Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

5.

2 PERANAN INTERNET DALAM MELUASKAN PELUANG PERNIAGAAN


SYARIKAT GRAB

Menurut Damir (2021) Internet membawa maksud rangkaian global komputer dan
komunikasi digital yang membolehkan pengguna mengakses maklumat di seluruh dunia
daripada rangkaian.

5.2.1 E-Dagang

Menurut Richard Protheroe (2023) E – Dagang ialah proses membeli dan menjual
hasil melalui cara elektronik seperti melalui aplikasi mudah alih internet. E – Dagang
mempunyai banyak faedah terhadap syarikat Grab, antaranya ialah kaedah pembayaran
fleksibel untuk pelanggan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelanggan lebih
berkemungkinan membuat pembelian berjumlah besar sekiranya mereka mempunyai pilihan
untuk bayar sekarang, bayar bulan hadapan atau melebihi 4 ansuran dengan PayLater. Selain
itu, faedah E – Dagang terhadap syarikat Grab ialah tidak mempunyai risiko dalam
pembayaran dan pelanggan dapat membayar dengan pantas. Hal ini kerana pelanggan dapat
membuat pembayaran mengguakan dua aplikasi yang disediakan oleh syarikat Grab iaitu
GrabPay dan PayLetter.

Terdapat beberapa peranan E – Dagang terhadap Syarikat Grab, antaranya ialah dapat
menjadikan perniagaan kecil berkembang maju. Menurut Muhammad Arief Che Soh (2020)
Aplikasi penyediaan perkhidmatan harian pengguna, Grab memperkenalkan ‘Food Courts by
GrabFood’ untuk membantu perniaga kecil dan tradisional mengambil bahagian dalam
ekonomi digital selain dapat mengembangkan perniagaan. Muhammad Arief Che Soh juga
menyatakan bahawa mereka menumpukan usaha kami untuk mewujudkan platform inklusif
yang boleh digunakan oleh perniagaan tradisional bagi meningkatkan jualan mereka dalam
keadaan normal baharu. Dengan rangkaian penghataran yang boleh dipercayai dan komuniti
pengguna yang besar di seluruh negara, mereka berharap dapat memainkan peranan dalam
memainkan peranan dalam membantu melestarikan budaya Malaysia yang dekat di hati
mereka. Kudo, sebuah syarikat pembayaran permulaan dalam talian Indonesia. Grab akan
menyatupadukan pasukan dan platform Kudo dengan platform pembayaran mudah alih
proprietarinya sendiri, GrabPay. Grab tidak mendedahkan nilai tawaran tersebut. Ini adalah
permainan berpindah ke kelab dengan Uber untuk perjalanan. Selera yang merebut untuk
pertumbuhan pastinya berkembang melangkaui menguasai sektor pagar pengembaraan
ASEAN.

Menurut Dr. Nurhaiza Nordin (2022) corak pembelian secara atas talian semakin
meningkat semasa pandemik covid-19. Hal ini kerana pasaran dunia mengalami perubahan
semasa berlakunya pandemik covid-19. Seluruh industri dan pangkalan pelanggan telah
beralih kepada pesanan dalam talian dan penghantaran terus ke rumah. Dr. Nurhaiza Nordin
juga menyatakan bahawa 61 peratus rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit semasa
membuat pembelian dalam talian. Antara platform e-dagang yang terkenal dan mendapat
perhatian yang tinggi dari pengguna ialah Lazada, Shopee, Mudah.my, Taobao, Carousell,
eBay, dan Amazon.

5.2.1 GPS

Menurut Namri Sidek (2018) Global Positioning System (GPS) merupakan sebuah
sistem navigasi satelit (satnav) yang menggunakan penerima isyarat radio untuk mengesan
isyarat yang dipancarkan oleh satelit mengobrit bumi. Menurut Aminajekri (2021) GPS
membawa maksud satu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa
kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca. GPS diperkenalkan oleh Jabatan
pertahanan Amerika. Nama rasmi bagi GPS ialah NAVSTAR-GPS. GPS dapat berfungsi
melalui tiga segmen, seperti Segmen Kawalan, Segmen Angkasa, dan Segmen Pengguna.
Menurut Namri Sidek (2018) GPS berfungsi melalui jalinan-jalinan satelit di udara yang
berada dalam orbit pertengahan Bumi atau “Middle Earth Orbit”, kira-kira 20,200 km dari
permukaan bumi. Setiap satu satelit GPS berpusing sebanyak 2 kali mengelilingi bumi setiap
hari, pada kelajuan 14,000 km/j.

Menurut Grab (2022) dengan Navigasi Grab (Beta), kini Grab boleh kekal dalam
aplikasi pemandu pada sepanjang perjalana. Ini membantu Grab untuk memandu dengan
lebih lancar dan memberi lebih tumpuan ke atas jalan raya. Laluan pada Navigasi Grab akan
dipilih atau dicadangkan berdasarkan laluan terpantas pada masa tempahan atau pesanan
diterima. Ini bermaksud pengguna akan ditunjukkan laluan yang mempunyai tempoh
perjalanan tersingkat. Menurut Dr. Mardina Abdullah GPS digunakan untuk menentukan
sesuatu tempat. Dengan gabungan peta digital dan GPS, pengguna boleh melihat kedudukan
mereka pada peta tersebut sama ada dalam kedudukan statik ataupun bergerak.
Terdapat pelbagai kegunaan GPS, antaranya ialah memudahkan pemandu untuk menuju ke
destinasi yang ingin dituju. Menurut Dr. Suzielah dan Dr. Nur Izzi Md Yusoff (2022) terdapat
pelbagai saluran maklumat atau papan tanda arah dan jarak jalan dipasang di sisi jalan raya
bagi memudahkan pemandu. Seiring kemajuan teknologi, pengguna kini boleh mendapat
maklumat jalan raya dan arah menerusi aplikasi dalam talian atau peranti sistem kedudukan
global (GPS). Dengan bantuan GPS pemandu disiapkan dengan maklumat awal mengenai
laluan ke lokasi tanpa bergantung kepada peta. Walaupun pengguna mungkin terlepas
simpang, GPS akan mengira semula laluan secara automatik dan membantu pemandu ke
tempat dituju.

Selain itu, GPS juga akan meningkatkan keselamatan pemanduan malam kerana ia
memberi maklumat setiap simpang, jarak anggaran dan tanjakan di hadapan sebelum
pemandu dapat melihatnya. Namun, sistem GPS dianggap bukan penyelesaian sepenuhnya
bagi memudahkan pemandu untuk memandu ke tempat di tuju. GPS juga digunakan untuk
penjejakan kurier bagi membantu pengurus memantau tingkah laku pemandu mereka dan
aktiviti setiap kenderaan. Sekiranya berlaku kecurian kenderaan, GPS akan membantu
syarikat mencari lokasi kenderaan semasa dan mengambilnya dengan segera.

You might also like