Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

GGGE3403 FOTOGRAFI

LAPORAN PENULISAN TOKOH AKADEMIK

DR. MOHD NORAZMI BIN NORDIN

Disediakan oleh :

Atiqah Salihah binti Mohd Abdullah (A201295)

Azim Muzhaffar bin Al-Adha@Badrulhisham (A202236)

Nurulain Khairunnisa binti Abdul Halim (A200883)

Nur Zaidatul Hazirah binti Hazlin (A200864)

Wan Nur Afriena binti Wan Mohd Yusoff (A201995)

Pensyarah :

Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman

1
PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh akademik
GGGE3403 Kursus Fotografi 2023/2024. Kami, Azim Muzhaffar bin Al-Adha@
Badrulhisham (A202236), Nurulain Khairunnisa binti Abdul Halim (A200883), Nur Zaidatul
Hazirah binti Hazlin (A200864), Atiqah Salihah binti Mohd Abdullah (A201295) dan Wan
Nur Afriena binti Wan Mohd Yusoff (A201995) bersyukur kerana diberi kesempatan dalam
menjalankan kajian tentang tokoh akademik yang terunggul di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Syukur kepada Allah SWT kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jaya dan tepat pada waktunya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh
akademik ini. Kami amat berbesar hati kerana beliau sudi memberi ruang dan peluang untuk
kami menemu bual sedikit sebanyak mengenai beliau.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Left. Kol.
Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman atas tunjuk ajar beliau dalam kursus citra
fotografi ini yang membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dengan
sempurna.

2
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4

4. Latar Belakang Keluarga 8

5. Latar Belakang Pendidikan 12

6. Pembinaan Kerjaya 16

7. Kejayaan dan Sumbangan 19

8. Perancangan dan Harapan 24

9. Penutup 26

10. Rujukan 28

11. Lampiran 32

3
PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah
dari Fakulti Pendidikan (FPEND) di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi,
Selangor iaitu Dr. Mohd Norazmi bin Nordin. Nama beliau memang tidak asing lagi dalam
dunia pendidikan. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) di Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti. Beliau mempunyai latar
belakang pendidikan yang kukuh dan pengalaman akademik dalam bidang pendidikan khas,
pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang
menceritakan perihal tokoh akademik, Dr. Mohd Norazmi bin Nordin yang disusun mengikut
kronologi dari awal kehidupan beliau sehinggalah ke hari ini.

Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh
akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui
bab ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang berkaitan
dengan asul-usul, tempat kelahiran tokoh dan juga latar belakang keluarga beliau yang
bermula daripada pekerjaan ibu-bapa beliau sendiri sehinggalah ke kehidupan keluarga
baharu beliau sendiri iaitu kehidupan isteri serta anak-anaknya yang berkemungkinan kurang
didedahkan kepada orang awam.

4
Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemubual Dr. Mohd
Norazmi bin Nordin di Fakulti Pendidikan (FPEND) pada 29 December 2023.

Seterusnya, bab yang kedua bakal menceritakan tentang tahap pendidikan beliau,
bermula dari pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu,
beliau tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau
bertekad untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu peringkat Sarjana Ijazah dan seterusnya menjadi seorang Doktor Falsafah dalam
pendidikan. Beliau telah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap perkembangan ilmu
pendidikan. Kita dapat melihat kesungguhan dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu
dalam bab berkenaan yang bakal dikupas sebentar lagi.

Bab ketiga biografi tokoh akademik ini akan menceritakan tentang kerjaya Dr. Mohd
Norazmi bin Nordin setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat perjalanan
serta pengembaraan beliau sehingga kini. Demi menjadi seorang yang pakar dalam bidang
ini, pelbagai usaha serta pengorbanan telah beliau curahkan. Bahagian ini juga menunjukkan
peranan beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendidik
anak-anak Malaysia untuk membentuk mereka menjadi seorang tenaga pengajar yang
berkualiti apabila tamat pengajian.

5
Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti Kebangsaan Malaysia menemubual Dr. Mohd
Norazmi bin Nordin di pejabat beliau.

Bab keempat biografi tokoh akademik ini menceritakan tentang sumbangan dan
kejayaan Dr. Mohd Norazmi bin Nordin sepanjang beliau bergelar sebagai seorang pensyarah
di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, bab ini juga menerangkan
tentang sumbangan beliau yang bukan sahaja disematkan di peringkat fakulti itu sahaja,
malahan ada juga sumbangan beliau yang amat berharga di peringkat dunia. Terdapat banyak
sumbangan beliau yang bakal dikupas dalam bab ini yang boleh menarik perhatian para
pembaca kerana beliau sememangnya wajar dijadikan role model bukan sahaja kepada
barisan pelajar pendidikan Malaysia, bahkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira
usia

Dr. Mohd Norazmi bin Nordin juga berpotensi memberikan sumbangan yang besar
dalam perkembangan ilmu pendidikan, khususnya dalam konteks pendidikan khas.
Pendekatan holistik beliau terhadap pendidikan mencerminkan kepentingan dalam
pengurusan pendidikan serta pembangunan masyarakat secara menyeluruh

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi aspek

6
keluarga, kerjaya, dan juga pendidikan yang khususnya untuk anak-anak didik beliau. Dr.
Mohd Norazmi bin Nordin juga menyatakan harapan beliau seperti beliau berharap lebih
ramai anak muda yang merupakan golongan harapan negara bertekad untuk melanjutkan
pendidikan mereka dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan khas agar anak muda
dapat mengakses pendidikan yang berkualiti untuk memahami serta membantu individu yang
memerlukan sokongan khusus dalam proses pembelajaran mereka.

