Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

14 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

Almah v Mazlin A

SHARIAH HIGH COURT (SHAH ALAM) — CASE MAL NO


10200–016–0137 OF 2009
B
SALEHAN YATIM SHHCJ
22 MAY 2016

Islamic Law — Divorce — Mutaah — Plaintif filed application to court for


order of payment of mutaah to plaintiff by defendant — Whether court had C
jurisdiction to hear case — Whether plaintiff could claim for mutaah
— Administration of Islamic Law (Selangor) Enactment 2003 s 61 — Islamic
Family Law (Selangor) Enactment 2003 ss 2, 4 & 47
D
The plaintiff and the defendant were married on 14 January 1988 and divorved
on 27 March 2008. In the present action, the plaintiff sought a court order to
compel the defendant to pay mutaah in the sum or RM500,000. The issues for
the court’s determination were (a) whether the plaintiff was entitled to claim
for mutaah; and (b) what was the amount assessment for the mutaah. E

Held, allowing the plaintiff’s claim


(1) The court’s jurisdiction on the plaintiff’s claim was subject to s 61(3)(b)
of the Adminstration of the Religion of Islam (State of Selangor)
Enactment 2003. Therefore, based on a copy of the plaintiff F
identification card, the plaintiff was a resident of Selangor and fulfilled
the requirement of ss 2 and 4 of the Islamic Family Law (Selangor)
Enactment 2003 (’the EUUKIS’). The court had the jurisdiction to hear,
try and determine this case (see paras 6–7).
G
(2) The ground adduced by the defendant of the ineligibility of the plaintiff
to claim for mutaah was unreasonable. The divorce between the parties
was based on the provision of s 47 of the EUUKIS and not divorce caused
by factors which caused the wife’s ineligibility to obtain the right to
mutaah. Therefore the plaintiff was eligible and entitle to claim for H
mutaah following the divorce and ought to be granted an amount of
money or value for her claim (see paras 18 & 24).
(3) Based on the circumstances and the defendant’s income, the amount
sought by the plaintiff was unreasonable. In addition to that, there was no
evidence to show that the plaintiff came from a royal family and had a I
high status in society. Therefore, the amount of plaintiff’s mutaah was
commensurate with that of ordinary people. In determining the amount
for mutaah, the court also took consideration factors that (a) the marriage
was close to 20 years; (b) the plaintiff went through hardship with the
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 15

A defendant during the course of marriage; and the plaintiff had her own
income and helped in managing the family. Based on these findings, the
minimum amount, as explained under Hukum Syarak, in the sum of 30
dirham (RM11,441.81) was not sufficient. Therefore, the court fixed the
amount based on the double multiplier of the defendant’s income during
B the divorce which was RM35,600 (see paras 39, 43, 45 & 50–52).

[Bahasa Malaysia summary


Plaintif dan defendan telah bernikah pada 14 Januari 1988 dan telah bercerai
pada 27 Mac 2008. Di dalam tindakan semasa, plaintif memohon kepada
C
mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya defendan membayar mutaah
sebanyak RM500,000. Isu-isu untuk penentuan mahkamah adalah: (a) sama
ada plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mutaah; dan (b)
berapakah penentuan kadar mutaah tersebut.
D
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif:
(1) Bidang kuasa mahkamah terhadap tuntutan yang dibuat oleh plaintif
adalah tertakluk kepada s 61(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala, berdasarkan salinan kad
E pengenalan plaintif, plaintif merupakan pemastautin yang tinggal dalam
negeri Selangor dan telah memenuhi kehendak peruntukan ss 2 dan 4
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
(‘EUUKIS’). Oleh itu, mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar,
membicara dan memutuskan kes ini (lihat perenggan 6–7).
F
(2) Alasan yang dikemukakan oleh defendan tentang ketidaklayakan plaintif
untuk menuntut mutaah adalah tidak munasabah. Sedangkan perceraian
pihak-pihak adalah berdasarkan peruntukan s 47 EUUKIS dan bukanlah
perceraian yang disebabkan oleh faktor-faktor yang boleh menyebabkan
G gugurnya hak mutaah bagi seseorang isteri. Oleh itu, plaintif mempunyai
kelayakan dan berhak untuk menuntut mutaah daripada penceraian
yang berlaku serta wajar diberikan sejumlah wang atau nilai terhadap
tuntutannya (lihat perenggan 18 & 24).
(3) Berdasarkan keadaan dan jumlah pendapatan defendan, jumlah
H tuntutan yang dipohon oleh plaintif adalah tidak munasabah dengan
kemampuan defendan. Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan
bahawa plaintif adalah seorang yang mempunyai latar belakang
bangsawan dan berstatus tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, kadar
mutaah plaintif haruslah mengikut kadar orang biasa kebanyakan.
I Dalam menentukan kadar mutaah, mahkamah juga mengambil kira
faktor-faktor bahawa: (a) tempoh perkahwinan yang telah mencecah usia
lebih kurang 20 tahun; (b) sikap plaintif yang sanggup bersusah senang
bersama defendan selama tempoh perkahwinan; dan (c) plaintif
mempunyai pendapatan sendiri dan telah bersama-sama membantu
16 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

menguruskan keluarga. Berdasarkan dapatan di atas, kadar minima yang A


diterangkan di dalam Hukum Syarak sebanyak 30 dirham
(RM11,441.81) adalah tidak memadai. Oleh itu, mahkamah
menetapkan kadar mutaah diambil kira berdasarkan dua kali ganda
pendapatan defendan ketika perceraian iaitu sebanyak RM35,600 (lihat
perenggan 39, 43, 45 & 50–52).] B

