Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Asian People Journal (APJ)

eISSN : 2600-8971, Volume 1, Issue 1 (2018), PP 01-11


www.uniszajournals.com/apj

CABARAN KELUARGA DALAM MEMBANTU PEMULIHAN


PENAGIH OPIAT
Farah Syazrah Mohd Ghazalli1 , *Norizan Abdul Ghani2, Berhanundin
Abdullah3, Wan Mohd Yusof Wan Chik4 , Mohamad Anislan Zakaria5
1,2
Faculty of Applied Social Sciences, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
3,4,5
Faculty of Islamic Contemporary Studies, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

*Penulis Koresponden: Norizan Abdul Ghani


norizabd@unisza.edu.my

Abstrak : Pengenalan:Pemulihan dadah termasuk opiat merupakan satu proses yang memerlukan tempoh yang
lama mahupun sepanjang hayat. Pemulihan ini tidak hanya memerlukan motivasi diri penagih malah sokongan
keluarga juga diperlukan sebagai bantuan luaran. Sokongan keluarga ditakrifkan sebagai bantuan yang
diberikan oleh keluarga menerusi interaksi, khusus untuk membantu penagih mengurus stres dalam kehidupan.
Objektif: Kertas kerja ini bertujuan melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh keluarga dalam membantu
penagih dalam kalangan ahli keluarga mengikuti proses pemulihan. Metodologi: Pengumpulan data dilakukan
menerusi temu bual berkumpulan (Focus Group Discussion) melibatkan 10 buah keluarga di Terengganu dan
data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian NVIVO. Dapatan: Enam cabaran yang dihadapi oleh
keluarga sepanjang membantu penagih sama ada dalam kalangan keluarga sendiri, diri penagih, mahupun
persekitaran luar. Kesimpulan: Kesukaran yang dihadapi oleh keluarga menjadi cabaran kepada kesungguhan
usaha membantu penagih untuk meninggalkan ketagihan.

Kata Kunci: Cabaran Sokongan, Pemulihan, Dadah Dalam Keluarga, Penagih Dadah, Dadah

Abstract: Introduction: Recovering addiction through rehabilitation is a time consuming process if it does not
cost a life time. It does not only require for the addicts’ self-motivation, but also demands for their family’s
support as an external assistance. Family support is thus defined as family-given assistance through a special
interaction by which the addicts are able to manage their stress. Nevertheless, the families admit that they
stumbled across many challenges while helping a recovering addict. Objective: This paper aims to look at the
challenges that the family faces while helping the addict among them to follow recovery process. Methodology:
Data collection is made possible through a Focus Group Discussion with 10 families who reside in Terengganu.
The collected data were analysed using descriptive analysis and NVIVO. Findings: The study discovers six
challenges faced by the family as they help their addict member. These challenges may result from within the
family itself, or the addict or the surrounding. Conclusion: The predicament that the family encounter is
another challenge to our effort to help the addicts to end their addiction.

