Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KERTAS KERJA

PROGRAM PERSIJILAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SK

SIJIL TAHAP 2 & TAHAP 3

ANJURAN:
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

1. PENDAHULUAN

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan
keterlibatan wanita dalam pembangunan negara melalui pelaksanaan dan penyelarasan
program-program pembangunan selaras dengan Dasar Wanita Negara. Visi JHEWA iaitu
Menjadi Pusat kecemerlangan Wanita Yang Terunggul di Malaysia Pada Tahun 2030. Sementara
itu, Misi JHEWA iaitu “Membangun, Memperkasa dan Melahirkan Wanita Unggul dan
Sejahtera”. Dalam ucapan belanjawan negeri Sabah tahun 2022, kerajaan negeri Sabah telah
memberi tumpuan dan sokongan kepada kesejahteraan golongan wanita kerana Wanita adalah
tunjang keluarga dan masyarakat dan peranan mereka dalam pembangunan negeri adalah
amat signifikan. Bagi menghargai sumbangan besar kaum wanita, Kerajaan Negeri
memperuntukan sebanyak RM17.61 juta untuk pelaksanaan program pembangunan wanita.
Sejumlah RM5.81 juta diperuntukkan untuk Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bagi
pelaksanaan program-program pembangunan modal insan untuk kesejahteraan wanita.
Program Outreach Santuni Wanita Merakyatkan Perkhidmatan ke Arah Kesejahteraan Wanita
akan diteruskan untuk membantu wanita yang terkesan akibat Pandemik COVID-19.

Program Persijilan Kemahiran Malaysia adalah program anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita
(JHEWA). Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEW) adalah sebuah jabatan dalam kementerian
pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat di Malaysia. Peranan utama JHEWA adalah
untuk:

a. Merancang pembangunan dan penyelidikan bagi memperkasa wanita Sabah.


b. Melaksana program-program berasaskan Dasar Wanita Negara.
c. Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan guaman wanita.
d. Menyediakan fasiliti dalam mempromosi kemajuan wanita.
e. Pusat rujukan dan sumber maklumat wanita.
f. Urus setia dan jentera pelaksana bagi Majlis Persatuan Wanita Sabah (MPWS) dan
tujuh (7) Jawatankuasa MPWS: Kesihatan, Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Undang-
undang, Jantina, dan Wanita dan Media.
g. Membantu Jabatan Pembangunan dalam pelaksanaan program.

1
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

Program Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan satu keperluan penting bagi mencapai
visi, misi dan objektif JHEWA bagi membangun, memperkasa dan melahirkan wanita unggul dan
sejahtera. Sehubungan dengan itu, JHEWA juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti:
a. Perkhidmatan Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah
b. Perkhidmatan Pendaftaran Ibu Tunggal
c. Perkhidmatan Permohonan Kursus Kemahiran
d. Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Kaunseling
e. Perkhidmatan Pusat Bantuan Guaman Wanita
f. Perkhidmatan Rumah Pelindungan Wanita

Oleh itu, program ini menawarkan beberapa latihan kemahiran seperti refleksologi, salun
kecantikan, Jahit menjahit pakaian, pengendalian makanan, pastri, dandanan rambut,
perkhidmatan kecantikan, perkhidmatan terapi kecantikan, perkhidmatan estetik dan banyak
lagi. Program ini dilaksanakan di Sabah dan dikendalikan oleh pihak JHEWA. Program ini
berdasarkan perkhidmatan syarikat. Iaitu, melalui latihan, konsultasi, penilaian kendiri, dan
penilaian perhatian. Peserta diberikan pembelajaran secara teori dan praktikal mengikut
kopentasi piawaian National Occupational Skills Standards (NOSS) dari pihak Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi setiap kursus yang dianjurkan dalam program ini. Di
samping itu, pengenalan kepada pengurusan kos dan material juga akan diserapkan dan
dipelajari oleh setiap peserta yang kendalikan. Peserta juga diberikan pendedahan dan latihan
tentang kemahiran-kemahiran tersebut bagi membangun potensi diri peserta dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Tambahan lagi, program ini melibatkan
pelaksanaan latihan kemahiran di seluruh negara mengikut pengkhususan dalam bidang-bidang
kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikenal pasti seperti:
a. Perkhidmatan Kecantikan, Perkhidmatan Terapi Kecantikan, Perkhidmatan Estetik
b. Pembuatan Pastri
c. Penyediaan Dan Penghasilan Makanan, Operasi Seni Kulinari
d. Dandanan Rambut
e. Refleksologi Kaki, Tangan Telinga