Notes
For cases on application for mutaah, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015)
paras 843–858.
C
Cases referred to
Faridah bt Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman [2004] 19 JH 19 (7) 135
(refd)
Ida Hidayati bt Taufiq lwn Ahmad Shukri bin Kassim [2009] 2 SHLR 132 (refd) D
Ismail lwn Norsiah [1970] 2 JH 111 (refd)
Noorbee lwn Ahmad Sanusi [1979] 1 JH (2) 63 (refd)
Nooraini bt Rashid lwn Hamzah bin Zainudin JH XVIII (2) (refd)
Norizam bt Mohd Lazim lwn Halim Azman bin Hj Sulaiman [1993] 10 JH 65
(refd) E
Piah bt Said lwn Che Lah bin Awang [1983] 3 JH 220 (refd)
Rusiah bt Ismail lwn Mohd Rafi Heinges bin Abdullah [1999] JH 13 (2) 232
(refd)
Tengku Anum Zaharah bt Tengku Abdul Hamid lwn Dato’ Dr Hussein bin
Mohamed Yusof JH 3 (1) (refd) F
Tuan Farizah bt Tuan Ludin lwn Mohd Razuhan bin Abdul Razab (2007) JH
24, 352 (refd)
Yang Chik bt Hashim lwn Abdul Jamal bin Abdul Rahim JH 6 (1) (refd)
Zawiyah lwn Ruslan [1986] 6 JH 1 146 (refd)
G
Legislation referred to
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 s 61(3)(b)(i)
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 2, 4, 58
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 72, 73
H
Quranic verses referred to
Surah al-Ahzab (33) :28
Surah al-Baqarah 236, 241

Books referred to I
Abi Bakr Uthman bin Muhamad Syatta Al-Dimyati Al-Bakri, 1995, I’anah
Al-Talibin. Juz 3, Beirut, Lubnan: Dar Kutub al-’Ilmiyah at pp 95–97
Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayatul Ahyar, Juz
2, Dar Al-Khair at pp 95–97
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 17

A Dr Wahbah Al-Zuhaily, 1997, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Juz 1 dan 7,


Beirut Lubnan: Dar Al-Fikr at pp 95–97
Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi dan Syeikh Umairah, Qalyubi Wa Umairah,
Juzu’ 3, Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah at pp 95–97
As-Sayyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, 1998, Bughyah Al-
B Mustarsyidin, Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub at pp 95–97
Al-Bashri, Abi Hasan Ali Ibnu Muhammad, 1994, Al-Khawi al-Kabir, Edisi
Pertama, Jld 9, Dar al-Kutub al-Ilmiah at pp 95–97

Salehan Yatim ShHCJ:


C
PERMOHONAN

[1] Plaintif dan defendan telah bernikah pada 14 Januari 1988 dan telah
bercerai pada 27 Mac 2008. Di sepanjang tempoh perkahwinan pihak-pihak
D
tidak dikurniakan dengan cahaya mata. Plaintif dalam kes telah memfailkan
tuntutannya melalui saman dan pernyataan tuntutannya pada 22 Mei 2009.
Manakala, defendan telah memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan
balasnya bertarikh 14 Ogos 2009. Kemudiannya, pihak plaintif pula telah
E memfailkan jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas
pada 7 Oktober 2009.

[2] Merujuk kepada pernyataan tuntutan, plaintif dalam kes ini memohon
kepada mahkamah ini untuk mendapatkan perintah supaya defendan
F membayar mutaah sebanyak RM500,000 kepada plaintif dan kos guaman bagi
tindakan ini ditanggung sepenuhnya oleh defendan. Defendan pula dalam
tuntutan balasnya menuntut supaya mahkamah menolak tuntutan plaintif
tersebut dan plaintif diperintahkan membayar kos kehadiran defendan ke
mahkamah sebanyak RM500 untuk setiap kali kehadiran serta kos peguam
G syarie defendan sebanyak RM10,000.

[3] Saman kepada defendan telah disampaikan secara kediri pada 19 Jun
2009 berdasarkan afidavit penyampaian yang telah difailkan pada 3 Julai 2009.
Kes ini pada mulanya disebut di hadapan YA Tuan Mohammad Khalid bin
H Shaee @ Shaii pada 8 Julai 2009. Kemudiannya diteruskan dihadapan YA Tuan
Zainor Rashid bin Hassin. Seterusnya disambung di hadapan YA Tuan Salehan
bin Yatim pada 17 Julai 2013 di peringkat keterangan saksi plaintif kedua
(‘SP2’).

I [4] Mahkamah kemudiannya telah menetapkan satu tarikh iaitu sebelum


atau pada 13 Februari 2016 untuk pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis
secara serentak. Plaintif melalui peguam syarienya telah memfailkan sesalinan
hujahan bertulis pada 18 Februari 2016. Manakala, defendan melalui peguam
syarienya telah memasukkan hujahan bertulis pada 12 Februari 2016.
18 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

BIDANG KUASA MAHKAMAH A

[5] Kes ini adalah tuntutan mutaah di bawah peruntukan s 58 Enakmen


Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EUUKIS 2003’):
Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah B
diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau
pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar
pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan
tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang
wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
C

[6] Bidang kuasa mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh plaintif
adalah tertakluk kepada s 61(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 (‘EPAIS 2003’). Manakala, berdasarkan salinan kad
pengenalan plaintif yang dilampirkan di dalam pernyataan tuntutan plaintif D
sebagai lampiran ‘AL1’ jelas menunjukkan bahawa plaintif merupakan
pemastautin yang tinggal dalam Negeri Selangor dan telah memenuhi
kehendak peruntukan ss 2 dan 4 EUUKIS 2003.

[7] Oleh itu, berdasarkan peruntukan s 61(3)(b)(i) EPAINS 2003, ss 2, 4 E


dan 58 EUUKIS 2003, mahkamah berpuas hati bahawa mahkamah ini
berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini.