Key Words: Support Challenge, Recovery, Drug in Family, Drug Addict, Drug

Pengenalan
Opiat merupakan kumpulan dadah yang terdiri daripada heroin, morfin, kodein, candu dan
metadon (ACREDA, 2014) sementara dadah jenis heroin dan morfin merupakan jenis dadah
yang paling tinggi di ambil di Malaysia dengan 60.47 peratus bersamaan 16,616 kes yang
direkodkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi tahun 2015. 54.87 peratus daripada kes
tersebut adalah penagih baru dan 78.65 peratus adalah kes berulang (AADK, 2015). Bilangan
www.apjunisza.my 1 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
kes opiat merujuk kepada heroin dan morfin kekal menjadi kes tertinggi berdasarkan laporan
yang dikeluarkan oleh AADK pada tahun 2013 sehingga 2015.
Usaha pemulihan dadah jenis heroin di Malaysia bermula sekitar 1980-an di mana
dengan pelbagai strategi dilakukan termasuklah mewajibkan penagih dadah jenis heroin yang
dibuktikan positif untuk mengikuti pemulihan di institusi atau lebih dikenali sebagai pusat
serenti (Noorzurani, Rusdi, Mahmood & Habil, 2012). Sepanjang usaha tersebut pelbagai
cabaran yang dihadapi dalam mendepani masalah dadah sebagai musuh utama negara dan
cabaran ini bukan hanya perlu dihadapi di peringkat negara sebaliknya turut dihadapi di
peringkat komuniti dan keluarga.
Di peringkat negara, penagih dadah jenis heroin yang disahkan positif lazimnya
ditempatkan di institusi pemulihan menerusi peruntukan perundangan telah menimbulkan
kesukaran pemulihan kerana penagih tidak hadir dengan kerelaan. Selain itu, pada awal usaha
pemulihan tidak melibatkan pendekatan rawatan perubatan (Noorzurani, Rusdi, Mahmood &
Habil, 2012).
Di peringkat komuniti, cabaran terbesar kepada usaha pemulihan adalah stigma yang
dihadapi oleh penagih. Stigma tidak hanya berlaku di Malaysia malah penagih dadah di
China dan Vietnam turut mengalami keadaan yang sama kerana kurangnya pengetahuan
dalam kalangan masyarakat (Latkin et. al., 2016; Luo, 2013). Kesan stigma bukan hanya
dirasai oleh psikologi penagih sebaliknya turut mempengaruhi kehidupan sosial diri penagih
seperti kesukaran mendapatkan pekerjaan, kediaman untuk disewa malah turut dirasai dalam
rawatan perubatan yang diikuti oleh penagih (Gunnison & Helfgott, 2011; Latkin, Davey-
Rothwell, Jing & Crawford, 2012). Stigma, didefinisikan sebagai ciri-ciri atau tanda malu
(Merriam-Webster, 2017) dan keluarga juga tidak terlepas daripada terkesan dengan stigma
kepada penagih. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada layanan keluarga kepada penagih
akibat pengaruh emosi sehingga menyebabkan gangguan kepada interaksi dalam keluarga.
Gangguan dalam interaksi keluarga berlaku seperti kurangnya komunikasi antara ahli
keluarga, hubungan bertukar dingin setelah penagih terlibat dengan ketagihan, ahli keluarga
atau pasangan gemar berleter, mengkritik dan bergaduh serta kegagalan ibu bapa menjadi
contoh kepada penagih menunjukkan hubungan kekeluargaan yang bermasalah merupakan
cabaran dalaman kepada keluarga dalam membantu penagih dalam proses pemulihan (Gruber
& Floyd-Taylor, 2006). Keadaan persekitaran dalaman keluarga yang tidak kondusif seperti
seperti penderaan, tekanan sejak kecil, kesukaran hidup menyebabkan ahli keluarga merasa
tertekan dan memilih untuk kembali kepada penagihan heroin (Gabriele Schafer, 2011; &
Saedah, Zainah, Roseliza Murni, Arifin & Wan Shahrazad, 2008). Selain itu, keadaan
www.uniszaournals.com/apj 2 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
keluarga yang mempunyai keperluan yang tidak dapat dipenuhi juga menjadi cabaran kepada
penglibatan keluarga penagih (Sullivan, Milton & Nelson, 2002).

