Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS JURUACARA MAJLIS PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH DAERAH MARAN TAHUN 2018

ACARA SKRIP / TEKS

KETIBAAN KPP BTPN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan
Malaysia. Semua hadirin mohon berdiri.

LAGU NEGARAKU
Bagi menyemarakkan rasa cintakan negara dan negeri, marilah bersama kita menyanyikan
lagu Negaraku dan lagu ”Allah Selamatkan Sultan Kami”. Semua hadirin diminta
bersedia.
***********************Nyanyian lagu*************************
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin di atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

1
ACARA SKRIP / TEKS
Bismillahirahmanirrahim, Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh & salam sejahtera.

Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia,

Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran,
Yang Berbahagia, Puan Zuliana binti Mohamed, Ketua Serikandi Pahang, merangkap Ketua Wanita
Pakatan Harapan Pahang dan penyelaras Program Kembali Ke Sekolah Daerah Maran tahun 2018
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Maran,
Guru Besar-Guru Besar
Murid-murid
Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin sekalian

2
ACARA SKRIP / TEKS

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Moga majlis disambut ceria.

Segala puji bagi Allah, di atas limpah kurniaNya, kita bersama di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji
Ahmad Shah, Maran bagi menjayakan Majlis Program Kembali ke Sekolah Daerah Maran tahun 2018.

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri
Pendidikan Malaysia ke majlis ini.
Majlis turut mengalu-alukan kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian bagi menjayakan dan
memeriahkan majlis pada hari ini.

3
ACARA SKRIP / TEKS

Persembahan Hadirin sekalian,


Dari Simpang Renggam ke Maran
Singgah sebentar di bandar Pekan
Majlis dibuka dengan persembahan
Selamat Datang kami ucapkan

Justeru, dijemput murid-murid dari SK Paya pasir untuk membuat persembahan senam tari dan
tarian tradisional Pahang. Dipersilakan.
*********************Persembahan**********************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada murid-murid dari SK Paya Pasir yang telah
membuat persembahan sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan senam tari dan tarian
tradisional itu tadi telah dibimbing oleh . Terima kasih diucapkan.
Doa dipohon, restu dipinta, semoga majlis diberkati Yang Maha Esa. Bagi memohon keberkatan,
DOA
majlis menjemput Al-Fadil Ustaz Mohd. Suhairi bin Mohd. Nordin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
*****************************Bacaan Doa*******************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Mohd. Suhairi bin Mohd Nordin yang
telah memimpin bacaan doa sebentar tadi.

4
ACARA SKRIP / TEKS

Ucapan Ketua Hadirin sekalian,


Srikandi Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat ruoawan,
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis menjemput, Yang Berbahagia, Puan Zuliana binti Mohamed, Ketua Serikandi Pahang,
merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan Pahang dan penyelaras Program Kembali Ke Sekolah
Daerah Maran tahun 2018 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*******************Ucapan Ketua Serikandi **************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, Puan Zuliana binti
Mohamed, Ketua Serikandi Pahang, merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan Pahang dan
penyelaras Program Kembali Ke Sekolah Daerah Maran yang telah menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
Ucapan PPD Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Maka tak lengkaplah majlis jika tiada bicaranya

Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai

5
Pendidikan Daerah Maran, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**********************Ucapan KPPD Maran *********************
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Ahmad Nahran bin
Ishak, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang telah menyampaikan ucapan sebentar tadi.

ACARA SKRIP / TEKS


Ucapan Perasmi Hadirn sekalian,
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan, mohon diberi,
Sudilah rasmikan majlis ini

Kemuncak acara, majlis menjemput, Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan
Malaysia, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program kembali ke Sekolah
Peringkat Daerah Maran tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

6
*************************Ucapan KPP BTPN***********************
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri
Pendidikan Malaysia yang telah menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
ACARA Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian beg dan hadiah kecemerlangan
PENYAMPAIA UPSR. Majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai
N Pendidikan Daerah Maran, bagi mengiringi Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri
BEG/ANUGER Pendidikan Malaysia menyempurnakan majlis ini.
AH *********************** penyampaian beg*****************************
KECEMERLAN *********************** Hadiah kecemerlangan UPSR **********************
GAN

ACARA SKRIP / TEKS


Penyampaian Seterusnya dijemput Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Nahran bin Ishak, Ketua Pegawai
cenderamata Pendidikan Daerah Maran, untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaaan kepada Yang
Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang telah menyempurnakan
majlis pada hari ini.
Penutup Hadirin sekalian,
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penerima beg dan anugerah
kecemerlangan UPSR.
Dengan ini, Majlis Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Maran tahun 2018 melabuhkan
tirainya.
7
Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, Menteri
Pendidikan Malaysia dan semua hadirin kerana telah sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Maaf jua dipohon andai terdapat ketidaksempurnaan dalam mengendalikan majlis. Akhir kata salam
sayang salam penuh ceria dari pihak pengelola dengan ucapan
” Yang jauh kita dekatkan , Yang dekat kita mesra-mesrakan ”.
Sekian.Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Penggambaran Sekarang dijemput hadirin untuk sesi penggambaran.
Jamuan Dijemput Yang Berhormat, Dr. Maszlee bin Malik, hadirin sekalian ke majlis jamuan.
Kepada ibu bapa dan murid-murid, anda bolehlah menggunakan kupon makan yang diberi untuk
mengambil makanan.

You might also like