Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Date and Time: Sunday, 10 December 2023 2:22:00AM MYT

Job Number: 212296311

Document (1)

1. Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130
Client/Matter: -None-
Search Terms: ADMISSIBILITY OF EXPERT OPINION IN PROVING ZINA AND/OR KHALWAT CASES
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases Publications: Shariah Law Reports (ShLR)

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2023 LexisNexis
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt
Salleh [2014] 2 SHLR 130
Shariah Law Reports (ShLR) · 41 pages

SHARIAH SUBORDINATE COURT (KUALA TERENGGANU)


KAMALRUAZMI ISMAIL ShSUB J
CRIMINAL CASE NO 11005–114–0220 OF 2012
21 April 2013

Case Summary
Islamic Law — Preparatory acts towards sexual intercourse out of wedlock — Whether established

Islamic Law — Iqrar — Conditions for its acceptance — Whether established — Whether sufficient to
warrant conviction — Syariah Court Evidence (Terengganu) Enactment 2001 ss 17 & 18

Islamic Law — Sentencing — Appropriate sentence — Factors considered — Accused had previous
conviction of khalwat — Whether deterrent sentence warranted — Syariah Criminal Procedure
(Terengganu) Enactment 2001 s 97(2)(b)

Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Preparatory acts towards sexual intercourse out of wedlock
— Whether within jurisdiction of court — Syariah Court (Terengganu) Enactment 2001 ss 11 & 12 — Syariah
Criminal Procedure (Terengganu) Enactment 2001 s 67

The accused and her partner, Muhammad Naim bin Arif, were alleged to have committed acts preparatory to sexual
intercourse out of wedlock in a vehicle with registration No TAH 6670 which was stationary near a beach at
Penempatan Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala Terengganu Taman Awam Batu Buruk, behind the Primula, Kuala
Terengganu. The accused confessed of having committed the act as per the charge and the same was repeated
before the court. The acts committed by the accused and her partner when arrested, which were regarded as
preparatory acts towards sexual intercourse outside of wedlock, were as follows: (i) the clothing of the accused
partner when arrested — the zip of his pants was open to the extent that his genitals were exposed, (ii) the position
of the accused and her partner when arrested — they were hugging each other while lying on the front seat of the
vehicle, (iii) when they were arrested, it was around 1.30pm, a bright sunny day, although slightly secluded from
public view. This was a second offence by the accused. Previously, she was arrested and convicted by the
Kemaman Shariah Subordinate Court for the

[2014] 2 SHLR 130 at 131


offence of khalwat (close proximity at a secluded place), an act committed with a different person. The accused
was sentenced with a fine of RM1,800 and she paid the said fine.
Held, convicting and sentencing the accused to detention at Baitul Ehsan Women Protection Centre, Sabak
Bernam Selangor for five months:

(1) The accused had pleaded guilty to the charge as read out in this court. The plea was made voluntarily
without any inducement or threat by any party. Further, the accused made it clear to the court that her plea
was out of her own wishes without any person influencing her. Therefore, the court was satisfied that the
rules on confession as provided under Islamic law and s 17 of the Syariah Court Evidence (Terengganu)
Enactment 2001 had been satisfied. The confession by the accused was admissible as there were no
grounds on which such a confession was inadmissible (see paras 34(c) & 35).
(2) The offence committed by the accused with her partner was deemed to be a serious offence under Islamic
law. Based on the facts of the case, when the arrest was made, the accused and her partner had the
intention of committing a sinful act and had thus, a motive to violate the prohibitions ordained by Allah
SWT. Hence, a discretionary sentence (ta'zir) in this case was warranted (see para 56).
(3) In order to achieve the discretionary (ta'zir) sentence, the consideration has to be the mode in which the
offence was committed, the accused previous conviction, her psychological state and the way the
conviction was recorded against the accused. Therefore, the court had to make a fair decision so that the
Page 2 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

sentence imposed should commensurate with the crime and is able to serve the purpose of the ta'zir
namely, as a deterrent, preventive and rehabilitative in order to reform the offender (see para 58).
(4) Based on the facts, the accused had committed almost a similar but more severe offence compared to the
previous offence. As her plea of mitigation did not show any remorse or repentance, the court was of the
view that the accused had never actually realised her mistakes from the previous crime and further, failed
to heed the earlier sentence imposed on her. It seemed that she was making a mockery of the Islamic law
of the State of Terengganu. Therefore, a more severe sentence should be considered on the accused to
serve as a lesson, a warning and also a deterrent to her (see paras 68–69).
(5) To create a deterrent impact or to serve as a lesson to the accused and the society at large, the court is of
the opinion that the accused should be detained at the Baitul Ehsan Women Protection Centre, Sabak
Bernam Selangor for a period of five months for the purpose of making

[2014] 2 SHLR 130 at 132


her realised her mistake and further, to provide help and support to reform her of her previous behaviour
(see para 94).

OKT bersama dengan pasangannya yang bernama Muhammad Naim bin Arif, melakukan perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah bertempat di dalam sebuah kenderaan bernombor
pendaftaran TAH 6670 yang sedang berhenti di Kawasan Pantai Penempatan Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala
Terengganu Taman Awam Batu Buruk, belakang Primula, Kuala Terengganu. OKT telah mengaku telah melakukan
perbuatan sebagaimana pertuduhan tersebut semasa tangkapan dibuat ke atas mereka berdua. Fakta-fakta ini
diakui oleh OKT di dalam mahkamah pada hari ini dan tidak meragukan mahkamah. Perbuatan yang dilakukan
oleh OKT dan pasangannya semasa ditangkap, yang boleh dianggap sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah ialah (i) keadaan pakaian pasangan OKT semasa tangkapan — iaitu didapati
zip seluar lelaki pasangan OKT telah terbuka sehingga menampakkan kemaluan; (ii) keadaan perlakuan dan aksi
OKT bersama pasangannya semasa tangkapan — iaitu didapati OKT sedang berpelukan sambil berbaring dengan
pasangannya di tempat duduk hadapan kenderaan; (iii) keadaan persekitaran ketika itu ialah waktu tengah hari
iaitu lebih kurang pada jam 1.30 tengah hari. Pada waktu tengah hari keadaannya cerah dan terang-benderang,
walaupun dilakukan ditempat yang sedikit jauh dari pandangan ramai. Kesalahan OKT ini adalah kesalahan kali
kedua yang mana OKT pernah ditangkap dan disabitkan bersalah dan telah dihukum dengan kesalahan khalwat
oleh Mahkamah Rendah Syariah Kemaman sebelum ini. Kesalahan OKT kali pertama itu adalah melibatkan
pasangan OKT lelaki yang lain. OKT dikenakan denda sebanyak RM1,800 dan dia telah membayar denda tersebut.

Diputuskan, menyabitkan dan menghukum tertuduh kepada tahanan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan,
Sabak Bernam Selangor untuk tempoh lima bulan:

(1) OKT dengan terang membuat pengakuan bahawa dia tetap mengaku salah di atas tuduhan ke atasnya
sebagaimana yang telah dibacakan di mahkamah. Pengakuan bersalah itu adalah secara sukarela tanpa
diugut oleh mana-mana pihak. Seterusnya OKT menjelaskan kepada mahkamah bahawa pengakuan
bersalah ini adalah secara sukarela tanpa diajar supaya mengaku salah oleh mana-mana pihak. Oleh yang
demikian, mahkamah berpuas hati bahawa rukun iqrar sebagaimana kehendak hukum syarak dan
peruntukan s 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah disempurnakan. Iqrar
yang dibuat oleh OKT ini, hendaklah diterima, kerana tidak ada alasan yang membolehkan iqrar itu tidak
boleh diterima (lihat perenggan 34(c) & 35).

[2014] 2 SHLR 130 at 133


(2) Kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan pasangannya adalah satu kesalahan yang berat dan amat-amat
serius mengikut hukum syarak. Berdasarkan kepada fakta kes semasa tangkapan dibuat, OKT dan
pasangannya adalah mempunyai motif untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT itu dan
sekali gus mempunyai motif untuk melanggar larangan Allah SWT tersebut. Oleh yang demikian hukuman
kesalahan mengikut ta'zir adalah sangat patut dikenakan ke atas OKT (lihat perenggan 56).
(3) Bagi mencapai tujuan hukuman ta'zir ini, pertimbangan hukuman ke atas OKT dibuat berasaskan keadaan
kesalahan yang dilakukan, rekod jenayah OKT, keadaan psikologi OKT dan juga cara pensabitan
kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT. Oleh itu mahkamah perlu membuat pertimbangan yang wajar
agar hukuman yang dibuat adalah bersesuaian dengan kesalahan dan kedudukan OKT serta mampu
untuk merealisasikan matlamat pencegahan, pengajaran dan pemulihan sebagaimana dalam konsep ta'zir
(lihat perenggan 58).
Page 3 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

(4) Berdasarkan kepada tindakan OKT melakukan kesalahan yang hampir sama bahkan lebih berat lagi dari
kesalahan pertama, tambahan lagi rayuan OKT yang bersahaja dan tidak menyebut sebarang perkataan
yang menggambarkan OKT benar-benar telah insaf atau bertaubat dari perbuatan salahnya itu,
mahkamah berpendapat bahawa OKT sebenarnya tidak pernah insaf atau sedar tentang kesalahan yang
dilakukannya dan juga tidak mengambil pengajaran di atas hukuman yang telah dikenakan ke atasnya
sebelum ini bahkan seolah-olah mempermain-mainkan perundangan syarak negeri Terengganu ini. Oleh
itu, satu hukuman yang lebih berat ke atas OKT perlu dipertimbangkan berbanding dengan hukuman yang
telah dijatuhkan bagi kesalahan pertama OKT terdahulu untuk tujuan memberikan pengajaran, peringatan
dan juga suatu pencegahan kepada OKT (lihat perenggan 68–69).
(5) Untuk mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr) atau memberi pengajaran kepada OKT dan
masyarakat yang meneliti kes itu, dan setelah unsur-unsur hukuman diambil kira, mahkamah berpendapat
hukuman yang patut dikenakan ke atas OKT ialah tahanan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan,
Sabak Bernam Selangor selama tempoh lima bulan bagi tujuan memberikan peluang kepada OKT agar
benar-benar menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan diberikan pendedahan dan sokongan untuk
memperbaiki setiap kesilapan tersebut (lihat perenggan 94).

Cases referred to

Mustafa bin Batcha lwn A Habeeba JH [1412] 255 (refd)

R v Kenneth John Ball 135 Cr App R 164 (refd)

[2014] 2 SHLR 130 at 134

Legislation referred to

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001ss 2(1), 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32,
33, 34, 35, 36, 66, 67, 68

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001ss 17, 18

Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001ss 11, (3), 12(2)

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001ss 2(1), 67, 96(a), (b), 97(2)(b)
Quranic verses referred to

Surah al-Furqan (25): 68–70

Surah al-Isra' (17): 32

Surah al-Nisa' (4): 23, 135


Books referred to

Al-Ahkam al-Sultaniyyah, al-Mawardi, p 223

Al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuhu, Dar Fikr publication, Damsyek, Syria, (3rd Ed), 1409H/1989M, Juz 6, p 197

Al-Qada' fi Islam, Muhammad Salam Madkur, Matba'ah al-'Alamiyyah publication, Cairo, 1994

Al-Ta'zir fi al-Syari'ah al-Islamiyyah, Dr 'Abdul 'Aziz Amir, p 52

Hukuman dalam Undang-Undang Islam: Satu Kajian Perbandingan, published and translated by Dewan
Bahasa dan Pustaka, Malaysia, (1st Ed), 1999

I'aanah al-Talibin, Zainuddin al-Malibariy, Juz 3, p 187

Ihya' 'Ulumuddin, Al-Imam al-Ghazali

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (3rd Ed), 1998 Dewan Bahasa dan Pustaka publication
Page 4 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

Mughni al-Muhtaj, Al-Shaykh Shams al-Din Muhammad bin Ahmad al-Sharbini al-Khatib, Vol 2, p 238

Tafsir Al-Azhar, Prof Dr Hj Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA), Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura,
(3rd Ed), 1999, Vol 6, p 4048

Mughni al-Muhtaj, Chapter Kitab al-Aysribah Fasl al-Ta'zir, Vol 5, p 522

Tafsir Fi Zilal al-Quran, Al-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, translated by Yusoff Zaky Hj Yacob, Pustaka
Aman Press Sdn Bhd publication, Kota Bharu, Kelantan, (1st Ed) 2000/1420H, Vol 10, p 190

Tinjauan Kepada Perundangan Islam, Dato' Dr Monir bin Yaacob, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
publication, (2nd Ed) 1996, p 81

Nor Hakimah bt Awang (Syarie Prosecutor, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) for the prosecution.
Accused acted in person.

