Mnit Msyuart 1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Bilangan Satu

PANITIA PENDAWAIAN ELEKTRIK

PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS

(PVMA)

TAHUN 2020

Tarikh : 8 Januari 2020


Hari : Rabu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bengkel Pendawaian Elektrik
Pengerusi Mesyuarat : En. Azlan Bin Arshad

KEHADIRAN

1. En. Azlan Bin Arshad


2. Pn. Norhacida binti Abdullah
3. Pn. Sitinoor binti Zakaria
4. Nurfatihah binti Md. Zabidi

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru-guru Panitia Pendawaian
Elektrik (PVMA).
1.2 Berharap agar agenda mesyuarat kali ini mendapat kerjasama semua ahli sehingga
dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang pada tahun
2020 ini.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru Pendawaian Elektrik (PAV) tahun 2019 atas
hasil kerja keras semua guru sehingga mencapai kejayaan dalam Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Kejayaan ini amat membanggakan kerana seramai 18 daripada 18
orang calon lulus penuh . Syabas diucapkan.
1.4 Pengerusi juga menyarankan agar guru-guru akan dapat bekerja lebih keras lagi
untuk mencapai Visi dan Misi serta menjayakan program-program pada tahun 2020
ini.
Tindakan : semua guru PVMA

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1 Dibentang oleh Puan Sitinoor Binti Zakaria.


Minit Mesyuarat Bilangan Satu

Dicadang untuk disahkan oleh Puan Nurfatihah Binti Md. Zabidi.


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Norhacida binti Abdullah.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Semua peralatan dan alatan bengkel yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran
amali boleh dicadangkan untuk pembelian setelah peruntukan kewangan diperturunkan
kepada sekolah.
3.2 Sesi temuduga pelajar tingkatan 4 berjalan dengan lancar. Penyertaan murid kurang
menggalakkan.
3.3 Pendaftaran murid tingkatan 4 tahun 2020 dalam sistem eskpm boleh dibuat sehingga
bulan februari.

4. PELANTIKAN AJK PANITIA PVMA 2020

Penaung : En. Wan Zaini Bin Wan Saad ( Pengetua, SMKSS)


Penasihat : Tn. Hj. Ahmad Shafir bin Kasa ( GKTV)
Pengerusi : En. Azlan Bin Arshad (Ketua Panitia Pendawaian Elektrik)
Setiausaha PAV : Pn. Norhacida Binti Abdullah
Setiausaha Panitia PE : Pn. Sitinoor Binti Zakaria
Pengurusan Murid PAV : Pn. Nurfatihah Binti Md. Zabidi

5. PEMBENTANGAN BAJET 2020

5.1 Peruntukan bajet belum diturunkan kepada pihak sekolah.


5.2 Perbelanjaan untuk tahun 2020 boleh dirancang untuk mengelakkan pembaziran.

6. TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2019

6.1 Antara cadangan aktiviti yang dipersetujui ialah :-

i. Bicara Gemilang PAV 2020.


ii. Kolaborasi Kolej Vokasional Arau (Pemasangan kawalan motor).
iv. Pusat pendidikan biodiversiti wang pinang.

7. LAIN-LAIN PERKARA
Minit Mesyuarat Bilangan Satu

7.1 Jadual Waktu Persendirian guru tidak seimbang . Hal ini telah dimaklumkan
kepada penggubal jadual dan akan diambil tindakan dalam masa terdekat.

7.2 Pengerusi mencadangkan semua murid diwajibkan membeli buku panduan


Pendawaian Elektrik Keluaran Suruhanjaya Tenaga (ST). Pembelian akan
diuruskan oleh Ketua Panitia PAV.

7.3 Fail Rancangan Pembelajaran dan Pemudahcaraan perlu dilengkapkan dan


dihantar untuk semakan pihak pengurusan pada 30 Januari 2020.
7.4 Fail SKM tingkatan 5 perlu dilengkapkan sebelum peperiksaan percubaan
SPMV.
7.5 Semua murid perlu membeli kasut keselamatan untuk digunakan semasa
membuat amali di dalam bengkel.
7.5 Cadangan membuat baju bengkel untuk semua pelajar PVMA iaitu seramai 38
orang.
7.6 Sesi Temuduga dan pemilihan pelajar – pelajar 4PVMA diadakan pada 6 Januari
2020 (Isnin).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………….

(PN. SITINOOR BINTI ZAKARIA) ( EN. AZLAN BIN ARSHAD)

Setiausaha Panitia Pendawaian Elektrik, Ketua Panitia Pendawaian Elektrik,

Program Vokasional Menengah Atas Program Vokasional Menengah Atas


(PVMA) (PVMA)

SMK Syed Sirajuddin. SMK Syed Sirajuddin.

You might also like