[8] Dalam memutuskan isu ini, kami telah menyemak dua rekod kes, iaitu
Kes Mal (Pemohonan) No 10400–038–0034 Tahun 2011 dan Kes Mal F
(Permohonan) No 10400–038–0080 Tahun 2011 yang disatukan
perbicaraannya. Kami perlu mengenal pasti dari rekod-rekod tersebut sama
ada yang dipersetujui oleh pemohon bahawa selepas sebulan pemohon boleh
memfailkan permohonan untuk hak bermalam dengan anak atau pemohon
hanya bersetuju perintah interim tersebut berkuat kuasa selama sebulan. G

(a) sama ada plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mutaah;
dan
(b) berapakah penentuan kadar mutaah tersebut?
H
ISU PERTAMA SAMA ADA PLAINTIF BERHAK ATAU TIDAK UNTUK
MEMBUAT TUNTUTAN MUTAAH

[9] Pertamanya, mahkamah perlu menilai kewajaran tuntutan mutaah itu


sendiri melalui penentuan kelayakan plaintif dalam membuat tuntutan I
mutaah tersebut. Jika didapati bahawa plaintif sememangnya layak dan berhak
untuk membuat tuntutan mutaah ini, maka barulah suatu kadar atau jumlah
yang munasabah akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan
panduan-panduan yang akan dikemukakan oleh mahkamah nanti.
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 19

A [10] Berdasarkan keterangan utama plaintif di dalam perbicaraan bertarikh


1 Mac 2010, mahkamah mendapati bahawa plaintif dalam keterangannya
menyatakan bahawa beliau dan defendan telah bernikah pada 14 Januari 1988
dan telah bercerai pada 27 Mac 2008 berdasarkan dokumen surat perakuan
cerai yang ditanda sebagai ‘P1’.
B
[11] Mahkamah merujuk kepada hujah peguam syarie plaintif yang
menyatakan bahawa penceraian yang berlaku di antara plaintif dan defendan
ini adalah merupakan penceraian tanpa sebab yang patut setelah pihak
C
defendan mengakui telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain dan
keluar dari rumah kelamin selama lima tahun. Plaintif dalam hujahannya juga
menjelaskan bahawa walaupun dirinya pernah meminta untuk diceraikan
semasa sesi perbincangan dengan peguam pada tahun 2001, namun tiada
tindakan susulan diambil oleh plaintif. Sebaliknya, defendan sendiri telah
D bertindak sebagai plaintif di dalam kes perceraian mereka di Mahkamah
Rendah Syariah Hulu Langat melalui kes Saman No 10005–055–0625 Tahun
2007 sehingga plaintif sendiri tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang
prosiding perceraian tersebut.

E [12] Walau bagaimanapun, pihak defendan menghujahkan bahawa beliau


menceraikan plaintif adalah atas sebab yang patut dan munasabah yang mana
ianya berpunca daripada plaintif sendiri yang pernah melafazkan perkataan I
fall out of love with you kepada defendan pada tarikh 3 Mac 2001. Malah, jelas
dengan tindakan plaintif sendiri yang pernah meminta cerai daripada
F defendan semasa perbincangan di hadapan peguam plaintif di firma guaman
Vazeer, Akbar, Majid & Co pada tarikh 1 April 2003.

[13] Mahkamah ingin menegaskan di sini bahawa hak mutaah adalah suatu
G
pemberian dari bekas suami kepada bekas isterinya yang diceraikan. Ia adalah
wajib bagi seorang bekas suami yang telah menceraikan isteri sama ada
isterinya telah disetubuhi ataupun tidak, sama ada telah ditentukan mahar
(mas kahwin) ataupun tidak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT di
dalam surah Al-Ahzab, ayat 28 iaitu:
H Bermaksud:
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan
kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah
supaya Aku berikan kepada kamu pemberian mutaah (saguhati), dan Aku lepaskan
kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
I

[14] Juga di dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 241
yang berbunyi:
Bermaksud:
20 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) A


dengan cara yang patut sebagai cara tanggungan yang wajib atas orang-orang yang
taqwa.

[15] Hak seseorang perempuan yang diceraikan untuk memohon mutaah


telah diulas melalui nas atau pendapat muktabar, antaranya dinyatakan oleh B
Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini di dalam kitab
Kifayatul Akhyar, Juz 2, hlm 42 menyatakan:
Bermaksud:
‘mutaah’ ialah nama bagi harta yang dibayar atau diberikan oleh seseorang lelaki C
kepada isteri disebabkan oleh perpisahan dengan perempuan itu.

[16] Manakala menurut peruntukan s 2 EUUKIS 2003 pula menafsirkan


maksud mutaah seperti berikut: D
‘mutaah’ ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri
yang diceraikan.

[17] Menurut undang-undang bertulis yang terdapat di Negeri Selangor,


E
hak isteri untuk menuntut mutaah telah diperuntukkan di dalam s 58
EUUKIS 2003 iaitu:
Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah
diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau
pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar F
pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan
tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar
dan patut mengikut Hukum Syarak.

[18] Berbalik semula kepada kes ini, mahkamah berpuas hati bahawa alasan G
yang dikemukakan oleh defendan tentang ketidaklayakan plaintif untuk
menuntut mutaah adalah tidak munasabah. Sedangkan perceraian
pihak-pihak adalah berdasarkan peruntukan s 47 EUUKIS 2003 dan bukanlah
perceraian yang disebabkan oleh faktor-faktor yang boleh menyebabkan
gugurnya hak mutaah bagi seseorang isteri. Gugurnya hak mutaah seseorang H
perempuan yang diceraikan hanyalah merujuk kepada faktor-faktor
sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah al-Talibin, Juz 3, hlm 406
yang dapat disimpulkan seperti berikut:
Secara kesimpulannya bermaksud: I
(a) Perceraian disebabkan isteri telah masuk Islam.
(b) Perceraian disebabkan isteri telah keluar dari Islam.
(c) Apabila suami isteri menjadi murtad serentak.
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 21

A (d) Semasa perceraian isteri masih status hamba kepada suami.


(e) Semasa perceraian suami masih status hamba kepada isteri.
(f) Perceraian fasakh disebabkan aib suami.

B (g) Perceraian fasakh disebabkan aib isteri.


(h) Perceraian dengan kematian salah satu pihak suami isteri atau
keduanya sekali.

