Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani.

Saya, Kadet Alvaro Gavriel, saya, kadet David Ng dan saya, kadet Sylvestian.

------------

[ALVARO] Hari ini, kami akan menunjukkan cara-cara bantu mula kecederaan
luka hirisan pada tapak tangan.

[SEMUA] Jom sama-sama kita saksikan.

[DAVID] Sebelum itu, mari kita lihat peralatan-peralatan yang diperlukan

[ALVARO]:

1. Kain anduh
2. Kain kasa
3. Kain bersih
4. Pita perekat
5. Krim antiseptik

[ALVARO] Penting untuk kita mengikuti Langkah-langkah bantu mula yang


betul dan selamat.

Sebelum pegang luka, sila pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu untuk
mengelakkan jangkitan.

[SYLVESTIAN] Cuba hentikan pendarahan secepat yang mungkin.

Selepas pendarahan pada luka telah berhenti, bilaskan tangan dengan air.
Sapukan antiseptic atau antibiotik pada Kawasan luka sebelum meletakkan kain
kasa pada luka.
[ALVARO] Baiklah, mari kita teruskan dengan Balutan anduh pergelangan
tangan, bantu mula luka hirisan di tapak tangan.

Langkah pertama, letakkan kain kasa pada luka di tangan mangsa. Sediakan
kain anduh.

Kain anduh hendaklah dilipat 1 inci ke dalam untuk kekemasan.

Letakkan tangan mangsa pada kain anduh.

Tarik puncak kain anduh ke arah mangsa. Silangkan kain anduh dan lilitkan
pada tangan mangsa dengan ketat.

Setelah balutan selesai, buat ikatan buku sila dengan kemas.

[SYLVESTIAN] (Kanan atas kiri, pusing begini, kiri atas kanan)

Kemaskan balutan dan ikatan dengan rapi.

[DAVID] Seterusnya, boleh bawa mangsa ke klinik atau hospital berdekatan


untuk rawatan selanjutnya jika luka berlarutan.

[SEMUA] Sekian, terima kasih.

You might also like