan
pembayaran. [1]
K7 - Selain menjimatkan masa ketika keluar rehat waktu kerja,
SOK juga menyediakan khidmat transaksi tanpa tunai bagi
memudahkan pelanggan membuat bayaran menggunakan kad kredit
atau debit. [1]
K8 - Selain itu, McD turut melancarkan aplikasi mudah alih
terbarunya, yang mempunyai pelbagai fungsi selain pesanan
makanan seperti promosi, tempahan bagi majlis hari jadi,
permohonan pekerjaan, berita dan maklum balas pelanggan.[1]
- Maksimum 6 kaitan kes

3. - Selain daripada K1 - Keprihatinan McD dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial


Pelaksanaan objektif untuk korporat ini berjaya memperkukuhkan imej syarikat
tanggung mendapatkan
keuntungan, syarikat K2 - memberi kelebihan untuk mengatasi pesaingnya dari segi
jawab sosial perlu memainkan jualan dan keuntungan. [1]
[1] peranan dalam
K3 - McDonald’s Malaysia yang bertapak lebih 35 tahun di
memenuhi Malaysia amat mementingkan program komuniti dengan
tanggungjawab sosial mengadakan lebih 6,000 program komuniti di seluruh negara
kepada masyarakat [1]
K4 - seperti Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald
McDonald, ‘Gift of Smile’, bantuan bencana alam, program
‘Kembali ke Sekolah’ Biasiswa Ronald McDonald dan Anugerah
Guru Inspirasi. [1]

K5 - Semua program ini bermatlamat menyumbang ke arah


merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan kesejahteraan
rakyat terbela terutama dalam aspek kesihatan, pendidikan dan
kebajikan mereka . [1]

K6 - Selain itu McD turut menggajikan lebih 120 pekerja Orang


Kurang Upaya (OKU) di restoran seluruh negara.[1]

- Maksimum 4 kaitan kes

b. Jenis – jenis latihan yang dilaksanakan oleh McDonald’s bagi melatih pengurusnya :

Fakta Huraian Fakta Kaitan Kes

1. Latihan sambil - latihan dijalankan di dalam K1 - Melalui latihan semasa kerja, pelatih akan
bekerja [1] organisasi semasa/ dalam didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran
waktu bekerja [1] pengurusan syif restoran.[1]

K2 - Mereka mendapat latihan pengurusan melalui


simulasi peranan, perbincangan dan latihan interaktif di
dalam restoran.[1]

2. Latihan di luar - latihan yang dijalankan di K1- Pelatih juga perlu mengikuti latihan dalam kelas
tempat kerja/di luar waktu / tempat kerja selama lima hari sebagai pendedahan tentang amalan
luar kerja [1] oleh organisasi sendiri atau kepimpinan restoran yang berkesan.[1]
organisasi lain [1]

3. Latihan - menggabungkan latihan K1- Manakala program perantisan McDonald’s adalah


perantisan [1] sambil bekerja dengan menerusi Sistem Latihan Dual Nasional di bawah
latihan di luar tempat kerja Kementerian Sumber Manusia peringkat sijil.[1]
untuk meningkatkan
kemahiran kerja [1]

12. Klasifikasi produk pengguna mengikut tabiat pembelian pengguna ialah: [20]

i) Produk mudah beli (F=1)

- Produk yang dibeli oleh pengguna dengan kerap, serta merta dan tidak perlu buat perbandingan
yang banyak. (1)
- Produk ini biasanya berharga rendah
- Ketersediaan mempunyai stok yang banyak dalam pasaran untuk menampung permintaan
pengguna yang banyak (1)
- Pengedaran produk ini secar intensif di merata-rata tempat. (1)
- Contoh – beras, gula, sabun atau lain-lain barng keperluan harian (C=1)

ii) Produk beli-belah (F=1)

- Merupakan produk yang tidak kerap dibeli oleh pengguna. (1)


- Pengguna mengambil masa yang lama untuk mendapat maklumat dan membuat perbandingan
harga. (1)
- Produk ini berharga lebih mahal dan pengedaran secara selektif di tempat terpilih sahaja.(1)
- Contoh produk – pakaian, peralatan ekektrik, perabut,kereta, rumah lain-lain yang sesuai. (C=1)

iii) Produk istimewa (F=1)


- Produk yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan istimewa dari segi jenis dan jenama (1)
- Pengguna sanggup membayar harga yang tinggi untik mendapatkan produk tersebut.(1)
- Pengedaran adalah secara eksklusif di tempat-tempat tertentu . (1)
- Contoh produk – barang antik, pakaian berjenama, kereta mewah dan perkhidmatan pakar
perubatan. (C=1)

iv) Produk tidak dicari. (F=1)


- Merupakan produk yang tidak diketahui pengguna kewujudannya dalam pasaran dan pengguna
tidak terfikir untuk membeli. (1)
- Harga adalah berbeza antara produk dan pengedarannya juga berbeza antara produk.(1)
- Produk ini mengadakan campuran promosi seperti pengiklanan dan promosi jualan dan jualan
bersemuka untuk menarik pelanggan. (1)
- Contoh produk - insurans, ensiklopedia, produk kesihatan dan pekej pelancongan. (C=1)

[1F + 3H + 1C x 4 = 20m]

13. Strategi yang digunakan dalam proses merekrut pekerja oleh sesebuah organisasi. [ 20 ]
Konsep merekrut : aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menarik minat bakal
calon pekerja untuk memohon jawatan yang ditawarakan. (2M)

Sumber pengrekrutan:

1. Pengrekrutan sumber Dalaman [1]

Pengisian jawatan kosong dalam organisasi dengan mengambil pekerja yang sudah sedia ada dalam
organisasi [1] melalui kaedah rujukan kerja, pemeran kerja, inventori kemahiran tenaga kerja dan
pembidaan kerja. [1]

1F + 1H + 1C = 3M

2. Pengrekrutan Sumber Luaran. [1]

Tindakan menarik calon dari luar organisasi untuk memohon jawatan yang ditawarkan. [1]
Kaedah yang digunakan termasuklah Pengiklanan, Rujukan pekerja, pengrekrutan kampus, Agensi
pekerjaan, permohonan langsung dan melalui internet. [1]

1F + 1H + 1C = 3M

Strategi menarik minat calon :

1. Iklan : Pengumuman jawatan kosong melalui iklan di media massa, seperti di


akhbar, majalah, jernal, radio dan televisyen.

2. Hebahan umum : tindakan pihak organisasi menyebarkan kekosongan jawatan kepada


orang ramai melalui media massa.

Hebahan disasrkan kepada calon yang berkelayakan supaya tertarik untuk memohon jawatan kosong.

Dua kategori media massa yang digunakan ialah Mudia elektronik dan Media cetak.

3. Head-hunting : kedah mendapatkan calon yang berpotensi melalui pelbagai sumber


seperti teman, rakan sekerja, rujukan dan sebagainya.

Pihak organisasi akan menghubungi calon melalui telefon, e-mail atau membuat temu janji untuk melihat
kesesuaian jawatan yang ditawarkan dengan bakal calon.

4. Walk-in : temuduga terbuka.

Bakal pekerja boleh merujuk melalui media massa atau media persendirian untuk mengetahui
kokosongan jawatan.

Bakal calon tidak perlu membuat temu janji , sebaliknya terus menghadiri temuduga dengan
membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti sijil-sijil dan kelayakan yang berkaitan.

[F-1M + H-1M + C-1M - 3M x 4 = 12M]

You might also like