7
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Mohd Norazmi bin Nordin, atau lebih dikenali sebagai Dr. Azmi telah dilahirkan
pada tanggal 17 Mei 1988 di Baling, Kedah. Beliau merupakan seorang pensyarah kanan di
Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, di Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan pensyarah pendidikan khas pengkhususan
masalah penglihatan.

Daerah Baling, Kedah Darul Aman

Dr. Mohd Norazmi mempunyai kehidupan yang sangat menarik dan penuh
kepelbagaian. Beliau telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kurang berada. Beliau
merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang memimpin kehidupan di kampung
bersama ayahnya iaitu Nordin Bin Su, yang bekerja sebagai seorang penoreh getah dan
ibunya, Hamidah binti Sa'ad, seorang suri rumah yang turut aktif dalam membantu
menjalankan perniagaan di gerai berhadapan rumahnya sebagai pembancuh air.

Lingkungan keluarga Dr. Mohd Norazmi mencerminkan nilai-nilai tradisional yang


dipegang teguh oleh keluarga beliau. Ayahnya yang gigih bekerja sebagai penoreh getah, dan
ibunya yang membantu menjalankan perniagaan, telah mengajarkan beliau tentang ketekunan
dan keazaman dalam menghadapi cabaran hidup.

8
Dr. Norazmi yang sedang menceritakan tentang keluarganya

Dalam garis keturunan, Dr. Mohd Norazmi mempunyai seorang abang sulung dan
seorang adik lelaki. Abangnya, yang berusia 41 tahun, menjalani kerjaya sebagai pemandu
van di salah sebuah hotel di Genting Highlands, sedangkan adik lelakinya, yang berusia 33
tahun, bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Kuala Kangsar, Perak. Meskipun
berada di negeri yang berbeza dan berjauhan, mereka tetap menjalinkan hubungan yang erat
dengan keluarga di kampung.

Dr. Mohd Norazmi, yang kini menetap di Selangor, telah berhijrah ke bandar untuk
mengejar ilmu dan membangun kerjaya akademiknya. Beliau telah mengambil keputusan
untuk menjadi seorang pendidik di UKM dan memilih untuk mengkhususkan diri dalam
bidang pendidikan khas, khususnya masalah penglihatan. Keputusan ini dipengaruhi oleh
pengalaman peribadi beliau sebagai seorang bapa yang turut memiliki seorang anak lelaki
yang berusia lima tahun yang menghidap autisme.

Beliau mempunyai tiga cahaya mata iaitu dua anak lelaki dan seorang anak
perempuan dan salah seorang anak lelaki beliau telah disahkan menghidap autisme iaitu anak
kedua beliau. Anak kepada Dr. Mohd Norazmi yang pertama, iaitu Muhammad Adam Al
Fateh bin Mohd Norazmi berumur 8 tahun telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar
Tun Hussein Onn 2. Anak beliau yang kedua pula ialah Adib Farrel bin Mohd Norazmi,
berumur 5 tahun yang bersekolah di pusat terapi di bandar Tun Hussein Onn 2 manakala
anaknya yang ketiga diberikan nama Fathia Arissa binti Mohd Norazmi yang masih kecil dan
belum bersekolah.

9
Foto keluarga Dr. Mohd Norazmi

Tidak hanya itu, isteri Dr. Mohd Norazmi, yang juga seorang cikgu pendidikan khas
di SK Bandar Tun Hussein Onn 2, turut aktif dalam mendukung pendidikan khas di Malaysia.
Keterlibatan mereka berdua memberikan dorongan positif dalam perkembangan dan
kemajuan dalam bidang ini.

Sekolah Rendah Kebangsaan Tun Hussein Onn 2

10
Dalam keseluruhan, latar belakang keluarga Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
mencerminkan kombinasi unik antara nilai tradisional, kepelbagaian geografi keluarga, dan
komitmen terhadap pendidikan khas. Semangat untuk memberikan sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat melalui kerjaya akademiknya di UKM terus memandu langkah-
langkahnya ke hadapan.

11
LATAR BELAKANG PENDIDKAN

Dr. Mohd Norazmi bin Nordin, seorang pendidik yang cemerlang, bermula dengan
perjalanan pendidikannya di Sekolah Kebangsaan Lanai, Kupang, Kedah. Beliau telah
menunjukkan kebolehan sebagai seorang pemimpin ketika dipilih sebagai pengawas pada
Tahun 4 dan Tahun 5. Pada Tahun 6, beliau diberikan tanggungjawab untuk memegang
jawatan sebagai ketua pengawas dan berjaya mencapai keputusan gemilang, 4A 1B dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walaupun dengan cabaran subjek Bahasa
Inggeris yang mendapat penarafan B.

