Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SYAIMA’ BINTI ABD.

MUEIN (17205958)

PROGRAM EASY NAHU

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH SEMESTER 2 2020/2021

REFLEKSI DIRI JALINAN MASYARAKAT

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah, dengan lafaz syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dan izin-Nya, saya dengan rakan seperjuangan saya iaitu pelajar tahun satu di
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith semester dua bagi sesi 2020/2021 telah berjaya menjalankan
satu program di bawah kursus Jalinan Masyarakat iaitu program ‘Easy Nahu’. Program ini
berlangsung pada 10 April – 29 Mei 2021 yang dilaksanakan secara atas talian melalui
platform Google Meet di bawah pimpinan Dr. Selamat bin Amir.

FASA SEBELUM

Ahli Majlis Tertinggi telah melaksanakan sesi mesyuarat pertama dengan semua ahli Jalinan
Masyarakat untuk memberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan bersama. Di
dalam mesyuarat itu, ahli Majlis Tertinggi telah memberi dua cadangan program iaitu
Program Easy Nahu dan Program Celik Al-Quran. Kemudian, setelah berbincang dengan
Penyelaras Program, beliau bersetuju dengan memilih Program Easy Nahu sebagai program
yang akan dijalankan di bawah kursus ini. Seterusnya, kami diberikan satu borang untuk
mengisi nama di bawah divisi yang telah disediakan mengikut kemahiran dan pengalaman
individu dalam sesuatu tugas itu supaya urusan program ini dapat berlangsung dengan lancar.
Pihak Majlis Tertinggi telah memilih tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Islamiah
Tawau di Sabah, Maahad Saniah di Pasir Puteh, Kelantan dan Maahad Muhammadi di Pasir
Mas, Kelantan bagi mencapai 50 orang pelajar tingkatan lima untuk menyertai program yang
akan kami laksanakan.
Di dalam program ini, saya telah diberi tugas sebagai AJK di bawah Divisi Media &
Publisiti. Pada 28 Mac 2021, MT Payungan divisi kami iaitu Zarul Izham telah melaksanan
pertemuan pertama secara atas talian melalui platform Google Meet. Beliau menjelaskan skop
tugas yang perlu dilaksanakan dan membahagikan tugas sama rata. Beliau juga telah melantik
Taufiq sebagai Ketua Divisi Media & Publisiti dan Syafiqah sebagai setiausahanya. Saya
telah ditugaskan untuk menyediakan poster countdown bagi program ini. Selain itu, kami
juga diberikan tugasan untuk menyunting kandungan bagi memuat naik hasil kerja tersebut di
laman media sosial rasmi kami sepanjang program ini berlangsung. Antara tugas yang kami
perlu laksanakan adalah menyunting video mengenai ilmu Bahsa Arab yang telah dihantar
oleh ahli Jalinan Masyarakat kepada Zarul melalui Telegram. Selain itu, kami juga perlu
menyediakan poster maklumat tentang balaghah, perkataan belawanan dan seerti, dan kata-
kata hikmah di dalam Bahasa Arab serta terjemahan Bahasa Melayu. Seterusnya, kami juga
perlu mengemaskini modul pembelajaran yang telah disediakan oleh divisi pengisian yang
akan digunakan sepanjang program Easy Nahu ini berlangsung. Di dalam tugas ini, kami
perlu menambah QR code pada setiap tajuk bagi memudahkan para pelajar membuat latihan
setelah mempelajari sesuatu tajuk itu.

FASA SEMASA

Kami telah diberikan jadual kandungan video dan poster yang akan disunting bagi dimuat
naik di media sosial rasmi kami di Instagram pada tarikh yang telah ditetapkan. Setiap ahli
divisi media & publisiti telah dibahagikan tugas bagi menyempurnakan majlis penutup
Program Easy Nahu. Saya telah dibahagikan tugas untuk memasang backdrop dan lagu latar
belakang semasa majlis penutup berlangsung. Saya telah menyediakan sebuah slaid untuk
melancarkan aliran majlis berlangsung. Di awal majlis, saya telah memasang lagu Asmaul
Husna dan Lagu Universiti Malaya sebagai permulaan majlis. Kawan-kawan saya diberikan
tugas seperti membuat poster hebahan program motivasi, membuat poster tentatif, poster
pelajar terbaik dan membuat video montaj penutup untuk ditayang semasa majlis penutup
berlangsung. Sebelum majlis penutup berlangsung, MT program penutup telah mengadakan
mesyuarat secara atas talian bersama ahli divisi media bagi menjelaskan tentang aliran majlis
penutup yang akan dijalankan. Pada 27 Mei 2021, MT dan AJK Majlis Penutup telah
membuat mesyuarat kali kedua untuk berlatih aliran majlis penutup yang akan dijalankan.
Pada keesokan harinya, MT dan AJK Majlis Penutup telah mengadakan raptai terakhir
bersama semua ahli Jalinan Masyarakat supaya majlis penutup yang akan dijalankan
berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah pada 29 Mei 2021, Program Motivasi dan Majlis
Penutup Program Easy Nahu telah berlangsung dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan dan semua peserta Program Easy Nahu dan ahli Jalinan Masyarakat turut hadir
bersama.

FASA SELEPAS

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-Nya
program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang kami telah rancangkan. Walaupun
program ini berjalan secara atas talian sahaja dek kerana Malaysia dilanda pandemik Covid-
19 tetapi kami berjaya melaksanakan program di bawah kursus Jalinan Masyarakat ini
dengan menempuh pelbagai rintangan dan ujian. Justeru itu, saya dapat perolehi pelbagai
pengalaman dan ilmu sepanjang program ini dijalankan. Saya dapat belajar mengendalikan
majlis secara atas talian sepenuhnya seperti mengawal bunyi lagu latar belakang dan slaid
sepanjang majlis berlangsung. Saya juga dapat belajar cara membuat poster dengan baik dari
rakan seperjuangan saya. Oleh itu, saya sangat bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang
sangat membantu dan memberi kerjasama yang baik demi menjayakan program Easy Nahu
ini. Semua tugasan yang telah diamanahkan kepada saya telah menjadikan saya seorang yang
lebih bertanggungjawab dan berdisiplin kerana kita buat kerja dalam satu kumpulan. Jadi,
masing-masing saling mengingatkan dan menegur dengan baik jika ada seseorang yang
melakukan kesilapan.
KESIMPULAN

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Selamat bin Amir
selaku penyelaras program Easy Nahu di bawah kursus Jalinan Masyarakat untuk sesi
2020/2021 ini. Beliau banyak membantu dan membimbing kami dalam pengurusan program
yang kami jalankan. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima
kasih kepada semua ahli Jalinan Masyarakat atas usaha keras yang telah diberikan dalam
melaksanakan program ini walaupun kita semua perlu mengharungi segala dugaan dan
cabaran bersama. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, program ini tidak akan berjaya
dilaksanakan. Akhir kalam, saya berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada
semua orang dan semoga kita diberi peluang untuk bekerjasama dalam program yang akan
datang. In sha allah.

Ikhlas daripada,

Syaima’
(SYAIMA’ BINTI ABD. MUEIN)

AJK Divisi Media & Publisiti,

Program Easy Nahu,

Jalinan Masyarakat,

Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

You might also like