C
[19] Sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al-Khawi al-Kabir syarah
bagi kitab Mukhtasar al-Muzani, Jld 9, hlm 550–552 yang mana Imam
al-Mawardi telah menjelaskan secara terperinci tentang kewajipan membayar
mutaah mengikut jenis-jenis perceraian. Namun oleh kerana perbahasannya
amat panjang, maka diringkaskan sepertimana maksud berikut:
D (i) Perceraian dengan kematian suami atau isteri. Suami tidak wajib
membayar mutaah.
(ii) Perceraian berpunca dari suami yang mewajibkannya membayar
mutaah, iaitu ada 5:
E
(a) talaq;
(b) li’an;
(c) suami murtad;
F (d) fasakh nikah disebabkan aib suami yang berlaku sebelum akad
nikah;
(e) fasakh nikah kerana pemelukkan Islam oleh suami dan isteri kekal
tidak Islam.
G (iii) Perceraian berpunca daripada isteri semata-mata yang tidak mewajibkan
suami membayar mutaah, iaitu, ada 6:
(a) Isteri murtad;
(b) Isteri memeluk Islam;
H
(c) Fasakh nikah kerana aib isteri;
(d) Isteri dimerdekakan, suami masih hamba dan isteri memilih untuk
fasakh nikah;
I (e) Isteri fasakh nikah kerana suami papa;
(f) Isteri fasakh nikah kerana suami mati pucuk.
(iv) Perceraian yang berpunca daripada kedua-dua belah pihak suami dan
isteri. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
22 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

(a) Punca perceraian daripada suami lebih kuat, iaitu khulu’ dan tafwid A
al-talaq. Suami wajib bayar mutaah.
(b) Punca perceraian dari isteri lebih kuat iaitu dalam kes isteri seorang
hamba dan suami membelinya dari tuan isteri, maka punca fasakh
akibat darinya lebih kuat di pihak isteri. Dalam kes in menurut B
qaul jadid, suami tidak berkewajipan membayar mutaah.
(v) Perceraian berpunca dari pihak ketiga seperti isteri yang dikahwini masih
kecil. Dalam masa perkahwinan tersebut, isteri telah menyusu dengan
ibu suami, maka fasakh nikahnya sama seperti hukum perceraian dengan
C
talaq sebelum bersetubuh, iaitu isteri berhak separuh mahar yang telah
ditetapkan dan jika tidak ditetapkan maharnya, maka wajid bayar mu’tah
atas kadar ½ mahar mithil.

[20] Di sini, mahkamah beranggapan bahawa asas hukum mutaah D


diwajibkan adalah untuk mengelak isteri yang diceraikan dipandang serong
oleh masyarakat yang membuat anggapan perceraian berlaku disebabkan oleh
keaiban isteri. Melalui pemberian mutaah ini, secara tidak langsung tanggapan
negatif masyarakat tersebut dapat diubah.
E
[21] Seterusnya dari sudut rujukan kes pula, mahkamah merujuk kepada
keputusan hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan, YA Tuan Abu Bakar bin Ahmad di dalam kes Faridah bt Sulaiman
lwn Mohd Noh bin Othman, JH 19 (1), hlm 135, di mana YA hakim merujuk
kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Noorbee lwn Ahmad Sanusi, JH 1 F
(2), hlm 63 menyatakan bahawa:
mutaah adalah pemberian yang diwajibkan oleh syarak kerana perceraian yang
bukan dari sebab isteri kerana keaiban yang ada pada dirinya atau fasakh dari isteri
dengan sebab iksar suami (suami tidak mampu beri nafkah) atau aib yang ada pada
G
dirinya. Ia bukan diwajibkan kerana kehilangan kasih sayang sahaja kerana mutaah
itu juga diwajibkan dalam keadaan di mana isteri menebus talaq dari suami. mutaah
juga bertujuan untuk menutup rasa malu yang dialami oleh isteri dan menghindarkan
fitnah serta sebagai asas untuk memulakan hidup bersendirian. Seorang isteri yang
diceraikan akan merasa malu dan mungkin akan menerima prasangka buruk
daripada masyarakat sekelilingnya. Untuk menghilangkan prasangka buruk H
bahawa seorang isteri itu diceraikan bukanlah kerana keaiban yang ada pada dirinya
maka lazim mutaah diwajibkan ke atas suami.

[22] Berdasarkan panduan di atas jelas sekali mutaah adalah hak isteri dan ia
tidak akan gugur sekalipun isteri dalam keadaan nusyuz. Hal ini kerana, tiada I
halangan seperti itu dinyatakan di dalam perbahasan ayat al-Quran, kitab fiqh
dan kes yang dirujuk sebelum ini. Selain itu, di dalam kes Piah bt Said lwn Che
Lah bin Awang, JH 3(2), hlm 220, Kadi Besar dalam keputusannya
menyatakan bahawa:
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 23

A ... dalam kes ini jelas perceraian itu berlaku dengan talaq oleh suami terhadap
isterinya sekalipun ada tanda-tanda nusyuz. Tetapi nusyuz tidak menafikan hak
mutaah sekiranya ia berlaku.

[23] Mahkamah merujuk kepada kes Zawiyah lwn Ruslan, JH 1(2), hlm
B 102, Kadi Besar telah memerintah pihak kena tuntut membayar mutaah
sebanyak RM700 dan beliau ada menyatakan di dalam penghakimannya:
mutaah menurut takrif di dalam kitab Kifayatul Akhyar ialah nama bagi harta yang
diberikan seseorang lelaki kepada isterinya disebabkan perceraian dengannya.
C Perceraian yang kena dibayar mutaah ialah setiap perceraian daripada suami tidak
dari sebab pihak perempuan seperti fasakh kerana aib yang ada pada diri perempuan
itu, atau perempuan memfasakh nikahnya dengan suaminya disebabkan sara
nafkah atau sebagainya. Dalam kes ini perceraian berlaku bukan kerana kecacatan
yang ada pada diri perempuan, dan tidak pula dengan sebab perempuan memfasakh
nikah. Yang Kena Tuntut mendakwa bahawa perceraian ini disebabkan oleh
D
perangai pihak isteri tetapi tidak membuktikan apa-apa kesalahan, yang
didakwanya dilakukan oleh pihak isteri yang boleh menggugurkan hak mutaah ini.
Pada asal syarak, mutaah digalakkan tetapi jika berlaku pertikaian mengenai kadar
mutaah maka hendaklah diselesaikan oleh Mahkamah. Asas penentuan yang mesti
diikuti ialah panduan ayat 230: surah Al-Baqarah yang bermaksud:
E
Dan berilah mutaah mengikut kadar yang kaya menurut kekayaannya dan yang
susah mengikut kesusahannya. Pasangan dalam kes ini adalah pasangan yang
sederhana.