Pemilihan kursus berdasarkan potensi kemahiran tersebut untuk dikomersialkan dan


kursus dalam program yang dianjurkan ini mendapat pentauliahan yang diiktiraf seperti Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) serta melayakkan peserta untuk mendapat pembiayaan daripada
agensi seperti Tekun Nasional, MARA, SMECorp dan AIM. Persijilan Kemahiran Malaysia
berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan
daya saing industri tempatan di pasaran dunia. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan

2
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

wanita melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan bagi meningkatkan tahap
sosioekonomi wanita di Malaysia, khususnya di Sabah.

Pentauliahan dinilai oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini
dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan
semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) yang
ditubuhkan pada 1971. Nama MLVK telah ditukar kepada JPK setelah Akta Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) berkuat kuasa bermula 1 September 2006. JPK
merupakan agensi yang menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber
manusia bertaraf dunia. JPK menawarkan beberapa perkhidmatan seperti:
a. Perkhidmatan Sijil Kemahiran (SKM);
 Kaedah PP-PPA (Amali)
 Kaedah PP-PPT (Teori)
b. Perkhidmatan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLAPB)
c. Perkhidmatan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
d. Perkhidmatan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
e. Perkhidmatan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
f. Perkhidmatan Ujian Tanpa Musnah (NDT)
g. Perkhidmatan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV)
h. Perkhidmatan Kerjasama Strategik
i. Perkhidmatan Penguatkuasaan Dan Kawal Selia (P&KS)
j. Perkhidmatan Kriteria Kecemerlangan (KC)
k. Perkhidmatan Artikulasi
Di samping itu, JPK bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan
berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang latihan kemahiran di samping menyusun
atur dasar, strategi dan tindakan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang
membangun secara mampan melalui penekanan beberapa tonggak, teras dan strategi Jabatan
secara lestari. Secara spesifik, fungsi JPK dalam pembangunan bidang latihan kemahiran Negara
adalah seperti berikut:
a. Mempromosikan sistem latihan kemahiran

b. Membimbing pembelajaran atau penyelidikan berkenaan latihan kemahiran

c. Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan

d. Membangunkan, meluluskan dan menyemak standard kemahiran kebangsaan

3
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

e. Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu

f. Menilai keperluan latihan

Program persijilan kemahiran Malaysia di Sabah yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal
Wanita (JHEWA) perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara dalam melahirkan modal
insan berkemahiran yang berpengetahuan, responsif, dinamik, kreatif dan inovatif serta
berdaya saing tinggi dalam arus perubahan supaya kekal relevan sebagai tenaga mahir atau
technopreneur dalam industri. Sehubungan itu, peserta dalam program ini diberikan persijilan
kemahiran tahap dua (2) dan tiga (3) yang diiktiraf oleh industri di Malaysia. Persijilan
Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik
setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

2. RASIONAL

Wanita merupakan aset penting dalam pembentukan modal insan. Sumbangan mereka di
dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah merupakan
sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah
tenaga buruh (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Oleh itu, program kemahiran wanita
Malaysia ini dirancang bagi melatih dan memberi pendedahan kepada peserta untuk
mengaplikasikan ilmu kemahiran yang dipelajari dan menabur bakti kepada masyarakat
setempat. Program ini juga diharap dapat memupuk kesedaran dan melahirkan wanita di Sabah
yang berkemahiran, inovatif, kreatif dan produktif.