Logo Sekolah Kebangsaan Lanai, Kupang, Kedah

Prestasi kokurikulum Dr. Mohd Norazmi turut membanggakan, dengan penyertaan


aktif beliau dalam sukan bola sepak yang membawa nama Kedah hingga ke peringkat
kebangsaan dalam kategori bawah 12 tahun dalam acara yang berlangsung di Miri, Sarawak.

Penerusan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling


(SMKAB) memberikan momentum baru dalam pencapaian akademiknya. Ketika
menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2003, beliau memperoleh
keputusan cemerlang sebanyak 8A 1B. Keazaman untuk mengejar aliran teknikal
kejuruteraan dan lukisan kejuruteraan di Tingkatan 4 menandakan keputusan yang matang
dan bijak dalam memilih bidang pengajian.

12
Logo Sekolah Bangunan Sekolah
Menengah Kebangsaan Menengah Kebangsaan
Agama Baling Agama Baling
(SMKAB) (SMKAB)

Pada Tingkatan 5, Dr. Mohd Norazmi terus menunjukkan keunggulan dengan


keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila beliau berjaya memperoleh keputusan
sebanyak 5A 3B 3C. Keberhasilan dalam sukan bola sepak juga berkekalan, apabila beliau
dipilih untuk mewakili daerah Baling dan meraih naib johan serta anugerah penjaring
terbanyak dalam Kejohanan Bola Sepak Kategori Bawah 18 Tahun peringkat negeri Kedah.

Keputusan untuk menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam


Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, walaupun hanya bertahan seminggu,
menggambarkan tekad Dr. Mohd Norazmi untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pendidik.
Beliau memilih untuk melanjutkan pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur, memilih bidang Pendidikan Khas Dan Masalah
Pendengaran selama 5 tahun 6 bulan.

Bangunan di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur

13
Setelah menamatkan sesi pembelajaran di IPG pada tahun 2012, Dr. Mohd Norazmi
menjalani latihan industri di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel (P), Kuala
Lumpur dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Batu Pahat (P),
Johor mengajar subjek Pembelajaran dan Pendengaran Khas selama 3 tahun.

Logo Sekolah Kebangsaan Logo Sekolah Kebangsaan


Pendidikan Khas Jalan Peel Pendidikan Khas Jalan Peel
(P), Kuala Lumpur (P), Batu Pahat, Johor

Pencapaian seterusnya terletak pada pengisian ruang ilmu dengan mengejar Ijazah
Sarjana (Master) dalam bidang Pendidikan Kajian Pendidikan Khas di Universiti Open
University Malaysia (OUM) Batu Pahat, Johor pada tahun 2015. Dr. Mohd Norazmi
membuktikan ketekunan dengan mengikuti pembelajaran separuh masa pada hujung minggu
selama 2 tahun tanpa cuti. Beliau juga berjaya memperoleh pointer 4.O bagi satu semester
ketika melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan menerima Anugerah Dekan atas
kejayaan beliau tersebut.

Universiti Open University


Malaysia (OUM) Batu Pahat,
Johor
14
Daya kecemerlangan terus bersinar ketika Dr. Mohd Norazmi melangkah ke peringkat
Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan, Kajian Pendidikan Khas di Universiti Tun Hussien Onn
(UTHM), Batu Pahat, Johor pada tahun 2018, menamatkan pengajian pada tahun 2020.
Kejayaannya terbukti dengan penerbitan 25 artikel PhD dalam Kajian Jurnal Pendidikan
Antarabangsa dan penerimaan Anugerah Graduate On-Time, menunjukkan kesungguhan
beliau dalam menyelesaikan pengajian dalam tempoh tidak lebih dari 3 tahun.

Universiti Tun Hussien Onn


(UTHM), Batu Pahat, Johor

Kesemua pencapaian ini mencorakkan Dr. Mohd Norazmi Bin Nordin sebagai
seorang pendidik yang teliti, berjaya dan berdedikasi dalam bidang pendidikan khas dan
kejuruteraan, membuktikan bahawa kesungguhan dan ketekunan adalah kunci ke arah
kejayaan akademik. Dengan pengalaman pendidikan yang kaya dan kecemerlangan dalam
bidang akademik, Dr. Mohd Norazmi Bin Nordin adalah teladan yang menginspirasi dalam
dunia pendidikan.