F [24] Oleh yang demikian, mahkamah berpuas hati bahawa tiada satu pun
alasan lain yang wujud dan menjadi sebab penceraian di antara pihak-pihak
berlaku sehingga menghalang plaintif daripada menuntut mutaah daripada
defendan di dalam kes ini. Mahkamah selain itu juga berkeyakinan bahawa
plaintif adalah mempunyai kelayakan dan berhak untuk menuntut mutaah
G daripada penceraian yang berlaku serta wajar diberikan sejumlah wang atau
nilai terhadap tuntutannya.

ISU KEDUA BERAPAKAH PENENTUAN KADAR MUTAAH


TERSEBUT?
H
Asas penentuan kadar mutaah

[25] Peruntukan undang-undang tidak menyatakan panduan yang jelas


bagaimana mahkamah menjalankan fungsi budi bicaranya untuk memutuskan
I kadar mutaah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Sumber
undang-undang yang sedia ada juga tidak menjelaskannya dengan tepat, akan
tetapi di dalam Al-Quran ada menyatakan panduan asas tentang penentuan
kadar mutaah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Baqarah,
ayat 236 yang berbunyi:
24 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

Bermaksud: A
Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin).
Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur
dengan mereka) atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka
walaupun demikian hendaklah kamu memberi mutaah (saguhati) kepada mereka
(yang diceraikan) iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati) menurut B
ukuran kemampuannya dan suami yang susah menurut kemampuannya sebagai
pemberian (saguhati) menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas
orang-orang yang mahu membuat kebaikan.

C
[26] Mahkamah juga merujuk kepada panduan yang diberikan oleh ulama
di dalam kitab I’anah al-Talibin, Juz 3, ms 595 yang mana ia menyatakan:
Bermaksud:
Sekiranya berlaku perselisihan mengenai kadar mutaah yang patut dibayar oleh
D
suami kepada isterinya, maka hakim hendaklah bertindak sebagai penentu kadar
mutaah itu berdasarkan kriteria-kriteria berikut, kesenangan suami, kesusahan
suami, keturunan isteri dan sifat isteri itu.

[27] Selain itu, mahkamah ini juga merujuk kepada kes-kes terdahulu yang E
telah diputuskan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diguna pakai
sebelum sesuatu kadar mutaah ditentukan oleh hakim bicara. Di dalam kes
Faridah bt Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman, YA hakim menyatakan:
Dasar mutaah adalah keredaan kedua-dua pihak tetapi jika tidak tercapai
persetujuan, maka penentuan boleh dibuat oleh Qadhi. Penentuan kadar mutaah F
telah digariskan oleh syarak dengan nilai kedudukan kaya atau miskinnya suami
serta sifat dan keadaan isteri. Sifat ialah perwatakan dan keadaan pula ialah
kedudukan keluarga atau status keluarga dalam masyarakat. Kaya dan miskin ialah
nilai semasa dari segi perolehan dan pemilikan. Tentang kadar yang harus diberikan
tidaklah ditetapkan oleh hukum syarak tetapi diserahkan mengikut keadaan semasa G
sebagaimana dinyatakan di dalam ayat 236: surah Al-Baqarah.
Dinyatakan lagi oleh YA hakim:
... Walau bagaimanapun tentang kadar mutaah mengikut al-quran yang
dikemukakan diambil kira di atas kemampuan suami ketika berlaku perceraian.
H

[28] Di dalam kes Rusiah bt Ismail lwn Mohd Rafi Heinges bin Abdullah, JH
13 Bhg 2, hlm 232 pula, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Sembilan, Dato’ Hussin bin Hj Harun mengambil kira kemampuan suami
dalam menentukan kadar mutaah yang tidak dipersetujui kedua pihak. Di I
dalam alasan penghakimannya, YA hakim menyatakan:
Walaupun Defendan dalam kes ini tidak menafikan pembayaran mutaah tersebut
tetapi kadar tuntutan yang tidak sepatutnya atau merujuk kepada kehendak syarak
bahkan keterlaluan malahan Defendan dengan tidak mempunyai kemampuannya
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 25

A untuk memberi mutaah seperti yang dituntut’.

[29] Mahkamah mendapati terdapat dua pertimbangan baru yang


diketengahkan oleh YA hakim dalam menentukan jumlah mutaah di dalam
kes ini iaitu tempoh lama perkahwinan dan kesengsaraan isteri semasa bersama
B
suami. Berdasarkan keseluruhan panduan yang dinyatakan di atas, mahkamah
membuat kesimpulan bahawa penentuan kadar mutaah boleh dilihat dan
diambil kira dari sudut-sudut yang berikut:
(a) keadaan kemampuan defendaan sama ada kaya atau miskin;
C
(b) keadaan plaintif dari sifat atau perwatakan plaintif dan keadaan atau
kedudukan status keluarga plaintif; dan
(c) tempoh perkahwinan dan kesengsaraan isteri.
D Kemampuan suami (defendan)