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ahli keluarga dalam
membantu penagih opiat dalam proses pemulihan.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dengan reka bentuk kajian adalah kajian kes,
iaitu kajian ke atas kes-kes bukan dengan tujuan membuat generalisasi sebaliknya bertujuan
menghurai secara khusus dan mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang
mempunyai penagih opiat (Bryman, 2012).
Data pula di kumpul menggunakan kaedah temu bual berkumpulan (Focus Group
Discussion, FGD) ke atas 10 buah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menagih
dadah jenis heroin. Temu bual menggunakan soalan separa struktur untuk mendapat jawapan
yang diperlukan berkaitan pengalaman, dan kefahaman tentang cabaran yang dihadapi
sepanjang membantu proses pemulihan.
Responden bagi kajian ini pula terdiri 29 orang ahli keluarga daripada 10 buah
keluarga kepada penagih opiat di Negeri Terengganu. Penagih opiat dalam kajian ini merujuk
kepada penagih heroin dan morfin manakala ahli keluarga ini terdiri daripada ibu, bapa, adik
beradik serta isteri kepada penagih opiat yang mengikuti program rawatan metadon dan di
bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengikut daerah masing-masing di
Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak melibatkan penagih opiat kerana
tidak termasuk dalam perbincangan kajian yang ingin dilakukan. Pemilihan responden
berdasarkan kaedah pemilihan sampel bertujuan di mana responden dipilih berdasarkan
kemampuan responden memberi maklumat kepada pengkaji dan kebenaran untuk ditemu
bual (Matthews & Ross, 2010).
Kemudian, data dianalisis dalam tiga tahap iaitu pengelasan data, pembentangan data
serta kesimpulan. Data yang diperoleh dikelaskan mengikut tema-tema jawapan,
dibentangkan mengikut dalam bentuk susunan yang boleh difahami dan akhirnya dianalisis
secara deskriptif menerusi perisian Nvivo 8.

www.uniszaournals.com/apj 3 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat

Kerangka Teori
Kertas kerja ini menggunakan teori sistem keluarga dalam membincangkan dapatan yang
diperoleh. Teori sistem keluarga oleh Bowen mencadangkan sistem keluarga mempunyai
sub-sub unit iaitu ahli keluarga yang memainkan fungsi masing-masing untuk menggerakkan
keluarga ke arah kesejahteraan. Apabila salah satu sub unit atau penagih opiat gagal
memainkan fungsi dalam keluarga, ahli keluarga lain perlu mengambil alih peranan yang
tersebut untuk membantu penagih opiat khususnya dan kesejahteraan keluarga umumnya.
Setiap keluarga juga mempunyai mekanisme kawalan tersendiri untuk menghalang unsur-
unsur negatif daripada mempengaruhi ahli keluarga dan menghalang ahli keluarga daripada
terjebak dengan unsur negatif tersebut. Justeru, teori sistem keluarga ini tepat untuk melihat
usaha ahli keluarga dalam membantu ahli keluarga menjalani pemulihan opiat dalam
mengekalkan keseimbangan keluarga dan mengambil alih peranan penagih opiat dalam
menguruskan diri dan peranan sebagai ahli keluarga ahli keluarga (Morgaine, 2001).

Dapatan Kajian
Menerusi FGD yang dilakukan, didapati keluarga menghadapi enam bentuk cabaran
sepanjang usaha bersama-sama penagih menjalani pemulihan penagihan opiat. Enam bentuk
tersebut adalah (i) emosi keluarga, (ii) sikap penagih, (iii) pengetahuan, (iv) stigma, (v)
interaksi dan (vi) persekitaran seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Cabaran yang dihadapi Keluarga dalam Membantu Proses Pemulihan Opiat

www.uniszaournals.com/apj 4 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat

Cabaran yang dihadapi oleh keluarga boleh dibahagikan kepada dua bentuk cabaran
utama iaitu dalaman dan luaran. Cabaran di peringkat dalaman keluarga ialah cabaran yang
dialami berpunca daripada ahli keluarga sendiri iaitu emosi keluarga, sikap penagih,
pengetahuan dan interaksi manakala cabaran daripada luaran keluarga merupakan cabaran
yang perlu dihadapi daripada masyarakat luar seperti stigma dan persekitaran.
Berdasarkan dapatan, keluarga lebih menghadapi cabaran di peringkat dalaman
keluarga berbanding cabaran luaran. Emosi keluarga tidak berlaku kerana marah atau malu
sebaliknya FGD 3 cenderung untuk merasa hilangnya kepercayaan kepada penagih kerana
penagih telah lama menagih dan sering kali gagal dalam usaha mengikuti pemulihan. Selain
itu, lima FGD iaitu FGD 1, FGD 5, FGD 7, FGD 8 dan FGD 10 mengakui telah merasa putus
asa untuk terus membantu penagih kerana pelbagai usaha yang telah dilakukan namun
penagih masih belum mampu pulih.
Rasa putus asa ini didorong juga oleh sikap penagih yang di mana FGD 6, FGD 8,
FGD 9 dan FGD 10 memaklumkan perlu menghadapi sikap penagih yang berbeza-beza. Bagi
FGD 6, keluarga sering kali menasihati penagih untuk sentiasa menasihati penagih untuk
pulih dengan mengamalkan kehidupan berlandaskan Islam namun penagih sentiasa memberi
alasan dengan mengatakan semua nasihat yang dimaklumkan tersebut telah diketahui dan
penagih lebih memahami agama daripada ahli keluarga. Sementara FGD 8 pula mengatakan
sikap penagih yang enggan mengikuti pemulihan dan pernah lari daripada pusat pemulihan
menyebabkan keluarga enggan lagi membantu untuk mendapatkan rawatan sebaliknya hanya
mengawal daripada penagih terlibat dengan jenayah dadah. Bagi FGD 9 pula menyifatkan
penagih mempunyai masalah sikap sejak kecil dan gemar menyendiri telah mendorong
penagih terlibat dengan ketagihan. Sikap ini tidak berubah sehingga kini dan telah bergaduh
serta melakukan kerosakan kepada harta ahli keluarga lain. FGD 10 pula mengatakan
penagih tidak kekal dalam rawatan metadon menunjukkan penagih tidak serius dalam
mengikuti pemulihan dan menyebabkan ahli keluarga juga menolak untuk membantu.
Cabaran berikutnya yang dihadapi oleh keluarga adalah masalah interaksi dalam
keluarga. FGD 1 mengatakan penagih lebih suka menyendiri di dalam bilik berbanding
bergaul dengan ahli keluarga dan apabila penagih mempunyai masalah, penagih tidak
berkongsi dengan keluarga malah terdapat kakak penagih juga tidak mengambil berat tentang
keadaan penagih kurang berinteraksi dengan penagih. Sekiranya penagih memerlukan
bantuan atau keperluan seperti wang belanja harian atau berhubung dengan bapa, penagih
akan merujuk kepada ibu.
www.uniszaournals.com/apj 5 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
Kurangnya pengetahuan ahli keluarga mengenai dadah dan jenis-jenis dadah termasuk
opiat juga menjadi cabaran untuk ahli keluarga bersama-sama mengikuti proses pemulihan.
FGD 1 FGD 3 dan FGD 10 memaklumkan meskipun mempunyai keinginan untuk melihat
penagih pulih, namun tidak tahu cara dan kaedah untuk membantu penagih. FDG 1 dan FGD
3 memaklumkan hanya mengharapkan penagih kembali seperti sedia kala manakala FGD 10
pula mengatakan tiada sokongan daripada ahli keluarga lain menyebabkan usaha yang
diambil mengikut pengetahuan yang terhad sahaja iaitu memantau jadual pengambilan
metadon oleh penagih dan menasihati supaya berhenti menagih.
Cabaran luaran yang dihadapi oleh keluarga pula adalah stigma daripada komuniti
setempat seperti yang dinyatakan FGD 1, FGD 9 dan FGD 10 yang mana stigma ini telah
memberi kesan kepada keluarga dalam menyokong usaha pemulihan penagih. FGD 1 pernah
berusaha mendapatkan rawatan alternatif namun reaksi daripada pengamal perubatan yang
mengatakan ketagihan opiat ini tidak boleh diubati melainkan dengan kesungguhan penagih
sendiri menyebabkan FGD 1 tawar hati dalam mendapatkan rawatan. FGD 9 pula berusaha
mencarikan penagih seorang pasangan hidup sebagai sokongan kepada penagih untuk
menjalani kehidupan normal kembali namun pernah dihina lantaran status penagih. Hal ini
menambah kekecewaan penagih dan gagal mengikuti pemulihan. Sementara FGD 10 pula
stigma yang dihadapi oleh ahli keluarga penagih sendiri menyebabkan tiada sokongan dan
tempat berbincang untuk membantu penagih. Usaha yang dilakukan bersendirian sebagai
seorang isteri kerana tiada ahli keluarga suaminya berminat membantu malah sering kali
usaha beliau dipandang rendah oleh ahli keluarga lain.
Cabaran terakhir yang dihadapi oleh keluarga adalah cabaran persekitaran kerana
kedudukan kediaman keluarga berdekatan dengan lokasi penagihan atau lebih dikenali
sebagai port. Selain itu, rakan penagih juga kerap kali datang ke rumah untuk bertemu dengan
penagih dan mengajak penagih keluar menyebabkan keluarga sukar mengawal penagih. FGD
4 mengakui kawasan persekitaran merupakan kawasan yang mudah mendapatkan bekalan
menyebabkan sukar mengawal penagih untuk keluar rumah. Ini kerana penagih akan
memberontak jika dikawal kerana dirinya sudah dewasa. Bagi FGD 8 pula berpendapat
penagih hanya akan pulih sekiranya tinggal jauh daripada orang ramai dan hidup dalam
kalangan ahli keluarganya sahaja, sebaliknya sekiranya penagih terus kekal dalam
masyarakat, ketagihan tidak dapat di atasi kerana mudah mendapat bekalan opiat. Sementara
FGD 10 pula bersetuju persekitaran banyak memberi kesan negatif kepada usaha pemulihan
penagih di mana penagih telah pun berhenti daripada ketagihan tetapi didatangi oleh rakan
penagih lama yang memberikan bekalan percuma sebagai permulaan. Selain itu, terdapat juga
www.uniszaournals.com/apj 6 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
rakan penagih yang mendekati anak-anak responden yang masih bersekolah rendah
menyebabkan FGD 10 merasa bimbang dengan keselamatan anak-anak.

