Contoh Kerja Lapangan Amalan Kitar Semula T3 - Membalik Buku Halaman 1-14 - FlipHTML5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Geogran nakatan 3 canton tarpon Si

Contoh Laporan Kerja Lapangan


..............................................................

SEKOLAH MENENGAH KEANGSAAN


SERI SEMANTAN, MENTAKAB
PAHANG

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN


RIMBA, MENTAIKAB, PAHANG

OLEH:
SITI AILINA BINTI HA KAMARUDDIN
TINGKATAN 3 BESTARI

© Penerbitan Pe/angi Sdn. Bhd.


'Geogran Taatan 3 conton taooran
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

Penghargaan
MUKA SURAT

Pendahuluan 1

Objektif Kajian 1

Kawasan Kajian 2

Kaedah Kajian 3

Hasil Kajian 3

Rumusan 10

Rujukan 11

Lampiran 12

O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Geogran noakatan 3 conton taro%a[Si
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Semantan, iaitu Puan Ramlah Binti Haji Kassim kerana memberi
kebenaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain utuk menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya yang dihormati, iaitu
Encik Khaidir bin Osman kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga
kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
tercinta kerana banyak memberi sokongan moral kepada saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya dan
semua responden serta orang sumber saya di Taman Rimba yang banyak memberi bantuan dan
kerjasama kepada saya sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk"Amalan Kitar Semula di Ta man Rimba, Mentakab" sebagai tajuk kajian saya.
Hal ini kerana kitar semula merupakan satu amalan penting yang sedang dititikberatkan oleh semua
pihak di negara kita. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kempen giat dijalankan di seluruh negara oleh agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program berkaitan dengan kitar semula. Selain itu, di
tempat ting gal saya, iaitu Ta man Rimba juga mempunyai sebuah pusat kitar semula yang memudahkan
saya untuk menjalankan kajian ini.
Saya diberi tempoh selama enam minggu untuk menyiapkan kajian ini, iaitu bermula daripada bulan
September hingga akhir bulan Oktober. Saya menjalankan kerja-kerja pengumpulan data dan
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini selepas waktu persekolahan atau pada hujung minggu.
Manakala kerja• kerja penulisan laporan pula dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi di dalam kelas.

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di Taman Rimba, Mentakab, Pa hang, saya dapat:
1. mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula
2. menyenaraikan jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula
3. mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian
4. mengenal pasti masalah atau halangan dalam menjalankan kitar semula di kawasan kajian
5. mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar
semula di kawasan kajian

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

'Geogran Taatan 3 conton taooran

KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Taman Rimba sebagai kawasan kajian saya. Taman Rimba merupakan salah satu
daripada taman yang terletak di Mukim Mentakab. Jarak di antara ta man ini dengan pusat bandar
Mentakab adalah kira-kira 3 km atau 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Keluasan kawasan
kajian saya adalah kira• kira 3 km persegi dan terletak di kawasan tanah pa mah yang rata.
Secara umumnya, Taman Rimba merupakan salah satu daripada taman perumahan yang
mempunyai bilangan penduduk yang padat di Mentakab kerana kedudukannya yang sangat
strategik. Berhampiran dengan Taman Rimba, terdapat beberapa buah taman perumahan lain seperti
Taman Saga, Taman Saga Indah, Taman Rimba Emas, Taman Rimba Permai dan Ta man Gopeng.
Saya memilih Taman Rimba sebagai kawasan kajian saya kerana saya tinggal di kawasan ini. Hal
ini memudahkan saya untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
Tambahan pula, di kawasan ini juga terdapat sebuah pusat kitar semula yang sesuai dengan tajuk
kajian saya.