Kamalruazmi Ismail ShSub J:

[1] Tuduhan ke atas Nor Thuraya bt Salleh, KPT: 920512–11–5066 orang kena tuduh, telah didengar di dalam
mahkamah terbuka, Mahkamah Rendah

[2014] 2 SHLR 130 at 135


Syariah Daerah Kuala Terengganu dalam kehadiran pendakwa syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Nor Hakimah bt Awang dengan kehadiran orang yang kena tuduh yang hadir secara bersendirian, dan pada hari ini
tuan hakim membuat alasan penghakiman seperti berikut:

[2] Kes yang disebut dan didengar di hadapan saya ini ialah tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan
persetubuhan luar nikah di bawah s 29Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika
disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh
didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
sekali. Orang kena tuduh ('OKT') bernama Nor Thuraya bt Salleh, KPT: 920512–11–5066.
BIDANG KUASA MAHKAMAH

[3] Kes yang dibawa di hadapan saya ini mengikut undang-undang adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah
Tinggi Syariah sebagai bidang kuasa asal dan juga Mahkamah Rendah Syariah dan di kategorikan sebagai kes
'kesalahan boleh tangkap'. Perkara ini telah diperuntukkan di dalam s 11Enakmen Mahkamah Syariah
(Terengganu) 2001 dan hendaklah dibaca bersama dengan s 12 Enakmen yang sama.

[4] Subseksyen 11(3)Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam
dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang
berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh
mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

[5] Subseksyen 12(2)Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam
di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap
Page 5 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

[2014] 2 SHLR 130 at 136


rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana
undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau
kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

[6] Bidang kuasa mahkamah adalah amat penting untuk diambil perhatian kerana isu bidang kuasa satu-satu
mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau hukum syarak dan sebenarnya telah
menjadi sebahagian dari hukum syarak itu sendiri. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam
Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada' fi Islam, terbitan Matba'ah al-'Alamiyyah, Kaherah, 1994, yang mana
pada ms 54 beliau menyebut:

Yang bererti:

Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidang kuasa ke atas seseorang hakim semasa
perlantikan hakim itu atau selepas perlantikan di buat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai bidang kuasa
tertentu sahaja seperti diberi bidang kuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang
perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; Oleh yang demikian, Hakim itu hanya berbidangkuasa
bagi kes-kes yang ianya diberi bidang kuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa yang tidak diberi
kepadanya.

[7] Mengikut undang-undang, kesalahan dibahagikan kepada dua jenis iaitu 'kesalahan boleh tangkap' dan
'kesalahan tak boleh tangkap'. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001, Enakmen Terengganu Bil
5 Tahun 2001 sebagaimana diperuntukkan di dalam sub-s 2(1) telah memberikan tafsiran berkanun mengenai
kedua-dua jenis kesalahan tersebut iaitu:
Kesalahan boleh tangkap: iaitu sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama
tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa Syariah atau pegawai
polis boleh menangkap tanpa waran.
Kesalahan tak boleh tangkap: iaitu sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama
tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya pegawai
penguatkuasa Syariah atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran.

[8] Mengikut peruntukan ini, saya berpuas hati bahawa kes yang disebut dan didengar di hadapan saya ini adalah
kes yang diklasifikasikan sebagai kes kesalahan boleh tangkap.

[2014] 2 SHLR 130 at 137

[9] Kesalahan di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika disabitkan
kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh didenda
tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Dari
peruntukan Enakmen Terengganu Bil 3 Tahun 2001 dan Enakmen Terengganu Bil 7 Tahun 2001 itu, jelaslah
bahawa kes yang dibawa di hadapan saya ini adalah kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu sebagai bidang kuasa asal dan Mahkamah Rendah Syariah juga mempunyai bidang kuasa untuk
mendengarnya.

[10] Seterusnya, oleh kerana penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah diasaskan kepada had sempadan
daerah di mana Mahkamah Rendah Syariah itu diwujudkan, terdapat satu peruntukan yang mengehadkan bidang
kuasa Mahkamah Rendah Syariah tersebut bersesuaian dengan penubuhannya yang berdasarkan kepada batasan
sempadan daerah itu sendiri.

[11] Seksyen 67Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

(67) Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa
tempatannya kesalahan itu dilakukan.

[12] Di dalam versi Inggerisnya:


Page 6 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

Every offence shall ordinarily be tried by a court within the local limits of jurisdiction it was commited.

[13] Perkataan shall ordinarily dimaksudkan sebagai hendaklah pada lazimnya yang membawa erti mesti
dibicarakan ditempat di mana kesalahan itu dilakukan dan tidak boleh di tempat yang selain itu.

[14] Oleh kerana itu, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu ini ditubuhkan di dalam daerah Kuala
Terengganu dan hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes kesalahan yang berlaku dalam
sempadan daerah Kuala Terengganu sahaja dan tidak berbidang kuasa untuk mendengar mana-mana kes
kesalahan yang dilakukan di luar dari sempadan daerah Kuala Terengganu. Keadaan ini berbeza dengan
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang mana bidang kuasanya adalah merangkumi seluruh kawasan dan
melangkau sempadan seluruh daerah negeri Terengganu dan juga mempunyai bidang kuasa asal mahkamah itu
sendiri sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

[15] Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, saya

[2014] 2 SHLR 130 at 138


berpuas hati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT ini adalah dilakukan di Kawasan Pantai Penempatan
Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala Terengganu iatu di dalam sempadan daerah Kuala Terengganu. Oleh itu, saya
berpuas hati dan berpendapat bahawa kes yang dibawa ke hadapan saya ini adalah kes di bawah bidang kuasa
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dan mahkamah ini adalah berbidang kuasa untuk mendengarnya.
UNSUR-UNSUR KESALAHAN

[16] Pertuduhan kes yang disebut dan didengar di hadapan saya ini iaitu tuduhan ke atas OKT, Nor Thuraya bt
Salleh, KPT: 920512–11–5066, bahawa OKT bersama dengan pasangannya melakukan perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. OKT dituduh telah melakukan kesalahan perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah pada tarikh 9 Oktober 2012 lebih kurang jam 1.30 petang,
bertempat di dalam sebuah kenderaan bernombor pendaftaran TAH 6670 yang sedang berhenti di Kawasan Pantai
Penempatan Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala Terengganu Taman Awam Batu Buruk, belakang Primula, Kuala
Terengganu, Terengganu di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan
jika disabitkan, boleh dikenakan hukuman mengikut di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)
(Terengganu) 2001 tersebut, iaitu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau dihukum dengan kedua-dua hukuman itu.

[17] Mengikut undang-undang, tidak terdapat tafsiran secara spesifik yang diperuntukkan di dalam sub-s 2(1)
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 tentang perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah. Seksyen 29 Enakmen yang sama pula hanya memperuntukkan dan
menghuraikan tentang kesalahan tersebut sahaja tetapi tidak memperincikan unsur atau elemen kesalahan itu
sendiri, tidak sebagaimana peruntukan kesalahan khalwat di bawah s 31(a) dan (b) Enakmen yang sama. Oleh itu,
di sini saya cuba membuat pentafsiran maksud kesalahan tersebut mengikut undang-undang dan hukum syarak
serta unsur-unsur yang diperlukan untuk membolehkan kesalahan itu disabitkan ke atas mana-mana OKT yang
dituduh di bawah seksyen tersebut.
MAKSUD KESALAHAN

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

[18] Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, (Edisi Ketiga), 1998 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:

[2014] 2 SHLR 130 at 139

Perbuatan — Segala yang dibuat, kerja, tindakan.

Sebagai Persediaan — Hal keadaan perlakuan atau perbuatan yang menggambarkan sebagai menyediakan, persiapan.

Untuk melakukan — Menjalankan, membuat, mengerjakan.

Persetubuhan — Seketiduran, jimak, sanggama.

Luar — Lawan (bahagian) dalam, di luar bahagian.


Page 7 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

Nikah — Akad perjanjian yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan, perkahwinan.

Perkataan luar nikah dengan sendirinya telah mengeluarkan perbuatan persetubuhan yang berlaku antara
pasangan secara syubhah dan yang mana akad nikah perkahwinannya adalah akad nikah yang fasid dan tidak sah
mengikut hukum syarak.

[19] Berdasarkan kepada pengertian dan maksud perkataan tersebut di atas, saya berpendapat bahawa, maksud
terminologi kepada 'Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Persetubuhan Luar Nikah' adalah 'Suatu
tindakan' (action) berbentuk perbuatan awal untuk melakukan persetubuhan di luar nikah, tanpa wujudnya
perkahwinan yang sah dari segi hukum syarak bagi kedua-dua pasangan tersebut.
UNSUR-UNSUR UTAMA KESALAHAN

[20] Pada pendapat saya terdapat dua unsur utama yang perlu dijelaskan dalam kesalahan ini iaitu:
(a) Apakah hubungan antara OKT dan pasangannya?
(b) Wujud perbuatan OKT dan pasangannya sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

[21] Unsur pertama yang perlu dijelaskan ialah, apakah hubungan antara OKT dan pasangannya? Menjawab
kepada unsur ini, di dalam fakta pertuduhan, dikatakan bahawa OKT adalah tidak terhalang untuk berkahwin
dengan pasangannya OKT1 mengikut hukum syarak. OKT telah membuat pengakuan mengenai fakta ini.
Walaupun begitu, di dalam pertuduhan mahupun di dalam fakta ringkas kes yang telah dikemukakan di dalam
mahkamah ini dan juga diakui oleh OKT, tidak di 'illustrate' bagaimana yang dikatakan bahawa OKT adalah tidak
terhalang dari berkahwin dengan pasangannya. Mengikut hukum syarak seseorang lelaki diharamkan berkahwin
dengan perempuan tertentu sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:

Yang bermaksud:

[2014] 2 SHLR 130 at 140

Diharamkan kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu
yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-
saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang
telah kamu campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka),
maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak
kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (menjadi isteri-isteri
kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (Ayat 23: Surah al-Nisa')

[22] Atas pengakuan OKT, saya berpuas hati bahawa OKT adalah tidak mempunyai apa-apa halangan untuk
berkahwin dengan pasangannya OKT1 di bawah hukum syarak sama ada dengan sebab nasab keturunan atau
susuan atau pun juga persemendaan.

[23] Unsur kedua dalam pertuduhan ini mengikut pendapat saya ialah perbuatan kedua-dua OKT dan
pasangannya sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Dalam pertuduhan, OKT dituduh
pada tarikh 9 Oktober 012 lebih kurang jam 1.30 petang, bertempat di dalam sebuah kenderaan bernombor
pendaftaran TAH 6670 sedang berhenti Kawasan Pantai Penempatan Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala
Terengganu, Terengganu, telah didapati melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah dengan pasangannya. Dan di dalam fakta ringkas yang dikemukakan di dalam mahkamah ini oleh
pegawai pendakwa syarie menyebut bahawa OKT telah mengaku telah melakukan perbuatan sebagaimana
pertuduhan tersebut semasa tangkapan dibuat ke atas mereka berdua. Fakta-fakta ini diakui oleh OKT di dalam
mahkamah ini pada hari ini dan tidak meragukan mahkamah.

[24] Antara elemen-elemen yang didapati dalam perbuatan yang dilakukan oleh OKT dan pasangannya semasa
ditangkap, yang boleh dianggap sebagai perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
iaitu:
Page 8 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

(a) Keadaan pakaian pasangan OKT semasa tangkapan — iaitu didapati zip seluar lelaki pasangan OKT telah
terbuka sehingga menampakkan kemaluan.
(b) Keadaan perlakuan dan aksi OKT bersama pasangannya semasa tangkapan —iaitu didapati OKT sedang
berpelukan sambil berbaring dengan pasangannya di tempat duduk hadapan kenderaan.
(c) Keadaan persekitaran ketika itu ialah waktu tengah hari iaitu lebih

[2014] 2 SHLR 130 at 141


kurang pada jam 1.30 tengah hari. Pada waktu tengah hari keadaannya cerah dan terang benderang,
walaupun dilakukan ditempat yang sedikit jauh dari pandangan ramai. Oleh itu OKT dan pasangannya
menjadikan suasana dan keadaan tersebut sebagai pelindung dengan erti orang-orang yang
berkemungkinan lalu di tempat OKT dan pasangannya itu berada mungkin tidak terfikir OKT dan
pasangannya boleh melakukan perbuatan sebegitu. Justeru itu, mahkamah berpendapat perkara I dan II ini
menjadi suatu qarinah bahawa OKT dan pasangannya mempunyai motif untuk melakukan kesalahan yang
tidak bermoral itu.