15
PEMBINAAN KERJAYA

Dr. Mohd Norazmi telah melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda
di Institut Pengajian Guru (IPG) Cheras dalam bidang pendidikan khas masalah
pendengaran. Setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat ijazah, beliau mula
berkecimpung dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru sekolah pendidikan khas.
Beliau bekerjaya sebagai seorang guru selama 10 tahun. Dalam pada itu, beliau telah
menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana selama 2 tahun secara separuh masa.
Dr. Mohd Norazmi seorang yang tekun dalam melakukan apa yang diminatinya, beliau juga
mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. Beliau banyak
menghasilkan kajian berkenaan dengan pendidikan khas masalah pendengaran dan
menamatkan pengajiannya dengan cemerlang secara Graduate On Time (GOT). Pada masa
yang sama, beliau masih meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru pendidikan khas,
namun pada tahun 2021 beliau mengorak langkah untuk menjadi seorang pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pejabat Dr. Mohd Norazmi di Fakulti Pendidikan

16
Dr. Mohd Norazmi menyatakan bahawa dalam perjalanan hidupnya, impian beliau
untuk menjadi seorang guru telah tercapai dan beliau turut direzekikan untuk menjadi seorang
pensyarah universiti. Tambahan pula, beliau pernah mempunyai impian untuk menjadi
seorang pemain bola professional dengan kehandalan beliau dalam sukan bola sepak
sehingga mewakili ke peringkat kebangsaan sewaktu beliau di sekolah menengah. Namun
begitu, hasrat beliau untuk menjadi seorang pemain bola professional tidak tercapai malah
beliau tidak meletakkan profesion itu sebagai kerjaya utama namun hanyalah sebagai hobi
semata-mata.

Dr. Mohd Norazmi juga menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang
guru pendidikan khas. Menurut Dr. Mohd Norazmi, beliau banyak belajar daripada golongan
pelajar berkeperluan pendidikan khas ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
pendidikan khas beliau banyak menjadi asbab kepada hasrat beliau untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat PhD kerana ingin memberi sumbangan kepada pendidikan khas supaya
dapat memperbaiki cara pendekatan pengajaran kepada pelajar khasnya. Salahuddin
merupakan salah seorang murid pendidikan khas beliau yang menjadi kunci kepada banyak
inspirasi yang diperolehnya. Beliau menyatakan bahawa pada awalnya, beliau telah bertindak
mengabaikan Salahuddin kerana buntu akan bagaimana ingin mengajarnya kerana
Salahuddin merupakan murid yang mempunyai deaf-blindness iaitu buta dan pekak. Pada
satu hari ketika beliau sedang mengajar anak-anak muridnya, Salahuddin bertindak menarik
tangan beliau ketika beliau berdiri berhampirannya dengan memberi isyarat sentuhan pada
buku latihannya. Peristiwa itu telah menyebabkan beliau insaf dan berfikir bahawa muridnya
itu mempunyai keinginan untuk belajar walaupun mempunyai kekurangan yang nyata.

Pada waktu ketika beliau menjadi pensyarah, beliau tekun menjalankan banyak
penyelidikan berkenaan dengan pelajar berpendidikan khasnya untuk memperbaiki sistem
pembelajaran mereka supaya lebih relevan dan mencipta kaedah pengajaran baharu yang
sesuai dengan murid seperti Salahuddin. Di samping itu, Salahuddin juga banyak memberi
kekuatan kepada beliau ketika beliau menghadapi ujian hidup daripada Allah SWT di mana
beliau dikurniakan anak syurga yang menghidap autisme dan pada masa yang sama isterinya
pula menghidap kanser payudara. Beliau mula merasakan semangatnya makin pudar namun
beliau percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Selain itu, beliau sering teringat
akan anak muridnya, Salahuddin yang serba kekurangan itu cekal dan tabah dalam
menghadapi ujian hidupnya dengan tidak mudah berputus asa namun lebih kuat keinginannya

17
untuk menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, beliau yakin bahawa sesuatu masalah akan
ada jalan penyelesaiannya dan peristiwa tersebut mendorong beliau untuk menjadi seorang
pensyarah yang berwawasan dan cekal serta berusaha untuk menyumbang kepada bidang
pendidikan khas.

Dr. Mohd Norazmi menghadiri Program Kemahiran Braille dan

Pengendalian Tongkat Putih

Dr. Mohd Norazmi berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,


Bangi.

18
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Kesungguhan Dr. Mohd Norazmi dalam bidang kerjayanya telah diperakui dan
diperlihatkan apabila beliau telah berjaya menerima dua anugerah penghargaan pada tahun
2023 bagi penilaian tahun 2022 iaitu Anugerah Kecemerlangan MyRa Prestasi 2022 (Inovasi)
dan Anugerah Kecemerlangan MyRa Prestasi 2022 (Penerbitan) atas sumbangan dan
kecemerlangan beliau. Anugerah yang diberikan tersebut telah menaikkan semangat dan
memberi aura positif kepada Dr. Mohd Norazmi untuk terus menjalankan penyelidikan dan
menerbitkan lebih banyak bahan rujukan serta berusaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif
untuk menaikkan sistem pembelajaran pendidikan khas di negara ini.

Dr. Mohd Norazmi turut diberi kepercayaan untuk menggalas beberapa jawatan
penting sepanjang beliau bergelar sebagai seorang pensyarah kanan di Pusat Kajian
Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, UKM. Beliau telah dilantik sebagai ketua program
dan turut dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas sebagai penyelaras di Pejabat Dekan
Fakulti Pendidikan.