Taman Rimba

I m Permai [] Layang

Taman Sri +
··/j...bl
■-'- U
Kedai
Taman r..-7 :;:
admahn Rumba ["] $
"1
Emas 2

Taman Rimba
■■■
■■■
■■■
■■■ Taman Saga

Taman
Gopeng
.a
]

Jalan Ka

PETUNJUK Jalan raya [.l Petem patan


[E]Masi

[lawasan kajian
[Hg Kea l
[El seoan
Peta 1 Kedudukan Taman Rimba

L-~================~==.:2J===================-_J

O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Ge ogran noakatan 3 conton taro%a[Si

KAEDAH
KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat dan data dalam kajian
ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
1.
Rujukan
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan, majalah dan Internet
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.
2.
Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat jenis-jenis bahan yang
dapat dikitar semula oleh penduduk di kawasan terse but.
3. Soal
selidik
Saal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden
yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan amalan kitar semula di kawasan
kajian. Di samping itu, kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah
atau halangan dalam menjalankan kitar semula di kawasan kajian serta langkah-langkah yang
dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

HASI L
KAJIAN

Konsep Kitar
Semula
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula bermaksud kaedah atau teknik untuk memproses
bahan• bahan seperti kertas, botol dan tin yang telah digunakan untuk menghasilkan barangan baharu
yang dapat digunakan semula. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 672) pula, kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan
menghasilkan keluaran semula. Secara umumnya, kitar semula boleh dimaksudkan sebagai satu kaedah
untuk memproses semula barang-barang terpakai untuk menghasilkan barangan baharu yang dapat
digunakan semula. Contoh barang-barang yang dapat dikitar semula ialah bahan-bahan plastik, kertas,
botol kaca dan barangan besi.

Jenis-jenis bahan yang dapat dikitar


semula
Loga
m
Bahan-bahan logam seperti aluminium dan besi merupakan bahan yang banyak dikitar semula
oleh penduduk di kawasan kajian kerana harganya yang lebih tinggi berbanding dengan bahan-
bahan lain. Contoh bahan-bahan logam yang dikitar semula ialah tin minuman, bahan-bahan besi dan
log am daripada barangan elektrik yang sudah rosak dan tin-tin makanan seperti tin biskut, tin sardin
dan sebagainya.
Kerta
s
Jenis-jenis kertas yang dihantar oleh penduduk di kawasan kajian untuk dikitar semula adalah seperti
surat khabar lama, majalah lama, risalah, buku-buku lama, kad-kad dan kalendar terpakai.

L-~=================...:3>===================~_J
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
'Geogran Taatan 3 conton taooran

Plasti
k
Plastik merupakan salah sejenis barangan yang banyak dihantar oleh penduduk di kawasan kajian ke
pusat kitar semula. Antara barangan plastik yang boleh dikitar semula ialah cawan plastik, botol plastik,
pinggan plastik, baldi plastik dan bekas makanan plastik.
Kae
a
Semua jenis barangan kaca juga boleh dikitar semula. Contoh-contoh barangan kaca yang dihantar
ke pusat kitar semula di kawasan kajian untuk dikitar semula termasuklah botol minuman, bekas
makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis barangan kaca ini boleh digunakan semula
setelah melalui proses pembersihan.
Geta
h
Sela in barangan plastik, barangan getah seperti tayar-tayar kenderaan, pelampung, hos air dan tiub
basikal juga merupakan bahan-bahan yang dihantar oleh penduduk di kawasan kajian untuk dikitar
semula.