[25] Berdasarkan kepada tiga elemen yang dinyatakan tersebut yang wujud dalam perlakuan dan perbuatan OKT
dan pasangannya semasa ditangkap dan melalui pengakuan OKT sendiri secara sukarela, saya berpuas hati dan
berpendapat bahawa keempat-empat elemen tersebut telah menunjukkan dengan jelas bahawa perbuatan OKT
dan pasangannya dalam keadaan sedemikian adalah sebenarnya suatu persediaan untuk melakukan
persetubuhan luar nikah. Keadaan perlakuan dan perlakuan OKT dan pasangannya itu telah menjadi satu qarinah
atau fakta yang berkaitan yang menunjukkan kepada wujudnya perbuatan tersebut dengan sebenarnya.

[26] Berdasarkan kepada elemen-elemen tersebut di atas juga, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa dua
unsur kesalahan mengikut prinsip perundangan jenayah sivil 'mens rea' iaitu niat melakukan kesalahan dan 'actus
reus' iaitu perlakuan atau perbuatan salah adalah wujud dalam perlakuan atau perbuatan OKT dan pasangannya
itu.

[27] Mengikut ajaran Islam, terdapat tiga bentuk atau bahagian jenayah, iaitu qisas, hudud dan ta'zir. Setiap
bahagian ada hukuman-hukumannya yang telah diberi panduan oleh syarak dan dihuraikan oleh ulama'. Yang
membezakan antara satu bahagian jenayah dengan jenayah yang lain ialah nas syarak dan tafsiran ulama'
mengenai dengannya. Hukuman ada kalanya dikenakan hudud, qisas, kaffarah, diyah atau ta'zir. Pembahagian
sebegini disebut oleh Dato' Dr Monir bin Yaacob, dalam buku bertajuk Tinjauan Kepada Perundangan Islam
terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), (Cetakan Kedua) 1996, ms 81.

[28] Persoalannya, apakah jenis jenayah mengikut hukum syarak bagi kesalahan perbuatan sebagai persediaan
untuk melakukan persetubuhan luar nikah sebagai mana yang dituduh ke atas OKT dan pasangannya?
Berdasarkan fakta-fakta yang diakui oleh kedua-dua OKT dan pasangannya di dalam kes ini dan pertuduhan yang
dikenakan ke atas kedua-dua OKT, saya berpendapat jenayah yang dibuat tuduhan ke atas kedua-dua OKT dan
pasangannya adalah

[2014] 2 SHLR 130 at 142


jenayah ta'zir. Di dalam Kitab al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuhu, cetakan Dar Fikr, Damsyek, Syria, cetakan yang
ketiga, 1409H/1989M, Juz 6, ms 197 ta'zir ditakrifkan sebaga:

Yang bererti:

Dari segi syaraknya ta'zir diertikan sebagai pembalasan yang disyariatkan kerana sesuatu maksiat atau kesalahan jenayah
yang tidak ada peruntukan pembalasan had dan kaffarah sama ada ia berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia. Hak
Allah seperti, makan pada siang hari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur, meninggalkan sembahyang menurut Jumhur,
mengamalkan riba, melempar najis dan seumpamanya di jalanan yang dilalui oleh manusia dan lain-lain lagi. Hak manusia
pula seperti, bersenggama antara pasangan yang tidak bernikah selain pada kemaluan perempuan, mencuri barang pada
kadar yang tidak cukup nisab (bagi dikenakan hukuman had), mencuri harta benda dalam simpanan, mengkhianati
amanah dan rasuah, melemparkan tuduhan melulu kepada seseorang selain tuduhan berzina yang terdiri daripada
pelbagai jenis maki hamun, pukulan dan penghinaan dengan apa cara sekali pun. Umpamanya seseorang berkata kepada
seseorang lain, 'Wahai orang fasiq', 'Wahai pengotor', 'Wahai pencuri', 'Wahai kafir', 'Wahai orang jahat', 'Wahai pemakan
riba', 'Wahai peminum arak', dan sebagainya.
Page 9 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

[29] Berkenaan dengan perkara ta'zir, di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj di dalam bab kitab al-Aysribah Fasl al-
Ta'zir ms 522, Jilid 5 ada dinyatakan nas-nas berikut:

Terjemahannya;

Dikenakan hukuman ta'zir ke atas semua maksiat (kesalahan) yang tiada hukuman Hadd dan Kaffarah, sama ada
kesalahan tersebut adalah Hak Allah atau hak manusia, sama ada kesalahan tersebut merupakan mukaddimah kepada
kesalahan yang padanya hukuman Hadd seperti menggauli perempuan ajnabi selain dari faraj, mencuri sesuatu yang tidak
dikenakan Hadd potong tangan, mencela sesuatu yang tidak termasuk dalam Qazaf seperti pemalsuan, kesaksian palsu,
memukul secara tanpa hak, seorang suami tidak menunaikan hak isteri sedangkan dia adalah mampu.

[30] Sabitan di dalam kes OKT dan pasangannya ini adalah berdasarkan iqrar. Saya berpendapat adalah perlu
dijelaskan sabitan ke atas pertuduhan mengikut iqrar OKT. Iqrar adalah merupakan salah satu cara pembuktian
yang terkuat dalam hukum syarak. Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli perundangan Islam
(fuqaha') mengenainya. Ianya sabit berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah. Antaranya firman Allah SWT:

Yang bermaksud:

[2014] 2 SHLR 130 at 143

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi
menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum
kerabat kamu … (sebahagian ayat 135 dari surah al-Nisa')

[31] Yang dimaksudkan dengan kesaksian ke atas diri kamu sendiri di dalam ayat di atas itulah iqrar. Iqrar
mengikut hukum syarak sebagaimana yang disebut oleh Zainuddin al-Malibariy dalam Kitab I'aanah al-Talibin, yang
mana selesai dikarang keseluruhannya pada 23 Syawal 1300, Juz 3, ms 187 ada menyebut:

Yang bererti:

Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas
diri pemberitahu itu. Iqrar disebut juga sebagai iktiraf.

[32] Al-Shaykh Shams al-Din Muhammad bin Ahmad al-Sharbini al-Khatib, meninggal dunia dalam tahun 977
Hijriyyah, di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, Jilid 2, pada ms 238 menyebut:

Yang bererti:

Rukun iqrar itu ada empat perkara iaitu muqirrun (orang yang melafazkan iqrar), muqarrun lahu (orang/pihak yang
diberikan iqrar untuknya oleh pembuat iqrar), sighah (ucapan atau kata-kata iqrar), dan muqirrun bihi (hak atau
kepentingan yang diiktiraf oleh orang yang beriqrar).

[33] Seksyen 17Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:


(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat,
menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan
sesuatu hak.
(2) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat -

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil, baligh dan 'adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.

[2014] 2 SHLR 130 at 144

[34] Di dalam kes di hadapan saya ini, unsur-unsur berikut bagi OKT diberi pertimbangan:
Page 10 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

(a) Setelah selesai pegawai mahkamah membaca kata-kata tuduhan ke atas OKT, OKT membuat pengakuan
dengan jelas bahawa dia faham akan kata-kata tuduhan yang telah dibacakan ke atas dirinya. Mahkamah
mencelah sama ada pada ketika ini, OKT sihat atau tidak. OKT menjelaskan bahawa dia seorang yang
sihat dan waras fikiran. Mahkamah mencelah lagi dengan meminta penjelasan daripada OKT, apakah
yang dia faham mengenai kata-kata tuduhan yang telah dibacakan ke atasnya. OKT menjelaskan bahawa
dia dituduh telah melakukan satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan
persetubuhan luar nikah dengan pasangannya Mohammad Naim bin Arif. Sekali lagi mahkamah mencelah
untuk memastikan bahawa OKT faham akan kata-kata tuduhan ke atasnya dan sekali lagi OKT dengan
terang tanpa mengambil masa yang panjang mengaku faham akan kata-kata tuduhan ke atasnya itu.
Keadaan ini menunjukkan bahawa OKT telah membuat pengakuan secara lisan, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap Pemerintah melalui pegawai pendakwa syarie (yang
memperuntukkan melalui undang-undang bahawa adalah satu kesalahan bagi perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah) dengan sesuatu hak iaitu dituduh telah melakukan
satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan
pasangannya yang bernama Muhammad Naim bin Arif. Pengakuan secara lisan OKT itu dibuat di dalam
Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 21 April 2013, dan di hadapan Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, iaitu saya sendiri. Oleh yang demikian, saya
berpuas hati bahawa rukun iqrar sebagai mana kehendak hukum syarak dan peruntukan s 17 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah disempurnakan. Oleh yang demikian, pada
peringkat kata-kata tuduhan, yang mengandungi butir-butir kesalahan, dibaca ke atas OKT, saya berpuas
hati bahawa OKT faham akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
(b) Setelah pegawai mahkamah bertanya kepada OKT sama ada; OKT tidak mengaku salah, atau minta
dibicarakan atau mengaku salah. OKT dengan terang dan nyata mengaku salah. Mahkamah mencelah
dengan meminta penjelasan daripada OKT, apakah yang dia faham mengenai mengaku salah ke atas
kata-kata tuduhan yang telah dibacakan ke atasnya. OKT menjelaskan bahawa dia mengaku salah di atas
tuduhan ke atasnya bahawa dia telah dituduh melakukan satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan
untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya yang bernama

[2014] 2 SHLR 130 at 145


Muhammad Naim bin Arif. Sekali lagi mahkamah mencelah untuk memastikan bahawa OKT faham akan
pengakuan salahnya itu, dan sekali lagi OKT dengan terang tanpa mengambil masa yang panjang
mengaku bersalah di atas kata-kata tuduhan yang telah dibacakan ke atasnya itu.
Keadaan ini menunjukkan bahawa OKT telah membuat pengakuan secara lisan, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap Pemerintah melalui pegawai pendakwa syarie (yang
memperuntukkan melalui undang-undang bahawa adalah satu kesalahan bagi perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah) dengan sesuatu hak iaitu dituduh telah melakukan
satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan
pasangannya yang bernama Muhammad Naim bin Arif. Pengakuan secara lisan OKT itu dibuat di dalam
mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada 21 April 2013, dan di hadapan hakim
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, iaitu saya sendiri. Oleh yang demikian, saya
berpuas hati bahawa rukun iqrar sebagai mana kehendak hukum syarak dan peruntukan s 17 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah disempurnakan.
Oleh yang demikian, pada peringkat mendapat kepastian daripada OKT sama ada OKT tidak mengaku
salah, atau minta dibicarakan atau mengaku salah dengan kata-kata tuduhan, yang mengandungi butir-
butir kesalahan, dibaca ke atas OKT, saya berpuas hati bahawa OKT mengaku salah di atas tuduhan yang
telah dibacakan ke atasnya itu.
(c) Setelah itu, pegawai mahkamah menjelaskan kepada OKT, bahawa atas pengakuan salahnya itu OKT
boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun
atau dihukum dengan kedua-dua hukuman itu sekali mengikut peruntukan di bawah s 29 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. OKT dengan terang membuat pengakuan
bahawa dia tetap mengaku salah di atas tuduhan ke atasnya sebagaimana yang telah dibaca sebentar
tadi. Mahkamah mencelah, sama ada OKT telah diugut oleh orang tertentu atau oleh mana-mana pihak
supaya membuat pengakuan bersalah ini. OKT menjelaskan kepada mahkamah bahawa pengakuan
bersalah yang dibuat olehnya ini adalah secara sukarela tanpa diugut oleh mana-mana pihak. Mahkamah
sekali lagi mencelah, sama ada OKT telah diajar oleh orang tertentu, misalnya pegawai penguatkuasa
atau oleh mana-mana pihak supaya membuat pengakuan bersalah ini. OKT menjelaskan
Page 11 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

[2014] 2 SHLR 130 at 146


kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya ini adalah secara sukarela tanpa
diajar supaya mengaku salah oleh mana-mana pihak.
Keadaan ini menunjukkan bahawa OKT telah membuat pengakuan secara lisan, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap Pemerintah melalui pegawai pendakwa syarie (yang
memperuntukkan melalui undang-undang bahawa adalah satu kesalahan bagi perbuatan sebagai
persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah) dengan sesuatu hak iaitu dituduh dituduh telah
melakukan satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
dengan pasangannya yang bernama Muhammad Naim bin Arif, yang mana boleh dikenakan hukuman
didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau dihukum dengan kedua-
dua hukuman itu sekali mengikut peruntukan di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)
(Terengganu) 2001. Pengakuan bersalah yang dibuat oleh OKT ini adalah secara sukarela tanpa diajar
supaya mengaku salah oleh mana-mana pihak. Pengakuan secara lisan OKT itu dibuat di dalam
Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu pada 21 April 2013, dan di
hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu, iaitu saya sendiri. Oleh yang
demikian, saya berpuas hati bahawa rukun iqrar sebagaimana kehendak hukum syarak dan peruntukan s
17Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah disempurnakan.