Dr. Mohd Norazmi telah berjaya menerbitkan sebanyak 25 buah artikel di dalam
jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa dalam bidang yang beliau ceburi sepanjang perjalanan
beliau dalam melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Tun Hussein Onn
(UTHM). Di samping itu, beliau turut berjaya menerbitkan lebih daripada 200 buah artikel
sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kerjayanya. Antara artikel terbaharu yang telah
diterbitkan oleh beliau ialah artikel yang bertajuk An Artificial Neural Networks Approach
And Hybrid Method With Wavelet Transform To Investigate The Quality Of Tallo River,
Indonesia dan Human Capital Development and Psychology Towards Empowering Orang
Asli Jakun for Community Based Ecotourism. Beliau berhasrat untuk terus menerbitkan lebih
banyak artikel pada masa akan datang yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat
sebagai rujukan.

Selain artikel, beliau turut dilihat aktif dalam menerbitkan rencana dalam laman
sesawang Berita Harian. Beliau telah menerbitkan sebanyak empat buah rencana dari tahun

19
2022 hingga tahun 2023. Antaranya ialah rencana beliau yang bertajuk Hasilkan Kamus
Dwibahasa Bentuk Braille Bantu Murid Buta dan Beri Mata Kepada Murid Cacat
Penglihatan. Penulisan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pembaca iaitu secara umumnya kepada masyarakat mengenai golongan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK) khususnya ketidakupayaan penglihatan.

Antara rencana yang diterbitkan oleh Dr. Mohd Norazmi

Selain itu, Dr. Mohd Norazmi turut aktif melibatkan diri dalam khidmat sosial atau
public management. Beliau seringkali dilihat menjadi ahli jawatankuasa bagi sesuatu
program di peringkat fakulti, institut dan universiti serta sering dijemput sebagai penceramah,
panel dan ucaptama di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah beliau pernah dilantik sebagai
Keynote Speaker for Paris International Conference on Social Science & Humanities dan
Keynote Speaker for International Conference on Pediatrics & Neonatal Research (ICSSH)
pada tahun 2022.

20
Dr. Mohd Norazmi menerima anugerah penerbitan dan pembentang terbaik dalam
International Conference on Recent Trend in Education, Technology, Innovation and Social
Sciences 2022 (ICETIS 2022).

Dr. Mohd Norazmi telah memberi sumbangan besar dalam melahirkan lebih ramai
insan-insan hebat yang akan menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan
negara serta berbakti semula kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau
berperanan dalam melatih dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar di Fakulti
Pendidikan, khususnya dalam bidang pendidikan khas masalah penglihatan, yang merupakan
bakal-bakal guru yang mana mereka akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas yang
mengkhususkan kepada masalah buta, rabun dan masalah penglihatan. Ketekunan dan
kesungguhan beliau dalam mengajar telah berjaya melahirkan lebih ramai graduan-graduan
terutamanya guru-guru yang mahir dalam bidang pendidikan khas. Sepanjang tiga tahun
beliau menjadi seorang pensyarah di UKM, seramai 5 orang pelajar di peringkat Sarjana dan
10 orang pelajar di peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah berada di bawah penyeliaan beliau
dan kesemuanya berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang.

Di samping itu, Dr. Mohd Norazmi kian aktif menjalankan projek penyelidikan
bersama ahli-ahli penyelidik yang lain dan turut menjadi ketua projek bagi beberapa projek
yang telah dan sedang dijalankan di peringkat universiti mahupun kebangsaan. Antaranya
ialah Projek Penyelidikan Modul Braille Pendidikan Pengurusan Zakat untuk Orang Buta
dan Dokumen Asas Pembinaan Kurikulum untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Ketidakupayaan Penglihatan Pelbagai yang kini masih dalam penyelidikan. Beliau kini
sedang aktif menjalankan dua buah penyelidikan yang akan tamat pada tahun 2024 dan 2025.

21
Antaranya ialah Pembangunan Model Kesediaan Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) Dari
Perspektif Modal Manusia.

Modul Braille Pendidikan Pengurusan Zakat untuk Orang Buta

Kandungan Modul Braille Pendidikan Pengurusan Zakat untuk Orang Buta

Akhir sekali, beliau turut mencetuskan idea dan membentuk kerjasama dengan ahli-
ahli penyelidik yang lain untuk menghasilkan mashaf al-Quran dalam bentuk Braille yang

22
bertujuan untuk menawarkan peluang pendidikan agama kepada orang kurang upaya (OKU)
yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan membantu mereka dalam
mempelajari, membaca dan menghayati kitab suci al-Quran seperti manusia biasa yang lain
dengan melalui sentuhan. Hal ini disebabkan golongan ini sering diabaikan dari pelbagai
aspek termasuk hal-hal ehwal agama yang mana sering tertumpu kepada golongan biasa
sahaja yang menyebabkan terdapatnya jurang yang jelas antara mereka. Pada tahun 2020,
sebanyak 6 jilid Mashaf al-Quran Braille Malaysia berjaya diterbitkan yang berpotensi untuk
memberi kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU) dari aspek penglihatan. Kekangan
untuk mempelajari al-Quran yang dihadapi golongan ini akibat keterbatasan penglihatan
dapat diatasi dengan penerbitan mashaf tersebut dan dapat melahirkan lebih ramai bilangan
orang kurang upaya (OKU) yang celik al-Quran.

