Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
Jalan Manggis Telefon : 04-5395105
14000 Bukit Mertajam E-mel : pba0016@moe.edu.my
Pulau Pinang : pba0016@jpnpp.edu.my

Rujukan Kami: SKSR(HEM)700-7/1/1( )


Tarikh : 10 Februari 2023
Kepada,
Waris yang berkenaan

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas sekolah ini bersetuju melantik
anak tuan/puan bernama _____________________________________________Murid Tahun
__________ sebagai Pengawas sekolah sesi 2023.

2. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk memastikan perkara-perkara seperti di


bawah dipatuhi oleh anak tuan/puan supaya menjadi Pengawas Sekolah yang berdisiplin:-

i) Mengamalkan sikap yang baik seperti jujur,amanah dan bersopan santun.


ii) Memakai pakaian rasmi Pengawas Sekolah.(Rujuk Lampiran)
iii) Mematuhi segala peraturan – peraturan sekolah.
iv) Menjalankan segala tugas dengan penuh tanggung jawab dan berdisplin.
v) Memastikan tahap pencapaian akademik tidak merosot.

3. Walau bagaimanapun, pihak sekolah mempunyai bidang kuasa untuk melucut dan
menggantung jawatan seseorang Pengawas Sekolah sekiranya didapati anak tuan/puan tidak
mematuhi perkara seperti di atas.

4. Bersama-sama ini disertakan akuan persetujuan ibu bapa/ penjaga yang perlu diisi dan
dikembalikan kepada pihak sekolah.

5. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut. Kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian,terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(ZAINI BIN MAHARUP P.J.K )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai

Tuan,

PERSETUJUAN LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2023

Berhubung dengan perkara di atas saya * BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU anak saya
dilantik sebagai Pengawas Sekolah Sesi 2023.Saya akan memastikan anak saya mematuhi
segala peraturan yang telah diputuskan oleh pihak sekolah dan saya memahami syarat-syarat
yang telah ditetapkan.

Nama anak : _______________________________________Tahun_____________________

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

………………………………….
( Nama waris : ______________________________)

*Potong yang tidak berkenaan.

---------------------------------------------------POTONG DI SINI ------------------------------------------------

PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH

MURID LELAKI:
a. Kemeja lengan panjang ( putih )
b. Seluar panjang ( biru gelap )
c. Kasut ( hitam )
d. Vest (biru gelap)

MURID PEREMPUAN:
a.Baju kurung ( putih )
b.Tudung ( putih)
c.Kain ( biru gelap )
d.Kasut ( hitam )
e. Vest (biru gelap)

You might also like