[35] Iqrar yang dibuat oleh OKT ini, pada pendapat saya hendaklah diterima, kerana tidak ada alasan yang
membolehkan iqrar itu tidak boleh diterima. Iqrar yang tidak boleh diterima mengikut hukum syarak telah pun
ditaqnin di dalam undang-undang. Ianya adalah sebagaimana diperuntukkan di dalam s 18Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Seksyen 18 Enakmen Terengganu Bil 6 Tahun 2001 itu memperuntukkan:
(1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima —

(a) iqrar seseorang yang tidak 'aqil baligh;

(b) tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;

(c) iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma'tuh);

[2014] 2 SHLR 130 at 147


(d) iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;

(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

(f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya
(Mahjur 'alaih)

[36] Mahkamah berpuas hati bahawa OKT mengaku salah adalah secara sukarela, tanpa diugut dan tanpa diajar
oleh mana-mana orang, di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya setelah diterangkan kepadanya akibat dari
pengakuan salahnya.

[37] Berkait dengan penerimaan iqrar, saya merujuk satu kes yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang
Bicara Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Walaupun kes yang dirujuk ini adalah mengenai kes mal, iaitu
mengenai mensabitkan perceraian, tetapi asas penerimaan iqrar ada dibangkitkan di dalam kes itu. Dalam kes
Mustafa bin Batcha lwn A Habeeba JH [1412] 255, Jawatankuasa Ulang Bicara Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan antara lain berpendapat:

Walaupun iqrar merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam Hukum Syara' tetapi sebelum iqrar tersebut
diterima ianya hendaklah dipastikan yang ianya dilakukan oleh orang yang berakal, baligh di dalam kebanyakan kes,
mumayyiz, dilakukan secara sukarela, sedar, tanpa ugutan, desakan dan paksaan, bersungguh-sungguh dan tiada tohmah
dalam perkara yang di iqrarkan. Dalam hubungan ini, Mahmasani menyatakan bahawa iqrar hendaklah dilakukan secara
mutlaq tanpa syarat, ikatan atau kait mengait dengan perkara lain. Jika ianya dikaitkan dengan perkara lain dan tidak
mutlaq sebahagian ulama berpendapat bahawa iqrar tersebut tidak sah. (Subhi al-Mahmasani, Falsafah al-Tasyric fi al-
Islam, Dar al-Kasyaf, Beirut, tahun 1952, halaman 233).

[38] Di dalam kes yang dirujuk ini, Kadi Yang Arif di Mahkamah Kadi Seremban, Negeri Sembilan, telah
memutuskan jatuh talaq tiga apabila suami telah beriqrar melafazkan, 'Saya cerai engkau, saya cerai engkau, saya
cerai engkau,' kepada isterinya. Yang Arif Kadi tidak memanggil saksi-saksi yang ada dan tidak menyelidiki
Page 12 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

tuntutan suami itu bahawa pada ketika dia melafazkan talaq itu, fikirannya tidak betul dan dia kena sihir. Terkilan
dengan keputusan Yang Arif Kadi si suami merayu ke Jawatankuasa Ulang Bicara Mahkamah Syariah Negeri
Sembilan.

[39] Setelah mahkamah meminta pengakuan daripada OKT mengenai fakta-fakta ringkas kes, yang telah
dikemukakan secara lisan oleh pegawai

[2014] 2 SHLR 130 at 148


pendakwa syarie, iaitu sama ada fakta-fakta ringkas kes yang telah dikemukakan itu benar, betul dan dipersetujui
oleh OKT atau tidak. OKT dengan jelas membuat kenyataan bahawa fakta-fakta ringkas kes tersebut sebagaimana
yang telah dikemukakan oleh pendakwa syarie adalah benar, betul dan dipersetujui oleh OKT serta diakui benar
oleh OKT.

[40] Sekali lagi, OKT membuat iqrar mengakui bahawa fakta-fakta ringkas kes yang telah dikemukakan oleh
pendakwa syarie adalah benar, betul dan dipersetujui oleh OKT dan juga diakui benar oleh OKT.

[41] Setelah empat unsur ke atas OKT sebagai mana di atas diberi pertimbangan oleh mahkamah, mahkamah
berpuas hati mengenai perkara-perkara berikut:
(a) bahawa OKT faham pertuduhan ke atas dirinya;
(b) bahawa OKT faham keadaan dan akibat pengakuan salah yang dibuat oleh dirinya itu;
(c) bahawa pertuduhan ke atas OKT, ada diperuntukkan mengenai kesalahannya dari segi undang-undang;
dan
(d) bahawa fakta-fakta ringkas kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie yang mana telah pun dipersetujui
oleh OKT menunjukkan ada terdapatnya kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT dan pasangannya.

[42] Mahkamah merekodkan pengakuan OKT, dan dengan yang demikian, OKT disabitkan atas kesalahan telah
melakukan satu kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah yang mana
boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau
dihukum dengan kedua-dua hukuman itu sekali mengikut peruntukan di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 itu. Mahkamah berpuas hati bahawa peruntukan sub-s 96(a) dan
96(b)Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 telah dipatuhi sepenuhnya.
FAKTOR PEMBERATAN DAN PERINGANAN HUKUMAN KE ATAS OKT

[43] Mengenai hukuman ke atas OKT, mahkamah mengambil kira beberapa faktor yang berkait dengan kesalahan
OKT dan rayuan peringanan hukuman (mitigation) OKT serta hujah pegawai pendakwa syarie. Dalam soal ini, Tan
Sri Sheikh Ghazali bin Hj Abd Rahman (Mantan Ketua Hakim Syarie Malaysia) telah memberikan beberapa garis
panduan bagaimana pertimbangan peringanan hukuman dalam kes-kes jenayah Syariah perlu dilakukan. Perkara

[2014] 2 SHLR 130 at 149


itu dinyatakan oleh beliau dalam kertas kerja beliau bertajuk Proses Penghakiman Dan Menjatuhkan Keputusan Di
Mahkamah Syariah: Satu Penilaian, JH XIX/II (1426H) 189, ms 199–200 iaitu:

Faktor-faktor memberatkan hukuman dan meringankan hukuman yang mana boleh diketahui semasa rayuan meringankan
hukuman atau 'mitigation'. Biasanya sebelum hukuman dijatuhkan terutama dalam kes jenayah Syariah, Hakim Syari'e
akan memerhatikan faktor yang memberatkan hukuman dan factor yang meringankan hukuman. Setelah kedua-dua faktor
itu diambil kira dan ditimbangkan, barulah hukuman dijatuhkan. Secara tersurat, inilah asas pertimbangan Hakim-Hakim
Syari'e sebelum hukuman dijatuhkan. Selalunya antara faktor yang boleh meringankan hukuman ialah pengakuan bersalah
dan pernyataan taubat, pesalah bawah umur, rekod peribadi yang baik, kesan hukuman terhadap kesihatan pesalah dan
kesalahan pertama kali dilakukannya. Manakala faktor-faktor yang boleh memberatkan hukuman pula ialah rekod buruk
pesalah, taraf perkahwinannya, taraf pesalah di dalam masyarakat dan kedudukannya yang tinggi, kekerapan kesalahan
dilakukan dan penggunaan kekerasan dan keganasan semasa melakukan kesalahan.

[44] Mahkamah ini mengambil kira pandangan beliau tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu panduan
asas dalam membuat pertimbangan hukuman ke atas OKT.
FAKTOR-FAKTOR PEMBERATAN KES/HUKUMAN

[45] Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT dan pasanganya di dalam mahkamah pada hari ini mengikut
Page 13 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

undang-undang adalah tuduhan melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar
nikah dan merupakan satu kesalahan ta'zir yang diperuntukkan hukuman yang agak berat, boleh dikenakan
hukuman mengikut di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu boleh
didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dihukum dengan
mana-mana kombinasi hukuman itu. Dan sabitan kesalahan ke atas OKT pula adalah melalui iqrar OKT. Di dalam
Kitab al-Ta'zir fi al-Syari'ah al-Islamiyyah, oleh Dr 'Abdul 'Aziz Amir, pada ms 52 menyebut:

Yang bermaksud: Fuqaha' mentakrifkan ta'zir sebagai satu pembalasan yang tidak ditetapkan kadarnya, diwajibkan sama
ada sebagai hak Allah atau hak manusia, di dalam setiap maksiat yang tiada pembalasan had (hudud) dan kaffarah,
mempunyai tujuan yang sama seperti pembalasan had (hudud), iaitu memberikan pengajaran (ta'dib), mengadakan
pemulihan (islah) dan mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr).

[46] Faktor pemberatan pertama: mahkamah bersetuju dengan pandangan pihak pendakwa syarie bahawa
kesalahan yang dilakukan oleh OKT dan

[2014] 2 SHLR 130 at 150


pasangannya adalah satu kesalahan yang berat dan amat-amat serius mengikut hukum syarak. Ini kerana
perbuatan OKT dan pasangannya itu adalah termasuk dalam kategori muqaddimah zina dan berhubung kait
dengan kesalahan zina yang diharamkan dan amat dimurkai oleh Allah SWT.

[47] Zina mengikut hukum syarak sebagai mana yang diberi takrifan oleh al-Mawardi di dalam Kitab al-Ahkam al-
Sultaniyyah, ms 223, diertikan sebagai, 'perlakuan seorang lelaki yang baligh dan beraqal memasukkan zakarnya
melepasi takak zakar (hasyafah) ke dalam salah satu dari faraj atau dubur pihak yang tidak ada kaitan antara
keduanya dan tidak secara syubhah'.

[48] Perkataan zina tidak digunakan di dalam peruntukan undang-undang sebaliknya istilah persetubuhan luar
nikah diguna pakai, sedangkan kedua-dua istilah tersebut mempunyai makna dan maksud yang sama. Situasi itu
berkemungkinan untuk mengelakkan timbul silap faham kerana peruntukan hukuman dalam Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Takzir (Terengganu) 2001 hanyalah dengan hukuman ta'zir sahaja walaupun kesalahan itu
termasuk dalam kategori kes hudud.

[49] Perbuatan persetubuhan luar nikah ataupun zina adalah satu perbuatan mungkar yang amat dibenci oleh
Allah SWT dan merupakan antara dosa-dosa besar yang dijanjikan balasan dan ancaman yang begitu berat oleh
Allah SWT Di dalam surah al-Furqan, Allah SWT telah menggambarkan bahawa perbuatan zina itu amatlah besar
kemurkaan Allah dan balasan dosa ke atas pelakunya, dengan meletakkan kesalahan zina sebaris dengan dosa-
dosa besar yang lain seperti menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, membunuh jiwa-jiwa tanpa hak yang
dibenarkan oleh Allah dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 68–70:

Maksudnya: Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah, dan tidak membunuh jiwa yang
diharamkan Allah kecuali dengan yang hak (benar), dan tidak berzina. Dan barangsiapa yang berbuat yang demikian,
maka dia akan mendapat balasan dosa. Nanti akan dilipatgandakan siksaan baginya pada hari kiamat, dan dia akan kekal
di dalamnya dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang mahu bertaubat kepada Allah …

[50] Oleh kerana itulah, Allah SWT telah memerintahkan kepada umat manusia supaya jangan mendekati dan
menghampiri perbuatan zina dan larangan itu adalah dalam bentuk perintah yang wajib mengikut hukum syarak.
Justeru itu, sebagaimana murkanya Allah SWT kepada perbuatan zina, begitulah juga dengan perbuatan
menghampiri perbuatan zina juga dimurkai oleh Allah SWT.

[51] Perbuatan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah ini adalah

[2014] 2 SHLR 130 at 151


termasuk dalam kategori sebagai menghampiri melakukan perbuatan zina, sama ada perbuatan zina yang sebenar
telah berlaku atau tidak antara OKT dan pasangannya sebelum dari itu, hanya mereka yang tahu dan Allah SWT
Maha Mengetahuinya.