3. MATLAMAT

Program persijilan Sijil Kemahiran Malaysia perlu dilaksanakan bagi memastikan wanita-wanita
di Malaysia memperoleh kemahiran dan menguasai latihan kemahiran program yang telah
ditentukan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk mencapai matlamat
negara dalam melahirkan modal insan berkemahiran yang berpengetahuan, responsif, dinamik,
kreatif dan inovatif serta berdaya saing tinggi dalam arus perubahan supaya kekal relevan
sebagai tenaga mahir atau technopreneur dalam industri.

4
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

4. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah:


a. Untuk menghasilkan wanita yang mempunyai kemahiran serta mendapatkan sijil tahap
dua (2) dan tiga (3) yang diiktiraf oleh industri Malaysia.
b. Sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen permis.
c. Diiktiraf oleh kedutaan negara asing seperti UK, Australia, China, Dubai, Jerman jika ingin
bekerja di negara berkenaan.
d. Boleh dilantik sebagai tenaga pengajar pusat-pusat bertauliah seperti Giatmara, ILP, IKM
dan lain-lain.
e. Boleh bekerja di sektor swasta dan kerajaan mengikut bidang kursus.
f. Berpeluang dilantik sebagai pegawai penilai PP-PPT dan PP-PPL. Bertugas sebagai wakil
JPK membuat pengesahan status terampil/tidak terampil pelajar semasa pemeriksaan
akhir teori dan amali di pusat bertauliah JPK.
g. Untuk melahirkan modal insan berkemahiran yang berpengetahuan, responsif, dinamik,
kreatif dan inovatif serta berdaya saing tinggi dalam arus perubahan supaya kekal
relevan sebagai tenaga mahir atau technopreneur dalam industri.
h. Untuk membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan
masyarakat dan dalam semua sektor.
i. Untuk melahirkan agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada
pembangunan ekonomi dan sosial negara.
j. Untuk menyediakan kemahiran yang kondusif bagi meningkatkan martabat dan
kesejahteraan hidup wanita.
k. Untuk membina potensi diri yang berkualiti dan berkesan.
l. Untuk membina individu yang berkeyakinan dan berketerampilan dalam potensi diri.
m. Untuk meningkatkan kemahiran diri yang berkesan.
n. Untuk memberi keyakinan kepada pelanggan.

5
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

o. Memberikan peluang kepada usahawan wanita untuk menjalani peranan sebagai tenaga
pengajar di bawah jabatan kerajaan.

5. KAEDAH PELAKSANAAN

Program ini dilaksanakan oleh syarikat Sugee & Family Sdn Bhd sebagai perunding,
menyediakan latihan teori dan praktikal untuk memenuhi kompetensi yang tidak
terdokumentasikan dalam carta profil kecekapan mengikut National Occupational Skills
Standards (NOSS) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Penilaian
dilakukan melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) dengan mengumpulkan
bukti-bukti di premis usahawan. Syarikat atau perunding akan memantau setiap peserta
usahawan di Sabah, dan peserta dikehendaki menyediakan bukti keterampilan untuk dinilai
oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh JPK.

6. PELAKSANAAN

Pelaksanaan program adalah seperti di bawah.

a. Tarikh Program dan Hari : Akan ditentukan kemudian.

b. Tempat : Seluruh lokasi peserta.

c. Masa : Mengikut jadual yang disediakan.

Tiga (3) bulan JPK hingga enam (6) bulan


d. Tempoh Program :
konsaltan.

7. PUBLISITI

Strategi mempromosi program ini menggunakan banner, poster, risalah (flyer) dan online ads.

6
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

8. KUMPULAN SASARAN

Program ini dilaksanakan kepada kumpulan usahawan-usahawan wanita Sabah. Seramai 50


orang wanita Sabah.

9. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Petunjuk prestasi utama (KPI) program latihan kemahiran ini adalah seperti berikut:
a. Wanita Sabah memperoleh latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia tahap
dua (2) dan (3) yang diiktiraf oleh industri di Malaysia.
b. Wanita Sabah mendapat pengiktirafan kelayakan dan terlatih melalui pentauliahan
daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
c. Wanita Sabah dapat mengaplikasikan dan mengamalkan latihan kemahiran program
dalam kerjaya dan menjalani kualiti kehidupan yang baik.
d. Usahawan wanita sabah lebih berkeyakinan dan percaya diri bila ada sijil SKM dan
pelanggan lebih yakin.

10. PENGISIAN PROGRAM KEMAHIRAN WANITA

KEMAHIRAN TERAS KECEKAPAN ELEKTIF KECEKAPAN TAHAP


NAMA NOSS :
REFLEKSOLOGI KAKI, CU01 - Refleksologi Kaki EL01 – Promosi 3
TANGAN DAN CU02 - Refleksologi Tangan Refleksologi Dan
TELINGA CU03 - Refleksologi Telinga Perkhidmatan Klien
KOD NOSS :
MP-080-3:2011
TAHAP : 3

7
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

KEMAHIRAN TERAS KECEKAPAN ELEKTIF KECEKAPAN TAHAP

CU01 - Pematuhan amalan kesihatan, - 2


NAMA NOSS :
keselamatan dan persekitaran dalam
OPERASI JAHITAN
bidang jahitan.
KOD NOSS : CU02 - Penyambungan poket atau
saku pakaian.
TA-020-2:2014
CU03 - Penyambungan poket atau
TAHAP : 2 saku skirt pakaian (Placket).
CU04 - Penyambungan pakaian bahu,
lengan dan jahitan sisi.
CU05 - Pembuatan kolar dan pola
lengan.
CU06 - Kolar, pola lengan dan operasi
pelabelan jahitan.
CU07 - Jahitan labuh bawah dan
lengan.
CU08 - Penyambungan panel badan
seluar.
CU09 - Penyambungan panel badan
skirt.
CU10 - Operasi menjahit aksesori
pakaian.

8
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

CU01 - Menjahit atau kerja menjarum. - 3


NAMA NOSS :
CU02 - Smocking.
MEREKA BENTUK & CU03 - Quilting.
PENGELUARAN CU04 - Perkhidmatan kreatif dan
JAHITAN KREATIF pembuatan.
CU05 - Sulaman Berkomputer.
KOD NOSS :
CU06 - Karya seni dan mendigitalkan
C131-001-3:2016 reka bentuk.
CU07 - Pemasaran dan penjualan
TAHAP : 3 produk jahitan kreatif.

KEMAHIRAN TERAS KECEKAPAN ELEKTIF KECEKAPAN TAHAP

CU01 - Penyediaan doh dan adunan. EL01 - Jualan dan 2


NAMA NOSS :
CU02 - Penyediaan krim dan pemasaran produk pastri.
PEMBUATAN PASTRI
pengisian. EL02 - Penyediaan
KOD NOSS : HT-014- CU03 - Penyediaan puding. gulungan lembut dan
2:2011 CU04 - Penyediaan biskut. keras.
CU05 - Penyediaan kuih dan makanan
TAHAP : 2
pencuci mulut Malaysia.
CU06 - Penyediaan kek.
CU07 - Pengendalian bahan produk
pastri.
CU08 - Amalan keselamatan, kesihatan
dan kebersihan.
CU01 - Penyediaan kuih-muih.
NAMA NOSS :
CU02 - Penyediaan barangan beku EL01 - Fungsi 3
PEMBUATAN PASTRI
pencuci mulut. pentadbiran pastri.
KOD NOSS : HT-014- CU03 - Penyediaan produk coklat. EL02 - Kos produk pastri.
3:2011 CU04 - Dekorasi produk pastri khas.
CU05 - Inovasi produk pastri.
TAHAP : 3
CU06 - Kawalan stok pengeluaran
pastri.
CU07 - Kawalan pengeluaran pastri.