Kepentingan amalan kitar semula di Toman Rimba,


Mentakab
1. Mengurangkan
pencemaran
Kitar semula sangat penting kerana dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
berpunca daripada sampah sarap yang dibuang oleh penduduk ke dalam tong sampah atau
tapak-tapak pelupusan sampah. Melalui soal selidik yang dijalankan, didapati sebanyak 35%
daripada responden berpendapat bahawa amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk di
kawasan kajian dapat mengurangkan masalah pencemaran yang disebabkan oleh sampah sisa
pepejal seperti kertas, plastik, kotak, kaca, aluminium dan sebagainya. Amalan kitar semula ini adalah
penting untuk memastikan bahawa alam sekitar di kawasan kajian adalah bebas daripada
pencemaran sisa pepejal. Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat menghindarkan
penduduk di kawasan ini daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus, la lat,
Ii pas dan nyamuk.
2. Menambahkan pendapatan
penduduk
Melalui soal selidik yang dijalankan didapati bahawa sebahagian besardaripada responden
berpendapat bahawa amalan kitar semula dapat menambahkan pendapatan penduduk.
Bahan-bahan terpakai seperti aluminium, kertas, besi dan plastik mempunyai harga tertentu di
pasaran. Dengan menjual barang-barang tersebut yang dikumpulkan kepada pihak kilang
pengumpulan bahan-bahan kitar semula, penduduk di kawasan kajian dapat menjana
pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup mereka. Wang hasil daripada penjualan
barang-barang terpakai ini dapat digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian
mereka.
Sebagai contoh, salah seorang daripada responden memberi tahu bahawa setiap bulan
beliau
memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM200 hingga RM300 hasil daripada penjualan
barang• barang terpakai seperti tin minuman, botol kaca, kotak, kertas, surat khabar lama dan
bahan-bahan plastik ke kilang kitar semula yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hasil
pendapatan sampingan tersebut sangat penting untuk menampung perbelanjaan harian
keluarganya kerana beliau hanya bekerja sebagai pencuci kereta dengan pendapatan tetap kira-
kira RM1 000 sebulan sahaja.
L-~===============~=.,,:4J==================~_J

O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Ge ogran noakatan 3 conton taro%a[Si

3. Menjimatkan kos dan sumber alam


Amalan kitar semula sangat penting kerana dapat menjimatkan kos dan sumber alam.
Menurut kajian yang dijalankan, penduduk di kawasan Taman Rimba berpendapat bahawa
kitar semula dapat menjimatkan kos pengurusan sampah oleh Majlis Perbandaran Temerloh
(MPT). Hal ini kerana dengan melaksanakan kitar semula, jumlah sampah sarap yang terpaksa
dikutip dan dihantar ke tapak pelupusan sampah semakin berkurangan. Dengan cara ini, dapat
menjimatkan kos pengurusan dan penyelenggaraan sampah yang terpaksa ditanggung oleh majlis
perbandaran di kawasan terse but. Selain menjimatkan kos, kitar semula juga dapat menjimatkan
penggunaan sumber a lam yang semakin berkurangan. Sebagai contoh, untuk menghasilkan satu
tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Oleh yang demikian, dengan mengitar
semula kertas, kita dapat menjimatkan bilangan pokok yang terpaksa ditebang. Melalui cara ini,
kita dapat memelihara sumber hutan di negara kita dan mewariskan khazanah hutan yang tidak
ternilai ini kepada generasi akan datang.
4. Untuk menceriakan persekitaran
Amalan kitar semula sangat penting kerana dapat menceriakan persekitaran tempat tinggal kita.
Melalui pemerhatian saya, kitar semula dapat membantu menceriakan persekitaran alam sekitar di
kawasan kajian daripada longgokan sampah sarap yang menyakitkan mata. Hal ini kerana apabila
bahan-bahan terbuang seperti botol-botol minimum plastik, kertas, surat khabar lama dan tin
makanan dikutip untuk dikitar semula, secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan
sampah sarap yang terdapat di kawasan kajian. Dengan cara ini, kita dapat memastikan alam sekitar
kawasan persekitaran kita sentiasa bersih, ceria dan indah.

Jadual 1: Kepentingan kitar semula di Toman Rimba mengikut responden

Kepentingan kitar semula Bilangan responden

Menambahkan pendapatan penduduk 8

Mengurangkan pencemaran 7

Menjimatkan kos dan sumber alam 3

Menceriakan persekitaran 2

Jumlah 20

(Sumber: Hasil soal selidik)


L-~===================-5>====================-_J

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


'Geogran Taatan 3 conton taooran

PENTUNJUK
pMenambah
pendapatan
penduduk
[ Mengurangkan pencemaran
D Menjimatkan kos dan sumber alam
■ Menceriakan persekitaran

Graf 1: Graf bar mudah

(Sumber: Hasil soal selidik)