[52] Banyak terdapat larangan Allah tentang perbuatan zina di dalam al-Quran dan juga ancaman terhadap
pelakunya di dalam hadith, menunjukkan betapa serius dan amat besarnya kesalahan itu pada hakikat sebenarnya
di sisi Allah SWT. Tetapi, di dalam dunia hari ini kesalahan atau perbuatan tersebut seolah-olah dipandang biasa
Page 14 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

dan remeh sahaja. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang tegas perlu dibuat ke atas mana-
mana individu yang terlibat untuk memastikan hak Allah ini dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

[53] Faktor pemberatan kedua: mahkamah juga membenarkan hujah pihak pendakwa syarie bahawa perbuatan
OKT ini secara umumnya telah dilarang dengan jelas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya di dalam surah al-
Isra' ayat 32:

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu
jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[54] Dalam huraiannya kepada ayat di atas, Prof Dr Hj Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA), di dalam Tafsir
Al-Azhar, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, (Cetakan Ketiga), 1999, Jilid 6 pada ms 4048, menyebut:

Sekarang di dalam surat al-Isra' ini lebih dijelaskan lagi, iaitu jangan dekati zina! Artinya, segala sikap dan tingkah laku
yang dapat membawa kepada zina janganlah dilakukan. Hendaklah jauhi! Karena apa? Karena pada laki-laki ada syahwat
setubuh dan pada perempuan pun ada. Apabila seorang laki-laki dengan seorang perempuan telah berdekat, susah
mengelakkan tumbuhnya gelora syahwat itu. Tepat artinya dari sebuah hadith: 'Kalau seorang laki-laki dan seorang
perempuan telah khalwat berdua-dua maka yang ketiga adalah syaitan.' Ketika kita bertenang-tenang duduk sendiri akal
kita dan pertimbangan budi dapat berbicara. Tetapi kalau seorang laki-laki telah berdua saja dengan seorang perempuan,
akal budi tidak bicara lagi. Yang bicara ialah syahwat itu. Nafsu atau sex! Dan apabila nafsu sex itu sudah terpenuhi,
mungkin akal akan bicara dan menyesal. Tetapi sebelum terpenuhi, segala yang lain gelap belaka. Khalwat, yaitu berdua-
dua saja laki-laki dengan perempuan adalah termasuk mendekati zina. Islam mengharamkan khalwat. Bahkan khalwat
dengan mahram sendiri pun hendaklah dibatasi.

[55] Di dalam kitab oleh Al-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, terjemahan Yusoff Zaky Hj Yacob, Tafsir Fi Zilal al-
Quran, terbitan Pustaka Aman Press

[2014] 2 SHLR 130 at 152


Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan, (Cetakan Pertama), 2000/1420H, Jilid 10, ms 190, menghuraikan ayat 32 surah al-
Isra' itu, antara lain, menyebut:

Justeru itulah Islam menyekat jalan zina dengan menjauhi sebab-sebab yang mendorong ke arahnya untuk menjaga
supaya seseorang itu tidak terjerumus ke dalamnya. Kerana Islam melarang percampuran bebas di antara lelaki dan
perempuan yang tidak perlu, mengharamkan khalwat dan perbuatan bersolek secara berlebih-lebihan …

[56] Di dalam kes ini OKT telah tidak mengendahkan larangan Allah tersebut, malah OKT juga telah tidak
mematuhi sekatan jalan zina sebagai mana dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir, termasuk sebagai mana di dalam
tafsiran-tafsiran di atas. Berdasarkan kepada fakta kes semasa tangkapan dibuat, mahkamah berpendapat bahawa
OKT dan pasangannya adalah mempunyai motif untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT itu dan
sekaligus mempunyai motif untuk melanggar larangan Allah SWT tersebut. Oleh yang demikian hukuman
kesalahan mengikut ta'zir adalah sangat patut dikenakan ke atas OKT.

[57] Di dalam kes ini OKT telah tidak mengendahkan larangan Allah tersebut, malah OKT juga telah tidak
mematuhi sekatan jalan zina sebagai mana dinyatakan oleh ahli-ahli tafsir, termasuk sebagai mana di dalam
tafsiran-tafsiran di atas. Berdasarkan kepada fakta kes semasa tangkapan dibuat, mahkamah berpendapat bahawa
OKT dan pasangannya adalah mempunyai motif untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT itu dan
sekaligus mempunyai motif untuk melanggar larangan Allah SWT tersebut. Oleh yang demikian hukuman
kesalahan mengikut ta'zir adalah sangat patut dikenakan ke atas OKT. Hukuman ta'zir bertujuan untuk
memperbaiki, memberi pengajaran dan untuk menakutkan orang ramai (zajr) supaya tidak melakukan jenayah. Ia
juga bertujuan untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan maksiat yang merosakkan. Bagi mencapai
tujuan hukuman ta'zir ini, pertimbangan hukuman ke atas OKT dibuat berasaskan keadaan kesalahan yang
dilakukan, rekod jenayah OKT, keadaan psikologi OKT dan juga cara pensabitan kesalahan yang dipertuduhkan ke
atas OKT. Di dalam buku bertajuk Hukuman dalam Undang-Undang Islam: Satu Kajian Perbandingan, terbitan
terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, (Cetakan Pertama), 1999, ada dinyatakan bahawa jenis-jenis
hukuman ta'zir terdiri dari:
(a) teguran (al-wa'z);
(b) teguran tegas (al-tawbikh);
Page 15 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

(c) ancaman (al-tahdid);


(d) pemulauan (al-hajr);

[2014] 2 SHLR 130 at 153


(e) pendedahan di khalayak ramai (al-tasyhir);
(f) denda dan merampas harta benda (al-gharamah wal-musadarah);
(g) hukuman penjara (al-habs);
(h) sebat (al-jald);
(i) hukuman mati (al-ta'zir bi al-qatl);
(j) ta'zir sebagai satu hukuman tambahan.

[58] Walaupun begitu, perkara-perkara tersebut tidak diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah (Tazir)
(Terengganu) 2001 ini, sebaliknya hanya menetapkan lima jenis hukuman iaitu amaran, denda, jaminan
berkelakuan baik, ditahan di pusat pemulihan dan penjara sahaja tanpa sebarang pilihan lain. Oleh itu, mahkamah
perlu membuat pertimbangan yang wajar agar hukuman yang dibuat adalah bersesuaian dengan kesalahan dan
kedudukan OKT serta mampu untuk merealisasikan matlamat pencegahan, pengajaran dan pemulihan
sebagaimana dalam konsep ta'zir.

[59] Faktor pemberatan ketiga: mahkamah juga mengambil kira hujah pihak pendakwa yang menyatakan bahawa
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di
bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 dan kesalahan khalwat di bawah s 31(a) dan
(b) Enakmen yang sama adalah sama kadarnya iaitu hukuman: 'Denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara
tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali'. Walaupun pada hakikatnya kadar berat dan besarnya antara dua
kesalahan tersebut adalah tidak sama dan amat berbeza mengikut hukum syarak.

[60] Kesalahan khalwat pula merupakan perbuatan berkurung, berdua-duaan atau duduk berhampiran yang
menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral mengikut hukum syarak. Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

Khalwat

31 Mana-mana —

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan
isteri atau mahramnya; atau

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan
suami atau mahramnya;

[2014] 2 SHLR 130 at 154


dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan
syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.

[61] Manakala, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah adalah perbuatan yang
sebenarnya telah hampir berlaku perbuatan Zina yang sebenar. Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir) (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah

29 Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Page 16 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

[62] Justeru itu, apa yang boleh difahami secara tersirat dari kedua-dua peruntukan tersebut, bahawa matlamat
utama pihak yang menggubal undang-undang itu ialah agar hukuman yang perlu dijatuhkan kepada pesalah yang
disabitkan dengan kesalahan di bawah s 29, hendaklah lebih diberatkan berbanding kesalahan di bawah s 31(a)
dan (b).

[63] faktor pemberatan keempat: Kesalahan kali kedua — kesalahan OKT ini adalah kesalahan kali kedua yang
mana OKT pernah ditangkap dan disabitkan bersalah dan telah dihukum dengan kesalahan di bawah s 31(b) iaitu
kesalahan khalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman sebelum ini pada 3 April 2011. Kesalahan
OKT kali pertama itu adalah melibatkan pasangan OKT lelaki yang lain dari dalam kes ini. Perincian kesalahan
pertama OKT seperti berikut:

No Fail Kes : 11004–143–0069 Tahun 2010 (MRSD Kemaman)

Tarikh Tangkapan : 13/01/2010 jam: lebih kurang 1.15 petang.

Tempat Kejadian : Sebuah Rumah No 607-2 Kampung Baru,


Kemasek, 24200 Kemaman, Terengganu.

Tarikh Hukuman : 3 April 2011

[2014] 2 SHLR 130 at 155

Hukuman : Denda sebanyak RM1,800 atau 1 bulan penjara


jika gagal bayar denda (berkuatkuasa serta merta)
(OKT telah membayar denda)

Pasangan OKT : Mohd Hazlan bin Zainudin

No fail kes : 11004–143–0068 Tahun 2010

[64] Seterusnya OKT ditangkap dan didakwa pula kali kedua dengan kesalahan yang lebih berat di bawah s 29
iaitu melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

[65] Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan yang berhujah bahawa kes kesalahan OKT yang merupakan
kesalahan kali kedua ini adalah satu kesalahan yang amat serius di bawah faktor ini dengan anggapan berikut:
(a) OKT dan pasangannya pada masa kejadian adalah tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah dari
sudut agama dan undang-undang Syariah negeri Terengganu kerana mereka berdua pernah disabitkan
dengan kesalahan di bawah Enakmen yang sama sebelum dari itu.
(b) OKT dan pasangannya masih lagi melakukan perbuatan atau kesalahan yang hampir sama bahkan lebih
berat lagi dari sebelumnya bererti OKT tidak pernah insaf dan mengambil pengajaran di atas hukuman
yang telah dijatuhkan oleh mahkamah kepada OKT sebelum ini dan juga seolah-olah hukuman tersebut
tidak memberikan apa-apa kesan dan erti kepada OKT dan juga pasangannya.
(c) Perbuatan dan tindakan OKT dan pasangannya itu seolah-olah mempermain-mainkan dan mencabar
kewibawaan perundangan Syariah di negeri Terengganu ini dan hukum syarak itu sendiri.

[66] Dengan sabitnya kesalahan yang hampir sama bahkan lebih berat dari sebelumnya bagi kali kedua ke atas
OKT, lebih-lebih lagi kedua-dua kesalahan adalah dengan pasangan yang berlainan pula, saya berpendapat
bahawa dua kesimpulan utama boleh dibuat iaitu:
(a) Bahawa hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT sebelum ini telah gagal atau tidak mampu untuk
memberikan pengajaran atau menyedarkan OKT terhadap kesalahan yang telah dilakukannya itu.
Hukuman bagi kesalahan pertama iaitu denda sebanyak RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal bayar
denda adalah hukuman yang

[2014] 2 SHLR 130 at 156


lebih berorientasikan denda 'maliyyah' dan jika dilihat kepada jumlah denda adalah sudah melebihi separuh
jumlah maksima.
Page 17 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