[30] Dalam menilai kemampuan suami atau defendan, mahkamah merujuk


kepada penghakiman dalam kes Faridah bt Sulaiman lwn Mohd Noh bin
Othman yang mana YA hakim menjelaskan bahawa:
E
mutaah diambil kira semasa berlaku perceraian atas kemampuan suami atau ada
juga pendapat yang lain menyatakan diambil kira taraf kedua-dua pihak, tetapi
walaubagaimanapun, tentang kadar mutaah mengikut al-Quran yang
dikemukakan diambil kira di atas kemampuan suami ketika berlaku perceraian.
F
[31] Berdasarkan kes di atas, mahkamah bersetuju dengan penghakiman
tersebut bahawa kemampuan suami ketika berlaku penceraian perlu diambil
kira sebelum sesuatu kadar mutaah ditentukan. Oleh yang demikian,
mahkamah ini perlu menentukan terlebih dahulu tahap kemampuan defendan
G samada susah, sederhana atau senang atau kaya. Pada pandangan mahkamah,
inilah amalan yang berlaku di dalam kes-kes terdahulu dan ia boleh dijadikan
panduan walaupun mahkamah ini tidak terikat dengannya. Sebagai contoh di
dalam kes Ningal @ Yang Chik lwn Jamal bin Abdul Rahman, JH 6 Bhg 2, hlm
146, di dalam penghakimannya, Kadi Besar, Sheikh Ghazali bin Abdul
H
Rahman telah berkata:
Kadar tuntutan mutaah sebanyak RM25,000 untuk menentukan kadar mutaah ini,
saya telah meneliti pendapatan bulanan pihak yang kena tuntut dan mendapati
pendapatan beliau lebih kurang RM1330 sebulan. Setelah ditolak
I potongan-potongan, pendapatan bersih beliau lebih kurang RM736. Saya kira
yang kena tuntut termasuk dalam golongan orang yang berpendapatan sederhana
sahaja dan tuntutan mutaah sebanyak RM25ribu itu adalah tidak munasabah.

[32] Manakala, kes Nooraini bt Rashid lwn Hamzah bin Zainudin, JH XVIII
26 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

(2), hlm 294 di mana YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak di dalam A
penghakimannya menyatakan:
Dalam kes ini Defendan seorang yang berkemampuan dan boleh membayar
tuntutan mutaah Plaintif kerana kemampuan Defendan dibuktikan dengan nilai
saham semasa perkahwinan dengan Defendan dalam beberapa Syarikat Hexagon
B
sebanyak RM3,013,957, Syarikat Evermaster Group Bhd (EMB) sebanyak
RM24,478,307 dan syarikat Asia PAC Bhd (APB) sebanyak RM56,682,000.

[33] Apa yang mahkamah ingin tekankan di sini adalah menjadi beban ke
atas plaintif dalam kes tuntutan mutaah ini untuk membuktikan kepada C
mahkamah bahawa defendan mampu untuk membayar jumlah mutaah yang
dituntut olehnya sebanyak RM500,000. Prinsip beban pembuktian ini jelas
dinyatakan di dalam kes Norizam bt Mohd Lazim lwn Halim Azman bin Hj
Sulaiman, di mana Kadi Besar menyatakan:
Kenyataan perbelanjaan yang dibuat oleh yang kena tuntut itu tidak dipertikaikan D
oleh yang menuntut. Pihak menuntut pula tidak dapat membuktikan kepada
Mahkamah kemampuan sebenar Pihak Kena Tuntut. Pihak Yang Menuntut pernah
mengesyorkan kadar tuntutannya daripada RM10,800 kepada RM5,000 dalam
usaha mencari penyelesaian tetapi tidak dapat diterima oleh Pihak Yang Kena
Tuntut. Apabila tidak ada persetujuan atas kadar mutaah di antara Yang Menuntut E
dan Yang Kena Tuntut maka Kadi akan menentukannya.

[34] Prinsip-prinsip beban pembuktian yang ditegaskan di dalam kes yang


dirujuk adalah selari dengan kehendak peruntukan ss 72 dan 73 EKMSS 2003
iaitu: F
72 Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada
orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (Al-Mudda’ii) dan orang
yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta
(Al-Muda’a ‘Alaih).
G
73 Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan
penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang
bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah
membuktikan bahawa fakta itu wujud.
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka H
dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

[35] Mahkamah merujuk afidavit keterangan defendan bertarikh 24 Ogos


2015 pada jawapan soalan bernombor 15 yang mana defendan mengakui
bahawa pendapatannya sebulan semasa bercerai dengan plaintif adalah lebih I
kurang RM10,000. Pihak defendan sewaktu disoal mahkamah pada
perbicaraan bertarikh 15 Oktober 2015 mengakui bahawa semasa perceraian
pada tahun 2008, defendan telah dilantik sebagai Professor dengan Gred Jusa
C berpendapatan bulanan sebanyak RM7,000 lebih dan memperolehi
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 27

A elaun-elaun sekitar RM3,000 sebulan. Selain itu, defendan juga memperolehi


elaun RM800 sebulan kerana turut menyandang jawatan Pengarah Institut
Alam Sekitar dan Pembangunan. Pendapatan lain seperti perundingan projek
sekitar RM5,000 sebulan. Berdasarkan kepada keterangan defendan tersebut,
mahkamah menyimpulkan pendapatan defendan pada tahun perceraian
B pihak-pihak (tahun 2008) sepertimana yang berikut:
Gaji RM7,000
Pokok
Elaun-elaun RM3,000
C Elaun RM800
Pengarah
Bayaran RM5,000
Perundingan
Jumlah RM15,800
D
Jadual 1

[36] Namun begitu, memandangkan tiada dokumen penyata pendapatan


defendan yang jelas dikemukakan di dalam kes ini. Maka, mahkamah merujuk
E
kepada ikatan autoriti yang dikemukakan oleh pihak plaintif iaitu sesalinan
dokumen Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 untuk
mendapatkan jumlah yang lebih jelas lagi tentang jumlah pendapatan bagi
Gred Jusa C dengan sekala gaji VK7. Jumlah gaji minimum berdasarkan
F kepada pekeliling perkhidmatan tersebut menunjukkan jumlah RM7,189.63.
Skala gaji sepertimana merujuk kepada pekeliling perkhidmatan tersebut
menunjukkan peranjakan kenaikan sebanyak 9%. Maka, gaji minimum
defendan sebelum peranjakan gaji pada tahun 2013 adalah berjumlah
RM6,542.56. Manakala, jumlah elaun-elaun yang diterima mahkamah
G merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2008 pula
menunjukkan jumlah Elaun Tetap Jawatan Gred Khas C sebanyak RM1,000
dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas RM2,500. Jadual
ringkasan gaji atau pendapatan sebulan defendan selaku penyandang bagi Jusa
C VK7 beserta elaun-elaun adalah sepertimana jadual berikut :
H Utama C (VK7) (Tahun 2008)
Gaji Pokok RM6,542.56
ITP RM1,300
ITK RM2,500
I ITJU RM1,000
Pembantu Rumah RM500
Selenggara Rumah RM166.67
Pendapatan
Sampingan
28 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

