Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN MAJLIS HARI ANUGERAH

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi Majlis

Yang berusaha, En. Welter Bin Petrus, Guru Besar SK Tangkungon Telupid, Pn. Celes�na Jinnat
Ezzin, Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Welly Balingi, Penolong Kanak Hal ehwal Pelajar, Para guru-guru,
ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat pagi, Salam Perpaduan dan salam Malaysia
Madani saya ucapkan.

Pada hari yang sungguh is�mewa ini, marilah kita bersyukur kepada tuhan kerana sekali lagi
kita berkesempatan untuk berkumpul bagi merayakan anugerah akademik yang gilang gemilang ini.
Tahniah kepada para pelajar yang telah berusaha gigih dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam
pelajaran secara keseluruhannya. Penghargaan ini adalah hasil dari kerja keras, ketekunan, dan
dedikasi kalian. Bagi murid yang �dak terpilih, janganlah berduka cita dan berputus asa, jadikanlah
kejayaan rakan-rakan kamu ini sebagai batu loncatan dan pembakar semangat kamu untuk menempa
kejayaan pada masa hadapan.

Tidak dilupakan juga kepada para guru yang telah memberikan ilmu dan panduan kepada para
pelajar dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tanpa bimbingan dan usaha daripada guru-guru,
maka �dak akan adalah majlis meraikan kecemerlangan pelajar seper� hari ini. Kamu adalah �ang
kejayaan akademik pelajar-pelajar kita, Terima kasih cikgu.

Murid-murid yang dikasihi sekali,

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada
pihak Ibu Bapa SK Tangkungon yang telah memberikan komitmen dan Kerjasama yang jitu dalam
menjayakan aspirasi sekolah ini secara langsung ataupun �dak langsung. Pelbagai Kerjasama telah kita
jalinkan bersama pihak sekolah yang secara langsung telah memberikan impak yang sangat posi�f
terhadap perkembangan anak-anak kita di sekolah.

Marilah kita teruskan semangat ini untuk mencapai lebih banyak pencapaian yang gemilang. Ingatlah,
se�ap usaha yang kita tanamkan pada hari ini akan tuai kejayaannya pada masa depan. Tahniah sekali
lagi kepada semua penerima anugerah dan semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua
untuk terus berusaha.

Akhir kata , dengan ini saya merasmikan ‘ MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2023/2024 ‘

Sekilan Terima kasih

You might also like