Masalah dan halangan amalan kitar semula di Toman Rimba

1. Kurang pusat pengumpulan


Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi
oleh penduduk di Taman Rimba dalam menjalankan kitar semula ialah kekurangan pusat
pengumpulan. Hal ini kerana di Taman Rimba hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan
kitar semula yang diusahakan oleh pihak NGO. Pusat pengumpulan ini hanya dibuka 3 hari dalam
seminggu, iaitu pada hari lsnin, Khamis dan Ahad. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk
menghantar barangan kitar semula ke pusat ini kerana waktu operasinya pada sebelah pagi
sahaja, iaitu dari pukul 8.00 paggi hingga 11.00 pagi. Selain itu, pusat kitar semula ini tidak
menyediakan perkhidmatan mengambil barangan sekitar semula dari rumah ke rumah. Mereka
hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar sendiri oleh penduduk ke pusat kitar semula
tersebut. Masalah ini menyebabkan penduduk di Taman Rimba sukar untuk menjalankan aktiviti
kitar semula.

2. Harga terlalu rendah


Harga yang terlalu rendah menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan
daripada penduduk di kawasan kajian. Sebagai contoh, harga sekilogram surat khabar lama hanya
dibeli dengan harga 10 sen sahaja oleh kilang pengumpulan bahan kitar semula. Harga yang terlalu
rendah ini seolah• olah tidak berbaloi dengan tenaga yang terpaksa digunakan untuk
mengumpulkan bahan-bahan kitar semula terse but. Hal ini menyebabkan penduduk di kawasan
kajian tidak berminat untuk menjalankan kitar semula. Mereka lebih senang membuang barang-
barang yang dapat dikitar semula seperti kertas, plastik dan kaca ke dalam tong sampah
daripada menjualnya kerana tidak menguntungkannya disebabkan harga yang terlalu rendah.

L-~================~==.:6J===================-_J
O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ge ogran noakatan 3 conton taro%a[Si

Foto 1: Pusot kitar semula di Taman Rimba,


Mentakab

Foto 2: Pekerja sedang mengasingkan bahan kitar


semula

L-~=================""""~
J==================~_J
,
/
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
'Geogran Taatan 3 conton taooran

3. Kurang pengetahuan dan kesedaran


Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk di kawasan Taman Rimba membuang bahan-
bahan yang boleh dikitar semula kerana kekurangan pengetahuan dan kesedaran tentang
kepentingan amalan kitar semula. Bagi mereka, membuang bahan-bahan tersebut ke dalam
tong sampah adalah lebih senang daripada mengumpulkannya untuk dikitar semula. Contoh
bahan-bahan yang boleh dikitar semula yang selalu dibuang oleh penduduk di kawasan kajian
termasuklah tin-tin minuman, bekas• bekas makanan dan botol-botol air minuman plastik yang
telah digunakan. Bagi sesetengah penduduk di kawasan ini, mengumpul bahan-bahan yang
boleh dikitar semula ini hanya membuang masa dan tenaga mereka sahaja dan tidak memberi
apa-apa kepentingan atau keuntungan kepada diri mereka. Kekurangan pengetahuan tentang
pentingnya amalan kitar semula ini menyebabkan mereka tidak sedar bahawa dengan cara
mengitar semula bahan-bahan tersebut, kita sebenarnya dapat mengurangkan bilangan sampah
sarap yang dibuang. Usaha ini seterusnya dapt memelihara alam sekitar daripada pencemaran
sisa-sisa pepejal.

4. Sikap penduduk
Hasil daripada pemerhatian saya, masalah utama amalan kitar semula ini kurang mendapat
sambutan di kawasan kajian adalah disebabkan oleh sikap sesetengah penduduknya yang malas
untuk mengasingkan bahan-bahan kitar semula mengikutjenisnya dengan sisa-sisa buangan yang
lain. Mereka lebih suka melonggokkan semua sisa pepejal serperti kertas, plastik dan kaca serta
sisa-sisa makanan ke dalam satu tong sampah yang sama tan pa mengasingkannya mengikut
jenisnya. Sikap penduduk tidak mementingkan amalan kitar semula ini menyebabkan mereka
membuang begitu sahaja semua barangan yang boleh dikitar semula atau membakarnya tanpa
menghantarnya ke pusat kitar semula yang terletak di kawasan kajian.