Jadual 1: Cabaran yang dihadapi Mengikut FGD


Cabaran Keluarga FGD
Emosi Keluarga FGD 1, FGD 3, FGD 5, FGD 7, FGD 8, FGD 10
Sikap Penagih FGD 6, FGD 8, FGD 9, FGD 10
Pengetahuan FGD 1, FGD 3, FGD 10
Interaksi FGD 1, FGD 2, FGD 9
Stigma FGD 1, FGD 9, FGD 10
Persekitaran FGD 4, FGD 8, FGD 10

Perbincangan
Keluarga telah menghadapi cabaran sama ada dari dalaman keluarga sendiri ataupun cabaran
daripada luaran keluarga sepanjang dalam usaha membantu penagih kembali pulih.
Pemulihan merupakan satu proses yang panjang manakala cabaran-cabaran yang dilalui
merupakan ujian kepada kesungguhan keluarga sendiri dalam memastikan kesihatan dan
keselamatan ahli keluarga.
Emosi keluarga merujuk kepada hilangnya kepercayaan dan putus asa menjadi
cabaran terbesar seperti dinyatakan oleh responden akan tetapi emosi keluarga ini berkait
rapat dengan sikap penagih. Kedua-dua emosi ini menunjukkan keluarga mempunyai harapan
dan telah berusaha untuk memastikan penagih mampu mengikuti pemulihan dan tidak
bersendirian dalam pemulihan tersebut tetapi sikap penagih yang tidak bersungguh-sungguh
dan tidak mahu mengikuti nasihat keluarga menyebabkan keluarga mula hilang kepercayaan
kepada penagih. Sikap penagih ini walau bagaimanapun boleh ditangani sekiranya keluarga
mempunyai maklumat dan pengetahuan mengenai opiat dan pemulihan dengan tepat dan
bermanfaat kepada penagih. Selain itu, interaksi dalam keluarga merupakan kunci utama
untuk keluarga menyokong penagih. Namun, responden memaklumkan wujud jurang dalam
interaksi seperti penagih takut kepada bapa, penagih gemar menyendiri dan tiada yang
mengetahui masalah yang dihadapi penagih menyebabkan penagih tidak terbuka untuk
berkongsi kesukaran sepanjang menjalani pemulihan sekali gus menjadi punca kegagalan
proses pemulihan. Interaksi dalam keluarga seharusnya menjadi kunci dalam menyalurkan
sokongan keluarga dan ruang untuk penagih lebih dekat dengan keluarga berbanding rakan-
rakan penagih di luar.