Saya juga mengambil kira hujah pihak pendakwa bahawa hukuman yang lebih berorientasikan denda atau
dalam bentuk kewangan adalah ringan malah ianya dipandang ringan dan kedua-duanya dalam
kebanyakan keadaan tidak boleh atau kurang memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang yang
melakukan kesalahan.
Berdasarkan kepada pengamatan mahkamah ini, mana-mana pesalah yang dijatuhkan hukuman dengan
denda dan penjara (kombinasi kedua-dua hukuman), pesalah tersebut mampu menjelaskan hukuman
denda yang dikenakan ke atasnya secara tunai walaupun hukuman tersebut sudah menghampiri kadar
maksimum atau semaksimum hukuman denda yang ditetapkan. Seterusnya rayuan dibuat agar hukuman
penjara tidak dikenakan ke atasnya kerana banyak kesulitan akan timbul akibat dari hukuman tersebut
kepadanya.
Situasi tersebut menunjukkan bahawa hukuman yang lebih mendahulukan denda maliyyah dan bukan
badaniyyah kurang berkesan dalam memberi pengajaran dan pemulihan serta pencegahan kepada mereka
yang disabitkan bersalah. Ini kerana, wang bukanlah perkara yang sukar untuk diperolehi dalam dunia hari
ini sama ada mereka dari golongan yang berpendapatan tinggi dan berkemampuan atau boleh didapati
dengan meminjam dan sebagainya. Kehilangan wang bukanlah suatu perkara yang amat perit bagi mereka
untuk dijadikan pengajaran. Berbeza dengan hukuman berbentuk badaniyyah yang mana keperitan dari
sudut mental dan fizikal amat dirasai dan lebih berkesan dalam memberi pengajaran kepada pesalah
berkenaan. Justeru itulah kebanyakan hukuman dalam Islam adalah berbentuk badaniyyah manakala
hukuman fizikal dalam bentuk kewangan pula menjadi suatu perselisihan di kalangan ulama'.
Berdasarkan kepada pengamatan mahkamah juga, hukuman penjara pula amat berat bagi mana-mana
pesalah untuk menghadapi dan menanggungnya. Ini kerana mengikut pandangan umum, mereka yang
dipenjara dianggap sebagai banduan atau bekas banduan dan mempunyai nama serta kedudukan yang
kurang baik dalam pandangan masyarakat. Status tersebut amat ditakuti oleh semua dan sudah cukup
memberi pengajaran secara mental dan fizikal kepada yang terlibat dan yang masih belum terlibat agar
tidak melakukan perkara yang serupa.
Saya juga berpendapat bahawa penahanan pesalah jenayah Syariah juga boleh memberi kesempatan
kepada mereka untuk memuhasabah diri, mendekatkan dan mendedahkan diri mereka kepada ajaran
Islam

[2014] 2 SHLR 130 at 157


yang mampu menimbulkan kesedaran keagamaan dalam diri seseorang pesalah. 'Kesedaran Keagamaan'
itulah pencegah yang paling berkesan dan ampuh untuk menghalang seseorang dari melakukan
kemungkaran dan kesalahan.
(b) Bahawa OKT tidak pernah insaf atau sedar tentang kesalahan yang dilakukannya dan juga tidak
mengambil pengajaran di atas hukuman yang telah dikenakan ke atasnya sebelum ini. Faktor telah sedar
atau insaf dan tidak mengulangi kesalahan adalah dua elemen penting dalam menentukan hukuman yang
paling sesuai ke atas mana-mana pesalah yang berkaitan untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan
adalah benar-benar boleh memberikan pengajaran ke atasnya. Ini kerana kedua-duanya merupakan ciri-
ciri penting yang perlu ada dalam taubat seseorang hamba kepada Allah. Syarat-syarat taubat itu telah
dijelaskan secara detail oleh Al-Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin dan tiada sesuatu
taubat dianggap sempurna kecuali dengan tiga perkara tersebut iaitu:
(a) menyesali diri atas dosa-dosa yang telah dilakukan;
(b) mensucikan diri atau meninggalkan dari melakukan dosa iaitu tidak ada ertinya seseorang bertaubat
padahal dia masih terus melakukan dosa yang sama dan tidak berazam memberhentikannya;
(c) berazam tidak akan melakukan dosa lagi selagi hayat dikandung badan.

[67] Berdasarkan kepada tindakan OKT melakukan kesalahan yang hampir sama bahkan lebih berat lagi dari
kesalahan pertama, tambahan lagi rayuan OKT yang bersahaja dan tidak menyebut sebarang perkataan yang
menggambarkan OKT benar-benar telah insaf atau bertaubat dari perbuatan salahnya itu, saya berpendapat
bahawa OKT sebenarnya tidak pernah insaf atau sedar tentang kesalahan yang dilakukannya dan juga tidak
mengambil pengajaran di atas hukuman yang telah dikenakan ke atasnya sebelum ini bahkan seolah-olah
mempermain-mainkan perundangan syarak negeri Terengganu ini.

[68] Melalui pengamatan mahkamah, keadaan dan perwatakan diri OKT adalah lebih banyak bersahaja ketika
Page 18 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

prosiding kes berjalan di dalam mahkamah. Saya tidak dapat melihat dengan jelas wujudnya riak keinsafan dan
kesedaran pada OKT sepanjang prosiding kes berjalan. Begitu juga semasa OKT membuat rayuan pengurangan
hukuman atau mitigasi ke atas dirinya. Saya dapati OKT lebih banyak membuat rayuan agar diringankan hukuman

[2014] 2 SHLR 130 at 158


sahaja dan tidak menyatakan kepada mahkamah tentang keadaan dirinya dan kenapa hukuman itu perlu
diringankan dan juga tidak menyatakan apakah tanggungan ke atas dirinya.

[69] Oleh itu, saya berpendapat bahawa mahkamah perlu menimbangkan satu hukuman yang lebih berat ke atas
OKT berbanding dengan hukuman yang telah dijatuhkan bagi kesalahan pertama OKT terdahulu untuk tujuan
memberikan pengajaran, peringatan dan juga suatu pencegahan kepada OKT.

[70] Faktor pemberatan kelima: mahkamah mengambil kira hujah pemberatan hukuman ke atas OKT oleh pihak
pendakwa berdasarkan fakta perlakuan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT.

[71] Berdasarkan kepada fakta kes kesalahan OKT ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dianggap salah satu
faktor menjadikan kes ini adalah satu kes yang berat dan amat serius iaitu:
(a) Tempat kejadian — iaitu di dalam sebuah kenderaan di suatu tempat awam yang terbuka dan boleh dilihat
oleh orang ramai iaitu di kawasan Pantai Penempatan Tanah Haram, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Ini
menunjukkan bahawa OKT adalah seorang yang langsung tidak mempunyai perasaan malu dan segan
sekiranya akan dilihat oleh orang ramai yang kemungkinan lalu-lalang disitu dan sekaligus juga
menggambarkan hakikat diri OKT itu sendiri yang begitu jauh dari pengamalan dan penghayatan agama
kerana, 'Malu itu adalah sebahagian daripada Iman'. Terdapat sebuah hadith yang menyentuh tentang
perlakuan sedemikian yang dilakukan ditempat terbuka dan terang-terangan, iatu sebuah hadith yang
diriwayatkan dari Ibnu Majah, al-Bazzar dan al-Bayhaqi diriwayatkan dari Rasulullah SAW:

Yang bermaksud:

Wahai kumpulan Muhajirin! Lima perkara jika kamu ditimpa balanya, sedang aku berlindung diri kepada Allah
agar tidak kamu berada di waktu itu (baginda menghitungnya satu demi satu, sehingga katanya:) dan tiada
muncul zina pada suatu kaum, mereka mengerjakannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak
pada kaum itu penyakit taun serta penyakit-penyakit yang belum pernah dikenal dahulu pada zaman datuk
nenek mereka.
Mahkamah menegaskan di sini bahawa apa yang telah diucapkan oleh Baginda Rasulullah SAW itu benar-
benar telah berlaku pada hari ini dan umum juga mengakui kebenaran fakta tersebut. Perbuatan yang telah
dilakukan oleh OKT dan pasangannya itu juga termasuk dalam matan hadith di atas kerana ia dilakukan di
dalam sebuah kereta di tempat awam yang terbuka iaitu dalam ertikata secara terang-terangan.

[2014] 2 SHLR 130 at 159


(b) Masa kejadian — iaitu waktu tengah hari iaitu lebih kurang pada jam 1.30 tengah hari. Pada waktu tengah
hari keadaannya cerah dan terang benderang, walaupun dilakukan ditempat yang sedikit jauh dari
pandangan ramai. Oleh itu OKT dan pasangannya menjadikan suasana dan keadaan tersebut sebagai
pelindung dengan erti orang-orang yang berkemungkinan lalu di tempat OKT dan pasangannya itu berada
mungkin tidak terfikir OKT dan pasangannya boleh melakukan perbuatan sebegitu. Justeru itu, mahkamah
berpendapat perkara I dan II ini menjadi suatu qarinah bahawa OKT dan pasangannya mempunyai motif
untuk melakukan kesalahan yang tidak bermoral itu.
(c) Aksi OKT — iaitu OKT dan pasangannya berada dalam keadaan yang benar-benar mengaibkan dan tidak
sepatutnya berlaku perkara sedemikian kerana OKT dan pasangannya adalah tidak mempunyai apa-apa
hubungan yang membolehkan OKT berada dalam keadaan sebegitu rupa dengan pasangannya lebih-lebih
lagi OKT dan pasangannya adalah halal untuk kahwin mengikut hukum syarak. Aksi tersebut juga
menggambarkan seolah-olah sangat-sangat hampir berlaku hubungan jenis atau persetubuhan luar nikah
antara OKT dan pasangannya.

Kenyataan itu disokong oleh fakta kes P1 bahawa OKT dan pasangannya sedang berpelukan di
tempat duduk penumpang hadapan yang direbahkan serta keadaan pakaian pasangan OKT yang
telah terbuka zip seluarnya sehingga menampakkan kemaluan. Mahkamah sekali lagi suka
Page 19 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

menegaskan bahawa kedua-dua perbuatan iaitu sama ada persediaan untuk melakukan persetubuhan
luar nikah/zina atau melakukan perbuatan zina adalah perbuatan yang jelas telah dilarang dan
diharamkan oleh Allah SWT sama ada di dalam al-Quran atau hadith.

[72] Faktor pemberatan keenam: mahkamah memberi pertimbangan kepada hujah pihak pendakwa bahawa
keadaan diri OKT dan rayuan yang dibuat di dalam mahkamah adalah tidak menampakkan bahawa OKT benar-
benar insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

[73] Melalui pengamatan mahkamah, keadaan dan perwatakan diri OKT adalah lebih banyak bersahaja ketika
prosiding kes berjalan di dalam mahkamah. Mahkamah tidak dapat melihat dengan jelas wujudnya riak keinsafan
dan kesedaran pada OKT sepanjang prosiding kes berjalan. Begitu juga semasa OKT membuat rayuan
pengurangan hukuman ke atas dirinya. Mahkamah dapati OKT lebih banyak membuat rayuan agar diringankan
hukuman sahaja dan tidak menyatakan kepada mahkamah tentang keadaan dirinya dan kenapa hukuman itu perlu
diringankan dan juga tidak menyatakan apakah tanggungan ke atas dirinya sehingga mahkamah sendiri yang

[2014] 2 SHLR 130 at 160


mengambil inisiatif bertanya secara inquisitorial kepada OKT bagi tujuan mendapatkan gambaran keadaan OKT
bagi tujuan pertimbangan dalam hukuman.

[74] Faktor pemberatan ketujuh: mahkamah bersetuju dengan hujah pihak pendakwa bahawa faktor kemaslahatan
umum atau kepentingan awam terhadap satu-satu kesalahan yang dilakukan oleh pesalah juga hendaklah diambil
kira.

[75] Mahkamah suka menegaskan tujuan utama perlaksanaan hukuman ta'zir dalam syariat Islam ialah
pencegahan dan pengajaran di samping pemulihan dan pendidikan. Di samping itu, terdapat berbagai-bagai tujuan
lain lagi. Pencegahan ertinya mencegah pesalah dari mengulangi kesalahannya di samping mencegah orang lain
juga dari melakukan perbuatan serupa itu. Oleh kerana pencegahan merupakan antara tujuan utama ta'zir, maka
hukuman yang dibuat mestilah boleh mencapai tujuan ini. Ianya mungkin berbeza di antara satu kes dengan satu
kes yang lain kerana ada orang yang boleh dicegah melalui nasihat sahaja dan ada yang perlu dihukum.

[76] Justeru, kerana kebanyakan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sebelum ini adalah dalam
bentuk denda, manakala hukuman penjara walaupun diperuntukkan namun ia amat jarang digunakan, telah
menyebabkan matlamat pengajaran dan pencegahan yang dikehendaki oleh Islam tidak benar-benar tercapai. Ini
kerana hukuman melalui pembayaran denda adalah terlalu ringan terutama bagi individu-individu yang
berkemampuan dan nilai maksimum RM3,000 adalah suatu nilai yang sedikit dalam pandangan dunia hari ini.
Justeru itu, faktor kadar hukuman juga menjadi penyebab kepada kurangnya timbul kesedaran, keinsafan atau
takut terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan sekali gus matlamat pencegahan kepada kemaslahatan
awam tidak berjaya atau gagal memberi kesan. Melalui pengamatan mahkamah sendiri, kes-kes yang melibatkan
kesalahan khalwat dan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan kemungkinan berlaku zina
sebenarnya tidak pernah berkurang, bahkan berdasarkan bilangan kes, semakin bertambah dan menunjukkan
keadaan masyarakat Islam Melayu di negeri Terengganu ini masih lagi belum mempunyai tahap kesedaran atau
keimanan yang sepatutnya yang boleh menghalang mereka dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan
bercanggah dengan hukum syarak itu. Oleh itu, suatu hukuman yang sewajarnya perlu ditimbangkan dalam kes ini
bagi memastikan matlamat tersebut boleh dicapai.