Longkoh-longkoh untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semulo di kawasan


Taman
Rimba, Mentakab
1. Kempen
SebanyakS orang responden berpendapat bahawa pelbagai kempen mengenai kepentingan
kitarsemula patut dipergiatkan di kawasan kajian. Conteh kempen kesedaran yang boleh diadakan
seperti "Kempen Hari Alam Sekitar", "Kempen Hari Kitar Semula" dan "Kempen Hari Tanpa Beg
Plastik". Tujuan kempen kesedaran ini diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat di kawasan
ini tentang pentingnya usaha memelihara a lam sekitaruntu kgenerasi akan datang. Sela in itu,
kempen kesedaran ini juga bertujuan u ntuk melahirkan masyarakat yang lebih peka dan prihatin
terhadap segala usaha kitar semula yang dijalankan di kawasan ini. Dalam kempen ini, amalan 3R,
iaitu Reduce, Reuse dan Recycle perlu ditekankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di
kawasan ini tentang pentingnya usaha menguruskan sisa pepejal secara mampan supaya kurang
mencemarkan alam sekitar.

L-~===================<.8>====================-.!I
O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ge ogran noakatan 3 conton taro%a[Si

2. Menyediakan pusat pengumpulan


Daripada kajian yang dijalankan, kebanyakan responden berpendapat bahawa pihak berkuasa
tempatan patut memperbanyakkan pusat pengumpulan kitar semula dalam usaha untuk
menarik penduduk di kawasan kajian dalam mengamalkan amalan kitar semula. Hal ini kerana
di kawasan kajian cuma terdapat sebuah pusat pengumpulan kitar semula yang diusahakan
oleh pihak NGO. Keadaan ini menyusahkan penduduk di kawasan kajian yang hendak menghantar
barang-barang kitar semula ke pusat ini kerana hanya dibuka 3 kali dalam seminggu. Sekiranya
pihak kerajaan tempatan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan, hal ini akan
menyenangkan penduduk di kawasan ini dalam menjalankan kitar semula. Langkah ini adalah
penting untuk memastikan aktiviti kitar semula di kawasan ini dapat dijalankan dengan lebih la near
lagi.

3. Gotong-royong
Menu rut soal selidik yang dijalankan, terdapat 3 orang responden mencadangkan supaya aktiviti
gotong• royong diadakan di kawasan kajian untuk membersihkan persekitaran dan mengumpul
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Aktiviti gotong-royong ini boleh dijalankan sekurang-
kurangnya dua bulan sekali untuk membantu masyarakat di kawasan kajian mengamalkan kitar
semula dan mengurangkan jumlah sampah yang dibuang. Usaha ini adalah penting untuk
memastikan semua lapisan masyarakat di kawasan ini berganding bahu dan bekerjasama dalam
menjayakan program kitar semula ini. Melalui aktiviti gotong- royong ini, dapat menyemai sikap
bertanggungjawab dan prihatin dalam kalangan masyarakat untuk sama-sama memelihara alam
sekitar. Di samping itu, aktiviti gotong-royong ini juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim
masyarakat di kawasan kajian.

4. Pendidikan
Sebanyak 2 orang responden berpendapat bahawa pendidikan dapat memberikan kesedaran
kepada masyarakat, terutama generasi muda tentang kepentingan amalan kitar semula. Melalui
pendidikan, kita dapat menyemai perasaan tanggungjawab dan cinta akan a lam sekitar dalam diri
murid-murid sejak dari prasekolah lagi. Di sekolah, guru-guru dengan kerjasama Kelab Alam
Sekitar boleh mengadakan pelbagai pertandingan untuk menggalakkan murid-murid mengamalkan
kitar semula. Pelbagai hadiah boleh disediakan untuk menarik minat murid-murid mengambil
bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Melalui cara ini, kita dapat menggalakkan amalan
kitar semula dalam kalangan murid dan guru di sekolah.

