Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN (FSSK)

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN JASMANI) DENGAN


KEPUJIAN

QSI 3021: KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA (PADANG)

TAJUK: ACARA MEREJAM LEMBING

TUGASAN 2: MANUAL PERMAINAN KECIL

TUGASAN BERKUMPULAN: KUMPULAN 5

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK

ARNOALD DUFFREN SABRAN D20221104496

TUAN ALIM AZIM BIN TUAN MOHD NASIR D20221104486

MUHAMMAD RIYADI AFWAN BIN SULTAN D20221102128

NUR FARAH AISYAH BINTI MOHD ISAMUDDIN D20221102114

NUR AIMUNI AISYAH MUHAMMAD RIZAL D20221102122

KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN A

PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

i ISI KANDUNGAN i

1.0 PENGENALAN ACARA SUKAN 1

2.0 PERATURAN ACARA SUKAN 2-4

3.0 PENERANGAN KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DIKUASAI 5

4.0 NAMA PERMAINAN KECIL 6-8

5.0 TUJUAN PERMAINAN KECIL 9

6.0 PERALATAN 10-12

7.0 PROSEDUR PERMAINAN 13-15

8.0 GAMBAR RAJAH PERMAINAN 16

9.0 KAEDAH PENILAIAN/PEMBERIAN MARKAH (SKOR) 17

10.0 LAMPIRAN 18
1.0 PENGENALAN ACARA SUKAN

Acara merejam lembing atau acara javelin throw adalah acara rejaman yang tertua dalam
sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat kali pertama di dalam Sukan
Olimpik pada tahun 1896. Pada masa kini, acara ini merupakan salah satu acara padang yang
penting di dalam sukan olahraga. Acara merejam lembing ini dipertandingkan mengikut kategori
lelaki dan wanita.

Menurut Faozika (2010), acara merejam lembing atau dikenali juga sebagai acara javelin
throw adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Pada
zaman itu, acara lembing digunakan untuk memburu dan digunakan sebagai senjata dalam
peperangan.

Acara merejam lembing dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912.
Bermula pada tahun itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua
acara sukan dunia. Acara lembing ini juga sudah mula dipertandingkan di peringkat Negeri,
Daerah dan Sekolah.

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut
peraturan permainan dan merejam di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang acara
lembing ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi
atlet acara lembing ini ialah lembing dan kawasan merejam iaitu padang.

Menurut Cierasyidah (2017), Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam
campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala, bahagian pegangan
(grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala diperbuat daripada besi
berukuran 25cm sehingga 33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm sehingga 16cm
untuk acara kategori lelaki dan 14cm sehingga 15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18
tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing bagi kategori lelaki
ialah 800g manakala berat minimum bagi kategori wanita bawah 16 tahun ialah 600g. Panjang
lembing bagi kategori lelaki ialah 2.60m manakala bagi kategori perempuan ialah 2.20m.
2.0 PERATURAN ACARA SUKAN

Menurut Helen Ten (1996), peraturan merejam lembing terbahagi kepada empat iaitu:

1. Peraturan - peraturan Am merejam lembing


2. Penggunaan kasut
3. Pita pengukur
4. Kesilapan umum

Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing

· Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya.

· Semasa membuat rejaman, pemain mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan
lembing yang direjam mestilah mendarat dalam kawasan yang dibenarkan.

· Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar
bahagian kepala lembing menyentuh tanah dahulu.

· Pemain tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum


mendarat.

· Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau semasa berada di udara, rejaman
adalah sah.

· Sarung tangan tidak dibenarkan.

· Setiap pemain diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan
orang pemain. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan
setiap pemain. Lapan pemain terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke
pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.
Penggunaan Kasut

· Kasut yang paling sesuai digunakan oleh pemain dalam acara ini ialah spike.

· Jika pemain menggunakan kasut getah, pemain hendaklah memastikan kasut itu dalam
keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.

Pita Pengukur

· Pita pengukur yang digunakan mestilah yang lebih panjang ukurannya.

· Pengukuran dibuat bermula dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan
garisan penanda.

Kesalahan Umum

Secara am, berikut adalah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain acara merejam
lembing.

· Pemain tidak memegang lembing pada bahagian atau tempat yang dikhaskan.

· Pemain melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan.

· Pemain teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat
rejaman.

· Pemain tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk
melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda
‘arc’.

· Lembing yang direjam tidak mencecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya
sehingga tiada kesan cecahannya.

· Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang telah disediakan.

· Pemain terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman


sebelum lembing mendarat.
· Pemain meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda
‘arc’.