[77] Saya juga ingin menarik perhatian masyarakat awam dengan membuat perbandingan dengan hukuman yang
dijatuhkan oleh mahkamah sivil di mana saya berpendapat sebenarnya hukuman yang dijatuhkan oleh kebanyakan

[2014] 2 SHLR 130 at 161


Mahkamah Syariah masih terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan jenis kesalahan yang dilakukan. Saya
memetik laporan berita di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Oktober 2006 di mana pesalah; Mohd
Suhaily telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan kerana disabitkan bersalah mencuri wang sebanyak
RM14.85 dari sebuah surau kerana dianggap mencemarkan kesucian agama dengan perbuatan mencuri hasil
derma daripada orang ramai dari tempat suci dan tambahan satu bulan penjara kerana gagal menunjukkan
pengenalan diri semasa ditahan. Suka saya menamatkan penghakiman saya ini dengan soalan adakah kesalahan
yang dilakukan oleh OKT dan pasangannya ini tidak serius berbanding kesalahan Mohd Suhaily di atas? Bahkan
suka saya menyebutkan beberapa kes mutakhir di mahkamah sivil yang mana YA Hakim telah menjatuhkan
hukuman denda yang tinggi dan turut menjatuhkan hukuman penjara dalam kesalahan-kesalahan yang kadang-
Page 20 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

kadang dianggap kecil tetapi sebenarnya mempunyai implikasi sosial yang besar seperti kesalahan mencuri di
pasar raya, memecahkan telefon awam, membuat panggilan palsu kepada pihak polis, bomba dan sebagainya.

[78] Saya berpendapat hukuman-hukuman penjara yang dikenakan oleh mahkamah sivil di atas walaupun kadar
kesalahannya pada pandangan umum tidaklah begitu berat, adalah lebih kepada faktor kepentingan awam atau
kemaslahatan umum. Ia lebih kepada maksud atau matlamat untuk memberi peringatan dan menimbulkan rasa
takut kepada pesalah tersebut dan juga semua masyarakat umum di luar sana agar tidak melakukannya. Ini kerana
perbuatan atau kesalahan-kesalahan tersebut walaupun kelihatan seperti kecil atau remeh, tetapi akibat dari
perbuatan tersebut adalah amat besar dan serius kepada kemaslahatan awam dan negara iaitu boleh
menimbulkan kecelaruan, kehuru-haraan, perasaan takut dan tidak aman serta menyusahkan banyak pihak. Oleh
itu, saya berpendapat suatu hukuman yang sewajarnya perlu ditimbangkan dalam kes ini bagi memastikan
matlamat kepentingan awam tersebut boleh dicapai.
FAKTOR PERINGANAN KES/HUKUMAN

[79] Beberapa faktor yang boleh diambil kira oleh mahkamah bagi meringankan hukuman yang akan dijatuhkan ke
atas OKT iaitu:

[80] Faktor peringanan pertama: pengakuan bersalah OKT — pengakuan bersalah atau iqrar yang dibuat oleh
OKT memberikan satu gambaran atau qarinah kepada mahkamah bahawa OKT benar-benar mengetahui dan
memahami tentang kesalahan yang telah dilakukan dan juga menunjukkan OKT benar-benar sedar bahawa dirinya
adalah bersalah kerana melakukan kesalahan tersebut. Sekiranya tidak wujud perkara tersebut, sudah tentu OKT
tidak membuat pengakuan bersalah kerana implikasi dari pengakuan bersalah

[2014] 2 SHLR 130 at 162


itu OKT boleh dan akan dikenakan hukuman yang sewajarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam
undang-undang.

[81] Walaupun pun begitu, pengakuan bersalah dalam kes-kes jenayah Syariah terutama jenayah hudud dan qisas
sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan dalam konteks peringanan hukuman ke atas pesalah bahkan
pengakuan salah adalah kaedah pembuktian yang terbaik dalam mensabitkan sesuatu kesalahan dan membuat
hukuman. Ini kerana di dalam jenayah hudud ia melibatkan Hak Allah dan tidak ada budi bicara pertimbangan
dalam hukuman tersebut tetapi boleh diketepikan apabila wujud keraguan. Manakala dalam jenayah qisas pula ia
melibatkan hak hamba dan belas ihsan dan pengampunan dari pihak atau keluarga pihak yang teraniaya itu akan
diambilkira dalam melaksanakan hukuman.

[82] Manakala jenayah ta'zir adalah merangkumi hak-hak Allah dan hak-hak hamba dan memperuntukkan
hukuman yang tertentu dan juga tidak terhad, sebaliknya diberikan ruang kepada Pemerintah untuk mengenakan
hukuman yang sesuai kepada pesalah yang melakukan kesalahan setelah diambil kira beberapa faktor dan
matlamat ta'zir itu sendiri. Oleh itu, pengakuan bersalah yang dibuat oleh OKT ini boleh diambil kira oleh
mahkamah ini untuk dijadikan satu asas bagi tujuan meringankan hukuman ke atas OKT dengan pandangan dan
dapatan bahawa OKT benar-benar tahu dan sedar bahawa dirinya adalah bersalah kerana melakukan perbuatan
yang diharamkan oleh Allah SWT.

[83] faktor peringanan kedua: pernyataan bertaubat — saya dapati bahawa OKT semasa membuat rayuan
peringanan hukuman (mitigation) adalah dalam keadaan yang lebih mirip kepada sikap bersahaja dan saya tidak
nampak riak wajah OKT yang menggambarkan bahawa OKT benar-benar telah merasa sedar dan insaf serta
bertaubat atas perbuatan salah yang telah dilakukan olehnya itu. OKT dalam rayuannya hanya menyebut
perkataan:

Saya berjanji tidak akan mengulangi itu lagi.

[84] Seterusnya, tidak ada penyataan dari OKT yang boleh menggambarkan maksud bahawa OKT benar-benar
telah insaf dan bertaubat serta merasa teramat malu di atas perbuatan yang dilakukan itu. Begitu juga keadaan
perwatakan OKT sepanjang prosiding kes berjalan termasuk semasa membuat rayuan peringanan hukuman, saya
dapati keadaan OKT tidak menampakkan bahawa OKT benar-benar telah menginsafi akan kesalahannya itu. Oleh
itu, saya berpendapat faktor peringanan kedua ini perlu diberi penilaian dan dihalusi dengan sebaiknya untuk
pertimbangan yang sewajarnya oleh mahkamah ini bagi tujuan peringanan hukuman ke atas OKT.

[2014] 2 SHLR 130 at 163


Page 21 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

[85] Faktor peringanan ketiga: kesalahan kali pertama — faktor kesalahan kali pertama OKT boleh diberikan
pertimbangan setakat mana OKT itu dalam pandangan mahkamah boleh diberi peluang serta berpeluang untuk
memperbaiki dan memperbetulkan syakhsiah dirinya dan setakat mana OKT boleh mengambil pengajaran dari
kesalahan pertama yang dilakukan. Walaupun begitu, kes OKT ini adalah kesalahan kali kedua OKT bahkan untuk
kesalahan kali kedua ini adalah kategori lebih berat dari kesalahan pertama OKT iaitu khalwat. Oleh itu, faktor
kesalahan kali pertama tidak boleh diambil kira oleh mahkamah ini.

[86] Faktor peringanan keempat: taraf perkahwinan — saya dapati OKT dalam kes ini berusia 20 tahun dan
statusnya masih belum berkahwin sebelum ditangkap dan juga ketika kes ini didengar. Oleh itu, OKT adalah
seorang yang masih mentah dan baru meningkat usia remaja, yang mana di peringkat usia itu penuh dengan
berbagai cabaran dan dugaan hidup terutama berkait dengan perasaan dan keinginan keremajaan serta dorongan
seksualiti. Di peringkat usia begini OKT telah terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral dan dengan statusnya
yang masih belum berkahwin sampai sekarang walaupun telah ditangkap berada dalam keadaan yang begitu
mengaibkan, kemungkinan untuk OKT sekali lagi terlibat dengan perkara yang hampir sama adalah besar kerana
keadaan persekitaran semasa yang ada kadang-kadang boleh mendorong ke arah itu. Tambahan pula, ini adalah
kesalahan kali kedua OKT, melainkan OKT benar-benar insaf dan bertaubat dan benar-benar berikrar tidak akan
mengulangi perkara itu.

[87] Faktor keempat ini juga boleh diambil kira oleh mahkamah dalam mempertimbangkan peringanan hukuman
ke atas OKT kerana menjadi satu kaedah hukum di dalam jenayah Islam bahawa pesalah yang telah berkahwin
(muhson) hukuman adalah lebih berat berbanding dengan yang belum berkahwin (ghayr muhson). Begitu juga
dengan amalan ibadat bagi individu yang telah berkahwin adalah lebih besar pahalanya dari individu yang belum
berkahwin. Oleh itu, faktor status OKT yang belum berkahwin ketika kesalahan ini dilakukan boleh diberi
pertimbangan oleh ahkamah ini.

[88] Faktor peringanan kelima: taraf OKT di mata masyarakat — saya dapati OKT sepanjang prosiding kes ini
berjalan tidak menyatakan kepada mahkamah apakah kedudukan sosial OKT pada masa ini, yang mana
berkemungkinan OKT mahu menyembunyikan kedudukannya itu. OKT cuma pada peringkat rayuan ada
menyatakan telah tidak belajar lagi dan kerja pembantu kedai makan sahaja. Oleh itu, saya berpendapat bahawa
OKT sendiri tidak mahu mendedahkan kepada mahkamah status sosial dirinya yang sebenar. Justeru itu, saya
berpendapat faktor ini tidak perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh mahkamah dalam proses membuat
hukuman ke atas OKT.

[2014] 2 SHLR 130 at 164

[89] OKT juga menyatakan dalam rayuannya bahawa masih ada ibu dan bapa yang tinggal di Setiu dan bapa ada
hadir hari ini untuk mengikuti kes ini. Mahkamah berpendapat dengan kehadiran ahli keluarga OKT pada hari ini,
bahawa keluarga OKT masih lagi ambil cakna terhadap keadaan diri OKT.

[90] Faktor peringanan keenam: kesan hukuman terhadap OKT — oleh kerana OKT sendiri tidak menyatakan
kepada mahkamah tentang status sosial dan latar belakang dirinya, saya berpendapat bahawa OKT sebenarnya
seolah-olah bersedia untuk menerima sebarang hukuman dari mahkamah di atas kesalahan yang telah dilakukan
olehnya itu. Apa yang menjadi perhatian utama mahkamah dalam membuat hukuman ialah matlamat hukuman
ta'zir iaitu untuk memberi kesedaran, keinsafan, pemulihan dan juga pencegahan boleh dicapai sama ada kepada
pesalah itu sendiri secara khusus dan kepentingan awam yang lain secara umum.

[91] Apa yang pasti, mahkamah hendaklah memastikan bahawa hukuman ke atas OKT ini boleh menimbulkan
satu perasaan gerun dan rasa berat tertanggung ke atas jiwa OKT yang boleh menyedarkannya dan dalam masa
yang sama boleh mencegah serta menghalang OKT dari mengulangi kesalahan yang serupa pada masa akan
datang. Hukuman tersebut juga boleh memberikan kesan yang hampir sama kepada masyarakat Islam yang
berada di dalam dewan mahkamah ini pada hari ini dan juga yang berada di luar sana yang memerhatikan dan
tahu tentang kes ini.
RUMUSAN MAHKAMAH

[92] Mahkamah perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya di antara dua kategori faktor yang boleh
memberatkan dan juga yang boleh meringankan hukuman ke atas OKT ini agar hukuman yang dijatuhkan ke atas
OKT benar-benar boleh mencapai matlamat yang dimaksudkan dalam jenayah Syariah ta'zir.