Elaun Pengarah RM800 A


Bayaran Perundingan RM5,000
JUMLAH RM17,809.23

B
Jadual 2

[37] Defendan sewaktu disoal balas menyatakan ketidaksetujuan beliau


dengan tuntutan mutaah plaintif yang berjumlah RM500,000 tersebut.
Defendan di dalam hujahannya menyatakan bahawa jumlah mutaah yang C
dituntut oleh plaintif adalah diluar kemampuan pihak defendan yang mana
defendan merupakan seorang penjawat awam serta defendan juga bukanlah
berasal daripada golongan bangsawan atau hartawan. Defendan juga
menghujahkan bahawa beliau mempunyai komitmen bulanan lain seperti
hutang rumah, kereta serta menanggung orang tua yang telah uzur. Defendan D
dalam hujahannya juga menghujahkan bahawa dirinya juga kini telah beristeri
dan mempunyai anak yang perlu ditanggung.

[38] Mahkamah berpandangan bahawa jumlah pendapatan kasar defendan


hendaklah diguna pakai sebagai garis penentuan pendapatan dan kemampuan E
defendan berdasarkan kepada kes Tuan Farizah bt Tuan Ludin lwn Mohd
Razuhan bin Abdul Razab, (2007) JH 24, Bhg 2 di hlm 352 yang menyatakan
bahawa seseorang yang dituntut membayar mutaah apabila perbelanjaannya
habis dipotong kerana perbelanjaannya termasuk yang berupa kemewahan
adalah tidak tergolong di dalam kategori seorang yang tidak mampu. Namun F
begitu, pihak defendan tidak menyatakan dengan jelas jumlah-jumlah
komitmen bulanan yang ditanggung oleh beliau. Hanya keterangan daripada
SD1 sahaja yang menyokong fakta bahawa defendan bekerja sebagai pensyarah
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga telah berkahwin lagi.
G
[39] Oleh yang demikian, atas penelitian mahkamah terhadap keadaan dan
jumlah pendapatan defendan, mahkamah berpandangan bahawa jumlah
tuntutan mutaah yang dipohon oleh plaintif adalah tidak munasabah dengan
kemampuan pihak defendan.
H
Keadaan plaintif

[40] Faktor dari keadaan plaintif akan dilihat dari segi perwatakan plaintif
dan juga keadaan atau kedudukan status keluarga plaintif. Faktor ini diambil
kira menjadi sandaran dalam menentukan kadar mutaah berdasarkan kes I
Ismail lwn Norsiah, JH 2 Bhg 1, hlm 111, Kadi besar telah menghukum suami
itu membayar RM300 sebagi mutaah dan suami telah merayu kepada
Mahkamah Rayuan Syariah. Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan itu.
Dalam keputusannya disebut:
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 29

A Memandangkan pihak menuntut (suami) sebagai seorang pekerja yang


berpendapatan sederhana dan pihak kena tuntut (isteri) adalah seorang yang
bertaraf dalam masyarakat maka Mahkamah ini berpendapat bahawa kadar mutaah
patut dibayar oleh suami lebih daripada kadar yang telah diputuskan oleh Hakim
dalam perbicaraan terdahulu, tetapi Mahkamah Ulangbicara enggan mengubah
B hukuman itu dan menetapkan kadar mutaah sebanyak RM 300 hendaklah dibayar
sepenuhnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh hukuman.

[41] Manakala di dalam kes Tengku Anum Zaharah bt Tengku Abdul Hamid
lwn Dato’ Dr Hussein bin Mohamed Yusof, JH 3 (1) hlm 125, oleh sebab
C pihak-pihak daripada keluarga yang berada dan isteri juga merupakan kerabat
Diraja, mahkamah menetapkan jumlah yang diperuntukkan ialah RM25,200.

[42] Sebenarnya, tiada penerangan panjang lebar dan jelas diberikan oleh
ulama’ ketika menggariskan prinsip-prinsip menentukan kadar mutaah
D terhadap faktor status kedudukan keluarga isteri. Sebagai menambah panduan
sebelum ini dinyatakan di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin oleh Syed
Abdul al-Rahman bin Muhammad bin Hussin bin Umar, cetakan akhir,
1952m—1371h, hlm 214 yang bermaksud:
... dan disunatkan (mutaah) jumlahnya tidak kurang dari 30 dirham maka
E
sekiranya kedua pihak suami isteri bersetuju kadar mutaah tertentu dan jika tidak
hakim hendaklah memerintahkan satu jumlah yang wajar dengan mengambil kira
hal keadaan suami dari sudut susah senangnya dan juga hal keadaan isteri dari sudut
nasab/keturunan dan sifat (jamaalan) dan seumpama keduanya.

F
[43] Berkenaan isu ini, mahkamah mendapati bahawa tiada dibuktikan
bahawa plaintif adalah seorang yang mempunyai latar belakang bangsawan
dan berstatus tinggi dalam masyarakat. Justeru itu, kadar mutaah Plaintif
haruslah mengikut kadar orang biasa kebanyakan.
G Tempoh perkahwinan dan kesengsaraan isteri

[44] Oleh kerana sifat dan konsep mutaah bukan sebagai pampasan
(compensate), faktor kesengsaraan tersebut bukan perkara utama dalam
penentuan kadar mutaah, namun ianya wajar diambil kira kerana mutaah juga
H
sebagai satu perkara yang mengembirakan hati isteri yang diceraikan.
Mahkamah merujuk kepada kes Ida Hidayati bt Taufiq lwn Ahmad Shukri bin
Kassim, YA hakim berkata:
Setelah mengambil kira lama tempoh perkahwinan dan kesengsaraannya yang
I menjadi sejarah titik hitam yang mungkin tidak dapat dilupakan seumur hayatnya.

