Ramai Yang Sudah Mengetahui Keburukan Rokok

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ramai yang sudah mengetahui keburukan rokok, tapi ramaikah yang tahu mengenai

keburukan vape? Kebanyakan orang yang bertukar kepada vape daripada rokok ini
berpendapat vape adalah alternatif yang lebih baik daripada rokok. Namun, vape turut
mempunyai kesan-kesan bahaya pada diri.

Vape sering digunapakai oleh golongan muda. Namun, yang menjadi permasalahan apabila
kanak-kanak turut didapati menghisap vape. Trend penggunaan vape telah menjadi ikutan
anak muda remaja dan juga kanak-kanak. Perkara ini amat membimbangkan.

Tambahan pula, cecair vape yang mengandungi bahan bahaya seperti nikotin bukan saja
boleh menyebabkan ketagihan, malah boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak apabila
dos berlebihan diambil. Sebelum kita mendalami topik keburukan vape, kenali dulu apa itu
vape.

Vape merupakan sebuah barangan elektronik yang digunakan untuk memasakan cecair yang
menghasilkan wap ataupun asap. Ia hadir dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga
dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape pula dikenali dengan pelbagai nama samaran
yang lain seperti ‘E-Cigs’, ‘mods’, ‘E-Hookahs’, ‘pod’ ataupun ‘Vape Pen’.

Cecair yang digunakan dalam cartridge pula mengandungi nikotin, propilen, glikol atau
gliserin dan penambah rasa seperti rasa buah-buahan. Saiznya yang kecil menyebabkan ia
mudah untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.

Nikotin
Cecair dalam cartridge mengandungi nikotin. Apakah nikotin sebenarnya? Nikotin adalah
hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan. Ketagihan di sini akan membuatkan
penggunaannya untuk menghisap vape berkali-kali.
Benzana
Antara keburukan vape yang lain adalah ia terkandung bahan kimia berbahaya seperti
benzana. Benzena adalah sejenis kompaun karsinogen yang dikenalpasti dapat
mengakibatkan kanser darah dan juga gangguan pada fungsi tulang sumsum

Ketagihan Vape,Mengurangkan Fungsi Sistem Imun Tubuh, Penyakit Jantung, Kanser Paru-
paru, Radangan Paru-Paru

Vape Jejaskan Kesihatan Mental?


Kajian turut mendapati pengambilan vape turut boleh mengakibatkan gangguan psikologi dan
menjejaskan kesihatan mental. Pengguna vape akan lebih berisiko untuk mengalami
ketagihan nikotin yang seterusnya boleh membawa kepada masalah psikologi seperti
kemurungan, tekanan dan kebimbangan.

You might also like