L-~================ """"'9✓J==================~_J

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

'Geogran Taatan 3 conton taooran


RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan, saya dapat memahami tentang kepentingan
amalan kitar semula di kawasan Taman Rimba. Dengan mengamalkan kitar semula, kita dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pembuangan sisa pepejal di samping
dapat menceriakan persekitaran tern pat ting gal kita. Sela in ini, kitar semula jug a dapat menjana
pendapatan sampingan kepada penduduk di kawasan ini.
Dalam menjalankan kitar semula, pelbagai masalah telah dihadapi oleh penduduk di kawasan
Taman Rimba. Antaranya ialah kekurangan tempat pengumpulan, harga terlalu rendah, kurang
pengetahuan dan kesedaran serta sikap penduduk itu sendiri.
Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah atau halangan kitar semula. Antaranya
adalah dengan mengadakan kempen, menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan, bergotong-
royong dan melalui pendidikan.
Akhir kata, amalan kitar semula ini perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat
di negara kita, terutamanya generasi muda demi mengekalkan keindahan alam sekitar ini.

L- ~ = = = = = = = = = = = = = = = = = .... tO>== = = = = = = = = = =
= = = = = = = ~ ~

O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Ge ogran noakatan 3 conton taro%a[Si
RUJUKAN

Buku

Aw Soon Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai Yoeng & Nik Idris Nik Muha med, 2017. Focus PT3
Geograf Tingkatan 1, 2 & 3. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Keng Su Seng, 2002. Geograf Alam Sekitar Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tan Koh

Lim & Wong Sin Yoon, 2011. Atlas Eksplorasi Geograf Tingkatan 1 - 5. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Orang Sumber
Encik Khoo Sin Eng, 38 tahun, No. 13, Jalan Jati, Taman Rimba, 28400 Mentakab, Pa

hang. Encik Nik Halim Bin Abdul Rahim, SO tahun, No. 2, Jalan Ara, 28400 Mentakab, Pa

hang. Puan Lai Yong Ying, 30 tahun, No. 22, Jalan Seraya, 28400 Mentakab, Pa hang.

Puan Shanti A/P Siva Muthu, 40 tahun, No. 18, Jalan Semarak Api, 28400 Mentakab, Pahang.

Internet
http://www.kosmo.com.my

https://www.scribd.com

http://umi-

nazihah.blogspot.com

L-~=================""·~ J==================-
,
_J
/

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


'Geogran Taatan 3 conton taooran

LAMPIRAN
Borang Temu
Bual
Kerja Lapangan
Geografi
Tajuk: Amalan Kitar Semula di Taman Rimba, Mentakab,
Pahang

Bagi setiap item, sila tandakan (V) atau isi tempat kosong pada ruang yang berkenaan.

Sahagian A: Latar Belakang Responden

1. Nama responden
2. Jantina
3. Umur

4. Alamat

Bahagian B: Pengetahuan Am Tentang Kitar Semula


1. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan kitar semula di kawasan anda?
) Mengurangkan pencemaran
) Menambahkan pendapatan penduduk
) Menceriakan kawasan sekitar
) Menjimatkan kos dan sumber lain
) Lain-lain. Sila nyatakan: _

2. Apakah masalah atau halangan yang anda hadapi semasa menjalankan kitar semula di
kawasan anda?
) Harga terlalu rendah
) Sikap penduduk
) Kurang pusat pengumpulan
) Kurang pengetahuan dan kesedaran
) Lain-lain. Sila nyatakan: _

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai dijalankan untuk mengatasi
masalah dalam melaksanakan kitar semula di kawasan anda?
) Pendidikan
) Kempen
) Gotong-royong
) Menyediakan pusat pengumpulan
) Lain-lain. Sila nyatakan: _

L- ~ = = = = = = = = = = = = = = = =~~--.... 12>== = = = = = = = = = =
= = = = = = = ~ ~

O Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

You might also like