[45] Di dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa tempoh perkahwinan


pihak-pihak telah mencecah usia lebih kurang 20 tahun. Mahkamah juga
mempertimbangkan sikap plaintif yang sanggup bersusah senang bersama
30 Shariah Law Reports [2017] 3 ShLR

defendan selama tempoh lebih kurang 20 tahun perkahwinan mereka. Selain A


itu, plaintif didapati turut mempunyai pendapatan sendiri dan telah
bersama-sama membantu menguruskan keluarga.

[46] Berdasarkan kepada tempoh perkahwinan pihak-pihak dan juga faktor


kesengsaraan yang ditanggung oleh plaintif, maka plaintif sememangnya layak B
untuk mendapat bayaran mutaah yang wajar bagi dirinya.

PENETAPAN KADAR MUTAAH


C
[47] Mengikut undang-undang dalam penentuan kadar mutaah kepada
isteri adalah mengikut kewajaran yang patut. Walau bagaimanapun, jika
dibuat berdasarkan hukum syarak, kadar mutaah adalah tidak kurang dari 30
dirham. Kaedah itu dinyatakan dalam dalam kitab I’aanah al-Talibin, Juz 3, ms
357 ada menyebut menyebut:
D
Maksudnya:
Sunat kadar mutaah itu tidak kurang dari tiga puluh dirham

[48] Prof Dr Wahbah al-Zuhaily di dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa E


Adillatuhu, Juz 1, hlm 76–77 ada menyebut bahawa sepuluh dirham adalah
bersamaan dengan tujuh mithqal emas. Mithqal yang biasa adalah 4.80
dirham. Jika 30 dirham bersamaan 30÷10 x 7 x 4.80 = 100.8g emas. Jadi ianya
didasarkan kepada nilaian emas di pasaran tempatan pada masa ini. Pertukaran
nilai emas ke dalam bentuk ringgit Malaysia (RM), maka ia perlu didarabkan F
dengan pertukaran emas semasa di pasaran tempatan.

[49] Bagi mengetahui nilaian emas, mahkamah merujuk kepada laman


sesawang bagi Bank Negara Malaysia pada bahagian statistik di
http://www.bnm.gov.my yang menyatakan bahawa harga emas semasa pada 27 G
Mac 2008 iaitu pada tarikh perceraian pihak-pihak adalah RM3,218/oz (aun).
Jika ditukarkan kepada gram (1oz = 28.349g) iaitu RM3,218÷ 28.349g
=RM113.51g.

[50] Oleh itu, jika 100.8g x RM113.51= RM11,441.81. Ini bermakna 30 H


dirham adalah bersamaan dengan RM11,441.81 mengikut penelitian harga
emas semasa iaitu kadar yang disunatkan dalam pemberian mutaah. Kaedah
pengiraan ini atau jumlah yang diperolehi ini adalah berdasarkan kadar
mutaah yang paling minima diterangkan oleh Hukum Syarak.
I
[51] Persoalannya, adakah jumlah RM11,441.81 itu mencukupi dan wajar
untuk kadar mutaah yang akan diterima oleh plaintif? Pada pandangan
mahkamah, jumlah tersebut adalah tidak memadai jika dirujuk kepada
kriteria-kriteria yang telah dijelaskan secara panjang lebar di atas. Justeru itu,
[2017] 3 ShLR Almah v Mazlin (Salehan Yatim ShHCJ) 31

A adalah wajar bagi mahkamah untuk menentukan suatu kadar atau amaun lain
yang lebih sesuai untuk diberikan kepada plaintif sebagai bayaran mutaah ini.

[52] Berasaskan kepada kos sara hidup di negara ini yang semakin
meningkat, plaintif perlu kepada suatu jumlah yang wajar baginya untuk
B meneruskan kelangsungan hidupnya seorang diri. Mahkamah berpandangan
berdasarkan keadaan plaintif, pengorbanan plaintif sebagai seorang isteri serta
tempoh perkahwinan plaintif dan defendan, maka adalah wajar dan
munasabah nilaian mutaah yang diambil kira berdasarkan dua kali ganda
pendapatan defendan ketika perceraian yang mana pada tahun 2008 defendan
C telah dilantik sebagai Professor dengan Gred Jusa C berpendapatan lebih
kurang RM17,809.23 sebulan termasuk elaun-elaun dan pendapatan
sampingannya pada ketika itu sepertimana yang telah dijelaskan di dalam
Jadual 2 di atas. Maka, jumlah yang wajar dinilai dua kali ganda daripada
nilaian RM17,800 setelah digenapkan adalah berjumlah RM35,600. Jumlah
D RM35,600 ini wajar diberikan sebagai bayaran mutaah defendan kepada
plaintif kerana nilaian tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu
rendah serta bersesuaian dengan maksud mutaah itu yang mana ia adalah
saguhati penceraian.
E KEPUTUSAN

[53] Setelah mahkamah meneliti saman dan penyataan tuntutan plaintif


bertarikh 22 Mei 2009, pernyataan pembelaan dan tuntutan balas defendan
bertarikh 14 Ogos 2009, jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada
F tuntutan balas bertarikh 7 Oktober 2009 dan setelah mendengar keterangan
plaintif, defendan serta setelah meneliti afidavit dan keterangan lisan
saksi-saksi yang telah dikemukakan beserta hujahan bertulis pihak-pihak
bersama autoriti-autoriti yang dikemukakan, maka dengan ini mahkamah
memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:
G
(a) mahkamah meluluskan tuntutan mutaah plaintif berdasarkan s 58
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003;
(b) mahkamah memerintah defendan membayar sebanyak RM35,600
sebagai bayaran mutaah dan saguhati perceraian kepada plaintif; dan
H
(c) kos bagi kes ini ditanggung oleh masing-masing.

Plaintiff ’s claim allowed.

I Reported by Dzulqarnain Ab Fatar

You might also like