www.uniszaournals.com/apj 7 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
Kegagalan keluarga memenuhi ruang dalam diri penagih membuka laluan untuk
rakan-rakan penagih mendekati dan mempengaruhi penagih kembali kepada tabiat lama
untuk mengurangkan tekanan yang dilalui. Faktor bekalan mudah didapati juga menjadikan
penagih mahu mengambil jalan mudah setelah usaha pemulihan tidak mampu diikuti kerana
tidak kuat menahan ketagihan dan kurangnya kawalan. Hal ini diburukkan lagi dengan stigma
yang diberikan oleh komuniti dan lebih parah ahli keluarga sendiri menyebabkan jalan mudah
kembali kepada ketagihan diambil oleh penagih. Kesan daripada tindakan penagih ini
menyebabkan keluarga tidak lagi mempunyai harapan dan percaya kepada usaha penagih
untuk pulih. Cabaran yang dihadapi oleh keluarga saling berkaitan dan berkisar dalam kitaran
ini.
Cabaran ini sekiranya dilihat menerusi Teori Sistem Keluarga oleh Bowen, setiap
keluarga mempunyai nilai yang berperanan besar sebagai pelindung kepada ahli keluarga
daripada sebarang unsur negatif. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh keluarga
menyebabkan keluarga tidak mampu membina nilai tersebut. Hal ini berlaku dengan
kurangnya pengetahuan dan masalah interaksi yang berlaku dalam keluarga. Justeru, ini
menyokong dapatan oleh Sullivan, Milton dan Nelson (2002) di mana keluarga mempunyai
keperluan yang tidak dipenuhi sehingga menyebabkan keluarga menghadapi kesukaran dalam
membantu pemulihan ketagihan opiat.
Tiga cabaran yang dialami oleh responden ini menyokong kajian terdahulu di mana
keluarga yang mempunyai penagih opiat cenderung merasakan stigma, pengetahuan dan
interaksi dalam keluarga adalah kekangan yang perlu dihadapi dalam membantu proses
pemulihan. Sementara emosi keluarga dibincangkan dalam kajian terdahulu berlaku kesan
daripada stigma masyarakat tetapi menerusi kajian ini, kekangan emosi keluarga berlaku oleh
kerana sikap penagih itu sendiri. Begitu juga persekitaran, di mana tema persekitaran
dibincangkan dalam kajian lepas merujuk kepada keadaan dalam keluarga yang tidak
harmoni tetapi persekitaran yang dihadapi oleh responden bagi kajian ini adalah persekitaran
kediaman yang terdedah kepada bahaya opiat. Selain itu, sikap penagih merupakan tema baru
yang ditemui dalam kajian ini.

www.uniszaournals.com/apj 8 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat

Rajah 2: Perkaitan Cabaran yang Dihadapi oleh Keluarga

Emosi

Stigma Sikap Penagih

Persekitaran Pengetahuan

Interaksi

Penutup
Ringkasnya, cabaran yang dihadapi oleh keluarga bersifat timbal balik di mana sikap penagih
boleh mempengaruhi sokongan dan usaha keluarga untuk terus bersama-sama penagih
sepanjang pemulihan berlangsung. Sementara keluarga juga perlu memperbaiki kemahiran
keluarga seperti kemahiran komunikasi dan mendengar serta sentiasa berusaha menambah
pengetahuan mengenai opiat, rawatan dan proses pemulihan agar penagih tidak merasa
bersendirian dalam proses tersebut. Usaha keluarga juga boleh melindungi penagih daripada
stigma masyarakat dan menghalang pengaruh persekitaran daripada terus merosakkan ahli
keluarga.