Mashaf Al-Quran Braille Malaysia Jilid 1,3 dan 4

23
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Sebagai seorang pensyarah yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan, Dr.
Mohd Norazmi merancang untuk membuka Akademi Orang Buta dan Institut Braille
Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencerminkan komitmen beliau
terhadap peningkatan aksesibiliti dan kualiti pendidikan bagi individu dengan keperluan
pendidikan khas, khususnya bagi golongan orang buta. Inisiatif ini boleh memberikan impak
yang signifikan dalam memberikan sokongan dan peluang kepada mereka untuk
mengembangkan potensi mereka secara penuh.

Berikut adalah beberapa potensi manfaat dan ciri-ciri yang mungkin terkandung
dalam perancangan ini:

1. Peningkatan Aksesibiliti Pendidikan: Pembukaan Akademi Orang Buta dan Institut


Braille Malaysia di UKM akan meningkatkan aksesibiliti pendidikan untuk orang buta di
peringkat tinggi. Ini mungkin melibatkan penyediaan sumber dan bahan pendidikan yang
disesuaikan dengan keperluan mereka.

2. Latihan Tenaga Pengajar Khusus: Akademi ini dapat berfungsi sebagai pusat
latihan untuk tenaga pengajar yang khusus terlatih dalam mengajar individu dengan

24
keperluan khas, termasuk teknik-teknik pengajaran yang sesuai untuk orang buta dan
penggunaan sistem Braille.

3. Pusat Rujukan dan Penyelidikan: Akademi dan Institut ini dapat menjadi pusat
rujukan bagi penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan pendidikan khas, khususnya
dalam konteks orang buta. Ini boleh melibatkan pengembangan teknologi pendidikan yang
lebih canggih, bahan pengajaran inovatif, dan strategi pengajaran yang lebih efektif.

4. Pembangunan Komuniti: Pembukaan institusi seperti ini juga dapat menyumbang


kepada pembangunan komuniti orang buta dengan menyediakan ruang untuk mereka
berkongsi pengalaman, sokongan, dan membina hubungan sosial yang positif.

5. Program Pembangunan Kebolehan Diri: Akademi ini mungkin menyediakan


program pembangunan kebolehan diri, termasuk kemahiran hidup harian, kebolehan
berkomunikasi, dan latihan pekerjaan, yang dapat membantu orang buta menjadi lebih
mandiri dan berdaya saing.

6. Kerjasama dengan Pertubuhan Pekerja Sosial: Dr. Mohd Norazmi juga mungkin
merancang kerjasama dengan pertubuhan pekerja sosial dan NGO yang terlibat dalam
pembelaan hak orang kurang upaya, untuk memastikan bahawa keperluan mereka diakui dan
dipenuhi.

Dengan perancangan ini, Dr. Mohd Norazmi menunjukkan peranan penting universiti
dalam menyokong pembangunan sosial dan pendidikan secara inklusif. Usaha ini juga
mencerminkan semangat untuk menjadikan UKM sebagai pusat kecemerlangan dalam
pendidikan khas dan pembangunan komuniti.

Selain itu, dengan adanya harapan ini, Dr. Mohd Norazmi menyuarakan keinginan
untuk melihat peningkatan jumlah tenaga pengajar dan profesional dalam bidang pendidikan
khas. Dengan bertambahnya jumlah individu yang terlatih dan berkebolehan dalam
menyokong keperluan pendidikan khusus, dijangkakan akan terdapat peningkatan kualiti dan
aksesibiliti pendidikan bagi golongan ini.

Sumbangan yang diharapkan dari anak muda ini bukan hanya dalam bentuk
peningkatan ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai perubahan positif dalam masyarakat.

25
Dengan memahami kepentingan dan cabaran yang dihadapi oleh individu dengan keperluan
pendidikan khas dan juga mengharapkan generasi muda dapat turut berperan aktif dalam
membangun masyarakat yang lebih inklusif dan berkeadilan.

Dengan demikian, harapan Dr. Mohd Norazmi bin Nordin mencerminkan aspirasi
untuk melihat perkembangan pendidikan khas yang berterusan, diiringi dengan semangat
kecemerlangan dan kepribadian positif dalam kalangan generasi penerus, sebagai langkah
positif dalam membentuk masa depan negara.

PENUTUP

Dalam penelusuran singkat mengenai Dr. Mohd Norazmi bin Nordin, dapat
disimpulkan bahawa Dr. Mohd Norazmi bukan sekadar seorang yang cemerlang dalam
bidang kerjanya, tetapi juga seorang individu yang menonjol dari segi sikap dan akhlaknya
yang luar biasa. Kecemerlangan beliau tidak terbatas kepada kebolehan profesional semata-
mata, tetapi turut tercermin dalam rendah diri, baik hati, dan tekad untuk membantu mereka
yang kurang upaya. Dr. Mohd Norazmi adalah contoh yang patut kita, mahasiswa dan
mahasiswi, jadikan sebagai sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan.