· Pemain gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang
diberi kepadanya.

· Pemain tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.


3.0 PENERANGAN KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DIKUASAI

Merejam lembing atau acara javelin throw adalah permainan yang memerlukan pelbagai
kemahiran bagi mengaplikasikan teknik dan menghasilkan tindakan yang berkesan semasa
merejam lembing. Kemahiran asas yang akan diberi penekanan di dalam tugasan ini adalah gaya
memegang lembing, gaya rejaman dan teknik merejam lembing.

Kemahiran asas yang terdapat dalam gaya memegang lembing terbahagi kepada tiga iaitu
Gaya Amerika, Gaya Finnish dan Gaya Pemegang - V atau Fork. Seterusnya, kemahiran asas
yang terdapat dalam gaya merejam lembing pula terbahagi kepada dua iaitu teknik merejam dari
atas bahu dan teknik merejam dari bawah bahu. Kemahiran asas yang terakhir yang perlu
dikuasai oleh pemain adalah teknik merejam lembing. Teknik merejam lembing terbahagi kepada
empat fasa iaiitu fasa persediaan, fasa lari landas, fasa rejaman dan fasa ikut lajak.

Akhir sekali, pemain wajarlah menguasai kesemua kemahiran asas dalam merejam
lembing. Hal ini kerana, apabila pemain berjaya menguasai kesemua kemahiran asas. Pemain
dapat melakukan aktiviti dan teknik merejam lembing dengan gaya yang betul.
4.0 NAMA PERMAINAN KECIL

Inovasi permainan kecil kumpulan kami dinamakan sebagai larian tic tac toe, coconut
knockdown dan dart. Kami memilih permainan ini kerana tugasan kami memberikan penekanan
kepada aspek kemahiran asas yang terdapat acara merejam lembing dan komponen kecergasan
yang terlibat dalam acara merejam lembing.

Kemahiran asas yang akan diberi penekanan di dalam tugasan ini adalah:

1. Gaya memegang lembing

GAYA AMERIKA GAYA FINNISH GAYA PEMEGANG - V /


FORK

2. Gaya rejaman

GAYA REJAMAN DARI ATAS BAHU GAYA REJAMAN DARI BAWAH BAHU
3. Teknik merejam lembing

FASA FASA LARI


FASA REJAMAN FASA IKUT
PERSEDIAAN LANDAS
LAJAK

Manakala komponen kecergasan yang terlibat dalam acara merejam lembing adalah:

1. Komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan


a) Fleksibiliti
● Keupayaan menggerakkan sendi-sendi pada julat pergerakan yang
maksima dengan licin dan rintangan yang minima
b) Kekuatan otot
● Keupayaan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya

2. Komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor


a) Kelajuan
● Keupayaan melakukan pergerakan dari satu titik ke titik yang lain dalam
jangka masa yang singkat
b) Kuasa
● Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Merujuk
kepada gabungan kekuatan dan kelajuan.
c) Imbangan
● Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan sama ada semasa
melakukan pergerakan (dinamik) atau pegun (statik)
d) Masa reaksi
● Keupayaan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan
untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu dengan tepat
5.0 TUJUAN PERMAINAN KECIL

BIL. NAMA PERMAINAN TUJUAN PERMAINAN

1. Larian tic tac toe Mengaplikasikan teknik larian dalam acara merejam
lembing sebelum pemain perlu menyelesaikan tiga tanda
berturut-turut sama ada dalam bentuk mendatar, menegak
atau menyerong.