[93] Di akhir penghakiman ini, suka mahkamah mengemukakan satu kes sivil yang menjadi panduan yang dipakai
Page 22 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

oleh Mahkamah Sivil Malaysia dalam soal ini iaitu kes common law Inggeris, R v Kenneth John Ball 135 Cr App R
164. Dalam kes ini, Hakim Hilberg mengatakan:

Undang-undang kita, oleh kerana itu, tidak menetapkan hukuman tertentu untuk sesuatu jenayah, tetapi menetapkan
hukuman maksimum dan membiarkannya kepada Mahkamah untuk memutuskan apa hukumannya dalam lingkungan
maksimum itu, hukuman yang setimpal untuk tiap-tiap satu jenayah mengikut keadaan tertentu sesuatu kes … Adalah
kerana sebab itu, dan dengan pertimbangan tujuan-tujuan ini, bahawa sebelum hukuman dijatuhkan Mahkamah telah biasa
dengan keterangan yang didengar sebelumnya dan perwatakan tiap-tiap seorang yang didapati bersalah ….
Latarbelakang, hal

[2014] 2 SHLR 130 at 165


sebelumnya dan perwatakan tertuduh dan keseluruhan gaya dan tingkahlakunya di dalam Mahkamah boleh menunjukkan
ada peluang baginya berubah sekiranya kemurahan atau kelembutan hati (lieniency) dapat dipanjangkan kepadanya,
sebaliknya mungkin terlihat bahawa suatu pengajaran yang perit lebih sesuai diberikan kepadanya untuk menghentikan
kerjaya jenayahnya.

[94] Berdasarkan kepada alasan penghakiman yang dinyatakan di atas, saya berpendapat untuk mewujudkan
ingatan yang menakutkan (zajr) atau memberi pengajaran kepada OKT dan masyarakat yang meneliti kes ini, dan
setelah unsur-unsur di atas diambil kira, saya berpendapat hukuman yang patut dikenakan ke atas OKT, Nor
Thuraya bt Salleh, KP: 920512–11–5066, ialah ditahan di Pusat Perlindungan Wanita atau Rumah Perlindungan
bagi tujuan memberikan peluang kepada OKT agar benar-benar menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan
diberikan pendedahan dan sokongan untuk memperbaiki setiap kesilapan tersebut.

[95] Hukuman komital di Pusat Perlindungan adalah merupakan hukuman alternatif yang diperuntukkan di dalam
Enakmen ini. Dalam perbincangan fiqh, hukuman alternatif dirujuk sebagai 'uqubah badaliyyah iaitu hukuman ganti
apabila hukuman asal tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab yang wajar sama ada iainya tidak dapat
dilaksanakan kerana tidak memenuhi justifikasi dan elemen yang diperlukan. Dalam konteks undang-undang
Syariah dan pelaksanaan di Mahkamah Syariah pula, saya melihat selain hukuman yang lebih berorientasikan
denda 'maliyyah' atau dalam bentuk kewangan adalah ringan dan dipandang ringan serta kedua-duanya dalam
kebanyakan keadaan tidak boleh atau kurang memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang yang
melakukan kesalahan. Mahkamah berpandangan dan mengambil pendekatan bahawa mahkamah juga boleh
memerintahkan agar pesalah dihantar ke Pusat Pemulihan. Berpremiskan bahawa pelanggaran undang-undang
adalah suatu maksiat akhlak dan juga perlanggaran kepada akidah, maka pertimbangan yang diberikan oleh
mahkamah agar pesalah itu sebagai ganti kepada pemenjaraan (mengelak daripada bergaul dengan banduan
'sebenar') atau denda — diberi kaunseling, nasihat dan peluang untuk membaiki diri dari segi rohani. Ini merupakan
suatu aspek yang boleh diperkembangkan lagi dan digunakan oleh Mahkamah sementelah pula peruntukan s
97(2)(b)Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 membenarkannya. Berdasarkan kepada
pewartaan di atas tadi, dalam konteks Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Terengganu, hanya terdapat dua
pusat yang telah diwartakan iaitu Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Selangor dan Pusat Perlindungan
Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam, Selangor.

[2014] 2 SHLR 130 at 166

[96] Berhubung dengan tahanan di Pusat Perlindungan atau Pemulihan, s 97(2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

(97) Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat.

(2) Apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh
Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa dengan
mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada
hakikat ringannya jenis kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan,
adalah tak suaimanfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman selain daripada suatu hukuman nominal atau bahawa
adalah suaimanfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan suatu sabitan,
membuat perintah —
(a) …
Page 23 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

(b) memerintahkan pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama apa-apa tempoh
yang tidak melebihi 6 bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau

(c) …

[97] Seterusnya, bagi melaksanakan tujuan yang diperuntukkan di dalam s 97(2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Terengganu) 2001 tersebut, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu telah menyatakan
tanggungjawab dan proses mewartakan Pusat Perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam s 66
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

98 Sek 66 Penetapan pusat pemulihan atau rumah diluluskan

Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat atau institusi, menjadi pusat
pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini.

[98] Seterusnya bagi tujuan tatacara pelaksanaan komital, di dalam s 68 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir) (Terengganu) 2001 tersebut juga menyatakan secara lebih spesifik jenis-jenis kesalahan yang mana
komital ke rumah diluluskan boleh dilakukakan. Seksyen 68 Enakmen tersebut dengan tajuk 'Kuasa Mahkamah
untuk mengkomitkan pesalah perempuan ke rumah diluluskan' berbunyi:

[2014] 2 SHLR 130 at 167

Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah bahagian IV, Mahkamah
itu boleh, sebagai ganti atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan
orang-orang perempuan sedemikian dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi
enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa tempoh pemenjaraan dikenakan sekali
dengan komital itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.

[99] Berikut adalah kesalahan-kesalahan dibawah Bahagian IV ini terdiri dari:


(a) perbuatan sumbang mahram (s 24);
(b) perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri (s 25);
(c) perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam peliharaan (s 26);
(d) melacurkan isteri atau anak (s 27);
(e) muncikari (s 28);
(f) perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah (s 28);
(g) musahaqah (s 30);
(h) khalwat (s 31);
(i) persetubuhan dengan bukan manusia (s 32);
(j) orang lelaki berlagak perempuan (s 33);
(k) perbuatan tidak sopan di tempat awam (s 34);
(l) mendedahkan tubuh di tempat awam (s 35);
(m) mewati'e (s 36).

[100] Justeru itu, kesalahan s 29 ini adalah juga termasuk dalam Bahagian IV yang mana mahkamah diberi kuasa
untuk mengkomitkan mana-mana pesalah ke rumah yang diluluskan.

[101] Seterusnya, bagi maksud melaksanakan peruntukan di dalam s 97(2)(b) Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah (Terengganu) 2001 dan ss 66, 67 dan 68 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) tersebut, kerajaan
telah mewartakan beberapa Pusat Perlindungan sebagaimana berikut:

[2014] 2 SHLR 130 at 168


Page 24 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

Warta Kerajaan Negeri Terengganu, 25 Nov. 2010

No. 1305.

ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH

(TERENGGANU) 2001

(En. Tr. 5/2001)

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 97 (2) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 [En.
Tr. 5/2001], Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini melulus dan menetapkan kompleks bagunan
yang dikenali sebagai Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor yang terletak di atas tanah Lot
No. 51, 142 dan 143 dalam daerah Sabak Bernam dama mukim Sabak, atas Pelan No. Sel. Syit 5D dan meliputi keluasan
seluas 6 ekar, sebagai pusat perlindungan bagi maksud-maksud Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001
[En. Tr. 5/2001],

Bertarikh 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan 1431

[MAIDAM. 01-003/439]

Warta Kerajaan Negeri Terengganu, 25 Nov. 2010

No. 1306.

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR)

(TERENGGANU) 2001

(En. Tr. 7/2001)

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001
[En. Tr. 7/2001], Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini melulus dan menetapkan kompleks bagunan
yang dikenalai sebagai Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor yang terletak di atas tanah Lot
No. 51, 142 dan 143 dalam daerah Sabak Bernam dama mukim Sabak, atas Pelan No. Sel. Syit 5D dan meliputi keluasan
seluas 6 ekar, sebagai pusat perlindungan bagi maksud-maksud Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001
[En. Tr. 5/2001],

Bertarikh 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan 1431

[MAIDAM. 01-003/439]

[102] Berdasarkan modul yang digariskan oleh Pusat Pemulihan Wanita Baitul Ehsan yang terbahagi kepada
modul umum dan modul khusus yang mana modul Khusus merangkumi pendidikan aqidah, fiqh, akhlaq, tafsir al-
Quran, tajwid, hadith, dan sirah nabawiyyah, saya secara positif melihat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas
OKT iaitu ditahan di Pusat Perlindungan Wanita adalah suatu hukuman yang cukup bersifat punitif untuk
menggantikan denda dan pemenjaraan. Bahkan, teori yang mendasari

[2014] 2 SHLR 130 at 169


hukuman ini adalah didasari teori pemulihan yang bertujuan untuk mewujudkan ingatan yang menakutkan (zajr)
atau memberi pengajaran kepada OKT dan masyarakat umumnya. Teori pemulihan ini membawa maksud sesuatu
perlakuan jenayah itu dapat dicegah dengan menangani faktor penyebabnya iaitu aspek ekonomi, sosial, dan diri
pesalah itu sendiri. Ia juga ditafsirkan sebagai suatu kaedah untuk mengubah personaliti negatif pesalah yang
akhirnya dia akan mematuhi kehendak peruntukan undang-undang atau dengan kata lain memulihkannya.
Matlamat umum teori ini pula adalah untuk mengintegrasikan pesalah dengan sikap kesedaran beragama dan
moral serta memfokuskan kepada perubahan tingkah laku jenayah pada diri pesalah menerusi tindakan campur
Page 25 of 25
Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu v Nor Thuraya bt Salleh, [2014] 2 SHLR 130

tangan (intervention) yang dirangka khusus untuk meningkatkan sahsiah diri, cara pemikiran yang rasional dan
melahirkan sikap dan tindakan yang bertanggungjawab.

[103] Mahkamah meletakkan kepercayaan bahawa keluarga merupakan agen sosialisasi yang penting terutama
dalam pembentukan akhlak seseorang, namun mahkamah juga berpendapat bahawa ahli keluarga OKT tidak
dapat menjaga atau memantau tentang keadaan diri OKT walaupun OKT tinggal bersama dengan mereka
berdasarkan kedua-dua kesalahan OKT berlaku di tempat yang jauh dari pengetahuan ahli keluarga OKT iaitu
kesalahan pertama dilakukan di Daerah Kemaman manakala kesalahan kedua di Daerah Kuala Terengganu,
sedangkan ahli keluarga OKT tinggal di Bandar Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu.

[104] Mahkamah juga melihat kepada faktor usia OKT yang baru memasuki usia 20 tahun, tetapi telah dua kali
disabitkan dengan kesalahan di bawah jenayah Syariah bahkan kesalahan kali kedua yang dilakukan OKT adalah
lebih berat lagi dari kesalahan kali pertama. Oleh itu, mahkamah berpendapat OKT di peringkat usia sebegitu tidak
mendapat didikan yang baik dari sudut agama dan juga kurang pemantauan dari pihak ahli keluarga. Penahanan di
Pusat Pemulihan juga akan memberikan ruang dan peluang kepada OKT untuk diberikan kesedaran dan
bimbingan yang sewajarnya agar OKT dapat mengharungi kehidupan sosialnya pada masa akan datang.
Mahkamah juga berpendapat dengan pendekatan pemulihan, ia meletakkan keyakinan besar kepada sifat
semulajadi manusia yang mudah dibentuk atau dipengaruhi, lebih-lebih lagi dengan pendekatan berorientasikan
agama. Hal ini juga diharap pada masa mendatang akan membantu mengurangkan kadar residivisme,
menawarkan peluang kedua kepada OKT, mengembalikan diri OKT sebagai anggota masyarakat yang boleh
memberi manfaat, normal dan menetapkan pesalah sebagai seseorang yang berfungsi di dalam masyarakat.

[105] Saya juga berpendapat pencapaian menerusi hukuman pemulihan di Pusat Pemulihan ini adalah sebagai
suatu hukuman yang dapat diukur secara

[2014] 2 SHLR 130 at 170


objektif, dan sesuatu yang boleh dijustifikasikan.
HUKUMAN

[106] Saya sabitkan kamu, Nor Thuraya bt Salleh, KPT: 920512–11–5066 dengan kesalahan dengan kesalahan
melakukan perbuatan sebagai persediaan persetubuhan luar nikah di bawah s 29 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di atas iqrar (pengakuan salah) kamu, dan saya hukum ke atas kamu dengan
hukuman di tahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam Selangor selama tempoh lima bulan
bermula dari tarikh hukuman dibuat.
Accused convicted and sentenced to detention at Baitul Ehsan Women Protection Centre, Sabak Bernam Selangor
for five months.
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

End of Document

You might also like