Penghargaan
Projek ini dibiayai di bawah Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM)
UniSZA/NRGS/2013/RR057, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Penjara Marang dan Universiti Sultan Zainal Abidin di atas bantuan yang
diberikan kepada projek ini.

www.uniszaournals.com/apj 9 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat

Rujukan
Bryman, Alan. Social Research Methods 4th edition. (2012). New York: Oxford University
Press.
Gruber, Kenneth J., dan Floyd-Taylor, Melissa. (2006). A Family Perspective for Substance
Abuse: Implications from the Literature. Journal of Social Work Practice in the
Addictions, 6, 1/2, 1-29
Gunnison, Elaine dan Helfgott, Jacqueline B. (2011). Factors That Hinder Offender Reentry
Success: A View From Community Corrections Officers. International Journal of
Offender Therapy and Comparative Criminology 55(2) 287 –304. DOI:
10.1177/0306624X09360661
Latkin, Carl A., Smith, M. Kumi, Tran Viet Ha, Tran Thi Mo, Zelaya, Carla., Teerada
Sripaipan, Nguyen Le Minh, Vu Minh Quan dan Vivian F. Go. (2016). Roles and
Functions of Social Networks Among Men Who Use Drugs in ART Initiation in
Vietnam. AIDS Behav (2016) 20:2782–2789 DOI 10.1007/s10461-016-1408-8.
Latkin, Carl., Davey-Rothwell, Melissa., Yang, Jing-yan dan Crawford, Natalie. (2012). The
Relationship between Drug User Stigma and Depression among Inner-City Drug
Users in Baltimore, MD. Journal of Urban Health: Bulletin of the New York Academy
of Medicine, Vol. 90, No. , 147-156 doi:10.1007/s11524-012-9753-z
Luo, Tao., Wang, Jing., Li, Yanhua., Wang, Xuyi., Tan, Linxiang., Deng, Qijian., Thakoor,
Jaya Prishni Devi. dan Hao. Wei. (2013). Stigmatization of people with drug
dependence in China: A community-based study in Hunan province. Drug and
Alcohol Dependence 134 (2014) 285– 289
Matthews, Bob dan Ross, Liz. (2010). Research Methods: A Practical Guide for the Social
Sciences. Edinburgh Gate: Pearson Education.
Merriam Webster. (2017). Stigma dicapai daripada https://www.merriam-
webster.com/dictionary/stigma
Morgaine, C. (2001). Family System Theory. Dicapai daripada carian
http://web.pdx.edu/~cbcm/CFS410U/FamilySystemsTheory.pdf
Noorzuraini robson, Rusdi Rashid, Mahmood Nazar & Hussain Habil. (2011). Treating
heroin addiction: Bridging the past and future - a Malaysian Experience. Asia-Pacific
Psychiatry, 7:1, 121-125. ISSN 1758-5864
Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia. (t.t.) dicapai dari
http://acreda.usim.edu.my/ms/koleksi-acreda/pengenalan-mengenai-
www.uniszaournals.com/apj 10 | Page
Cabaran Keluarga Dalam Membantu Pemulihan Penagih Opiat
dadah/opiot
Saedah A. Ghani, Zainah Ahmad Zamani, Roseliza Murni Ab. Rahman, Arifin Hj. Zainal dan
Wan Shahrazad Wan Sulaiman. (2008). Kefungsian Keluarga dan Hubungannya
dengan Keyakinan Diri Pengguna opiat. Jurnal AADK.
Schafer, Gabriel. (2011). Family Functioning in Families with Alcohol and Other Drug
Addiction. Social Policy Journal of New Zealand Te Puna Whakaaro. Issue 37 June
2011, 1-17
Sullivan, Eileen., Mino, Milton dan Nelson, Katherine. (2002). Families as a Resource in
Recovery from Drug Abuse: An Evaluation of La Bodega de la Familia dicapai
daripada carian https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/nij/grants/195087.pdf

www.uniszaournals.com/apj 11 | Page

You might also like