2. Coconut knockdown Mengaplikasikan teknik merejam dari atas bahu dan dari
bawah bahu menggunakan bola.

3. Dart Mengaplikasikan teknik merejam dari atas bahu dan dari


bawah bahu sambil merejam dart ke arah sasaran.
6.0 PERALATAN

BIL. NAMA ALATAN KUANTITI GAMBAR

1. Lembing 3

2. Gelung 12

3. Bola besar 12

4. Bola kecik (tennis) 20


5. Kon kecik 12

6. Kon besar 6

7. Wisel 1

8. Papan sasaran 1
9. Dart 6

10. Marker 10
7.0 PROSEDUR PERMAINAN

BIL. NAMA PERMAINAN PROSEDUR PERMAINAN

1. Larian tic tac toe ● Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap


kumpulan mempunyai 5 orang pemain.
● Setiap ahli kumpulan dikehendaki beratur mengikut
barisan di belakang kon yang telah disediakan.
● Apabila permainan dimulakan. Setiap wakil
kumpulan dikehendaki berlari mengikut teknik fasa
lari landas yang betul.
● Pemain perlu berlari sehingga ke gelung pertama.
● Setelah itu, pemain perlu mengambil marker yang
telah disediakan di dalam gelung.
● Selepas itu, pemain perlu mengambil marker di
dalam gelung yang disediakan. Pemain perlu berlari
dan menyelesaikan tiga tanda berturut-turut sama
ada dalam bentuk mendatar, menegak atau
menyerong di dalam kotak tic tac toe yang
disediakan.
● Peserta dilarang untuk tidak mengaplikasikan
teknik larian landas.
● Setiap kumpulan perlu memastikan marker yang
berada di dalam kotak tic tac toe berada di dalam
kotak.
● Akhir sekali, setelah kumpulan pemain berjaya
menyelesaikan tiga tanda berturut-turut sama ada
dalam bentuk mendatar, menegak atau menyerong
di dalam kotak tic tac toe yang disediakan.
Kumpulan itu dikira sebagai pemenang.
2. Coconut knockdown ● Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai 5 orang pemain.
● Permainan ini mempunyai enam sasaran di
bahagian tengah.
● Penanda akan disediakan dan pemain perlu berdiri
di belakang penanda yang telah disediakan.
● Apabila permainan dimulakan. Pemain perlu
membaling bola ke arah sasaran sama ada
menggunakan teknik merejam dari atas bahu atau
dari bawah bahu.
● Apabila pemain berjaya membaling bola ke arah
sasaran menggunakan teknik rejaman dari atas bahu
atau rejaman dari bawah bahu sehingga sasaran
jatuh.
● Kumpulan itu dikira sebagai pemenang.

3. Dart ● Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap


kumpulan mempunyai 5 orang pemain.
● Setiap ahli kumpulan dikehendaki beratur mengikut
barisan di belakang kon yang telah disediakan.
● Apabila permainan dimulakan. Setiap wakil
kumpulan dikehendaki berlari mengikut teknik fasa
lari landas yang betul.
● Pemain perlu berlari sehingga ke gelung pertama.
● Setelah itu, pemain perlu mengambil dart yang
telah disediakan di dalam gelung.
● Selepas itu, pemain perlu mengambil dart di dalam
gelung yang disediakan.
● Pemain perlu merejam dart sama ada menggunakan
teknik merejam dari atas bahu atau dari bawah bahu
ke arah sasaran yang telah ditetapkan.
● Akhir sekali, pemain perlu keluar dari landasan
mengikut belakang atau pusing ke belakang. Jika
pemain keluar dari arah depan dan melepasi garisan
dikira batal.
● Kumpulan yang merejam dengan tepat mengikut
skor markah yang telah ditetapkan, dikira sebagai
pemenang.
8.0 GAMBAR RAJAH PERMAINAN

BIL. NAMA PERMAINAN GAMBAR PERMAINAN

1. LARIAN TIC TAC TOE

2. COCONUT KNOCKDOWN

3. DART
9.0 KAEDAH PENILAIAN/PEMBERIAN MARKAH (SKOR)

BIL. NAMA CARA PEMARKAHAN/PEMBERIAN (SKOR)


PERMAINAN

1. LARIAN TIC TAC ● Kumpulan atau pemain yang berjaya menyelesaikan


TOE
tiga tanda berturut-turut sama ada dalam bentuk
mendatar, menegak atau menyerong di dalam kotak
tic tac toe yang disediakan.
● Kumpulan itu dikira sebagai pemenang.

2. COCONUT ● Pemarkahan permainan ini dikira dengan cara


KNOCKDOWN
kumpulan atau pemain yang berjaya menjatuhkan
bola atau sasaran terlebih dahulu dimulai dengan sisi
kanan.
● Kumpulan atau pemain yang berjaya menjatuhkan
lebih daripada tiga bola kumpulan itu dikira sebagai
pemenang.

3. DART ● Cara pemarkahan permainan dart ini ialah melalui


point yang terdapat di dalam kotak sasaran.
● Pada kotak sasaran mempunyai lima warna iaitu
Oren dua markah, Merah empat markah, Hijau enam
markah, Biru lapan markah, dan Kuning sepuluh
markah.
● Kumpulan atau pemain yang berjaya merejam dart
tepat ke dalam petak sasaran mengikut skala markah
yang tertinggi di kira sebagai pemenang.
11.0 LAMPIRAN

Alatan permainan satu Alatan permainan satu Alatan permainan satu

Permainan satu: Permainan dua: Permainan tiga:

LARIAN TIC TAC TOE COCONUT DART


KNOCKDOWN

You might also like