Beliau telah memberikan nasihat berharga kepada kami semua, menekankan bahawa
kejaran kemasyhuran dan kedudukan tinggi bukanlah matlamat sebenar dalam kehidupan,
terutamanya sebagai seorang pendidik. Sebaliknya, beliau mengajak kita untuk
mengutamakan pengejaran ilmu yang meluas, dengan harapan agar kita dapat menjadi
individu yang memberi manfaat kepada masyarakat dan, seterusnya, kepada negara. Dr.
Mohd Norazmi juga mengingatkan agar kita sentiasa memikirkan golongan yang kurang
upaya, dengan niat tulus untuk membantu dan menyantuni mereka.

Kata-kata inspirasi beliau mencerminkan kebijaksanaan dan pandangan hidup yang


mendalam. Beliau menyeru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di universiti watan ini
supaya mengambil peluang dalam setiap yang diberikan kepada kita, tanpa mengira jenis

26
peluang itu. Selain itu, beliau menegaskan bahawa usaha yang sungguh-sungguh perlu
diletakkan dalam setiap tindakan yang diambil, walaupun mungkin memerlukan pengorbanan
yang besar, sebagaimana yang beliau tunjukkan dengan keputusannya untuk meninggalkan
pembelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) walaupun sudah seminggu berlalu disana
untuk mengejar cita-citanya di Institut Pendidikan Guru.

Pendek kata, kita patut bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya, termasuklah
kejayaan kami dalam menghasilkan tugasan ini dengan penuh kejayaan. Sekalung
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan Dr. Mohd Norazmi bin Nordin
kerana dengan murah hati berkongsi pengalaman hidupnya, memberikan tunjuk ajar tentang
makna kehidupan, dan membolehkan kami merasai sendiri pengalaman unik menyentuh al-
Quran Braille untuk golongan kurang upaya. Perjumpaan ini tidak akan dilupakan, kerana ini
menjadi pengingat kepada kita akan nikmat kesempurnaan tubuh badan, yang seringkali
diambil acuh tak acuh oleh banyak individu di muka bumi ini. Akhirulkalam, usaha dan
kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini memberikan sumbangan besar dalam
menghasilkan laporan ini dengan penuh jayanya.

27
RUJUKAN

Abd Aziz, N. S. ., Mohd Raus, N., & Mohamed, A. K. . (2023). Pembelajaran Braille
Berasaskan Web bagi Pelajar Celik Penglihatan : Web-Based Braille Learning for
Sighted Learners. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 7(1), 30-38.

Abd Kadir, K., Hashim, M., Muhamad, N.A.F., Mohd. Raus, H.N., Ja’afar, N. and Omar,
N.B. (2019). Kesesuaian Kandungan Buku Iqra’ Braille 1 Sebagai Permulaan
Pengajaraan Al-Quran kepada Golongan OKU Penglihatan: The Suitability of Iqra’
Braille 1 as the Foundation in Teaching al-Quran for Visually Impaired People.
‘Abqari Journal. 20, 2 (Nov. 2019), 49–59.

Abol, M. T. . (2023). Keperluan Menangani Gaya Pembelajaran Visual, Auditori Dan


Kinestetik (Vak) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Di Program Pendidikan
Inklusif Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal of Human Capital Development
(JHCD), 16(2), 1–17.

Adibah Najihah Mohd Nazri, Nur Nadhrah Sakinah Nasri, Siti Nur Ain Mohamad Noor dan
Maisarah Saidin. (2023). Teknologi Braille dalam Pdp Al-Quran untuk OKU
Penglihatan. Penerbit USIM.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/20811.

28
Adnan, M. F. R., & Zaharudin, R. (2021). The Importance of Al-Quran E-Braille on
Improving the Achievement of Students with Special Needs with Visual Impairment.
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 19-27.

Ahmad Razuan, S. R., Mohd Raus, N., Hashim, M., Rasdi, M. N. A., Mohamed Yusoff, A.,
Ja’afar, N., & Muhamad, N. A. F. (2019). Pendidikan Al-Quran Bagi OKU:
Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI): Quranic Education for
PwDs: Experience of Ibnu Ummi Maktum Researcg Centre (UMMI). ‘Abqari
Journal. 20(2), 78-98.

Ainul Shahman, (2012). Cara menyelesaikan masalah pengamatan penglihatan. Carian


Google, 29-9-2012

Hj. Mohd Raus, H. N., & Ahmad Nabil, N. (2017). Model dan Kurikulum Pendidikan al-
Quran Holistik bagi OKU. Journal of Quran Sunnah Education & Special
Needs, 1(1).
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak, H., Ab Halim Tamuri, R. A. M., & Bari, S. (2012). Amalan pengajaran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas (masalah pendengaran). Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2), 2012.

Menjadi guru pendidikan khas. (n.d.). (2005). Malaysia:PTS Professional.Google Books.


https://books.google.com/books?
hl=en&lr=&id=dzbA5Dv3WLIC&oi=fnd&pg=PA3&dq=pendidikan+dalam+pendidi
kan+khas&ots=kJjOQCXptM&sig=rgkT_NHCwUpjhZ7ZOBf60-q4UNM.

Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS Professional.

Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Hazlin Falina Rosli , Zetty Nurzuliana Rashed, Zur'ain Harun
Azmi , Azwan Mohammad Azmi dan Norhisham Muhammad. (2022). Peranan
Sistem Sokongan Komuniti, Pendidikan dan Industri terhadap OKU Penglihatan di
Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling (IJEPC).
Volume 7 Issue 45. PP. 320-327.

Mohd Norazmi Nordin. (2023). Hasilkan Kamus Dwibahasa Bentuk Braille Bantu Murid
Buta. - Minda Pembaca Berita Harian. 13.

29
Mohd Norazmi Nordin. (2022). Beri Mata Kepada Murid Cacat Penglihatan. - Rencana
Berita Harian. 1-3.

Mohd Norazmi Nordin. (2023). Gabungan Elemen Auditori Taktil Tingkat Keupayaan
Orang Buta. - Minda Pembaca Berita Harian. 13.

Mohd Norazmi Nordin. (2023). Hasilkan Kamus Dwibahasa Bentuk Braille Bantu Murid
Buta. - Minda Pembaca Berita Harian. 13.

Mohd Norazmi Nordin. (2022). Pembugaran Pendidikan Khas Perlu Disegerakan. -


Rencana Berita Harian. 1.

Mohd Norazmi Nordin, Amin Al Haadi Shafie, Nurul Fazzuan Khalid, Nor Hafizah
Mohammad Hanafi, Siti Mastura Baharudin. (2023). Best Theories Practice Of
Guidance And Counseling For Special Need Students In Special Education School. -
International Journal Of Professional Business Review. 1-13.

Mohd Norazmi Nordin, Izzat Fadli Hamdan, Farhanah Mohd Noor, Sariah Ali, Mohamad
Maulana Magiman, Nazeema Mohamed Yusof, Nur Ilyana Ismarau Tajuddin. (2023).
The Implementations Of Technology In Special Education Classrooms Based Project.
- International Journal Of Professional Business Review. 1-16.
Mohd Norazmi Nordin, Madzlan Abet, Doris Maying, Tang Hung Moi, Mohd Saleh Abbas.
(2023). Blind Special Education Students Learning: Preparing Future Teachers
Psychology. - Journal For Re Attach Therapy And Developmental Diversities. 21-
30.
Mohd Norazmi Nordin, Siti Mastura Baharudin, Siti Sarah Maidin, Muhd Zulkifli Ismail,
Asrizam Esam. (2023). Psychology And Rehabilitation Awareness Through
Computer Science Education For Special Education Students. - Journal For Re
Attach Therapy And Developmental Diversities. 1-9.
M. Farhan, “Masalah Pembelajaran untuk Pelajar Pendidikan Khas: Dana dan Prasarana”,
International Journal of Humanities, Management and Social Science, vol. 3, no. 1,
pp. 1-10, Jun. 2020.

Nasri, M. S. B., Hamzah, R., & Udin, A. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Memperkasakan Peranan Pendidikan Teknik Vokasional Dan Pendidikan Khas.
Dicapai pada Oktober, 2, 2012.

Nur Khairiah Ghuzal, Mohd Norazmi Nordin. (2023). Preparing For Better Employability
Post-Secondary Transition to Employment Training Program for Adults with Autism
Spectrum Disorder in Malaysia. - European Chemical Bulletin. 3251-3265.

30
Nor, S. M., & Rashed, Z. N. (2018). Peranan dan cabaran guru-guru pendidikan khas
membentuk kemenjadian murid-murid masalah pendengaran dalam abad ke 21.
Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs.

Norhasnira Ibrahim. (2017). Kemahiran Pedagogi Bagi Guru Pendidikan Islam (Pendidikan
Khas) Dalam Pengajaran Al-Quran Braille. Proceedings of International Conference
on Special Education, 2.

Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri dan Aizan Sofia Amin. (2018). Isu dan Cabaran Pelajar
Kurang Upaya Penglihatan di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Psikologi Malaysia,
32 (3) p.p 131-145. ISSN-2289-8174.

Rohany Nasir. 2003. Isu-isu kaunseling dan Perkembangan Kerjaya. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Disributors.

Severin, W.J., & Tankard, J.W., Jr. 2001. Communication theories: Origins, methods and
uses in the mass media. New York: Addison Wesley Longman, Inc.

Shaharuddin Ismail. 1976. Kejayaan dan Kegagalan Penempatan Orang-Orang Buta


dalam Pekerjaan di Sektor Awam dan Swasta. Latihan Ilmiah. Jabatan
Psikologi,UKM.

Siti Noor Aneeis Hashim, Mohd Norazmi Nordin, Mohd Saleh Abbas, Muhamad Amin Ab
Ghani, Dayana Hazwani Mohd Suadi Nata. (2023). English Language Instructional
And Psychology Challenges For Special Education. - Journal For Reattach Therapy
And Developmental Diversities. 117-123.

Zakiyah Jamaluddin. 2011. Kemiskinan Dan Keciciran Dalam Pendidikan. Jurnal


Kebajikan Masyarakat, 37: 1–17.

31
LAMPIRAN

32
33
34
35
36
37
38
39
40

You might also like