Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

EKUITI PEMILIK SYARIKAT BERHAD

 Penyata Kedudukan Kewangan bagi syarikat mengikut syarat dan peraturan


dalam Akta Syarikat 2016
 Butiran yang ditunjukkan dalam PKK ialah Modal Diterbitkan dan Berbayar
Penuh
 Bilangan, jenis dan kadar dividen (Syer Keutamaan) perlu ditunjukkan
 Komponen Ekuiti Pemilik bagi syarikat, perkongsian dan milikan tunggal adalah
berbeza.
 Ini disebabkan oleh perbezaan struktur modal serta akauntabiliti penyumbang
modal terhadap jenis perniagaan.
DIVIDEN TUNAI

Dividen
 Sebahagian keuntungan yang dibayar oleh syarikat kepada pemegang syer
 Kadar dividen dikira dalam bentuk peratus atas Modal Diterbitkan dan Berbayar
Penuh atau nilai dividen sesyer
 Jumlah dividen bergantung kepada keuntungan yang diperoleh dan cadangan
daripada lembaga pengarah syarikat
 Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer dalam dua kaedah
- peratus atas nilai sesyer
- sen sesyer
 Dibayar ke atas Modal Diterbitkan dan Berbayar penuh
 Terdapat 2 jenis
 Dividen Interim - dibayar sebelum keuntungan sebenar diketahui
bayaran dibuat sebelum tempoh perakaunan berakhir
 Dividen Akhir - diisytiharkan selepas keuntungan sebenar diketahui
bayaran dibuat selepas tempoh perakaunan berakhir

Sebab berlakunya Dividen Tertunggak


 Prestasi syarikat yang tidak memuaskan menyebabkan keuntungan diperoleh
tidak mencukupi untuk membayar dividen kepada pemegang Syer Keutamaan
 Jumlah dividen ini menjadi tertunggak dan perlu dilunaskan pada tempoh
perakaunan yang berikutnya apabila keuntungan syarikat mencukupi
 Pemegang Syer Keutamaan berhak menerima dividen tertunggak

You might also like