Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MAJLIS PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA


SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA

BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
Yang berusaha,
En Wan Zaini Bin Wan Saad
[Tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Syed
Sirajuddin]
En Ehsan Sabry Bin Yahya [Penolong kanan pentadbiran]
Puan Zanisham Binti Abdullah [Penolong kanan hal ehwal
murid]

Puan Abedah Binti Ismail [Penolong kanan kokurikulum]


En Amran Bin Omar [Penolong kanan tingkatan 6]
Pn Junaidah Binti Mohamad [Penolong kanan pendidikan
khas]
Seterusnya barisan guru-guru kanan, guru-guru cemerlang
serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dipagi
yang berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-sama
berkumpul bagi merasmikan satu lagi program iaitu MAJLIS
PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN. Program
sebegini diadakan bertujuan untuk menunjukkan tanda
solidariti warga SMK SYED SIRAJUDDIN terhadap warga
palestin yang ditindas. Selain itu , melalui program sebegini
kita dapat menyemai rasa empati dan simpati terhadap
warga Palestin yang dizalimi dan yang paling penting ianya
dapat menyuburkan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri warga sekolah seperti tolong - menolong dan ikhlas
dalam menghulurkan sumbangan untuk meringankan
penderitaan mereka.

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang jerami
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan kata perasmi

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakan En Wan Zaini Bin Wan Saad [Tuan pengetua
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED SIRAJUDDIN]
untuk memberikan ucapan serta merasmikan MAJLIS
PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT
SEKOLAH TAHUN 2023. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan..
***********UCAPAN & PERASMIAN****************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan dan
perasmian yang telah disempurnakan oleh tuan pengetua
sebentar tadi.

Untuk makluman warga SMK Syed Sirajuddin, sepanjang


minggu ini akan diedarkan tabung sumbangan bagi
membantu rakyat Palestin. Diharapkan semua warga SMK
Syed Sirajuddin dapat menghulurkan sumbangan seikhlas
hati sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kita kepada
rakyat Palestin yang dizalimi dan seterusnya dapat
meringankan beban mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang


MINGGU SOLIDARITI PALESTIN. Antaranya adalah:
1. PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE – Kategori
Menengah Rendah Ting. 1,2 dan 3
2. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER – Kategori Menengah
Atas (Ting. 4)
3. PERTANDINGAN VIDEO PENDEK DEKLAMASI SAJAK
BERDURASI KURANG DARIPADA 3 MINIT – Kategori
Terbuka Ting. 1,2,3 dan 4
4. PERTANDINGAN NASYID – Kategori Terbuka bagi Kelab
dan Persatuan Pendidikan Islam
Kesemua pertandingan ini akan berlangsung bermula pada
Tarikh 1.11.2023 Rabu – 3.11.2023 Jumaat dan akan
dilaksanakan sewaktu aktiviti kokurikulum iaitu Kelab dan
Persatuan dan mengikut kesesuaian masa masing-masing.
Pelaksanaan pertandingan boleh dirujuk pada guru
penasihat Kelab dan Persatuan.

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Perasmian majlis selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, majlis diteruskan lagi
dengan sama-sama kita menyaksikan persembahan
deklamasi sajak bertajuk…………………………………. yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid daripada tingkatan 2krk.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************PERSEMBAHAN SAJAK*******************
Demikian tadi persembahan deklamasi sajak yang telah
dipersembahkan oleh murid-murid tingkatan 2krk. Selesai
sudah persembahan tadi, maka majlis kita turut berada di
pengakhiran. Sebelum saya menyerahkan semula majlis
kepada pengacara majlis dengarkan serangkap pantun
daripada saya :

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Dengan ini selesai sudah MAJLIS PELANCARAN SOLIDARITI


PALESTIN PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SYED SIRAJUDDIN TAHUN 2023
Sekian wabillahitaufik wahidayah wassalammualikum wbt
dan salam sejahtera. Saya serahkan semula perhimpunan
rasmi kepada pengacara majlis.

You might also like