9
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

KEMAHIRAN TERAS KECEKAPAN ELEKTIF KECEKAPAN TAHAP

CU01 – Kraf Buluh & Rotan. - 2


NAMA NOSS :
CU02 – Kraf Berasaskan Buah.
PEMBUATAN KRAF
CU03 – Kraf Kayu & Kulit Kayu.
HASIL RIMBA
CU04 – Kraf Mengkuang & Pandan.
KOD NOSS : CU05 – Kraf Tempurung.
CU06 – Kraf Berasaskan Daun.
SS-103-2:2016
CU07 – Kraf Berasaskan Bunga.
TAHAP : 2

CU01 – Rekaan Kraf.


NAMA NOSS :
CU02 – Kawalan Kualiti Kraf. - 3
PENYELIAAN
CU03 – Jualan & Pemasaran Kraf.
PEMBUATAN KRAF
CU04 – Penyeliaan Operasi
HASIL RIMBA
Pembuatan Kraf.
KOD NOSS :
SS-103-3:2016
TAHAP : 3

10
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

KEMAHIRAN TERAS KECEKAPAN ELEKTIF KECEKAPAN TAHAP

NAMA NOSS : CU01 – Amalkan prosedur kebersihan - 2


PENYEDIAAN DAN dan keselamatan dapur.
PENGHASILAN CU02 – Perlaksaan pemotongan
MAKANAN sayuran dan kentang.
CU03 – Perlaksanaan kaedah
KOD NOSS :
memasak.
I561-005-2:2022 CU04 – Penghasilan stok.
CU05 – Penghasilan agen pemekat.
TAHAP : 2
CU06 – Penghasilan sos.
CU07 – Penghasilan sup (asas).
CU08 – penghasilan masakan sayur.
CU09 – Penghasilan Salad.
CU10 – Penghasilan pembuka selera.
CU11 – Penghasilan Sandwich.
CU12 – Penghasilan hidangan sarapan
pagi.
CU13 – Penghasilan pencuci mulut
coupe.
NAMA NOSS :
CU01 – Pantau kebersihan dapur dan - 3
OPERASI SENI
prosedur keselamatan.
KULINARI
CU02 – Penghasilan salad dressing.
KOD NOSS : CU03 – Penghasilan sos.
CU04 – Penghasilan sup
I561-005-3:2022
(intermediate).

11
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

CU05 – Penghasilan hidangan kentang.


TAHAP : 3
CU06 – Penghasilan nasi dan
farinaceous.
CU07 – Penghasilan mi.
CU08 – Penghasilan pasta.
CU09 – Penghasilan hidangan utama.
CU10 – Penghasilan pencuci bersalut.

11. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Seorang Peserta : Persijilan Mengikut 50 Pax X RM5000.00 250,000.00
Tahap
1. Filing
2. Buku Nota
3. Baju Kursus
4. Persediaan Ujian /
Peperiksaan
5. Insurans
6. Kit Kursus
7. Pemantauan setiap lokasi
usahawan
8. Yuran pendaftaran persijilan
jpk
9. Kursus teori dan amali untuk
memenuhi kompetensi yang
tiada bukti dalam carta profil
kecekapan mengikut NOSS
JUMLAH KESELURUHAN RM250,000.00

12
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

12. CONTOH PEMFAILAN

13
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

13. SIJIL PP-PPT

14
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

14. PENUTUP
15
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSIJILAN SKM USAHAWAN WANITA MALAYSIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
WISMA WANITA
LAMAN UTAMA: WWW.WANITA.SABAH.GOV.MY

Adalah diharapkan juga persijilan ini dapat menjadi satu mekanisme yang akan membantu
wanita-wanita di Malaysia untuk lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi bagi
menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan serta menjalani kualiti kehidupan yang baik.
Diharapkan juga persijilan ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua wanita di
Malaysia untuk meneruskan kehidupan seharian dengan baik.

Disediakan oleh Disahkan oleh

( (
) )

16

You might also like